Pemotong Kayu Berhati Mulia Flipbook PDF

Pemotong Kayu Di hujung sebuah negeri, tinggal sebuah keluarga miskin. Si suami bekerja sebagai pemotong kayu. Isterinya
Author:  C

67 downloads 161 Views 1MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

PEMOTONG KAYU BERHATI MULIA

NAMA

:

KELAS

:

SEKOLAH :

www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Di hujung sebuah negeri, tinggal sebuah keluarga miskin. Si suami bekerja sebagai pemotong kayu. Isterinya pula menolongnya menjual kayu api. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

1

Pada suatu hari, datang seorang pengemis ke rumah mereka. “Wahai

pemotong

kayu,

kasihanilah aku! Aku sangat lapar,” kata pengemis itu. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

2

Pemotong kayu itu berasa kasihan. “Wahai

pengemis,

maafkanlah

aku kerana hari ini aku benar-benar tiada wang!” kata pemotong kayu itu dengan hati yang sedih. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

3

Kemudian

pemotong

kayu

itu

bertanya kepada isterinya, “Wahai isteriku, adakah engkau menyimpan sedikit wang? Kasihan pengemis ini!”

www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

4

“Wahai suamiku, hari ini kita tidak mempunyai wang! Kita juga tidak mempunyai

makanan,”

jawab

isterinya dengan perasaan sedih.

www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

5

Pemotong kayu itu lalu pergi mengambil ayam dan beberapa biji telur ayam. “Wahai pengemis, ambillah ayam dan telur ini!” kata pemotong kayu itu. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

6

“Terima kasih!” kata pengemis itu dengan perasaan gembira. Selang beberapa hari kemudian, pemotong kayu dan isterinya dititahkan menghadap raja di istana. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

7

“Wahai

pemotong

kayu,

beta

kurniakan hadiah sekarung wang emas kepada kamu. Ini adalah balasan kerana budi baikmu kepada seorang pengemis yang lapar,” titah raja. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

8

Pemotong

kayu

dan

isterinya

berasa sangat hairan. “Bagaimanakah patik

menolong

tuanku pengemis

tahu itu?”

tanya pemotong kayu. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

9

Raja tersenyum sambil berkata, “Pengemis itu ialah beta sendiri. Beta menyamar untuk melihat dan mengetahui hal-ehwal rakyat beta.”

www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

10

Semenjak hari itu, pemotong kayu itu tidak hidup susah lagi. Dia sudah menjadi orang kaya. Malah, dia selalu pula menolong orang-orang miskin. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

11

Demikianlah balasan perbuatan baik. Berbuat baik akan menerima balasan baik.

www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

12

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.