PENGARUH BUDAYA LUAR Flipbook PDF

PENGARUH BUDAYA LUAR
Author:  n

13 downloads 109 Views 2MB Size

Recommend Stories


SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA BIL. 1 NAMA NEGARA AFRIKA SELATAN ALAMAT PERWAKILAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, PRETORIA HIGH CO

Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

Story Transcript

PENGARUH BUDAYA LUAR AHLI KUMPULAN : ALEXSON SANGGAU ANAK ALEXANDER 20DKA21F2025 EMILYLULIANA ANAK MEREBAR 20DKA21F2018 NATASIA NYUTA ANAK ENGELBERTH KUNYANG 20DKA21F2016

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM NAMA PENSYARAH : FATIN FAQERIAH BINTI HAJI HAMSAH

MPU 23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

PENGHARGAAN Selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian.Kami ingin mengucapkan syukur kerana di atas izin Tuhan dapat juga kami menyiapkan e-folio yang telah kami usahakan yang bertajuk Pengaruh Budaya Luar dalam masyarakat.kami jugan ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada ahli-ahli kumpulan dan pensyarah yang banyak membantu kami sepanjang menyiapkan efolio. Sekalung penghargaan untuk Puan Fatin Faqeriah Binti Haji Hamsah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami terutamanya dalam e.folio. Tidak lupa juga

rakan-rakan

seperjuangan

yang

sama-sama

berjuang dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Bantuan rakan-rakan sekalian amat saya hargai dan saya berharap kita dapat belajar sesuatu dalam menyiapkan tugasan . Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung

sepanjang

tugasan

dijalankan

dan

dibentangkan. Seomga kita sama-sama memperoleh kejayaan kelak.

OBJEKTIF Mengenalpasti apakah yang dimaksudkan pengaruh budaya luar dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga boleh menyebabkan melahirkan sikap yang negatif dalam diri masyarakat. Kami juga dapat mengenal pasti apakah faktor-faktor berlakunya pengaruh budaya luar di kalangan masyarakat. Kami dapat mengkaji kesan-kesan berlakunya pengaruh budaya luar di kalangan masyarakat. Kami juga dapat mengenalpasti cara-cara mengatasi pengaruh budaya luar di kalangan masyarakat sebelum terlambat. Kami dapat mencari contoh-contoh isu pengaruh budaya luar yang boleh kita perolehi dalam Malaysia

PENGENALAN Perkara ini semestinya adalah perkara yang sangat negatif dan tidak sihat kerana ianya boleh merosakkan pemikiran seorang individu.Jika perkara ini tidak dibendung dengan segera, kemungkinan untuk menghasilkan generasi yang dapat berbakti kepada negara pada masa akan datang adalah sangat tipis dan perkara ini boleh merosakkan nama negar akita Malaysia. Oleh itu, semua pihak di Malaysia haruslah berganding bahu untuk membantu dalam mengendalikan masalah ini sebelum masalah ini menjadi lebih teruk bak peribahasa sebelum nasi menjadi bubur. Pengaruh budaya luar terhadap orang ramai di Malaysia sangat membimbangkan sehingga ke hari ini. Hal ini mengakibatkan banyak individu menjadi terpesong dengan gejala yang ada disekelilingi mereka. Seacara umumnya, pengaruh budaya luar boleh dedifinisikan sebagai gerakan luar dan penjajahan fikiran yang dilakukan oleh sesetengah individu yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu untuk menundukkan banyak individu dengan meleburkan nilai-nilai,memesongkan fikiran terhadap pengertian agama. Sebagai contoh remaja mula terjebak dengan pengaruh budaya meminum alkohol,black metal,membuli dan sebagainya.

FAKTOR CABARAN PENGARUH BUDAYA LUAR DIRI SENDIRI

Antara punca berlakunya pengaruh budaya luar ialah diri sendiri. Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakan remaja yang menganggotainya.Budaya luar seperti punk merupakan budaya yang diamal oleh orangorang yang tidak mempunyai agama.Antara kumpulan punk

yang

diminati

Sabbath,Slipknot,Iron

ramai

remaja Maiden

ialah

Black dan

sebagainya.Kesannya,remaja yang terpengaruh dengan budaya seperti ini akan terjerumus di dalam hidup yang penuh dengan kegelapan .Oleh itu,sebagai seorang remaja yang berfikiran lebih luas dan matang kita haruslah berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal di kemudian hari bak kata pepatah marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

FAKTOR CABARAN PENGARUH BUDAYA LUAR RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu pengaruh budaya luar. Hal ini demikian kerana selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat dengan rakan sebayanya. Ajakan rakan merupakan perkara yang paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan terutamanya dari segi perasaan dan pemikiran. Oleh itu, tanpa berfikiran panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan. Bukan sahaja begitu, perasaan berbolak-balik seseorang remaja kerana melihat situasi sekeliling khasnya rakan sebaya yang budayanya kian sama dengan budaya Barat juga menyumbang kepada faktor budaya tersebut semakin giat diperluaskan. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang individu terutamanya pada usia remaja seharusnya bijak memilih rakan kerana akibat daripada salah memilih kawan persis dengan peribahasa kerana setitik nila, rosak susu sebelangga.

FAKTOR CABARAN PENGARUH BUDAYA LUAR KELUARGA

keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam hal ini. Hal ini demikian kerana anak-anak berasa tidak diperlukan, kita sedia maklum bahawa perasaan seorang anakanak sangat sensitif dan mudah terikut-ikut dengan situasi yang sedia ada. Bukan sahaja begitu, kebosanan serta kekurangan kasih sayang juga akan membuatkan remaja akan berpaut dan mencari pengganti yang lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam budaya barat ini. Sebagai contoh, punk amat mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain, secara tidak langsung hal tersebut membuatkan remaja berpendapat bahawa budaya itu dapat memenuhi keperluan kasih sayang yang mereka inginkan.

FAKTOR CABARAN PENGARUH BUDAYA LUAR MEDIA MASSA

penciptaan televisyen juga nyata menjadi salah satu faktor

yang

mempengaruhi

kehidupan

seharian

manusia. Menurut kajian, Marican dan Mohamed dalam Ab. Halim Tamuri (2002) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara. Hal ini berikutan dengan wujudnya majalahmajalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Secara tidak langsung, kesemua cetakan dan paparan ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Budaya barat pada masa kini melimpah-ruah

di

Malaysia

melalui

media

baru

mahupun lama. Tidak dinafikan bahawa tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Sebagai contoh,

filem

dan

siri

televisyen

Amerika

mengetengahkan gaya ikutan yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.

FAKTOR CABARAN PENGARUH BUDAYA LUAR KURANG DIDIKAN AGAMA

Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah faktor yang mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan jantina. Pegangan agama yang lemah dikalangan remaja juga disebabkan kurangnya didikan dari ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk berkerja untuk mencari nafkah tidak mampu mendidik

anakanak

ke

jalan

yang

betul

iaitu

mendekatkan diri dengan tuhan. Oleh itu, mereka selalu terpesong

dan

terjerumus

dalam

perkara-perkara

negatif atau mudah dipengaruhi budaya luar.

KESAN PENGARUH BUDAYA LUAR

MARUAH TERCALAR

Isu budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.

KESAN PENGARUH BUDAYA LUAR

KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.

KESAN PENGARUH BUDAYA LUAR

MELEMAHKAN KEIMANAN REMAJA

kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isuisu

budaya

barat

adalah

apabila

kanak-kanak

menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan

kepada

diri

mereka

adalah

apabila

kanakkanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini, kesan yang dihadapi

kepada

kanak-kanak

akan

meruntuhkan

keimanan mereka dan menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di sekolah mahupun di rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan islam mereka haruslah memimpin anakanak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan

mengurangkan

memasang

lagu

dari

budayabudaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah ilmu.

KESAN PENGARUH BUDAYA LUAR

HILANG NILAI DIRI DALAM

MASYARAKAT

Isu budaya barat ini banyak memberi kesan yang negatif kepada remaja terutamanya kanak-kanak pada masa kini. Isu budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam Islam dan Seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media serta pemikiran.

KESAN PENGARUH BUDAYA LUAR

BERLAKU MASALAH SOSIAL

Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari ini yang kebanyakan mereka mengikut nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.

LANGKAH MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI NEGARA KITA PENAPISAN FILEM BARAT

Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan

budaya

ketimuran

Malaysia.

Tidak

dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan

LANGKAH MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI NEGARA KITA DIRI SENDIRI/REMAJA

Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan. Individu haruslah ada matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai citacita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai

dengan

ahli

keluarga,

guru-guru

dan

masyarakat disekeliling. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi

setiap

suka

dan

dukanya

serta

tidak

memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

LANGKAH MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI NEGARA KITA MEMILIH RAKAN

Memilih rakan Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakanrakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik

akan

mengajak

remaja

untuk

belajar

bersungguhsungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Oleh kerana itu, individu haruslah bijak dalam memilih rakan.

LANGKAH MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI NEGARA KITA KAWALAN TERHADAP MEDIA SOSIAL

Kawalan terhadap media sosiaL Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu di antara individu, remaja, keluarga, sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, semua pihak perlu menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah disediakan pada masa kini untuk menjauhi portalportal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi kepada semua pihak.

LANGKAH MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI NEGARA KITA IBU BAPA

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ibu bapa berperanan penting untuk mendidik anak-anak untuk menjauhi pengaruh budaya luar dari usia setahun jagung. Sejak kanak-kanak masih kecil lagi, ibu bapa perlu berpesan kepada anak-anak supaya menjauhi perkara yang negatif. Hal ini adalah bagi menerapkan nilai-nilai

murni

dalam

diri

anak-anak

disamping

mengajar mereka mengelakkan diri dari perkara yang negatif. Selain itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak. Hal ini kerana pegangan agama dapat membantu mereka untuk menangkis segala anasir yang memesongkan pikiran

mereka.

Oleh

itu,

pegangan

agama

yang

sempurna boleh menjadi benteng dalam menghalang seseorang daripada terpengaruh dengan pengaruh budaya luar.

CONTOH ISU BERLAKU DI MALAYSIA

CONTOH ISU BERLAKU DI MALAYSIA

CONTOH ISU BERLAKU DI MALAYSIA

KESIMPULAN Tidak semua pengaruh barat itu buruk dan merosakkan. Ada yang baik dan boleh membantu daya kreativiti, intelektual dan membangun kita. Tetapi pengaruh baik agak sukar mendapat tempat di hati remaja masa kini. Malahan, pengaruh buruk lebih mudah diterima dan diamalkan secara ekstrim. Seharusnya, masyarakat kita perlu menapis dan membudayakannya mengikut citarasa masyarakat setempat dan bukan mencedok/mengikut bulat-bulatsehingga menimbulkan kesan buruk.

RUJUKAN BUKU Pendidikan moral tingkatan 1- tingkatan 5 Pendidikan sivik tingkatan 1-5 LAMAN WEB https://masyarakat-pengaruh-budayaluar.blogspot.com/ http://remajadimalaysia.blogspot.com/ 2010/10/budaya-barat.html https://prezi.com/jxybjhmkvkwb/penga ruh-budaya-negatif-peradaban-baratterhadap-masyarakat/

TERIMA KASIH ! Buku ini adalah untuk memberi informasi mengenai apa itu pengaruh budaya luar, faktor masyarakat terpengaruh dengan budaya luar, kesan

pengaruh

budaya

luar

terhadap

masyarakat dan langkah mengatasi pengaruh budaya luar terus tersebar di negara kita. Diharapkan setiap lapisan umur masyarakat sedar bahaya pengaruh budaya luar setelah membaca e-majalah ini.

Do You Need More Help? This space can be used to share a pull-out quote or to highlight important ideas. You can also share links to your website or social channels, so the readers will know how to reach you.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.