Data Loading...

Nasionalisme Guru SITC (N) Flipbook PDF

Nasionalisme Guru SITC (N)


1,011 Views
373 Downloads
FLIP PDF 577.68KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

NASIONALISME MELAYU, PERANAN S.I.T.C1 SELAKU LUBUK NASIONALISME MELAYU DAN SUMBANGAN GURU SITC DALAM PERJUANGAN NASIONALISME POLITIK, BAHASA DAN BUDAYA Oleh: Mohd Zuber Zain2 Diploma ITM, B.Sc, MBA

1

Nama penuh atau akronim S.I.T.C ialah Sultan Idris Training College for Malay Teachers atau Maktab Latihan Sultan Idris Untuk Guru Melayu terletak di Tanjong Malim, Perak. Maktab ini dirasmikan oleh Sir W.G Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tanggal 29 November 1922. Nama maktab ini mengambil sempena nama DYMM Sultan Idris Murshidul Adzam Shah, Sultan Perak ke-28 yang memerintah Negeri Perak antara 1889 hingga 1916. 2

Lahir di Jitra tahun 1956, Kedah. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Jitra, SDAR Tg Malim, ITM (Diploma Perhutanan), Morehead St University (Degree in Agribusiness and Masters in Business Admin, MBA). Pernah bekarja di MTIB, Jabatan Perhilitan, DPI-ABIM, Utusan Publications, Kementerian Tanah dan Koperasi (Setiausaha Akhbar Menteri) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sekarang Ketua Penerbitan PERKIM.

1

Ringkasan (Extract) Rencana ini membincangkan takrif, konsep dan jenis nasionalisme atau semangat kebangsaan khasnya nasionalisme Melayu serta mengkaji kemunculan Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) selaku lubuk nasionalisme Melayu yang telah berperanan melahirkan ramai nasionalis daripada kalangan guru Melayu. Semangat nasionalisme Melayu jelas mula tercetus setelah Kerajaan Empayar Melayu Melaka jatuh kepada armada Portugis pada tahun 1511. Perasaan cinta dan kasih kepada bangsa, agama dan tanah air mendorong patriot Melayu/Islam menentang penjajahan kuasa asing Barat/Kristian terus menerus selama lebih 400 tahun. Dari sudut agama Islam perjuangan bersenjata menentang penjajah kafir yang dianggap perjuangan jihad oleh orang Melayu/Islam dan berterusan sehingga kini di Patani Thailand dan Mindanao Filipina. Nasionalisme guru Melayu walaupun telah mula tertanam di Maktab Guru Melayu di Singapura dan Maktab Guru Melayu Melaka, ianya mula tumbuh, bercambah dan berkembang di SITC Tanjong Malim. Beberapa faktor dikenalpasti yang mengangkat SITC menjadi lubuk nasionalisme Melayu – pertama, pembentukan sebuah perkampungan intelektual Melayu yang terdiri daripada cerdik pandai Melayu dari aliran sekolah Inggeris seperti Za’ba dan aliran sekolah Melayu seperti Abdul Hadi Hasan apabila tertubuhnya SITC pada 1922 dengan penggabungan Maktab Guru Melaka dan Maktab Guru Matang serta Pejabat Karang Mengarang (1924), kedua, kehadiran aktivis pengajar seperti Harun Aminurrashid, Buyong Adil dan Ahmad Bakhtiar yang menjadi agen penyebar fahaman tersebut di SITC dan, akhirnya kehadiran terus menerus guru-guru pelatih yang terpilih daripada kalangan latar belakang sama miskin dan tertindas yang kemudian keluar menyebar luas fahaman nasionalisme Melayu ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Singapura, Sarawak dan Brunei. Interaksi dan diskusi (intellectual discourse) antara ketiga-tiga golongan ini menghidup, memperkukuh dan menyemarakkan semangat nasionalisme untuk membela Melayu/Islam. Di SITC selain menerima latihan perguruan selama tiga tahun, guru-guru pelatih diberi kesedaran politik yang membentuk nasionalis yang sanggup berkorban dalam perlbagai bidang kehidupan. Hasilnya sebelum merdeka SITC melahirkan ramai guru-guru Melayu berjuang dalam parti-parti politik, tidak kira yang berfahaman kiri atau kanan, contohnya Ibrahim Haji Yaakob dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kiri sementara Senu, Rahman Talib, Syed Nasir dan Ghafar Baba dalam UMNO yang kanan. Selain politik guru SITC juga menjadi pelopor dalam nasionalisme budaya dengan Anak Kandung Mohammad Ariff Ahmad (MAS) menubuhkan ASAS 50 dan Mohammad Noor Ahmad dalam Kesatuan Persatuan Guru Melayu Semenanjung (KPGMS), kedua persatuan ini menuntut dimartabatkan Bahasa Melayu dan sistem pendidikan Melayu. Selepas merdeka lepasan guru-guru Melayu SITC/MPSI terlibat dalam Persatuan Suluh Budiman (PSB) yang diasaskan oleh allahyarham Tan Sri Profesor Emeritus Dr Awang Had Salleh dalam perjuangan meningkatkan kualiti pendidikan dengan menganjurkan siri Konvensyen Pendidikan (KONPEN). Kemunculan ramai Anak Kandung di pentas politik, bahasa, sastera dan budaya membuktikan keunggulan SITC sebagai Ibu Kandung Nasionalisme Melayu.

2

Takrif Nasionalisme Nasionalisme asalnya daripada perkataan Inggeris Nationalism (kata dasar Nation yang bermaksud negara atau National yang bermaksud peringkat kebangsaan), diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “semangat kebangsaan”. Nasionalisme diberi dua takrif oleh Kamus Dewan; pertamanya, perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yang mendalam, dan keduanya, pergerakan untuk mencapai kebebasan politik dan ekonomi daripada kuasa asing.3 Dr Ibrahim Saad dalam Dewan Masyarakat edisi Oktober 1983 mentakrifkan nasionalisme sebagai “kesedaran individu atau kumpulan akan keahliannya dalam sesebuah negara, serta keinginan untuk memperkukuhkan negaranya, mempertahan kebebasan dan mempertingkat kemakmuran. Individu atau kumpulan ini mempunyai taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara tersebut...bagi negara-negara membangun atau negara-negara Dunia Ketiga, nasionalisme timbul oleh kerana menentang kuasa luar, iaitu kuasa penjajah yang menaluki negara tersebut. Gerakan nasionalisme digembleng tanpa mengambil perkiraan kelainan yang sedia ada seperti bahasa, agama dan budaya”.4 Dalam membicara topik “nationalism” ensaiklopedia internet alam maya Wikipedia menyebut terdapat beberapa jenis atau bentuk nasionalisme: “Nationalism may manifest itself as part of official state ideology or as a popular (non-state) movement and may be expressed along civic, ethnic, cultural, religious or ideological lines. Civic nationalism is in which the state derives political legitimacy from the active participation of its citizenry, the "will of the people"; "political representation". Ethnic nationalism is in which the state derives political legitimacy from historical, cultural or hereditary groupings (ethnicities). Cultural nationalism is where only culture and not any hereditary features becomes the central aspect of what constitutes the nation. Religious nationalism is in which the state derives political legitimacy as a consequence of shared religion. However such categories are not mutually exclusive and many nationalist theories combine some or all of these elements to varying degrees.5 (Terjemahan ringkasnya: Nasionalisme boleh mengambil bentuk ideologi negara atau pergerakan popular. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa aliran, antaranya; sivik, etnik, budaya dan agama. Pun begitu beberapa aliran nasionalisme ini bukanlah bersifat eksklusif tetapi inklusif, seringkali bergabung sedikit sebanyak unsur antaranya atau kesemuanya sekali). Peranan SITC yang terletak di Tanjong Malim, Perak, 80 km ke utara Kuala Lumpur, sebagai lubuk semangat nasionalisme Melayu diperakui sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia kedua allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas SITC pada 20 Julai 1973. Beliau dilaporkan berkata “SITC is the cradle of Malay nationalism” (SITClah lubuk nasionalisme Melayu)6. Ucapan allahyarham Tun Razak ini sering disiar semula apabila negara menyambut perayaan Merdeka sepanjang bulan Ogos.

3

Sidang Pengarang. (2002)., Kamus Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Masyarakat, Oktober 1983. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 4. 5 Wikipedia, ensaiklopedia internet. http://en.wikipedia.org/wiki/Nationalism 6 Zuber Zain et al, (2003), Aspirasi Kebitaraan, 80 Tahun SITC-UPSI (1922-2002), Tanjong Malim: Penerbit UPSI. 4

3

Allahyarham Cikgu Haji Saleh Daud, Anak Kandung7 yang ketika itu bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pengarang majalah Dewan Masyarakat, melaporkan mengenai perayaan Perayaan Jubli Emas SITC tersebut menambah; “... Di SITC mula tumbuhnya semangat kebangsaan Melayu yang kemudian bertiup kencang ke seluruh tanah air hingga mencapai kemerdekaan”. 8 Perkataan “mula tumbuh” yang digunakan oleh Allahyarham Cikgu Saleh Daud itu mungkin agak keterlaluan, mungkin kerana taksub beliau kepada alma mater Ibu Kandung9.” Profesor Madya Zainal Abidin Borhan dari Universiti Malaya berpendapat pengartikulasian nasionalisme itu lahir lebih awal daripada penubuhan SITC yang ditubuhkan pada tahun 1922. Dalam kertas kerja beliau “Nasionalisme Dan Guru Sekolah Melayu” yang dibentangkan dalam Dialog Kebudayaan Melayu Malaysia Singapura, di Rumah GAPENA pada 19 Jun 2004 beliau berpendapat: “...pengartikulasian terhadap kesedaran kebangsaan (nasionalisme) dimulakan oleh golongan Kaum Muda menerusi majalah Al-Imam (1906-08), disambung oleh guru-guru sekolah Melayu lulusan Kolej Melayu Melaka (1900-1922) dan SITC (1922-1957), yang dilengkapkan pula oleh golongan berpendidikan Inggeris.” Sebenarnya majalah Al-Imam yang terbit dalam hanya dua tahun (1906-1908) yang diterbitkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi (1867-1934) agak kurang memberi fokus kepada kesedaran kebangsaan atau nasionalisme, sebaliknya majalah ini lebih memberi tumpuan kepada isu agama dan pendidikan Melayu. Syed Sheikh Al-Hadi merupakan salah seorang pemimpin Kaum Muda, golongan reformis islah Melayu yang terpengaruh dengan perjuangan islah di Mesir yang dipelopori Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897) dan Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905) dan dikembangkan oleh Muhamad Rashid Redha melalui majalah Al-Manar (1896) yang tersebar luas di Tanah Melayu ketika itu. Al-Imam dan Al-Manar telah mencetuskan persurat-khabaran Melayu-Islam yang bertemakan reformasi masyarakat Melayu/Islam melalui pendidikan Islam, antaranya Neraca (1911-1915), Tunas Melayu (1913) dan Ikhwan (1926). Penulisan dan penyebaran luas fahaman berdasarkan agama inilah yang telah membentuk golongan nasionalis agama seperti Tok Kenali (1868-1933), Tuan Syed Tahir Jalaluddin (18961956), Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Zulkifli Mohamad dan sebagainya. Abu Bakar Hamzah dalam tesis sarjana beliau “Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908”10 menyebut “it must be stressed that Al-Imam’s first concern was with religion, and not directly with social even less with political change”. Selain isu agama yang diberi tumpuan, isu pendidikan dan akhlak pemimpin juga diberi perhatian oleh pengarang Al-Imam, umpamanya terdapat rencana yang mengaitkan kemunduran Islam di Timur (Nusantara) berkait rapat dengan kemalasan orang Melayu menuntut ilmu: “setengah daripada sebab lenyap kekuasaan (ummat) Islam dan jatuh Timor itu kerana mereka itu sangat malas menuntut ilmu dan pengetahuan...dan kepala (pemimpin) ummat Islamiah itu lalai dengan mengambil kesedapan dirinya sendiri...menurut hawa nafsunya dan membesarkan dirinya...”. 7

Anak Kandung merujuk kepada guru-guru Melayu lulusan SITC/MPSI. Dewan Masyarakat, Ogos 1973, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; hlm. 22-24. 9 Ibu Kandung merujuk kepada SITC/MPSI. Lagu rasmi SITC-UPSI ialah “Ibu Kandung Suluh Budiman”. 10 Abu Bakar Hamzah, (1981), “Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908”, Kuala Lumpur: Media Cendekiawan 8

4

Pendapat Al-Imam dikongsi sama oleh allahyarham Pendeta Za’ba yang tergolong dalam Kaum Muda dan karangan Za’ba mengenai Islam tercakup dalam buku “Asohan Budi Menerusi Islam”11 yang menyebut kemiskinan Melayu itu bukan setakat kemiskinan harta benda sahaja tetapi juga kemiskinan ilmu, minda, budi dan akhlak. Walau pun menerima pendidikan sekolah Inggeris, beliau melihat Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kemiskinan minda, rohani dan jasmani. Dr Ibrahim Saad dalam esei di Dewan Masyarakat itu berpendapat nasionalisme Melayu bermula lebih awal lagi, sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis: “...bagi negara-negara membangun atau negara-negara Dunia Ketiga, nasionalisme timbul oleh kerana menentang kuasa luar, iaitu kuasa penjajah yang menaluki negara tersebut”. Rentetan serangan balas terhadap penjajah asing di Melaka oleh Sultan Mahmud, Sultan terakhir Melaka yang mengasaskan Kesultanan Johor (pada 1512, 1515, 1519, 1523), serangan oleh armada Acheh selama 14 kali (antaranya 1537, 1547, 1568, 1570, 1575) dan armada Bugis (1756, 1757, 1782, 1784) membuktikan gerakan nasionalisme Melayu/Islam telah tercetus apabila bumi tanah air Melaka/Melayu/Islam telah jatuh ke tangan penjajah asing Barat/Kristian. Kesungguhan Kerajaan-kerajaan Melayu Johor, Acheh dan Bugis selama 300 tahun berperang melawan penjajahan adalah testamen betapa bangsa Melayu/Islam tidak rela tanah air mereka dijajah. Malah peperangan Melayu/Islam menentang penjajahan kuasa kafir dianggap jihad dan masih berterusan hingga sekarang di Patani dan Mindanao, hinggakan sarjana sejarah dan tamadun Islam Prof Dr Ismail Faruqi pernah menyebut sebagai “...one of the oldest and bloodiest struggles of the Muslims have waged against Christian colonist aggresion”.12 Berdasarkan konsep bahawa nasionalisme Melayu bermula sejak kejatuhan Melaka, Dr Ibrahim telah melihat nasionalisme sebagai satu proses terus menerus (continuum) dan membahagikan nasionalisme kepada tiga peringkatfasa pertama, perjuangan sebelum merdeka; fasa kedua, selepas merdeka hingga 1970 dan ; fasa ketiga, selepas 1970 hingga masa depan. Nasionalisme fasa pertama (1511 – 1957) melibat perjuangan membebas tanah air dari cengkaman kuasa asing dan fasa kedua (1957 – 1970) usaha pengisian dan pengukuhan idealisma nasionalisme yang diperjuangkan sebelum merdeka berasaskan nilai-nilai dan hak pribumi serta hak bangsa asing yang diterima sebagai rakyat melalui sosial kontrak. Malangnya usaha ini digagalkan oleh cauvinisme perkauman (conflicting interests) sehingga tercetus tragedi Mei 1969. Fasa ketiga ialah pembinaan semula nasionalisme yang terkandas melalui pengenalan Rukunegara, usaha pengukuhan dasar bahasa Melayu, memartabatkan kebudayaan kebangsaan dan perjuangan menuntut hak ekonomi orang Melayu dan Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dr Ibrahim berpendapat pendidikan dapat menjadi wahana untuk memupuk nasionalisme tempatan yang sedia ada dan membentuk nasionalisme asing yang belum ada. Di Malaya dan negeri-negeri Melayu lain termasuk Indonesia, dalam zaman penjajahan nasionalisme anak 11

Zainal Abidin Ahmad (Zaba), (1958), Asohan Budi Menerusi Islam, KL: HM Shah Enterprise. Buku ini merupakan koleksi ceramah-ceramah Zaba di Radio Malaya, yang membincang isu-isu agama. 12 Dr Siddiq Fadil, (1986), Gerakan Islam di Dunia Melayu – Tuntutan Zaman dan Cabaran Lingkungan, P. Jaya: ABIM – Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-15.

5

watan yang terbentuk hendak disekat dan dipadamkan dan dalam masa yang sama nasionalisme Barat yang asing hendak dikembangkan di kalangan anak watan.13 Seringkali golongan elit Melayu dan kaum immigran digunakan untuk mengembangkan nasionalisme asing. Selaku inteligensia Melaya yang sedar pada zamannya, guru-guru Melayu lepasan Maktab Guru Singapura (1872 – 1900), Maktab Guru Melaka (1900 – 1922), Maktab Guru Matang (1913 - 1922) dan SITC (1922 – 1957)14 telah memberi sumbangan besar dalam membentuk, memupuk dan menyebar nasionalisme Melayu dan dalam masa yang sama menentang unsur-unsur nasionalisme Barat yang berperanan menjajah minda dan budaya anak tempatan. Walaupun semangat nasionalisme guru Melayu telah berputik di Maktab Guru Melayu Singapura, Melaka dan Matang namun ianya mula bercambah dan hidup subur di SITC Tanjong Malim yang digelar “lubuk nasionalisme Melayu” oleh allahyarham Tun Razak. Sultan Idris Training College (SITC) For Malay Teachers Perbincangan tajuk nasionalisme Melayu tanpa merujuk kepada SITC akan menjadi tidak lengkap dan tempang kerana ramai pakar dan pengkaji sejarah tempatan dan luar negara sudah pun mengiktiraf maktab guru Melayu ini selaku lubuk nasionalisme Melayu dan tapak semaian yang memupuk bibit nasionalisme Melayu. Jika disebut semangat nasionalisme atau fahaman kebangsaan Melayu, tidak syak lagi SITC-lah yang menjadi pentas utamanya. Dalam senarai panjang pengkaji sejarah itu, Prof Dr. William Roff merupakan salah seorang pengkaji sejarah nasionalisme Melayu yang terkenal autoritinya. Dalam bukunya The Origins Of Malay Nationalism (1975)15 yang kemudian diterjemahkan oleh Ahmad Boestamam dengan tajuk Nasionalisme Melayu, beliau mencatatkan; “Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa di Maktab Sultan Idris itu setiap usaha kerja yang benar-benar bersifat kebudayaan dan bersifat Melayu telah maju dengan cara yang memeranjatkan dan bahawa Tanjong Malim dalam tempoh 17 tahun lamanya (sebelum Perang Dunia Kedua) telah seolah-olah menjadi pusat kehidupan intelektual Melayu ” (hlm. 156). “Namun paling kurang, Maktab Sultan Idris merupakan suatu mercu pendidikan (orang Melayu ketika itu) yang berguna. Daripadanya dapat dipandang akan perkembangan dan gerak tindak golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan dan radikal, yang ia bertanggungjawab melahirkannya, sama ada disedari atau tidak”. Penglibatan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu bermula apabila Parti Konservatif berjaya mengalahkan Parti Liberal di England pada tahun 1873. Penguasaan penuh Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina dan Peranchis di Indochina memberi dorongan kepada Inggeris untuk mengusai perdagangan Tanah Melayu melalui dasar campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Selepas Perjanjian Pangkor (1874) Inggeris mula terlibat dalam pentadbiran Negeri Perak dan kemudian Selangor (1884), Pahang (1888) dan Negeri Sembilan (1895) melalui sistem Residen atau Penasihat Inggeris. Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1896) dikawal oleh Residen Jeneral. Sir Frank Swettenham menjadi Residen Jeneral yang pertama. 13

Dewan Masyarakat Okt 1983 Hlm 16. Fenomena universal ini berlaku di Negara-negara lain yang terjajah. Rujuk buku Maktab Guru Melayu Melaka karangan Prof Ramlah Adam dan Aspirasi Kebitaraan, 80 Tahun Ibu Kandung Suluh Budiman 1922-2002, terbitan UPSI. 15 W. Roff, (1974), The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya 14

6

Rax Stevenson melalui bukunya Cultivators and Administrators dalam Bab Dasar Pelajaran British (1875-1906) menyatakan wujud satu dilema kepada Inggeris mengenai apakah dasar pelajaran yang akan dihidangkan kepada orang Melayu selepas Perjanjian Pangkor?16 Dasar yang kemudian diperkenalkan ialah memberi pendidikan menengah Inggeris kepada kelompok elit bangsawan Melayu yang akan menjadi jurucakap kepada pemerintahan kolonial, maka terbinalah MCKK pada tahun 1905. Bagaimana pula dengan pendidikan kepada rakyat Melayu yang menjadi majoriti? Inggeris sememangnya tidak berhasrat memajukan pelajaran anak negeri (sekolah vernakular Melayu) kerana mereka bimbang apa yang pernah berlaku di India akan berulang kembali di Malaya. Di India Kolonial British telah memberi pendidikan menengah dan mendirikan beberapa buah universiti. “The universities of Bombay, Bengal, and Madras had been founded in 1857 as the capstone of the East India Company’s modest policy of selectively fostering the introduction of English education in India.” Golongan intelektual India inilah (antaranya M.G Ranade, G.K Gokhale dan M.K Gandhi) yang telah memperlopori perjuangan politik melalui penubuhan Indian National Congres (INC) pada tahun 1885: “Mahadev Govind Ranade (1842–1901), had graduated at the top of the University of Bombay’s first bachelor of arts class in 1862. Ranade found employment in the educational department in Bombay, taught at Elphinstone College, edited newspaper the Indu Prakash, helped start the Hindu reformist Prarthana Samaj (Prayer Society) in Bombay, wrote historical and other essays, and became a barrister, eventually being appointed to the bench of Bombay’s high court. Ranade was one of the early leaders of India’s emulative school of nationalism, as was his brilliant disciple Gopal Krishna Gokhale (1866–1915), later revered by Mohandas Karamchand Gandhi (1869–1948) as a political guru (preceptor). Gokhale, an editor and social reformer, taught at Fergusson College in Poona (Pune) and in 1905 was elected president of the Congress.”17 Rakyat India yang menerima pendidikan lebih tinggi bukan sahaja lebih kritikal tetapi “...seems to create a distaste for agricultural and technical work...unfit for for any occupation of their fathers...provokes riots and discontent and rise demands that jobs shall be created by the government.”18. Tentunya hasil sistem pendidikan di India ini menjadi teladan dan sempadan kepada pentadbir Inggeris di London dan di Tanah Melayu. Dasar di India bertentangan dengan matlamat dasar penjajah di Malaya yang hanya mahukan “seorang anak petani atau nelayan itu menjadi petani dan nelayan ‘yang baik sedikit’ daripada ayahnya”.19 Maka itu lahirlah dasar pelajaran Melayu yang digelar oleh Profesor Ungku Aziz sebagai dasar pelajaran bonsai20 di mana Inggeris dengan ‘sengaja’ menghidangkan sukatan pelajaran untuk sekolah Melayu pada peringkat/taraf sekolah rendah (Darjah 6) sahaja. Dengan terbentuk 16

Omar Mohd Hashim, (2003), Pengisian Misi Pendidikan, KL, DBP. Dalam Bab MPSI : Antara Sumbangan Masa Lalu dan Harapan Masa Depan, hlm 165 – Ucapan Penutup Seminar Sehari Bekas Pelajar MPSI di Hotel Dayang, PJ, pada 12 April 1986. Dalam seminar ini dibincangkan dan dirumuskan Memorandum Menaiktaraf MPSI kepada sebuah Institut Pendidikan yang dihantar kepada Kerajaan. Tuntutan ini menjadi kenyataan pada tahun 1987. 17

http://www.britannica.com/India/Indian-nationalism-and-the-British-response-1885-1920 L.C.A Knowles, (1924), The Economic Development Of The British Overseas Empires, New Delhi: Mohit Pub. 19 Omar Mohd Hashim (1993), Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, KL: DBP 20 Bonsai ialah seni merencatkan pokok (miniature trees), satu seni perkebunan orang Jepun. 18

7

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1896 memungkinkan DYMM Sultan Idris Mushidul Adzam Shah (1887-1916) dan Sultan-Sultan Melayu yang lain melalui Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar) yang pertama 1887 dan kedua 1903, memberi tekanan secara kumpulan atau kolektif kepada pihak kolonial Inggeris. Antara tuntutan itu ialah supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi di Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu diberi pelajaran dan kemudahan pelajaran yang lebih sempurna. Kejayaan Dr Sun Yat Sen menjatuhkan Kerajaan Manchu di China (1911), kemenangan England dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan tercetusnya pemberontakan Amritsar di India (1919) di mana lebih 400 penentang terbunuh, mendorong sedikit angin perubahan dalam dasar kolonial Inggeris yang bertujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu di peringkat kelas bawahan. Penjajah Inggeris nampaknya bimbang dengan beberapa gerakan nasionalisme yang mula merebak di Indonesia (Sarekat Islam dan Partai Nasional), di Filipina (Jose Rizal), di Turki (gerakan pan-Islam yang dipimpin Mustafa Kamal Attaturk) dan di India (Subhas Bose dan Mahatma Gandhi), akan menular ke Malaya dan mempengaruhi orang Melayu untuk bangkit menentang mereka. Selama menjajah Tanah Melayu pun orang Melayu terus menerus menentang mereka seperti yang pernah berlaku ketika Sultan Abdullah Raja Kedah menyerang Pulau Pinang (1791), Dol Said di Naning (1831-33), Rentap di Sarawak (1853), Dato Maharaja Lela dan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak Perak (1875), Dato’ Bahaman di Pahang (1891-95), Mat Salleh di Sabah (1894-1900) dan Tok Janggut di Kelantan (1915). R.O Winstedt telah melawat Indonesia dan Filipina dan pada 1917 membuat cadangan agar sebuah maktab guru pusat dibina bagi tujuan memuaskan hati orang-orang Melayu dan Raja-Rajanya di samping melaksanakan tanggungjawab Kerajaan Kolonial dalam bidang pendidikan dengan mengisi permintaan yang meningkat bagi guru-guru yang terlatih untuk sekolah-sekolah Melayu. Hasilnya SITC yang merupakan sebuah kolej pusat yang lebih besar dan lengkap, telah ditubuhkan pada 29 November 1922. Dengan tertubuhnya SITC pihak British mengharap guru-guru Melayu yang terlatih ini dapat memainkan peranan sebagai perantara antara British dengan orang Melayu di luar bandar sebagaimana lulusan MCKK berperanan menjaga kepentingan British golongan elit dalam bandar. 21 Walau bagaimanapun harapan ini tidak kesampaian sepenuhnya kerana guru-guru Melayu yang terpilih untuk belajar di SITC telah dipengaruhi fahaman nasionalisme yang telah tumbuh, bercambah dan semarak di sana. Juga berlaku “akibat yang tak terniatkan” hasil daripada pendidikan Inggeris seperti Za’ba, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) dan ramai lagi yang anti penjajah Inggeris. Selama ini Inggeris tidak berapa bimbang memberi pendidikan yang lebih tinggi kepada elit Melayu dan kaum immigran kerana sejak lama dahulu Inggeris telahpun membuka beberapa sekolah aliran Inggeris (sekolah menengah) yang telah berjaya ‘mentransformasi’ anak-anak watan yang minda dan budayanya telah terjajah (Ghafar Baba menggelarnya sebagai ‘Mat Salleh Hitam’)22 yang menjadi alat dan aparatus kepada kolonial. Sekolah-sekolah itu termasuklah Penang Free School (1816), Malacca Free School (1826), Methodis Boys School (1891), English College Johor Bahru (1892), St Paul Seremban (1899), St John’s KL (1904) dan King Edward Taiping (1906), dan sekolah-sekolah mission Kristian di bandar-bandar besar tanpa menimbulkan kesan negatif kepada mereka. Malah melalui sistem pelajaran Inggeris di sekolahsekolah inilah Inggeris menanam semangat dan budaya Barat atau nasionalisme asing di Tanah Melayu.

21 22

Omar Mohd Hashim, (2003), Pengisian Misi Pendidikan, Kuala Lumpur: DBP. Rujuk buku biografi Tun Ghafar Baba, Penitianku hlm 11.

8

Oleh itu amat jelas sebab-sebab penubuhan SITC adalah lebih menjurus kepada alasan politik Inggeris semata-mata daripada alasan moral menyediakan pendidikan yang sempurna kepada anak Melayu kebanyakkan yang terpilih (cream of the cream). Dengan itu secara halus pelajaran orang Melayu telah dipecahbelah – satu untuk golongan elit dan satu lagi untuk golongan rakyat kebanyakkan. Dengan terbinanya MCKK dan SITC, secara langsung berlaku dikotomi atau perbezaan dan pemisahan antara pendidikan orang Melayu, satu jenis pendidikan untuk golongan bangsawan elit bagi menjadi pentadbir dan satu lagi untuk rakyat Melayu kebanyakkan untuk dilatih menjadi guru. Bezanya MCKK melatih anak bangsawan meneruskan kerjaya ayah mereka dalam perkhidmatan awam Inggeris sedangkan di SITC anak-anak petani, nelayan dan buruh diasuh menjadi guru Melayu, satu kerjaya yang bergantung kepada akal dan ilmu, bukan kerjaya ayahnya yang tradisional bergantung kepada tenaga buruh semata-mata. Walaupun SITC hanyalah sebuah maktab yang melatih guru Melayu di peringkat sijil guru sahaja tetapi dari segi pendidikan Melayu pada masa itu (selepas perang dan sebelum Merdeka) taraf SITC dianggap cukup tinggi dan dipandang mulia, kalau disebut SITC maka ianya sinonim sebagai sebuah ‘Universiti Guru Melayu’. Perihal perkara ini Cikgu Tun Ghafar Baba menyebut dalam memoir beliau: “SITC adalah menjadi idaman kepada semua murid-murid yang belajar di sekolah Melayu waktu di bawah pemerintahan British dahulu untuk menyambung pelajaran dan menjadi guru. SITC dianggap maktab perguruan yang paling tinggi yang boleh dimasuki oleh mereka pada zaman itu. Murid-murid yang dapat masuk dianggap bertuah besar kerana jawatan guru adalah jawatan yang paling tinggi yang boleh dicapainya.”23 Cikgu Mohamad Ariff Ahmad (MAS) lulusan SITC 1946-49 mencatat perkara yang sama dalam memoir beliau: “Maktab itu saya rasakan seperti Universiti Melayu pada ketika itu. Inilah maktab yang mencanai anak Melayu terbaik dari golongan kebanyakan; dan semenjak 1922 gelombang demi gelombang SITC telah menghasilkan tenaga pendidik Melayu bagi seluruh Malaya (termasuk Singapura, Sarawak dan Brunei)”24 R.J Wilkinson salah seorang pentadbir pendidikan Inggeris menyebut tentang matlamat penubuhan SITC: “...to render the students conversant with the best literature of their country and the principles of arithmetic, to instruct them in the principles and practice of school management, the element of drawing and some manual work such as carpentary and gardening”25 Seperti disebutkan di atas dalam kurikulum SITC terdapat kursus kerjatangan seperti perkebunan, pertukangan, jahitan, menjilid buku, mencanting batik, mengayam rotan dan buluh. Kursus-kursus ini ada yang wajib dan ada yang berbentuk opsional di mana penuntut memilih sendiri kursus yang diminati. Kursus perkebunan adalah wajib untuk semua guru pelatih kerana Inggeris mahukan orang Melayu kekal dalam bidang pertanian sementara kursus-kursus lain adalah optional. Mempelajari dan menguasai pelbagai subjek kemahiran hidup ini cukup penting 23

Tun Ghafar Baba, 2006, Penitianku, Kuala Lumpur: Sure Fokus Sdn Bhd Muhammad Ariff Ahmad, 2003, Perjalanan MAS, Singapura, ASAS 50. 25 Khoo Kay Kim, (1991), Malay Society, Transformation and Democratization, KL: Pelanduk 24

9

kepada guru-guru Melayu kerana orang Melayu ketika itu amat menghormati guru-guru Melayu yang memiliki kemahiran-kemahiran tradisi orang Melayu ini. Silibus pelajaran agama Islam di SITC disediakan hingga peringkat sijil syariah supaya mereka boleh mengajar agama Islam (sebagai guru gantian) dan memimpin sembahyang dan majlis doa tahlil dalam masyarakat. Sukatan pelajaran guru yang teras, kemahiran, agama, serta pengalaman terlibat dalam pelbagai persatuan pelajar seperti persatuan pengakap dan persatuan sukan, secara langsung telah memberi keyakinan dan memainkan peranan membentuk guru yang serba boleh dan menanam sifat-sifat kepimpinan dalam diri mereka. Di SITC juga terdapat kursus Nazir Sekolah selama setahun yang mana calonnya terdiri daripada pelajar lulusan Senior Cambridge dan guru-guru Melayu lulusan SITC yang berpengalaman, untuk tujuan naik pangkat. Antara mereka yang pernah mengambil kursus kenaziran ini ialah Cikgu Tun Syed Nasir Ismail, Cikgu Dato’ Abdul Rahman Talib dan Cikgu Tun Ahmad Zaidi Adruce. Oleh kerana di SITC terdapat sebilangan guru pakar dalam bidang masing-masing (guru bahasa, guru senaman, guru muzik dan sebagainya), pelbagai peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta kemudahan fasiliti latihan seperti padang, gimnasium, dan kolam renang, maka seringkali kursus-kursus dalam perkhidmatan (KDP) jangka pendek diadakan semasa cuti sekolah seperti kursus guru pendidikan jasmani dan kursus guru sukan. Selain itu terdapat kursus bahasa Melayu untuk guru-guru sekolah SRJK Cina dan Tamil, kursus guru muzik dan kursus askar simpanan. Fungsi latihan di SITC ini diteruskan pada era MPSI. Selain daripada fungsi asasnya sebagai sebuah maktab guru, memandangkan ianya adalah institusi pelajaran Melayu yang tertinggi pada masa itu SITC juga memainkan beberapa penting lain dalam masyarakat Melayu: a) Pejabat Karang Mengarang dan Penterjemahan menjadi pusat penerbitan buku Melayu terbesar melalui yang menerbitkan buku-buku teks sekolah Melayu (Malay School Series, MSS) dan buku bacaan perpustakaan (Malay Reader Series, MRS).26 Buku seperti Ilmu Mengarang Melayu karya Za’ba (MSS 9, 1934) sebagai buku panduan mengarang, Canai Bacaan mengumpul pelbagai cerita Melayu lama dalam sebuah buku yang lengkap, Tangga Pengetahuan (MSS 11) merupakan buku pengetahuan am. Selain daripada kerjakerja penerbitan, pejabat ini juga menjadi pusat menterjemah dokumen rasmi dan warta kerajaan. b) Pusat Perkembangan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu melalui kegiatan penyelidikan, penulisan dan perbukuan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Za’ba menerbitkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) dan Pelita Bahasa Melayu. Prof Syed Naguib Alattas dalam syarahan penganugerahan Doktor Kehormat kepada Pendita Za’ba menyatakan “...Pelita Bahasa Melayu (MSS 30) itu sungguh benar-benar pelita yang menerangkan suasana kelam keliru dan menunjukkan jalan ke arah kesadaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu. Dialah pemukul rebana kalbu masyarakat kita dalam dewan persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke hari ini”. 27 26

Drs Li Chuan Siu dalam bukunya “Modern Malay Literuture 1921-1941” mencatatkan 48 judul teks rumi dalam Malay School Series dan 40 buku cerita yang diterjemah dari buku sastera Inggeris dalam Malay Home Series. 27 Syarahan Pengurniaan Ijazah Kehormatan Doktor Kehormat Persuratan (D.Litt) kepada Pendita Za’ba sempena Konvokesyen Pertama UKM pada 23 Jun 1973. Ijazah Doktor Kehormat ini merupakan penghormatan terakhir kepada Pendita Za’ba yang meninggal 4 bulan kemudian pada 23 Oktober 1973.

10

Dalam bidang kesusteraan Cikgu Abdul Hadi Hasan menerbitkan Pelbagai Catera Melayu (MSS 15) usaha mengumpul beberapa hikayat Melayu yang penting dalam sebuah buku seperti Hikayat Abdullah, Kesah Pelayaran Abdullah, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Raja-Raja Pasai. c) Kegiatan Kebudayaan Melayu moden – antara kegiatan budaya moden yang dipelopor oleh SITC ialah persembahan bangsawan yang dipentaskan oleh pelajar SITC sendiri. serta pelajaran dan persembahan muzik oleh guru dan pelajar SITC. Kegiatan pementasan ini menjadi tradisi tahunan SITC-MPSI dan pada tahun 1970-an dengan bimbingan cikgu SN Noordin Hassan MPSI telah muncul sebagai juara dalam pertandingan drama nasional melalui drama “Bukan Lalang Ditiup Angin”. Proses Pembentukan Ideologi Nasionalisme Melayu Di SITC Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Dr Awang Had Salleh28, seorang nasionalis tokoh pendidikan Anak Kandung dalam kertas ucaptamanya di KONPEN29 Ke-8 di MPSI Tanjong Malim, pernah mentakrifkan nasionalisme sebagai “semacam rasa dan pemikiran yang mengarahkan kesetiaan kita kepada negara”. Dalam konteks SITC beliau menambah “Di SITC semangat kebangsaan seperti inilah yang disemai pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua oleh Cikgu Abdul Hadi Hasan dan Cikgu Harun Aminurrashid (kedua mereka merupakan Anak Kandung yang terpilih untuk menjadi guru mengajar di SITC)...malah O.T Dussek (Pengetua pertama SITC, 1922-1936) dan dilantik sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Melayu pada tahun 1923) sentiasa sahaja menghembuskan nafas kesedaran kepada pelajar-pelajar maktab itu menerusi tiga lambang taat setia kebangsaan, iaitu: agamamu, bahasamu dan bangsamu.” 30 Cukup ironi fahaman “kesedaran nasib bangsa” ini mendapat simpati dari orang Inggeris sendiri seperti dan O.T Dussek dan R.J Wilkinson, Nazir Sekolah Melayu (1903-1906) yang pernah mencadangkan diwujudkan sistem sekolah menengah Melayu.31 Dussek juga amat bersimpati dengan nasib orang Melayu khasnya dalam bidang pelajaran dan telah mengambil beberapa langkah melahirkan cendekiawan Melayu. Beliau berperanan membawa Pejabat Terjemahan dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim dan digabungkan dengan Pejabat Karang Mengarang. Beliau pernah menulis buku ‘Kitab Pedoman Guru Penggal I dan II, Kitab Hisab dan Practical Modern Malay.’ Beliau menggalakkan guru-guru yang mengajar di SITC menulis buku teks mereka sendiri. Beliau membenarkan Harun Aminurrashid untuk menjadi penulis khas di akhbar Warta Malaya. Harun menulis dalam berbagai-bagai bentuk karya kreatif seperti syair, sajak, cerpen dan jga esei yang serius tentang berbagai macam masalah masyarakat Melayu.32. Dussek juga memperkenal Majlis Syarahan di mana Harun dan guru-guru nasionalis yang lain berpeluang menyebarkan fahaman kebangsaan Melayu. Beliau dilaporkan pernah berkata “saya harap satu masa nanti ada guru-guru dari maktab ini bukan saja boleh jadi guru 28

Dr Awang Had Salleh, lahir di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 1934. Lulusan SITC 1951 – 54, Maktab Bahasa (1958), B.Ed U.Malaya (1967), Ph.D Stanford University (1972). Mantan TNC UM, Pengarah ITM, Naib Canselor UKM dan UUM. Jawatan akhir sebagai Penasihat kepada Menteri Pelajaran dan Pengerusi Majlis Buku. 29 KONPEN merupakan akronim kepada Konvensyen Pendidikan yang dianjurkan oleh Persatuan Suluh Budiman, persatuan alumni bekas pelajar SITC/MPSI MPSI yang mana Prof Dr Awang Had Salleh menjadi Yang Dipertua sejak tahun 1974 hingga 2002. KONPEN 1 berlangsung pada tahun 1976 di DBP Kuala Lumpur dan berakhir dengan KONPEN ke-13 yang berlangsung di Bangunan SUK Perak pada tahun 2004. 30 Awang Had Salleh, 1967, “Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya” tesis ijazah B.Ed, Universiti Malaya. Prof Dr Awang Had Salleh, (1985), “Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had Salleh”, PJ, Fajar Bakti 31 Cenderamata Jubli Emas SITC, hlm 30. 32 Abdullah Hussein dalam bukunya “Harun Aminurrashid : Pembangkit Semangat Kebangsaan”

11

yang baik tetapi boleh jadi pemimpin”.33 Akibat sikap pro-Melayu itu perkhidmatan Dussek telah ditamatkan apabila beliau balik bercuti di England pada tahun 1936. Dua orang guru yang berperanan membawa semangat nasionalisme Melayu dari Maktab Guru Melaka ke SITC ialah Cikgu Abdul Hadi Hasan dan Cikgu Ahmad Bakhtiar. Cikgu Abdul Hadi Hasan (1900-1937) berasal dari Melaka, lulusan Maktab Guru Melaka (1917-1919) dan menjadi pelopor penubuhan Kesatuan Guru Melaka. Beliau mengajar Tawarikh, Hikayat dan Bahasa Melayu. Pemikiran beliau tentang sejarah dan nasionalisme Melayu terakam dalam tiga siri buku teks Sejarah Alam Melayu, yang ditulis dan diterbitkan antara tahun 1925 hingga 1929, kesemua siri buku teks tersebut dikelaskan sebagai Malay School Series No: 7. Dalam menulis buku-buku ini beliau banyak merujuk kepada buku-buku sejarah yang sedia ada antaranya Sejarah Melayu (Tun Sri Lanang), Sejarah Tanah Jawa, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Abdullah, The Malay Islands According To Chinese Chronicles, An Outline History Of The British Empire 1500 – 1920 (W.H. Woodward), British Malayan 1824 -1867 (L.A. Mills). Tiga buku sejarah ini merakam asal usul orang Melayu, penduduk asli Tanah Melayu, penduduk Kepulauan Melayu, Kerajaan-Kerajaan Melayu di Kedah (permulaan Masehi hingga Abad ke-14), Langkasuka/Funan/Campa (abad ke-2 hingga ke-7), Srivijaya (abad ke-7 hingga 13), Majapahit (abad ke-13 hingga ke-15), Empayar Melayu Melaka (abad ke-15), pengaruh luar di alam Melayu seperti pengaruh Hindu, Buddha, Cina dan Barat/Kristian (Portugis, Belanda dan Inggeris). Pendekatan Cikgu Abdul Hadi menulis tawarikh Melayu adalah berdasarkan introspektif lokal (local centric), berbeza dengan penulis-penuilis sejarah orientalis Barat seperti F.A. Swettenham, W.S. Gibson, W.H. Woodward, L.A. Mills, yang mengambil pendekatan berat sebelah euro-centrik. Membaca buku-buku Cikgu Abdul Hadi tidak dapat tidak kita akan teruja dengan kesarjanaan dan kesungguhan beliau mendokumentasikan susur galur sejarah orang Melayu dari zaman bahari hingga ke zaman kedatangan penjajah Eropah, satu usaha pengkajian akademik yang cukup rumit dan teliti, tambahan lagi dengan bahan-bahan pustaka dan arkib yang terhad pada masa sebelum Perang. Keunikan buku-buku sejarah yang dikarang oleh Cikgu Abdul Hadi ialah sifatnya yang bersifat global, kait-mengait (korelatif), melihat satu peristiwa sejarah yang berlaku di alam Melayu itu bersangkut paut dengan satu peristiwa lain yang berlaku di benua Eropah, satu pendekatan pensejarahan yang bersebab dan logik.34 Pendekatan kronologi, objektif dan logik ini memudahkan pembaca khususnya pelajar-pelajar SITC yang mengguna buku-buku ini sebagai buku teks memahami sejarah Melayu dan sejarah dunia secara integratif dan komprehensif, dengan diserapkan unsur-unsur nasionalisme, satu teknik dapat menimbulkan kesan kesedaran betapa mundur dan lemahnya negeri-negeri Melayu yang terjajah berbanding dengan negara-negara Barat yang datang menjajah. Mengikut Cikgu Mahmud Ahmad dari Singapura, Cikgu Abdul Hadi pernah memberitahunya bahawa pelajar bukan sahaja perlu mengerti dan faham Tawarikh tetapi beliau mengharapkan kesan kesedaran dan keinsafan yang lahir daripada pelajar itu.35 (salah seorang anak Cikgu Abdul Hadi ialah Datuk Rustam Hadi yang mempelopori penubuhan Petronas yang tidak kurang sifat nasionalisme. Beliau meletakkan jawatan tinggi di Petronas kerana tidak setuju dana Petronas disalahgunakan pemerintah untuk menyelamatkan ie bail out beberapa institusi kewangan pada tahun 1980an) 33

Cenderamata Jubli Emas 1973, ms 35 Lihat Bab 3 “Proses Logik Dalam Penulisan Sejarah” dalam Ishak Saat, (2007), Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publication. 35 Cderamata Jubli Emas SITC, hlm 40 34

12

Cikgu Buyong Adil, guru lulusan SITC 1924-27 kelahiran Teluk Intan Perak, meneruskan usaha merakam sejarah Melayu yang telah dimulakan Cikgu Abdul Hadi. Beliau menyambung menulis dua buku Sejarah Alam Melayu IV dan V yang diterbitkan pada 1934. Jika buku Cikgu Abdul Hadi menyorot sejarah Melayu sebelum kedatangan Barat atau sejarah klasik alam Melayu, dua buku Cikgu Buyong ini lebih tertumpu kepada pengaruh Barat dan pembentukan negeri-negeri Melayu atau sejarah alam Melayu moden. Cikgu Buyong kemudian menulis buku sejarah “Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad Ke-15 hingga Ke-19” yang diterbitkan oleh DBP. Selepas bersara beliau pernah terlibat dalam UMNO dan pernah dilantik Ketua Penerangan UMNO Perak. (untuk ringkasan sejarah penjajahan di Nusantara rujuk Lampiran 1) Cikgu Ahmad Abdullah @ Ahmad Bakhtiar (1902-1961) mengajar di SITC dari 1922 hingga 1952 dan menjadi Guru Besar SITC 1952-54. Beliau adalah seorang guru yang serba boleh – muzik, seni lukis, sukan, selain seorang bomoh dan silap mata. Beliau seorang pengarang yang prolifik menulis lebih 50 buah buku dalam pelbagai genre, tema buku-buku roman sejarah beliau seringkali membangkitkan semangat kepahlawanan Melayu, antaranya Keris Melaka, Korban Keris Melaka, Darah di Selat Melaka, Rahsia Pemimpin dan Pedoman Guru. Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba (1895 – 1973) yang bertugas di Pejabat Karang Mengarang dan Penterjemahan yang berpusat di SITC selama 15 tahun (1924-1939) memainkan peranan besar dalam membina khazanah bahasa dan sastera Melayu disamping menjadi pelopor dalam nasionalisme bahasa, sastera dan budaya Melayu. Melalui buku-buku Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu (dalam tiga jilid), Canai Bacaan, Benih Kemajuan dan Kalong Bunga beliau menggali khazanah bahasa dan sastera Melayu klasik dan tradisional dan menyusun kembali bahasa dan persuratan Melayu dari segi daftar kata dan ejaan (jawi dan rumi), nahu, semantik dan fonetik. Melalui buku-buku Za’ba para guru dan pelajar SITC dirangsang untuk menghargai khazanah bahasa dan sastera Melayu yang membantu memperkasa jatidiri guru-guru Melayu. Pendeta Za’ba menerima pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Batu Kikir, Kuala Pilah, pendidikan arab di Linggi dan pelajaran menengah sekolah Inggeris St Paul di Seremban dan kemudian pernah mengajar di English College Johor Bahru dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walaupun berpendidikan Inggeris beliau telah mengkritik dasar Inggeris yang mengabaikan sistem pelajaran Melayu, dasar berat yang menganaktirikan pendidikan kepada orang Melayu. 36 Dalam rencana kepada The Malay Mail dengan nama samaran ‘Z’, Za’ba menulis empat buah rencana panjang Poverty Of The Malays dan The Salvation of The Malays, antaranya menyentuh kedudukan sekolah-sekolah Melayu yang terbiar selama lebih 100 tahun pemerintahan British, tertinggal dari segi pembangunan fisikal mahupun pengisian kandungan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah Inggeris yang mendapat dokongan pemerintah. Za’balah yang menjadi ‘bidan’ yang melahirkan Kongres Melayu pertama pada 1-3 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru Kuala Lumpur yang menjadi wadah menentang Malayan Union. Selain pengaruh daripada buku-buku teks Tawarikh, buku-buku karya Za’ba, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidek37 (Mari Kita Berjuang), membaca rencana dan pojok politik Rahim Kajai dalam akhbar Melayu seperti Lembaga Melayu (1914-1931), Pengasuh (1918-1941), 36 37

The Malay Mail, Disember, 1923. Abdullah Sidek (1913-1973) lulusan SITC 1929-1931.

13

Ikhwan, (1926-1931), Saudara (1928-1941), Warta Malaya (1930-41), Majlis (1931-1941) dan Utusan Melayu (1939-1941), pelajar SITC juga banyak terdedah kepada akhbar-akhbar, majalahmajalah dan buku-buku politik Indonesia antaranya Bintang Timoer akhbar yang sering melaporkan aktiviti pergerakan nasional, majalah Pandji Islam, dan Soeara Rakjat majalah rasmi PNI. Semua bahan-bahan bacaan ini berunsurkan nasionalisme. Diberitakan banyak buku perjuagan revolusioner yang dibawa dan dijual oleh pelajarpelajar SITC dari Singapura yang pulang bercuti, di samping itu ada yang turut dijual di kantin Tuck Shop (kafetaria) kolej. Buku yang diharamkan di Indonesia Studen Indonesia di Eropa karya Dr A Rivai dan buku Riwajat Penghidoepan Dr Soetome dan Perdjoeangannya (Bung Tomo) dijual dan dibaca secara meluas di SITC. Melalui bahan-bahan bacaan ini mereka didedahkan kepada sejarah peperangan dan perjuangan bangsa-bangsa lain dalam menuntut kemerdekaan yang menjadi sumber inspirasi perjuangan guru Melayu. Salah seorang pelajar yang menjual buku-buku tersebut di SITC ialah Ghafar Baba:38 “...untuk mencari wang tambahan sambil belajar, saya berniaga menjual bukubuku dan majalah-majalah. Gambar-gambar Presiden Soekarno, Dr. Hatta dan lain-lain pemimpin Indonesia paling laris. Penuntut-penuntut akur dengan perjuangan pemimpin-pemimpin Indonesia yang berani berperang menentang Belanda untuk kemerdekaan negaranya walaupun dengan bersenjatakan bambu runcing sahaja.” Satu lagi aktiviti yang menjadi tradisi maktab yang dilakukan seminggu sekali pada tiaptiap malam Jumaat ialah syarahan mingguan di mana tiap-tiap orang guru SITC diminta memberi syarahan secara bergilir kepada semua pelajar, yang dihadiri juga guru-guru yang lain. Giliran Cikgu Harun pada 7 November 1927 dan beliau memilih tajuk “Hasil Bumi Melayu”. Yusof Harun, salah seorang murid Harun dari Melaka, mencatat 10 lagi tajuk yang disyarahkan oleh Harun: (Bangsa Melayu), (Kepandaian Melayu), (Perkara yang mesti diketahui oleh anak muda Melayu), (Mesti Berdikari), (Hidup Tolong Menolong), (Persatuan), (Manusia Dengan Ilmu), (Kalau Mahu jadi Wartawan), (Gelombang Hidup) dan (Riwayat Hidup). Dalam syarahansyarahan itu beliau sering mengambil contoh kisah pemimpin-pemimpin Timur seperti Soekarno, Gandhi, Sun Yat Sen dan tentunya syarahan-syarahan ini cukup menarik minat sehingga melimpah dewan dan memberi kesan yang mendalam membangkit semangat pelajarpelajarnya.39 Othman Haji Zainuddin dari Sarawak menyebut “...saya selalu mencari peluang mengikuti syarahannya dengan sepenuh hati...dia seorang pemidato yang baik dan paling berkesan.40 Melalui membaca buku dan mendengar pidato mereka telah disedarkan betapa penjajah Inggeris telah menyekat pelajaran orang Melayu, menindas minda dan intelek orang Melayu dan memeras ekonomi Tanah Melayu. Semangat kebangsaan cukup mempengaruhi pelajar SITC sehingga SITC itu dianggap warisan keramat orang Melayu, SITC itu Melayu dan Melayu itu SITC, SITC dan Melayu menjadi sinonim. Maka itu sesiapa yang merosakkan harta benda yang terdapat di SITC dianggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan bangsa Melayu. Walau pun sikap ini agak keterlaluan tetapi memang benar berlaku. Sebagai contoh jika sesiapa dengan tidak sengaja memecahkan gelas, cawan atau pinggan mangkok yang terdapat di Dewan Makan, mereka akan dipanggil oleh ketua AJK Makanan atau Ketua Pelajar dan dimarahi kerana dianggap mensabotaj 38

Tun Ghafar Baba, (2006), Penitianku, Kuala Lumpur: Sure Fokus Sdn Bhd Abdullah Hussein, (1982), “Harun Aminurrashid : Pembangkit Semangat Kebangsaan” KL: DBP, hlm. 22 40 Ibid ms 23 39

14

perjuang Melayu.41 Begitu juga bila berlaku Mogok Besar 1949 di mana hampir kesemua pelajar sepakat untuk protes balik kampung, beberapa orang pelajar yang patuh kepada arahan Pengetua kerana takut tindakan disiplin telah diboikot kerana dianggap mengkhianati perjuangan Melayu. Proses Penyebaran Ideologi Nasionalisme Melayu di SITC Melalui penubuhan SITC pada tahun 1922 telah terkumpul intelektual guru Melayu dari Maktab Guru Melaka dan Maktab Guru Matang, Perak. Kemudian perpindahan Pejabat Terjemahan dari Kuala Lumpur ke SITC Tanjong Malim dan penubuhan Pejabat Karang Mengarang dan Terjemahan pada tahun 1924 membawa sekumpulan penterjemah lulusan sekolah Inggeris Senior Cambridge seperti Za’ba, Yazid Ahmad, Abdul Kudus Mohamad, Sulaiman Hamzah, Abdul Rahman Yusof, Ahmad Murad Nasaruddin dan Abdullah Mohamad Ali. Melalui dua peristiwa ini secara tidak langsung telah berlaku satu proses pengumpulan dan pertemuan dua golongan cerdik pandai Melayu di satu tempat; golongan petama ialah guru-guru Melayu terbaik lulusan Maktab Guru Melaka seperti Cikgu Abdul Hadi Hasan dan Cikgu Ahmad Bakhtiar, guru-guru terbaik lulusan SITC seperti Cikgu Harun Aminurrashid dan Cikgu Buyung Adil dan golongan keduanya ialah penterjemah aliran Inggeris seperti Za’ba dan Yazid Ahmad (lulusan MCKK). Sudah pasti perkampungan intelektual Melayu dua aliran ketika itu di suatu tempat di Tanjong Malim dalam satu jangka masa yang panjang (Za’ba selama 15 tahun, Hadi 7 tahun, Harun 13 tahun dan Ahmad Bakhtiar 32 tahun), berlaku interaksi dan wacana minda kelas pertama dan dari pergaulan sesama mereka yang terpelajar ini telah tercanai satu gagasan idealisme politik Melayu atau ideologi nasionalisme Melayu. Za’ba, Hadi, Ahmad Bakhtiar dan Harun merupakan pemikir dan penulis yang hebat dan mereka menyerapkan unsur-unsur nasionalisme dalam karya-karya mereka. Oleh kerana buku-buku sejarah dan buku-buku novel serta sajak dan cerpen ini ditulis ketika negara sedang dijajah maka gagasan atau unsur-unsur nasionalisme Melayu terpaksa diserapkan secara bijaksana atau secara tidak langsung dalam buku tersebut tetapi diungkap dan diperjelaskan ketika mengajar atau melalui syarahan dalam majlis-majlis pidato umum. Selama tiga tahun guru-guru pelatih didedahkan kepada nasionalisme Melayu melalui guru yang mengajar dan juga ketua-ketua kepada guru-guru pelatih yang sering membangkit dan membincangkan perihal nasib dan perjuangan panjang bangsa Melayu untuk membebaskan Ibu Pertiwi di dalam bilik-bilik kuliah dan juga dalam perbincangan secara sulit di luar bilik kuliah dan asrama. Harun Mohd. Amin atau Harun Aminurrashid (1907-1986), merupakan individu yang menjadi agen penyebar ideologi nasionalisme Melayu di kalangan pelajar ialah bekas penuntut terbaik SITC. Berasal dari Singapura pulau yang terjajah sejak 1887 dan menuntut di SITC tahun 1924-26. Harun merupakan pelajar terbaik dalam bidang Ilmu Hisab dan selepas tamat pengajian ditawarkan menjadi guru ilmu hisab di SITC. Pergerakan politik Harun telah dirakam oleh SN Dato’ Abdullah Hussein dalam bukunya “Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan”. Menurut temu ramah yang dibuat oleh Abdullah di Singapura sebelum Harun meninggal dunia pada tahun 1986, beliau menerangkan bagaimana perjuangan guru Melayu ketika itu agak radikal (kiri). Beliau mengakui beliau dan anak-anak muridnya dipengaruhi oleh perjuangan Partai Nasionalis Indonesia (PNI) yang dipimpin Soekarno dan Hatta. 41

Hasil temuramah penulis dengan sebilangan besar pelajar SITC di Malaysia, Singapura dan Brunei.

15

“Kalau dulu mereka hanya menjadi simpatisan perjuangan kebangsaan Indonesia, maka dengan tertangkapnya Soekarno pada tahun 1928, mereka lalu melibatkan dirinya secara langsung dengan ikut serta menjadi anggota Partai Nasional Indonesia (PNI). Menurut Datuk Mohamed Noor Ahmad dari Pulau Pinang (Tokoh Guru KGGMB) tiga orang yang menjadi ahli PNI di SITC; Harun, Ibrahim Yaakob dan dia sendiri”.42 Melalui buku SN Dato Abdullah Hussein ini mentor kepada Cikgu Harun Aminurrashid ialah Cikgu Abdul Hadi Hasan. Hubungan Hadi-Harun dapat dikesan dalam peristiwa di mana Cikgu Hadi memujuk Harun supaya membatalkan cita-cita untuk belajar di Universiti Al-Azhar dan sebaliknya terus belajar di SITC kerana sebagai Guru Melayu beliau berpeluang membangun semangat anak bangsa; “Pada masa itu pusat pengajian di luar negara yang paling banyak menarik perhatian pemuda-pemuda Melayu yang bersemangat kebangsaan ialah Mesir. Harun bercita-cita hendak ke Azhar, mahu jadi ulama bersama-sama Kiyai Fathullah Suhaimi. Tetapi niatnya diketahui oleh Cikgu Abdul Hadi, maka ia pun memanggilnya dan menasihatinya selama tiga jam supaya berfikir dengan baik. Kata Cikgu Hadi, di SITC kita boleh membangun semangat anak-anak bangsa kita... sejak itu saya mulai berhati-hati tetapi keberanian itu makin bertambah”.43 Apabila sampai masa Cikgu Harun menjadi guru di SITC beliau pula menjadi mentor kepada segolongan pelajar yang radikal tahun 1928 yang diketuai Cikgu Ibrahim Haji Yaakob (1911 - 1979), dan kawan-kawan seperjuangan seperti Cikgu Hassan Manan, Cikgu Abd Karim Rashid dan Cikgu Isa Mohd Mahmud. Hubungan Harun-Ibrahim dapat dikesan dalam para di bawah: “Pada masa itu sebagai warden Rumah A1 dan A2, Harun tinggal di sebuah bilik di Rumah A1. Di luar biliknya tinggal Ibrahim Yaakob yang menjadi salah seorang muridnya. Pada tiap-tiap pagi Ibrahim akan datang ke bilik Harun bertanyakan karangan-karangan yang telah ditulis olehnya, untuk disalin semula, sebelum dikirimkan kepada akhbar dan majalah. Menurut Harun, tulisan jawi Ibrahim amat cantik...Harun telah dibenarkan oleh Pengetua Kolej (O.T Dussek) untuk menjadi penulis khas akhbar Warta Malaya...Harun menulis dalam berbagai-bagai bentuk karya kreatif, syair, sajak, cerpen, esei tentang berbagai macam masalah masyarakat Melayu”.44 Jadi hubungan Hadi-Harun-Ibrahim amat jelas. Dikatakan akibat terlalu ghairah dan bersemangat akibat indoktrinasi politik Cikgu Harun, Ibrahim telah mengumpulkan 30 orang kawan-kawan yang sama radikal di tengah padang SITC dan di situlah berputiknya penubuhan Belia Malaya sebuah gerakan sulit bawah tanah yang menyerupai Jong Java, yang ditubuhkan pada tahun 1930, akhirnya terjelma dalam parti Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.

42

Abdullah Hussein, (1982), “Harun Aminurrashid : Pembangkit Semangat Kebangsaan” KL: DBP hlm 26 Ibid hlm. 32 44 Ibdi hlm. 27 43

16

Selain itu menarik juga disebut di sini selain pelajar yang radikal seperti Ibrahim terdapat mereka yang moderat menganggap Cikgu Harun sebagai sumber inspirasi mereka. Hubungan Harun-Senu ini dapat dilihat daripada surat Senu Abdul Rahman kepada Cikgu Harun yang dikirim dari New York, Amerika Syarikat pada tahun 1954: “...masakan dapat saya melupakan segala jasa pengajaran dan pimpinan cikgu. Biarlah saya berterus terang mengaku di sini iaitu dengan tidak daripada penggalakan dan pimpinan cikgu saya tetap sahaja akan turut tenggelam dalam lubuk kebodohan, kebingungan dan kebantahan terutama sekali dalam soal keinsafan atas nasib bangsa dan tanah air kita yang dicintai”45 Daripada rakaman di atas tidak syak lagi kaum guru Melayu lulusan SITC, baik yang radikal seperti Cikgu Ibrahim Yaakob atau yang moderat seperti Senu Abdul Rahman, telah menerima indoktrinasi dan dipengaruhi oleh Cikgu Harun Aminurrashid. Pengaruh politik atau indoktrinasi politik ini diwarisi dari zaman ke zaman; dari zaman Cikgu Hadi (1922-1929), kepada zaman Cikgu Harun (1927-1939), Cikgu Buyong Adil (1927-46) dan Cikgu Ahmad Bakhtiar (1922 – 1954). Semangat nasionalisme Cikgu Abdul Hadi bukan sahaja disebar di kalangan pelajar beliau tetapi turut diwarisi oleh dua orang anaknya Datuk Rastam Hadi dan Hasnul Hadi. Datuk Rustam seperti bapanya lulus cemerlang dalam bidang ilmu hisab di Universiti Malaya dan menyertai skim PTD. Beliau pernah bertugas sebagai Timbalan KSU Kementerian Pertahanan, Timbalan Gabenor Bank Negara dan pelopor penubuhan Bank Simpanan Nasional dan PETRONAS.46 Beliau meletakkan jawatan di PETRONAS kerana tidak bersetuju dana PETRONAS disalahgunakan untuk kepentingan politik. Hasnul Hadi merupakan pemimpin politik radikal kiri di Melaka. Mana lagi kuah tertumpah kalau tidak ke nasi? 47 Kegiatan subversif Cikgu Abdul Hadi tidak terlepas daripada pemantauan Inggeris, maka itu beliau diasingkan ke Kelantan pada tahun 1929. Inggeris kemudian memberi perhatian kepada pensyarah dan guru yang radikal dan agresif seperti Cikgu Buyong, Cikgu Harun, Cikgu Ahmad Bakhtiar dan Za’ba. “Syarahan dan tulisan-tulisan Harun bukannya berlalu begitu sahaja tanpa ada perhatian dari pihak yang berwajib. Kalau Harun, Ahmad Bakhtiar dan Za’ba bersyarah biasanya ada dalam kumpulan pendengar itu orang-orang Special Branch, kerana bahan yang selalu diucapkan mereka, terutama cikgu Harun, ialah tentang semangat kebangsaan”.48 Walaupun dilakukan secara sulit namun kegiatan subversif bawah tanah ini tidak lepas dari intipan pihak berkuasa kolonial, seperti kata H. R. Cheeseman (bekas guru SITC yang kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Vernakular Melayu sebelum merdeka) kepada Cikgu Buyong Adil selepas Perang Pasifik;

45

Ibid hlm 389 Datin Rogayah Eusoff, Dato Rastan Abdul Hadi dalam Jurnal Biografi Malaysia, Disember 2005 47 Ramai anak guru-guru SITC yang meneruskan perjuangan politik ayah mereka seperti Dato Fauzi Rahman (anak Dato Rahman Talib), Dato Saufi Razak (anak Dato Razak Husin), Dato Kamalia Ibrahim (anak Senator Dato Ibrahim Abdullah, Perak), Dato Malik Hanafiah (anak cikgu Hanafiah di Taiping), Dato Azihini bte Ali (anak Dato Ali Ahmad Perlis), Tamrin Ghafar (anak Tun Ghafar Baba), Salehudin Hashim anak Hashim Gera. 48 Abdullah Hussein, (1982), “Harun Aminurrashid : Pembangkit Semangat Kebangsaan hlm. 29 46

17

"Oh, jangan cakap pasal Harun (Aminurrashid). Saya tahu awak berdua tidak mengajar sejarah semata-mata.”49 Pada tahun 1939 menjelang Perang Pasifik berlaku ‘pembersihan’ di SITC di mana Cikgu Harun ditukarkan ke Brunei, Za’ba ke Singapura dan Cikgu Othman Syawal ke Melaka. Dalam majlis perpisahan diberitakan pelajar-pelajar SITC telah mengarak Cikgu Harun sekeling kampus dan kemudian mengadakan rapat umum di mana Cikgu Harun telah memberi ucapan yang cukup bersemangat, diakhiri dengan kata-kata berikut: “…kita sekalian orang muda Melayu, mestilah sedar bergerak maju... kalau kita lambat merebut tempat kita, kita akan rosak, nama Melayu habis binasa! Ingat! ingat! kaumku sekalian.......!” Bukan semua guru yang mengajar di SITC simpati kepada gerakan nasionalisme di SITC, ada sebilangan yang patuh mengikut arahan dan telunjuk Inggeris, malah ada juga yang bertindak sebagai mata dan telinga Inggeris. Dalam memoirnya “Penitianku” Cikgu Tun Ghafar Baba menceritakan seorang guru di maktab yang menjadi batu api, menghasut Pengetua supaya membuangnya dari SITC kerana terlibat dalam gerakan nasionalisme tetapi tidak berjaya kerana ironinya Pengetua sendiri orang Inggeris melihat potensi kepimpinan Ghafar. “Cikgu Yusoff Ahmad50 menjadi pembantu pengetua di SITC. Pengetuanya pada waktu itu memanglah orang Inggeris, Mr Whitfield. Cikgu Yusof Ahmad dengan saya tidak sebulu langsung. Beliau tidak suka berpolitik sedangkan saya sebaliknya sangat aktif. Satu ketika dia bercadang hendak membuang saya dari kolej itu, tapi tidak berjaya kerana pengetua sendiri tidak setuju.”51 Selain indoktrinasi poloitik daripada guru-guru yang mengajar di SITC guru-guru pelatih SITC menerima indoktrinasi politik daripada ketua-ketua pelajar dan pelajar-pelajar senior yang lebih dahulu celik politik daripada mereka. Selama tiga tahun di sini, secara rasmi belajar pelbagai ilmu perguruan dan dalam masa yang sama secara tidak rasmi, diberi indoktrinasi politik nasionalisme oleh pensyarah dan pemimpin pelajar seperti Ghafar Baba: “Encik Ghafar, selepas habis membaca buku, membawa mereka ke sebuah bilik dan sambil melukis peta Semenanjung, menceritakan bagaimana Maktab boleh menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat”52 Cukup jelas semangat nasionalisme Melayu ini telah dipupuk oleh guru-guru yang mengajar di SITC, khasnya guru-guru Melayu yang mengajar mata pelajaran Tawarikh atau Sejarah iaitu Cikgu Abdul Hadi Hasan dan Cikgu Buyong Adil dan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu seperti Za’ba dan Cikgu Ahmad Bakhtiar dan guru yang bersemangat seperti Cikgu Harun Aminurrashid dan ketua-ketua pelajar seperti Ibrahim Yaakob dan Ghafar Baba yang menjadi pemimpin pelajar dan pemimpin politik di SITC. 49

Cenderamata 1973, hlm 14. Cenderamata merupakan majalah tahunan yang diterbitkan SITC/MPSI.

50

Cikgu Yusoff Ahmad, adik Pendita Zaba, lulusan MCKK dan meminati sastera Inggeris karangan Shakesphere, Dicken, Bernard Shaw etc.. 51 Ghafar Baba, (2006), Penitianku, KL: Sure Fokus Sdn Bhd. 52 Cenderamata Jubli Emas SITC hlm 64.

18

Mogok Besar SITC 1949 Selama ini gerakan nasionalisme Melayu di SITC bergerak secara sulit (covert underground) tapi pada akhir tahun 1949 berlaku satu protes demonstrasi (walk-out) oleh pelajar yang mendedahkan segala perasaan tidak puas hati yang terpendam selama ini. Potensi Cikgu Ghafar sebagai pemimpin pelajar dapat dilihat dipilih sebagai Ketua Pelajar SITC tahun 1949. Sebenarnya Ghafar telahpun menyertai dan aktif dalam KMM sejak berusia 15 tahun semasa menjadi guru sementara di Melaka sebelum perang dunia kedua. Apabila masuk SITC dalam tahun 1946 Cikgu Ghafar berpeluang mengasah bakat politik dengan menyertai persatuan pelajar, melibatkan diri dengan pertandingan pidato dan banyak membaca buku-buku politik. Melihat kepada bakat kepimpinan beliau, Cikgu Ghafar dilantik sebagai ketua murid Tahun 1 dan Tahun 2.53 Semasa masuk belajar di SITC Cikgu Ghafar sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Sharani. Elaun pelajar sebanyak RM 3.00 adalah tidak mencukupi. Ramai lagi pelajar SITC adalah dari kalangan keluarga susah dan kerana kesusahan itu, Ghafar memperjuangkan isu kenaikan elaun pelajar. Pada 24 Jun 1948 beliau yang ketika itu Ketua Kelas Tahun Dua, menubuhkan satu Jawatankuasa 20 pelajar lain, membuat tuntutan secara rasmi supaya elaun pelajar dinaikkan kepada RM30.00. Cikgu Ghafar telah menghantar surat kepada Pengetua SITC Tuan L. D. Whitfield. Oleh kerana tiada jawapan daripada pihak atasan, bagi menyokong tuntutan ini Ghafar melancarkan satu mogok secara senyap (silent resistence) ala Mahatma Gandhi dengan pelajar disuruh memakai pakaian lama yang koyak-koyak dan memakai terompah kayu ke kelas, bertujuan menggambarkan kesusahan pelajar. Hasilnya, pihak pentadbiran maktab telah bersetuju dan pembayaran dikebelakangkan (backdated) mulai September 1946.54 Gerakan politik pelajar SITC yang dibentuk oleh Ghafar mencapai kemuncak pada Disember 1949 apabila berlaku satu mogok besar sehingga SITC terpaksa ditutup kerana semua pelajarnya memboikot kelas dan balik kampung. Semangat dan keberanian menentang pentadbiran Inggeris sudahpun tersemai dalam kalangan pelajar SITC lama yang kembali menyambung belajar dan juga dalam kalangan pelajar baru seperti Ghafar yang dimatangkan oleh pengalaman zaman perang. Melalui temu bual dengan lebih 50 pelajar SITC di Malaysia, Singapura dan Brunei,55 mereka menyebut bahawa semangat setiakawan dalam kalangan pelajar SITC cukup kuat pada ketika itu, “apabila pelajar Tahun Dua dihalau dari SITC mereka di Tahun Tiga dan Tahun Satu juga angkut barang balik kampung, tak kiralah apa nak jadi”. Mogok 1949 inilah yang mengejutkan Inggeris dan atas desakan UMNO dan GPMS satu jawatankuasa siasatan telah dibentuk yang terdiri antara lain Hakim Wilkinson, Profesor Oppenheim dari Universiti Malaya, Dato’ Onn Jaafar dan Dato’ Hamzah Abdullah. Laporan mogok antara lain mencadangkan dilantik seorang Melayu sebagai Penolong Pengarah Pelajaran, meninggikan kelulusan akademik tenaga pengajar SITC dengan menghantar pengajar SITC melanjutkan pelajaran ke luar negara dan meningkatkan tahap akademik kemasukan pelajar ke SITC.56 Semua cadangan ini secara langsung bermatlamat meningkatkan lagi taraf SITC menjadi sebuah Institut Latihan Guru. Laporan ini juga menjadi asas untuk Inggeris melakukan 53

Zuber Zain, (2008), Wira Negara: Tun Ghafar Baba, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Zuber Zain, (2003), Aspirasi Kebitaraan 80 Tahun SITC-UPSI, Tanjong Malim: Penerbit UPSI 55 Zuber Zain dan Ishak Ismail, (2002-2003), Laporan Kajian Alumni SITC, Institut Peradaban Melayu UPSI 56 Majalah Jubli Emas SITC-MPSI 1922-1972 54

19

beberapa penambahbaikan dalam sistem pelajaran di Tanah Melayu dan meningkatkan kemudahan pelajaran kepada orang Melayu. Penyebaran Nasionalisme Oleh Guru Melayu Dalam Masyarakat Memang benar di SITC guru-guru Melayu ini dilatih secara formal dalam bidang perguruan tetapi dalam masa yang sama mereka juga disemai dengan semangat nasionalisme Melayu. Kesan sampingan yang tidak dijangka oleh penjajah Inggeris ialah apabila mereka lulus dari SITC, mereka balik ke negeri masing-masing dan ditempatkan di sekolah-sekolah Melayu, guru-guru SITC ini bukan sahaja mengajar tetapi secara implisit mereka menjadi front gerakan nasionalisme, mengembangkan fahaman nasionalisme di kelas-kelas dan dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Dr Roff menyatakan: “Guru-guru daripada Maktab Sultan Idris, setelah menyedari sekurang-kurangnya beberapa masalah yang dihadapi oleh orang Melayu, jika tidak pun pasti akan cara-cara yang baik bagi menyelesaikannya, kembali ke kampung mereka masingmasing dengan membawa bukan sahaja azam dan tenaga kerja yang baru, tetapi juga pandangan-pandangan baru tentang hubungan peribadi, sosial dan kemudiannya politik. Sungguhpun pengaruh mereka selalunya terhalang oleh kelembapan tradisionalisme...namun mereka berjasa juga memperkenalkan suatu generasi baru orang Melayu, bukan sahaja pada kesusasteraan Melayu moden, tetapi juga kepada masalah-masalah perubahan sosial yang lebih luas...” 57. Guru Melayu berada dalam satu kedudukan masyarakat yang membolehkan mereka menyumbang bakti di sekolah dan juga dalam masyarakat. Sambil bertugas sebagai guru itu, sebahagian besar daripada mereka bergiat cergas sebagai aktivis masyarakat dan berpeluang mempengaruhi masyarakat dengan fahaman nasionalisme yang diserap semasa menuntut di SITC dahulu. Dalam menceburi gerakan politik guru Melayu seringkali bermula daripada bawah, dilantik sebagai setiausaha cawangan KMM, PKMM, UMNO atau PAS. Sebagai guru mereka diberi tugas setiausaha mengambil minit mesyuarat, menyediakan laporan mesyuarat dan menyimpan fail. Di SITC setiap guru dilatih untuk bersyarah dan menguasai ilmu pidato, malah Pertandingan Pidato sering diadakan antara kelas. Kebolehan pidato ini merupakan aset dalam melonjak guru-guru SITC sebagai pemimpin politik di peringkat cawangan dan negeri. Sebagai pemimpin cawangan dan negeri guru-guru SITC tampil menjadi broker “orang tengah” atau “gurkha” kepada pemimpin politik nasional seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, dalam kempen-kempen politik mereka di seluruh negara. Ini demikian kerana guru-guru SITC mengenali ibu bapa kepada murid-muid mereka serta mengenali hampir semua ketua-ketua masyarakat di mana mereka bertugas, serta mahir selok belok jalan-jalan kampung. Sebagai intelektual masyarakat Melayu ketika itu, di bahu mereka masyarakat Melayu menggantung harapan agar mereka memikul tanggungjawab sosial selaku pemimpin masyarakat di luar masa mengajar sekolah. Merekalah yang diharapkan menjadi pemimpin kecil yang bertindak sebagai “agen atau katalis perubahan” yang memainkan peranan memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu, khususnya di kampung-kampung di luar bandar, yang ramai masih 57

Ibid ms 168

20

buta huruf dan buta politik ketika itu. Walaupun kelulusan akademik guru-guru SITC tidak setinggi mana tetapi bak kata pepatah Melayu “tiada gading, tanduk pun berguna juga” atau “tiada rotan akar pun berguna”. Harapan yang tinggi dari masyarakat setempat kepada guru-guru SITC bukanlah tanpa asas. Sejarah singkat negara kita membuktikan guru-guru SITC memainkan peranan penting dalam masyarakat setempat sebagai pemimpin kecil khasnya di kampung-kampung. SITC telah melatih mereka menjadi pemimpin yang serba boleh (versatile). Mereka tampil dengan sukarela memegang jawatan penting atau dilantik sebagai pemimpin dan AJK dalam setiap organisasi sosial, sukan dan keagamaan di tempat masing-masing. Ada yang aktif di lapangan politik, ada yang aktif dalam persatuan belia, ada yang aktif dalam kesenian dan kebudayaan, ada yang aktif di padang bola, ada yang aktif di bidang syarikat kerjasama dan tidak kurang juga yang aktif di masjid dan surau. Sepertimana kata Tan Sri A. Samad Ismail: "Guru-guru Melayu yang saya kenal bukanlah yang berbicara seperti pendeta dan berfikir seperti sarjana. Tapi kaki mereka semuanya terjejak di bumi belaka; semangat mereka, kejujuran mereka kepada cita-cita, dedikasi mereka kepada perjuangan, tak pernah saya ragukan. Kalau mereka tidak pandai mereka sanggup belajar, kalau mereka tidak tahu menulis (berkarya) mereka sanggup belajar dari mereka yang pandai. Mereka gigih belajar dan kegigihan inilah yang menjadi watak mereka." 58 Memang menjadi tradisi SITC melahirkan pemimpin yang gigih dan berani kerana sifat itulah yang mendasari perjuangan kaum guru. Profesion keguruan tidak menjanjikan gaji yang lumayan maupun suasana bilik berhawa dingin. Kegigihan kaum gurulah yang memungkinkan mereka terus hidup (survival factor) dan memberi sumbang bakti di mana jua pun mereka terdampar, termasuk di kawasan hulu yang tiada kemudahan asas. Mereka sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman, melalui jalan tanah merah yang lecah dalam musim hujan dan berdebu semasa musim kering, hanya untuk mencurah bakti kepada masyarakat dalam bidang pendidikan, menabur ilmu pengetahuan kepada anak bangsa, dengan harapan ilmu yang diajar akan memberi manfaat kepada anak bangsa dan menyumbang kepada pembangunan negara. Di atas sifat kegigihan dan ditambah sifat kesabaran dan tanpa jemu-jemu mendidik tanpa mengira warna kulit dan bangsa mungkin memberi keberkatan hidup kepada kaum guru Melayu/Islam dan menyebabkan mereka berjaya dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi.59 Karektor atau watak guru Melayu dijelaskan oleh Cikgu Ahmad Bakhtiar, lulusan Maktab Guru Melaka, yang merupakan guru SITC yang paling lama berkhidmat di maktab ini (1922 – 1956) dan beliau sentiasa memberi perangsang kepada lulusan SITC menjadi pemimpin masyarakat. Beliau menjadi model dan sumber inspirasi kepada guru-guru SITC kerana beliau merupakan guru yang serba boleh (versatile); boleh bersyarah, menulis berkarya, menyanyi, bermain alat muzik (biola dan seksafon), silap mata, dukun dan sebagainya. Cikgu Ahmad Bakhtiar merupakan “grand old man of SITC” dan sebagai guru tua, sering memberi nasihat berguna kepada pelajar. Contohnya, dalam bukunya mengenai ilmu perguruan yang terkenal “Lembaga Guru” beliau menyatakan;

58

Cenderamata Jubli Emas 1973, hlm. 93 Al-Quran, Surah Al-Mujadalah ayat 11 “Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darajat”. Sabda Rasulallah SAW “Di antara halhal yang menyetai amal seseorang yang beriman adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan. (Sunan Ibnu Majah) 59

21

“Mengakulah, guru itu mesti berakal dan berbudi; kerana dengan berakal dan berbudi itulah punca segala amalan yang dikerjakan olehnya, padahal kerja yang baik itu diperbuat bukan untuk mendapat pujian tetapi kerana kewajipan. Kewajipan yang tinggi mutunya diukur oleh guru yang memegang budi dan sopan santun, sering memeriksa dan menasihati dirinya sendiri. Guru yang cerdik merupakan seorang yang lebih tinggi pengetahuan, membukakan rahsia-rahsia ilmu pengetahuan yang dalam-dalam dan kesulitan ilmu pengetahuan yang tinggitinggi.”60 Hasil Nasionalisme SITC – Guru Aktivis Masyarakat Melayu Dalam dekad-dekad perjuangan kemerdekaan guru-guru Melayu cukup berkesan sebagai satu tenaga mobiliti kesedaran sosial. Mereka bertindak sebagai broker politik dan peneraju bahasa dan budaya dalam usaha merubah masyarakat dan melakar masa depan negara yang lebih cerah. Mereka dianggap vanguard iaitu perisai dan pelopor dalam membangkit kesedaran kebangsaan dalam kalangan lapisan bawahan masyarakat Melayu.61 Sebelum Perang golongan nasionalis guru Melayu ini lebih cenderung kepada perjuangan politik radikal kiri kerana seperti disebutkan di SITC mereka terpengaruh dengan perjuangan revolusioner PNI Indonesia. Selaku aktivis politik kiri mereka berusaha merubah pandangan politik orang Melayu, dari masyarakat yang pasif tunduk dan taat membuta tuli (subservient) kepada British dan sistem tradisional feodal kepada suatu masyarakat moden yang progresif, radikal dan berani menentang arus. Inilah ideologi radikal kiri KMM. Menurut Roff; “KMM melambangkan semangat anti-kolonial yang kuat serta penentangan terhadap pimpinan burjuis-feudalis yang dipegang golongan atasan yang tradisional. Cara berfikir dan aktiviti anggota kumpulan ini kuat dipengaruhi oleh sayap kiri, terutamanya yang terdapat dalam gerakan kebangsaan Indonesia.” 62 Selain bekas pelajar radikal SITC yang menjadi rakan seperjuangan Cikgu Ibrahim, KMM mengumpul juga aktivis bekas pemimpin pelajar yang kiri dari beberapa maktab lain seperti Mustapha Husin, bekas pemimpin pelajar Kolej Pertanian Serdang, Onan Haji Siraj, bekas pemimpin pelajar Kolej Teknik, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) bekas pelajar MCKK dan Haji Othman Abdullah, bekas pelajar Al-Azhar. Walaupan berbeda latar belakang meraka berkongsi satu semangat nasionalisme - kebencian yang teramat sangat kepada penjajah Inggeris. Cikgu Ibrahim sanggup melepaskan jawatan sebagai guru bahasa di Maktab Polis Jalan Gurney pada tahun 1936 semata-mata kerana ingin bebas menjadi pengarang akhbar Majlis yang berpusat di Kuala Lumpur. Sebagai Pengarang Majlis sebuah akhbar nasional yang agak terpengaruh ketika itu, Ibrahim menulis banyak rencana yang anti-British. Perisik British yang memantau setiap edisi akhbar itu telah memberi tekanan kepada pemilik Majlis yang akhirnya memberhentikan Ibrahim pada tahun 1939. Semasa berkelana inilah beliau menjelajah ke seluruh Tanah Melayu dan kemudian terhasil buku pertama beliau yang cukup kritikal bertajuk Melihat Tanah Air. Semangat nasionalis seringkali timbul apabila melihat kedaifan bangsa sendiri khasnya dari segi ekonomi.

60

Ahmad Bakhtiar, 1954, Lembaga Guru, Kuala Pilah: Malay Press, hlm. 66 Firdaus Hj Abdullah, (1985), Kepimpinan Melayu – Satu Rakaman Kewartawanan, KL: Fajar Bakti hlm 167 62 W. Roff, (1974), The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 244 61

22

‘…Orang-orang Melayu menjadi bangsa yang tersingkir di luar bandar dan tidak ramai di daerah perniagaan di tanah airnya sendiri. Hal inilah yang menimbulkan kesedihan hati saya melihat tanah air saya dan bangsa saya yang menjadi bangsa yang ditakluk dikuasai orang asing. Menjadi bangsa yang miskin tenggelam di dalam kekayaan tanah airnya sendiri. Tak ubah seperti ayam mati kelaparan di kepok padi.’ 63 Kenyataan yang sama “ayam mati kelaparan di kepuk padi” dan ditambah “itek di air mati kehausan, anak di rumah mati kelaparan, dagang lalu diberi makan” pernah diungkapkan oleh Cikgu Aminuddin Baki yang pernah menjadi pensyarah Master of Method di SITC pada 1953 hingga 1956. Sebagai pemimpin Melayu yang terkenal tinggi semangat nasionalismenya semasa di SITC beliau telah mempengaruhi guru-guru pelatih seperti Awang Had Salleh, Noordin Mahmud, Sidek Saniff dan Sanusi Osman. Mereka sering dijemput untuk minum petang di rumahnya sambil membincang isu-isu orang Melayu.64 Cikgu Ibrahim melihat cara bagi mengatasi kemunduran orang Melayu ialah dengan menyatukan Negeri Melayu di Semenanjung dan bergabung dengan Indonesia dalam gagasan Indonesia Raya (Melayu Raya). Inilah dasar yang dibawa oleh nasionalis kiri dan KMM. Beliau mengkritik Raja-Raja Melayu yang mempertahankan status quo yang memecahkan dan melemahkan orang Melayu. ‘...Semenanjung Tanah Melayu ini terbagi kepada beberapa puak yang bernegeri dan berlawanan di antaranya sendiri, maka pada masa ini mulailah datang cita-cita hendak bersekutu semula. Bukanlah sahaja di antara umat-umat Melayu 2 juta di Tanah Melayu ini, tetapi dengan umat (rumpun) Melayu di Indonesia seramai 65 juta itu. Mereka ingin hendak bersatu berkerjasama menggerakkan ikatan kebangsaan bersama menuju Indonesia Raya. Tetapi hari ini hanyalah satu perasaan sahaja baru dan sebahagian ramai dari pihak kaum pertuanan atau darah Raja-Raja yang masih memegang teguh dengan perasaan lamanya dan sangatlah menentang perasaan-perasaan baru hendak mempersatukan uman (rumpun) Melayu semuanya itu’.65 Semangat radikal ini melihatkan Ibrahim dan KMM sanggup menjadi sayap intelegen bertindak sebagai pengintip kepada Fujiwara Kikan sayap inteligen tentera Jepun, menerima modal Jepun untuk membeli surat khabar Warta Malaya di Singapura dan akhbar ini dijadilkan alat propaganda Jepun. Akibatnya beliau ditahan oleh British di bawah Undang-Undang Pertahanan dan dipenjarakan di Changi pada tahun 1941, sehinggalah dibebaskan oleh Tentera Jepun pada bulan Februari 1942. Ibrahim diberi tugas memimpin Malai Shinbun, kemudian memimpin pasukan para militeri “Giyugun” dengan pangkat Leftenen Kolonel. Namun Ibrahim tetap mahu memperjuang cita-cita Indonesia/Melayu Raya, maka ditubuh Pembela Tanah Air (PETA) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Seperti yang termaklum kekalahan Tentera Jepun pada Ogos 1945 secara langsung menamatkan riwayat KMM, Giyugun dan KRIS. Ibrahim yang kini menjadi musuh perang Inggeris dan Orang Paling Dikehendaki (persona non grata), terpaksa melarikan diri ke Indonesia dan berjuang di sana.

63

http://www.othermalaysia.org/. Sebuah blog yang dikendalikan oleh Dr Farish Noor, Felo di Nanyang Universiti Singapura. 64 Temuramah penulis dengan mereka semua mendedahkan cikgu Aminuddin sering menyebut betapa guru-guru SITC perlu mempersiapkan diri dalam bidang pelajaran dan siasah untuk menjadi pemimpin orang Melayu. 65 Ibid.

23

Semasa di Indonesia Ibrahim meneruskan kegiatan radikal kiri dan dikatakan menjadi alat propaganda Sukarno yang dipengaruhi Parti Komunis Indonesia. Beliau telah menerbitkan sebuah buku Sedjarah Dan Perdjuangan di Malaya’ (1948) yang mengungkap kembali kritikan dasar-dasar ekonomi Inggeris di Malaya sepertimana yang pernah ditulisnya dalam Melihat Tanah Air (1940). ‘...Maka dengan perbuatan2 Inggeris mendjalankan dasar ekonomi jang tjurang terhadap orang Melayu, dengan sendiri-nja ekonomi Melayu mendjadi terlalu lemah; dan keadaan jang njata sekarang kekuatan ekonomi di-Malaya di-pegang oleh pemodal2 Inggeris, dengan sebahagian ketjil di-pegang oleh pemodal2 ketjil China dan India, mereka mendjadi agent Kapitalis besar buat membongkar kekayaan Malaya. Hal-hal ini memang diatur oleh Inggeris untuk kepentingan politik ekonomi pendjadjahannja: iaitu orang Melayu pura-pura dipertahankan (di-naungi) hak politik-nja sebagai anak negeri tetapi di-lemahkan di-dalam ekonomi-nja, dan orang asing jang di-datangkan di-Malaya, di-bebaskan didalam ekonomi, jang mana pada hakekat-nja Inggeris telah merampas Malaya dan hak bangsa Melayu dengan segala rupa tipu muslihat-nja jang sangat litjak dan litjin.’66 Pandangan Ibrahim cukup tajam, menyingkap dasar tersirat ekonomi Inggeris yang memeras khazanah Tanah Melayu. Komen keras sebegini tidak mungkin dapat dilakukan jika beliau berada di Malaya, malah besar kemungkinan beliau telahpun dihukum mati kerana menjadi talibarut Jepun menentang Inggeris. Apa pun yang dilakukan oleh Ibrahim di Indonesia hanyalah sia-sia kerana beliau telah terasing dari politik arus perdana Tanah Melayu. Memakai nama Dr Iskandar Kamel beliau dilantik sebagai pengerusi Bank Perwira dan apabila meninggal dunia beliau disemadikan di Perkuburan Pahlawan Nasional Kalibata, Jakarta. Semangat dan keberanian guru-guru Melayu memuncak selepas Perang Dunia Kedua, seperti yang diungkapkan oleh Tan Sri Samad Ismail: “Dan ramai yang menjadi korban penjajah kerana perjuangan mereka. Tak usahlah saya sebutkan satu demi satu tetapi percayalah bahawa bangsa Melayu sekarang yang sudah merdeka dan berdaulat, banyak terhutang budi kepada kaum guru. Dan manakala kita berkata bahawa kita berhutang budi kepada guru-guru Melayu maka bererti juga kita mengakui jasa pusat pengajian yang melahirkan mereka iaitu SITC.”67 Selepas perang dan pembubaran KMM perjuangan nasionalis kiri Melayu muncul semula dengan nama baru Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Mokhtaruddin Lasso, Baharuddin Al-Helmi dan Ahmad Boestamam. Pada mulanya PKMM terlibat sama dalam Kongres Melayu 1946 yang melahirkan UMNO tetapi mana mungkin golongan radikal kiri dapat duduk serumah dengan golongan kanan yang tradisional, konservatif dan feudal, akhirnya PKMM bertindak keluar daripada UMNO pada persidangan kedua UMNO di Ipoh pada 30 Jun 1946.68

66

Ibid. Tan Sri Samad Ismail dalam Cenderamata Jubli Emas, 1973: hlm. 93 68 Ibrahim Mahmood, (1981), Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, KL, Pustaka Antara. 67

24

Sebilangan pelajar seperti Ghafar Baba menjadi aktivis PKMM dan ramai pelajar SITC ketika itu menjadi simpatisan PKMM. Kadang-kadang mereka berpeluang bertemu dengan tokoh-tokoh radikal PKMM seperti Dr Baharuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam yang berasal dari Ulu Slim yang tidak jauh dari Tanjong Malim. Salah seorang bekas pelajar SITC yang pernah ditemuramah memberitahu beberapa orang aktivis PKMM yang itu masih belajar di SITC telah menyertai program-program politik yang dianjurkan oleh PKMM cawangan Tanjong Malim. Malah ada juga sebilangan mereka yang menyertai latihan tentera di sebuah kem PKMM di Hulu Bernam tetapi perkara ini menjadi rahsia.69 Selepas keluar daripada UMNO itu riwayat parti radikal kiri ini pun tidak lama, diharamkan oleh British menjelang pengisytiharan Dharurat 1948 dan ramai pemimpin PKMM ditangkap di bawah Akta Dharurat. Selepas itu perjuangan nasionalis kiri mula layu dan satu ketika pernah dipimpin oleh Dr Sanusi Osman, lulusan MPSI. Ramai juga aktivis yang radikal ketika belajar di SITC tetapi apabila mereka lulus dan keluar mengajar mereka telah menyertai arus perjuangan perdana dalam UMNO. 70 Cikgu Ghafar Baba misalnya beliau sejak umur 15 tahun telah menyertai KMM di Melaka. Di SITCpun beliau aktif dalam PKMM kerana KMM telah diharamkan. Apabila beliau lulus SITC dalam tahun 1949 dan balik mengajar di Melaka beliau tidak menyertai UMNO kerana beliau tidak melihat kesungguhan Dato’ Onn untuk menuntut kemerdekaan. Cuma apabila Tunku mengambilalih kepimpinan UMNO pada tahun 1951 baharulah beliau dan rakan-rakan yang radikal dari PKMM yang diharamkan menyertai UMNO kerana Tunku jelas menyatakan akan berjuang menuntut kemerdekaan dan slogan yang dipakai Dato’ Onn ‘Hidop Melayu’ ditukarkan kepada ‘Merdeka’.71 Dengan bertambah guru-guru Melayu menyokong UMNO dan membina kekuatan nasionalis kanan dalam UMNO lama kelamaan sokongan orang Melayu kepada perjuangan kiri sosialis yang berkiblatkan Indonesia kian pudar, sehingga kini diambil alih oleh parti radikal kiri PAS. (Polimik dan perbedaan tafsiran Nasionalisme Melayu antara UMNO dan PAS – Lampiran 2) Era kegemilangan kepimpinan guru Melayu mungkin sekitar 1950-an hingga 1970-an, yang mana lepasan SITC mendominasi kepimpinan politik di peringkat daerah, negeri dan nasional (rujuk Lampiran 3). Antara tokoh Anak Kandung yang terlibat dalam politik UMNO dan dilantik dalam kabinet kerajaan Malaysia ialah Cikgu Dato’ (Dr.) Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran), Cikgu Dato’ Senu Abdul Rahman (Menteri Penerangan dan Duta), Tun Ghafar Baba (Menteri Luar Bandar dan Timbalan Perdana Menteri). Sebelum itu Encik Ghafar pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka (1959-67), kemudian Cikgu Abdul Ghani Ali, sementara Cikgu Jaafar Hassan dan Cikgu Ali Hj Ahmad pernah menjadi Menteri Besar Perlis. Kepimpinan guru Melayu berada di puncak apabila Encik Ghafar Baba dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1987. Beliau memegang jawatan nombor dua negara itu selama 6 tahun hingga tahun 1993 apabila beliau terpaksa melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti UMNO kerana dikalahkan oleh Pasukan Wawasan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi menghargai jasa besar Encik Ghafar kepada negara pada tahun 1995 beliau telah 69

Sesi kajian dan temu ramah bekas pelajar SITC berlangsung pada 2003-2004. Antara guru SITC yang tersenarai sebagai wakil dalam Kongres Melayu 1946 ialah Senu dan Hamid Abdullah (Keatuan Melayu Kedah); Yusof Harun dan Jaafar Alang (Kesatuan Melayu Melaka); Rahman Talib dan Razak Hussein (Pahang); Hashim Awang (Penang); Mohd Yassin Makmor dan Md Nur Jamlus (Selangor) 71 Zuber Zain, (2008), Wira Negara: Tun Ghafar Baba, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 70

25

dianugerahi Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Beliau juga pernah menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dari USM (1985), UiTM (2000) dan UPSI (2001). Sebagai maktab yang pernah melatih guru Melayu serantau dari Singapura dan Brunei, beberapa orang Anak Kandung dari Singapura turut terlibat dalam bidang politik, antaranya Cikgu Harun Aminurrashid, Cikgu Sidek Saniff (pernah menjadi Menteri Negara Bagi Pelajaran Singapura) dan Cikgu Harun Ghani (pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri). Di Negara Brunei pula lulusan SITC memainkan peranan penting seperti Cikgu Datuk Marsal Maun dan Cikgu Datuk Pengiran Yusof Rahim (Yura Halim) pernah dilantik Menteri Besar Brunei sementara Datuk Pengiran Mokmin dilantik Setiausaha Sulit Sultan Brunei. Cikgu Pehin Jamil pernah meneraju Dewan Bahasa Brunei dan kini Pengarah Pusat Sejarah Brunei, Cikgu Datuk Ahmad Kadi juga pernah memimpin DBP Brunei, Datuk Pengiran Hidup pernah menjadi Penguasa Penjara dan Datuk Hamdani Abdul Rahman dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Brunei. Pengiran Setia Negara Cikgu Pengiran Yusof Rahim yang mendapat inspirasi dan dorongan daripada Cikgu Harun ketika beliau menjadi Penguasa Pelajaran Brunei (1939-42)72, seringkali disebut sebagai pejuang nasionalis Brunei kerana peranan beliau menubuhkan Barisan Pemuda Brunei (BARIP) yang menjadi organisasi politik awal yang menentang kembalinya penjajah Inggeris ke Brunei selepas Perang Dunia Kedua. Beliau juga terlibat dalam rundingan kemerdekaan Brunei dengan British yang terjelma dalam Perlembagaan Brunei 1959 di mana Brunei menuntut pemerintahan sendiri dengan lantikan Menteri Besar Brunei. 73 Selaku Timbalan Ketua Setiusaha Negara merangkap Menteri Penerangan Brunei, beliau terlibat dalam perundingan penubuhan Malaysia di London pada 9 Julai 1963 dan antara mereka yang menentang Brunei menyertai gagasan Malaysia. Beliau berpendapat “amalan demokrasi berlandaskan undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Rakyat boleh berubah-rubah dengan kehendak suara banyak dan tidak mustahil satu masa nanti kedaulatan negara dan kesultanan Brunei juga akan tergugat jika menyertai Malaysia”. Menurut beliau Brunei membuat keputusan untuk tidak menyertai Malaysia bukan kerana alasan remeh yang sering disebut bahawa Sultan Brunei hendak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan ditolak Tunku tetapi dengan alasan yang lebih kukuh, logik, munasabah dan berfikiran jauh ke hadapan demi menjaga dan menjamin kedaulatan Melayu Islam Beraja Brunei. 74 Selain bertanggungjawab melahirkan ramai nasionalis politik guru Melayu SITC/MPSI juga telah melahirkan sejumlah nasionalis budaya yang bertanggungjawab menjadi benteng daripada penjajahan budaya dan minda asing dengan usaha memartabatkan bahasa, sastera dan budaya Melayu. SITC telah melahirkan sasterawan dan karyawan nasionalis yang amat produktif dan prolifik sejak tahun 1920-an hingga sekarang. Mereka mengarang dalam semua genre: novel, cerpen, puisi, sajak, drama dan juga esei kritikan. Golongan yang berbakat ini mengguna pentas sastera kreatif untuk mengembangkan fahaman nasionalis jati diri Melayu di kalangan pembaca yang majoritinya orang Melayu.

72

Temu ramah di kediaman beliau Seri Kandang di Tutong, Brunei. Yura Halim, (2002), Ririsej Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 74 Temu ramah penulis dengan PSJ Pengiran Yusof Rahim di kediaman rasmi Seri Kandang Tutung Brunei pada 2002. Projek menjejaki 25 orang Anak Kandung di Brunei dan Singapura dibiayai oleh geran penyelidikan Institut Peradaban Melayu (IPM) UPSI. Rakaman video ini disimpan di perpustakaan UPSI. 73

26

Senarai sasterawan yang menggilap bakat di SITC termasuklah Cikgu Ahmad Abdullah (Ahmad Bakhtiar) yang menghasilkan 45 buah buku, Cikgu Harun Aminurrashid (lebih 30 buku), Cikgu Mohammad Yassin Maamur (Punggok) pengarang Majalah Guru dan pelopor puisi Melayu moden, Cikgu Abdullah Sidek (cerpen dan novel), Cikgu Shaharom Hussein (sastera klasik, drama), Cikgu Maarof Mahmud (buku kanak-kanak) dan ramai lagi (sila rujuk Lampiran 4). Keunggulan sasterawan kelahiran SITC ini terbukti apabila hingga kini lebih 10 orang dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah menerima anugerah berprestij SEA Write Award. Tema atau isu yang sering kali dikaryakan ialah kesan negatif penjajahan, kemunduran bangsa dari semua segi, perjuangan menuntut kemerdekaan dan betapa orang Melayu perlu berubah sikap.75 Anak kandung yang muncul sebagai pengarang dan editor majalah dan akhbar seperti Cikgu Ibrahim Hj Yaakub (akhbar Majlis, Warta Malaya dan Malai Shinbun), Cikgu Harun Aminurrashid (Hiboran), Cikgu Mohd Yassin Maamur (Majalah Guru), Cikgu Datuk Md Noor Yusof @ Nor Azam (Dewan Masyarakat), Cikgu Dr. Kemala (Dewan Sastera), Cikgu Hj. Saleh Daud (Dewan Pelajar) dan Cikgu Ibrahim Saad (Berita Harian). MPSI juga melahirkan pengkritik sastera berbakat seperti Cikgu Dr Othman Puteh, Cikgu Dr Rahman Shaari, Cikgu Dr Hashim Awang, Cikgu Napie Mat dan Cikgu Rubaidin Siwar. Atas semangat memartabatkan bahasa Melayu bekas pelajar maktab SITC sebelum perang Cikgu Mansor Sanusi telah mempelopori penerbitan buku-buku teks dan buku bacaan umum melalui Penerbit Sinaran Brothers di Pulau Pinang, khususnya menerbit buku-buku pelajaran bahasa Melayu di awal tahun 1950-an. Ketika itu DBP baru dilahirkan masih belum mantap lagi. Sumbangan besar Anak Kandung dalam bidang bahasa dan budaya terakam dalam ASAS 50 yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di rumah Cikgu Ariff di Anderson Road Singapura. Matlamat ASAS 50 ialah menggunakan bahasa dan kesusteraan Melayu sebagai alat untuk memajukan fikiran rakyat. ASAS 50 telah mencetuskan Lembaga Bahasa Melayu (LBM) digerakkan oleh Cikgu Harun Aminurrashid, Cikgu Mahmud Ahmad dan Cikgu Buyong Adil. LBM ditubuhkan pada 20 Oktober 1950 yang bertanggungjawab menganjurkan beberapa siri Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Kongres yang pertama berlangsung pada 12-13 April 1952 mendesak Bahasa Melayu diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan, Kongres Kedua pada 1954 di Seremban mengiktiraf tulisan rumi sebagai tulisan bahasa Melayu. Kongres Ketiga Bahasa Melayu pada 1956 di Singapura/Johor Baharu merupakan kongres yang cukup penting meluluskan usul supaya Kerajaan menaik taraf Balai Pustaka sebuah unit buku di Kementerian Pelajaran sebagai satu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang bahasa dan penerbitan buku bahasa Melayu. Cadangan Kongres ini akhirnya dilaksanakan oleh Kerajaan dengan tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Johor Bahru pada tahun 1956 yang diketuai Ungku Abdul Aziz. DBP berpindah ke Kuala Lumpur setelah merdeka pada tahun 1957 dan Akta DBP diluluskan pada tahun 1959 menjadi sebuah agensi kerajaan yang antara lain bertanggungjawab dalam bidang bahasa dan penerbitan buku bahasa Melayu, sepertimana yang dituntut dalam Kongres Bahasa di Johor Bahru dahulu.76 Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan penubuhan DBP sebagai jentera pelaksana merupakan kemuncak dalam perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu oleh guruguru Melayu khasnya guru-guru Melayu nasionalis dari SITC. Kongres Ketiga juga signifikan dek kerana penganugerahan gelaran Pendita kepada Tuan Za’ba sebagai mengenang jasanya yang cukup besar dalam memperkemas ejaan, nahu dan pengajian bahasa Melayu. 75 76

Kompilasi sajak Anak Kandung selama 80 tahun SITC-UPSI terdapat dalam buku Balada Suluh Budiman. Jumaat Mohd Noor, Dari PBPBM Hingga DBP, hlm. 15-16.

27

Pada tahun 1957 pula berlangsung Kongres Kebudayaan Melayu pertama di Melaka yang diusahakan oleh Haji Yusof Harun, cikgu SITC yang memimpin Persatuan Persuratan Melayu Melaka. Di Pahang wujud Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang merupakan badan memperjuangkan bahasa dan sastera yang turut dipelopori oleh anak-anak kandung Suluh Budiman, antaranya, Cikgu Mohd. Taib Akil, Cikgu Syed Ahmad Abdullah (Sahmad Malaya), Cikgu Abdul Rahman Mohammad (Arman Sani), Cikgu Hassan Abu Bakar, Cikgu Abdul Ghani Ali, Cikgu Mohd. Ali Shariff bersama-sama tokoh sastera yang lain seperti Ishak Hj Muhamad (Pak Sako), Kamaluddin Ahmad (Keris Mas), Abdul Karim Abdullah (Bung Karim) dan Asni. Anggota DPMP turut mewarnai perjuangan bahasa dan sastera bersama-sama ASAS 50, termasuk menjayakan siri-siri Kongres Bahasa Melayu dan Kongres Kebudayaan Melayu yang bersejarah itu. Anak Kandung berjasa besar dalam memperjuang dan mempertabatkan sistem pelajaran kebangsaan yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Selepas negara merdeka dasar dan sistem pelajaran telah bertukar daripada bentuk penjajah atau berkiblat ke China dan India kepada bentuk baru berjiwa tempatan melalui Penyata Razak (1956) yang menjadi Ordinan Pelajaran 1957 di mana semua jenis sekolah dimestikan mengguna satu sukatan pelajaran yang sama. Walaupun perjuangan nasionalis bahasa tercapai dengan terkanun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan namun Kerajaan di bawah kepimpinan YTM Tunku Abdul Rahman tidak tegas dalam segi pelaksanaan dasar ini khusunya mengenai status sekolah menengah Melayu yang masih terumbang ambing. Maka itu pada tahun 1958 Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) yang diasas dan dipimpin oleh Anak Kandung Cikgu Datuk Mohamad Noor Ahmad pada 13 April 1946 dengan tegas telah memberi kata dua kepada YTM Tunku supaya melaksanakan janji UMNO berkenaan mewujudkan sekolah menengah Melayu menjelang pilihan raya 1959 atau ahli-ahli KPGMS yang aktif dalam UMNO akan keluar parti beramairamai. Ugutan guru Melayu ini mungkin sedikit sebanyak mendorong Dato’ Abdul Rahman Talib (1919-1968) seorang guru dan Nazir Sekolah lulusan SITC dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebelum itu beliau sebagai ahli parlimen Kuantan telah dipilih menyertai kabinet Tunku tahun 1955 sebagai Menteri Muda Perdagangan. Apabila Abdul Rahman Talib dilantik ke jawatan Menteri Pelajaran beliaulah yang bertanggungjawab memperkemaskan Penyata Razak menjadi Penyata Rahman Talib (1960) dan diperundangkan menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara agenda Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara dengan menukar bahasa penghantar Inggeris dengan bahasa Melayu di sekolah rendah, peperiksaan umum dijalankan dalam bahasa Melayu dan wajib lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).77 Selain berperanan dalam memperkenalkan sistem pelajaran sekolah menengah kebangsaan aliran Melayu Dato Abdul Rahman Talib juga berjasa mengkanunkan ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Hasrat untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam seluruh sistem pelajaran dan tuntutan sebuah Universiti Melayu sentiasa diperjuangkan oleh nasionalis Melayu khasnya guru-guru Melayu SITC. Atas desakan KPGMS kerajaan Inggeris telah bersetuju menubuhkan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya Singapura pada tahun 1948 dan Tuan Za’ba dilantik

77

Awang Sariyan, (2001), Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia – Pemenuhan Suatu Idealisme, KL DBP

28

untuk mengetuai jabatan tersebut.78 Malah KPGMS telah membuat kutipan derma dan memberi sumbangan dana (endowment fund) untuk jabatan ini, yang bermula sejak dahulu hingga sekarang ini. Tidak puas hati dengan sebuah Jabatan Bahasa Melayu di Universiti Malaya, KPGMS telah mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah Universiti Melayu yang diidam-idamkan oleh nasionalis guru SITC, yang konsepnya terangkum dalam IBU KANDUNG 79 itu. Sebuah Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan Malaysia telah dibentuk yang diketuai Anak Kandung Cikgu Tuan Syed Nasir Ismail (Panglima Bahasa) yang mengetuai DBP dan Cikgu Prof Dr Atan Long.80 Jawatankuasa Penaja UKM telah merangka satu memorandum mendesak kerajaan mendirikan sebuah universiti Melayu dengan kadar segera, bagi tujuan menampung pelajar menengah sekolah aliran Melayu yang bermula pada awal 1960-an itu. Apabila UKM ditubuhkan pada tahun 1970 bermula di Lembah Pantai dan kemudian berpindah ke kampus tetap di Bangi, perjuangan nasionalis guru Melayu sejak zaman berzaman akhirnya telah dimakbulkan Tuhan. Jelaslah kehadiran agak ramai tokoh-tokoh SITC di pentas politik, bahasa, sastera dan budaya nasional dan juga serantau di negara Singapura dan Brunei membuktikan sumbangan penting SITC atau Ibu Kandung menanam semangat nasionalisme dalam kalangan guru Melayu dan seterusnya kepada orang Melayu. Persatuan Suluh Budiman Jika sebelum ini ramai guru-guru lepasan SITC berjuang dalam badan-badan politik, bahasa, sastera dan sosial (kesatuan/union guru), pada tahun 1974 alumni SITC/MPSI mula bergerak dalam nasionalisme pendidikan melalui Konvensyen Pendidikan (KONPEN) yang dianjurkan oleh Persatuan Suluh Budiman (PSB). PSB merupakan persatuan bekas pelajar SITC/MPSI, Sejak 1929 lagi alumni SITC telah mengadakan aktiviti perjumpaan semula (reunion), kemudian pada tahun 1935, tetapi hanya pada perjumpaan tahun 1961 alumni Anak Kandung bersepakat untuk menubuhkan sebuah Persatuan Bekas pelajar MPSI (PBP-MPSI). Persatuan ini didaftarkan pada tahun 1962 (Pendaftaran 1124 Perak) dan dirasmikan oleh Anak Kandung Cikgu Datuk Abdul Rahman Talib, sempena ulangtahun ke-40 penubuhan SITCMPSI.81 Selama 10 tahun di bawah kepimpinan Cikgu Ahmad Wahab dan Cikgu Wahi Long, PBP-MPSI kegiatan persatuan ini lebih tertumpu kepada perjumpaan semula di samping mendesak kerajaan mengekal status MPSI sebagai maktab guru untuk orang Melayu sahaja. Persatuan ini juga terlibat dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu yang hangat sekitar tahun 1960-an itu dan menghantar wakilnya ke mana-mana seminar dan forum bahasa dan sastera. Pada akhir tahun 1960-an sokongan semakin kurang dan akhirnya persatuan ini ditutup pada tahun 1972. Pada tahun 1974 selepas satu majlis konvokesyen pelajar, sekumpulan bekas pelajar bermesyuarat untuk menghidupkan kembali persatuan dengan nama baru – Persatuan Suluh Budiman, mengambil sempena nama dewan besar di MPSI itu. Antara mereka yang terlibat ialah Cikgu Dr Awang Had Salleh, Cikgu Dr Atan Long, Cikgu Helmi Ismail, Cikgu Md 78

Atan Long, (1984), Pendidik dan Pendidikan, Petaling Jaya: Oxford-Fajar Bakti Ibu Kandung merupakan istilah merujuk kepada SITC yang diberikan oleh O.T Dussek, Pengetua pertama SITC (1922-1936). Beliau menyifatkan SITC sebagai sebuah universiti dalam kandungan, menunggu masa untuk dilahirkan apabila cukup sifatnya. Ini berlaku pada tahun 1997 apabila tertubuh UPSI. 80 Mohd Ali Kamaruddin, (1981), Sejarah Penubuhan UKM, Bangi: Penerbit UKM. 81 Junaidah Rashid, 2004, Persatuan Suluh Budiman, Bangi: FSSK UKM, tesis sarjana sastera 79

29

Noor Azam, Cikgu Yusof Maarus, Cikgu Hassan Zahid, Cikgu Hassan Ali, Cikgu Ismail Awang, Cikgu Saleh Daud, Cikgu Wan Mansor Wan Dewa, Cikgu Rahman Salleh, Cikgu Md Noor Long, Cikgu Hanafiah Sudin, Cikgu Kamarudin Husin dan Cikgu Zainuddin Ismail. Merekalah yang menjadi penggerak PSB dalam menganjurkan 13 siri Konvensyen Pendidikan. KONPEN dianjurkan di beberapa buah negeri supaya Anak-Anak Kandung di negeri-negeri tersebut tampil memberi kerjasama dalam menjayakan KONPEN dan berpeluang menghadiri Mesyuarat Agung PSB. KONPEN menjadi wadah utama PSB, guru-guru Melayu dan pakar-pakar pendidikan yang membentang kertas kerja serta semua yang terlibat dalam bidang pendidikan bertemu untuk membincang isu-isu pendidikan semasa dan mencadangkan atau mengkritik perlaksanaan dasar pendidikan. KONPEN pertama dengan tema”Pelajaran atau Pendidikan” berlangsung di DBP Kuala Lumpur pada tahun 1976 dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Dr Mahathir Mohamad. Beliau mengucapkan tahniah kepada PSB kerana mengambil inisiatif membincang hal-hal profesional, dan bukan sekadar mengadakan reunion dan mesyuarat agung saja dan mengharap persatuan-persatuan alumni yang lain dapat mencontohi PSB.82 (Senarai KONPEN, tahun, tempat dan tema-tema di Lampiran 5) Selama hampir 20 tahun berlangsungnya 13 siri KONPEN, buat pertama dalam sejarah pendidikan negara sebuah persatuan alumni dapat menganjurkan persidangan pendidikan yang telah memberi sumbangan besar dalam membantu Kerajaan menjayakan dasar pendidikan dan pelaksanaan 3M, KBSR, KBSM, pengajaran bahasa Melayu di sekolah, menilai kedudukan orang Melayu dalam sistem pelajaran khasnya kedudukan guru-guru Melayu dan banyak lagi isu pendidikan yang dibahaskan secara kritis (passionate) oleh guru-guru SITC/MPSI. Antaranya ialah usaha menaik taraf MPSI kepada sebuah institut, yang pertama kali dilontarkan oleh Dr Awang Had Salleh ketika mengambil alih jawatan Yang Dipertuan PSB pada tahun 1974.83 Semasa KONPEN Ke-8 pada tahun 1983 di MPSI satu resolusi telah diluluskan untuk mendesak kerajaan segera menaik taraf MPSI menjadi Kolej-Universiti dan hasrat ini tercapai pada tahun 1987 apabila MPSI dinaik taraf menjadi sebuah institut IPSI, yang membuka jalan kepada matlamat terakhir sebagai sebuah universiti pendidikan UPSI pada tahun 1997. Namun jasa besar PSB tidak dihargai oleh pentadbir UPSI. Perkara ini disebut Presiden PSB Dato’ Seri Hilmi Ismail yang kesal pelbagai program yang dicadangkan oleh PSB tidak mendapat sokongan UPSI.84 Contohnya KONPEN ke-13 yang berlangsung di Bangunan SUK Ipoh tidak mendapat sokongan UPSI. Sebaliknya dalam Mesyuarat Agung PSB yang berlangsung selepas KONPEN itu, UPSI menghantar tiga bas pelajar dan alumni untuk menjatuhkan Dato’ Seri Hilmi sebagai Presiden PSB. Setelah Dato Seri Hilmi dijatuhkan oleh seorang pensyarah UPSI Dr Ahmad Hashim yang kemudian dilantik sebagai dekan Fakulti Sukan, persatuan ini tidak aktif, jarang bermesyuarat dan dibiarkan ‘hidup segan mati tak mahu’. Akhirnya PSB telah diminta tunjuk sebab mengapa ia tidak boleh dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak menghantar laporan tahunan dan akaun beraudit selama lebih 4 tahun (2004 -2008) .85

82

Md Noor Azam, (1977), Pelajaran atau Pendidikan, KL: Persatuan Suluh Budiman Cenderamata 1974 Dr Awang Had Salleh “Penibuhan sebuah Institut Of Education”. 84 Bayu Budiman Bil 1/2004. Majalah rasmi PSB 85 Maklumat daripada Tuan Haji Ridzuan bekas setiausaha dan Tuan Hj Zamanhuri bekas Bendahari PSB. 83

30

Nasionalisme Melayu di Pentas Nasional Kembali mengupas proses nasionalisme, dalam bukunya “Malay Society – Transformation dan Democratization”,86 Profesor Khoo Kay Kim telah menolak hujah Radin Soenarno dalam eseinya “Nasionalisme Melayu 1900 Hingga 1945”,87 bahawa secara umum bahawa perjuangan nasionalisme orang Melayu boleh dikatagori atau dikompartmenkan kepada tiga fasa-fasa (periodic) yang jelas: fasa agama (1906-1926), fasa sosio-ekonomi (1926-1937) dan fasa politik (1937-1948). Penolakan teori ini oleh Prof Khoo berdasarkan pengamatan beliau bahawa perjuangan orang Melayu bukanlah berbentuk siri atau babak ke babak tetapi lebih bersifat satu proses berterusan yang berjalan seiring (continuous parallel process), dengan satu golongan dan golongan yang lain bersaing dan bekerjasama, bergantung kepada keadaan dan kesesuaian, ada ketikanya pulak berlawan sesama mereka, untuk mendapatkan sokongan massa orang Melayu. Pun begitu berbeza latar belakang, aliran dan kefahaman, seperkara yang mereka golongan nasionalis ini kongsi bersama (common denominator) ialah perasaan cinta yang mendalam kepada tanah air dan sanggup berjuang dan berkorban demi mencapai aspirasi kebebasan politik dan ekonomi daripada kuasa asing. Sebagai jawapan, Prof Khoo mencadangkan beberapa ciri atau kriteria dalam mengklasifikasikan perjuangan nasionalisme Melayu:   

Jenis dan latar belakang kepimpinan yang timbul dari masa ke masa, Gaya dan cara berorganisasi yang dibentuk oleh kepimpinan, Pendekatan yang digunakan dalam menyelesai masalah orang Melayu.

Daripada petunjuk di atas, jelaslah bahawa Prof Khoo adalah seberpendapat dengan Prof Dr William Roff88 dan Dr Firdaus Abdullah,89 walaupun tidaklah bersetuju sepenuhnya, mereka bertiga setidak-tidaknya telah mengenalpasti dan diperakui sumbangan tiga golongan besar yang utama, yang berperanan mempelopori kesedaran politik nasionalisme atau politik kebangsaan di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua; pertamanya golongan reformis Islam, keduanya kaum guru Melayu dan ketiganya golongan elit Melayu yang berpendidikan Inggeris. Dr Roff menyebut: “...tiga golongan berlumba-lumba antara satu sama lain...golongan pembaharuan (reformis) agama yang berpelajaran Arab, intelek radikal yang berpelajaran Melayu dan pentadbir-pentadbir Melayu berpendidikan Inggeris.” (hlm. 235). Nasionalisme atau “perasaan cinta yang mendalam” inilah yang menjadi pendesak, penggerak, pendorong dan penyebab seseorang pejuang itu sanggup menghadapi apa jua kemungkinan yang menghalang cita-citanya untuk berjuang membebaskan negara. Golongan agama nasionalis akan berkata “aku sanggup mati syahid demi agamaku”, golongan intelektual nasionalis akan berkata “aku sanggup menggadai nyawa demi menghalau penjajah yang sengaja 86

Khoo Kay Kim, (1991), “Malay Society – Transformation dan Democratization”, Kelana Jaya: Pelanduk Publications 87 Radin Soenarno, (1960), Malay Nationalism 1900 – 1945, Kuala Lumpur: Journal of Southeast Asian History, 1960, hlm.4. 88 Dr William Roff, The Origin Of Malay Nationalism, 1975, sebuah buku penting otoratatif dalam mengkaji dan mengupas nasionalisme Melayu 89 Dr Firdaus Abdullah, (1985), Radical Malay Politics, PJ: Pelanduk - sebuah buku yang mengkaji asal-usul dan peranan golongan radikal kiri. Golongan radikal kiri seringkali merujuk kepada golongan anti establishment/kerajaan semasa. Semasa penjajahan istilah kiri merujuk kepada golongan yang menentang Kerajaan Inggeris khasnya pelampau agama dan golongan sosialis/komunis.

31

menutup pintu-pintu ilmu pengetahuan, menyekat kemajuan pelajaran bangsaku, supaya mereka tetap kekal bodoh, tidak sedar nasib diri dan senang dijajah” dan golongan elit tradisionalis akan berkata “aku sanggup mati bermandikan darah meneruskan perjuangan keramat datuk nenekku menebus hak kaum pribumi dan demi maruah bangsa”. Kita amat yakin ketiga-tiga tuntutan yang sahih ini mempunyai asas yang cukup kukuh bagi membuktikan keikhlasan perasaan nasionalisme atau kebangsaan masing-masing. Memandangkan nasionalisme secara umumnya berpaksikan tiga lambang taat setia kebangsaan, iaitu: agama, bahasa dan bangsa, kita yakin ketiga-tiga golongan besar ini wujud dalam masyarakat Melayu sejak dahulu, sekarang dan akan datang, berdasarkan hakikat bahawa ketiga-tiga golongan ini memperjuang tiga aspek jati diri dan aspirasi orang Melayu. Prof Dr Awang Had Salleh dalam kertas kerja KONPEN Ke-8 menjelaskan perjuangan menegakkan syiar agama Islam diwakili oleh golongan ulama, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu diperjuangkan golongan guru Melayu dan perjuangan membela nasib bangsa Melayu merupakan perjuangan golongan tradisionalis.” Cuma apa yang berlaku adalah seperti andaian Khoo bahawa berlaku perubahan dan penyesuaian ketiga-tiga golongan tersebut sepanjang zaman, dari segi rupa bentuk, gaya dan cara berorganisasi dan pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan dalam mempengaruhi dan menyelesaikan masalah orang Melayu, sesuai dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu itu sendiri. Oleh itu kita dapati kajian sejarah nasionalisme di Tanah Melayu yang menyeluruh dan holistik akan mendapati gelanggang politik sebelum Perang Dunia Kedua adalah cukup luas dan rencam dan pemain-pemain yang terlibat dalam gerakan nasionalisme Melayu adalah bersifat dinamik, berinteraksi dan berhubung jalin antara satu sama lain (matrix) – ada masanya golongan agama lebih dominan dan mendominasi gelanggang politik, ada ketikanya golongan guru Melayu dan ada masanya golongan elit bangsawan Melayu yang dilabel golongan sekular. Kembali kepada persoalan atau debat mengenai sumbangan tiga golongan besar yang utama, yang berperanan mempelopori kesedaran politik nasionalisme atau politik kebangsaan di Malaya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua; pertamanya golongan reformis Islam, keduanya kaum guru Melayu dan ketiganya golongan elit Melayu yang berpendidikan Inggeris, kertas ini ingin menekankan hakikat bahawa kejayaan perjuangan mencapai kemerdekan negara kita bukan eksklusif kepada mana-mana golongan sebaliknya terdapat cukup banyak bukti dalam lipatan sejarah Tanah Melayu bahawa kesemua pemain, baik yang kanan mahupun yang kiri, mempunyai saham dalam kejayaan ini kerana pemimpin-pemimpin Melayu dalam dalam gelanggang politik merupakan golongan nasionalis sejati kerana kesemua mereka mempamerkan perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yang cukup mendalam. Pendapat ini selaras dengan pandangan Dr Ibrahim Saad bahawa “gerakan nasionalisme digembleng tanpa mengambil perkiraan kelainan yang sedia ada seperti bahasa, agama dan budaya.90 Dakwaan ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, tokoh nasionalis dari golongan tradisional yang cukup terkenal dengan sifatnya yang jujur dan berterus terang dalam memberi pendapat. Tercatat dalam buku memoir beliau dicatatkan cabutan syarahan Tun Ismail ketika menerima Ijazah Doktor Kehormat USM yang pertama pada 9 Jun 1973, tiga bulan sebelum meninggal dunia dan mungkin ini satu wasiat dan penghargaan beliau kepada kesemua pejuang nasionalisme:

90

Dewan Masyarakat, Oktober 1983, hlm. 4

32

“The struggle for independence was in the hands of two groups; one group convinced that independence could only be achieved by revolutionary means, the other that it could be achieved by constitutional means... The British decided to cooperate with the moderate nationalists... But although independence was won by the moderates, history also shows that the radical nationalists also played a role in attaining independence...”91. Golongan-golongan ini tidaklah bersifat eksklusif dan bermusuh satu sama yang lain kerana ada masa dan ketikanya golongan agama dan golongan sosialis bergabung tenaga dengan golongan guru Melayu dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin Cikgu Ibrahim Yaakob, PKMM dan Hizbul Muslimin yang dipimpin golongan ulama. Telah ditakdirkan Tuhan jua bahawa pada satu masa (1946) selepas Perang Dunia Kedua kesemua golongan ini, golongan kanan (Persatuan-Persatuan Melayu Negeri-Negeri), golongan tengah (NGO Melayu termasuk kesatuan guru Melayu)92 dan golongan kiri (PKMM), boleh bersatu dalam satu wadah Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman KL yang melahirkan UMNO, untuk menentang satu musuh bersama (common enemy), yakni Malayan Union, yang matlamatnya amat jelas sekali akan mengancam kelangsungan atau survival orang Melayu, dari segi agamanya, bahasanya dan juga bangsanya. SITC merupakan tapak semaian nasionalisme guru Melayu walaupun dipengaruhi fahaman radikal kiri tetapi selepas keluar daripada pangkuan Ibu Kandung, Anak-Anak Kandung bebas memilih fahaman politik yang sesuai dengan selera dan citarasa mereka sendiri, tidak kira kanan, tengah mahupun kiri. Walaupun ramai tokoh Anak Kandung bergiat dalam parti UMNO seperti Cikgu Tun Syed Nasir dan Cikgu Tun Ghafar Baba, terdapat pula sekelompok yang berjuang di pihak kiri seperti Cikgu Ibrahim Yaakob, Cikgu Hasan Manan, Cikgu Karim Rashid (KMM); Cikgu Hashim Gera (PAS Perak), Cikgu Mohd Fakharuddin Abdullah dan Cikgu Mohd Zain Abdullah (PAS Kelantan), dan Cikgu Dr Sanusi Osman (Parti Sosialis Rakyat Malaya). Dalam apa parti politik pun, dua perkara asas yang dikongsi bersama oleh guru-guru yang pernah mendapat latihan di SITC ialah semangat nasionalisme Melayu yang tinggi dan akronim SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korban Apa Saja). Jika sebelum merdeka perjuangan nasionalisme guru SITC terjurus kepada aktiviti perjuangan politik, selepas negara merdeka nasionalisme guru Melayu MPSI telah kembali dalam bidang pendidikan dan sosial, lebih tertumpu kepada sumbangan untuk memajukan dan memperkukuhkan kedudukan orang Melayu/Islam dalam negaranya, di samping mempertahan syiar agama, adat budaya Melayu dan mempertingkat kemakmuran ekonomi. Ramai Anak Kandung yang tidak terlibat dalam mana-mana parti politik, hanya setia kepada profesyen keguruan di samping aktif dalam persatuan sosial dan NGO. Contohnya Cikgu Dr Awang Had Salleh dengan Persatuan Suluh Budiman yang menganjurkan seminar pendidikan KONPEN; Cikgu Mohammad Ariff Ahmad (MAS), mempelopori penubuhan ASAS 50 di Singapura yang bergiat dalam bahasa dan sastera; Cikgu Harun Aminurrashid dengan Lembaga Bahasa Melayu, Cikgu Mohamad Nor Ahmad terlibat dalam penubuhan union Kesatuan Persatuan Guru Melayu Semenanjung, dan Cikgu Noordin Mahmud dalam Koperasi Guru-Guru Melayu. Beberapa tokoh Anak Kandung terlibat dalam aktiviti sejarah dan permuziuman, yang aktivitinya mengkaji dan mendokumentasi sejarah bagi tujuan memelihara dan memulihara jatidiri bangsa. Antara mereka ialah Cikgu Dato Wan Shamsudin Wan Yusof memimpin 91

Oii Kee Beng, (2007), “The Reluctant Politician”, Singapura: INSEAS, hlm 166

33

Persatuan Sejarah Kedah, Cikgu Haji Said Mohd Radzi memimpin Persatuan Sejarah Selangor dan Cikgu Mohd Noor Long terlibat dengan Persatuan Sejarah Malaysia. Cikgu Yusuf Harun terlibat dengan Muzium Melaka, Cikgu Othman Ali dengan Muzium Terengganu, Cikgu Dato’ Mohd Ali Ngah dengan Muzium Selangor, Cikgu Dato Yaakub Isa dengan Muzium Pahang dan dan Cikgu Salleh Mohd Akib dengan Muzium Kelantan. Demi minat dan semangat berbakti kepada masyarakat masing-masing sanggup bekerja secara sukarela tahun demi tahun. Tidak dilupakan juga kegigihan jasa Anak Kandung dari Johor yang berusaha mempertahan tulisan Jawi warisan Melayu yang semakin pupus, antaranya cikgu Mokhtar Talib (Matlob), bekas pengarang jawi Utusan Melayu. Beliau sering mengadakan bengkel tulisan Jawi kepada murid-murid sekolah dan orang ramai, dengan harapan semoga tulisan Jawi ini terus kekal dan tidak pupus seperti tulisan-tulisan bangsa lain seperti tulisan palava dan sanskrit. Seorang lagi anak Kandung yang terbilang di Johor ialah Cikgu Shahrom Hussein yang sepanjang hayatnya berbakti dalam bidang perguruan dan penulisan. Cikgu Shahrom pernah menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan (1984) dan Anugerah Tokoh Budaya Johor (1995) sementara Cikgu Mokhtar Talib pernah menerima Tokoh Guru Kebangsaan ((1999), Tokoh Budaya Johor (1996) dan terkini beliau dianugerahi Tokoh Sasterawan Johor (2009). Selama lebih 80 tahun kewujudannya Ibu Kandung telah melahirkan lebih 20 tokoh guru yang dianugerahi Tokoh Guru Kebangsaan (rujuk Lampiran 6) serta ratusan aktivis politik, bahasa dan sastera. Perjuangan suci nasionalisme kaum guru Melayu khasnya Anak Kandung SITC/MPSI yang ikhlas seringkali dikaitkan dengan sebuah pantun Melayu yang tercatat dalam buku Pelita Bahasa Melayu karangan Pendita Za’ba. Pantun ini jelas menunjukkkan perjuangan nasionalisme guru bukan untuk mendapat kemegahan tetapi ikhlas semata-mata kerana agama – “Buatlah baik ayohai rakan Ke dalam laut kamu campakkan Jika tidak dikenal ikan Tuhan mu tahu iakah bukan.” Postkrip: ”...Melihat akan jasa-jasa dan sumbangan mereka ini, saya membuat cadangan atau syor supaya diadakan kajian-kajian yang menyeluruh tentang impak dan pengaruh guru-guru Melayu dan sumbangannya terhadap pertumbuhan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya.” Omar Mohd, Hashim.93

93

Omar Mohd, Hashim, (2003), Pengisian Misi Pendididkan Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam bab Salut Pada Guru hlm 181.

34

Bibliografi Abdul Hadi Hasan, (1929). Sejarah Alam Melayu I-III, Singapore: Malayan Publishing House. Abdullah Hussein, (1982). Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Hamzah. (1981). “Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908”. Kuala Lumpur: Media Cendekiawan. Ahmad Bakhtiar. (1954). Lembaga Guru. Kuala Pilah: Malay Press. Al-Quran, Surah al-Mujadalah: 11. Atan Long, Dr. (1984). Pendidik dan Pendidikan, P. Jaya: Oxford-Fajar Bakti. Awang Had Salleh, Prof. Dr. (1985). “Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had Salleh”. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Awang Had Salleh. (1967). “Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya” tesis ijazah B.Ed, Universiti Malaya. Buyung Adil. (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, KL: DBP Cenderamata 1973. Tanjong Malim: Maktab Perguruan Sultan Idris. Cenderamata 1974. Tanjong Malim: Maktab Perguruan Sultan Idris. Rencana oleh Dr. Awang Had Salleh. “Penibuhan sebuah Institut Of Education”. Dewan Masyarakat. Ogos 1973. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Masyarakat. Oktober 1983. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.othermalaysia.org/ pada 3 Oktober 2009. Firdaus Hj Abdullah. (1985), Radical Malay Politics, PJ: Pelanduk Publication Ishak Saat. (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Shah Alam: Karisma Publication. Jumaat Mohd Noor. Dari PBPBM Hingga DBP. Junaidah Rashid. (2004). Persatuan Suluh Budiman. Bangi: FSSK UKM. Tesis Sarjana Sastera. Khoo Kay Kim, (1991), “Malay Society – Transformation dan Democratization”. Kelana Jaya: Pelanduk Publications. Lofti Ismail. (1975). Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Mohd Ali Kamaruddin. (1981). Sejarah Penubuhan UKM. Bangi: Penerbit UKM. Muhammad Abu Bakar. (1987). “Penghayatan Sebuah Ideal–Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Ariff Ahmad. 2003. Perjalanan MAS. Singapura: ASAS 50. Nik Abdul Aziz Nik Mat. (1995). Kalau Begitu Maka Begini. Nilam Puri, Kelantan: Yayasan Islam Kelantan. Oii Kee Beng. (2007), Tun Ismail - “The Reluctant Politician”, Singapura: INSEAS. Othman Ishak, Prof. Dato Dr. Hj. (1999). Pembangunan Islam Di Malaysia. Kubang Pasu Kedah: Biro Agama UMNO. Radin Soenarno. (1960). Malay Nationalism 1900-1945. Kuala Lumpur: Journal of Southeast Asian History. Sidang Pengarang. (2002). Kamus Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siddiq Fadil, Dr. (1993). “Tradisi Kesultanan, Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKD. The Malay Mail, Disember, 1923. Tun Ghafar Baba. (2006). Penitianku, Kuala Lumpur: Sure Fokus Sdn Bhd. Wikipedia Sejarah Portugal dan Spain. William Roff. (1974). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Yura Halim. (2002). Ririsej Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Za’ba. (1934), Ilmu Mengarang Melayu (Jawi). Singapura: Tiger Press Limited. 35

______. (1953). Pelita Bahasa Melayu (Penggal I, II dan III). London: Macmillan and Co. Limited. ______. (1958). Asohan Budi Menerusi Islam. PJ: HM Shah Enterprise. Zuber Zain dan Ishak Ismail. (2002-2003), Laporan Kajian Alumni SITC. Tanjong Malim: Institut Peradaban Melayu UPSI. Zuber Zain dan A. Halim Ali. (2003), Balada Suluh Budiman – Antologi Puisi SITC – UPSI. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Zuber Zain, et al. (2003). Aspirasi Kebitaraan 80 Tahun SITC-UPSI. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Zuber Zain. (2008). Wira Negara: Tun Ghafar Baba. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

36

LAMPIRAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KUASA PENJAJAHAN BARAT/KRISTIAN DI NUSANTARA

MARITIM

EROPAH

DAN

Pertarungan berpanjangan antara Melayu/Islam dengan Barat/Kristian di rantau Nusantara ini sebenarnya adalah lanjutan daripada pertarungan antara Empayar Islam Timur Tengah dengan Empayar Kristian Eropah. Islam telah menakluk Spain atas permintaan orang Sepanyol sendiri yang membenci pemerintahan zalim kaum Gothic. Musa ibn Nushair (640715M) pemerintah Moroko telah mengirim Tariq bin Ziyad pada 710-11M menyeberang laut Mediterranean dan menawan Jibraltar dan Toledo, ibu kota Sepanyol. Pemerintah Islam seterusnya Abdulrahman Al-Dakhil (731-788M) membangun Granada dan Kardova menjadi Permata Barat. Kerajaan Islam telah memerintah lebih tujuh abad (abad ke-8 hingga abad ke-15) di Semenanjung Iberia, menguasai ¾ wilayah Iberia dari Gibraltar sampai di sempadan Zaragoza dan Barcelona. 94 Selepas 12 Masehi Empayar Islam Sepanyol mulai menurun dan mengecil hingga pada 1250 hanya tinggal Granada. Pada tahun 1492 Kerajaan Islam Granada dikalahkan oleh tentera bersekutu Raja Ferdinand II (Aragon) dan isterinya Ratu Isabella (Castile), Setelah berjaya mengalahkan Kerajaan Islam Granada, Raja Ferdinand telah menyatukan daerah-daerah kecil membentuk Empayar Sepanyol (Kingdom of Spain). Secara kebetulan kejatuhan empayar Melayu/Islam di Melaka pada tahun 1511 adalah hampir sewaktu dengan kejatuhan Kerajaan Moorish/Islam di Granada.95 Sebelum itu pada tahun 1453 Constatinople yang dikuasai Kerajaan Greek Bizantine telah jatuh kepada Kerajaan Turki Ottoman, tersekatlah laluan dagang ke China (Silk Route). Oleh kerana itu Henry Raja Portugal telah menghantar beberapa ekspedisi laut mencari laluan baru. Pada tahun 1486 Bartolomeus Diaz telah berjaya sampai ke Cape of Good Hope dan seterusnya Vasco Da Gama berjaya sampai ke benua India pada tahun 1498. Bagi menyekat monopoli pedagang Islam mereka telah menyerang dan menawan Goa dan Hormus di Teluk Parsi, sepertimana yang pernah mereka lakukan di beberapa bandar pelabuhan di benua Afrika seperti pelabuhan di Madagaskar dan Mozambique. Oleh kerana armada Portugis telah mendominasi dan menguasi laluan lautan ke Nusantara melalui Afrika, Raja Ferdinand telah membiaya Columbus melakukan ekspedisi mencari laluan laut alternatif ke India/Nusantara. Bertolak dari Seville, tanpa dirancang Columbus telah tersasar ke lautan benua Amerika, bertemu Kepulauan Carrebean yang digelar West Indies. Armada ini belayar ke barat lagi, bertemu benua Amerika yang kaya dengan emas dan perak yang telah memberi sumbangan besar kepada kekuatan Sepanyol. Selama 100 tahun armada Sepanyol telah meneroka Amerika Utara dan Selatan hingga ke kepulauan Melayu di Lautan Atlantik pada zaman King Philip yang dinamakan Philipines. Mereka menggelar orang Melayu/Islam Filipina sebagai Bangsa Moro (Moorish di Granada), bangsa yang menentang dominasi Kristian hingga kini.

94 95

Ahmad Salleh, (1963),Ringkasan Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Maklumat daripada internet: Wikipedia sejarah Portugal dan Spain.

37

Akhirnya pada tahun 1580 Sepanyol telah menawan Portugal dan peristiwa ini memberi kesan kepada kekuatan armada Portugis di Melaka. Tanpa sokongan militeri dari Eropah kekuasaan Portugis di Melaka yang semakin lemah, melihatkan Portugis Melaka yang memerintah lebih 130 tahun telah dapat dikalahkan oleh pakatan Belanda dan Johor pada tahun 1641. Pemerintahan Portugis di Melaka tidak pernah aman kerana sentiasa diserang oleh Sultan Mahmud, Sultan terakhir Melaka yang mengasaskan Kesultanan Johor (pada 1512, 1515, 1519, 1523) dan selepas itu diserang oleh armada Acheh selama 14 kali (antaranya 1537, 1547, 1568, 1570, 1575). Kekalahan Portugis dan penguasaan 180 tahun Belanda di Melaka tidak sunyi daripada serangan pahlawan Melayu khasnya angkatan perang Bugis yang dipimpin Raja Haji dan anaknya Raja Ali Haji. Armada Bugis menyerang Belanda selama empat kali (1756, 1757, 1782, 1784). Dalam peperangan besar 1784 Belanda telah mengalahkan tentera Bugis dan Raja Haji beserta 500 tenteranya syahid di Teluk Ketapang (dikenali sebagai Marhum Teluk Ketapang).96 Kekalahan armada Sepanyol kepada armada Inggeris pada tahun 1588 menandakan kebangkitan Kerajaan Inggeris dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu, bermula dengan Patani (1610), kemudian meluas ke Jambi, Betawi, Banjarmasin dan Makasar (1617). Pada tahun 1622 armada Inggeris telah merampas pelabuhan Hormuz di Teluk Parsi daripada penguasaan Portugis. Pada tahun 1633-1668 Inggeris telah bertapak di beberapa pelabuhan di benua India. Setelah menguasai perdagangan di India, armada Inggeris kembali ke Kepulauan Melayu, menduduki Bengkahulu (Bencolen) pada 1685. Pada tahun 1780 belaku peperangan di antara England dengan Belanda di Eropah, yang merebak juga ke Nusantara di mana Inggeris telah berperang dan mengalahkan Belanda di Padang dan Minangkabau. Setelah menguasai pulau Sumatera, Inggeris berusaha mencari satu tapak strategik di Selat Melaka, akhirnya bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786, kemudian Melaka (1795) dan Singapura (1819), titik bermulanya pengaruh Inggeris di Tanah Melayu selama 170 tahun.97 Pemerintahan Inggeris juga tidak sunyi daripada serangan anak tempatan seperti Sultan Abdullah Raja Kedah menyerang Pulau Pinang (1791),98 Dol Said di Naning (1831-33), Rentap di Sarawak (1853), Dato Maharaja Lela dan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak Perak (1875), penentang Dato’ Bahaman di Pahang (1891-95), penentangan Mat Salleh di Sabah (1894-1900), penantangan Tok Janggut di Kelantan (1915), dan penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928). Peperangan terhadap kuasa-kuasa asing ini membuktikan semangat atau gerakan nasionalisme telah tercetus apabila bumi tanah air Melaka/Melayu/Islam bumi Melaka telah jatuh ke tangan penjajah asing Portugis/Barat/Kristian. Kesungguhan Kerajaan-kerajaan Melayu Johor, Acheh dan Bugis selama 300 tahun berperang menghalau penjajah Barat/Kristian daripada bumi Nusantara/Islam adalah testamen betapa bangsa Melayu/Islam tidak rela tanah air mereka dijajah. 96

Lofti Ismail, (1975), Sejarah Malaysia 1400 – 1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications. Juga rujuk Dr Siddiq Fadil, (1993), “Tradisi Kesultanan, Perspektif Islam, Kuala Lumpur: IKD dan Dr Siddiq Fadil, (1986), Gerakan Islam di Dunia Melayu – Tuntutan Zaman dan Cabaran Lingkungan, P. Jaya: ABIM – Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-15. 97 Abdul Hadi Hasan, (1929), Sejarah Alam Melayu III, Singapore: Malayan Publishing House (sedutan dan ringkasan). 98 Rujuk buku History Of Kedah oleh GM Khan (1928) dan Bygone Kedah oleh James Augustine (1992)

38

Penjajahan Tanah Melayu oleh beberapa bangsa dari Eropah: Portugis 1511 – 1641 = 130 tahun Belanda 1641 – 1794 = 153 tahun Inggeris 1786 – 1957 = 171 tahun 454 tahun

39

LAMPIRAN 2

POLIMIK NASIONALISME MELAYU ANTARA UMNO DAN PAS Mengikut fakta sejarah tidak dapat dinafikan PAS berasal daripada Biro Agama UMNO, ditubuhkan dalam tahun 1951 oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang pemimpin agama UMNO yang telah kalah kepada YTM Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO setelah Dato Onn meninggalkan UMNO. Kemudian PAS dipimpin Dr Abas Aziz dan Dr Burhanuddin Al-Helmi (1956-59). Dr Burhanuddin melihat perjuangan PAS juga bersifat kebangsaan seperti kenyataan beliau dalam Utusan Melayu “Tujuan pokok PAS adalah untuk mencipta satu negara yang bercorak nasional, merdeka dan berdaulat”.99 Ketika negara di ambang merdeka pada tahun 1957 Dr Burhanuddin selaku Presiden PAS sekali lagi menekankan kepentingan kebangsaan Melayu dan Islam sebagai tunggak kepada bangsa Melayu: “...maka atas hasrat iman cita-cita Islam dan kebangsaan Melayu itulah dasar suci perjuangan kita...kemerdekaan bagi PAS adalah kemerdekaan bangsa dan negara dan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang persaorangan, masyarakat dan negara”100 Perjuangan, tafsiran dan kedudukan UMNO mengenai Islam sudah jelas seperti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh UMNO Fasal 3.3 – menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan agama dan perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sedangkan PAS sejak ditubuhkan dalam tahun 1951 berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam. Kemuncak perjuangan nasionalis Melayu UMNO tercapai apabila takrif Orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu didasari kepada tiga perkara asas yang diperjuangkan oleh UMNO iaitu agama, bahasa dan adat; Orang Melayu itu beragama Islam, fasih berbahasa Melayu serta mengamalkan adat resam Melayu. UMNO selaku parti Melayu yang pemerintah negara sejak merdeka telah bertanggungjawab meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara, menerap Islam dalam pentadbiran kerajaan, membangun Islam dari segi fizikal (surau, madrasah, masjid, pusat pentadbiran Islam dan mahkamah syariah) dan melaksanakan pelbagai program dan projek pengisian yang memberi manfaat kepada ummat Islam. Nasionalis Melayu UMNO tidak mahu terheret dalam polimik Negara Islam tetapi terus memartabatkan Islam dalam negara melalui pelbagai program Islamisasi seperti undang-undang keluarga Islam, meningkatkan status syariah Islam, membangun sistem muamalat dan ekonomi Islam seperti Bank Islam, Takaful, sistem gadai Islam Al-Rahnu, Lembaga Tabung Haji, pengurusan zakat dan baitulmal, pendidikan Islam termasuk Darul Quran, Maktab Islam Kelang, Maktab Perguruan Islam, Akademi Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menyediakan biasiswa pengajian Islam, menjaga kebajikan orang Islam (saudara baru melalui PERKIM, menyediakan asrama anak yatim, membantu fakir miskin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai skim rumah kos rendah, pembelaan wanita dan ibu tunggal, industri makanan halal, skim persijilan makanan halal dan banyak lagi.

99

Utusan Melayu, 26 Dis 1956. Ucapan Presiden PAS di Kongres PAS di Kelab Sultan Sulaiman KL pada 24 Ogos 1957.

100

40

Usaha kerajaan UMNO/BN menegakkan syiar Islam ini terbukti sehinggakan Malaysia dianggap sebuah negara Islam yang maju dan dapat dijadikan contoh. Haji Agoes Salim pemimpin parti Sarekat Islam Indonesia (1924) mengajukan nasionalisme berdasarkan Islam sebagai “...memajukan negara dan bangsa berdasarkan cita-cita Islam.” Akhir-akhir ini ulamak PAS seperti Nik Abdul Aziz menolak langsung nasionalisme Melayu yang pernah diterima oleh Dr Burhanuddin dahulu. Nik Aziz menganggap nasionalisme sebagai rasis atau asobiyah walaupun dakwaan sebegini tidak berasas dan bersifat politik sematamata.101 Ulama-ulamak dahulu yang menyokong perjuangan UMNO seperti Haji Ahmad Mahir (Kelantan), Haji Husin Che Dol (Kedah), Haji Abdullah Fahim dan Haji Ahmad Badawi (P. Pinang)102 dan ramai lagi cendekiawan Islam masa kini seperti Dr Yusof Noor, Dr Abdul Hamid Othman, Dr Abdullah Md Zain dan Dr Othman Ishak cukup yakin dan percaya bahawa sejarah perjuangan bangsa Melayu atau nasionalisme Melayu adalah bertunjangkan perjuangan agama (religious nationalism) dan tidak pernah bertentangan dengan Islam, suatu perjuangan yang bukan perkauman (racism) atau asobiyah. Keislaman perjuangan nasionalis terakam dalam peristiwa tertentu di mana agama menjadi ciri penentu kepada perjuangan kebangsaan Melayu, contohnya penentangan Portugis dan Belanda yang Kristian dianggap sebagai perang jihad Islam dan kitab-kitab agama dibawa ke medan perang sebagai pembakar semangat. Perjuangan pembebasan tanah air (wataniah) dianggap sebagai jihad. Perjuangan senjata ini diteruskan oleh golongan reformis Kaum Muda seperti Syed Sheikh Al-Hadi dan Za’ba yang berhasrat membawa reformasi Islam dalam masyarakat Islam. Kaum Muda mengaitkan kemunduran orang Melayu dalam pelajaran kerana penjajah menyekat pelajaran Melayu. Majalah Al-Imam memperjuang kepentingan pendidikan orang Melayu bersama cita-cita Islam. Dari sudut akademik Profesor Muhammad Abu Bakar103 berpendapat kedua-dua parti Melayu itu mempunyai matlamat politik yang sama yakni menjadikan pembelaan orang Melayu dan kedaulatan agama, bahasa dan bangsa Melayu sebagai objektif besarnya. Perkara yang membezakan Islam UMNO dan Islam PAS hanyalah tafsiran peranan Islam dalam politik, khususnya dalam menarik pengaruh (dan undi) orang Melayu. Perkara asas yang menjadi pertikaian polimik ialah takrif nasionalisme di mana PAS104 mentafsirkan sebagai asobiyah (perkauman) sedangkan UMNO mempertahankan perjuangan nasionalisme Melayu/UMNO bukan rasis atau perkauman105 kerana perjuangan politik mendaulatkan Melayu adalah sinonim dengan meningkatkan syiar Islam kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. 106 Pada keseluruhannya sejarah membuktikan interaksi Islam dengan fahaman kebangsaan begitu serasi sekali sehingga Islam menjadi lambang perjuangan politik Melayu dan asas perpaduan bangsa Melayu. Dalam sejarah Melayu pejuang-pejuang kebangsaan dilihat sekaligus sebagai pembela hak-hak Melayu dan Islam.107

101

Penjelasan Islam dan Nasionalisme rujuk buku Islam And Nationalism oleh Dr Zeenath Kausar, UIAM Ramlah Adam (1996), Burhanuddin Al-Helmy – Suatu Kemelut Politik, KL: DBP 103 Muhammad Abu Bakar, (1987), “Penghayatan Sebuah Ideal – Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa” , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., Bab Islam dan Kebangsaan Melayu hlm. 165-166. 104 Nik Abdul Aziz Nik Mat, (1995), Kalau Begitu Maka Begini, Nilam Puri, Kelantan: Yayasan Islam Kelantan. 105 Najib Tun Razak (2009), Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan, teks ucapan ketika merasmikan Persidangan Agung UMNO Oktober 2009, hlm 16 106 Prof Dato Dr Hj Othman Ishak, (1999), Pembangunan Islam Di Malaysia, Kubang Pasu Kedah: Biro Agama UMNO. 107 Shafie Ibrahim, The Islamic Elements in Malay Politics in pre-independence Malaya, 1937-48, Islamic Culture, Julai 1978, hlm 186-188. 102

41

PAS sejak lebih 50 tahun yang lalu memperjuangankan ideologi Negara Islam yang bersifat teokratik dengan pendekatan retorik. Tetapi selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila banyak kerusi Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri yang majoriti penduduknya bukan Melayu jatuh kepada pembangkang, PAS terpaksa menerima realiti bahawa jika negara ini terlepas kepada bangsa asing perjuangan agama juga akan tidak akan kesampaian. Oleh itu demi kekuatan politik Melayu/Islam Dato Asri terpaksa membawa PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.108 Semasa dalam BN dan Kerajaan pemimpin PAS terpaksa menerima hakikat politik Malaysia yang majmuk tanpa menimbulkan isu kafir atau hukum hudud tetapi isu ini kembali bergema apabila PAS tersingkir dari BN dan Kerajaan pada tahun 1978. Kini sebagai pembangkang perjuangan politik PAS condong kepada perjuangan Ikhwan Muslimun (Muslim Brotherhood yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna) yang tertindas di Mesir dan meniru cara politik Iran yang bersifat revolusioner. Dengan pendekatan politik ‘import’ yang asing kepada real-politik Melayu ini maka itu tidak hairanlah PAS sering membuat tuduhan Kerajaan korap dan zalim dan mengambil pendekatan radikal seperti melakukan demonstrasi jalanan, yang tentunya tidak Islamik kerana mengganggu keamanan awam.

108

Ibid.

42

LAMPIRAN 3 TOKOH-TOKOH POLITIK KELAHIRAN SITC/MPSI PAHANG: Cikgu Dato’ Haji Abdul Jabbar Ibrahim, Cikgu Dato’ Mohd. Ali Sharif, Cikgu Senator Dato’ Abdul Razak Hussein, Cikgu Dato’ Ibrahim Haji Arshad, Cikgu Dato’ Haji Zainuddin Jumaat, Cikgu Dato’ Abdullah Haji Muhammad JOHOR: Cikgu Tan Sri Syed Nasir Ismail, Cikgu Dato’ Jalal Abu Bakar, Cikgu Dato’ Rahman Mahmud dan Cikgu Dato’ Embong Yahaya MELAKA dan NEGERI SEMBILAN: Cikgu Yusof Harun, Cikgu Jaafar Alang, Dato’ Wira Ghani Ali, Cikgu Tun Abdul Ghafar Baba dan Cikgu Tan Sri Aziz Tapa, Cikgu Datuk Adnan Maah (Undang Rembau); SELANGOR: Cikgu Dato’ Onn Ismail, Cikgu Dato Raja Idris, Cikgu Dato’ Fatah Iskandar dan Cikgu Dato’ Zainal Sakom PERAK: Cikgu Buyung Adil, Cikgu Ibrahim Abdullah, cikgu Hashim Gera, Cikgu Dato Dr Zulkarnain Abdul Rahman PULAU PINANG: Cikgu Dato Mohd. Nor Ahmad dan Cikgu Tun Abdul Rahman Abas KEDAH: Cikgu Datuk Senu Abd Rahman, Cikgu Dato Zakaria Said, Cikgu Datuk Md Noor Azam, Cikgu Md Hadzir Jaafar, Cikgu Md Saad Haji Nayan PERLIS: Cikgu Dato’ Jaafar Hassan dan Cikgu Dato’ Ali Hj Ahmad SARAWAK: Cikgu Tun Ahmad Zaidi Adruce (bekas Yang DiPertua Negeri Sarawak)

43

LAMPIRAN 4 TOKOH PENGARANG KELAHIRAN SITC/MPSI MALAYSIA: Cikgu Ahmad Abdullah (Ahmad Bakhtiar), 45 buah buku pelbagai roman Cikgu Mohd Yassin Maamur (Punggok), pelopor puisi Melayu moden Cikgu Abdullah Sidek (antologi cerpen dan 37 novel) Cikgu Shaharom Hussein (sastera klasik, roman sejarah, drama) Cikgu Maarof Mahmud (buku kanak-kanak) Cikgu Hashim Amir Hamzah (drama radio, kemudiannya menjadi penerbit RTM) Cikgu Hasan Mohd Ali (Hasbima) pengarang novel Musafir Cikgu Embong Yahya (Ngumba) Cikgu Md Noor Yusof @ Nor Azam Cikgu Rashid Ngah (Tganu), Cikgu Mokhtar Yassin (Melaka) Cikgu Saleh Daud (Zulastry) pengarang buku kanak-kanak Cikgu Dr Awang Had Salleh – Biru Warna Cikgu Mohd Nor Long Cikgu Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Cikgu Kamaruzzaman Kadir (Dharmawijaya) - Penerima SEA Write Award 1993 Cikgu Dr Ahmad Kamal (Kemala) - Penerima SEA Write Award 1986 Cikgu Dr A. Wahab Ali – Penerima SEA Write Award 1994 Cikgu Suhaimi Hj Mohammad - Penerima SEA Write Award 1995 Cikgu Dr Othman Puteh, Cikgu Dr Rahman Shaari Cikgu Nazel Hashim Mohamad, Cikgu Ali Majod Cikgu Anas K. Hadimaja, Cikgu Yahya Samah Cikgu Ismail Abas (Amil Jaya) - Sabah Cikgu Zailani Taslim SINGAPURA: Cikgu Harun Aminurrashid (menulis 60 buah buku termasuk Panglima Awang) Cikgu Mohd Arif Ahmad (MAS) - Penerima SEA Write Award 1999 Cikgu Masuri S.N (15 antologi sajak) – Penerima SEA Write Award 1980 Cikgu Suratman Markasan (sajak dan esei) - Penerima SEA Write Award 1989 BRUNEI: Cikgu Pengiran Yusof (Yura Halim) - Penerima SEA Write Award 1987 Cikgu HM Salleh (Puja – Putera Jati), Cikgu Pehin Dr Jamil Sufri (Wijaya) Cikgu Ibrahim Said (Adi Kelana) - Penerima SEA Write Award 1989

44

LAMPIRAN 5 KONPEN DAN TEMA-TEMA KONPEN KONPEN Pertama, 1976 (DBP KL) – Pelajaran ataukah Pendidikan KONPEN kedua, 1977 (Melaka) - Bumiputera Dalam Pendidikan KONPEN ketiga, 1978 (Kedah) – Pendidikan dan Pentadbiran Sekolah KONPEN keempat, 1979 (Kuantan) -Pengajaran Bahasa Melayu KONPEN kelima, 1980 (Johor Bahru) - Keguruan dan Perguruan KONPEN keenam, 1981 (UKM Bangi) - KBSR KONPEN ketujuh, 1982 (Terengganu) - Penilaian Kembali Orientasi Pendidikan KONPEN kelapan, 1983 (MPSI Tg Malim) - Pendidikan dan Nasionalisme KONPEN ke-sembilan, 1984 (USM Pulau Pinang) - Pendidikan dan DEB KONPEN ke-10, 1985 (Seremban) – Sedekad KONPEN - Pelajaran ataukah Pendidikan KONPEN ke-11 – tiada maklumat KONPEN ke-12, 1997 (UPSI Tanjong Malim) - Reformasi Budaya: Antara Konsekuen Sejarah, Aspirasi Negara dan Hala Tuju Kini KONPEN ke-13 (Ipoh Perak, 2004) - Memperkasa Dasar Pendidikan Negara dalam Era Globalisasi”.109

109

Perayaan 75 Tahun SITC-UPSI dan Konvensyen Pendidikan ke-12 di IPSI Tg Malim, 29-30 November 1997. KONPEN ini diadakan di Tg Malim bagi meraikan penubuhan UPSI pada 1 Mei 1997.

45

LAMPIRAN 6 ANAK KANDUNG YANG TERPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN 1)

Cikgu Mohamed Noor Ahmad (Pulau Pinang)– 1975

2)

Cikgu Kassim Harun (Negeri Sembilan) – 1976

3)

Cikgu Abdul Rahman Md Akib (Pulau Pinang) – 1977

4)

Cikgu Abu Kassim Yusof (Negeri Sembilan) – 1977

5)

Cikgu Mohd Noor Abdul Hamid (Negeri Sembilan)– 1978

6)

Cikgu Mohd Diah Hj Abd Rahman (Johor) – 1980

7)

Cikgu Yusof Badin (Negeri Sembilan) – 1981

8)

Cikgu Othman Haji Ali (Terengganu) – 1984

9)

Cikgu Muhamad Bujang (Sarawak) – 1984

10)

Cikgu Shaharum Hussein (Johor) – 1984

11)

Cikgu Abdul Razak Hamid (Selangor) – 1984

12)

Cikgu Idris Salam (Selangor) – 1985

13)

Cikgu Aziz Tapa (Melaka) – 1986

14)

Cikgu Harun Hassan (Pulau Pinang) – 1987

15)

Cikgu Wan Shamsuddin Yusof (Kedah)– 1987

16)

Cikgu Noordin Mahmud (Perak) – 1994

17)

Cikgu Wan Din Che Mat (Perlis) – 1995

18)

Cikgu Mokhtar Talib (Johor) – 1999

19)

Cikgu Tawi Yaakob (Melaka) – 2000

20)

Cikgu Md Saad Bongkek (Johor) – 2001

46