Data Loading...

PERSEDIAAN KERJAYA Flipbook PDF

PERSEDIAAN KERJAYA


325 Views
78 Downloads
FLIP PDF 305.91KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Isu Re levan Karangan BM SPM ke rtas 1 (b) PE RSE DIAAN M E N E M PUH ALAM PE KE RJAAN

JANAH BINTI HJ HAMZAH GURU BAHASA MELAYU SPM SMK PEKAN BARU MUAR

KRITERIA KARANGAN CEMERLANG BHG B 60-70 Markah qPenggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. qPenggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis qEjaan dan tanda baca yang betul qLaras bahasa sesuai dengan tugasan qPenggunaan kosa kata luas dan tepat qIdea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. qPengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. qWacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. qGaya bahasa sangat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Di m e nsi Di ri Matlamat seseorang pelajar adalah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan cita-cita dan kebolehan mereka. Huraikan pendapat anda tentang persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan.

Pendahuluan Memukau Pemeriksa - 8 ayat Ayat

Jenis Ayat

Ayat contoh

1

Frasa menarik

Dalam menempuhi era globalisasi dan dunia tanpa sempadan hari ini, kehidupan menjadi semakin mencabar dalam segenap aspek sama ada ekonomi, pendidikan, politik mahupun sosial.

2

Tema

Sejak akhir-akhir ini, isu bidang pekerjaan sering menjadi topik perbincangan hangat di media massa sama ada media cetak atau media elektronik.

3

Isu

Sehubungan dengan itu, fenomena ini amat relevan kepada setiap individu dan pastinya langkah-langkah yang lebih efektif akan diteruskan untuk menghasilkan impak yang maksimum.

4

Definisi

Menurut Hal (1976) kerjaya dapat didefinisikan sebagai kerja yang berlaku dalam kehidupan individu manakala menurut Kamus Dewan, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup

5

6

7 8

Contoh

Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor,jururawat,juruterbang,peguam,jurutera,guru dan sebagainya. Ayat Isu 2 Sesungguhnya, dalam dunia tanpa sempadan hari ini,persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menjadi terlalu sempit dan hanya mereka yang mempunyai minat yang mendalam dan usaha yang kental mampu mendapatkan kerjaya yang diimpikan. Ayat Keadaan ini bak kata orang tua-tua,'biar putih peribahasa tulang jangan putih mata'. Ayat Tugasan

Persoalannya, apakah persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan? Solusinya akan dibincangkan secara tuntas dalam perbincangan ini. 175 PP

12 ayat setiap perenggan isi

PE RE NGGAN 1

AYAT JENIS AYAT

AYAT CONTOH

1

Ayat Topik Pada pendapat saya, antara persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan ialah mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental

2

Ayat huraian 1

Hal ini dikatakan demikian kerana dengan persediaan fizikal dan mental yang kukuh mereka akan mampu menghadapi segala tekanan dan bebanan yang akan dihadapi nanti.

3

Ayat huraian 2

Bukan itu sahaja, mereka juga akan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

4

Ayat huraian 3

Bahkan,hasil kerja mereka menepati masa dan sasaran.

5

Ayat outcome 1

Pada masa yang masa,dengan persediaan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental akan menghasilkan pekerja dan masyarakat yang berdaya saing.

6

Ayat outcome 2

Hal ini sudah pasti akan melonjakkan ekonomi dan seterusnya memajukan negara kita

7

Ayat huraian 4

Sebaliknya, tanpa persediaan dari segi fizikal dan mental sudah pasti par a re maja tidak akan mampu unt uk mendepati tekanan dan bebanan yang bakal ditempuhi dalam dunia kerjaya nanti.

8

Ayat contoh

Tamsilannya, bebanan kerja boleh menyebabkan emosi terganggu dan fikiran bercelaru sehingga mengakibatkan penyakit serius seperti tekanan darah tinggi,kemurungan dan sebagainya.

9

Ayat huraian Lantaran itu, mereka tidak akan dapat memberi tumpuan dan Contoh 1 mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pekerjaannya.

10

Ayat huraian Sesungguhnya, keadaan ini boleh menyebabkan mereka dipecat Contoh 2 oleh majikan.

11

Ayat peribahasa

Fenomena ini amat sesuai dengan peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

12

Ayat penegasan

Sudah terang lagi besuluh bahawa bersedia dari segi fizikal dan mental merupakan antara persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. 201 PP

PE RE NGGAN ISI KE DUA

AYAT JENIS AYAT

AYAT CONTOH

1

Ayat Topik

Selain itu, persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan yang seterusnya ialah mereka hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi.

2

Ayat huraian 1

Hal ini bermaksud,melalui kemahiran komunikasi yang baik mereka akan dapat memberi dan menerima arahan dengan jelas.

3

Ayat huraian 2

Di samping itu, mereka juga akan dapar berinteraksi dengan baik.

4

Ayat huraian 3

Lebih-lebih lagi, dengan kemahiran komunikasi yang baik mampu melahirkan semangat bekerja secara berpasukan yang utuh dan kukuh.

5

Ayat outcome 1

Hal ini menyebabkan mereka mampu menjadi pekerja yang produktif atau pemimpin yang berwibawa.

6

Ayat outcome 2

Maka, ini secar tidak langsung mampu menaikkan produktiviti dan meningkatkan ekonomi negara.

7

Ayat huraian 4

Berbeza dengan tanpa kemahiran komunikasi yang baik nescaya mereka tidak dapat berinteraksi dengan lancar dan ini akan menjejaskan prestasi kerja.

8

Ayat contoh

Misalnya, petah dan matang berbicara dalam melontarkan idea dan pendapat

9

Ayat huraian K e m a h i r a n k o m u n i k a s i i n i d i p e r o l e h m e l a l u i p r o s e s Contoh 1 pembelajaran di sekolah, latihan berterusan dan mengikuti kursus berkaitan komunikasi.

10

Ayat huraian Kesemua ini amatlah penting memandangkan dunia terbuka Contoh 2 pada hari ini memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk menyatakan hujah yang bernas serta pendapat yang matang bagi memperluas rangkaian klien dan pasaran.

11

Ayat peribahasa

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

12

Ayat penegasan

Berdasarkan penerangan di atas jelaslah bahawa mempunyai kemahiran komunikasi yang baik merupakan antara pesediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. 194 pp

PE RE NGGAN ISI KETIGA

AYAT JENIS AYAT

AYAT CONTOH

1

Ayat Topik

Di samping itu, persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan yang selanjutnya ialah remaja perlu mendapatkan kelayakan akademik yang tertinggi.

2

Ayat huraian 1

Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kelayakan akademik yang baik sahaja remaja mampu memilih kerjaya yang mereka idam-idamkan.

3

Ayat huraian 2

Tambahan pula,dengan pencapaian akademik yang tinggi mereka mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi dan lebih baik.

4

Ayat huraian 3

Seperkara lagi, sudah pasti dengan pencapaian akademik yang tinggi mereka akan mendapat gaji yang lebih lumayan.

5

Ayat outcome 1

Dengan demikian, mereka akan dapat membantu ekonomi keluarga masing-masing bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak dirundung masalah kemiskinan.

6

Ayat outcome 2

Bertitik tolak daripada itu, remaja mampu menjadikan negara sebagai sebuah negara yang maju dan terus membangun.

7

Ayat huraian 4

Namun demikian,tanpa kelayakan akademik yang tinggi,sudah pasti remaja terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan walaupun gaji yang diperoleh tidak seberapa.

8

Ayat contoh

Tamsilnya, kelulusan di peringkat diploma hingga ke peringkat master merupakan prasyarat utama dan kehendak pasaran kerjaya semasa.

9

Ayat huraian Keadaan ini tentunya dapat memastikan mereka memiliki Contoh 1 pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang.

10

Ayat huraian Jadi, secara tidak langsung kelulusan yang tinggi dapat memberi Contoh 2 keyakinan kepada pihak majikan dan juga kepada diri remaja itu sendiri.

11

Ayat peribahasa

Orang tua-tua ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

12

Ayat penegasan

Maka,sudah terang lagi bersuluh bahawa mendapat kelayakan akademik yang tertinggi merupakan antara persediaan remaja sebelum menceburi alam pekerjaan. 142 pp

PE RE NGGAN ISI KE E M PAT

AYAT JENIS AYAT

AYAT CONTOH

1

Ayat Topik

Dari aspek yang lain, remaja juga hendaklah mempunyai pengetahuan terhadap bidang pekerjaan yang bakal diceburi.

2

Ayat huraian 1

Hal ini dikatakan demikian kerana dengan mempunyai pengetahuan terhadap bidang pekerjaan yang bakal diceburi mereka akan lebih bersedia untuk menerima dan menjalankan tugasan yang bakal digalas.

3

Ayat huraian 2

Selain itu, mereka mudah untuk menyelesaikan masalah dengan lebih cekap dan cepat.

4

Ayat huraian 3

Sementelahan pula, dengan adanya pengetahuan awal ini mereka boleh bekerja dengan pemikiran yang lebih kritis dan menjadi lebih profesional.

5

Ayat outcome 1 [kesan]

Natijahnya, kita akan melahirkan rakyat yang progresif,mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan negara.

6

Ayat outcome 2

Dengan berbuat demikian,sudah tentu negara kita mampu mencapai sasaran menjadi negara maju.

7

Ayat huraian 4

Sebaliknya, tanpa mempunyai pengetahuan terhadap bidang pekerjaan yang bakal diceburi nescaya mereka tidak akan bersedia untuk menerima dan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

8

Ayat contoh

Perkara ini terbukti dengan mempunyai pengetahuan terhadap bidang pekerjaan yang bakal diceburi sebelum berkhidmat seperti gaji pokok yang ditawarkan termasuk elaun tambahan,bonus,suasana tempat kerja,peluang kenaikan pangkat membolehkan seseorang remaja itu merancang masa depan dengan lebih baik.

9

Ayat huraian Contoh 1

Hal ini berlaku kerana seseorang individu perlulah menekankan faedah sampingan yang bakal diperoleh selain dapat menjamin kedudukan kewangan yang stabil.

10 Ayat huraian Contoh 2

Selanjutnya,kita akan dapat menyeimbangkan kadar perbelanjaan sesuai dengan pendapatan yang diperoleh untuk menjamin tabungan apabila berkhidmat dalam sesebuah sektor pekerjaan.

11 Ayat peribahasa

Bijak pandai dahulu kala mengatakan bahawa beringat sebelum kena,jimat sebelum habis.

12 Ayat penegasan

Jelaslah bahawa mempunyai pengetahuan terhadap bidang pekerjaan yang bakal diceburi merupakan persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. 260 pp

PE RE NGGAN ISI KE LI MA

AYAT JENIS AYAT

AYAT CONTOH

1

Ayat Topik

Dari persepktif yang lain, remaja juga hendaklah menguasai pelbagai bahasa utama dunia sebelum menceburi bidang pekerjaan.

2

Ayat huraian 1

Hal ini dikatakan demikian kerana melalui penguasaan pelbagai bahasa utama dunia akan memudahkan remaja tersebut untuk berkomunikasi sama ada dengan pelanggan atau pihak atasan.

3

Ayat huraian 2

Seterusnya, kemahiran tersebut dapat memastikan kerja menjadi lebih lancar dengan pengurusan maklumat yang cekap.

4

Ayat huraian 3

Sehubungan dengan itu juga, kita akan dapat meluaskan pasaran hingga ke peringkat global.

5

Ayat outcome 1

Kesannya, kita akan dapat melahirkan masyarakat dan pekerja yang produktif,inovatif dan kreatif.

6

Ayat outcome 2

Sekali gus, akan meningkatkan ekonomi negara dan hasilnya negara kita akan berkembang maju.

7

Ayat huraian 4

Kontradiksinya, tanpa penguasaan pelbagai bahasa utama d u n i a s u d a h p a s t i a k a n m e r u m i t k a n p ro s e s u n t u k berkomunikasi sama ada dengan pelanggan atau dengan pihak atasan yang akhirnya menyebabkan produktiviti menurun.

8

Ayat contoh

Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh diketengahkan ialah Dato Dr Fadhilah Kamsah, Mahathir Lokman, Datuk Uztaz Kasim Elias serta ramai lagi ikon yang telah berjaya dalam bidang kerja masing-masing dengan kepetahan berkomunikasi menguasai pelbagai bahasa asing dengan baik.

9

Ayat huraian Lantaran itu, mereka mampu memperoleh pendapatan yang Contoh 1 lumayan kerana sering diundang menyampaikan ceramah dan seminar.

10

Ayat outcome 1 (kesan)

Oleh itu, dengan adanya kemahiran berkomunikasi kita akan dapat melontarkan idea dengan sopan,beretika,berani dan penuh keyakinan.

11

Ayat peribahasa

Pepatah ada mengatakan bahawa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

12

Ayat penegasan

Izharlah, menguasai pelbagai bahasa utama dunia merupakan antara persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. 221 pp

PE N UTUP

1

Ayat Cadangan

Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, jelaslah bahawa isu persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan perlulah ditangani oleh ibu bapa,pihak sekolah dengan kerjasama remaja itu sendiri.

2

Ayat Harapan

Ole h s e b a b i t u , s e m u a p i h a k y a n g b e r t a n g g u n g j a w a b terutamanya kauselor sekolah hendaklah menganjurkan seminar dan taklimat secara berkala tentang kepentingan membuat pilihan kerjaya dan persediaan sebelum memasuki dunia kerjaya kepada pelajar agar masalah tiada persediaan dan sikap memilih pekerjaan dapat diatasi dan tidak menjejaskan masa depan mereka.

4

Ayat Peribahasa

Kita hendaklah menangani isu ini dengan lebih efektif dan bijaksana sebelum kudis menjadi tokak, sudah terhantuk baru tengadah.

5

Ayat pendapat

Sekiranya langkah-langkah ini berjaya direalisasikan, saya yakin masa depan remaja akan lebih terjamin. 94 pp