Data Loading...
MINIT SN 1-19 Flipbook PDF
MINIT SN 1-19
186 Views
70 Downloads
FLIP PDF 394.26KB
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING MERSING, JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BILANGAN : 1
Tarikh
: 7 Januari 2019 (Isnin)
Masa
: 2:00 - 3:30 petang
Tempat
: Makmal komputer SK Sri Mersing
Pengerusi
: Pn Farawahida Bt Mohd
Turut hadir
: -
Kehadiran
: 8/8
TAHUN : 2019
1. Pn. Farawahida Bt Mohd (KP) 2. Pn. Zuraidah Bt Yaacob (SU) 3. Pn. Intan Zuriana Bt Md Saip 4. Pn. Norazlina Bt Abd Aziz 5. Pn. Rahayu Bt Omar 6. Cik Kee Wee Yong 7. En. Shah Rizad Bin Abu Bakar
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru sains mengikut ketetapan yang tercatat dalam Notis Mesyuarat Panitia Sains Kali 1/2018 yang telah diedarkan pada 1 Januari 2019.
1.2 Puan Farawahida mengucapkan tahniah kepada semua guru Sains di atas kerjasama yang jitu sepanjang tahun 2018 dalam melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan. Beliau juga mengucapkan tahniah atas pencapaian mantap UPSR Sains 2018. Beliau juga berharap agar pencapaian Sains boleh 100 peratus lulus pada tahun 2019. 1.3 Carta organisasi Panitia Sains bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:
1
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS 2019 PENGERUSI
PN HAJAH ROHANI BT ABD GHAPER GURU BESAR
NAIB PENGERUSI PN FATIMAH BT JUSOH PK PENTADBIRAN
KETUA PANITIA SAINS PN. FARAWAHIDA BT MOHD
SETIAUSAHA PANITIA SAINS PN. ZURAIDAH BT YAACOB
AHLI JAWATANKUASA PN. INTAN ZURIANA BT MOHAMAD SAIP PN. NORAZLINA BT ABDUL AZIZ PN. YONG LEE CHEE PN. RAHAYU BT OMAR EN. SHAH RIZAD BIN ABU BAKAR
2
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Dibentang oleh
: Pn Zuraidah bt Yaacob
2.2 Dicadangkan untuk mengesahkan oleh : Pn Intan Zuriana bt Mohamad Saip 2.3 Disokong untuk pengesahan oleh
: Pn Norazlina Bt Abd Aziz
Makluman : Ahli mesyuarat
3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Penetapan guru dan kelas yang diajar pada tahun 2019 hasil usul yang diutarakan oleh pengerusi panitia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perubahan hasil perbincangan dengan guru besar dan pentadbir. Oleh itu, setiap guru diharap dapat berlapang dada menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan. Makluman : Ahli Mesyuarat
4. FOKUS MESYUARAT 4.1 ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2018
4.1.1
ANALISIS MENGIKUT KESELURUHAN MATAPELAJARAN
MATA PELAJARAN
% MENGUASAI
BM PEMAHAMAN
99.1
BM PENULISAN
97.4
BI PEMAHAMAN
69.0
BI PENULISAN
57.8
MATEMATIK
67.2
SAINS
97.4
3
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.1.2
ANALISIS MP SAINS 2017
2018
TAHUN BIL
%
BIL
%
A
17
12.59
11
9.56
B
25
18.52
20
17.39
C
49
36.30
40
34.78
D
35
25.93
42
36.52
LULUS SEMUA MP
126
93.33
113
98.26
TIDAK MENGUASAI
9
6.64
2
1.74
JUMLAH CALON
4.1.3
135
135
Panitia Sains berharap agar semua guru matapelajaran Sains akan berganding bahu bagi mengekalkan dan meningkatkan lagi peratus kelulusan. Sasaran kuantiti 100% akan hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak. Pengerusi berharap Panitia Sains akan mencapai sasaran UPSR 2019 iaitu 100% murid lulus mata pelajaran Sains dengan jumlah A seramai 30 orang murid. Tindakan : Semua guru Sains
4.2 Peruntukan Kewangan 2019 Anggaran perbelanjaan bagi Panitia Sains 2019 adalah seperti berikut: ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2019 BIL
PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN DITERIMA RM 1400.00
1.
CARTA / BAHAN PDP SAINS
RM 200.00
2.
BUKU RUJUKAN / AKTIVITI SAINS
RM 100.00
3.
PROGRAM BULAN SAINS
RM 300.00
4.
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
RM 100.00
5.
KECERIAAN BERUNSUR PENDIDIKAN
RM 300.00
6.
PAMERAN SAINS PSS
RM 100.00
7.
BAYARAN PENCERAMAH UPSR (2X)
RM 200.00
8.
SUMBANGAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
RM 100.00
JUMLAH
RM 1400.00
Makluman semua guru
4
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.2.1
Sekiranya para guru memerlukan bahan bantu mengajar dan apa-apa keperluan yang berkaitan PdP, sila rujuk Pengerusi Panitia untuk mengetahui tentang peruntukan kewangan. Sila isi nota minta untuk pembelian barang-barang. Setiap pembelian diuruskan oleh pejabat kecuali kes-kes terpencil. Tindakan : Semua guru
4.2.2
Setiap kertas program dan dokumen sokongan yang telah dirancang perlu diluluskan oleh Guru Besar terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum program bermula. Program yang telah diluluskan oleh GB perlu diberi kepada pembantu tadbir untuk urusan perbelanjaan. Apa-apa keperluan selain program perlu dirujuk terlebih dahulu dengan Pembantu Tadbir. Rujukan :
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5/2002 Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG)
4.3 Buku Rekod Mengajar Guru 4.3.1
Buku Rekod Mengajar Guru (BRMG) adalah dokumen rasmi yang di audit. Setiap guru matapelajaran perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang sekurang-kurangnya mengandungi:-
4.3.2
•
Tajuk
•
Objektif / Hasil Pembelajaran
•
Aktiviti
•
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
•
Refleksi / Impak
Buku Rekod Mengajar Guru boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Makluman : Ahli mesyuarat
4.3.3
Buku Rekod Mengajar Guru yang lengkap dengan butiran peribadi perlu diserahkan kepada Guru Besar dalam tempoh dua (2) minggu selepas sekolah dibuka. Butiran yang sekurang-kurangnya mesti ada dalam Buku Rekod Mengajar Guru adalah seperti berikut: •
Maklumat peribadi
•
Sukatan Pelajaran / Standard Kandungan dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) / Standard Pembelajaran
•
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
5
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
•
Jadual Waktu Persendirian Guru
•
Jadual Waktu Kelas bagi Guru Kelas
•
Takwim Penggal Persekolahan
•
Senarai Nama Murid
•
Headcount Makluman : Semua guru
4.3.4
Buku Rekod Mengajar Guru juga perlu dihantar setiap hari Khamis atau selewatlewatnya pada pagi Ahad untuk semakan mingguan oleh pentadbir. Setiap guru juga perlu menandatangani borang penghantaran buku Rekod Mengajar Mengajar Guru (PK03/1) pada setiap kali menghantar BRM untuk semakan mingguan oleh Guru Besar / Pentadbir. Setiap guru Sains perlu menghantar BRM kepada Puan Hajah Rohani Bt Abd Ghaper untuk semakan mingguan. Tindakan: Semua guru
4.3.5
Setiap guru bertanggungjawab atas keselamatan, kekemasan dan kebersihan Buku Rekod Mengajar Guru (BRMG). PU(A) Peraturan 8 menyatakan guru hendaklah menyimpan dan menggunakan BRMG. Penalti pelanggaran Peraturan 7-8 : RM500.00 Makluman : Semua guru
4.3.6
Penulisan Rancangan Pelajaran Harian perlu mengikut format yang telah dipersetujui. PU (A) Peraturan 11 (1) menyatakan guru hendaklah mengajar mengikut sukatan yang telah diluluskan. Penalti pelanggaran Peraturan 11(1) : RM5000.00
Tindakan: Semua guru
4.3.7
Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran perlu ditampal di bahagian hadapan dalam Buku Rekod Mengajar. Tajuk-tajuk yang diajar telah dinyatakan dalam minit mesyuarat. Tajuk terlibat boleh ditaip bergantung kepada persetujuan panitia masingmasing. Edaran dibuat secara berselaras bagi setiap tahun.
Tindakan : Semua guru
6
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.3.8
Semasa proses P&P di dalam kelas, setiap guru perlu memastikan perkara-perkara berikut: •
Memastikan suasana bilik darjah dalam keadaan kondusif
•
Mengawasi disiplin dan tingkah laku murid
•
Melengkapkan Borang Kawalan Bilik Darjah (PK03/4)
•
Melaksanakan P&P seperti yang telah dirancang dalam Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (kecuali jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan).
4.3.9
Borang pengesanan 100% telah dihantar ke dalam group telegram Panitia Sains, maka setiap guru perlu mencetak mengikut kelas yang diajar. Borang pengesanan perlu dicetak dan disimpan dalam buku rekod / fail rekod mengajar masing-masing.
4.3.10 Latinda Sains akan diteruskan dalam tempoh 5 minit pada awal sesi pembelajaran. Sesi soal jawab dan penerangan ringkas tentang istilah sains boleh dilakukan oleh guru. Tindakan : semua guru
4.3.11 RPT dan DSKP telah dihantar oleh Ketua Panitia Sains ke dalam Telegram Sains SKSM maka ahli panitia perlu mencetak mengikut keperluan masing-masing.
4.3.12 Setiap guru perlu menentukan sasaran
matapelajaran mengikut kelas masing-
masing. Lengkapkan sasaran untuk semakan dan keberhasilan.
4.3.13 Peperiksaan dan ujian bagi murid-murid tahap 1 dimansuhkan mulai 2019. Setiap guru juga perlu membuat pentaksiran dan penilaian bilik darjah (PBD) maka rekod-rekod yang berhubung dengan PBD perlu difailkan dan bersedia untuk ditunjukkan sekiranya ada pemantaun. Penyelaras mengikut tahun adalah seperti berikut: Tahun
Guru Penyelaras
1
Cik Kee Wee Yong
2
Pn. Norazlina Bt Abd Aziz
3
Pn. Intan Zuriana Bt Mohd Saip
4
Pn. Zuraidah Bt Yaacob
5
En. Shah Rizad bin Abu bakar
6
Pn. Farawahida Bt Mohd
7
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.3.14 Setiap guru mesti menulis impak setiap kali selesai pengajaran dilakukan. Guru-guru yang menyediakan RPH secara cetakaan berkomputer juga perlu menulis tangan bagi catatan impak. Impak tidak boleh bercetak komputer. Penulisan impak mestilah berdasarkan bilangan murid bukannya peratus. Misalnya:
Contoh penulisan impak yang betul •
25/30 orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul
•
5/30 orang murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan akan diberikan soalan tambahan sebagai pengukuhan.
Contoh penulisan impak yang salah •
P&P berjalan lancar
•
Kaedah pengajaran kurang berkesan dan perlu menukar teknik pengajaran
•
20% murid dapat menjalankan tugasan yang diberikan
Rujukan :
Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1999 Penyediaan Rekod Mengajar Buku Rancangan Mengajar Guru (Akta 1996 : PU(A) 531, Per 7,8,9)
4.4 Pencerapan PdP Guru
4.4.1
Ketua Panitia memaklumkan bahawa setiap guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Mersing akan dicerap minimum empat (4) kali setahun dan guru-guru yang dicerap perlu mencapai sekurang-kurangnya 80% prestasi pencapaian.
4.4.2
Instrumen Pencerapan berasaskan Standard 4 SKPM 2010 (PK 04/1) digunakan semasa proses pencerapan dilakukan.
4.4.3
Setiap pencerap akan berbincang tentang kekuatan dan kelemahan pembelajaran dan pengajaran dengan guru yang dicerap dan melengkapkan Borang Maklum Balas Pencerapan (PK 04/3)
4.4.4
Program tindak ikut pencerapan akan dilaksanakan bagi guru yang tidak mencapai 80% prestasi pencapaian.
8
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.4.5
Dokumen dan rekod pencerapan perlu difailkan oleh setiap guru yang dicerap (1 salinan) Ketua Panitia (1 salinan)
4.4.6
Analisa instrumen pencerapan guru dibuat dua (2) kali setahun menggunakan Borang PK 04/2 : Analisa Instrumen Pencerapan Guru
4.4.7
Sila rujuk Jadual Pencerapan PdP Guru yang telah diedarkan bagi mengetahui pencerap masing-masing. Pencerap adalah terdiri daripada:
a) Guru Besar
- Pn. Hajah Rohani Bt Ghaper
b) Penolong Kanan Pentadbiran
- Pn. Fatimah bt Jusoh
c) GPK Hal Ehwal Murid
- Pn. Leda Bt Santan
d) GPK Ko-Kurikulum
- Pn. Hamidah Bt Alavi
e) Ketua Panitia Sains
- Pn. Farawahida Bt Mohd
Lampiran : Jadual Pencerapan PdP Guru 2016 Rujukan
: Surat Pekeliling Ikhtisas ( SPI ) :
SPI Bil 6 / 1985, SPI Bil 3 / 1987, SPI Bil 9 / 2000, SPI Bil 5 dan 9 /2003;
4.5 Penyeliaan Buku Latihan Murid 4.5.1
Semua guru perlu memastikan bahawa semua buku latihan dan buku kerja murid hendaklah kemas lagi bersih. Guru juga perlu berusaha memastikan pembetulan dibuat bagi kesalahan latihan bertulis yang dilakukan mengikut keperluan mata pelajaran. Tindakan : Semua guru
4.5.2
Guru matapelajaran perlu mengumpul dan menyerahkan semua buku latihan murid dan melengkapkan borang PK06/1 untuk dipantau oleh GB / GPK / GPK HEM / GPK KK / Ketua Panitia mengikut jadual yang ditetapkan.
4.5.3
GB / GPK / GPK HEM / GPK KK / Ketua Panitia mengesahkan penerimaan semua buku latihan murid dan memilih sekurang-kurangnya lima (5) buah buku latihan murid setiap kelas secara rawak untuk pemantauan.
9
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.5.4
Pengesahan pemantauan oleh GB / GPK / GPK HEM / GPK KK / Ketua Panitia dan pemulangan buku latihan murid dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja mengikut jadual yang disediakan.
4.5.5
Memfailkan dokumen dan rekod semakan Hasil Kerja Murid.
4.5.6
Guru juga perlu mencatatkan tarikh kerja rumah / latihan tersebut disemak.
4.5.7
Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah dan memberi ulasan yang bersesuaian. Ulasan yang sesuai perlu dicatat atas kebaikan mahupun kecuaian murid seperti: •
Latihan tidak lengkap
•
Kerja yang kemas
•
Sila buat pembetulan
•
Tulisan yang cantik
•
Tahniah. Teruskan usaha Tindakan : semua guru
4.5.8
Gunakan masa rehat untuk memeriksa buku-buku murid kecuali ada masa-masa tertentu sahaja yang memerlukan pemeriksaan dibuat di dalam kelas bersama murid.
4.5.9
Setiap guru juga perlu menghantar buku latihan / kerja murid mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Borang SPSK 06/1 digunakan bagi Laporan Semakan Buku Latihan Murid.
4.5.10 Buku latihan / kerja murid akan diselia oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Ketua Panitia Bahasa Melayu, ketua Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Matematik, Ketua Panitia Sains dan Ketua Panitia Pendidikan Islam. Sila rujuk jadual penyeliaan buku latihan / kerja murid yang telah diedarkan.
Lampiran
: Jadual Penyeliaan Buku Latihan Murid 2016
Rujukan
: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987;
10
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.6 Penggubal Soalan Ujian 2019 Jadual penggubal soalan/ ujian adalah seperti berikut: TAHUN /BULAN
SETENGAH
MAC
AKHIR
JULAI
TAHUN
TAHUN
TAHUN 4
RAHAYU
ZURAIDAH
NORAZLINA
FARAWAHIDA
TAHUN 5
ZURAIDAH
NORAZLINA
SHAH RIZAD
RAHAYU
TAHUN 6
SHAH RIZAD
INTAN ZURIANA
FARAWAHIDA
Tindakan: semua guru
4.7 Pelan Intervensi 2019 4.7.1
Pelan intervensi merupakan kaedah untuk mengatasi masalah dan punca utama kegagalan atau kemerosotan pencapaian murid. Oleh itu setiap panitia matapelajaran terus disarankan adalah mewujudkan Pelan Intervensi secara kolaboratif bersama JK Panitia masing-masing. Antara Pelan Intervensi yang telah didokumentasi oleh Panitia Sains adalah seperti berikut: a) Meningkatkan kuantiti/ pencapaian
ISU
PUNCA
INTERVENSI
AKTIVITI
MILESTONE
KPI
FEB
APR
MEI
JUL
OGOS
PERATUS
MURID
PENINGKATAN
PROGRAM
*PENUBUHAN
LATIH TUBI
20 ORANG
25 ORANG
30 ORANG
36 ORANG
MENGUASAI
KURANG
KUANTITI SAINS
SIFAR GAGAL
J/KUASA
TOPIKAL
MURID
MURID
MURID
MENDAPAT
UPSR 2019
SAINS
MENGUASAI
DAN
MENDAPAT
MENDAPAT
MENDAPAT
SEKURANG-
BELUM
KEMAHIRAN
PENYEDIAAN
SEKURANG-
SEKURANG-
SEKURANG-
KURANGNYA
MENCAPAI
FAKTA
MODUL DAN
KURANGNYA
KURANGNYA
KURANGNYA
GRED C
98%
SAINS
PROGRAM
GRED C
GRED C
GRED C
(104 0RANG)
(KUANTITI)
SIFAR GAGAL BERMULA
*KENALPASTI
15 ORANG
TEKNIK
MURID
MENJAWAB
MURID DAN
MENDAPAT
AGIHAN
SEKURANG-
KUMPULAN
KURANGNYA
KECIL
GRED C
(PRA UPSR)
*BENGKEL BERFOKUS 1 HARI
PENUBUHAN
SUDUT SAINS
20 ORANG
25 ORANG
30 ORANG
36 ORANG
1 FAKTA
J/KUASA DAN
DALAM
MURID
MURID
MURID
MENDAPAT
PERSEDIAAN
KELAS
MENDAPAT
MENDAPAT
MENDAPAT
SEKURANG-
SEKURANG-
SEKURANG-
SEKURANG-
KURANGNYA
15 ORANG
KURANGNYA
KURANGNYA
KURANGNYA
GRED C
MURID
GRED C
GRED C
GRED C
MURID
MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA GRED C
11
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
b) Kualiti pencapaian
ISU
PUNCA
PERATUS
MURID
MENGUASAI
KURANG
SAINS BELUM
MENGUASA
INTERVENSI
AKTIVITI
MILESTONE APR
MEI
JUL
OGOS
PENINGKATAN
PROGRAM
*PENYEDIAAN
LATIH TUBI
LATIH TUBI
LATIH TUBI
22 ORANG
KUALITI
MENCIPTA
MODUL DAN
SOALAN
TOPIKAL
TOPIKAL
MURID
MURID
PROGRAM
TOPIKAL
MENDAPAT
MENDAPAT
GRED A
GRED A
SAINS
UPSR 2019
BINTANG
MENCAPAI
I FAKTA
MENCIPTA
98%
SAINS DAN
BINTANG
(130 0RANG)
KPI
FEB
26 ORANG
TEKNIK MENJAWAB
*KENALPASTI
LATIH TUBI
12 ORANG
KERTAS 2
MURID DAN
SOALAN
MURID
MURID
AGIHAN
KBAT
MENDAPAT
MENDAPAT
GRED A
GRED A
(KUALITI)
KUMPULAN
18 ORANG
KECIL TEKNIK *AGIHAN NOTA
SERAMAI 8
RINGKAS
ORANG
*TEKNIK
MENDAPAT
MENJAWAB
GRED A
MENJAWAB
MURID
Makluman : Ahli mesyuarat
4.8 Program Panitia Sains 4.8.1
Minggu Sains akan dijalankan mengikut takwim yang ditetapkan iaitu pada bulan April hingga Mei. Penekanan terhadap eksperimen akan dilakukan mengikut sukatan matapelajara Tahun 1-6. Selain itu, silang kata sains, mencari perkataan tersembunyi, istilah sains tetap akan dijalankan bagi memantapkan subjek sains.
4.8.2
PLC semakan DSKP Tahun 3 telah dijalankan.
4.8.3
Program pembelajaran Outdoor tahun 6dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) akan diteruskan seperti tahun lepas.
4.8.4
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Kertas 1 & 2 juga akan diteruskan mengikut takwim UBK.
4.8.5
Program Latinda Sains akan dijadikan rutin 5 minit pada awal pembelajaran.
4.8.6
Lain-lain program akan dijalankan mengikut keperluan semasa.
4.8.7
Program Explorace dan didik hibur sains akan dijalankan semasa Persatuan Sains & Matematik setiap Rabu jam 12:30-1:30 tengah hari bagi menambah minat murid terhadap mata pelajaran Sains.
4.8.8
Bagi menyokong Highly Immersive Programme (HIP), panitia Sains akan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam minggu Sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Antaranya mencari perkataan tersembunyi planet dalam Bahasa Inggeris (Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto). Selain itu, guru-guru sains akan membuat eksperimen menggunakan dwibahasa.
12
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
4.9 Pemantauan dan penggunaan Bilik Sains
4.9.1
Penyelaras Bilik Sains bagi tahun 2019 adalah Pn. Intan Zuriana Bt Mohd Saip. Oleh itu, setiap guru sains sila beri kerjasama kepada beliau.
4.9.2
Pemantauan Makmal Sains akan dilakukan dari semasa ke semasa. Rujuk jadual pemantauan bilik-bilik khas yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menggunakan makmal sains secara optimum.
4.9.3
Sila pastikan murid mematuhi segala peraturan yang ditetapkan semasa berada di dalam makmal agar kemalangan dapat dielakkan.
4.9.4
Ketua Panitia mengingatkan semua guru agar memaksimumkan penggunaan bilik Sains mengikut jadual yang telah disediakan. Penggunaan Bilik Sains perlu dicatatkan dalam buku penggunaan Bilik Khas yang telah disediakan.
4.9.5 WAKTU
MASA
AHAD
Jadual penggunaan Bilik Sains adalah seperti berikut: 1 7.30 8.00
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
8.00
8.30
9.00
9.30
10.00
10.30
10.50
11.20
11.50
12.20
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8.30
9.00
9.30
10.00
10.30
10.50
11.20
11.50
12.20
12.50
PERH
6 BS 4 KM
ISNIN SELASA
KOKO
RABU
6 KR
KHAMIS
YAASIN
3BS
12
13
12.50 -
1.20-
1.20
1.50
4 SR
6 SR
6KM
5SR
5 KR
4 KR
3 KR 4 BS
5 BS
3KM
3 SR
KOKO
5 KM Makluman : Ahli Mesyuarat
4.9.6
Jika PdP dijalankan di dalam Makmal Sains, setiap guru perlu memastikan perkaraperkara berikut: •
Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk PdP sebelum kelas bermula (PK03/2 : Rekod Pengambilan dan Pemulangan Peralatan)
•
Merekodkan kehadiran murid dan penggunaan bilik (PK03/3 : Rekod Penggunaan Bilik Khas)
•
Melaksanakan PdP mengikut aktiviti yang telah dirancang dalam Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (RPP)
•
Merekod pemulangan peralatan yang telah digunakan selepas tamat PdP (PK03/2) Tindakan : semua guru
13
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2019
5. HAL-HAL LAIN Ketua Panitia berharap agar kecemerlangan panitia Sains akan diteruskan selaras dengan legasi “SKSM D’Puncak Kejayaan Berganda”.
6. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang
Disediakan oleh :
URUSETIA MESYUARAT PANITIA SAINS Tarikh diminitkan : 14/01/2019
14