Data Loading...
My Sugar Lady Ebook Flipbook PDF
Oleh Hana Efriena
189 Views
110 Downloads
FLIP PDF 2.04MB
AUTOGRAF If you wish to be a writer, WRITE. Step into a scene and let it drip from your fingertips. -MJ Bush
My Sugar Lady
CETAKAN PERTAMA: APRIL 2019 Penerbit Hana Efriena (HE Dynamic Enterprise) (SSM: TR0153098-X) 350, Batu 50, Jalan Paka 23000 Dungun,Terengganu [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak Hana Efriena (HE). Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan Hana (HE), 1993My Sugar Lady / HANA (HE). 1. Malaysian Fiction (Malay). 2. Malay Fiction. I. Judul. 899. 2333 Rekaan Kulit: Sofiy Susun Letak Isi: Fadziella Ibrahim Dicetak oleh : FIRDAUS PRESS SDN. BHD (SSM-986966-A) No 28 Jalan PBS 14/4 Taman Perindustian Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Tel/Fax: 03 89405595 [email protected]
DEDIKASI Terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong hingga karya ke-29 Hana, MY SUGAR LADY ini akhirnya berjaya ke versi cetak. Buat keluarga Hana terutamanya mama yang dikasihi, Fatimah Binti Abu Bakar.. sesungguhnya doronganmu menjadikan diri ini sentiasa bersemangat. Buat ibu saudara Hana, Che Bati Binti Abu Bakar, Che Gayah Binti Abu Bakar, terima kasih kerana sentiasa menaikkan semangat untuk Hana terus menulis. Buat keluarga, Nasihas, Nashafizi, Mohd Naim Hakimi, Zanurlida, Zazila, Zanuhazira, Zarulfizal, Zanizam, Zazulfadly, Hana ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini selalu menyokong Hana dari belakang. Buat arwah pa yang dah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan Hana hingga Hana mampu menjadi diri Hana yang sekarang ini. Semoga tenang di sana, pa. Sekalung penghargaan juga buat temanteman penulis yang turut menyokong karya ini.
Buat sahabat yang bernama Syikin, thanks sebab kadang-kadang kena jadi editor aku. Buat encik suami yang dicintai, Muhammad Syafiq bin Ibrahim. Terima kasih kerana selalu jadi peneman waktu saya menyiapkan ‘MY SUGAR LADY’. Terima kasih juga sebab tolong saya ambil order pembaca-pembaca yang tak mahu ketinggalan mendapatkan naskhah ini. Tidak lupa juga sekalung ucapan terima kasih buat Ifwat dan Naim, selaku pembantu yang mengendalikan order melalui Facebook Page: HE Dynamic Publication. Dan yang takkan pernah Hana lupa, semua pembaca-pembaca yang Hana kasihi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Hana dari belakang. Buat TEAM PROMO yang diwakili oleh Kak Juliana, Kak Intan, Kak Zamira, Puteri Haron, Kak Hazrina, Kak Ayu Ahmad dan Kak Noorazean.. THANKS SO MUCH! Tak dapat Hana senaraikan yang lain kerana masih ramai yang menyokong Hana selama ini. Ketahuilah tanpa anda, siapalah seorang Hana Efriena. Saya sayang anda semua! Hugss..
My Sugar Lady One day, you will be mine.
HANA (HE)
HARAPAN DARIPADA SEORANG PENULIS: Selamat melayari naskhah MY SUGAR LADY. Ambil mana yang boleh diteladani, tinggalkan mana yang patut dihindari. Moga yang baikbaik saja anda pelajari daripada naskhah ‘MY SUGAR LADY’ ini.
PROLOG
I
SABELLA mula mengalihkan perhatian saat perasan dirinya direnung bagai nak tembus oleh si Ean. Ean ni dah kenapa? Takkan tiba-tiba dah tangkap cintan dengan dia kut? Beria-ia pandang macam dah angau sangat. Petik jari sekali, Ean masih statik merenung Isabella. Petik jari buat kali kedua, keadaan tetap tak berubah. Isabella dah berura-ura nak petik jari buat kali ketiga, tak semena jemarinya ditolak ke bawah oleh si Ean. “Ish, I tak beranganlah. Memang dari 1
My Sugar Lady w HANA (HE)
tadi I pandang you pun.” Wajah Ean cemberut. Turut selamba mengakui yang sepasang matanya memang tak lepas daripada merenung Isabella sejak tadi. Isabellah kerutkan kening. Mulalah rasa tak selesa. Isabella anggap Ean cukup sekadar kawan. Janganlah disebabkan perasaan Ean yang dah berbolak-balik, persahabatan mereka pula yang bakal renggang nanti. Ean.
Pap! Dahi Isabella tak semena dijentik
“Auch, sakitlah. You ni suka main kasar.” Isabella membebel seraya mengusap-usap dahinya yang dah mula berubah merah. “Boleh bagitahu I, apa yang ada dalam kepala otak you tu?” duga Ean buat Isabella langsung menjeling tajam. “You tu dah buat I rasa tak selesa. Pandang I tak lepas, kenapa? Jangan cakap you dah jatuh cinta pada I pula. I seligi you nanti, Ean.” Jemari Isabella naik melentik tanda amaran. Minta dijauhkanlah Ean jatuh suka padanya. Haish! Dengar saja omelan Isabella, Ean mula 2
My Sugar Lady w HANA (HE)
melepaskan nafas panjang. Tak tahu wajar atau tidak dia suarakan pada Isabella. Tapi kalau dah hampir dua minggu wajah yang sama tak luput dari memorinya, rasanya penyakit angau dia ni dah di paras bahaya. “I suka mummy you, Bella.” Pengakuan berani mati. Wajah Ean serius. Sedetik.. Dua detik.. “You nak main-mainkan I ke apa ni?” Kening Isabella terjungkit tinggi. Rasa macam nak gugur jantung dia tadi. Tak percaya. Ean geleng bersungguh-sungguh. “No, I’m serious with my words. I sukakan mummy you. I dah cuba nak abaikan perasaan I, tapi I tak boleh.” Gaya Ean bercakap ni sikit pun tak nampak bergurau. “Ean, mummy tiri I tu bukannya muda lagi. Dia lebih tua daripada you tahu tak?” Isabella nak ingatkan Ean kut-kutlah Ean dah lupa. Elzara tu memang nampak muda sebab pandai bergaya. Hakikatnya, usia Elzara dah menginjak ke angka 34 tahun.
3
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean jatuhkan kepala menayang wajah tak berperasaan. “I tahu. Tapi I memang tak boleh halang perasaan ni, Bella.” Tegas tutur kata Ean. Lama memerhatikan wajah Isabella, sepasang mata milik Ean mulai bercahaya. “Bella, I nak tanya you sikit.” “What?” Isabella menyoal sepatah. “Kalau kata I kahwin dengan mummy you, you setuju tak?” Sekaligus membuatkan Isabella rasa macam nak gelak guling-guling sahaja. Ean ni biar betul? Setahu dia lelaki nakal seperti Ean punya citarasa yang tinggi. Macam manalah wanita yang dah berusia seperti Elzara juga yang Ean mahu? Namun pabila terfikirkan sesuatu, Isabella mula mengatur rancangan dalam diam. Dah alang-alang Ean dah jadi angau. Tak salah rasanya dia gunakan Ean untuk jauhkan Elzara daripada kehidupannya. Dia tak suka Elzara masuk campur urusan hidupnya. Dia tak suka Elzara ambil berat akan
4
My Sugar Lady w HANA (HE)
setiap tindakannya. Dia juga menyampah bila Elzara berlagak seolah-olah prihatin akan dirinya. Bukankah bila ada lelaki yang mahukan Elzara, bererti Elzara akan semakin ‘melupakan’ dirinya nanti? Isabella akan bebas. Ya, hanya itu yang melintas dalam benak Elzara. Mummy tak suka you keluar lewat malam macam ni, Bella. Lelaki-lelaki kat luar sana tu tunggu masa aje nak terkam you. Teringatkan kata-kata Elzara minggu lepas, Isabella julingkan mata ke atas. Mummylah sangat kalau usia mereka pun hanya berbeza setakat lima tahun. “Kenapa you diam?” Soalan membawa Elzara kembali ke alam nyata.
Ean
Memeluk tubuh, Elzara balas pandangan Ean dalam-dalam. Tarik nafas panjang lalu.. “Then, go get her. Kalau you dapat dia, you jadi bapa tiri I lah kan? Dah ada you, tentu dia tak kacau hidup I lagi.” Senyum melebar Isabella membayangkan kebebasan yang bakal menjadi
5
My Sugar Lady w HANA (HE)
milik dia nanti. Isabella bagi lampu hijau. Menyuntik semangat yang berkobar-kobar dalam diri Ean. Tak dinafikan Ean memang dikelilingi oleh ramai wanita. Namun sepanjang dikejar oleh manamana wanita, Ean tak pernah alami perasaan yang begini. Perasaan jatuh cinta. Ya, untuk kali pertama Ean jatuh cinta. Untuk itu, Ean akan pastikan Elzara akan menjadi miliknya. Lagipun dah agak lama Elzara memegang status seorang janda. Apa salahnya kalau Ean mencuba kan? Ukir senyum sumbing, Ean dah mula nak mengatur strategi pertama. Harap-haraplah berjaya nanti. Kalau kata Elzara menolak, Ean dah tahu sangat kelemahan wanita itu. Tak dapat cara elok, Ean gunalah cara licik. Apa ada hal?
6
BAB 1
E
AN pandang kemeja berwarna hitam miliknya yang direntap kasar oleh Elzara. Boleh tahan berani Elzara sekarang ni. Mungkin saja sebab kesabaran Elzara sudah menipis. Atau mungkin saja Elzara berubah berani pabila sesuatu hal itu melibatkan seorang Isabella. Kadang-kadang Ean tertanya-tanya, kenapa Elzara beria-ia mahu melindungi Isabella? “Sugar lady,” tegur Ean seraya merenung jemari halus yang masih mencengkam kuat lengan kemejanya. Hampir sebulan menjadi bayang-bayang Elzara, gelaran ‘sugar lady’ itu semakin sebati meniti pada bibir Ean. Bagi Ean, itu gelaran 7
My Sugar Lady w HANA (HE)
istimewanya buat Elzara. “I want to talk with you.” “Tentang Bella?” “Habis tu, you nak I cakap pasal siapa lagi?” Gaya melontarkan soalan tu memang serupa nak cari gaduh. “Us?” Kening Ean terjungkit. Tak salah rasanya kalau Ean menyimpan harapan. Manalah tahu terbuka pintu hati Elzara nak berbincang tentang mereka pula. “There is no ‘us’, Ean. Berapa kali nak I ulang?” Tegas suara Elzara. “You nak cakap apa tentang Bella?” Malas nak bertekak, Ean terus saja lencong topik. “Don’t get too close to my daughter. I tak nak Bella jadi makin liar bila berkawan dengan you.” Tak bertapis langsung, terus saja Elzara berkata jujur. Nak diikutkan rasa kecil hati, memang Ean terasa hati. Apa teruk sangat ke dia sampaikan Elzara tuduh dia yang menjadi punca Isabella bersikap liar? Serupa Isabella jadikan diri Ean untuk 8
My Sugar Lady w HANA (HE)
bebas daripada Elzara. Ean pula gunakan Isabella untuk mencuit kelemahan seorang Elzara. “Only in one condition, sugar lady.” Tenang Ean menyusun ayat. Sekali lagi menggunakan Isabella untuk melembutkan sekeping hati milik Elzara. “What?” Deras Elzara bertanya. jawapan.
“Marry me.” Laju juga Ean berikan
Sebelum ni bolehlah Elzara nak anggap yang Ean sekadar bergurau dengannya. Namun pabila ugutan lelaki itu tak henti-henti meniti pada telinga sejak sebulan yang lalu, Elzara jadi bingung. Tak mungkin lelaki itu serius dengan kata-katanya. “You tak nak I ganggu anak you kan? I hanya boleh jamin I takkan ganggu Bella kalau you sanggup jadikan I milik you.” Kali ni, bicara Ean lebih terang dan jelas. Elzara rasa nafas dia menyempit. Cengkaman pada lengan kemeja Ean terlerai. “Are you nuts? You sedar tak berapa tahun beza usia kita?” Naik sedikit nada suara Elzara.
9
My Sugar Lady w HANA (HE)
Makin buat Elzara cuak, Ean sikit pun tak nampak macam nak tarik lamarannya semula. “I know Math, sugar lady. Dan lima tahun tu bukannya satu masalah untuk I. Take it or leave it?” “You ugut I?” “You rasa I macam sedang ugut you tak?” Ean saja nak bermain tarik tali. angin.
“Ean!” Elzara dah mula rasa nak naik
Memang mudah bagi Ean, tapi sulit untuk Elzara. Elzara masih ada tanggungjawab lain yang perlu dia galas dan perkahwinan untuk kali kedua itu langsung tidak terlintas dalam fikirannya. Apatah lagi dengan lelaki yang jelas lebih muda dari usianya. Menyedut nafas dalam, Ean helakan perlahan-lahan. Satu langkah diatur mendekat ke hadapan. Menjadikan kedudukan mereka cukup dekat hinggakan bauan maskulin Ean begitu menyucuk-nyucuk ke rongga hidung Elzara. Ah, pelik. Kenapa hati Elzara perlu rasa bergetar lain macam pula ni?
10
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I really fall for you, sugar lady. Dan sebelum you bangkitkan semula tentang beza umur kita, I nak ingatkan you lagi sekali. I tak pernah gagal Matematik sejak tadika lagi. Beza usia kita lima tahun dan I memang tahu tentang tu. Soal hati dan perasaan, rasanya I tak perlu nak kisahkan sangat tentang usia you. Lagipun..” Jeda. Mulalah senyuman gatal menghiasi bibir Ean. Naik seram pula Elzara yang melihatnya. Ni mesti adalah ayat tak senonoh yang bakal Ean muntahkan kejap lagi. “You still turn me on.” Sambung Ean bersama senyuman meleret pada bibir. Phew! Merah padam wajah Elzara. Sikit pun andaian Elzara tak tersasar. Malas nak melayan perangai miang Ean, Elzara undurkan kaki untuk melangkah pergi. Tersekat pabila kuat suara Ean melaung namanya. “Elzara.” Elzara tak menoleh. Sekadar statik berdiri pada lantai bumi. “You take it or leave it?” tagih Ean mahukan jawapan. “I takkan rosakkan masa depan I 11
My Sugar Lady w HANA (HE)
semata-mata untuk pastikan you jauhi Bella, Ean.” Kononnya itulah jawapan paling muktamad dia untuk Ean. Goyah juga pabila Ean sekali lagi mengheret nama Isabella dalam urusan mereka berdua. “Oh, really? Tak apalah kalau macam tu. Tapi I ni sajalah nak bagitahu you. Malam ni I keluar dengan Bella. Bella ajak I temankan dia ke kelab. You agak-agak bila kami dah jejak kaki ke kelab, selalunya apa yang kami boleh buat kat sana eh?” Nada suara yang jelas nak menipiskan kesabaran Elzara. Dang! Rasa macam nak maki hamun orang pun ada ni. Tugasan dekat syarikat dah cukup menyerabutkan kepala. Hadap perangai Ean, silap haribulan boleh buat tekanan darah Elzara mencanak naik. Belum sempat Elzara nak cuci otak si Ean, lelaki itu dah terlebih dulu menyelinap masuk ke dalam kereta yang dipandu. Sudahnya Elzara hanya mampu memejamkan mata sendiri. Cuba mengepung kesabaran yang semakin menghakis dengan sikap suka memaksa Ean. Kalau boleh, mahu saja dia doakan Ean pupus dari muka bumi. Tapi mendoakan 12
My Sugar Lady w HANA (HE)
keburukan untuk orang lain, bukankah berdosa namanya? Alahai, rumitnya!
13
BAB 2
S
EMALAM waktu hantar Isabella balik ke rumah, sempatlah bertembung dengan Elzara. Malangnya Elzara sikit pun tak mahu pandang dia. Sombong ke main lagi tu. Buatkan Ean tercabar juga dengan layanan dingin Elzara terhadapnya. Sepanjang hidup Ean, Elzara seorang saja yang tergamak nak menolak tuah. Tuah untuk bersuamikan lelaki hebat seperti Ean Adiyta. Huh! “Bella..” Isabella langsung menoleh saat namanya diseru oleh Ean. Kening dijungkit tanda menyoal secara bahasa bisu. “Mummy you tu memang sombong 14
My Sugar Lady w HANA (HE)
macam tu ke?” Soalan yang langsung Isabella tak jangka. Lama merenung wajah Ean, barulah senyuman sinis terlarik pada bibir Isabella. Tibatiba labelkan Elzara sombong. Ni mesti sebab Elzara tak sudi nak balas teguran Ean semalam. Alahai, nasib Eanlah. Bukan main ramai lagi perempuan tergila-gilakan lelaki itu, Elzara juga yang Ean mahu. “Tak sangka lelaki ‘hot’ macam you pun ada juga perempuan yang tak sudi pandang. Bukan ke you tak pernah gagal nak dapatkan mana-mana perempuan yang you nak, Ean?” Ayat sarkastik Isabella buat Ean rasa tercabar. Terus wajah Ean berubah bengang. “I bukan gagal, Bella. Tapi ‘perangkap’ I belum mengena. Kalau dah kena nanti, you tengoklah mesti mummy you tu tak boleh nak berenggang langsung dengan I.” Yakin saja bicara yang melontar. Isabellah cebirkan bibir. Malas nak melayan Ean, Isabella dah bersedia nak menerobos masuk ke dalam perut kereta milik Ean. Ean pula elok mengambil tempat di sebelah pemandu. Tengok tiada tanda-tanda Ean mahu memulakan pemanduan, terus Isabella toleh pandang Ean di sisi. 15
My Sugar Lady w HANA (HE)
menyoal.
“Kenapa tak gerak lagi?” Laju saja bibir
Ean kebam bibir. Dalam kepala otak, dah elok merencana sesuatu. “Bella, can you do me a favor?” Soalan Isabella tidak dijawab, sebaliknya Ean pula yang ajukan permintaan terhadap Isabella. “You nak minta tolong apa?” “I nak nombor telefon mummy you.” “You can’t be serious, Ean? You nak singa betina tu mengaum dekat tepi telinga I ke?” Isabella nyaris nak tersembul biji mata. Memanglah Isabella tu jenis berani nak melawan kata-kata Elzara. Namun keberanian Isabella belum lagi sampai ke tahap nak mendedahkan privasi Elzara dengan begitu mudah. “Yes or no, Bella?” Ean tak mahu dengar Isabella berdalih. Yang Ean nak tahu, Isabella boleh ke tak tolong dia dapatkan nombor telefon Elzara. “No!” Terjerit sedikit suara Isabella. Ean ketap gigi. Geram. Dia sikit pun tak berkira dengan Isabella. Jadi pemandu Isabella 16
My Sugar Lady w HANA (HE)
sementara kereta Isabella masih berada di bengkel pun dia tak kisah. Takkan pertolongan sekecil itu pun Isabella tak boleh nak bertolak ansur? “You berkira dengan I kan, Bella? Okeylah, lepas ni you tak payah minta I bawakan you ke mana-mana lagi. Tak perlu minta I lindungi you daripada lelaki psiko tu juga.” Tayang wajah masam mencuka sebelum handbrake dilepaskan untuk memulakan pemanduan. Yakin umpan dia pasti mengena sebentar nanti. Seminit.. Dua minit.. Keadaan masih sunyi-sepi. Ean kekal melancarkan perang dingin hinggalah terdengar keluhan daripada bibir Isabella. “You saja nak buat I serba-salah, Ean. I tahulah you dah banyak tolong I selama ni. I bukannya tak nak tolong you, tapi I tak nak perempuan tu bising-bising dengan I nanti.” Muncung Isabella sedepa ke hadapan. “Bukan you ke yang dah bagi ‘green light’ untuk I pikat mummy you? You nak bebas, jadi you kenalah bagi komitmen juga. Takkan nak harapkan I seorang?” Bibir berceloteh seraya mengerling sedikit mencari wajah Isabella. 17
My Sugar Lady w HANA (HE)
Termakan dengan hasutan Ean, Isabella akhirnya tunduk mengalah. Telapak tangan ditadah di hadapan Ean. “You nak apa?” Ean menyoal bersama garis yang terentang pada dahi. Tak mengerti. “Sinilah telefon bimbit you tu. You nak ke tak nak nombor mummy tiri I ni?” Malas-malas suara Isabella bertanya. Sekaligus membuatkan bibir Ean mula mengukirkan senyuman lebar. Tak dan-dan, telefon bimbit mula bertukar tangan. “Thanks, Bella. I owe you one.” Girang intonasi yang terluah. Ean sengih sampai ke telinga, sedangkan Isabella masih lagi mempamerkan wajah cemberut. Ean mungkinlah kebal nak dengar suara Elzara membebel. Isabella saja yang tak kuat nak hadap. Silap haribulan, boleh berperang mulut dia dan Elzara dibuatnya. Haish!
SAJA nak pastikan Isabella tak menipu dia, terus Ean berjalan laju mendekati Isabella. Isabella yang masih leka menari diiringi bunyi lagu yang bingit memenuhi ruangan kelab malam langsung ditarik 18
My Sugar Lady w HANA (HE)
ke sisi. Elok kedudukan mereka rapat, butang kamera ditekan deras oleh Ean. Tadaa.. terakam sekeping gambar dia dan Isabella. Tak teragak-agak terus Ean buka aplikasi WhatsApp lalu gambar tersebut dihantar kepada Elzara. “Apa yang you buat ni, Ean?” Isabella dah mula bercekak pinggang. “I saja nak pastikan yang you tak menipu I. Risau juga you bagi nombor telefon entah siapasiapa dekat I tadi.” Selamba menutur kata. Isabella kecilkan biji mata. “You ingat I tak tahu apa niat you?” Cebir bibir, sebab taktik Ean tu Isabella dah boleh agak sangat. Ean bantai ketawa. “Dah-dah, you sambunglah menari. I tunggu you dekat depan.” Tak mahu panjangkan perbualan, segera kaki diangkat untuk berlalu. Mata sikit pun tak lari daripada merenung dada skrin. Ean masih menanti. Menunggu reaksi ‘singa betina’ di hujung sana mengaum amukkan dia. Jika betul nombor telefon itu milik Elzara, pasti Elzara tak ambil masa yang lama untuk telefon dia sebentar nanti. 19
My Sugar Lady w HANA (HE)
Bingo! Tepat sekali andaian Ean tatkala telefon bimbitnya berdering nyaring minta dijawab. Tak menyempat-nyempat Ean memilih butang hijau. Berdeham sedikit, Ean cuba berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku. “What did you do with my daughter, Ean Aditya??” tempik Elzara bersama dada yang mulai turun naik. Hampir saja buat gegendang telinga milik Ean rasa nak tertanggal hinggakan telefon bimbit terpaksa Ean jarakkan sedikit. Suara itu, sah memang milik Elzara. Elzara bukan menyapa Ean dengan nada suara yang manja, tapi entah kenapa hati Ean tetap juga rasa berbunga-bunga. Ah, parah sungguh penyakit angau Ean sekarang ni. “Is that you, sugar lady?” Soalan saja nak naikkan darah Elzara semata-mata. Kalau dah Ean sengaja hantar gambar mesra macam tu pada dia, takkanlah Ean tak tahu nombor telefon tu milik dia. Ean ni memanglah, saja nak cari pasal dengan dia. Saja nak buat dia terjerat dengan permainan lelaki itu. Argh, sebalnya! 20
BAB 3
B
AGAIKAN tak cukup tanah Elzara mengatur langkah. Ikutkan hati kalau nampak saja muka Ean, mahu saja dia tendang Ean hingga ke tercampak ke planet lain. Biar Ean lenyap supaya selepas ni Ean ni dah tak boleh nak menyusahkan dia lagi. Isabella dah beberapa hari tak balik ke rumah. Nampak gaya Ean sikit pun tak kisah dengan amaran dia. Dua hari lepas Ean angkut Isabella ke kelab. Sekarang ni agak-agak wajar ke tak kalau dia tuduh Ean dah sembunyikan Isabella di rumah lelaki itu? Teringatkan ugutan Ean. Teringatkan perangai liar Isabella yang makin menjadi-jadi. 21
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ilias.
Teringatkan janji dia pada arwah Datuk
Memang boleh buat hati Elzara jadi berbelah-bagi. Namun ugutan Ean yang paling buat Elzara rasa terbeban. Ean hanya bagi Elzara dua pilihan. Pilihan pertama, Elzara jadikan Ean hak Elzara dan selepas ni Ean takkan dekati Isabella lagi. Pilihan kedua, Elzara boleh tolak Ean jauh-jauh tapi Ean takkan sesekali akur pada amaran Elzara untuk tidak mendekati Isabella. Sudahnya, Elzara tolak mentah-mentah kedua-dua pilihan tersebut. Disebabkan itulah Elzara yakin Ean saja nak tunjuk belang dengan dia. Sorokkan Isabella supaya Elzara mengalah dan angkat bendera putih. Licik taktik lelaki itu kan? Bersama bibir yang berdecit-decit amukkan Ean dalam hati, kebetulan pula kelibat lelaki itu melintas di hadapannya. Terus Elzara lajukan hayunan kaki. Berdiri di belakang lelaki itu, lengan Ean ditarik kuat hingga terpusing sedikit tubuh tegap itu menghadap Elzara gara-gara tidak 22
My Sugar Lady w HANA (HE)
bersedia. Wajah Ean nampak sedikit terperanjat. “Mana you sorokkan Bella?” Tak dandan Elzara terjah Ean sebelum sempat lelaki itu bersuara. Semedan Ean julingkan mata ke atas. Dah tolak dia sungguh-sungguh dua hari lepas, yang tiba-tiba datang cari dia semula ni kenapa? Ean mengomel di dalam hati. Pandang Elzara atas dan bawah, tangan naik berpeluk tubuh. “Muka I ada nampak macam kaunter pertanyaan ke?” Kening dijungkit sebelah. bengang.
“I’m serious, Ean.” Elzara tayang wajah “Sugar lady..”
“Jangan panggil I macam tu boleh tak?” selar Elzara kasar. Entah siapa yang bagi Ean kebenaran untuk menggelarnya sebegitu pun Elzara tak tahu. “I punya sukalah.” Selamba saja Ean membidas. Langsung buat bibir Elzara terketap.
23
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Bella dekat mana? Dah banyak hari dia tak balik rumah.” Tukar topik sebab sebolehbolehnya memang Elzara tak kuasa nak berdiri lama-lama macam ni dengan Ean. “Manalah I tahu. Anak tiri you, takkan you tak tahu dia ada dekat mana sekarang? I bukannya bapa tiri Bella selagi I tak jabat tangan tok kadi untuk nikah dengan you.” Bicara Ean sinis. Buat tahi telinga Elzara mulai terasa menggegelak. Rasa-rasanya sia-sia kalau dia terus mendesak Ean. Sahih Ean takkan bagi kerjasama punyalah. Malas nak bertekak, Elzara pasang niat hendak beredar. Terpaku sepasang kaki pabila Ean mula memprovok dirinya. “Tak nak cari Bella dalam apartment I? Manalah tahu kut-kut memang betul I ada sorokkan anak tiri you tu.” “You did it, Ean?” Bebola mata Elzara mengecil. Ean ni memang spesies gatal agaknya. Suka ambil kesempatan. Ean sekadar jungkit bahu. Elzara sekali lagi tahan rasa geram. Meluru, kunci apartment pada tangan Ean dirampas. Serupa gaya rumah sendiri saja Elzara buka apartment anak bujang orang.
24
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Bella, come out!” jerit Elzara memanggil nama Isabella. Kaki ikut suka saja menjelajahi setiap pelosok apartment. Sunyi-sepi. Sempat Elzara perhatikan ruangan apartment Ean yang jelas kelihatan kemas dan tersusun. Boleh tahan tinggi citarasa lelaki ini. Ingatkan orang bujang ni tak tahu nak kemas rumah. Lain sungguh dengan perangai si Ean. Tengok sajalah pakaian lelaki itu, sentiasa bergaya dan segak. “Jumpa tak?” Terangkat bahu Elzara saat suara Ean terasa begitu dekat dengannya. Pusing tubuh, terhidang dada bidang lelaki itu di hadapan mata. Dua butang teratas kemeja putih yang dipakai Ean sudah tidak berbutang. Menaikkan lagi darah gemuruh Elzara. “Where’s Bella?” Nak buang debar di dada, Elzara beranikan diri bertanya soalan yang sama lagi. “Let me tell you, sugar lady. You sendiri dah datang buat spot check kan? Jadi I nak tanya you, ada nampak Bella tak?” “You saja nak main-mainkan I ya, Ean?” Jari telunjuk Elzara naik melentik di hadapan 25
My Sugar Lady w HANA (HE)
wajah Ean. Ean renung jemari halus Elzara. Tanpa isyarat, jemari itu dicapai lalu tanpa rasa bersalah dikucup dengan bibir merah miliknya. Menjerit Elzara kerana terkejut. Darah automatik terasa mencanak naik hingga ke kepala. “You jangan nak buat gila, Ean Aditya!” hambur Elzara seraya merentap jemarinya supaya lepas bebas. Wajah Ean direnung tajam. Malangnya, Ean sikit pun tak gentar. Tenang menayang wajah minta penampar bertubi-tubi. “Siapa yang buat gila sekarang ni? You’re in my house, sugar lady. Don’t you realize what you are making here is a crime?” Tekan Ean pada penghujung ayat. Nak ingatkan Elzara yang Elzara tu sebenarnya yang dah buat gila terjah masuk rumah orang. “Habis tu, you nak telefon polis yang I dah ceroboh masuk rumah you?” Dek malu sendiri, Elzara cari ayat ‘cover line’. Ean geleng dengan wajah tak beriak. Keluarkan telefon bimbit, kelihatan sedang menekan-nekan sesuatu. “Taklah, I cuma teringin nak telefon pejabat agama aje. Senang sikit bila dah kena 26
My Sugar Lady w HANA (HE)
cekup, you mana boleh nak tolak I lagi.” Ikut sedap anak tekak aje Ean berikan jawapan. Membuatkan jantung Elzara bagaikan sudah gugur jatuh ke lantai. “Ean, no!” jerit Elzara seraya cuba merampas telefon bimbit Ean. Terjingkit-jingkit kedua-dua belah kaki Elzara mahu menggagalkan niat Ean. Disebabkan ketinggian Ean, usaha Elzara masih lagi nampak gagal.
27
BAB 4
H
ARI tu Ean kenakan Elzara. Hari ni Elzara kenakan Ean cukupcukup. Sampai ke balai polis si Elzara ni heret Ean. Sebetulnya Elzara tak berniat pun nak buat macam tu. Bila dah hampir seminggu Isabella tak muncul-muncul, terpaksalah Elzara guna cara kasar macam ni. Melangkah keluar dari balai polis, terus jemari Elzara digenggam kemas. Kali ni Elzara dah agak keterlaluan sikit. Ean ke mainlah bengkak hati, Elzara boleh pula tayang wajah tak bersalah macam tu depan dia. Haish! Mujurlah Isabella datang tunjuk muka dekat balai polis, kalau tak mereputlah Ean tidur dekat lokap Ean malam ni. Tak pasal-pasal, jatuh reputasi baik milik seorang Ean Aditya. 28
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Ish, apa you ni?” Elzara cuba nak tarik jemari dia semula. Makin kuat pula Ean menggenggam. “We’re not done yet, sugar lady. You jangan buat-buat lupa apa yang you dah buat dekat I eh?” Tegas Ean menayang wajah garang. Elzara telan liur. Gerun juga tengok air muka Ean macam tu. Tiada riak nakal. cuak!
Hanya nampak tegang semata-mata. Fuh, “I balik dulu, Ean.” Suara Isabella.
Disebabkan tak ada mood, Ean sekadar jatuhkan kepalanya sekali. Isabella sempat menjeling tajam wajah Elzara sebelum memboloskan diri ke dalam kereta mewah yang dipandu olehnya. Elzara pula masih berusaha mahu melepaskan diri untuk menuju pada Toyota Fortuner berwarna putih yang terparkir bersebelahan dengan kereta Isabella. “You rasa you boleh balik macam tu aje lepas buat I merasa duduk dalam lokap?” selar Ean bersama dada yang mula berombak sedikit. 29
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Habis tu, you nak I buat apa?” Berhenti meronta, Elzara ajukan pertanyaan dengan nada suara yang agak meninggi. “Setiap kali Bella tak balik ke rumah you, you mesti akan syak dan tuduh I. Why?” Masih cuba untuk menenangkan diri sendiri. “Sebab I tak percayakan you. You yang ugut I pasal Bella, you nak I syak siapa lagi kalau bukan you?” Mudah Elzara membalas. Sekaligus menyebabkan ketenangan Ean terbang melayang dalam sekelip mata. “Fikir logiklah, takkan ugutan I tu sampai I sanggup nak culik anak tiri you. I bukannya bercita-cita nak jadi penjenayah!” “Lelaki licik macam you, buat apa pun sangguplah.” Lagi bicara yang merentungkan sekeping hati milik Ean. Rasa-rasanya dah tak ada guna Ean sembang baik-baik dengan Elzara. Nampak Elzara macam sengaja nak mencabar dia sungguh. “Sugar lady, let me ask you something.” Ean jeda. Tarik nafas dalam, Ean hembuskan kembali. Mara satu tapak ke hadapan, pegangan pada lengan Elzara semakin dikemaskan.
30
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Do you really want to see the evil part of me?” Soalan yang buat nafas Elzara terasa menyemput. Hilang keberanian, berganti dengan perasaan resah. Lain macam saja cara Ean bertanya tu. Jangan cakap yang kali ni Ean betul-betul mahu buat gila. Tak sempat Elzara nak membalas, terasa bibir sudah dipekup oleh Ean sebelum dia diseret masuk ke dalam kereta. “Ean, you nak buat apa ni?” jerit Elzara cemas sebaik saja dia sudah pun berada di dalam kereta. Ean tayang wajah beku. Kunci kereta Elzara dirampas bersama riak tegang. “Berbaloi kalau kali ni I masuk lokap disebabkan you. Tapi sebelum tu biar I tunjuk dulu macam mana sisi jahat sebenar seorang Ean Aditya. You pun mesti dah tak sabar nak tengok kan?” “You nak bunuh I, Ean??” Dek ketakutan, terpacul soalan itu dibibir Elzara. Ean ketawa geli hati. Elzara ni umur saja dah terlajak matang, tapi pemikiran Elzara nampaknya masih lagi kebudak-budakan. “I won’t kill you, my sugar lady..” leret Ean 31
My Sugar Lady w HANA (HE)
mula mempamerkan senyuman jahat. Dada Elzara automatik dilanda debar yang tak terkawal. “Cuma kali ni I akan pastikan you menyesal sebab buat I macam ni.” Sambung Ean lalu memulakan pemanduan keluar dari perkarangan balai polis. Elzara mula menjerit-jerit bagaikan orang gila di dalam kereta. Mula-mula Ean sekadar nak uji Elzara. Bila Elzara dah mula acah-acah nak terjun kereta, terpaksalah Ean berterus-terang juga. “Eh, I bukan nak apa-apakan youlah. Duduk diam-diam boleh tak?” Ean panik. mana?”
“Baik you bagitahu I, you nak bawa I ke
“I nak you temankan I makan ajelah. Anggap tu sebagai hukuman untuk you sebab you dah buat nama baik I punah. Kalau wartawan dapat tahu, mana I nak letak muka I ni?” tutur Ean terpaksa juga berbicara jujur. Lega hati Ean bila Elzara sudah mula berhenti meronta-ronta. Toleh pandang wajah Elzara, Ean yakin sedikit-sebanyak Elzara sudah terbersit dengan perasaan bersalah. Ean tahu Elzara bukan sengaja nak buat laporan polis terhadapnya. Demi memikirkan keselamatan Isabella, Elzara 32
My Sugar Lady w HANA (HE)
seolah-olah dah tak mampu nak berfikir panjang. Memang sebegitu pentingkah Isabella dalam hidup Elzara atau sebenarnya Elzara sudah terlanjur berjanji sesuatu dengan arwah Datuk Ilias? Datuk Ilias sudah tiada, tapi Elzara masih juga mahu menggalas tanggungjawab untuk menjaga Isabella. Jika benar semua itu dilakukan semata-mata kerana wang, Elzara sudah boleh hidup mewah dengan sebahagian harta peninggalan arwah Datuk Ilias yang dah dipindahkan ke atas namanya. Tak faham sungguh Ean dibuatnya. Ah, biarlah! Malas pula Ean nak serabutkan kepala otak dia. Apa yang paling penting, dia berjaya jadikan Elzara miliknya. Ya, hanya itu tujuan Ean pabila dia nekad untuk mendekati Elzara. Bukan untuk dijadikan sebagai calon teman wanita. Tapi sebagai penghuni yang satu-satunya bakal mendiami sekeping hati miliknya. Ean ikhlas, sungguh!
33
BAB 5
D
ARAH Elzara terasa kering pada tubuh. Ligat kaki diatur mendekati dua susuk tubuh itu. Pandang pakaian mandi yang tersarung pada tubuh Isabella, Elzara dah mula mengucap panjang. Isabella ni tak tahu rasa malu ke apa? Rentap tuala yang tersangkut pada kerusi, terus dibalut tubuh Isabella. “What you are doing, Bella?” Suara Elzara jelas bergetar menahan marah. Isabella ketap gigi. Elzara layan dia serupa dia ni budak-budak. Tak kenang mereka sedang berada di khalayak ramai, memang dia dah maki hamun Elzara sekarang ni juga. Bebola mata Elzara dialih pula pada 34
My Sugar Lady w HANA (HE)
wajah lelaki yang elok berdiri di sebelah Isabella. Sama naik dengan Isabella. Ean sekadar kenakan seluar pendek separas paha sahaja. Dada bidangnya dibiarkan terdedah tanpa memakai baju. Menitiknitik air mengalir pada tubuh sasa lelaki itu. “You ajar anak I apa kali ni, Ean? Kalau nak jadi jahat, you ajelah yang jadi jahat. Yang you nak pengaruhi anak I sama, kenapa?” Buntang biji mata Elzara sewaktu mengajukan pertanyaan. “Mandi pun salah ke? Bukannya I ajak Bella mandi berdua dengan I. Ramai orang kat sini kan? You bukannya tak boleh nampak.” Kening Ean terjungkit. Tak mahu Elzara pandang dia lagak dialah yang paling bersalah dalam hal ni. Kolam renang ni memang dah tersedia di dalam kawasan kondominium miliknya. Dia dulu yang terjun masuk ke dalam. Kebetulan terserempak dengan Isabella di sini sebab Isabella memang ada kawan yang turut menyewa unit kondominium di situ. Takkan tu pun salah dia lagi? balik.”
“You tukar pakaian you, ikut mummy
“You ingat I ni umur berapa, El? Tak habis-habis you nak susahkan hidup I.” Giliran Elzara bersuara. 35
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sakit hati pabila Elzara cuba nak mengawal hidupnya. Elzara tu cuma ibu tiri dia. Beza usia pun setakat beberapa tahun, ada hati nak tunjuk lagak seorang mummy. Ni mesti kes nak bolot harta arwah daddy. Huh! “Kalau you rasa you dah tua, you takkan buat perangai macam ni,” balas Elzara serius. Isabella lorek senyuman sinis. “Kadang-kadang I tertanya-tanya, berapa arwah daddy I bayar you sampai you sanggup berlakon hingga ke tahap ni. How much, El? Berapa arwah daddy I dah bagi you duit?” Bersilang tangan, pedas soalan itu ditujukan kepada Elzara. “You boleh cakap apa pun yang you nak. Tapi sekarang I nak you ikut I balik. Kalau tak..” “Kalau tak, you nak suruh Bard heret I kan?” teka Isabella memetik nama Bard, pengawal peribadi Elzara. Elzara diam. Sejujurnya memang dia dah berikan arahan kepada Bard. Kalau keadaan dah memaksa, Bard pula yang akan memainkan peranan. Diamnya Elzara buat Isabella sudah mengerti. Sedut nafas panjang, Isabella lepaskan 36
My Sugar Lady w HANA (HE)
perlahan-lahan. Terpaksalah Isabella mengalah untuk kali ini. Disebabkan nak bakar sekeping hati milik Elzara, selamba Isabella mendekati Ean lalu pipi Ean sempat dikucup sekilas. Gaya manja lagi tu. Deras tindakan Isabella sampaikan Ean sikit pun tak sempat nak menepis. Habislah Ean sekejap lagi. Mesti Elzara dah salah faham dengan dia. Cara Elzara renung dia pun dia dah boleh agak yang Elzara sedang menahan bengang yang bukan sedikit kali ini. “I balik dulu, Ean. Risau singa tua ni buat hal malukan I kat sini nanti.” Lembut nada suara Isabella sebelum berlalu dalam lenggok pinggul yang jelas sengaja dibuat-buat. “Seronok?” Sepatah soalan yang tak semena meniti pada bibir Elzara sebaik saja kelibat Isabella menghilang. Ean angkat kening. Pura-pura tak mengerti. Elzara mendengus sekali. Ean.”
“You jangan nak buat-buat tak faham,
“Dah memang I tak faham. Apa yang seronoknya?” Masih lagi menayang riak tak mengerti. 37
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Seronok ke kena cium dengan anak tiri I?” hambur Elzara terus-terang. tarik tali.
“You nak I jawab jujur ke?” Ean bermain Makin kuat ketapan gigi Elzara.
“I rasa I tak adalah bertuah sangat kalau perempuan yang cium I tadi tu Bella. Kalau you, lainlah. You pula, tak rasa teringin nak cium I ke?” Sengih gatal Ean dah mula melebar. Elzara kepal penumbuk. Jangan sampai dia layangkan penumbuk dia ke muka Ean sekejap lagi sudahlah. Mengecil pandangan Elzara merenung Ean dari atas hingga ke bawah sebelum pandangannya tanpa sedar terhenti tepat pada dada bidang milik Ean. Paling memalukan tatkala Elzara seakan terpaku pula dengan pemandangan yang disajikan untuknya. Perasan halal tuju pandangan Elzara, Ean dah mula simpan senyum. Dada bidang yang jelas berketul-ketul, perempuan mana yang tak cair? Buktinya.. Ean petik satu jari, Elzara masih tak kalih pandangan. Masuk petikan kali kedua barulah Elzara kelam-kabut nak ‘cover’ malu. Berdeham 38
My Sugar Lady w HANA (HE)
sekali, Elzara cuba hilangkan rasa canggung. Dah kenapa dia boleh terleka? Dush! Memalukan sungguh kau ni, Elzara. “Seronok?” Terhenyak seketika Elzara pabila soalan yang pernah dia ajukan pada Ean kembali dilontarkan semula kepadanya. Mara satu langkah ke hadapan, Ean sengaja nak rapatkan kedudukan mereka berdua. “You didn’t asnwer me. Seronok tak?” “What do you mean?” Keras intonasi si Elzara. Pakej jelingan tajam. “Maksud I, seronok ke tak dapat cuci mata tengok dada I tadi?” Nakal riak wajah Ean. Dum! Rasa macam kedua-dua belah pipi Elzara baru saja dilempang sedas. Pijar! Malas nak terus melayan usikan Ean, Elzara dah berkira-kira nak angkat kaki. Terhalang tatkala pergelangan tangannya dilelar kemas oleh Ean. “Ean!” marah Elzara sebab dia memang tak suka kaum lelaki dengan begitu senangnya menyentuh bahagian tubuh dia tanpa izin. “Just one question before you leave.” Jeda. 39
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean sebetulnya teragak-agak nak menyoal, tapi selagi dia tak tanya hati dia rasa tak tenang pula. Salah Isabella sebab tiba-tiba bangkitkan tentang hal itu. Kalau tak, tak adalah Ean nak rasa macam ni. “Betul ke arwah Datuk Ilias bayar you untuk semua ni?” “If yes?” duga Elzara sikit pun tak terkesan dengan soalan Ean. Dah memang selalu sangat orang lain pandang serong dia macam tu. Hati dia dah lali. “If yes, I want to make a deal with you.” “Dan maaf, I tak berminat langsung. You ingat I ni ‘barang’ yang boleh dijual-beli?” Sombong cara Elzara membalas. Sudah boleh mengagak maksud sebenar di sebalik bicara Ean. “You rasa I sedang cuba nak beli you?” “Bukan memang itu ke niat you?” Sinikal pandangan yang dilemparkan pada Ean. Ean geleng. ”I memang nak tawarkan bayaran untuk you. Tapi bayaran tu sebagai wang hantaran kalau you sanggup kahwin dengan I.” Tak ada angin, tak
40
My Sugar Lady w HANA (HE)
ada ribut. Tak tahulah kenapa mudah saja ayat berbaur lamaran dimuntahkan di hadapan Elzara. Wajah Elzara berubah untuk seketika. “It’s not funny, Ean.” Tekan Elzara bersama debar yang mulai mengganas. “Look at me, Elzara. Ada nampak macam I sedang buat lawak tak?” Dan soalan Ean itu buat Elzara terkebam rapat bibir sendiri. Wajah Ean serius. Secalit senyuman pun tidak kelihatan. Adakah itu bermakna.. Ah, mustahil. Takkanlah lelaki segakbergaya dan jauh lebih muda daripada usianya boleh terpikat dengan dia? No. No. No. Ean tentu sedang bergurau. Pasti! Tak mahu bazirkan masa lagi, Elzara terus berlalu pergi. Soalan Ean turut dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan
41
BAB 6
D
ALAM ramai-ramai manusia, kenapa mesti dia ditakdirkan bertembung dengan Ean? Terserempak dengan Ean memang boleh buat emosi Elzara bertukar ganas dalam sekelip mata. Mahu tidaknya, asal nampak muka dia aje Ean mesti nak tayang wajah teruja. Entah apalah yang istimewa sangat seorang Elzara ni sampaikan si Ean ni nak tergila-gilakan sangat. “Could you please move aside, Ean?” Suara celah gigi setelah hampir lima minit Ean menghadang laluannya. Sakit hati sungguh tengok wajah bersahaja Ean. Siap seluk tangan dalam poket seluar sambil tayang wajah tak bersalah. Elzara ke kiri, kaki Ean ikut melangkah sama. Elzara ke kanan, pun tubuh 42
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean tetap mahu menghalang laluan Elzara. “Ean, I cakap dengan you ni.” Makin dikeraskan intonasi suara. Barulah lelaki yang kelihatan segak dalam kemeja berwarna kuning cair itu berdeham sedikit. “Pardon?” Ean saja buat-buat pekak. Elzara pejam mata dan sedut nafas dalam. “I nak lalu, you boleh ke tepi sikit tak?” Wajah Elzara masam mencuka. cerdik.
“Oh, you nak lalu ke?” Soalan kurang
“Habis tu, you ingat I saja nak tercegat berdiri macam tiang elektrik ni depan you? Ke you teringin nak kena pijak dengan I?” sembur Elzara bengang. Ean tarik senyum senget. “Marah sangat ni, kenapa? Tak suka ke terserempak dengan I?” soal Ean seraya mara satu tapak ke hadapan. Elzara mula tayang wajah tak selesa. Dekat-dekat macam ni dengan Ean, jantung dia sibuklah pula nak buat hal. Berdetak lain macam saja berbanding kebiasaan.
43
My Sugar Lady w HANA (HE)
masa I.”
“I dah lambat ni, tolong jangan buang
“You know what, sugar lady?” gumam Ean sengaja menggantung ayat. Elzara renung mata Ean dalam-dalam. Karang kalau dia tunjuk acah-acah tak mampu nak bertentang mata, Ean anggap dia sukakan lelaki itu pula. “I ingat I nak saman youlah sebab buat laporan polis terhadap I tempoh hari. Nasib baik Bella muncul, kalau tak memang I dah meringkuk lagi lama dekat dalam lokap malam tu.” Zap! Hampir nak terbuntang biji mata Elzara. Si Ean nilah! Saja nak cari pasal ke apa? Hari tu kan Ean dah paksa dia temankan lelaki itu makan malam sebagai hukuman. Takkan Ean masih nak mengungkit kejadian tu lagi? “You dah hukum I hari tu, Ean. Jangan buat-buat lupa pulak eh?” Jeling Ean tajam. “I rasa hukuman tu belum setimpal dengan perbuatan you memalukan I.” “You nak I buat apa lagi??” Hampir saja hendak meledak kemarahan Elzara. Nak bermain tarik tali pulak Ean ni. 44
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Good question, sugar lady. Now, you listen.” Suara Ean berubah tenang seraya menarik nafas dalam. Hembus semula, tepat sepasang mata merenung wajah Elzara. “Disebabkan kredibiliti I dah jatuh dengan laporan polis yang you dah buat, I tak rasa ada perempuan lain sanggup kahwini I lagi. Jadi..” “Sebelum you bertambah gila, baik I bagi jawapan I siap-siap. Jawapan I, NO! I takkan kahwin dengan you. Kalau ya sekalipun you nak ugut I, cari alasan lebih logik sikit boleh tak? Move!” Kali ni Elzara terus rempuh batang tubuh Ean. Dah malas nak berlembut bagai. Apa ke gila dia nak kena kahwin dengan lelaki tu disebabkan alasan remeh yang sikit pun tak masuk akal tu? Huh! “Then, I’ll sue you.” Mudah balasan Ean buat kedua-dua belah kali Elzara automatik terbenam ke lantai bumi. Memejamkan mata, sungguh Elzara rasa macam nak tendang saja Ean ni biar mendarat di planet Pluto. Duduk di bumi, bikin kepala Elzara berserabut saja. Dua hari lepas Ean paksa dia temankan 45
My Sugar Lady w HANA (HE)
lelaki itu makan malam sebagai hukuman. Sekarang, Ean nak paksa dia kahwini Ean pula sebab Ean rasa hukuman tempoh hari belum cukup setimpal untuk dia. Kahwin? Bibir Elzara perlahan-lahan terconget senyuman sinis. Rasa-rasanya Ean nak mainmain sangat dengan dia ni. Lelaki kaki perempuan macam Ean ni sebenarnya keliru aje. Tak mungkinlah Ean nak tamatkan zaman bujang dia dengan perempuan lebih berusia macam Elzara. Tapi tak apa, Ean nak sangat menduga. Kali ni Elzara memang sengaja nak memcabar Ean. Nak tengok keberanian Ean tu sampai tahap manalah sangat. Pusing tubuh, Elzara angkat kening gaya seolah-olah sengaja mahu memperlekehkan katakata Ean. “Lelaki buaya darat macam you, takkan semudah tu nak tamatkan zaman bujang? Dengan perempuan lebih berusia pulak tu. Tapi disebabkan you nak main-main sangat, I ikut rentak you. I dare you, Ean Aditya. Kalau you ni lelaki sejati sangat, you pergilah masuk meminang I. Jangan nanti you tiba-tiba berubah jadi pengecut sudahlah.”
46
My Sugar Lady w HANA (HE)
Pedas bicara Elzara, Ean abaikan saja. Malas nak ambil pusing. Yang penting, Elzara dah bagi lampu hijau untuk dia masuk meminang wanita itu. Elzara fikir Ean tak serius agaknya. “Is that a Yes?” Sebelah kening Ean terangkat. Elzara tak angguk, geleng pun tiada sebagai jawapan. Mendekati Ean, Elzara tadah tangan di hadapan lelaki itu. “What?” Ean terpinga-pinga sejenak. “Telefon bimbit you.” “You nak buat apa?” “Just give it to me.” Tak mahu buang masa, Ean turuti saja permintaan Elzara. Telefon bimbit bertukar tangan. Rancak jemari Elzara menekan-nekan skrin. Tak lama, telefon bimbit kembali diserahkan kepada Ean. “I dah ‘save’ alamat rumah keluarga I dalam telefon bimbit you. Nak kahwin dengan I kan? Go get me, Ean.” Senyum sinis lalu terus mengangkat kaki. Ean
terkedu. 47
Pada
awalnya
Ean
My Sugar Lady w HANA (HE)
ingat Elzara hanya bercanda. Bila diintai skrin telefonnya, jelas alamat rumah orang tua Elzara terpampang di dada skrin. Lama juga Ean jadi patung tak bergerak. Sesaat kemudian, bibir Ean mulai melebar dengan sengihan. You got me wrong, sugar lady. You ingat I main-main dengan you kan? You sengaja cabar I sebab you yakin I takkan berani nak pinang you kan? Too bad, I’m serious with my words. Later, you’ll regret it. Monolog Ean seraya mengusap-usap jambung halus yang menghiasi wajahnya. Alangalang tuan punya badan dah terlanjur bagi lampu hijau, esok juga Ean akan kerah mama dan papa dia untuk masuk meminang Elzara. Reaksi Elzara? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Jangan sampai terbelalak biji mata pula.
48
BAB 7
E
AN muncul berpeluk tubuh di hadapan Elzara. Menolak kembali pintu kereta yang baru hendak dikuak oleh Elzara. “Do you have time to talk?” Suara Ean kedengaran cukup tegang. Mengeluh dalam, Elzara turut menyilang tangan pada tubuh. Lelaki ini, sampai bila perlu menjadi bayang-bayangnya? Elzara.
“You nak cakap apa?” Dingin suara
“Kenapa you tolak pinangan I?” Wajah Ean masam tanpa secalit senyuman. Punyalah susah dia suruh mama dan 49
My Sugar Lady w HANA (HE)
papa dia pinang Elzara, senang-senang aje Elzara tolak. Hari tu ke main cabar dia sangat. Bila dia dah sahut cabaran tu, Elzara pula yang menggelabah tanda tak bersetuju. Renung wajah Elzara, entah kenapa terlalu sukar untuk Ean nafikan yang hati dia semakin jatuh cinta. Tidak kisahlah Elzara itu ibu tiri kepada teman baiknya sekalipun. Yang Ean tahu, dia perlu miliki Elzara. “I dah bagitahu you awal-awal, Ean Aditya. You hanya bazirkan masa you. Macam mana I nak terima you sedangkan usia you sebaya dengan usia anak tiri I, Isabella? You tak rasa ke kalau kita kahwin nanti I hanya akan layan you sebagai seorang anak, bukan suami?” Bertalu-talu. Mengundang senyum sinis daripada bibir Ean. Tak habis-habis dengan alasan yang sama. “Five years, sugar lady. Hanya lima tahun beza usia kita dan I pun bukannya budak-budak lagi. Dua puluh sembilan tahun belum cukup matang ke untuk jadi suami you?” Tekan Ean buat Elzara semakin lemas. sebegini.
Sungguh, Elzara tidak suka didesak
“But still, my answer is no.” Elzara tetap dengan pendiriannya. 50
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sesekali sikap degil Elzara hampir buat Ean hilang sabar. Jangan sampai dia culik dan bawa lari Elzara untuk berkahwin di Thailand sudahlah. “Tapi you yang cabar I hari tu.” “I ingat you tak berani buat.” “Habis tu you sangguplah kalau I terus ganggu dan rapat dengan Bella? Tak takut Bella jadi makin liar?” “You ugut I lagi?” “It depends on how you think.” Selamba nada suara Ean. Sengaja menjentik kelemahan Elzara. Yakin sangat Elzara pasti bimbang akan maruah Isabella. Walhal, bukan Ean pun yang selalu menghasut Isabella untuk keluar dan pulang lewat malam. Isabella liar sekalipun, langsung tak ada kena-mengena dengan Ean. Cuma dah alang-alang Elzara tuduh dia macam tu, baik dia mengaku saja. Ada juga ‘point’ dia nak pastikan Elzara terima dia nanti. “Ramai lagi perempuan lain yang you boleh pilih, kenapa mesti I?” soal Elzara ingin tahu. Ean itu punya segala-galanya. Cukup semua pakej. Malah sekali Ean petik jari sahaja, 51
My Sugar Lady w HANA (HE)
Elzara yakin tentu berduyun-duyun perempuan yang mahu serah diri. Tak ke rugi namanya bila Ean masih mahu memilih dia yang jauh lebih tua? “Because my heart wants you.” “I’m not a virgin. I ni janda. Earth to, please.” Elzara mahu mengingatkan kalau-kalaulah Ean dah terlupa yang dia ni bekas isteri kepada arwah Datuk Ilias. “I tahu.” Tenang wajah Ean. Sikit pun tak nampak terusik. “Then?” Kening Elzara terjungkit. Berdebar-debar menanti jawapan Ean. “Marry me.” Putus Ean tanpa ragu. Lalu dua patah perkataan itu sudah cukup untuk buat bahu Elzara mengendur sertamerta. Jujurnya, Elzara dah naik letih hendak menolak cinta Ean. Apatah lagi saat memikirkan yang dia hanya sendirian kala ini. Kalau diikutkan keduadua orang tuanya, memang mereka suruh Elzara terima saja pinangan Ean. Bukan sebab Ean tu anak orang berada. Tapi sebab Elzara sudah terlalu lama 52
My Sugar Lady w HANA (HE)
melakukan pengorbanan demi orang lain. Dah sampai masanya Elzara bina bahagia sendiri pula. Lagipun mereka yakin, Ean itu baik orangnya walaupun pada mata kasar kelihatan agak nakal dan liar.
53
BAB 8
S
ELAMBA Elzara tolak tubuh pengawal keselamatan sebelum pintu bilik mesyuarat dirempuh sekuat hati. Sekejapan, beberapa pasang mata mula tertumpu pada Elzara. Riak terkejut yang ada di hadapannya langsung Elzara tidak endahkan. Peduli apa Elzara saat ini? Yang dia tahu, dia perlu dapatkan penjelasan daripada Ean. “I want to talk with you, Ean Aditya.” Keras dan tegas bicara Elzara. Sesuai dengan dirinya yang sentiasa nampak berkaliber. “I sedang mesyuarat. You can wait outside. Nanti I datang.” Suara Ean masih bernada tenang. Mengharapkan pengertian daripada Elzara.
54
My Sugar Lady w HANA (HE)
Malangnya, Elzara sekadar tegakkan tubuh serupa patung. Pakej bersilang tangan lagi menandakan yang dia takkan sesekali berganjak selagi Ean tak akur pada kehendaknya. Rasa juga kebas kedua-dua belah pipi Ean bila semua yang turut berada dalam mesyuarat mula berbisik sesama sendiri. Menarik nafas dalam, Ean helakan semula perlahan-lahan. Rasanya dia dah terlebih masak dengan sikap keras kepala Elzara Hanan. “Meeting adjourned. Jumpa balik dekat sini pukul 3.00 petang.” Terpaksa buat keputusan begitu. Takkanlah Ean nak ‘berperang’ dengan Elzara di hadapan pekerja-pekerja syarikat papanya pula kan? Dengar arahan Ean, masing-masing mula bersurai. Menikus melepasi Elzara. Pandang wajah menyinga Elzara, siapa sahaja yang boleh tunjuk berani? Ean seorang sajalah yang kebal. Serupa kalis api. Sebaik saja bilik mesyuarat dikosongkan, Ean bangkit dari tempat yang diduduki. Menuju ke muka pintu, terus dikunci dari dalam. “Talk, sugar lady.” Ean mulakan bicara seraya melabuhkan duduk di birai meja.
55
My Sugar Lady w HANA (HE)
Tak ada sepatah kata daripada Elzara, sebaliknya Elzara hempas surat khabar sedikit kasar ke atas meja. Mata Ean sempat melirik seketika. “Ada apa-apa yang you nak jelaskan, Ean?” Sinis nada suara Elzara. Sikit pun tidak buat Ean kelihatan tergugat. “You datang sebab hal remeh tu aje ke?” “Remeh?” Mata Elzara membuntang. Ean angguk mudah. “You dah setuju kan? Jadi tak ada sebarang masalah pun di sini.” “I setuju sekalipun, tak bermakna you perlu hebohkan satu dunia macam tu.” “Why?” “Sebab I tak suka privasi I terganggu.” “I did it for a right reason.” “Jadi apa alasan you?” Elzara masih lagi menahan rasa bengang. Tengok wajah tak beriak Ean, lagilah bengang dia tu bagaikan bercambahcambah. “So that you can’t get away from me,” 56
My Sugar Lady w HANA (HE)
jawab Ean sekaligus membuatkan bibir Elzara terketap. “You ni memang jenis tamak ke, Ean?” selar Elzara bersama suara yang jelas tertahantahan. Jangan sampai ada juga yang dia hempuk dengan tas tangan kejap lagi. Elzara.
Kening Ean berkerut dengan tuduhan
“You ganggu anak tiri I dan dalam masa yang sama you tetap mahukan I? Lelaki jenis apa you ni?” Tembak Elzara buat Ean mula mengukirkan senyuman nipis. Elzara nampak marah benar. Jujur Ean katakan, Elzara makin kelihatan seksi bila marah-marah begini. “Sebenarnya you marahkan I sebab I hebohkan pasal perkahwinan kita atau you marahkan I sebab I masih rapat dengan Bella?” provok Ean buat Elzara mula mengebam kuat bibir merah miliknya. “I tak suka you rapat dengan anak tiri I, Ean.” Tanpa sedar, Elzara berbicara jujur tentang galau sebenar yang menghentak jiwanya. “Jadi betullah sebab Bella?” Kening Ean terangkat sebelah. Elzara diam membisu.
57
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Kalau betul tentang Bella, you tak perlu risau..” Jeda, sengaja menggantung ayat. Ean bangkit daripada duduknya di birai meja. Melangkah penuh karisma mendekati Elzara, jemari Ean naik menyentuh pipi kanan Elzara. “Because I want you more.” Sambung Ean gemersik seraya mengusap-usap pipi mulus Elzara sebelum jemarinya mula ditepis kasar oleh wanita itu. Saat ini, amarah Elzara benar-benar terasa meluap-luap. Hampir saja Elzara hendak menjerit melampiaskan kemarahannya. Sedar dia sekadar akan memalukan diri sendiri, Elzara cuba pujuk hati. Tak ada guna dia berdepan dengan Ean, kelak dia juga yang bakal sakit hati mendengarkan jawapan Ean. Memusingkan tubuh, niat hendak berlalu pergi. Terhenti saat Ean terlebih dahulu laju bertindak. Telapak tangan Ean deras menekan kembali pintu bilik mesyuarat.
58
BAB 9
N
AIK berbulu jugalah mata Elzara tengok betapa melekatnya Ean dan si Isabella. Sesekali tawa mereka berdua kedengaran hingga ke sini. Bila tengok Ean dah mula mencuit pipi Isabella, Elzara dah tak mampu nak berdiam diri lagi. Kalau tak fikirkan persiapan majlis perkahwinan yang belum selesai sepenuhnya, tak kuasa dia nak ikut Ean dan tonton adegan percuma macam tu. Buat sebal hati saja. Bukan sebab Elzara cemburu. Bukan sebab Ean tu bakal suami dia. Tapi sebab dia tak suka Ean sentuhsentuh anak dara orang ikut suka hati. Apatah lagi 59
My Sugar Lady w HANA (HE)
Isabella tu anak tiri Elzara. Elzara sanggup kahwin dengan Ean pun sebab nak jauhkan lelaki itu dari Isabella. Menapak laju mendekati dua susuk tubuh itu. jemari Ean yang masih mencubit pipi Isabella segera ditepis oleh Elzara. Pandangan Isabella dan Ean semedan melekat ke wajah Elzara yang memerah. Boleh tahan terkejut dengan kemunculan Elzara yang tak diduga. kereta?
Tadi bukan ke kata nak tunggu dalam
“Are you done?” soal Elzara cuba mengawal nada suaranya yang jelas sedang bengang. Ean jungkitkan kening. Isabella cebirkan bibir tanda meluat. “Well, Ean. Ada orang dah cemburu. I gerak dulu. See you soon.” Suara Isabella yang gedik sebelum berlalu pergi. Sengaja dilanggarnya bahu Elzara waktu melepasi ibu tirinya itu. Terganjak sikit tubuh Elzara. “Bella, wait!” halang Ean membuatkan Isabella kembali memusingkan tubuh. 60
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Kalau rasa masalah you tu dah makin teruk, jangan lupa buat apa yang I suruh. I’m worried.” Terpeta riak bimbang di wajah Ean. Isabella senyum segaris bersama anggukan. Sekejapan, kembali menyambung langkah yang terhenti. Sedar ada sepasang mata tajam yang memerhati, Ean kalihkan pandangan. Berpeluk tubuh, merenung wajah Elzara yang masih kelihatan cemberut. “Trying to conquer me, huh?” Soalan yang terluah di bibir Ean secara tiba-tiba. Elzara julingkan mata ke atas. Tak kuasa dia nak takluk si Ean ni. Dahlah jenis mata keranjang. Tak boleh tengok perempuan cantik dan seksi sikit. “Jangan nak perasan boleh tak?” “Habis tu, kenapa you nak marah-marah bila I cuit anak tiri you?” “Sebab I tak suka.” “Why?” Ean tanya soalan kurang cerdik. “Sekarang ni you nak kahwin dengan I 61
My Sugar Lady w HANA (HE)
atau anak tiri I?” “You.” Senang aje Ean bagi jawapan. Pakej tayang wajah tak bersalah. Fuh, memang kena sabar sungguh bila berdepan dengan seorang Ean Aditya. “Kalau tahu nak kahwin dengan I, tolong kurangkan sikit perangai gatal you dengan anak tiri I tu. Takkan dua-dua you nak sapu?” Pedas ayat Elzara. Nak pusing tubuh, tersekat saat jemari Ean kemas melelar lengan putih mulus miliknya. “I have told you many times, sugar lady..” Jeda Ean sengaja mahu menggantung ayat. Mara satu tapak, pandangan Ean menikam tepat pada sepasang mata yang memakai kanta lekap berwarna coklat gelap. “I just want you more.” Sambung lelaki itu saat bibir didekatkan pada telinga Elzara. Sempat menyelit juntaian rambut yang jatuh ke pipi Elzara sebelum Ean mula mengangkat kaki berlalu masuk ke dalam butik pakaian pengantin. Tengok Elzara masih tercegat, terus nama Elzara dilaung. “Sugar lady, nak tercegat dekat situ 62
My Sugar Lady w HANA (HE)
sampai bila?” tegur Ean memaksa Elzara gagahkan diri untuk menghampiri Ean. Berdiri setentang dengan Ean, masih tersisa rasa tak puas hati. “I ingatkan you dah suruh Bella cuba baju pengantin tu untuk I.” Bibir Elzara jelas kelihatan mencebir. “You yang nak jadi isteri I, kenapa Bella pula yang nak tolong cuba baju pengantin tu untuk you?” Kening Ean bertaut. “Dah tahu I yang akan kahwin dengan you, yang you suruh Bella datang butik ni juga kenapa?” tadi.”
“I ada benda nak bincang dengan Bella
“Bincang apa? Bincang nak jadikan Bella tu madu I?” “Apa yang you mengarut ni?” Ean dah mula rasa geram. “You dengar sini baik-baik, Ean.” Sedut nafas dalam, hembus sedikit kasar. “Sekalipun you dengan I tak jadi kahwin, I takkan benarkan Bella kahwin dengan you.” 63
My Sugar Lady w HANA (HE)
Tegas Elzara bersama jari telunjuk naik melentik di hadapan muka Ean. “Reason?” Sepatah disoal. “Alasan I sebab you tak layak untuk jadi suami Bella. I tak nak you rosakkan hidup anak tiri I.” “Habis tu, you sanggup serahkan diri you untuk dirosakkan oleh I?” Nakal riak wajah Ean buat Elzara mula salah faham. Ayat Ean tu, memang boleh buat sesiapa sahaja salah faham. “Jadi lelaki ni, memang tak sah ke kalau tak bergurau perkara tak senonoh macam tu?” “Apa yang tak senonohnya?” kan?”
“You cuba nak bergurau lucah dengan I
“I didn’t say anything, sugar lady. Kalau you yang salah faham, I juga ke yang salah? Maksud I, you sanggup ke biarkan diri you rosak disebabkan I tak mampu nak bimbing you nanti?” Ean pandai putar-belit cerita.
64
My Sugar Lady w HANA (HE)
Elzara pula percaya bulat-bulat. Terus merah padam wajah Elzara sebab malu dengan andaian melulunya tadi. Tak mahu kalah, Elzara cari ayat yang boleh buat hati Ean sakit. “I takkan rosak di tangan you sekalipun you tak mampu nak bimbing I. I dah cukup dewasa untuk tentukan hala tuju I sendiri, Ean. You dah lupa ke yang I ni lebih tua berbanding usia you? Siapa yang dah terlebih dulu hidup atas muka bumi ni?” hambur Elzara pedas sejurus membuatkan Ean terkelu seketika. Ean yang masih tercegat berdiri, sekadar menggelengkan kepala. Perhatikan sikap Elzara, dia tahu dia bakal mengahwini seorang wanita yang begitu keras kepala. Maka, hadap sajalah. Are you ready, Ean Aditya? InsyaAllah, dia sudah bersiap-sedia apa saja untuk terus memenangi hati dan jiwa Elzara. Benci yang Elzara berikan, cinta yang Ean akan balas. Supaya lambat-laun pintu hati milik Elzara sudi untuk membiarkan dia masuk. “I nak you cepatkan perkahwinan kita nanti, Ean.” Bicara seterusnya yang meluncur buat 65
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean tersentak dan roh Ean bagaikan kembali ke jasad semula. “Pardon?” Ean risau andai kata dia tersilap mendengar. “Cepatkan tarikh perkahwinan tu atau kita tak payah kahwin langsung. Dan sebelum you ingat I ni kemaruk nak bersuamikan you, biarlah I berterus-terang. I nak perkahwinan kita dilangsungkan secepat mungkin supaya lepas ni you akan biarkan Bella bebas daripada you. Jangan ganggu anak tiri I lagi sebab I memang tak suka.” Sambung Elzara buatkan sepasang mata Ean mulai bersinar-sinar galak. Permintaan yang benar-benar menguntungkan Ean. Kalau tak kenangkan masih ada persiapan wajib yang belum selesai, sekarang juga Ean boleh jabat tangan tok kadilah. Apa ada hal? “Setuju!” Laju saja Ean membalas bersama sengihan lebar pada bibir. Disambut dengan jelingan maut oleh Elzara. Auch!
66
BAB 10
T
AK berkelip mata Ean tengok Isabella mengenakan pakaian tidur yang cukup singkat pada tubuhnya. Kalau dekat luar Isabella dah kenakan pakaian tak cukup kain, tak tahulah pula Ean dalam rumah cara pemakaian Isabella lagi teruk. Hampir nak terjojol keluar biji mata Ean dibuatnya. Haish, memang nak kena luku si Isabella ni. Baru kaki nak mendekat mahu tazkirahkan Isabella, deheman suara seseorang membuatkan tubuh tegap Ean langsung terpusing ke belakang. “Dah puas tilik anak tiri I tu, Ean?” Suara Elzara sedang bersandar pada dinding. Ean jungkit sebelah kening.
67
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Sejak bila you ada dekat situ?” “Orang lelaki ni memang tak boleh tengok perempuan seksi sikit kan?” “Maksud you nak cakap I gatal ke?” provok Ean. “Kalau bukan gatal, mungkin adikberadik dengan perangai gatal.” Geram saja bicara yang meluntur. “What?” “Merenyam.” Ean tahan saja rasa sakit hati dengan bibir comel Elzara yang tak sudah-sudah hendak menghukum dia. Malas nak cepat melatah, Ean menapak menghampiri Elzara. “Macam mana I tak merenyam dengan anak tiri you kalau you tu langsung tak cuba nak goda suami sendiri?” sinis Ean buat tubuh yang bersandar malas pada dinding automatik berdiri tegak. Mengecil pandangan Elzara menikam wajah Ean. Saat Ean hendak berlalu pergi, deras jemari Elzara menyambar lengan lelaki itu. “You nak pergi mana?” Elzara simpan 68
My Sugar Lady w HANA (HE)
riak curiga. Tengok hala kaki Ean, macam nak mendekati Isabella saja. “Nak pergi menggatal.” “Hah? Dengan siapa?” Suara Elzara naik satu oktaf. Terkejut. “Dengan Bella. Dah, lepaskan tangan I.” Sekali tarik, terlerai pegangan Elzara pada lengannya. Membuatkan Elzara dah mula mengetap rapat bibirnya sendiri. “Ean Aditya!” jerit Elzara saat kesabarannya mula menipis. Ean selamba goyangkan tangan ke atas sebagai isyarat menyuruh Elzara naik ke bilik saja. Semakin membuatkan sekeping hati milik Elzara kepanasan. Ah, tak boleh jadi ni!
PERTAMA kali tengok Ean betul-betul serius dengannya, buat Isabella tak berani nak angkat pandangan langsung. Pakaian tidur Isabella ni lebih teruk daripada pakaian mandi yang dikenakan oleh Isabella sewaktu mandi di kolam renang tempoh hari.
69
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sempat naik ke tingkat atas capai baju sejuk, terus diselimutkan ke tubuh Isabella. “Pakaian tidur jenis apa yang you pakai ni, Bella? Dah serupa bertelanjang tahu tak?” rumah.”
“I memang macam nilah kalau dekat
“Tapi keadaan dah tak sama macam dulu. Sekarang kan I pun ada dekat dalam rumah ni. You dah tak boleh pakai macam tu.” Suara celah gigi. Isabella angkat muka. “You jangan cakap yang you dah tergoda dengan I eh, Ean? Gelilah.” Isabella tayang riak geli-geleman. Ean mendengus bengang. “Bukan soal tergoda atau tak, Bella. Dah jadi suami orang ni, I lebih cepat tergoda dengan isteri I aje.” “Habis tu, kenapa you nak kecoh sangat?” Ean diam meraup wajah. Buat Isabella mula meneka sesuatu. “You pun teringin nak jadi macam El ke? Nak halang apa yang I buat? Ean, you kahwin dengan El untuk bebaskan I. Bukannya untuk sama-sama bersekongkol dengan dia kawal hidup
70
My Sugar Lady w HANA (HE)
I.” Intonasi Isabella meninggi. “I tahu you tak suka kena kongkong, Bella. Tapi sampai bila you nak macam ni? Dari dulu you tahu kenapa I selalu ada dengan you tiap kali you nak ke mana-mana kan?” Pandangan bersabung. Isabella terhenyak sejenak. Ya, dia tahu kenapa tiap kali kaki dia melangkah ke kelab malam, pasti Ean juga akan turut berada di situ. Ya, dia juga tahu kenapa tiap kali dia ada menghadiri mana-mana parti, pasti Ean akan turut berada di tempat sama. Ean cuba untuk melindungi dia. Melindungi dia daripada menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki-lelaki hidung belang. Sebelum tu pernah juga Ean menegur gaya hidup Isabella. Tapi bila teguran itu berakhir dengan pergaduhan, Ean mula mengaku kalah. Tak mahu rosakkan persahabatan mereka yang dah hampir berbelas tahun. Tak dapat ubah diri Isabella, dapat pastikan maruah Isabella terbela pun dah memadai. “I dah anggap you macam adik I, Bella. 71
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sebab tu I selalu lindungi you. I bukan nak pulaukan you dan sokong El sebab El tu isteri I. Tapi untuk sekali, fikirkan juga kenapa orang lain sedaya-upaya cuba untuk nasihatkan you. You terserempak dengan Taufiq pun dekat mana, Bella? Tu pun you masih tak boleh nak fikir ke?” Penuh makna kata-kata Ean sebelum Ean pusingkan tubuh dan angkat kaki. Membiarkan Isabella tercegat memikirkan setiap patah bicaranya seketika tadi. Jika tidak banyak, sedikit nasihatnya pun sudah memadai Ean harap bakal melekat di hati Isabella. Mudah-mudahan.
72
BAB 11
T
AK terlintas pun yang Elzara akan heret Ean menghadiri majlis makan malam kali ini sekali. Tiada pilihan saat Ean mulai bertegas. Bila dah Ean keluarkan hukum agama, terpaksalah Elzara mengaku kalah. “You nak pergi mana pakai cantikcantik macam ni?” Dari berbaring, terus Ean duduk bersila. Tak berkelip mata dia merenung kecantikan milik si isteri. “I ada makan malam syarikat.” Gulp! Liur yang ditelan terasa payau. Makan malam syarikat, sudah tentu akan dihadiri oleh ramai lelaki lain.
73
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I nak ikut.” “You dah buang tabiat ke?” Ean geleng. “I memang nak ikut you.” “No.” “Fine. Kalau you tak bagi I ikut, I tak izinkan you ke majlis tu.” “You ni dah kenapa, Ean? Malam-malam pun nak cari pasal ke?” “I bukan nak cari pasal. I cuma nak temankan isteri I ke majlis tu. Salah ke?” “I boleh pergi sendiri.” “Jadi jawapan I tetap sama. I tak izinkan you ke keluar. I ni suami you, berdosa kalau you keluar tanpa keizinan seorang suami.” Sengaja Ean petik perihal hukum agama. Nak tengok sejauh mana Elzara mampu nak menolak keinginan Ean. Melebar senyuman Ean tatkala kunci kereta dihulur kasar pada dada bidang miliknya. Kelam-kabut Ean menyambut kunci kereta daripada terjatuh.
74
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Kalau I lambat ke majlis tu, you siap!” “You ingat I ni perempuan ke jenis lambat nak bersiap? Five minutes, sugar lady. Tunggu I dekat kereta tau?” Kenyit mata, bersemangat memilih pakaian yang sesuai di dalam wardrobe.
TAK senang duduk lihat pandangan kawankawannya melekat kemas pada tubuh Ean. Mulamula Elzara malas nak ambil pusing sangat. Bila dah dengar perbualan gedik salah seorang di antara mereka, mulalah Elzara jadi panas punggung. “Babe, you tengok dada dia tu. Berketulketul. Kalau dapat tidur atas dada bidang dia tu mesti lena kan? Silap haribulan tak nak turun dari katil. Nak melekat aje dua puluh empat jam.” Fuh, berasap telinga Elzara. Apa hal dah sampai tahap tenung dada suami orang ni? Tak padan dengan isteri orang pun ada yang sibuk bergosip tentang Ean. Nak hamun perempuan-perempuan gedik tu, Elzara malas nak keruhkan keadaan. Tak pasal-pasal boleh putus hubungan sebagai sahabat. Sudahnya tubuh tegap Ean juga yang Elzara 75
My Sugar Lady w HANA (HE)
hampiri. Mulut dah gatal-gatal nak sound si Ean. “Sejak bila you dah tak pandai nak butangkan kemeja sendiri, Ean?” Sindiran pedas Elzara buat tubuh Ean terpusing deras ke belakang. Gelas berkaki panjang yang masih dipegang dibawa ke bibir. Diteguk bersama riak tenang semata-mata. “Ada masalah ke kalau I tak nak butangkan baju I?” Tinggi kening Ean terjungkit. Buat kesabaran Elzara benar-benar rasa terduga. Melangkah, kasar dia butangkan kemeja Ean rapat hingga ke paras leher. Menutupi semula dada bidang Ean yang terdedah sejak tadi. Tak pula Ean rasa nak tepis tindakan Elzara. Dia nak tengok juga sampai bila Elzara nak berlagak jual mahal dengannya. “You layan I macam I ni budak-budak.” Ean berikan komen dengan perlakuan si isteri. “Hanya budak-budak saja yang suka tarik perhatian orang lain.” Penuh makna. Berkerut dahi Ean dibuatnya. Elzara suka sungguh hendak berteka-teki dengan Ean. Tak boleh ke kalau cakap tu tak payah nak berkias? 76
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Apa maksud you?” “I tahulah tubuh you tu mantap. Tapi tak perlu rasanya nak curi perhatian semua kawankawan I dekat sini.” “Ada kawan you dah tertarik dengan I ke? Who?” Sengaja meliarkan pandangan mencari gerangan yang Elzara maksudkan. Kawan-kawan? Bunyi macam ramai aje yang dah terpikat dengan si Ean ni. Ketap bibir Elzara mendengar pertanyaan si suami. Serius sikit boleh tak? Dia dahlah masih bengang ni. “Berminat ke?” Suara celah gigi. “Eh, rugilah kalau I tak berminat. Kawankawan you tu mesti pangkat datin-datin semuanya kan? Tell me, sugar lady. Yang mana satu? Senang I nak masuk jarum nanti.” “Ean Aditya!” Hampir hendak menjerit nada suara Elzara. “What?” Ean naikkan kening sekali lagi. “Jangan nak gatal sangat boleh tak?” “Dah tak nak suami sendiri menggatal, 77
My Sugar Lady w HANA (HE)
kenapa tinggalkan I sorang-sorang dekat sini? Take me with you. You yang tak nak kenalkan I pada kawan-kawan you, jadi jangan salahkan mereka kalau mereka ingat I masih bujang.” Selamba menuturkan kata sebelum gelas yang dah kosong kembali Ean letakkan ke atas meja. Tanpa sebarang pamitan, Ean berlalu meninggalkan Elzara. Merajuk? Ada jugalah terselit rasa itu jauh di sudut hati. Sejak masuk ke dewan, Elzara sikit pun tak endahkan dia. Mujurlah Ean dah terbiasa dengan majlis-majlis sebegini, dapat juga Ean sesuaikan diri sendiri. Cuma yang buat dia terkilan, Elzara malu ke nak mengaku yang Elzara punya suami semuda usianya? Hanya 5 tahun, sugar lady. Rasanya I dah cukup matang untuk jadi suami you. Rasanya I dah cukup sesuai untuk jadi ayah kepada anak-anak you. Melepaskan keluhan panjang, Ean tak rasa mahu terus berada di dewan ini lagi. Angkat kaki, balik sajalah ke rumah. Sekurang-kurangnya hati dia tak perlu merasa sakit sebegini.
78
BAB 12
I
SABELLA pandang Ean sambil berpeluk tubuh. Sejak habis waktu pejabat lagi Ean temankan dia, Ean macam tak ada tanda-tanda pula nak pulang ke banglo isterinya. Membuatkan bibir Isabella gatal saja mahu bertanya. “You tak nak balik ke?” soal Isabella merenung tepat ke wajah Ean. Jungkit kening, Ean balas renungan Isabella dengan riak tak puas hati. “Yang you macam nak menghalau I sangat ni, kenapa?” “I bukannya nak halau youlah. I cuma rasa pelik.” 79
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Apa yang pelik?” “You tak ingat apa-apa ke tentang hari ni?” Kening Isabella terjungkit sedikit. “Hari ni?” Soalan berbalas soalan. Isabella jatuhkan kepala. Tengok wajah ‘blur’ Ean, dia yskin Ean mesti tak tahu. “Kenapa dengan hari ni?” tanya Ean lagi. Isabella tak semena ukir senyum sinis. Sah, memang Ean tak tahu apa-apa tentang hari lahir Elzara. “Hari ni birthday isteri you, takkan tu pun you tak tahu? Alahai, Ean. Cakap suka sangat dekat mummy tiri I tu, tapi birthday dia pun you tak tahu.” Leret suara Isabella jelas menyindir Ean. Dengar saja ayat yang meluncur dari bibir Isabella, tubuh Ean langsung tegak. “You bergurau dengan I ke, Bella?” Isabella geleng deras. Ean masih raguragu nak percaya. “You kata you benci dia, tapi ingat pula you dengan tarikh lahir dia?” Curiga dalam hati Ean lontarkan keluar. 80
My Sugar Lady w HANA (HE)
Isabella hela nafas bosan. “I ingat sebab arwah daddy pernah paksa I join sambut hari lahir perempuan tu. Kalau tak, memang tak kuasalah I nak semakkan kepala otak I sendiri ingat perkara yang tak penting macam tu,” balas Isabella ketara sungguh menjunjung ego sendiri. Sebaik saja Ean mula percaya akan katakata Isabella, Ean alihkan bebola mata memandang jam pada tangan. Semedan Ean tepuk dahi berkalikali. Si Isabella ni pun satu hal, kenapa baru sekarang nak bagitahu dia? Tak dan-dan Ean bangkit berdiri. Capai kunci kereta, Ean terus pusing tubuh nak mendapatkan kereta mewah miliknya. Empat jam yang bersisa sebelum hari lahir Elzara berlalu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. “Eh, you nak pergi mana tu?” Isabella panjangkan leher bertanya. Toleh sekilas, kelamkabut saja cara Ean membalas pertanyaan Isabella. “I ada empat jam aje lagi untuk sambut birthday isteri I. I kena balik sekarang. Waktuwaktu macam ni ajelah I ada peluang nak beli hati El.” “Habis tu, I macam mana? Takkan you 81
My Sugar Lady w HANA (HE)
nak tinggal dekat sini?” Isabella tarik muncung sedepa. “Kejap lagi I suruh driver I datang jemput you.” Mudah Ean buat keputusan seraya memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Isabella bersama wajah masam mencuka miliknya. Kemaskan pelukan pada tubuh sendiri, Isabella pandang sahaja kereta mewah milik Ean yang dah mula meluncur pergi dengan perasaan mendongkol geram.
HAJAT nak buat kejutan untuk Elzara. Kecewa tahap giga bila dia sampai sahaja di rumah, kelibat Elzara masih tidak kelihatan. Jenuh menunggu sampai Ean terlelap di ruang tamu. Ean tahulah Elzara tu jenis kuat bekerja. Tapi takkanlah jam satu pagi pun Elzara masih tak nampak batang hidung? Elzara ingat Ean ni tunggul kayu? Atau Elzara ingat Ean ni tugu Negara? Sekurang-kurangnya maklumkan pada
82
My Sugar Lady w HANA (HE)
dia yang Elzara akan pulang lambat. Rajuk tempoh hari pun Ean sanggup ketepikan semata-mata nak ambil hati Elzara. Haruslah dia hampa bila si isteri melayan dia seolah-olah dia langsung tak wujud dalam banglo ni. Hembus nafas hangat, Ean dah beruraura nak masuk tidur. Baru saja selangkah dia menapak, bunyi deruman enjin mulai kedengaran dari luar. Terus niat Ean nak daki tangga ke tingkat atas terbantut. Sekadar berdiri menanti Elzara masuk ke rumah. Pintu utama dikuak Elzara dari luar. Bertentang mata saja, Ean tarik kedua-dua belah tangan rapat ke dada. “Where have you been?” Keras bicara yang meluntur. Elzara nyaris nak gugur jantung. Diurut perlahan dadanya dengan sebelah tangan. “I jumpa klien.” Sikit pun intonasi bersalah tu tak ada. “Sampai waktu macam ni? Jam tangan you tu dah rosak ke?” Cuba menahan sabar. “I tahulah nak tengok jam sendiri. Lagipun bukannya I suruh you tunggu I. You 83
My Sugar Lady w HANA (HE)
boleh aje masuk tidur dulu kan?” Tak bernada bicara Elzara buat hati Ean semakin menggelegak kepanasan. Tunduk renung hujung jemari kaki, Ean cuba titipkan kesabaran dalam hati. Yakin yang diri sudah bertenang sedikit, barulah dia berani memandang wajah Elzara semula. Jujurnya, sekeping hati Ean sedikit tersiat dengan perilaku Elzara. Mendekati, Ean berdiri sedikit rapat dengan si isteri. “It’s already 1.15 a.m, sugar lady. Terlalu lewat untuk seorang isteri balik ke rumah tanpa pengetahuan suami dia sendiri. Memang sikit pun I tak layak untuk dilayan sebagai seorang suami ke?” Luluh bicara yang melontar, buat hati Elzara sedikit terusik. Tak tunggu Elzara membalas, Ean dah mula nak bawa diri. Tersekat saat benak mula teringatkan sesuatu. Kalih tubuh, kembali memandang wajah manis Elzara. “Happy belated birthday, sugar lady. I ingat nak buat kejutan untuk you. Alih-alih I yang terkejut bila sampai rumah, isteri I pun tak nampak bayang lagi,” ujar Ean dalam tawa yang jelas dibuat-buat.
84
My Sugar Lady w HANA (HE)
Riak wajah Elzara langsung berubah. Sungguh, dia sendiri tak sangka yang Ean akan tahu tentang hari lahir dia semalam. Makin bergandaganda perasaan bersalah di hati Elzara. Sebelum sempat Ean kembali mengatur tapak, cepat saja jemari halus Elzara menyambar pergelangan tangan Ean. Tindakan spontan. “I minta maaf.” Terpacul tiga perkataan itu di bibir Elzara. Tarik senyum hambar, Ean cuba tolak jemari halus itu lepas bebas. Malangnya, semakin kejap pula Elzara genggam lengan dia. “I betul-betul minta maaf dengan you. You maafkan I?” “Penting ke kalau I maafkan you atau tidak?” Bermain tarik-tali. Elzara jatuhkan kepala. Tiba-tiba pula Elzara macam dah tak mahu nak tambahkan dosa dia pada Ean lagi. Buang tabiat agaknya. “You maafkan I, Ean?” aju Elzara lagi. Penuh wajah mengharap. “Fine, but only with one condition.” Dah alang-alang Elzara nampak terdesak macam tu, apa salahnya kalau Ean saja nak menduga. 85
My Sugar Lady w HANA (HE)
“What?” Berdebar-debar Elzara dibuatnya. Debaran semakin kuat pabila Ean tarik tubuh Elzara melekat rapat ke tubuh sasa encik suami. Aiseh! Ean nak buat apa ni? Elzara bermonolog resah. “I nak you malam ni.” Sambung Ean sekaligus menoktahkan tanda-tanya yang bermain di benak Elzara. Elzara pandang Ean tak berkelip. Nak pastikan sama ada Ean bergurau atau tidak. Tatkala melihat wajah serius Ean, Elzara dah mula telan liur yang dirasakan semakin berpasir. apa ni?
Matilanak! Agak-agak Elzara nak jawab
86
BAB 13
E
AN renung tak percaya cadar yang membaluti katil bersaiz King milik Elzara. Jemari kasar Ean pantas menyentuh sisa darah merah yang jelas kelihatan terpalit di situ. Pejamkan mata, hati masih lagi berbolak-balik. Nak nafikan, buktinya jelas di depan mata. Elzara masih darakah waktu Ean menyentuh tubuh itu semalam? Gerakan seseorang di sebelah menyebabkan Ean kembali ke alam nyata. Toleh ke sisi, berdiri tubuh Elzara bersama selimut tebal yang melindungi sekujur tubuh miliknya yang jelas masih terdedah. “El..” 87
My Sugar Lady w HANA (HE)
“You dah dapat apa yang you nak kan? I nak mandi.” Cepat sahaja memintas. Tanpa sedikit pun memandang wajah sang suami. Tak puas hati pabila Elzara terus mengatur kaki menuju ke kamar mandi, terus pinggang si isteri disauk daripada belakang. “You masih dara ke sebelum I sentuh you semalam?” Soalan yang memang Elzara dapat agak dari awal lagi. Elzara tak tahu nak berikan jawapan versi bagaimana. Sudahnya Elzara sekadar tunduk merenung hujung jemari kaki sendiri. “El, I tanya you ni. Arwah Datuk Ilias tak pernah sentuh you ke selama ni?” asak Ean tak sabar-sabar mahukan jawapan. Sedut nafas dalam, Elzara helakan perlahan-lahan meniti pada bibir. “You lelaki pertama, Ean. I tak pernah ‘bersama’ dengan mana-mana lelaki sebelum ni.” Ean tak tahu nak rasa apa. Yang pastinya, Ean rasa bertuah. Benar-benar bertuah sebab dia jadi lelaki pertama yang merasmikan tubuh Elzara secara mutlak.
88
My Sugar Lady w HANA (HE)
“El..” seru Ean sekali lagi saat fikirannya mula runsingkan sesuatu. “Kalau kata hubungan tadi tu cambahkan benih I dalam rahim you, you okey ke?” Takuttakut Ean menyoal. Nafas menyemput. Hati bagaikan baru saja dilanggar garuda. Namun Elzara memilih untuk kekal tenang semata-mata. “You tak perlu sibuk-sibuk nak fikirkan perkara yang belum jadi lagi, Ean. I dah 34 tahun. Risiko kalau you kahwin dengan perempuan berusia macam I.” “Apa maksud you cakap macam tu?” Kening Ean terjungkit sebelah. “Perempuan berusia macam I, mungkin dah tak boleh nak lahirkan zuriat.” “You baru 34 tahun, bukannya dah menopause.” Pedas ayat yang Ean muntahkan, sekaligus membuatkan bibir Elzara terkatup rapat. Rasa seolah-olah batu besar sedang dihempap ke atas kepala sendiri. Jika benar hubungan tadi itu akan membuahkan hasil, ikhlaskah Elzara untuk membawa benih Ean itu di dalam rahimnya? 89
My Sugar Lady w HANA (HE)
Mulalah Elzara rasa menyesal sebab terlalu lembut hati akur pada permintaan Ean semalam. Kalaulah Elzara menolak, tentu dia tak perlu nak hadap semua ni. Dan perkataan ‘kalau’ itu takkan wujud lagi sebab segala-galanya dah pun berlaku di antara dia dan Ean. Mahu atau tidak, Elzara perlu bersiapsedia dari sekarang. Makin rawan hati Elzara saat bebola mata menangkap palitan darah merah yang masih segar pada cadar berwarna putih itu.
90
BAB 14
R
ENUNG belakang tubuh yang bersahaja melepasi dirinya, terselit rasa bengang dengan tingkah-laku Ean. Bukan nak cakap Elzara mahukan perhatian lelaki itu. Tapi yang Elzara perasan sejak Ean dah dapat apa yang Ean nak daripada dia, Ean macam buat dia tak wujud dekat dalam banglo ni. Agaknya macam nilah perangai kaum lelaki kan? Waktu tak dapat, sibuk terhegeh-hegeh. Bila dah dapat, layan kaum perempuan serupa tiang lampu. Cari bila perlu aje. Huh! Bukan tu saja punca Elzara bengang 91
My Sugar Lady w HANA (HE)
dengan si Ean ni. Tapi bila dapat maklumat daripada pengawal peribadinya yang dia ada terserempak dengan Ean dan Bella di hadapan kelab malam. Kalau diikutkan panas di hati, semalam juga Elzara nak buat perhitungan dengan Ean. Sengaja dia sabarkan dulu hatinya sendiri supaya kemarahannya nanti mampu dikawal sedikit. Entah ke mana Ean tong-sampahkan janji sendiri. Kononnya bila dia setuju kahwin dengan lelaki itu, Ean akan jauhkan diri daripada Isabella. Ternyata Ean menipu. Elzara benar-benar rasa sudah diperbodohkan. Kali ni memang dia nak berterus-terang dengan Ean. Dah tak boleh nak pendam lagi. Risau meletup, rentung Ean dibuatnya. Tak ke niaya? Perasan sekujur tubuh sedang berpeluk tubuh memerhatikannya barulah Ean menoleh ke belakang. Nampak saja Elzara, Ean ukirkan senyuman manis pada bibir. Macam mana dia tak sedar Elzara dah lama berdiri dekat situ ya? Sibuk sangat menonong masuk sampaikan isteri sendiri pun dia tak perasan. “Sejak bila you ada dekat situ, sayang?” Mesra nada suara Ean seraya menghampiri Elzara. Berdiri dekat, deras saja sepasang tangan 92
My Sugar Lady w HANA (HE)
itu membelit pinggang Elzara. Sekilas ciuman turut dilabuhkan pada pipi kanan Elzara. Baru nak kucup pipi kiri, Elzara segera larikan wajah. Buatkan riak Ean sedikit berubah dengan penolakan isterinya. “Why? What’s wrong, sugar lady?” soal Ean seakan tak berpuas hati dengan layanan Elzara yang dingin. Pandang wajah dia pun Elzara macam tak sudi. Soalan yang ditunggu-tunggu. Dah alang-alang Ean tanya, sedap sikitlah Elzara nak ‘basuh’ si Ean ni habis-habisan. Pandang mata Ean, lengkungan sinis terukir pada bibir Elzara. “You tanya I kenapa? You memang tak tahu atau you sengaja buat-buat tak tahu, Ean?” Dada Ean yang melekat Elzara tolak sedikit. Melepaskan diri bebas daripada pelukan si suami. Kerut kening, Ean renung Elzara bingung. “Apa maksud you?” “I tak sangka pula selain hebat jadi kaki perempuan, you ni spesies lidah bercabang. Bagitahu I, apa lagi perangai buruk you yang I tak tahu?” Soalan berbalas soalan. Tercarik juga ego Ean pabila si isteri ‘serang hendap’ dia macam ni. “What did I do, El??” Suara Ean dah 93
My Sugar Lady w HANA (HE)
berubah keras. Elzara turut tak mahu kalah. Dah malas nak bermain tarik tali, lebih baik dia terus saja kepada punca perbalahan mereka saat ini. Telefon bimbit dicapai lalu ditolak kasar ke dada Ean. Sebelum telefon bimbit Elzara terlucut jatuh ke bawah, Ean dah terlebih dahulu tangkas menyambut. “Take a look, Ean. Lepas tu, I nak dengar apa lagi penipuan you kali ni,” hambur Elzara menayang wajah merah padam. Nafas Elzara kelihatan turun-naik. Sebaik saja dada skrin terpampang depan mata, Ean renung Elzara bersama pandangan yang dah mula mengecil. “You pasang orang untuk intip I, El?” Seakan tak percaya Elzara lakukan semua itu terhadapnya. “Kalau I tak buat macam tu, I takkan tahu yang you masih angkut anak tiri I ke kelab malam. Lelaki jenis apa you ni, Ean? Tak cukup you ‘ratah’ I, you tetap juga nak perangkap Bella ke?” Suara Elzara naik satu oktaf. Sedut nafas dalam, Ean hamburkan 94
My Sugar Lady w HANA (HE)
perlahan-lahan. Tak boleh cepat melatah. Saat Elzara jadi api, Ean haruslah jadi air. Tak mahu buat keadaan bertambah keruh lagi. “You dah salah faham.” “I salah faham? Habis tu, you nak cakap lelaki dekat dalam gambar tu pelanduk dua serupa ke?” “No. I tak nafikan lelaki dalam gambar tu memang I. Tapi apa yang you fikirkan tentang gambar tu tak sama dengan hakikat sebenar.” Ean sedaya-upaya nak pertahankan diri sendiri. “You ingat I nak percayakan you lagi? You pernah berjanji, Ean. Dan janji tu juga yang you sedang mungkiri sekarang ni. I rasa diperbodohkan tahu tak?” Suara Elzara berubah mengendur. Air muka Elzara nampak kecewa. Buat Ean mula diterpa perasaan serba-salah. “El..” Cuba menggapai lengan Elzara, laju Elzara mengelak daripada disentuh oleh Ean. Ean terngadah. Bibir dikebam untuk seketika sebelum kedua-dua belah tangan mula naik meraup wajah. Tak endahkan sikap dingin Elzara, Ean tetap berusaha merangkul tubuh langsing si isteri.
95
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I tak nak bertekak dengan you. Lagipun sekarang bukan waktu yang sesuai sebab I ada hal penting dekat luar sekarang. Balik nanti, kita bincang pasal ni. Boleh, sayang?” Lembut Ean memujuk seraya mengemaskan pelukan. Berulang kali Elzara menepis, tenaga Ean tak mampu ditandingi Elzara. Hinggakan Elzara terpaksa mengaku kalah saja. “I sayangkan you, El. Tak mungkinlah I sengaja nak sakitkan hati you. I minta maaf kalau gambar tu dah buat you sakit hati. Tapi percayalah, you memang dah salah faham dengan I.” Lagi ayat berbaur pujukan. “Lepaskan I, Ean.” Malangnya tetap tak mampu redakan kemarahan Elzara. “El..” “I cakap lepaskan I. I lemaslah you peluk I kuat-kuat macam ni!” amuk Elzara geram. Entah dari mana Elzara perolehi tenaga, teranjak dua tapak kaki Ean ke belakang sebaik saja dia menolak tubuh tegap itu sekuat hati. Tergamam Ean dengan tindakan Elzara. Makin dipujuk, makin naik tocang pula si Elzara ni. “Takkan sikit pun you tak boleh nak 96
My Sugar Lady w HANA (HE)
hormatkan I sebagai suami?” “I hanya boleh hormat you kalau you tu layak dihormati.” Masih lagi berlawan mulut. Membuatkan Ean dah tak kuasa nak melayan lagi. Pusing tubuh, capai kunci kereta. Baru saja tombol pintu dicapai, kedengaran suara Elzara menyoal daripada belakang. “You nak pergi mana? I belum habis cakap dengan you lagi.” “I nak keluar. Ada hal dengan klien.” Tanpa menoleh ke belakang, Ean berlalu keluar daripada kamar. Saat itu jugalah bunyi deringan telefon Ean kedengaran begitu nyaring. Pandangan Elzara terhala ke sudut meja kecil yang terdapat di sisi katil. Ean terlupa nak bawa telefon bimbit dia sekali. Deringan pertama, mati dengan sendiri. Masuk deringan kali kedua, Elzara terus capai telefon bimbit kepunyaan suami. Dua panggilan tak dijawab. Dan keduaduanya daripada Isabella. Fuh, rapat Elzara ketap gigi. Baru dia nak
97
My Sugar Lady w HANA (HE)
campak telefon bimbit Ean ke atas meja semula, bunyi pesanan ringkas yang masuk buat niat Elzara terbantut. Tak bertangguh, pesanan ringkas itu dibaca tanpa izin. I dah tunggu you lama. Bila you nak sampai ni? I really-really need you, Ean. Tolong datang sekarang. – Isabella. Lalu makin berselerakan serpihan hati milik Elzara. Pejam mata, Elzara cuba untuk mencantumkan kesabarannya yang semakin menipis. Bermacam-macam alasan dan helah yang Ean bagi, kalau Allah S.W.T dah nak tunjuk perangai sebenar Ean, Ean ingat Ean boleh lari ke? Bunyi pintu dikuak seseorang memaksa Elzara membuka luas matanya kembali. Tatkala pandangan dia dan Ean beradu tepat, senyuman pahit Elzara ukirkan. “Sejak bila Isabella tu jadi salah seorang klien syarikat you?” Soalan maut. Tergeliat lidah Ean dalam sekelip mata. “Kenapa perlu menipu, Ean Aditya?” Lagi soalan maut yang meluncur. Sekaligus membuatkan bibir Ean terkunci rapat. Elzara letakkan semula telefon 98
My Sugar Lady w HANA (HE)
bimbit Ean ke tempat asal. Sejurus, Elzara heret langkah gontai menuju ke kamar mandi. Sungguh! Detik ini Elzara seakan tak mampu nak pandang wajah Ean lama-lama lagi. Hati dia rasa terbelah dua. Bukan sebab sakit hati. Bahkan kemarahan Elzara sudah berganti dengan satu rentak perasaan yang lain. ‘I need really-really you, Ean.’ Berulang-ulang ayat itu melintas dalam benak Elzara. Tumbuk dada sendiri, rasa perit itu seakan tak mahu menghilang. Macam manalah dia boleh percayakan lelaki buaya darat seperti Ean? Hidup-hidup dia ditipu oleh Ean. Andai saja waktu bisa diundur, takkan sesekali dia setuju dengan syarat Ean. Paling penting, tak mungkin dia biarkan diri sendiri menjadi milik lelaki yang tak tahu menepati janji seperti Ean. Sampai hati you perbodohkan I hingga macam ni, Ean. Sampai hati you! Monolog Elzara bersama perasaan kecewa yang begitu menggunung tinggi.
99
BAB 15
E
AN sekadar berdiri menjadi tugu. Menanti andai kata Elzara mahu memperkenalkan Ean ni sebagai suami Elzara. Kecewa, Elzara masih nampak ralit berbual dengan kenalan rapat arwah Datuk Ilias. Mustahillah Elzara ada niat nak kenalkan dia pada lelaki berusia hampir separuh abad itu. Awalawal lagi Elzara dah suruh dia tunggu agak jauh daripada kedudukan isterinya. Mendekati, jemari Elzara diraih. Serentak pandangan mereka bersabung. Ean tak peduli kalau Elzara nak marah sekalipun. Sejak peristiwa tempoh hari, hubungan mereka masih belum pulih. Kalau bukan sebab Ean berkeras nak ikut, Elzara tentu takkan setuju nak bawa dia ke sini. “Are you done?” Mudah soalan Ean. 100
My Sugar Lady w HANA (HE)
Elzara dah buat muka tak puas hati. Bukan ke dia dah pesan jangan muncul di hadapan dia dan Datuk Jamil? Aish, suka betul ikut kepala sendiri si Ean ni. Tak habis-habis nak sakitkan hati dia. Ean jangan ingat dia setuju nak biarkan Ean ikut sebab dia dah maafkan lelaki itu. Dia terpaksa akur pun sebab dia tak mahu terlambat ke acara majlis tersebut. “Ean Aditya Tan Sri Eshan?” Datuk Jamil jungkitkan sebelah kening melihat kemunculan Ean. Ean pula sekadar mengukirkan senyuman nipis mendengarkan soalan Datuk Jamil. Lelaki yang berdiri di hadapan Elzara itu bukannya Ean tak kenal. Datuk Jamil, kenalan rapat keluarga Ean juga. Perasan lirikan mata Datuk Jamil memerhatikan pegangan tangannya yang erat pada jemari Elzara, Ean mula berdeham sedikit. Tetap bagi peluang supaya Elzara dulu yang mahu membuka mulut. Tidak ada tanda-tanda Elzara mahu akur, terpaksalah Ean yang bersuara supaya Datuk Jamil tak salah faham. “Datuk, introduce..” “Err, I rasa I dah nak kena gerak dulu. Jumpa lain kali, datuk.” Deras suara Elzara 101
My Sugar Lady w HANA (HE)
mencantas seraya menarik Ean beredar pergi. Tak mahu Ean buka mulut tentang status hubungan mereka berdua. “Why you did it, Elzara?” Keras suara Ean saat mereka sudah berada agak jauh daripada Datuk Jamil. “I yang patut tanya you soalan tu. Kenapa you tak nak dengar cakap I? Lagipun I setuju you ikut I pun sebab terpaksa aje tahu tak??” Suara Elzara kedengaran cukup tegang. Ean mengeluh dalam. “Dah lima belas minit I jadi tiang elektrik kat situ, you nak I buat apa lagi?” Kening terjungkit. “I tak nak datuk tahu siapa you pada I.” “Why?” “Ilias belum pun cukup setahun meninggal dunia, Ean. I tak nak orang lain salah faham dengan I.” Sinis. Hanya senyuman sinis yang terukir pada bibir Ean. Menapak satu tapak ke hadapan, wajah ditundukkan menghampiri wajah si isteri. “You yakin ke tu aje alasan sebenar you?”
102
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I don’t get it.” Berpura-pura tak faham. “You nak balas dendam dekat I sebab you masih tak puas hati tentang Bella kan?” tembak Ean benar-benar tepat. Tiada balasan. Sudahnya Ean sekadar mengundurkan kakinya satu langkah ke belakang. Bersedia untuk memusingkan tubuh dan berlalu. Tersekat saat suara Elzara mula menghalang laluannya. “You nak ke mana?” “Balik.” Dingin suara Ean. “Habis tu, I nak balik dengan apa nanti?” “You rasa I masih ada hati ke nak balik sekali dengan you? You bawa ajelah kereta I tu. I boleh cari teksi.” “Jangan buat perangai macam budakbudak boleh tak, Ean Aditya?” Elzara dah mula rasa lemas bila perasan ada nada berjauh hati dalam intonasi encik suami. “There you are, Elzara. I dah 29 tahun kut. Berhenti samakan I dengan budak-budak. I dah cukup dewasa untuk jadi suami you. Berapa kali lagi I perlu ingatkan you supaya you dah tak perlu
103
My Sugar Lady w HANA (HE)
malu nak mengaku I ni suami you?” Bertukar bengang suara Ean. Elzara terdiam untuk sesaat. “Kenapa diam? Jadi betullah you memang malu kan?” “Orang takkan mengata you. Tapi orang akan mengata I yang gatal nak bersuamikan lelaki muda.” Wajah Elzara keruh. Perbalahan sudah melencong entah ke mana-mana. “Jadi you nak I buat apa supaya you dah tak perlu kisahkan mulut orang lain?” “Dari awal sepatutnya bukan I pilihan you, Ean. I kahwin dengan you, keadaan langsung tak berubah. You tetap tak jauhi Bella pun. Jadi untuk apa you sibuk nak kahwini I? I ni dahlah lebih berusia berbanding you.” “Okey, fine. You cakap macam tu, maknanya you nak suruh I cari yang lebih muda daripada youlah kan? I can do it. Bagitahu I, you nak madu you umur berapa kali ni?” Selamba terluah dek rasa geram yang dah melampau. Tak cukup dengan itu, mata Ean meliar mencari ‘seseorang’ yang sesuai pada mata Elzara. “That girl, I rasa umur dia mungkin 104
My Sugar Lady w HANA (HE)
dalam linkungan 25-26 tahun. Dah cukup sesuai ke belum untuk jadi madu you, Puan Elzara?” Ikut sedap anak tekak dah gaya Ean bercakap sekarang ni. Elzara halakan pandangan memandang perempuan yang Ean maksudkan. Sejurus, keluhan panjang terhela daripada bibir. Ean?”
“Why you make things so complicated,
“I tak buat, tapi you yang paksa I buat semua ni,” ujar Ean seraya hendak menapak menuju ke arah perempuan yang menjadi mangsa bualan mereka. Sekali lagi niatnya terbantut saat lengannya dilelar kemas oleh Elzara. “You nak buat apa lagi ni?” Keras bicara yang melontar. “Carikan you madu. Supaya lepas ni kalau kata you malu nak mengaku I ni suami you, I tak adalah makan hati sangat. Maklumlah, dah ada isteri muda yang boleh tolong pujukkan hati I.” “Ean!” “What?” “Cakap tu boleh tak fikirkan hati orang
105
My Sugar Lady w HANA (HE)
lain juga? You ingat I ni apa?” Seolah-olah bercakap dengan cermin. Melantun pada diri Elzara semula. “Tanya diri you pula. You pernah ke fikirkan hati I selama ni, El? Pernah ke untuk sekali you buang jauh-jauh tanggapan buruk you tu terhadap I?” Dan soalan Ean serta-merta buat lidah Elzara seakan terpasung pada lelangit sendiri. Speechless!
106
BAB 16
M
OGOK punya pasal, Elzara awal-awal lagi dah berkurung dalam bilik arwah Ilias. Puas Ean tunggu Elzara masuk ke bilik mereka semalam, sedar-sedar saja hari dah pagi. Sekarang ni bukan Ean ke yang patut merajuk? Situasi dah jadi terbalik pula bila si Elzara yang lebih-lebih sensitif. Salah Ean juga. Perempuan kan memang alergik dengan perkataan madu. Yang dia sibuk nak bergurau tak kena tempat, hadap sajalah kemarahan si isteri yang memang kepala angin tu. Melewati bilik arwah Ilias, Ean mencuba nasib memulas tombol pintu. Tak berkunci. Lama Ean berdiri di muka pintu. Elzara memang harapkan Ean datang memujuk ke? Sebab tu Elzara sengaja 107
My Sugar Lady w HANA (HE)
tak kunci pintu. Jengah ke dalam, si isteri masih lena di atas katil. Kening Ean berkerut. Selalu waktuwaktu macam ni Elzara dah bangun bersiap-siap untuk ke pejabat. Kaki elok menapak mendekati katil yang menempatkan si isteri. “Sugar lady..” panggil Ean cuba untuk membangunkan si isteri. Nampak Elzara masih lena, barulah Ean sentuh hujung jemari kaki Elzara sedikit. Kelihatan batang tubuh Elzara bergerakgerak. Buka mata, renung Ean sekilas sebelum kembali menutup rapat mata sendiri. Ean ketap bibir. Sakit hati juga dengan layanan endah tak endah Elzara. “Kenapa tidur dekat sini?” Diam. Tiada balasan. Ean sedut dan hembus nafas panjang. Cuba memupuk sabar yang mulai berkurang. “El, I’m talking to you. Bilik kita kan ada, kenapa tidur dekat sini?” Lagi soalan yang sama. Elzara mendengus sedikit merenung wajah Ean sedikit tajam.
108
sebelum
My Sugar Lady w HANA (HE)
sini?”
“Ada masalah ke kalau I nak tidur dekat
“Soalan jenis apa you tanya I tu? Dekat depan you ni, suami siapa?” Soalan berbalas soalan. Elzara menjeling si suami sebelum comforter diselak. Dah berura-ura hendak berlalu. Malas nak bertekak. “I tanya, you tak jawab lagi. Kenapa tidur dekat sini?” “I punya sukalah.” Malas-malas Elzara menjawab sebelum menonong pergi. Tak sempat nak pulas tombol pintu, soalan cepumas encik suami langsung buat sepasang kakinya tergam kemas pada lantai berukir cantik itu. “Sebab rindukan arwah Ilias ke? Tu yang sanggup tinggalkan suami sendiri tidur seorang diri.” Pedas tutur kata Ean. Toleh ke belakang, nampak wajah Ean berubah merah padam. Pagi-pagi pun dah nak cari pasal ni kenapa? Teringatkan perbalahan mereka semalam, Elzara mulalah rasa nak membalas dendam. Dah alang-alang Ean sakitkan hati dia, waktu macam nilah dia nak balas balik. Biar sekeping hati Ean juga turut rentung terbakar. “Yalah, memang I rindukan arwah suami 109
My Sugar Lady w HANA (HE)
I pun. Sebab tulah I tidur sini. You ada masalah ke tentang tu?” Bersahaja. Memang memek muka yang jelas hendak cari gaduh dengan Ean. Kacip gigi Ean dibuatnya. Mengeluh kuat, Ean terus berlalu keluar dari bilik. Risau makin lama dia berdepan dengan Elzara, tak pasalpasal suara halilintar dia yang bakal keluar. Mahu perang dunia ketiga mereka nanti.
PICIT pelipis sendiri, Elzara tak tahu kenapa sejak pagi tadi lagi perut dia terasa sebu. Disebabkan itulah dia lewat terjaga dari tidur. Kalau bukan sebab Ean yang kejutkan, memang tak ke pejabatlah dia hari ni. Dek rasa sakit yang makin berdenyutdenyut, terpaksalah Elzara minta bantuan setiausahanya, Zetty. Telan sebiji Panadol, terus Elzara bawa batang tubuhnya beradu di atas sofa. Awal-awal lagi Elzara dah pesan pada Zetty yang dia tak nak menerima mana-mana tetamu untuk hari ni. Baru setengah jam Zetty keluar dari pejabat Elzara, kelibat Isabella muncul di syarikat arwah Datuk Ilias. Selalu kalau Isabella rasa bosan dan rindukan syarikat arwah daddynya, memang 110
My Sugar Lady w HANA (HE)
selalu juga Elzara datang melepak di situ. “Cik Bella nak jumpa Datin El ke?” soal Zetty segera bangkit berdiri sebaik saja Isabella berlalu melepasi mejanya. Memang rata-rata pekerja di syarikat itu memanggil Elzara dengan gelaran datin, meskipun selepas pemergian Datuk Ilias. “Kalau I nak jumpa dia pun kenapa?” Sombong cara Isabella memangkah. Sejujurnya niat dia ke situ bukan untuk bertemu Elzara. Sekadar saja-saja singgah membuang masa. “Datin El tak sihat hari ni. Dia tak nak ada mana-mana tetamu.” Penjelasan Zetty buat kening Isabella berkerut sedikit. Elzara selalunya payah hendak jatuh sakit. Sekalipun sakit, Elzara memang komited dalam melakukan tugasannya. Kalau dah sampai ke tahap menolak tetamu yang berkunjung, bermakna keadaan Elzara agak teruklah tu. “Dia sakit apa?” Tanpa sedar, bibir laju bertanya. “Saya tak pasti. Cuma keadaan dia memang nampak teruk.” “Suami dia tahu tak?” Isabella maksudkan 111
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean. Zetyy jungkit bahu. Isabella buat isyarat ‘tak mengapa’ sebelum berlalu menuju ke pintu pejabat yang menempatkan Elzara. Berhati-hati menolak daun pintu, Isabella intai kelibat Elzara. Elok terbaring di atas sofa. Tutup pintu kembali, Isabella nampak seperti sedang berfikir-fikir. Capai tas tangan, telefon bimbit dikeluarkan. Dia tak tahu kenapa dia tiba-tiba perlu mengambil berat tentang Elzara. Yang dia tahu, dia memang patut bagitahu Ean tentang keadaan Elzara saat ini. “Ean?” “Yes, Bella. Ada apa telefon I?” Suara Ean di hujung talian. “You tahu apa-apa tak pasal El?” “Why?” Sepatah Ean soal. Rasa pelik dengan pertanyaan Isabella kepadanya. “I rasa lebih baik you datang ke syarikat arwah daddy I dan bawa El balik.” “Kenapa, Bella?” Ean mulai tak senang duduk. Kedengaran Isabella menyedut nafas agak lama.
112
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I rasa dia tak sihat. Mummy tiri I tu jarang nak curi tulang kalau bukan sebab dia betulbetul sakit,” jelas Isabella sekaligus membuatkan duduk Ean langsung tegak. Usai tamatkan perbualan dengan Isabella, bergegas Ean mencapai kunci kereta. Patutlah Elzara terlambat bangun hari ni, rupa-rupanya si isteri tidak sihat. Yang buat Ean rasa sebal, dalam keadaan tak sihat pun Elzara masih juga mahu cari pasal dengannya. Dasar keras kepala sungguh.
TERASA tubuhnya melayang ke udara, Elzara pantas celikkan mata. Terbuntang saat kedudukan wajah si suami begitu hampir dengannya. Jantung tak semena berdetak laju. “Ean, you buat apa ni?” Panik Elzara seraya meminta Ean turunkan dia ke atas sofa semula. “Bella cakap you tak sihat, I nak bawakan you ke klinik.” “I tak sakitlah. Dahlah, turunkan I.” Masih lagi nak tunjuk perangai memberontak dia. 113
My Sugar Lady w HANA (HE)
Memaksa Ean menoleh dan lemparkan pandangan tajam buat tatapan si isteri. “Kalau betul sekalipun you masih marahkan I, biar I selesaikan tanggungjawab I sebagai seorang suami dulu. Sekarang I nak you senyap.” Tegas Ean bersuara membuatkan Elzara mula mengetap bibir. “Habis tu takkan you nak dukung I macam ni?” “Salah ke?” “Staff I ramai dekat luar sana tulah!” “Biarlah, I memang sengaja nak bagi diaorang tengok drama tak berbayar. Sekurangkurangnya diaorang tahu bukan senang nak cari suami jenis sweet macam I. You aje yang tak tahu nak menghargai,” balas Ean pedas, sekaligus membuatkan Elzara rasa tertampar pipi sendiri.
114
BAB 17
M
ASUK dalam kereta, Elzara buang pandangan ke luar cermin kereta. Mendengus saat jemarinya terasa digenggam oleh seseorang. “Still mad at me?” Suara Ean. Redup renungan Ean menikam pandangan Elzara saat kereta mula berhenti seketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Elzara tak menjawab. Berusaha keras menarik jemarinya lepas bebas. “Sugar lady..” Suara Ean meleret. Dia seboleh-bolehnya tak nak bergaduh dengan Elzara lagi. Elzara pula yang beria-ia nak mogok dengannya.
115
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Lepaslah, tak selesa.” Wajah Elzara kusam tanpa senyuman. Kalau Elzara tahu tunjuk keras kepala, Ean pun sama. Tak dilepaskan jemari Elzara, sebaliknya semakin dia ketatkan pegangan mereka. Memaksa Elzara tunduk mengalah. Terus pejam mata, buat Ean serupa tak wujud dalam kereta. “I’m sorry..” Lagi suara Ean yang kedengaran. Buka mata, pandang Ean sekilas lalu kembali memejamkan mata. “I tak patut sebut tentang madu depan you. Perempuan alergik dengan perkataan tu kan?” “Kalau you nak kahwin sampai empat pun bukan masalah I. Asalkan perempuan tu bukan Bella.” Tegas Elzara. Seolah-olah tidak kisah. Tersentap juga sekeping hati milik Ean. Baru nak buat baik, Elzara dah duga kesabaran dia pula. “Kalau macam tu bolehlah kalau I pilih salah seorang daripada datin-datin tu kan?” Dek sakit hati, Ean dah tak tapis-tapis lagi soalan yang terbit pada mulutnya. 116
My Sugar Lady w HANA (HE)
Semedan Elzara menoleh ke sisi. Bergerak-gerak rahang si isteri menahan bengang. Rentap jemari Ean, masih kejap. Kumpul seluruh tenaga, Elzara cuba lepaskan pegangan buat kali kedua. Barulah terlerai! “Sekali lagi you sakitkan hati I, I terjun dari kereta you ni nanti. Terpampang dekat muka depan surat khabar, you juga yang tanggung malu,” hambur Elzara dalam nafas tertahan-tahan. Anginkan Ean, Elzara sendiri dah tak sedar apa yang dia tuturkan. Yang pasti dia dah berjaya buat Ean tutup rapat mulut sendiri. Puas hati, Elzara peluk tubuh dan sambung pejam mata. Ean ingat Elzara nak biarkan aje lelaki tu sakitkan hati dia? Huh!
KOSONG pandangan Elzara lontarkan pada wajah encik suami. Bersimpang-siur rentak perasaan Elzara. Sama ada mahu percaya atau tidak. Tunduk pandang perut sendiri, jemari menjalar meraba perut. Tak sangka nyawa si kecil yang menumpang sudah menginjak ke usia empat minggu. Waktu bila dia mengandung? Sungguhlah 117
My Sugar Lady w HANA (HE)
memang Elzara langsung tak rasai sebarang perubahan. Cuma sejak beberapa hari ni sajalah kesihatan dia bagaikan merudum sedikit. “Kenapa tak bagitahu?” Tiba-tiba kena aju dengan soalan cepumas, memanglah buat Elzara rasa bingung. Mendongak, dahi mulai berkerut sedikit. “Bagitahu apa?” “Dalam perut tu ada anak I, kenapa tak bagitahu?” Jelas menagih sebuah jawapan. “Nak bagitahu macam mana kalau I pun baru tahu?” Suara Elzara seakan melenting. Ean katup bibirnya buat seketika. “You macam tak suka aje mengandungkan anak I.” Nada yang jelas kedengaran terkilan dengan cara Elzara membalas soalannya. “I tak cakap apa-apa pun. Tak payah nak sentap sangat.” Tak bernada suara Elzara seraya mencapai tas tangan. Menonong hendak berlalu sebelum jemarinya terasa dilelar seseorang dari belakang. Tunduk pandang jemarinya yang bertaut dengan jemari kasar Ean, barulah pandangan naik
118
My Sugar Lady w HANA (HE)
ke wajah encik suami. “I tak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran you, tapi..” Ean jeda menggantung ayat. Menarik Elzara berdepan dengannya, Ean tarik tubuh Elzzara merapat sedikit. Tak semena bibir singgah pada dahi si isteri. “Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat I, El.” Sambung Ean kedengaran cukup romantis. Sedikit-sebanyak membuatkan hati Elzara yang libang-libur berubah tenang dalam sekelip mata. Jadi ibu kepada benih lelaki bernama Ean Aditya memang tak pernah terjangka oleh fikirannya. Apatah lagi saat usia perkahwinan mereka ini dirasakan masih terlalu awal. Tatkala Allah S.W.T titipkan rezeki itu buat mereka, ikhlaskah Elzara? Menarik nafas dalam, Elzara cuba pujuk hati sendiri.
119
BAB 18
T
ERASA bagaikan diri sedang diperhatikan, tubuh Elzara mulai bergerak-gerak sedikit. Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Benda pertama yang Elzara nampak adalah siling berukir cantik. Turun toleh ke sisi, seraut wajah milik Ean jelas terpampang di depan mata. Manis menghulurkan senyuman buat Elzara. “How do you feel now, sugar lady?” soal Ean gemersik seraya meletakkan sarapan di atas meja kecil berhampiran. Elzara angkat tubuh untuk bersandar pada katil. Emosi Elzara masih lagi berkecamuk. Jika perkahwinan dia dan Ean bermula dengan rasa cinta, tentu dia takkan sesukar ini mahu menerima hakikat yang dia kini sedang membawa 120
My Sugar Lady w HANA (HE)
benih lelaki itu di dalam rahimnya. “You tak ke pejabat ke?” “Isteri I kan tak sihat.” “I boleh jaga diri I sendiri, Ean.” Masih lagi dengan sikap keras kepala. Tidak mahu merosakkan suasana, Ean anggap suara Elzara serupa angin lalu. Baru tangan Ean nak capai dulang, telefon sudah mula berdering nyaring minta dijawab. Pandang dada skrin, sebaris nama milik Isabella yang berkelipkelip menandakan ada panggilan sedang masuk. Teragak-agak Ean nak menjawab. Tahu sangat Elzara mana suka kalau dia dan Isabella rapat. Abaikan panggilan Isabella buat kali pertama. Terpaksa menjawab panggilan Isabella pabila deringan kedengaran buat kali kedua. “Bella..” Sebut nama Isabella, sekaligus mengundang jelingan si isteri. Tanda protes, terus Elzara tolak comforter ke bawah. Wajah masam mencuka. Malangnya tak sempat kaki nak memijak lantai, tubuhnya terasa sudah ditekan kembali oleh Ean. “Stay still.” Dua patah perkataan, namun
121
My Sugar Lady w HANA (HE)
sudah cukup menunjukkan ketegasan Ean. Pusing tubuh, Ean berdiri sedikit jauh daripada Elzara. Tidak mahu perbualan dia dan Isabella didengari oleh si isteri. “Ada apa, Bella?” Soalan pertama, sebab dah tak mahu buang masa lagi. “Ean, boleh you datang tempat I sekarang tak?” Cemas suara Isabella buat wajah Ean berkerut resah. “You okey ke, Bella?” “I’m not.” Jujur Isabella. Buat pertama kali dalam hidup Isabella, hari ini dia menangis di hadapan Ean. “Ean, I’m scared. Dia ganggu I lagi.” Tangisan Isabella pecah. Ean mula kelam-kabut. “Sekarang ni dia kat mana?” “Ada dekat luar rumah I.” “Okey, you dengar sini baik-baik. You jangan sesekali buka pintu. Kejap lagi I sampai.” “Tapi El tak sihat kan? You boleh ke tinggalkan dia seorang diri kat rumah tu?” Pertanyaan Isabella buat sepasang mata Ean menyinggah ke wajah pucat Elzara. Langsung 122
My Sugar Lady w HANA (HE)
serba-salah Ean dibuatnya. Memicit pelipis, Ean tahu dia perlu memilih salah seorang di antara mereka. “I datang, Bella. Tunggu I dan jangan sesekali buka pintu selagi I belum sampai.” Sudahnya itu keputusan yang Ean buat. Bukan kerana Isabella itu lebih penting berbanding Elzara, tapi kerana keselamatan Isabella. Yakin, andai Elzara tahu Elzara pasti akan melakukan perkara yang sama. Berpatah semula ke arah katil, Ean capai dulang lalu diletakkan di atas katil. “I kena keluar sekejap, you jangan lupa habiskan sarapan ni.” “Nak jumpa Bella?” tebak Elzara dan Ean yakin tak ada gunanya dia menipu sebab Elzara dari awal lagi dah dengar nama yang meniti pada bibir dia tadi. Angguk, Ean tawakal sahaja kalaukalau Elzara nak hambur dia. Elzara senyum sinis. Senyum terkilan yang pastinya. Dalam keadaan dia kurang sihat, lelaki itu lebih mementingkan Isabella. Jadi untuk apa mengahwini dia jika hati sebenarnya milik Isabella? Sekalipun Elzara halang hubungan mereka melalui sebuah perkahwinan, dia tidak 123
My Sugar Lady w HANA (HE)
mampu untuk mengikat kaki Ean sampai bila-bila. Rebahkan tubuh, Elzara mula baring membelakangi Ean. Tengok cara si isteri, Ean dah mula rasa lelah. “El..” Ean.”
“You dah banyak kali perbodohkan I, “Apa maksud you?”
“I terpaksa kahwin dengan you sebab I tak nak you berhubung dengan anak tiri I. Siasia sebab you langsung tak tepati janji you. Kalau I tahu you takkan pegang pada janji you, I takkan setuju jadi isteri you hingga hamilkan anak you, Ean.” Terus-terang. Ean terkebam bibir sendiri. Gaya Elzara bercakap serupa Elzara menyesal dan terkilan dengan berita kehamilannya. “Bella perlukan I sekarang.” “Then, just leave me alone!” Suara Elzara nyaris hendak menjerit satu banglo. “You tak faham, El.” “Apa lagi yang I tak faham?” Mencerlung 124
My Sugar Lady w HANA (HE)
sepasang mata merenung Ean. Sebab tak nak panjangkan perbalahan, Ean terpaksa tunduk mengalah sedikit. “I suapkan you sarapan dulu, baru I pergi jumpa Bella.” Hajat nak redakan sedikit kemarahan Elzara. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak dia macam pentingkan Isabella semata-mata. Capai sudu, disuakan ke mulut Elzara. Malangnya, ditepis laju oleh si isteri. Terpelanting sudu ke ribaan Ean. Bangkit berdiri, dada Ean turun naik cuba mengawal marah. “I bagi muka dekat you, tapi you pijak kepala I kan?” Suara celah gigi. Mendongak, Elzara ketap bibir sekuat hati. Dalam nak tunjuk kepala batu, tubir mata kelihatan sedikit berkaca-kaca sebenarnya. “Kalaulah I tahu pengorbanan I ni siasia, baik I biarkan aje you kahwin dengan Bella. Tak adalah sampai I perlu usung anak you dalam perut I kan?” Nada yang jelas kedengaran biasabiasa. Namun Ean tahu di sebalik ayat itu Elzara terlalu kecewa dengan dirinya. Buktinya, Elzara sudah menapak laju menuju ke kamar mandi. Sekelip mata..
125
My Sugar Lady w HANA (HE)
Dum! Bergegar gegendang telinga Ean gara-gara pintu kamar mandi yang dihempas kuat oleh Elzara. Hendak berkecil hati dengan Elzara, Ean rasa kali ni memang dia yang salah. Ah, dilema sungguh!
126
BAB 19
S
EPANJANG perjalanan masingmasing membisu. Nak tebus kesalahan pada Elzara, awal-awal lagi Ean dah terpacak di hadapan pejabat Elzara. Nampak saja si isteri keluar dari pejabat, bergegas Ean mendapatkan Elzara. “Sugar lady..” “You buat apa kat sini?” Jelas tidak senang dengan kehadiran Ean. “I datang nak jemput you.” “Hari-hari I ke pejabat bawa kereta sendiri. You dah hilang ingatan ke?” Sinis bicara Elzara. Tak hiraukan Ean, Elzara terus ingin 127
My Sugar Lady w HANA (HE)
menapak ke ruangan parkir. Masuk ke dalam lif, butang lif langsung ditekan. Tak sempat pintu lif hendak tertutup, Ean dah terlebih dulu menyelinap masuk. Elzara jeling Ean yang masih berdiri di hadapannya. “El, I nak minta maaf.” “Kalau pasal hal semalam, I dah tak nak cakap pasal hal tu lagi.” “I bukan sengaja nak tinggalkan you macam tu. I..” “Ean, satu perkara yang I nak you tahu. Sebelum you muncul dalam hidup I pun I boleh hidup sendiri. You ingat I kisah sangat ke sekalipun you tak ada dengan I waktu I sakit semalam?” Dek rasa sakit hati yang masih berbekas, Elzara memilih untuk melepaskan kemarahannya kepada Ean. Terus terdiam Ean dibuatnya. Kadangkala memang boleh retak terbelah hati dia dengan bicara Elzara yang jelas tak bertapis. “Sampai bila nak tunjuk keras kepala ni, El? Sampai bila tak nak jaga hati suami sendiri?” Ean mara satu tapak ke hadapan. Menyebabkan Elzara mula tersandar pada dinding lif. 128
My Sugar Lady w HANA (HE)
Jantung terasa berdetak lebih laju kala ini. Makin tak keruan bila sebelah tangan Ean menarik pinggang Elzara supaya tubuh Elzara melekat pada tubuh sasanya. “Jangan nak ambil kesempatan sangat, boleh tak?” selar Elzara mulai kegeraman. “Salah ke apa I buat ni?” “Memang salah. Siapa izinkan you sentuh I sesuka hati?” Naik satu oktaf nada suara Elzara. “I dah sentuh lebih daripada ni, El. Kalau tak, takkanlah you boleh hamilkan anak I kan? Malah, kalau sekarang ni I nak raba you pun I tak perlukan izin you langsung. Sebab semua yang ada pada tubuh you, adalah milik I. Milik seorang Ean Aditya.” Panjang jawapan Ean. Mengundang dengusan kasar dari bibir Elzara. “Lepas!” “Balik dengan I?” “I cakap lepas, lepaslah.” tak?” orang?”
“Jawab dulu. You nak balik dengan I ke “Eh, you ni kenapa nak paksa-paksa
129
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Orang mana, sayang? Orang yang ada di hadapan I ni ke? Untuk pengetahuan you, orang ni..” Bibir Ean mula mencuit pipi Elzara. Elzara dah mula rasa macam nak luku si Ean ni. Walaupun mereka berdua berada di dalam lif, kamera litar tertutup masih terpasang. Tak pasal-pasal jadi tayangan percuma mata-mata lain nanti. “Orang ni, kan isteri Ean Aditya. Jadi rasanya tak ada istilah paksa-memaksa sebab dah memang tugas orang tu untuk patuh pada arahan suami dia.” Sambung Ean sengaja nak buat Elzara serba-salah. Baru Elzara nak buka mulut hambur si Ean ini habis-habisan, elok pula pintu lif terbuka luas. Tak ada tanda-tanda Ean nak lepaskan pautan pada pinggang. Sepasang anak mata Ean masih mengharapkan persetujuan Elzara. Tiada pilihan, sudahnya Elzara terpaksa akur. Dada bidang yang semakin menghimpit tubuhnya dihadang dengan kedua-dua belah lengan. Tarik nafas panjang, Elzara hembuskan perlahan-lahan. “I letih, I nak balik. Kalau you tak kesiankan I, kesiankan anak dalam perut I ni.” Ayat separa mengugut. Berjaya pabila Ean perlahan130
My Sugar Lady w HANA (HE)
lahan melepaskan pautan pada pinggangnya. Tak dan-dan Elzara terus menolak tubuh Ean sebelum berlalu keluar dari pintu lif. Baru beberapa tapak dia melangkah, ayat yang meluncur dari bibir Ean buat sepasang kaki Elzara tergam kemas pada lantai. “Kunci kereta you ada dengan I, El..” Leret nada suara Ean. Elzara tunduk pandang jemari sendiri, kosong. Eh, waktu bila Ean rampas kunci kereta pada tangannya? Dongak pandang encik suami, senyuman encik suami mula berubah miang. “Seronok sangat kena peluk dengan I, sampai tak sedar ya, sayang?” Ean angkat-angkat kening. Elzara pula rasa macam nak kunyahkunyah orang sekarang ni. Argh, stress!
MACAM mana hati Elzara tak terbakar kalau sampai-sampai aje depan rumah, kelibat Isabella dah terlebih dahulu mencuri perhatian si suami. 131
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sampai tak menyempat-nyempat Ean berlalu dapatkan Isabella. Malas nak kacau daun, Elzara terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat titipkan pesan supaya Ean tak melebih dengan Isabella. Bukan sebab dia cemburu, tapi sebab sampai bila-bila dia takkan setuju Isabella bersuamikan lelaki seperti Ean. “Dia dah bebas.” “How? You tarik balik laporan polis ke?” tembak Ean dibalas gelengan laju oleh Isabella. “You tahu kan dia tu bukan sembarangan orang? Papa dia kawan baik arwah daddy I. Jadi bila-bila masa papa dia boleh bayar ikat jamin tu. Lagipun I tak sampai hati nak tengok muka papa dia, Ean.” Isabella mengeluh dalam. Bella.”
“Lepas ni dia tentu akan ganggu you lagi, “Dia berdendam dengan I, Ean.” Kening Ean berkerut.
“Dia telefon I. I tak rasa dia akan lepaskan I dan you dengan senang hati selepas kita dah sumbat dia ke dalam lokap.” Sambung Isabella menayang riak resah. 132
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I takut, Ean.” Lagi ayat yang meniti dari bibir Isabella. Ean pegang hujung dahi. Tiba-tiba otak dia pula yang jadi berselirat. Menapak satu tapak ke hadapan, Ean pegang bahu Isabella sedikit kemas. Cuba menitipkan semangat sebab selama dia mengenali Isabella, dia jarang melihat Isabella jadi lemah sebegini. Selalunya Isabella jenis kuat memberontak. Hampir sama dengan perangai Elzara. “I ada, Bella. You tak perlu risau pasal tu. Leave it to me.” Prihatin nada yang melontar. Tanpa sedar, bicara itu sempat didengari oleh Elzara. Senyum sinis, Elzara hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan kebodohan sendiri. You memang tamak, Ean. You nakkan I, dalam masa you masih nakkan Bella juga. Lelaki jenis apa you ni? Monolog Elzara sendirian. Tatkala hati sedang sakit, mulalah Elzara mahu mempertikaikan kewujudan nyawa yang baru saja beberapa minggu menumpang di dalam rahimnya.
133
BAB 20
B
ERSELISIH dengan Elzara di dapur, sikit pun Elzara tak nak pandang muka dia. Selalu kalau nampak batang hidung Ean, pernah jugalah merasa Elzara buatkan sarapan untuk dia. Berbeza kali ini bila Elzara buat dia bagaikan patung bergerak saja di dalam banglo. Sikit pun tak nak tegur. Muka masam mencuka. Tak betah Elzara berterusan membisu, Ean dulu yang mula menegur si isteri. “You boleh tak buatkan I milo panas?” Ayat nak berbaik-baik. Malangnya, hanya jelingan yang diterima oleh Ean. 134
My Sugar Lady w HANA (HE)
“El, I’m talking with you. Dengar ke tak?” aju Ean pabila Elzara tidak memberikan respons pada pertanyaannya. “I belum pekak.” Mendatar suara Elzara. “Habis tu, kenapa tak jawab?” Ean jungkit kening tanda tak puas hati. “Sebab I tak rasa soalan you tu tak penting. Kalau teringin nak minum milo panas, you masih ada kaki dan tangan. Bukannya cacat sampaikan I yang perlu sediakan semua tu untuk you.” Agak biadap cara Elzara berikan jawapan. “Adab dekat mana sampai cakap dengan suami sendiri macam tu?” Ean dah mula geram. Elzara ni takkan tak boleh nak jaga hati dia langsung? “Siapa suami I?” Saja nak hangatkan lagi sekeping hati milik Ean. “You nak cari pasal ke, El?” “Taklah, I cuma tertanya-tanya. Betul ke you ni suami I?” “Apa maksud you ni?” Ean dah mula bercekak pinggang. Sedut nafas dalam, Elzara lepaskan 135
My Sugar Lady w HANA (HE)
perlahan-lahan. Dah alang-alang Ean tanya, rasanya ada patutnya juga kalau Elzara jujur saja. mati.
“I bencikan you, Ean.” Pengakuan berani
Ean riakkan tenang wajahnya sendiri. Tak mahu cepat melatah. “Atas alasan apa?” “You tipu I. I korbankan masa depan I sebab I percayakan you. Tapi kesudahannya you perbodohkan I. You tak tepati janji. You lelaki yang tamak, Ean.” Bertalu-talu Elzara menyerang. “I bukannya saja-saja jumpa Bella. I ada hal dengan dia.” “Hal apa kalau bukan sebab you nak menggatal dengan anak tiri I,” serkap Elzara. “Sugar lady..” “I menyesal kahwin you.” “Stop talking, sugar lady!” halang Ean risau kesabarannya bakal merudum jatuh ke angka sifar nanti. “No! I takkan berhenti selagi hati I belum puas. You listen here, Ean Aditya.” Jeda. Menapak 136
My Sugar Lady w HANA (HE)
satu langkah, Elzara tentang wajah Ean berani. “I’m not happy with you. I bertambah tak gembira selepas tahu yang I mengandungkan anak you. Kalaulah I tahu you takkan tepati janji you, I takkan biarkan you sentuh I.” “Habis tu nak suruh lelaki mana yang sentuh tubuh you? Nak suruh lelaki mana yang dapat dara you tu, El?” Suara celah gigi. Tiba-tiba Ean rasa panas hati. you.”
“Sesiapa saja, asalkan lelaki tu bukan
“You sebenarnya cemburu kan, El?” tembak Ean mengundang senyuman sinis di bibir Elzara. “I tak cemburu. Untuk apa I cemburu kalau I langsung tak cintakan you. I cuma terkilan kenapa I terlalu cepat percayakan you. Kalau bukan sebab Bella, I memang tak hadap nak jadi isteri you. Apatah lagi, mengandungkan anak you. Budak ni..” Elzara tunduk pandang perutnya yang masih kempis. “Tak sepatutnya wujud dalam rahim I, Ean.” Sambung Elzara sekaligus membuatkan Ean rasa tembok kesabaran yang cuba dia bina sedari tadi, roboh dalam sekelip mata. Hinggakan tanpa 137
My Sugar Lady w HANA (HE)
sedar Ean dah laju menolak tubuh Elzara rapat ke dinding. Telapak tangan turut naik menekup bibir Elzara. Dia tak mahu Elzara berkata-kata lagi. Dia hanya mahu Elzara senyap supaya hatinya tak terus terluka, Elzara pun tak adalah makin menempah tiket untuk ke neraka. “You boleh hina atau bencikan I, tapi jangan sesekali pertikaikan benih yang I dah simpan dalam rahim you. Dia tak bersalah, El. Langsung tak bersalah!” Tekan Ean bersungguhsungguh sebelum telapak tangan yang masih menekup mulut Elzara dialihkan. Tak tunggu Elzara membalas bicaranya, Ean laju sahaja angkat kaki untuk berlalu pergi. Berlama-lama di hadapan Elzara, buang masa sebab kesudahannya mereka tetap akan berperang mulut dan bergaduh. Untuk apa?
138
BAB 21
P
ERTAMA kali dalam hidup Elzara, Elzara rasa menyesal dengan katakatanya. Dan pertama kali juga dia nampak Ean seakan begitu terkesan dengan mulut lancangnya. Tak tahu ke mana iman dia tersesat tika itu. Sampaikan bibir begitu tega mempersoalkan rezeki dari DIA. Zuriat itu amanah dari Allah S.W.T.
tahun.
Ada yang menanti selama bertahun-
Ada yang langsung disahkan tidak mampu memperolehi zuriat. Sedangkan
dia 139
yang
dikurniakan
My Sugar Lady w HANA (HE)
rezeki dari awal, begitu sombong sekali hendak mempertikaikan pemberianNya. Tarik nafas dalam, Elzara sandarkan kepala pada sofa. Nak menyesal pun dah tak ada guna. Dah hampir beberapa dia tak bertegur-sapa dengan Ean. Tak tahu kenapa terasa canggung pula. Selalu Ean tak henti-henti nak curi perhatian Elzara. Bila Ean buat endah tak endah macam ni, haruslah Elzara panas bontot. Yang sejujurnya, Elzara dah mula taruh rasa cemburu dalam hati. Cemburu pada keakraban hubungan Ean dan Isabella. Disebabkan itulah Elzara memilih untuk menyakiti hati suami sendiri. Tak dapat fokus dengan tugasan di syarikat, Elzara balik awal ke banglo. Dia nak bersemuka dengan Ean. Dia nak minta maaf pada Ean. Tapi bila Ean dah elok berdiri depan mata, bibir membeku pula secara tiba-tiba. Apa lagi kalau bukan ego namanya? Mundar-mandir di ruang tamu, terpaku sepasang kaki saat dia nampak Ean mula mengheret bagasi untuk keluar dari banglo. Terus tubuh Elzara tegak. Jantung berlari pantas. Tak dan-dan Elzara menapak laju lalu pergelangan tangan Ean dilelar. 140
My Sugar Lady w HANA (HE)
“You nak ke mana, Ean?” soal Elzara sedikit cemas. Takkanlah Ean terasa hati sampai nak bawa diri? Bukankah tu selalunya watak yang dilakonkan heroin? Merajuk dan lari daripada rumah. Ah, klise sungguh. “I ada urusan syarikat. Mungkin 2-3 hari tak ada di Malaysia.” Ean jawab tanpa sedikit pun memandang wajah Elzara. “Ean..” “I dah lambat, El.” Seakan tidak mahu berlama dengan Elzara. Elzara hela nafas berat. “I nak minta maaf tentang hari tu.” Semedan Ean menoleh mencari wajah Elzara. Elzara minta maaf? Memang satu kejadian yang susah untuk Ean hadam. Jarang-jarang sekalilah nak berlaku. “Jadi you sedarlah yang kata-kata you tu dah melukakan hati suami you ni?” “You terasa, Ean?” “You ingat hati I ni sejenis hati lembu?” Pedas bicara si suami.
141
My Sugar Lady w HANA (HE)
sendiri.
Elzara menunduk. Rasa tertampar pipi
“I tahu I tak patut pertikaikan kewujudan anak you.” Bicara Elzara buat Ean ketawa perih tak semena. tepat?
Anak you? Bukan ke anak kita itu lebih Nampak sangat Elzara tak sudi.
Nampak sangat Elzara tak boleh terima yang Ean Aditya ni ayah kepada anak yang dikandung oleh isterinya itu. “El, boleh I tanya you sesuatu tak?” Elzara panggung kepala. “Agak-agak sebab umur I ni lebih muda daripada you ke sampaikan sedikit pun rasa hormat you pada I tak ada?” Terhenyak Elzara. Hilang kosa kata. Bukan kerana soalan Ean. Tapi kerana lirihnya nada suara si suami buat hati Elzara semakin diterpa perasaan serba-salah. Kejung tubuh Elzara saat telapak tangan si suami mulai melekap pada perutnya. “Kalau betul tu puncanya, I nak you 142
My Sugar Lady w HANA (HE)
dengar apa yang I nak cakap,” tutur Ean. Kelihatan menarik nafas sedikit sebelum kembali merenung dalam wajah si isteri. “I can make you pregnant, El. Itu buktinya yang lelaki di hadapan you ni dah terlalu dewasa untuk you.” Sambung Ean lagi sebelum jemari Elzara yang masih membelit lengannya ditolak jatuh ke bawah. Renung Elzara lama, Ean terus berlalu menuju ke muka pintu. Terpempan Elzara dengan bicara si suami hinggakan dia hanya sekadar mampu berdiri statik memandang langkah kaki Ean. Sebelum sempat tubuh Ean menghilang, Ean kembali mencari wajah Elzara. “El..” Pandangan bersabung. “Tolong jaga anak I baik-baik sewaktu ketiadaan I, sebab I tahu..” Serius sekeping hati milik Ean merasa perit walaupun ayat dia masih lagi tergantung tanpa noktah. “Sebab I tahu you memang tak pernah hadap untuk ada zuriat dengan I.” Meletakkan titik pada ayatnya, hati Ean terasa bagaikan disiatsiat. Hulur senyum hambar, langkah kembali disambung. 143
My Sugar Lady w HANA (HE)
Kendur bahu Elzara saat bait kata si suami menerobos ke gegendang telinga. Rasa berdosa. Rasa serupa isteri yang tak berguna. Kelak, tak mustahil syurga itu terlalu jauh dari gapaian seorang Elzara.
144
BAB 22
P
ESANAN ringkas daripada si isteri Ean baca dengan hati yang berbelah-bagi. Tak tahu sama ada mahu terus percaya atau tidak. Takkanlah secepat itu Elzara boleh berubah? Tak mungkin juga katakata dia tempoh hari dah berjaya buat Elzara sedar akan kesilapan sendiri. Garu kepala yang tak gatal, Ean buat keputusan tanpa sedar. Pemanduan ditukar menuju ke rumah keluarganya. Baru tiba di Malaysia, memang Ean sendiri tak tahu ke mana destinasi yang sepatutnya dia tuju dahulu. Banglo Elzara atau banglo milik kedua-dua orang tuanya. Pabila menerima mesej tak dijangka daripada si isteri, terus Ean yakin. Dia perlukan ruang dan waktu untuk menghadam 145
My Sugar Lady w HANA (HE)
perubahan Elzara. I tunggu you dekat rumah, Ean. I tak boleh nak tipu diri I yang I sebenarnya perlukan you dalam hidup I. I juga perlukan anak ni. – Elzara Pesanan ringkas Elzara dibiarkan sepi. Lima minit berlalu, deringan telefon bimbitnya kedengaran. Teragak-agak Ean hendak menjawab. Tarik nafas dalam, Ean terpaksa mengalah. Walaupun diri masih tak bersedia, rasanya terlalu kejam kalau dia biarkan si isteri macam tu saja. “Yes, bersambung.
El..”
Sebaik
saja
panggilan
“You kat mana?” Soalan Elzara buat Ean terdiam seketika. Pandang banglo di depan mata, Ean berkira-kira sendiri. Takkan nak jujur yang kereta dia baru saja berhenti di hadapan banglo orang tuanya. Nanti mesti Elzara pertikaikan kenapa tak pulang ke banglo mereka terlebih dahulu? “I belum ada kat Malaysia lagi.” Sudahnya jawapan itu yang Ean pilih. Menipu. “Bukan ke hari ni you akan balik, Ean?” “I tukar plan. Ingat nak jalan-jalan dulu
146
My Sugar Lady w HANA (HE)
sebelum balik.” “Ohh..” Panjang ‘Oh’ si Elzara. Nampak sangat kecewa sebab dia saban hari menanti kepuangan Ean. “Bila you nak balik, Ean?” “I belum tahu, El.” “You masih marahkan I?” Sepi. kedengaran.
Hanya
deruan
nafas
yang
“I tak marah, cuma I kecil hati bila isteri sendiri tak pernah sayangkan I.” Perlahan, hampir tidak kedengaran. Dan hati Ean turut kecewa pabila Elzara sikit pun tak memberikan respons pada bicaranya. Sebaliknya si isteri mula menukar topik yang dia akan menanti kepulangan Ean di Malaysia. Sebaik saja panggilan dimatikan, Ean pejam matanya untuk seketika. Bibir tersenyum pahit. You tak pernah cakap you sayangkan I, El. Betapa I teringin nak mendengar perkataan sayang dari bibir you. Monolog Ean, sarat dengan perasaan terkilan dalam hati. 147
My Sugar Lady w HANA (HE)
USAI makan malam, Ean berehat di ruang tamu. Sibuk menonton televisyen walaupun perhatiannya langsung tiada di situ. “Ean..” Suara Datin Marlini. Ean dongak pandang wajah mamanya. Nampak riak wajah Datin Marlini seakan resah, terus Ean bangkit duduk. “Kenapa, ma?” “Ean tak bagitahu isteri Ean ke yang Ean dah balik?” Soalan Datin Marlini buat Ean berkerut kening. “Kenapa mama tanya Ean macam tu?” “El.. dia ada dekat luar. Dia tanya mama, Ean ada dekat rumah ke tak?” Jawapan Datin Marlini langsung buat Ean berdiri tegak. Terus jemarinya memegang hujung dahi. Dada bagaikan dihentak keras. “Ean.. Ean..” “Ean dengan El gaduh ya? Mama tengok cara El tanya tu macam dia tak tahu Ean dah balik.” Lagi pertanyaan daripada Datin Marlini.
148
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean raup wajah. Tak dan-dan kaki diatur ke pintu utama. Berdebar-debar sebab dia jelasjelas dah kantoi menipu. Apa mimpi Elzara datang ke banglo orang tuanya? Kuak daun pintu, belakang tubuh Elzara menyapa mata. Perlahan-lahan si isteri balikkan tubuh. Tatkala pandangan mereka bertemu, Elzara hulur senyum hambar pada bibir. “You tipu I, Ean..” Lemah bicara yang melontar. Ean kebam bibir. Rasa bersalah. Yakin dia dah lukakan hati Elzara saat ini. “You kata you tak ada di Malaysia, tapi..” Kali ni tubir mata Elzara nampak berkaca-kaca. Ah! Jangan nak menangis, El. Sejak bila kau jadi cenggeng macam ni? Ada suara memarahi dari dalam. Tak mahu Ean nampak sisinya yang lemah, terus Elzara pusing tubuh nak berlalu pergi. Terhenti saat si suami deras melelar jemarinya. “Sayang..” “Lepaskan tangan I, Ean.” “Sugar lady, I’m so-so sorry. I tak berniat 149
My Sugar Lady w HANA (HE)
nak tipu you.” Suara Ean jelas merayu pengertian Elzara. Saat melihat setitis air mata gugur menimpa pipi Elzara, mulalah Ean rasa macam nak hantuk kepala dia laju-laju. “I.. I nak balik.” Elzara sebak. “Kita balik sama-sama ya?” “No!” jerit Elzara dan kali ini bersama air mata yang dah mula merembes laju pada pipi. Puas Elzara sapu, tetap juga air mata hendak membanjiri kedua-dua belah pipi. Sungguh Elzara benci dengan situasi ini. Sangat benci! Ean panik. Tak tahu nak pujuk macam mana, terus Ean tarik Elzara ke dalam pelukannya. Bibir dilabuhkan pada ubun-ubun si isteri. Kejap Ean peluk, seakan tidak mahu melepaskan Elzara pergi lagi. “I tahu you terluka, El. I minta maaf..” Lagi penyesalan yang Ean zahirkan. Dan Elzara, terus menghamburkan tangisan di dalam pelukan si suami.
150
BAB 23
M
ASUK ke dalam bilik, Elzara dah terbaring di atas katil. Lebih lima kali berulangalik ke sinki. Makin teruk nampaknya alahan si Elzara ni. Ean nak duduk dekat, Elzara masih lagi lancarkan mogok dengannya. Sampai bila nak berterusan main tarik tali macam ni? “Sugar lady..” Ean baru nak tunduk kucup dahi Elzara, pantas jemari Elzara menahan dada bidang Ean daripada mendekat. “Don’t get close to me, Ean.” Suara yang jelas kedengaran mendatar. Perangai keras kepala Elzara dah mula dah. Ean lepaskan nafas berat.
151
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Sampai bila nak merajuk dengan I?” Terus-terang Ean tanya. Tak sempat Elzara nak jawab, rasa mual buat Elzara melompat turun dari katil. Bergegas dia berlari anak ke kamar mandi. Ean yang turut risau, membontoti tubuh si isteri daripada belakang. Membantu mengurut belakang tubuh Elzara supaya Elzara lebih lega. “Dah?” soal Ean bila Elzara mula berkumur-kumur. Elzara tolak jemari Ean menjauh. Baru satu tapak Elzara nak melangkah, kepala mula rasa memberat. Pandangan berbalam-balam. Kali ni Ean malas nak kisahkan rajuk Elzara. Terus dicempungnya si isteri ke dalam dukungan. Dibawa ke katil mereka. “You tunggu sekejap, I ambilkan minyak angin.” Sebaik saja tubuh Elzara dibaringkan, Ean bergegas menngambil minyak angin dari dalam laci meja solek. Labuhkan duduk, tangan kasar Ean mula memicit pelipis Elzara. Mula-mula Elzara mengelak juga. Akur tatkala dia mula tunduk pada desakan diri sendiri. Saat ini, memang dia perlukan bantuan Ean.
152
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Kalau teruk sangat, I bawa you ke klinik.” “Tak nak.” “Tak ada alasan, El. I risaukan you, you tahu tak?” Keras sedikit suara Ean. “Kalau risaukan I, you takkan tipu I yang you tak ada di Malaysia.” Terus terhenyak Ean pabila disembur oleh Elzara. Urutan pada kepala Elzara terhenti. Renung wajah Elzara, Elzara mula larikan pandangan ke sisi. “Sayang..” Leret nada suara Ean. Sengaja hendak mencairkan hati Elzara. “I tahu I salah sebab tipu you. I bukan sengaja, sayang. I ingat I nak balik ke rumah orang tua I dulu sebab I perlukan ruang dan waktu untuk fikirkan pasal kita. You ingat I tak terkejut ke bila you tiba-tiba hantar mesej macam tu? I risau kalau-kalau you cuma berikan I harapan yang salah.” Panjang lebar bicara Ean, dengan niat supaya Elzara bisa memahami. Malangnya si isteri seakan sengaja tidak mahu memanjangkan perbualan mereka. Pejam mata, Elzara berpura-pura lena.
153
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Sugar lady..” Diam. Kelopak mata Elzara masih terkatup. Ean mula menghela nafas kecewa. “Okeylah, I tak ganggu you. You rehatlah dulu.” Mengalah lalu selimut pada tubuh Elzara dibetul-betulkan sedikit. Baru beberapa langkah menjauhi si isteri, Ean kembali berpaling ke belakang. “Do you really love me, sugar lady?” Soalan yang tak terjangka akan meniti pada bibir Ean. Memaksa Elzara kembali membuka keduadua belah kelopak mata. Pandang Ean, jantung Elzara berlari pantas. Lama Elzara diam lalu sebuah gelengan diberikan sebagai jawapan. Tengok gelengan Elzara, sepatutnya Ean terkilan. Sebaliknya pabila Ean sekadar mengukirkan senyuman manis bergula. Membuatkan kening Elzara mulai berkerut sedikit. “I tahu you cintakan I, El. Sebab..” Sengaja menggantung ayat. Kesukaan Ean membuatkan Elzara ternanti-nanti. “Sebab kali ni you tak sanggup nak lafazkan ayat tu pada bibir you. You love me, don’t 154
My Sugar Lady w HANA (HE)
you?” aju Ean mengundang jelingan tajam si isteri. Tak membalas, Elzara kalih tubuh dia membelakangi Ean. Memang tekaan Ean itu tepat. Namun untuk mengakuinya, hati Elzara masih lagi terasa sakit. Perit dengan penipuan Ean.
155
BAB 24
K
ELIBAT Isabella memaksa Elzara menghampiri gadis itu. Dah agak lama Isabella tak pulang ke rumah. Terdetik rasa pelik bila tubuh Isabella terpacak di dalam banglo milik arwah Datuk Ilias. “Bila you balik, Bella?” Serentak Isabella yang sedang meneguk jus oren menoleh ke belakang. Sekilas pandangan dilemparkan sebelum dia menuju ke arah sinki. Memang jenis Isabella payah nak buat kerja rumah. Gelas yang dia guna pun dia tak basuh. Dibiarkan saja bergolek di dalam sinki. “Bella, mummy tanya ni. Bila you balik?” “Sejak bila pula mummy I hidup balik? Mummy I dah lama meninggal dunialah.” Isabella 156
My Sugar Lady w HANA (HE)
menjawab pedas. “You masih tak boleh terima I, Bella?” Panggilan mula bertukar. Rasa macam terhegehhegeh sedangkan Isabella tak pernah nak bahasakan dia dengan gelaran ‘mummy’. Isabella tergelak sinis. “Macam mana I nak terima hakikat yang arwah daddy kahwin dengan perempuan yang hampir sebaya dengan I? You tak layak jadi mummy I. Jadi selepas ni tolong jangan menyibuk dengan apa yang I nak buat. Bila I balik, itu urusan I. Rumah ni rumah arwah daddy, you tu hanya menumpang!” Lagi bicara pedas menyindir Elzara. Mahu menyedarkan letak duduk Elzara yang sebenar. “Kenapa you nampak begitu bencikan I?” “Sebab I tahu you kahwin dengan arwah daddy semata-mata sebab harta dia!” amuk Isabella naik angin. Elzara senyum perih. “I boleh tinggalkan seluruh harta Ilias kalau itu yang you mahu, Bella.” “Memanglah you sanggup tinggalkan harta arwah daddy I sebab sekarang you pun dah 157
My Sugar Lady w HANA (HE)
dapat tangkap anak ikan baru kan?” Sarkastik Isabella buat wajah Elzara berubah riak. “Apa maksud you?” “You dah ada Ean sebab tu you dah tak kisah dengan harta arwah daddy I.” Selamba Isabella tuturkan. Tanpa menghiraukan perasaan Elzara yang terguris. Kalau bukan disebabkan jasa arwah Datuk Ilias, Kalau bukan kerana amanah arwah Datuk Ilias, Tak mungkin Elzara biarkan dirinya dihina hingga ke tahap ini oleh Isabella. “I boleh hidup tanpa harta sesiapa, Bella.” “Oh, really? You ingat I akan percaya?” Masih lagi dengan ayat menyakitkan hati. Malas hendak bertekak dengan Isabella, Elzara langsung pusingkan tubuh untuk berlalu. Tersekat pabila suara Isabella kembali menyeru namanya. “You nak tahu sesuatu tak, El?” Elzara diam tak menoleh. 158
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Ean kahwin dengan you sebab dia sayangkan I.” Berpeluk tubuh, merenung belakang Elzara dengan pandangan memperlekehkan Elzara. Perit jiwa Elzara dengan kenyataan Isabella. Tak mahu cepat melatah, Elzara cari wajah Isabella kembali. “I tahu..” kedengaran.
Perlahan,
hampir
tidak
“I bukan apa, I tak naklah you berangan nak kaut harta Ean pula. Ean tu sanggup kahwin dengan you sebab I ingat lepas you dah kahwin, you akan berhenti masuk campur urusan hidup I. Ean bukan kemaruk sangat mahukan you. Perempuan yang jauh lebih tua dari dia, you rasa you dah mampu buat dia jatuh cinta ke?” Kejam sungguh tutur kata Isabella. Seakan hari ini mahu dia lampiaskan segala rasa sakit hati yang tak tertanggung selama ini. “Malangnya pengorbanan Ean tak berbaloi. Selepas you dah jadi isteri dia pun you masih nak menyemak depan mata I. Why, El? Sampai bila nak terus berlakon pedulikan I?” “I tak pernah berlakon. Tapi kalau you anggap I seorang yang hipokrit, I tak boleh nak ubah tanggapan you. Ada sebab kenapa arwah Ilias 159
My Sugar Lady w HANA (HE)
amanahkan I untuk jaga you. Dia tak nak you terus hanyut, Bella.” “Sebelum you sibuk nak jaga maruah I, cermin diri you tu dulu. You tu hanya perempuan murah yang sanggup gadaikan diri sendiri sematamata untuk hidup senang.” “Bella!” Suara Elzara naik satu oktaf. Puas hati Isabella dapat menyakiti Elzara. Mara satu tapak ke hadapan, berdiri tegak membalas renungan Elzara. “I harap anak dalam perut you takkan ikut perangai you nanti, El. Sebab I yakin lepas ni you akan merempat. Ean kahwin dengan you sebab I. Sebab I nak you jauh dan tak terus menyibuk dengan urusan peribadi I. Ean tak sayangkan you. Ean pernah cakap yang dia akan lepaskan you kalau kata I dah tak perlukan bantuan dia lagi. Jadi sebaik saja dia buang you, pandai-pandailah you bawa diri untuk besarkan anak tu. Jangan berterusan nak menumpang harta orang lain.” Lagi ayat berbohong. kerdil.
Semata-mata untuk buat Elzara nampak
Semata-mata untuk robekkan sekeping hati milik Elzara. 160
My Sugar Lady w HANA (HE)
Sama seperti terobeknya jiwa dan hati dia saat kali pertama arwah Datuk Ilias bawakan Elzara untuk diperkenalkan kepadanya. Bagi Isabella, tiada perempuan lain yang lebih layak untuk berada di sisi arwah Datuk Ilias melainkan arwah mummy. Dia tak perlukan Elzara sebagai pengganti. Malah dia tak perlukan manamana wanita untuk menggantikan tempat arwah mummy. Saat Isabella putarkan kakinya untuk berlalu, Elzara kerdipkan kelopak matanya beberapa kali. Dia menangis bukan kerana terkesan dengan bicara Isabella. ketahui..
Tapi kerana satu hakikat yang dia baru
Ean pernah cakap yang dia akan lepaskan you kalau kata I dah tak perlukan bantuan dia lagi. Ternyata, Ean memang tak pernah ikhlas dengannya sejak awal lagi. Ean sanggup kahwin dengan dia pun semata-mata kerana Isabella. Tak jelas lagikah yang Ean hanya pentingkan Isabella, bukan dirinya. Lantas, untuk apa Ean mengaku cinta? Sedangkan hati Ean tak pernah merasai perasaan itu. 161
BAB 25
D
ISEBABKAN rasa tak sedap hati, Elzara minta bantuan Badrul untuk awasi dia hingga ke rumah. Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni dia rasa seperti diekori oleh seseorang. Hari ni kereta yang sama mengekori dia semenjak dia keluar daripada kawasan syarikat. Elok kereta berhenti di hadapan banglo arwah Datuk Ilias, Elzara turun dari kereta. Itu pun selepas dia yakin kereta berwarna hitam itu sudah tiada. “Terima kasih Bard sebab tolong I,” tutur Elzara disambut oleh senyuman pada bibir Badrul. “Dah memang tugas saya, datin. Lepas ni kalau perlukan bantuan, telefon aje saya. Arwah datuk dah amanahkan datin dan Cik Bella untuk saya jaga.” 162
My Sugar Lady w HANA (HE)
Elzara tunduk akur. Rasa cemas beransur pergi perlahan-lahan. “Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Sopan Badrul meminta diri. Elzara jatuhkan kepalanya sekali. Melambai Badrul hinggalah kelibat Toyota Vellfire yang dipandu Badrul hilang daripada pandangan. Pusing tubuh ke belakang, tak sedar tubuh Ean sudah tercegat memerhatikan dia. Nampak saja wajah Ean, mulalah Elzara teringatkan bicara Isabella beberapa hari yang lalu. Membuatkan rasa sakit hati pada Ean kembali menular. Dia baru saja mahu berikan peluang kepada Ean, mahu mengalah demi rumahtangga mereka, pabila dia tahu Ean tidak pernah ikhlas dengannya buat Elzara mula tawar hati. “Kenapa Bard datang?” Elzara diam. Menonong saja berjalan melepasi Ean. “Apa lagi ni, El? Kenapa emosi you selalu tak menentu? Sekejap okey, sekejap tak okey. You ingat I ni tak ada hati dan perasaan ke?” Kali ni Ean dah hilang sabar. Automatik sepasang kaki Elzara terpasak 163
My Sugar Lady w HANA (HE)
pada lantai bumi. “Habis tu, you ingat I pun tak ada hati dan perasaan ke?” Soalan berbalas soalan. “Kali ni apa kesalahan yang I dah buat?” Ean berpeluk tubuh merenung Elzara. Ean?”
“Betul ke you tak tahu salah you sendiri,
“Berhenti balas pertanyaan I dengan soalan, Elzara. I hated it!” Tegas bicara Ean. Elzara buat muka tak kisah. “I penat, I nak naik mandi.” Bersedia hendak melangkah lagi. Terhenti pabila Ean tuturkan ayat yang jelas hendak cari gaduh dengannya. “Kadang-kadang I rasa you ni memang betul-betul dah melampau. You pijak kepala I, El.” “Kalau itu yang you rasa, ceraikan saja I. Tak adalah lepas ni you nak makan hati lagi.” “Elzara!” jerkah Ean hingga bergegar bahu Elzara dek tempikan si suami. bersalah.
Elzara masih lagi menayang riak tak
164
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Jangan biasakan mulut you tu menyebut perkataan tu.” Suara Ean mengendur sedikit. “I memang maksudkan apa yang cakap tadi, Ean.” Tak beriak wajah Elzara. Ean raup wajah. Perbalahan mereka seakan semakin panas. Sepanjang perkahwinan mereka, tak pernah Elzara mengungkit tentang cerai. Ini adalah kali yang pertama. “You mengandungkan anak I. You sanggup ke nak biarkan anak tu lahir tanpa papa dia?” “Sekurang-kurangnya I dah jauhkan anak ni daripada lelaki hipokrit macam you. You bertahan dengan I pun sebab Bella kan? You kahwin dengan I pun sebab you kisahkan Bella,” amuk Elzara dah tak mampu nak bendung rasa di hati lagi. berat.
Ean terpempan. Tuduhan yang cukup “Apa yang you mengarut ni?”
“Stop acting, Ean. I tahu Bella lebih penting dalam hidup you dan I tahu tujuan you kahwini I supaya selepas ni I dah tak boleh kawal hidup Bella lagi. You sengaja nak jauhkan I daripada Bella. Jadi 165
My Sugar Lady w HANA (HE)
untuk apa perkahwinan ni kalau dari awal lagi you dan Bella sebenarnya hanya mempergunakan I?” Lagi bicara yang meniti pada bibir Elzara. Kali ni suara Elzara berubah rendah sedikit. Malang buat Ean bila mana dia tak sempat mahu menjelaskan, Elzara sudah terlebih dahulu menapak masuk ke dalam banglo. Meninggalkan Ean berdiri dengan rasa terkilan yang bukan sedikit.
166
BAB 26
K
ELAM-KABUT Elzara keluarkan kunci rumah pabila kereta hitam yang sering kali mengekorinya turut memberhentikan kereta di hadapan banglo arwah Datuk Ilias. Elok pintu utama dibuka, Elzara segera menapak masuk ke dalam. Tak sempat nak tutup pintu semula pabila sepasang tangan gagah laju menghalang. Sekelip mata, tubuh si lelaki sudah elok berada di dalam banglo dengannya. Kunci pada tangan Elzara jatuh ke lantai. Kaki terundur beberapa tapak ke belakang. Elzara tahu kali ni dia memang dah tak dapat nak mengelak lagi. Menggigil seluruh tubuh. Saat si lelaki mula mengukirkan senyuman jahat, makin Elzara jadi tak keruan. “Siapa kau? Apa yang kau nak daripada 167
My Sugar Lady w HANA (HE)
aku?” Terketar-ketar. “Aku tak sangka Bella ada ibu tiri muda dan cantik macam kau.” Bicara si lelaki buat Elzara terhenyak. Isabella?
Lelaki di hadapan dia ni kenal dengan
“Kau.. kau kenal Bella?” soal Elzara masih lagi gugup. Mengundang tawa dari bibir Taufiq. “Takkanlah aku tak kenal dengan buah hati aku sendiri.” Taufiq menggeleng lucu. Makin berselirat tanda tanya di benak Elzara. Kalau lelaki di hadapannya ini teman lelaki Isabella, apa tujuan lelaki itu mengekorinya sejak beberapa hari yang lalu? “Tentu kau tertanya-tanya kenapa aku ekori kau selama ni kan?” Seakan bisa membaca fikiran Elzara. “Suami kau ada ‘hutang’ dengan aku.” Sambung Taufiq sekaligus membuatkan riak Elzara berubah. Ean berhutang dengan lelaki di hadapannya? Mustahil sebab Ean tu bukannya lelaki yang tak berduit.
168
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Berapa dia hutang dengan kau? Bagitahu aku supaya aku boleh bayar. Tapi lepas ni kau jangan ganggu keluarga aku lagi.” Elzara mati-mati anggap hutang Ean tu berbentuk wang ringgit. “Aku tak perlukan duit kau, perempuan. Taufiq bin Tan Sri Tahir. Dengar nama aku, kau rasa keluarga aku ni sengkek sangat sampai perlu mengemis duit kau?” Sinis semata-mata. “Kalau bukan sebab duit, apa lagi yang kau nak??” “Aku nak suami tak guna kau tu rasa apa yang aku rasa. Suami kau tamak. Dia dah ada kau, tapi kenapa dia masih sibuk ganggu dan hasut Bella? Kalau bukan disebabkan dia, aku takkan kena sumbat dalam lokap malam tu! Dia jadi punca aku gagal dapatkan Bella.” Penuh dendam gaya Taufiq berbicara. “Kau nak bunuh aku?” “Sekurang-kurangnya selepas aku dah dapat rasa tubuh kau,” balas Tauqif seraya menarik Elzara terhempap pada dada bidangnya. Kuat Elzara bergelut hinggakan dia lupa keadaan dirinya yang berbadan dua. Saat ini, dia hanya mahu melepaskan diri daripada lelaki bernama Taufiq ini. 169
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Lepaslah!” “Dah lama aku atur semua ni, kau ingat semudah tu aku nak lepaskan kau?” hambur Taufiq lalu mengheret tubuh Elzara menuju ke tingkat atas. Meraung-raung Elzara sebelum wajahnya ditampar oleh Taufiq. Kuat, hingga terteleng ke kiri. sabar.
“Diam!” jerkah Tauqif semakin hilang
Elzara masih meronta-ronta, membuatkan Taufiq mula mengubah rancangannya. Rebahkan tubuh Elzara di atas lantai, Taufiq mula naik menindih. Terhenti perbuatannya saat pintu utama seakan dirempuh oleh seseorang. “Taufiq!” Suara Isabella bergempita. Berlari laju lalu menolak tubuh Taufiq daripada berterusan menindih tubuh Elzara. Ean yang turut meluru pantas melepaskan satu tumbukan ke wajah Taufiq. “Kau memang tak pernah serik, bangsat! Tak cukup kau ganggu Bella, sekarang kau nak apa-apakan isteri aku pula??” hamun Ean bersama 170
My Sugar Lady w HANA (HE)
rahang yang mulai bergerak-gerak ganas. Berang dengan kemunculan Ean dan Isabella, terus Taufiq keluarkan pisau Rambo yang tersisip pada pinggangnya. Saat Ean menarik tubuhnya untuk bangun, Taufiq tak teragak-agak lagi. Terus pisau Rambo dibenam pada perut Ean. “Ini hukuman untuk kau sebab kau dah susahkan aku sebelum ni, Ean!” Kuat Taufiq bertempik lalu mata pisau makin ditusuk ke dalam perut Ean. Meraung kesakitan Ean sebelum tubuh Ean melorot jatuh ke bawah bersama darah yang jelas berlumuran membasahi lantai. “Ean!” Lalu jeritan Isabella dan Elzara serentak memanggil nama lelaki itu. Tak cukup menikam tubuh Ean, Taufiq mahu menerpa pada Isabella pula. Dia tahu dia takkan terlepas kali ini. Dah alang-alang dia tak berjaya memiliki Isabella, ada baiknya dia hapuskan Isabella dari muka bumi. Sekurangkurangnya dia yakin takkan pernah ada lelaki lain yang boleh mendapatkan Isabella selepas ini. Pisau rambo diangkat tinggi. Belum sempat hendak mengenai tubuh Isabella, Elzara laju menolak tubuh Taufiq. Tindakan Elzara membuatkan pisau Rambo milik Taufiq tanpa sengaja terkena pada lengannya sedikit. Nasib 171
My Sugar Lady w HANA (HE)
menyebelahi Elzara tatkala kepala Taufiq terhentak pada hujung tangga, menyebabkan pandangan lelaki itu kelam lalu tidak sedarkan diri. Elzara.
“El!” Isabella menerpa mendapatkan
Elzara tekup lengannya yang berdarah teruk. Genggam jemari Isabella, air mata Elzara merembes turun. Kesakitan yang dia alami takkan pernah setanding dengan kecederaan Ean kala ini. “Selamatkan Ean, Bella. Tolong selamatkan dia.” Ayat yang meniti pada bibir Elzara. Membuatkan Isabella tersedar saat ini nyawa Ean sedang berada di dalam bahaya. “El, you..” Bicara Isabella tersekat-sekat tatkala sepasang mata menangkap bahagian bawah seluar putih yang dipakai Elzara mula bertukar warna merah. Tunduk pandang hala tuju pandangan Isabella, paluan jantung Elzara berubah deras. Jemari terketar-ketar meraba bahagian bawah seluarnya yang jelas basah bermandikan darah. “Allahuakhbar. Bella, anak I..” Tangisan Elzara pecah. Kesakitan serta-merta bagaikan menyucuk-nyucuk seluruh tubuh.
172
My Sugar Lady w HANA (HE)
Isabella tak bertangguh lagi. Meluru dia keluar mendapatkan bantuan. Dia harus selamatkan Ean. Dia juga perlu selamatkan Elzara dan bayi di dalam kandungannya.
173
BAB 27
S
UDAH dua hari Elzara dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk dia mengusung nyawa si kecil di dalam rahim. Cuma Ean sahaja yang masih belum sedarkan diri. Dah lima hari Ean terlantar di atas katil hospital. Sedikit-sebanyak buat Elzara merasa takut. Takut andai kata Ean akan terus tidur buat selama-lamanya. Takut andai kata dia tidak sempat meminta maaf daripada Ean. Bagaikan terngiang-ngiang perbualan dia dan Isabella dua hari yang lalu. Hari yang sama dia dibenarkan pulang oleh pihak hospital.
174
My Sugar Lady w HANA (HE)
“El..” Suara Isabella. Elzara toleh ke sisi. Tika ini, pandangan Elzara kosong. “Kalau you nak berterima kasih pada I, anggap saja you dah lakukannya. I tak harapkan apa-apa balasan daripada you, Bella.” Deras bicara Elzara seraya memutarkan tubuh untuk pergi. “Kenapa you buat semua tu untuk I?” Soalan Isabella buat sepasang kaki Elzara melekat ke lantai bumi. hambar.
Toleh ke sisi, Elzara ukirkan senyuman
“Sebab you adalah darah daging arwah Ilias, Bella. Sebagaimana arwah daddy you pernah selamatkan nyawa abah I, seperti itu jugalah I akan cuba selamatkan ‘nyawa’ dia.” “I tak faham. Daddy kan dah tak ada.” Kening Isabella hampir bercantum. “You nyawa dia, Bella. Dia sayangkan you lebih daripada segala-galanya.” “Maksud you?” “Nanti you akan faham. Tapi bukan sekarang masanya. Bila I rasa I dah tak diperlukan 175
My Sugar Lady w HANA (HE)
lagi, I akan serahkan amanat arwah kepada you.” Sambung Elzara lalu kembali mengatur tapak. Membiarkan tanda tanya Isabella tergantung tanpa jawapan. “El..” Tersentak Elzara saat suaranya diseru oleh Isabella. Terus lamunannya berkecai. Mendongak, pandangan dia dan Isabella bersabung. “Ean dah sedar.” Tiga patah perkataan, tapi cukup membawa makna pada Elzara. Terhela nafas kelegaan pada bibir Elzara. “You tak nak masuk tengok dia?” aju Isabella mulai menunjukkan perubahan positif dalam layanannya terhadap Elzara. Elzara geleng perlahan. “Cukup I tahu dia dah selamat, Bella. I dah tak diperlukan di sini lagi. Tugas dia untuk jauhkan you daripada I akan selesai. I akan pergi jauh selepas ni. Hanya bagi I sedikit masa untuk I uruskan semuanya.” “You nak pergi mana?” “Pergi cari kehidupan I yang sebenar. 176
My Sugar Lady w HANA (HE)
Lepas ni you dah boleh hidup bebas, Bella,” balas Elzara seraya berura-ura untuk beredar dari situ. “Ean cintakan you.” Tutur kata Isabella sekali lagi buat sepasang kaki yang baru saja melangkah kembali terpasak pada lantai bumi. “I tipu you, El. Yang sebenar, Ean kahwini you sebab dia mengaku pada I yang dia cintakan you. Pada awalnya I tak setuju Ean dengan you sebab I tak nak sesiapa pun yang rapat dengan I jadikan you istimewa di hati mereka. Bila I fikirkan melalui perkahwinan you dan Ean boleh bawa you jauh dari I, I terus setuju untuk tolong Ean dapatkan you. Ean ikhlas kahwini you, El. I yang reka cerita semata-mata hendak sakitkan hati you hari tu.” Akui Isabella seraya tunduk memandang hujung jemari kaki. Elzara kebam bibir. Jika benar apa yang Isabella katakan, bermakna dah terlalu banyak dosa Elzara sepanjang menjadi isteri Ean. “You boleh hukum I, I tak kisah. Tapi sebelum tu I rayu pada you jenguklah Ean sekali, El. Dia tunggu you. Nama you yang pertama dia sebut sebaik saja dia sedarkan diri.” “I tak boleh.” “Kenapa?” 177
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Sebab I tak layak untuk terus ada di sisi dia, Bella. Tolong bagitahu dia..” Jeda. Elzara rasa pandangannya seakan berkaca-kaca. “Tolong bagitahu dia, terima kasih sebab pernah selamatkan I. Dan you, tolong jagakan Ean untuk I.” Sambung Elzara sebelum bicaranya disampuk oleh satu suara dari arah belakang. “Do you really want to leave me this way, sugar lady?” soal Ean parau. Bersusah-payah menjejaki Elzara walaupun terpaksa menggunakan tongkat untuk menampung tubuh. Tak perlu Elzara toleh. Tak perlu Elzara cari pemilik suara itu. Kerana hanya ada seorang sahaja yang suka menggelarkan dia dengan gelaran ‘sugar lady’. Dan seseorang itu hanyalah Ean Aditya. “You berhak dapatkan perempuan yang lebih baik, Ean.” “Tapi dalam rahim you ada anak I.” “I akan jagakan dia untuk you, I janji.” “Kenapa kita tak boleh jaga dia samasama, El? Takkan sekelumit pun tak ada perasaan 178
My Sugar Lady w HANA (HE)
sayang you pada I?” aju Ean buat Elzara mula sesak dada. Sayang? Elzara senyum hambar. Bukan setakat sayang, Ean. Malah I yakin rasa cinta tu dah mula ada untuk you. Monolog Elzara dalam hati. Tanpa membalas soalan si suami, Elzara segera berlalu pergi. Kali ini tanpa menoleh lagi. Bahu Ean mengendur. Mata terpejam rapat. Usaha dia selama ini, takkan sedikit pun tak mendatangkan hasil? Semudah itukah perkahwinan ini akan berakhir? “Ean..” “She left me, Bella. Teruk sangat ke I ni sampaikan sikit pun tak layak untuk terus jadi suami dia?” Sayu pertanyaan Ean, jelas sarat menanggung perasaan kecewa yang datang bertali arus.
179
BAB 28
S
EBUTIR nasi pun Ean masih belum jamah. Rasa lapar tak menyinggah. Macam mana dia nak kenyangkan perut sendiri sedangkan benak dia tak pernah berhenti fikirkan Elzara? Acap kali Isabella pujuk dia untuk makan. Menu pun bertukar-tukar. Hampa sebab usaha Isabella tetap juga gagal. Bunyi pintu wad dikuak seseorang membuatkan Ean mula menghela nafas berat. Dalam keadaan berserabut begini, dia tak mahu menerima kehadiran sesiapa sekalipun. “Kalau you masuk untuk paksa I makan, I rasa you hanya buang masa you, Bella.” Tanpa membalikkan tubuh. Senyap. Ean anggap Isabella tak jadi nak 180
My Sugar Lady w HANA (HE)
menapak masuk. Ean terus pejamkan mata. Tak sempat mahu terlena, Ean dapat rasa ada seseorang sedang duduk dihadapannya. “You tak nak balik lagi ke?” Bibir berkatakata, namun kelopak mata Ean masih pejam rapat. “You halau I, Ean?” Zap! Suara yang jelas bukan milik Isabella. Semedan Ean celikkan mata. Saat beboala mata dia dan Elzara bersabung, Ean hanya mampu merenung Elzara dengan renungan sarat dengan rasa bingung. “El?” Seakan tak terkeluar suara Ean. Capai makanan yang baru saja ditapau Isabella, Elzara sudukan ke bibir Ean. “Kalau I yang suapkan, you masih tak berselera juga?” Lembut sekali soalan itu meniti pada deria telinga Ean. Ean telan liur. Dia sedang bermimpikah? Meraba-raba wajah di hadapan, jantung Ean berdetak luar biasa. Makin berdebar-debar tatkala jemarinya turut digenggam Elzara. Tak! Ean tak bermimpi. Dapat dia rasakan betapa halusnya kulit pipi Elzara pada 181
My Sugar Lady w HANA (HE)
telapak tangannya yang kasar tadi. Bingkas Ean duduk tegak. “Auch!” Hinggakan tidak sedar akan kecederaannya yang masih belum sembuh sepenuhnya. “Ean, you okey tak?” Suara Elzara cemas. “You ada nampak I macam dah nak mati ke? Kalau I mati, you tentu lebih suka kan? Tak adalah you perlu ulang-alik mahkamah untuk uruskan tentang hal kita.” Pedas ayat Ean. Tak tahu atas dasar apa. Yang Ean tahu, hati dia bagaikan masih terasa peritnya saat Elzara tinggalkan dia begitu saja. Yang Ean tahu, hati dia bagaikan masih terasa lukanya saat Elzara meminta untuk dilepaskan pergi. “Ean..” “Just leave, El. Kalau you datang sematamata sebab rasa terhutang budi you pada I, anggap saja yang I tak pernah selamatkan you daripada sesiapa.” Laju saja memintas, sebelum sempat Elzara noktahkan ayatnya.
182
My Sugar Lady w HANA (HE)
“You dah buang I, Ean?” “Siapa yang buang siapa, El?” Beremosi cara Ean menyoal. Malah, nada suara Ean juga agak tinggi. Menyebabkan Elzara mula terasa hati. “You marah I, Ean..” Seperti menggumam. “Ya, memang I marahkan you. Takkan you nak I sambut kedatangan you dengan karpet merah selepas apa yang dah you lakukan pada I?” hambur Ean buat satu tamparan bagaikan sudah dilayangkan tepat pada pipi Elzara. Rebahkan tubuh, Ean baring membelakangi Elzara. Keras seluruh tubuh saat Elzara mula memeluk tubuh tegapnya dari belakang bersama esak tangis yang mulai kedengaran. mati.
“I cintakan you, Ean..” Pengakuan berani
Kali pertama sepanjang perkahwinan mereka. Sekaligus membuatkan Ean seakan tak tertelan liur sendiri. Benarkah apa yang dia dengar?
183
BAB 29
T
ERSENYUM-SENYUM Ean tatkala mengingatkan kejadian beberapa minggu yang lalu. Bukan senang dia nak tundukkan perempuan keras kepala seperti Elzara. Pabila Elzara sendiri datang mengaku cinta, hati Ean terasa seperti di awanawangan. Tanpa sedar, bibir mula mengukirkan senyuman manis bergula. “Kenapa senyum seorang diri?” Suara Elzara. Membawa Ean kembali ke alam nyata. Ean dongak pandang wajah si isteri. Menggamit Elzara, Elzara akur menghampiri si suami. Ean tarik Elzara duduk di ribaannya. Bahu Elzara dikucup bertalu-talu. Menzahirkan rasa cinta yang tak berbelah bagi.
184
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Ean, you kan belum sembuh sepenuhnya lagi.” Elzara risau kalau-kalau luka pada perut Ean akan kembali terbuka jahitannya. “I dah sihat, sayang. Lagipun you tu bukannya berat sangat. Mengandungkan anak I, I masih nampak you serupa anak dara. Kecil molek aje perut you tu,” ujar Ean seraya menggeselgeselkan jambangnya pada pipi Elzara. Menggeliat Elzara dek kegelian. “You know what, sugar lady?” Tiba-tiba. Elzara sekadar diam menanti si suami menghabiskan ayatnya. “I tak sangka yang I akan jatuh cinta pada ibu tiri kawan baik I sendiri.” ke?”
“Kenapa? You dah mula rasa menyesal
“Eh, kenapa cakap macam tu pula?” Ean tersentak sedikit. “Yalah, sebab I kan tua daripada usia you. Sepatutnya you boleh dapat yang lebih muda.” Wajah Elzara muram. Ean menggeleng sebelum pipi Elzara dicubit manja.
185
My Sugar Lady w HANA (HE)
“I tak pernah kisah dengan usia you, El. Lagipun isteri I tak pernah nampak tua pun.” “Nak ambil hati I lah tu.” Bibir Elzara mencebir. Ean tergelak. Lucu melihat Elzara menayang wajah sebegitu di hadapannya. “Memang I nak ambil hati you. I nak ambil dan simpan ketat-ketat supaya lepas ni you dah tak boleh tinggalkan I lagi.” Jawapan Ean, menjentik rasa terharu di hati Elzara. Lelaki ini, walau sering kali hatinya disakiti tetap masih mahu berada di sisi Elzara. Lelaki ini, walau sering kali sabarnya diuji masih tetap mahu berada di sisi Elzara. Untuk setiap kesabaran dan pengorbanan yang dah dilakukan padanya, Elzara nekad takkan sesekali dia tinggalkan lelaki ini lagi. “Ean..” “Yes, sugar lady.” “Terima kasih.” Tulus ungkapan itu Elzara zahirkan dari hati. “Untuk?” “Selalu sabar dengan I,” balas Elzara 186
My Sugar Lady w HANA (HE)
mengundang senyuman pada bibir Ean. Tarik tubuh Elzara, Ean labuhkan kucupan pada dahi si isteri. Ternyata usahanya selama ini langsung tidak sia-sia. If someone seriously wants to be part of your life, they will seriously make an effort to be in it. No reasons. No excuses.
PUTUSKAN panggilan, Ean berlalu mendapatkan si isteri. Perlu dapatkan keizinan Elzara sebelum dia penuhi permintaan Isabella. “Sayang..” Elzara yang sedang sibuk menyediakan menu makan malam segera menoleh. Pandang wajah serba-salah Ean, Elzara kerutkan kening sedikit. “Kenapa ni? Siapa yang telefon?” “Bella.” Sebaris nama meniti pada bibir
187
My Sugar Lady w HANA (HE)
Ean. Kecilkan api dapur, Elzara berlalu mendapatkan Ean. “Kenapa dengan Bella?” “Dia minta I temankan dia untuk perbicaraan Taufiq esok.” “Then?” “You izinkan I pergi tak?” soal Ean disambut tawa oleh Elzara. “You tanya I macam tu dah serupa I ni gaya mak-mak you aje, Ean.” “Sayang, I serius ni.” Wajah Ean cemberut. “Okeylah-okeylah, I izinkan. Pergilah temankan Bella.” “Tak apa ke?” “Kenapa tanya I macam tu?” “I takut you cemburu, sayang.” “Selepas I tahu apa yang dah you lakukan pada Bella, insyaAllah I takkan cemburu membuta tuli lagi.”
188
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Jadi you percayakan I?” Elzara angguk. “I takkan jatuh cinta pada perempuan lain, El. Hanya you..” Gemersik suara garau si suami menerobos ke gegendang telinga Elzara. “I tahu..” sahut Elzara dalam senyuman. Dan Ean sudah mampu menghelas nafas lega. Pusing tubuh, Ean pasang niat mahu menelefon Isabella semula. Di kesempatan itulah Elzara perhatikan setiap gerak-geri Ean. Terdetik rasa syukur di hati Elzara kerana Allah S.W.T hadirkan lelaki sebaik Ean untuknya. Ternyata selama ini dia sudah tersilap menilai diri si suami. ‘I rapat dengan Bella bukan untuk buat Bella semakin hanyut dengan dunianya. I dah anggap Bella macam adik I sendiri, El. I rapat dengan dia supaya I dapat awasi dia. I rapat dengan dia supaya I mampu jaga maruah dia. I ikut dia ke mana-mana sahaja supaya tak ada mana-mana lelaki yang boleh rosakkan dia sebab I tahu Bella cuma tersilap pilih jalan selepas pemergian arwah mummy dia. Dulu, Bella tak macam tu.’ Kata-kata Ean, beberapa hari yang lalu. 189
My Sugar Lady w HANA (HE)
Benarlah kata orang-orang yang lebih arif, jangan terlalu cepat menghukum seseorang. Walhal kalau bukan disebabkan Ean, tak mustahil Isabella akan rosak pada tangan lelaki-lelaki lain yang lebih durjana. Kadang-kala mungkinlah Ean terpaksa ikutkan rentak Isabella sebab Isabella tu sejenis yang suka memberontak pabila kehendaknya tidak dituruti. Namun dalam masa yang sama juga, Ean cuba untuk melenturkan sekeping hati milik Isabella yang keras melalui nasihatnya. Alhamdulillah.. Pengakhiran yang manis. Ilias, mungkin I tak mampu nak buat you pergi dengan tenang sewaktu hayat you. Tapi cukup you tahu saat ini you dah boleh bersemadi dengan aman. Sikit masa lagi, I akan serahkan segala-galanya pada Bella kerana dia lebih berhak berbanding I. Anak you dah terlalu banyak berubah. Dan perubahan dia adalah kepada yang lebih positif, sama seperti yang you harapkan selama ini. Bisik Elzara, cukup melalui bahasa bisu. Kembali hendak menyambung tugasannya yang terhenti, terangkat bahu Elzara tatkala tubuhnya dipeluk kejap oleh seseorang dari arah belakang. Kebiasaan yang dah sebati dengan Ean. 190
My Sugar Lady w HANA (HE)
“Do you love me?” “Masih tak percayakan I?” Ean geleng menafikan. “Bukan sebab tak percaya, tapi sebab I suka bila you mengaku cinta.” Sedetik.. Dua detik.. “I love you, Ean Aditya,” tutur Elzara akhirnya. Mahu menyenangkan hati sang suami. “I love you too, my sugar lady,” balas Ean kembali, turut mahu membuatkan hati Elzara terasa berbunga-bunga. Ada sebab kenapa Ean gelarkan Elzara sebagai ‘sugar lady’. Salah satunya, sebab Elzara adalah perempuan yang dah berjaya membuatkan perasaan Ean berubah menjadi indah seperti pelangi.
191
EPILOG
L
EGA pabila amanat ini sudah diserahkan kepada yang lebih berhak. Sungguh, semenjak kali pertama dia bergelar isteri kepada arwah Datuk Ilias, Elzara tidak pernah berniat untuk membolot harta kekayaan lelaki berpangkat datuk itu. Niat dia hanya satu, mahu membalas jasa arwah Datuk Ilias terhadap abah. Akhirnya, ‘hutang’ dia pada lelaki itu sudah pun selesai. “El.. I nak minta maaf sebab selama ni I dah salah faham pada you.” Suara Isabella. Sarat menanggung perasaan bersalah yang bukan sedikit. Genggam
jemari 192
Isabella,
cuba
My Sugar Lady w HANA (HE)
mengurangkan beban yang ditanggung gadis itu. “I tak salahkan you. Kalau I di tempat you pun I mungkin akan fikir perkara yang sama.” “Betul ke you tak nak uruskan syarikat arwah daddy I lagi?” “I yakin you dah mampu uruskan syarikat tu tanpa I, Bella. Dari dulu lagi arwah daddy you nak serahkan syarikat tu pada you, cuma..” “Cuma disebabkan perangai I, arwah daddy jadi tak yakin.” Sambung Isabella seakan sudah mengerti ayat seterusnya yang bakal Elzara muntahkan. “Isabella yang ada di hadapan I ni bukan Isabella yang dulu lagi, sekarang Ilias dah boleh pergi dengan tenang.” “I rindukan daddy, El..” “Dan I yakin, dia juga rindukan you. Jangan sia-siakan usaha dia selama ni, Bella. Uruskan syarikat tu dengan baik sebab I tahu you memang sayangkan hasil titik peluh arwah daddy you tu.” “Macam mana you tahu?” “You selalu datang ke syarikat untuk 193
My Sugar Lady w HANA (HE)
sakitkan hati I. Walhal I tahu, you datang ke situ sebab you rindukan kenangan you dengan arwah daddy you kan?” tembak Elzara benar-benar tepat. “Dulu I dan arwah mummy selalu kacau daddy dekat pejabat. Tiba-tiba aje kami terpacak kat sana bawa segala bekal dari rumah, sematamata untuk makan tengahari bersama. Kenangan tu, sampai ke hari ni I masih ingat. I tak boleh nak lupakan semua tu.” Suram wajah Isabella sebelum menyeka setitis air matanya yang gugur pada pipi. “Tak perlu lupakan semua tu kalau itu kenangan paling indah yang you ada. Simpan kemas-kemas..” Jemari Elzara menuding pada dadanya sendiri. “Di sini..” Sambung Elzara membuatkan Isabella menjatuhkan kepalanya tanda akur. Tarik nafas dalam, Isabella hembuskan perlahan-lahan. Sekali lagi Isabella mahukan kepastian daripada Elzara. “El, untuk kali yang terakhir I nak tanya you.” Jeda. “Betul ke you tak mahu uruskan syarikat tu dengan I?” Dan Elzara, penuh yakin menggelengkan kepala sebagai jawapan. Suka atau tidak, Isabella 194
My Sugar Lady w HANA (HE)
terpaksa setuju dengan keputusan Elzara. “Tak apalah kalau you dah tak sudi. Lagipun kalau you tak kerja dekat sana sekalipun, suami you tu dah terlajak kaya untuk tanggung you dan anak-anak you nanti. Baik you goyang kaki aje duduk rumah. Siapa lagi nak habiskan harta suami sendiri kalau bukan seorang isteri kan?” Isabella mengusik. Elzara pula sekadar ketawa mendengarkan gurauan Isabella. “Betul tu apa si Bella ni cakap, sayang. You duduk aje rumah goyang kaki. Lahirkan anak-anak untuk I. Jadi tak adalah selepas ni you boleh beri alasan yang you penat. Hari-hari I boleh dapat,” sampuk satu suara. Elzara dan Isabella serentak menoleh. Pincingkan mata, Elzara renung Ean macam nak telan. Isabella dekat sebelah elok bantai ketawa sampai terbahak-bahak. “Anak tiri I ni masih belum kahwin, Ean Aditya. Jadi jangan nak tunjuk perangai gatal sangat ya?”Suara celah gigi. Ean angkat bahu sedikit. “Too bad, sugar lady. Penyakit gatal I ni macam dah tak terkawal tiap kali nampak you.” “Ean!” jerit Elzara seraya menampar paha 195
My Sugar Lady w HANA (HE)
si suami. Pijar pipi dia dengan ayat tak bertapis Ean. Makin membulat biji mata Elzara bila Ean selamba tangkap jemari runcing dia sebelum jemari itu langsung dikucup lama. “Ehem, I masuk dululah.” Isabella buru-buru angkat punggung. Tak mahu ganggu pasangan merpati sejoli itu bermesra. Hilang kelibat Isabella, Elzara baru pasang niat nak basuh Ean cukup-cukup. Lebur niatnya tatkala Ean pandai membeli hati dan jiwanya. “I love you, sugar lady. I love you more than I have ever found a way to say to you.” Ayat bersemut. Ayat yang dah berjaya buat bibir Elzara terkunci rapat. Tarik Elzara lemas ke dalam dakapan, Ean kucup dahi si isteri bersama mata yang mulai terpejam. Tubuh yang dia dakap tika ini, akan dia pastikan satu-satunya tubuh yang akan menemani dia pada hari tuanya nanti. Dear sugar lady, There are only two times that I want to be with you. Now and forever. TAMAT 196
TINTA PENULIS MY SUGAR LADY, akhirnya ‘baby’ Hana ini berjaya ke versi cetak hasil daripada terbitan Hana sendiri (HE Dynamic Enterprise). Alhamdulillah, dah kali ke-23 Hana berjaya hasilkan novel hasil cetakan Hana sendiri. Tak ada apa yang Hana harapkan dalam naskhah ini melainkan pengajaran yang dapat anda-anda (readers) Hana manfaatkan. Tugas Hana sudah selesai untuk merealisasikan MY SUGAR LADY ke versi cetak. Maaf sekiranya naskhah ini tidak menepati cita rasa anda. Sesungguhnya Hana hanyalah manusia biasa. Menulis kerana minat dan ingin mencari rezeki yang halal. Mudah-mudahan MY SUGAR LADY bakal mendapat tempat paling tinggi di hati anda semua. Insya-Allah.
Sebarang komen boleh dihantar ke: Facebook 1: Hana Efriena (HE) Facebook 2: Hana Efriena II Email: [email protected]
Untuk membaca sedutan-sedutan menarik, sila layari: Group 1 (FB) :
Nukilan Dari Hati: Novelis Hana Efriena (HE) Group 2 (FB) : Group Gojes: Follower HE Dynamic Publication. Facebook Page : HE Dynamic Publication
BIODATA PENULIS
Lebih ingin dikenali dengan nama pena, Hana Efriena atau Hana (HE). Dilahirkan pada 17 Februari 1993 dan kini berusia 25 tahun. Menamatkan zaman bujang pada 22 Jun 2018 dengan jejaka pilihan hati dari negeri Kedah. Anak jati Kuala Terengganu. Merupakan anak bongsu perempuan dalam kalangan adik-beradik. Lepasan Diploma In Business Studies dari UiTM Kuala Terengganu, Kampus Chendering dan telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi (Pentadbiran Perniagaan), Kampus Puncak Alam. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam tahun akhir pada peringkat Master in Office Systems Management di kampus UiTM Dungun. Seorang yang berdikari. Suka berangan dan suka merapu ada kalanya. Cita-cita? Sangat tinggi. Ingin menjadi seorang pensyarah berkelulusan Phd dan mewujudkan empayar perniagaan sendiri suatu hari nanti. Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan Hana.
KARYA2 LAIN
Drama Queen vs Kutu Buku JS Adiwarna RM23.00 (SM) RM26.00 (SS)
Main-main Cinta Idea Kreatif Publication RM25.00 (SM) RM28.00 (SS)
Dan Kerana Cinta (LE) HE Dynamics RM23.00 (SM) RM26.00 (SS)
Yang Pernah Terluka Idea Kreatif Publication RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)
Idea Kreatif Publication
Idea Kreatif Publication
Dia... Suami Tak Dirancang HE Dynamic Enterprise RM26.00 (SM) RM29.00 (SS)
Akan Tetap Dirimu HE Dynamic Enterprise RM26.00 (SM) RM29.00 (SS)
Jadi isteri Aku HE Dynamic Enterprise RM28.00 (SM) RM31.00 (SS)
Cinta Untuk Dia HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)
Pemilik Hati HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Biar Hati Mencintai HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)
Hati Tetap Cinta HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Izinkan Aku Mencintaimu HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)
A.Y.D.A.N.I.A HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)
Idea Kreatif Publication
Kompilasi Hati HE Dynamic Enterprise RM24.00 (SM) RM27.00 (SS)
Duda Milik Aku HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Qidran: One Night Stand RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Korban Cinta HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Dia... Suami Tak Dirancang (Edisi Baru) HE Dynamic Enterprise RM34.00 (SM) RM37.00 (SS)
Mr. Hunter HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Duda Milik Aku HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Kerana Cinta Teragung HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Misi Mencari Cik Ikhlas HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Quds: Cold-hearted Guy HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
Yang Terindah Vol. 1 HE Dynamic Enterprise RM29.00 (SM) RM32.00 (SS)
Yang Terindah Vol. 2 HE Dynamic Enterprise RM29.00 (SM) RM32.00 (SS)
Adya: One More Time HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)
BAKAL TERBIT 2019 (HE DYNAMIC PUBLICATION)
JULAI 2019 MR. UNCLE SEXY GHIBREL: THE MR. KILLER DEAR DARLING (LE)