Data Loading...

Panduan Ebook Coach Bahar Flipbook PDF

Panduan Ebook Coach Bahar


119 Views
93 Downloads
FLIP PDF 1.33MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Panduan Jana RM100 Sehari : Melalui Ebook Baharuddin Mohamed

Panduan ini adalah panduan langkah demi langkah menghasilkan wang RM100 sehari melalui ebook. Panduan ini adalah lebih berbentuk idea yang boleh digunapakai oleh pembacanya.

Rahsia Jana RM100 Sehari.

Sukar saya nak terangkan begitu senang nya menjana duit sekurang-kurangnya RM100 sehari. Jika tuan puan di tempat saya tentu tuan puan juga beranggapan seperti saya. Saya tekad untuk sampaikan ilmu ini seberapa ramai yang boleh. Saya tak tahu siapa anda, saya tak kenal siapa yang membaca panduan ringkas ini tetapi saya yakin RM100 sehari untuk anda tanpa modal dan tanpa kerja yang kuat adalah sesuatu yang berbaloi.

Sekarang, masanya untuk bertindak. Ikutlah panduan yang saya sertakan. Bayangkan jika anda perlu berpeluh dan bekerja dan dibayar RM5 sejam untuk kerja anda. Kerja kena lah kerja untuk jana duit sendiri dan keluarga. Jika anda cepat saya jamin bukan sahaja RM100 sehari dan anda akan dapat lebih dari itu. Saya dah mengajar dan memberikan panduan kepada beberapa pelajar saya. Saya dapati ramai yang Berjaya tetapi tidak kurang juga yang masih gagal dengan terlalu banyak alasan dari mereka.

Mungkin anda tahu apa yang ingin saya sampaikan tetapi masalahnya ada lebih 10 cara dan teknik untuk menjana pendapatan ini. Saya juga mengambil lebih 3 tahun menghadam dan membuat experiment mencari cara paling berkesan. Sukar sebenarnya jika nak disampaikan dengan penulisan tetapi saya akan cuba sedaya upaya.

Saya cuba menulis salah satu cara, selain saya berniaga dengan mengadakan seminar dan menjual ebook saya cuba untuk berkongsi beberapa perkara secara percuma. Mudah-mudahan ilmu yang saya sampaikan melalui ebook ini akan menjadi sedekah jariah saya. Salah satu teknik untuk menghasilkan wang adalah melalui penulisan e-book. Saya telah menulis beberapa tahun dan saya telah mendapat hasilnya. Page | 1

BAB 1 Mengapa Saya menulis e-book 1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan RM15 sehari, saya juga pernah menulis ebook dan terjual 700 buah dalam masa satu malam dan berkeuntungan RM7000. menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyak berbanding menulis buku. tetapi jika anda telah mahir menulis anda juga boleh menulis buku dan membuat duit yang lebih banyak seperti sahabat-sahabat saya Sri Diah Shaharuddin, YB Budiman Mohd Zohdi , Mba San dan Nazali Noor. kalau nak lebih kaya boleh menerbit buku seperti puan sifu Ainon Mohd.. 2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi indonesia, brunai dan singapura. kalau bernasib baik boleh di jual ke US dan UK bila di terjemah. 3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income. hasilnya mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali. kalau tak caya boleh tanya jutawan muda Raja Kamil dan Aqif Azizan yang banyak buat duit dari menulis. 4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu di cetak dengan memerlukan kos cetakan yang mahal. Anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi kandungan nya jika jualan buku anda kurang laku. Jika anda nak update kandungan nya boleh beri semula pada pembaca dan dibeikan percuma. Page | 2

5. E-book di Malaysia kurang saingan. masih banyak tajuk dan e-book yang boleh di kupas. kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika lakunya 1000 berapa untung anda. tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi kaya kan... 6. Menulis seperti becakap dengan diri sendiri. anda akan bermotivasi setiap hari lebih lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. bukan sahaja ilmu menulis tetapi ilmu pemasaran dan yang lain nya. ianya boleh juga dikira sebahagian dari perkongsian ilmu 7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan anda kerana e-book selalunya panduan "penyelesaian masalah". 8. Tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda , anda sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di kongsi. jika anda seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tip dan cara memasak, jika anda seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan lain-lain. 9. Ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui email. lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date 10. tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua sekarang ni ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai yang membaca melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana mana dan boleh dibaca bila-bila masa.. Page | 3

sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan tapi walau 100 alasan pun saya berikan kalau anda tak nak buat..tak jadi juga ..kan...kan... apa komen anda dan pengalaman anda boleh dikongsikan disini

Bukti saya menjana pendapatan dari hasil menjual ebook melalui internet

Page | 4

BAB 2 Panduan menulis ebook Bagaimana nak menulis ebook yang boleh dijual laku? Langkah 1: Lihat Masalah Lihat keadaan di sekeliling anda dan apa masalah yang ada, kenalpasti masalah tersebut. Masalah pasti ada dan ramai yang cakap masalah itu adalah bisnes dan bisnes datangkan duit. Cara yang paling mudah untuk anda adalah pergi jumpa beberapa kenalan anda dan tanyakan mereka masalah mereka dan lakarkan di kertas kosong. Dari banyak masalah tadi dan anda pilih masalah yang menarik dan masalah tersebut dihadapi oleh ramai orang.

Langkah 2: Penyelesaian Masalah Setelah anda mengenalpasti masalah tersebut, cari jalan penyelesaian masalah tersebut. Contohnya masalah adalah masalah kewangan anda cari penyelesaian masalah kewanagn dan cuba cari jalan penyelesaiannya. Panduan ebook biasanya memberi panduan yang lebih khusus dalam penyelesaian sesuatu masalah. Jika masalah kewangan, penyelesaian nya adalah Page | 5

- Panduan pinjaman - Panduan menjimatkan pembelanjaan - Panduan meminjam - Panduan perlaburan wang - Panduan menyelesaian hutang Langkah 3 : Tujuan produk yang dihasilkan Tujuan produk itu dihasilkan adalah sangat penting juga. Anda pilih cara dan teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ersebut. Saya ingatkan panduan yang anda tulis haruslah ikhlas dan bertujuan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Ebook biasanya adalah panduan langkah demi langkah yang boleh digunakan terus oleh mereka yang menggunakannya dan menyelesaikan masalah mereka.

Setelah anda mempunyai idea menulis ebook anda perlu memulakannya sekarang. Beberapa perkara juga anda perlu titikberatkan dalam menulis ebook iaitu - Merekabentuk E-Book Cover - Menulis surat jualan - Laman web jualan - Bagaimana menerima bayaran

-

Bagaimana mempromosikan ebook anda

Page | 6

BAB 3 Lapan tip bagaimana ebook boleh membuat anda KAYA 1.

Memberi lebih maklumat

Mungkin ramai penjual e-book tidak sedar dengan cara ini. Lebih 10% pembeli e-book anda mahukan lebih informasi dari bab-bab yang terdapat dalam e-book anda yang anda tulis. Anda boleh membuat jualan susulan dari apa yang mereka mahukan.

2.

Jawab setiap persoalan e-book anda

Anda perlu melayan semua persoalan yang ditanya oleh bakal pembeli atau pembeli e-book anda kerana akan menambah kepercayaan mereka kepada anda dan syarikat.

3.

Membina database pelanggan

Anda harus membina database pelanggan yang baru atau pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan dengan anda. Ramai antara kita tidak menguruskan perkara ini dengan betul. Mereka yang berkemungkinan membeli e-book anda adalah mereka yang pernah berurusan niaga dengan anda kerana mereka mempercayai anda, kebarangkalian lain adalah rangkaian pelanggan anda. Berikan satu e-book percuma atau harga yang sangat murah, minta mereka yang berminat menghantar email mereka kepada anda. Itu salah satu Page | 7

cara cepat untuk anda membangunkan database pelanggan yang berminat dengan cepat. 4.

Mencari rakan penjual

Didalam pasaran jualan internet banyak antara mereka yang menjual e-book. Berusaha untuk bekerjasama dengan penjual e-book yang besar supaya ruang kebarangkalian pasaran anda besar. Berkongsi keuntungan dengan mereka.

5.

Memberi keutamaan pemasaran

Mungkin anda baik dalam menulis e-book dan boleh menghasilkan penulisan yang berkesan. Anda sepatutnya memikirkan untuk memberikan tugas pemasaran kepada syarikat lain yang lebih menumpukan pemasaran.

6.

Membina nama dan kredibiliti penulis

Membina rangkaian bisnes adalah sama usahanya dan caranya membina kepercayaan pengikut yang sukakan penulisan anda. Anda perlu faham tentang target palanggan, jika penulisan anda sebuah e-novel kanak-kanak anda perlu tumpukan kanak-kanak yang mempunyai kuasa beli atau ibu bapa mereka. Begitulah seterusnya.

7.

Masuk dalam alam digital

Anda tidak boleh lambat dan jangan buang masa. Zaman digital ini bukan lagi masa anda membeli buku, tiada kos mencetak, tiada kos penghantaran, dan membuatkan harga e-book boleh dijual dengan murah. Semuanya kearah itu.

Page | 8

8.

Mudah diterima semua format

Pastikan ebook yang anda tulis bolah dibuka dalam apa sahaja format termasuk PDF, ePub or Kindle bagi memudahkan ianya dibeli oleh ramai orang. Pastikan juga ia mudah dibuka dalam semua aplikasi computer atau smart phone.

Coach Bahar bersama isteri puan zawiyah saimin CEO D’impian Group

Page | 9

BAB 4 3 teknik cari idea tajuk ebook Teknik pertama : Tulis apa yang anda TAHU

Senaraikan semua perkara yang anda tahu dan minat dalam kehidupan seharian. Anda harus menulis apa yang anda tahu, ianya lebih baik kerana anda menulis dari pengalaman anda dan ikhlas. Anda juga boleh menulis pengalaman orang lain. Untuk mendapat tujuk yang baik dan di sukai ramai anda senaraikan 10 perkara yang anda tahu. 1. Sukan 2. Motivasi 3. Politik 4. Pendidikan universiti 5. Bisnes 6. Masakan 7. Pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan 8. Hobi 9. Kerohanian dan agama 10.Pasangan hidup dan anak-anak Setelah anda senaraikan 10 perkara yang anda tahu, buat tapisan dengan memilih beberapa perkara yang paling anda tahu. Jika saya 3 perkara yang paling saya tahu adalah 1. Bisnes 2. Pasangan hidup dan anak-anak 3. Motivasi Page | 10

Sekarang anda sudah mula boleh menulis. Kupas satu persatu topik yang mahu anda tulis. Mulakan sekarang. Teknik kedua : Masalah persekitaran Teknik kedua ini anda boleh mendapat idea dengan melihat persekitaran di sekeliling anda.Apa masalah yang biasa berlaku ? anda boleh Tanya diri anda atau bertanya kawan-kawan anda. Contohnya 1. Sukar mendapat kerja bila habis kolej 2. Masalah kewangan dimana bila tengah bulan duit dah habis dipakai 3. Anak-anak sekarang tidak mahu dengar cakap ibu bapa 4. Masalah merokok Setelah anda mendapat topic yang sesuai untuk anda tulis, cuba tulis dan selesaikan masalah ini dengan pengalaman yang anda tahu digabungkan dengan pendapat anda sendiri. Teknik kedua ini tidak tertakluk hanya pada masalah anda sahaja,ianya mungkin boleh ditulis berdasarkan masalah orang lain.

Teknik ketiga : Informasi sedia ada Kadang-kadang dari pembacaan dan berjumpa orang lain kita dapat banyak maklumat sehari-hari. Anda boleh menggunakan informasi sedia ada dan mengulas semula dan menambah kekurangan informasi yang sedia ada. Mungkin informasi itu anda ambil dari internet atau buku atau ebook dan anda lengkapkan dengan maklumat dan pengalaman yang anda ada. Teruskan menulis, jangan cepat putus asa. Tulis dan terus tulis. Jangan mengubah topic sebelum anda habis menulis topik tersebut. Anda mungkin tamak dan akhirnya semua yang anda tulis separuh jalan. Insyaallah dan teruskan penulisan anda. Page | 11

BAB 5 Idea atau cara bagaimana menulis ebook paling laris di pasaran. Semua telah saya terangkan dimana cara paling mudah untuk mendapatkan duit di internet adalah dengan menulis ebook. Tetapi masalahnya adalah bagaimana mahu menulis ebook yang menarik dan boleh dibeli oleh ramai orang. Hari ini saya berikan beberapa tip untuk anda boleh fikirkan supaya ebook yang anda tulis terlajak laris di pasaran. Ebook yang laris adalah maklumat yang dikehendaki oleh banyak pengguna dan pastikan pengguna dahagakan maklumat yang anda sampaikan. Panduan hendaklah jelas dan lebih baik menerangkan step by step langkah penyelesaian masalah. Pengguna mahukan panduan penyelesaian masalah yang boleh digunapakai terus oleh mereka. Dalam gambar dibawah saya kongsikan sedikit lakaran idea beberapa tip yang mudah anda ikut untuk mencari idea yang menarik dalam menulis ebook paling laris. Kita perlulah sedikit sebanyak perlu mnegetahui siapa pelanggan kita, apa mereka mahukan, buat apa mereka nak maklumat tersebut dan logic menggunakan panduan ebook anda yang anda tulis untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika anda tahu siapa sasaran anda adalah lebih mudah untuk anda mengatur stratigi untuk menjual nanti. Ebook adalah satu panduan, ianya bukanlah boleh ditulis dan menyelesaikan semua perkara. Jangan terlalu tamak untuk meletakkan segala maklumat dalam ebook tersebut sampai sendat dan tidak menarik. Ebook yang anda tulis haruslah jelas, ceria dan matang. Page | 12

Tip pertama : Bisnes online Saya mempunyai pengalaman menulis beberapa ebook yang berkaitan dengan bisnes online yang sangat mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebelum anda menulis anda perlulah betul-betul mahir dalam apa yang ingin anda sampaikan. Anda perlulah sendiri pernah mempunyai pengalaman dalam beberapa perkara tersebut. Jika pastikan anda telah berjaya dan berceritalah dengan ikhlas. Saya pernah menulis satu ebook kecil bagaimana saya menjual secara online dan mendapat pendapatan sebanyak 27 ribu dalam tempoh sebulan. Kita ceritakan teknik kita, cerita kita dan pengalaman kita. Ramai diluar sana juga menulis, tetapi mereka menulis dalam pengalaman yang berbeza.

Page | 13

Tip kedua : Kesihatan Saya berpendapat maklumat tetang kesihatan juga adalah antara ebook yang laku laris di pasaran. Anda boleh memberi beberapa panduan dengan pengalaman anda atau orang lain. Antara panduan tentang kesihatan adalah seperti - Bagaimana nak kuruskan badan - Bagaimana nak menjaga orang tua yang mempunyai sakit kronik - Bagaimana nak kurangkan sakit gout - Bagaimana mahu dilihatan cantik dan bergaya - Bagaimana mahu hilangkan tompok jerawat - Bacaan elak dari ganguan mahluk halus - Menjaga kanduangan anda. Anda haruslah melihat beberapa sudut jualan disini, anda perlulah ada beberapa testimoni yang baik dan hebat untuk mempengaruhi mereka membeli produk anda.

Tip ketiga : Hubungan kerohanian dan keagamaan Pada pendapat saya niche ini adalah sangat bernilai. Saya mempunyai beberapa orang pakar motivasi yang telah menulis ebook seumpama ini. Ramai orang mahu menjaga hubungan mereka antara manusia dan hubungan mereka dengan Allah. Saya berikan beberapa perkara yang anda boleh fikirkan antaranya adalah - Menjaga hati suami atau isteri - Tip memikat pasangan - Mendidik anak corot - Sedekah membawa berkah rezaki melimpah - Bacaan ayat penerang hati Page | 14

- Panduan supaya anak terang hati - Bagaimana keluar dari masalah yang merungsingkan Tip empat : Kewangan Tip ini saya yakin ianya sangat ramai yang memerlukannya lebih lagi masalah ekonomi yang meruncing. Saya banyak menulis ebook yang pelbagai tentang masalah ini. Antara beberapa idea yang boleh kita fikirkan bersama adalah - Rahsia simpan duit 100 ribu dalam setahun - Bagaimana menguruskan kewangan anda - Bisnes part time - Rahsia jana duit RM100 sehari - 33 idea bisnes kecil anda.

Ini adalah satu contoh ebook yang dapat saya jual 700 naskah dalam masa 7 hari. Berharga serendah RM30 sahaja.

Page | 15

Tip empat : Semula jadi dan altanatif Saya berpendapat ebook seperti ini juga adalah satu ebook yang sangat baik untuk di hasilkan. Ramai yang sudah bosan dengan penghasilan dan kaedah sedia ada. Ramai yang mencari kaedah altanatif seperti penggunaan herba, penggunaan teknik altanatif untuk mengubat misalnya. Saya berikan beberapa contoh - Kaedah altanatif dalam merawat resdung menggunakan harba - Kaedah altanatif untuk mendapat zuriat - Kaedah semula jadi kurangkan panas dalam rumah - Rahsia altanatif kurangkan buncit Banyak lagi kaedah atau cara semula jadi yang boleh anda tulis dan berkongsi dengan ramai orang diluar sana.

Tip kelima : HOBI Ebook yang juga laku adalah ebook yang menceritakan tentang hobi. Hobi kita berbeza-beza. Kadang-kadang, kita mahukan kelainan dalam hidup kita. Contoh hobi yang boleh ditulis dalam ebook adalah - Saya suka motor - Menjaga kucing anda - Tip memancing laut dalam: panduan untuk anda. Banyak lagi contoh yang sesuai dalam pengurusan hobi. Anda boleh menulis apa yang anda tahu dan apa pengalaman orang lain. Jika boleh anda sertakan semua penulisaan anda dengan bentuk bergambar supaya mereka boleh mudah faham apa yang anda sampaikan.

Page | 16

BAB 6 5 tip penulisan yang baik dalam ebook Dari pengalaman saya menulis , ada beberapa tip yang boleh digunakan untuk pembaca suka membaca penulisan kita secara teknikal nya selain dari isi dan maklumat yang baik.

Antara tip yang baik untuk menulis dalam ebook adalah 1. Banyak kan perenggan Anda perlulah banyak kan perenggan dalam penyampaian penulisan anda. Saya cadangkan dari 3 – 5 baris ayat bagi memudahkan pembaca membaca.

2. Jaga jeda nafas Letak koma ‘,’ dan titik ‘.’ Perlulah kena pada tempatnya supaya pembaca dapat menarik nafas yang lega semasa membaca.

3. Tulis ayat pendek Dalam penulisan anda jangan menulis terlalu panjang. Jika ayat anda terlalu panjang jadikan ianya dua ayat. Dalam satu ayat biasanya yang baik adalah 16 perkataan.

Page | 17

4. Tulis dengan penuh Jangan sekali-kali menulis perkataan singkatan seperti yang ditulis dalam phone dan facebook.

5. Menulis dengan berinovasi Setiap ayat yang anda tulis pastikan ianya adalah ayat yang berinovasi. Sebagai contoh D’impian Group adalah sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai lebih 20 rangkainan bisnes di seluruh Negara.

Mungkin anda perlu berlatih menulis panduan dan ebook yang ringkas. Satu hari nanti mungkin anda boleh menerbitkan buku sendiri. Saya telah menulis lebih 10 buah buku motivasi dan akedamik.

Page | 18

BAB 7 Panduan pemasaran paling mudah menjual ebook Terdapat lebih 1001 stratigi memasarkan ebook. Jika anda mempunyai website yang canggih dan isi ebook yang baik tetapi tidak dapat menjual ebook tersebut ianya tidak berguna. Saya membahagikan teknik pemasaran kepada tiga kategari iaitu - Pemasaran percuma Teknik pemasaran percuma biasanya boleh digunakan di link blog atau website. Ia juga boleh dipasarkan melalui facebook secara percuma. Memanglah menjual ebook ianya sangat murah serendah RM10-RM50 tetapi jika ada 100 orang pembeli berapa anda dapat. Jika anda menjual dengan harga RM35 jika ada 100 orang membeli anda telah mendapat RM3500, ianya lumaiankan. Antara beberapa teknik percuma pemasaran anda boleh menggunakan i.

Facebook atau pagebook

ii.

Twitter

iii.

E-mail

iv.

You tube

v.

Melalui SEC ( Search Engine Optimization )

Page | 19

- Pemasaran berbayar Anda boleh menggunakan teknik periklanan berbayar jika anda mempunyai budget untuk aktiviti pemasaran. Tetapi perlulah berhati-hati supaya budget iklan tidak melebihi pendapatan jualan. i.

Periklanan melalui banner

Ini adalah teknik pemasaran paling mudah dalam teknik pemasaran berbayar. Banner ini akan diletakkan dalam beberapa website yang pengunjungnya ramai setiap hari. ii.

Pengiklanan melalui Facebook Ads.

Saya banyak menggunakan teknik ini untuk menjual ebook saya. iii.

Google Adwords

Google Adwards adalah cara pemasaran di google dengan menggunakan teg atau dengan menggunakan perkataan penting.

- Pemasaran kongsi

i.

Menggunakan Affiliate system

ii.

Joint venture dengan pihak lain.

Page | 20

BAB 8 Teknik berkesan memujuk pelawat membeli ebook anda. Menurut kajian hanya 1% mereka yang melihat iklan anda dan akan membeli ebook anda. Bagaimana anda boleh menjual ebook anda dengan banyak sekarang saya akan tunjuk kan. Email marketing adalah caranya. Untuk mendapatkan database, anda perlulah memberikan bab-bab percuma kepada mereka supaya mereka memberikan maklumat mereka kepada kita. Saya contohkan seperti dibawah. Saya memberikan sebahagian penulisan ebook saya kepada pembaca dan mereka memberi dataset mereka kepada kita melalui system yang dibangunkan. Membangunkan system pangkalan data yang mudah dengan anda membangunkan melalui drive.google.com.

Page | 21

Setelah anda mendapat database tersebut anda boleh mula menjual melalui database yang anda ada. Anda boleh menjual dengan menghantar email kepada mereka melalui beberapa email yang anda hantar. Berikan lebih detail maklumat yang anda ada kepada mereka yang anda hantar melalui email.

Coach Bahar bersama keluarga di akhbar tempatan menceritakan kejayaan bisnes mereka sekeluarga

Page | 22

Bonus : 17 Nasihat untuk seorang usahawan baru 1. Lakukan sahaja dengan yakin.

Jika anda mahu mulakan .... mulakan sahaja. Saya tahu anda punya 1001 halangan tetapi berusahalah melepasinya. Jadikan halangan itu sebagai cabaran anda untuk berjaya daalm bisnes.

2. Jangan berharap besar, nanti kecewa besar.

Ramai yang menyangka bisnes boleh mengkayakan mereka. Jawabnya tidak...ya tidak. Usahalah bersungguh-sungguh.

3. Bergantung harap pada Allah 100%

Rezeki dari Allah, jangan berharap pada sesiapa. Percaya pada diri sendiri.

4. Mengumpil bakat diri

Ramai yang tidak mengunakan bakat yang mereka ada. Ramai yang membazir bakat mereka hanya kerana mereka takut.

Page | 23

5. Buat dari kecil

Sebelum bertanding dipadang besar, berlatihlah dulu bertatih berjalan baru berlari. Sama juga dalam dunia bisnes.

6. Jangan buat seorang diri

Selagi anda tidak mempercayaan orang lain untuk bersama dalam bisnes anda selagi itu bisnes anda masih sukar berkembang.

7. Buat bisnes jenia perkhidmatan.

Untuk bisnes pertama anda adalah baik jika anda memilih jenis bisnes perkhidmatan atau servises kerana ianya adalah kurang modal. Kumpul untuk untuk bisnes yang lebih besar.

8. Buat sampai siap dan habis.

Ramai orang buat bisnes sekerat-sekerat tidak dihabisman bisnesnya.

9. Sabar dengan kerenah bisnes

Jangan ada anggapan bisnes ni mudah nak berkembang. Seminit kita leka banyak yang kita akan rugi. Duit kita dari poket orang lain, kita perlu mempunyai seni mengambil duit dari poket orang lain ke poket kita.

Page | 24

10. Hidup peniaga perlu seperti rajawali.

Impiannya besar dan terbangnya tinggi. Jangan jadi bangsa ayam berebut-rebut, fitnah sesama sendiri, patut mematuk. Telur sebiji riuh sekampung.

11. Hidup peniaga perlu rajin seperti semut

Semut rajin, dihalang ke kiri , mereka ke kanan. Jika dihalang ke kanan mereka ke kiri.

12. Jati diri perlu tinggi

Golongan peniaga tak ramai, spisis ini bukan spisis biasa yang boleh jumpa. Ramai yang tidak memahami anda.

13. Peniagaan adalah fardu kifayah.

Peluang halal besar, tetapi ramai yang tidak mengambil kesempatan.

14. Jangan banyak berhutang

Lebih lagi saudara mara atau rakan terdekat.

15. Menjadikan masalah kepada peluang.

Page | 25

Seorang sahabat saya diputrajaya susah nak potong rumput di depan rumahnya dan menjadikan itu sebagai kerja part time nya sekarang menjana 5 k sebulan.

16. Buat dulu perkara yang paling anda takut nak buat.

Kita tak bergerak selalunya kerana kita takut untuk melakukannya. Itu hanya persepsi sahaja.

17. Mulakan apa yang anda tahu.

Bisnes dari rumah Bila lihat sahaja tajuk di atas saya percaya ramai yang masih skeptikal tentang peluang yang mampu di perolehi dari idea ini. Apa dia bisnes dari rumah? Bisnes dari rumah merupakan kerja yang sah bukanlah sesuatu yang pelik. Terutama yang masih berfikiran kolot termasuk saya dahulu pun selalu fikirkan cari kerja, kerja tetap, kerja pejabat, kerja dengan orang! Tidak semestinya! Orang yang bekerja dari rumah adalah yang kreatif, berkemahuan tinggi, mencipta kerja sendiri dan percaya rezeki itu datang dari Allah swt. OK. Bagaimana nak kerja dari rumah ni. Nak buat apa. Salah satu cara yang mudah untuk bermula adalah dengan menjual produk informasi. Ia adalah produk yang menerangkan atau penyelesaian kepada satu topik dan selalunya dalam bentuk penulisan, video, audio, gambar dan sebagainya. Page | 26

Ada dua cara untuk hasilkan produk ini samada anda hanya sediakan dalam bentuk digital yang mana ia boleh di download dari internet atau anda juga boleh hasilkan produk informasi dalam bentuk fizikal seperti buku, phamplet, CD, DVD dan pelbagai lagi. Ini adalah ideanya yang sangat praktikal jika anda mahukan satu bisnes dari rumah yang anda boleh mulakan dalam masa yang singkat. Mungkin di Malaysia perkara ini adalah satu perkara pelik. Di UK, Eropah dan US mereka yang bekerja dari rumah ini sudah mula di kena kan cukai kerana pendapatan mereka lebih dari pendapatan mereka yang makan gaji. saya pernah tinggal di Uk selama lebih empat tahun. Ada diantara sahabat saya yang pendapatanya berbisnes online menjual melalui ebay. itu sudah 10 tahun dulu, kini mereka jauh lebih hebat. Sahabat saya Zubaile Abdullah juga semasa tinggal di UK menjual tekit konsert dan tekit pelawanan bola sepak yang tak pernah dia pergi dengan mudah dan cepat melalui bisnes online. Sahabat saya, Roslan Ab Hamid dan Mba San menjadikan penulisan dan menerbitkan buku sumber pendapatan mereka. jika kena gayanya , melalui penulisan anda boleh menjadi jutawan dalam masa setahun dari hasil jualan buku dan ebook. "Segalanya mungkin jika anda dalam ketidakpastian", kemingkinan yang teruk tidak akan berlaku jika anda yakin pada apa yang anda lakukan.

Page | 27

TAWARAN Assalammualikum. Saya bukanlah terlalu banyak masa tetapi saya rasa saya perlu menyampaikan dengan lebih walau sedikit ilmu kewangan. ebook ini adalah sebahagian yang saya akan kongsikan. Banyak sebenarnya idea dan teknik menjana wang. Ramai yang bercita-cita untuk mengumpul duit, ramai yang tak ada idea macam mana nak buat duit. Macam mana saya nak dapat 100k jika gaji saya baru 1000 sebulan. Itu sebabnya anda perlukan maklumat dan perkongsian

Page | 28

ini. Semua kejayaan yang anda inginkan tidak berada di zon selasa anda. Tahun lepas saya kumpulkan secara berkumpulan beberapa rakan karib saya sebagai experiment. Saya ajarkan secara ilmuan bagaimana mereka boleh mengumpul duit sebanyak itu. Sebenarnya ada formula dan sifirnya. Ramai orang yang anggap ianya mustahil, terpulanglah dan saya mendapatkan 100 ribu sebulan dengan cara yang sama. Ianya bukanlah satu program MLM , saya tidak menjual apaapa , anda sendiri sebenarnya yang boleh mengubah diri anda dengan pengurusan wang yang baik.

Page | 29

Untuk saya terus menulis dan memberi panduan saya dicadangkan untuk membuat satu group dan berkuminikasi melalui group. Jadi dalam group ini saya akan dedahkan 1001 idea , maklumat , cara dan berkongsi apa sahaja yang saya tahu untuk mencapai matlamat. Ramai yang berminat untuk menyertai sertai group ini dan saya bersetuju untuk membuka peluang kepada 100 orang yang pertama dengan yuran keahlian RM999. Anda hanya membayar RM300 sahaja kerana anda adalah mereka yang terawal. Page | 30

- Kemungkinan anda perlu hadir beberapa perbincangan (dikenakan yuran minimum). -

Perkongsian melalui group

-

Rangkain melalui group

sila ikuti 2 langkah mudah berikut : 1. Bankin RM300 sahaja ke akaun MAYBANK 151052252907 (Baharuddin Mohamed) - akaun atas nama BAHARUDDIN BIN MOHAMED. 2. Sila email butiran NAMA, EMAIL, USER FB, PHONE dan bukti pembayaran ke email saya [email protected] . Anda akan mendapat email balasan Page | 31

dari pihak kami. Tajuk email “group 100 sehari”

3. Selepas Email anda PM inbox saya semula ya. Saya akan luluskan anda dalam group. Sabar ya..sabar. step by step kita belajar insyaallah semua dapat ilmu yang bermanfaat ini.

Terima kasih Coach Bahar

Page | 32