Data Loading...

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN Flipbook PDF

Najihah, Nadhirah, Nazirah, Anis


111 Views
88 Downloads
FLIP PDF 2.77MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

ANIS. NAJIHAH. NAZIRAH. NADHIRAH

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN TUTORIAL TAJUK 2

Anda adalah seorang guru satu mata pelajaran di sebuah sekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSURE untuk merancang dan menghasilkan pengajaran

yang berkesan.

Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model ADDIE sebagai reka bentuk pengajaran anda?

Model ASSURE lebih terperinci dalam pemilihan penggunaan media dan bahan pengajaran berbanding ADDIE Model ASSURE menilai pelajar dengan mengambil gaya pembelajaran yang terbaik untuk mereka selepas proses penyemakan Model ASSURE lebih memperincikan cara penglibatan murid di dalam kelas

Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

assure

ANALISIS PELAJAR: Ciri-ciri umum pelajar jantina, umur, aliran kelas, latar belakang keluarga dan budaya dapat dianalisis guru melalui penelitian rekod peribadi murid. Dari aspek pengetahuan, pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran murid guru dapat menganalisisnya melalui interaksi secara langsung dengan murid

Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

state

PERNYATAAN OBJEKTIF: Guru menetapkan objektif khusus pengajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. contoh: objektif guru adalah murid dapat mempelajari cara mengambil wudu' dengan betul Berdasarkan objektif tersebut, dapat menjadikan PdP lebih sistematik Dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran murid

Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

select

PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER: Penentuan kaedah, media dan bahan sumber hendaklah sesuai dan menepati kriteria: menepati ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai Contoh: guru memilih gaya pembelajaran yang melibatkan penayangan video dan lakonan bagi memenuhi ketiga-tiga gaya pembelajaran iaitu visual. auditori dan kinestik

PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER: Contoh: guru memilih untuk menayangkan video animasi 'Cara Terangkan bagaimana Model ASSURE mengambil wudu' yang betul' kepada ini dapat diaplikasikan dalam proses murid berikutan kanak-kanak cenderung pengajaran dan pembelajaran anda? untuk menonton video yang menarik dan mengikut cita rasa mereka Setelah menonton video, murid perlu melaksanakan simulasi cara mengambil wudu' dengan betul dan guru bertindak sebagai fasilitator Guru juga perlu memastikan susun atur bilik darjah adalah sesuai dengan aktiviti utilize yang ingin dilaksanakan

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN: Guru hendaklah memberi aktiviti Terangkan bagaimana Model ASSURE susulan dan latihan kepada murid ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda? bagi mengekalkan penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran Contohnya, setelah selesai sesi PdP guru menyediakan latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis dan sebagainya yang sesuai dengan tahap umur dan tahap pembelajaran murid

require

NILAI DAN SEMAK SEMULA: Guru perlu menyemak dan menilai semula perancangan bagi memastikan sama Terangkan bagaimana Model ASSURE ada pemilihan objektif, media dan bahan ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda? sumber adalah sesuai dengan keupayaan murid Penilaian pengajaran: jika tidak sesuai, guru seharusnya mengubah teknik dan mengambil alternatif untuk memperbaikinya bagi mengelakkan masalah pembelajaran berlaku Penilaian pembelajaran: formal - ujian evaluate : tidak formal - soal jawab

Berdasarkan pengetahuan anda tentang Reka Bentuk Pengajaran (RP) Model ASSURE, rancang satu pengajaran dengan menggunakan teknologi dan media mengikut subjek pengkhususan anda. (sila guna templat RP Model ASSURE yang dilampirkan)

Tajuk : AL-QURAN ( TADABBUR SURAH AL-IKHLAS) Guru : ANIS, NAJIHAH, NAZIRAH, NADHIRAH Tahun : 4 IBNU SINA Mata Pelajaran : PENDIDIKAN ISLAM Tempoh Masa : 11:00 HINGGA 11:30 PAGI Analisis Pelajar Umur: 10 Tahun Tahap: Terdapat murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana dan tinggi Latar Sosioekonomi: Status ekonomi ibu bapa murid stabil Kompentasi Khusus: Murid-murid mempunyai pengetahuan asas dalam membaca dan berupaya untuk menghafaz surah al-ikhlas. Gaya pembelajaran mereka adalah memerlukan kepada sedikit tekanan dan aktiviti yang menarik supaya dapat memahami pelajaran dengan lebih baik. Nyatakan Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: 1.

Menyatakan pengenalan Surah Al-Ikhlas .

2.

Menjelaskan tuntutan ayat berdasarkan terjemahan Surah Al-Ikhlas.

3.

Menganalisi kepentingan dan kelebihan mengamalkan Surah AL-Ikhlas serta tuntutannya dalam membentuk keperibadian.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan SET INDUKSI Media : Klip video bacaan Surah AL-Ikhlas daripada Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy Kaedah : Mendengar Bahan : Video dari Youtube Rasional pemilihan : Penggunaan media mampu merangsang pengalaman sedia ada murid yang meningkatkan pengetahuan murid tentang tajuk yang diajar. Tayangan bacaan surah oleh Sheikh Mishary dapat menarik minat murid untuk mendengar bacaan tersebut

LANGKAH 1

Media: Paparan Slaid Powerpoint Kaedah: Penerangan dan perbincangan Bahan: Komputer, projektor skrin, slaid powerpoint Rasional pemilihan: Murid dapat mengetahui dan memahami maksud, tuntutan dan kepentingan surah al-Ikhlas daripada penerangan guru berdasarkan paparan slaid powerpoint.

Page 1 of 6

January 2022: SO

LANGKAH 2 Media: Paparan gambar dan video pendek berkaitan dengan kelebihan surah al-Ikhlas Kaedah: Sumbang saran Bahan: Gambar dan video pendek Rasional pemilihan: Dapat merangsang interaksi antara murid secara bermakna berkaitan dengan kelebihan, tuntutan dan kepentingan mengamalkan surah al-Ikhlas. Aktiviti perbincangan dilakukan dalam kumpulan berlima.

LANGKAH 3 Media: Aktiviti menggunakan template peta I-Think Kaedah: Peta I-Think (bubble map) Bahan: Kertas A4, mounting board/Microsoft Word/Template Mind Map Canva Rasional pemilihan: Murid dapat mengasah pemikiran mereka untuk mengaitkan pembelajaran tuntutan surah al-Ikhlas dalam amalan harian mereka

PENUTUP Media: Aktiviti pengukuhan menggunakan aplikasi Kahoot Kaedah : Soal Jawab Bahan: Kahoot Rasional pemilihan: Guru dapat menilai pemahaman murid terhadap pengenalan surah al-Ikhlas. Murid juga dapat menganalisis tuntutan serta kepentingan mengamalkan surah al-Ikhlas Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah SET INDUKSI Klip video yang ditayangkan adalah bacaan surah surah al-Ikhlas daripada Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy. Melalui video tersebut murid memperoleh gambaran awal dan dapat membantu merangsang pengetahuan sedia ada mereka berkaitan dengan surah al-Ikhlas.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan video yang digunakan adalah jelas dan mampu merangsang tumpuan murid. Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan bersedia untuk menerima pelajaran baharu serta bebas daripada sebarang gangguan. Persediaan pengalaman pembelajaran: Proses PdP yang berlangsung adalah berpusatkan murid dan bahan. Guru akan bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang dipaparkan untuk membantu murid dalam membuat perkaitan dengan topik yang akan diajar.

Page 2 of 6

January 2022: SO

LANGKAH 1 Murid mempelajari topik “Tadabbur surah al-Ikhlas” melalui tayangan slaid powerpoint dan penerangan yang disampaikan oleh guru.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan tayangan slaid dapat dilihat dan tulisan dapat dibaca dengan jelas oleh murid. Persediaan persekitaran: Murid berada dalam keadaan yang sedia ketika guru menjelaskan pengajaran melalui tayangan slaid. Guru memastikan murid bebas daripada sebarang gangguan bagi mengelakkan fokus murid-murid terganggu. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu memberikan tumpuan terhadap slaid powerpoint dan penerangan yang disampaikan oleh guru bagi memastikan murid dapat memahami isi pengajaran yang diberikan. Sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, guru akan bertukar pendapat dengan murid bagi memastikan murid dapat bersamasama mengikuti pengajaran.

LANGKAH 2 - Murid menjalankan aktiviti sumbang saran dengan melihat beberapa gambar dan menonton video pendek berkaitan dengan kelebihan, tuntutan dan kepentingan mengamalkan surah al-Ikhlas. Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan kualiti gambar dan video berada dalam keadaan yang jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.

Persediaan persekitaran: Guru menggalakkan murid untuk terlibat dengan aktif iaitu dengan memberikan idea berdasarkan pemerhatian yang dibuat Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu bekerjasama dengan ahli kelas yang lain dalam membuat keputusan untuk menentukan kelebihan, tuntutan dan kepentingan mengamalkan surah al-Ikhlas. Murid dapat menguasai kemahiran komunikasi yang baik dan peningkatan dalam proses pemikiran.

LANGKAH 3 Murid meneruskan aktiviti PdP mengisi template peta i-think.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru menyediakan template peta buih untuk murid-muird menjana idea. Persediaan persekitaran: Murid berada dalam keadaan selesa untuk melaksanakan peta i-Think dengan baik. Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Murid perlu

Page 3 of 6

January 2022: SO

bersama-sama menggunakan pemikiran mereka dalam membuat perhubungan antara tuntutan surah alIkhlas dengan amalan seharian mereka. Guru membantu mengukuhkan lagi pemahaman murid dengan membuat penjelasan ringkas mengenai perkaitan tersebut

PENUTUP

Murid perlu menjawab soalan kuiz dengan menggunakan aplikasi Kahoot.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru menyediakan soalan berkaitan dengan pelajaran yang telah diajar dan meminta murid-murid untuk menjawab soalan tersebut. Persediaan persekitaran: Murid berada dalam keadaan yang tenang untuk menjawab kuiz yang akan diberikan oleh guru. Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu mengingati kembali kandungan pembelajaran yang telah diterima bagi membolehkan mereka menjawab dengan betul. Penglibatan Pelajar SET INDUKSI (5 Minit) 1. Guru akan memainkan video bacaan surah surah al-Ikhlas daripada Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy. 2. Guru bersoal jawab mengenai video yang dipertontonkan: a) Apakah surah yang diperdengarkan dalam video tersebut? b) Berapakah jumlah ayat dalam surah al-Ikhlas tersebut? c) Adakah murid sudah menghafaz surah al-Ikhlas tersebut? 3. Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan disampaikan.

LANGKAH 1 1. Guru menayangkan slaid powerpoint yang mengandungi maklumat tentang pengenalan, tuntutan dan kepentingan surah al-Ikhlas. 2. Murid mendengar penerangan yang disampaikan oleh guru 3. Murid diberikan peluang untuk menanyakan soalan atau bertukar pendapat sewaktu penerangan diberikan.

LANGKAH 2 1. Murid ditunjukkan beberapa keping gambar berkaitan tuntutan dan kelebihan surah al-Ikhlas. 2. Murid ditayangkan video pendek berkaitan tuntutan dan kelebihan surah al-Ikhlas. 3. Berdasarkan video dan gambar yang ditunjukkan, murid perlu memberikan idea untuk

Page 4 of 6

January 2022: SO

menjadikan aktiviti sumbang saran lebih menarik. 4. Murid yang menyumbangkan idea paling banyak akan mendapat ganjaran.

LANGKAH 3 1. Murid diedarkan kertas A4 yang mengandungi template peta i-Think (peta buih) dan menghias hasil kerja mengikut kreativiti masing-masing. 2. Murid membuat perkaitan tuntuan surah al-Ikhlas dengan amalan kehidupan seharian

PENUTUP 1. Murid perlu bersedia untuk menjawab soalan kuiz yang akan ditanyakan oleh guru. Contoh soalan kuiz; a) Senaraikan tuntutan surah al-Ikhlas? b) Apakah kelebihan mengamalkan surah al-Ikhlas? c) Apakah terjemahan ayat pertama dalam surah al-Ikhlas? 2. Murid perlu menjawab soalan yang dikemukan dengan betul 3. Setiap murid diberikan peluang untuk menjawab soalan 4. Guru mendorong murid untuk lebih berkeyakinan dalam menampilkan diri untuk memberikan jawapan 5. Guru membimbing murid dan memperbetulkan mana-mana jawapan yang salah

Menilai dan Menyemak Semula PENCAPAIAN MURID: • Murid dapat melibatkan dalam proses PdP dengan baik dan seronok. • Murid dapat memahami terjemahan daripada surah al-Ikhlas. • Murid dapat menyatakan 8 daripada 12 tuntutan surah al-Ikhlas dengan baik. • Murid mampu mengaitkan tuntutan dan kelebihan mengamalkan surah al-Iklhas dengan kehidupan seharian. • Murid dapat memberikan jawapan dengan baik dan betul berkaitan dengan soalan-soalan kuiz yang merangkumi pengenalan, tuntutan dan kepentingan surah al-Ikhlas.

PENILAIAN GURU: Guru dapat mencapai objektif pembelajaran berdasarkan penglibatan murid terhadap aktiviti perbincangan yang dilaksanakan, jawapan yang diberikan melalui peta i-Think dan kuiz yang dibuat.

IMPAK/KEBERKESANAN: • Video yang ditayangkan dapat membantu murid mengumpulkan kembali maklumat dan pengalaman sedia ada mereka serta menghubungkaitkan dengan pelajaran yang baru.

Page 5 of 6

January 2022: SO

• Penggunaan slaid powerpoint membantu mengukuhkan lagi pemahaman murid mengenai kandungan pelajaran yang diterima serta penerangan jelas guru mengenai pengenalan, tuntutan dan kepentingan daripada surah al-Ikhlas. • Perbincangan secara berkumpulan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dan semangat kerjasama dalam melibatkan diri secara aktif untuk memberikan idea berkaitan tajuk yang diberi. • Aktiviti peta i-Think mampu untuk membawa murid berfikir secara kreatif untuk mengaitkan tuntutan dengan amalan seharian mereka. • Aktiviti kuiz yang dilakukan dapat menguji kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari dan meningkatkan keyakinan diri mereka sewaktu mengemukakan jawapan

Page 6 of 6

January 2022: SO