Data Loading...

RANDOM Flipbook PDF

RANDOM


135 Views
48 Downloads
FLIP PDF 5.93MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

e-book Random – Julai 2020 PENERBIT Lynn Dayana Facebook : Lynn Dayana Instagram : lynndayana E-mel : [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, diedar kepada pihak lain, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam sebarang bentuk atau apa jenis alat sekalipun tanpa keizinan penulis. Akad jual beli ini antara seorang pembeli dengan seorang penulis sahaja. Terima kasih. Reka Bentuk Ateen Khalid Konsep Muka Kulit Lynn Dayana

RANDOM Takdir Kopi Manis Indah Jodoh Deja vu

Lynn Dayana

Lynn Dayana

SENYUMAN menghiasi bibir Lana. Malam tadi dia mimpikan lelaki yang membuatkan hidupnya haru biru. Dia percaya, ini petanda. Petunjuk yang jodohnya dengan Fuad, ada. “Mimpi tu mainan tidur, kawan!” Rina mengingatkan. Risau melihat wajah Lana yang bercahaya dengan kesungguhan. “Aku letak nama dia dalam solat hajat aku.” Lana memberitahu tanpa malu. Memang itu yang dia lakukan. Bukan sekali tetapi sudah beberapa kali.

1

Random

Rina yang sedang menghirup air, tersedak. Dia menepuk dadanya. Perit tetapi tidak dapat melawan keperitan hakikat yang harapan Lana terhadap Fuad itu sangat besar. “Kau letak nama penuh dia ya?” tanya Rina dengan ikhlas. “Aku sebut nombor ic dia jugak.” “Erk…” “Sebut alamat kampung dia sekali.” Lana menjawab dengan yakin sambil menyapu peanut butter ke atas roti. “Kau ni obses.” Lana mengangguk. Dia mengaku, dia memang suka lelaki itu. Salahkah jika dia jujur? Tidak hipokrit. Bukankah niat yang ikhlas itu akan menentukan arah hala perjalanan doa kita? Diterima atau tidak, itu hal kedua. Yang penting, dia sudah meminta pada Allah yang Maha Berkuasa. “Tak boleh macam tu.” Rina menegur. Dia menambah air teh. Perlu banyak tenaga untuk melawan kegilaan teman serumahnya ini. 2

Lynn Dayana

Lana senyum dan mengunyah roti. Tidak. Tidak ada sesiapa yang akan menjadi penghalang antara dia dengan Fuad. Dia yakin, hanya Fuad jodohnya. “Aku takut, bila kau terlalu berharap dan kau tak dapat apa yang kau nak… Kau akan terluka dengan teruk.” Rina menjelaskan apa yang Lana kabur. Namun Lana menggeleng. Dia meletakkan roti yang masih berbaki ke atas pinggan semula. “Kau rasa kalau aku jatuh cinta dengan lelaki bernama Farid atau Hakim, aku tak akan terluka? Hah. Mana ada jaminan dalam cinta.” Lana mempertahankan apa yang dia percaya. Dia senyum lagi. Dalam mimpinya malam tadi, Fuad tersenyum manis. Bunyi Fuad ketawa… ya Tuhan, sungguh indah. Kalah segala ciptaan muzikal yang indah. “Pening mengeluh.

pulak

kepala

aku.”

Rin

“Jangan pening. Kau doakan aku dengan Fuad ya.” Lana menghabiskan rotinya lalu 3

Random

meminta diri. Dia perlu beredar. Tidak mahu lewat lagi ke tempat kerja. Nanti kena bebel lagi dengan mak singa. ◆

PINTU butik dibuka. Argh, waktu mahu cepat begini, kunci boleh pula tersekat tidak mahu keluar. Ditolak, ditarik, masih juga tidak mahu bergerak. Cis, hari ini bermula dengan baik. Tolong jangan jadi tidak baik. Lana berdoa. “Need helps?” Lana menoleh. Pandangan menjadi kaku. “Kunci tak boleh buka?” “Aah.” Lana beralih tempat dan lelaki itu menolong. “Boleh?” “Kejap.” Dan pintu pun terbuka. Lelaki itu menoleh dan senyum. “Terima kasih.” Lana menundukkan kepalanya. “Sama-sama. Dah bukakan? I nak ambik barang.” 4

Lynn Dayana

“Ohh, kejap ya.” Lana berlari anak masuk dan membuka lampu serta pendingin hawa. Dia kembali ke kaunter. “Encik ada bawa resit?” “Fuad, nama I Fuad.” Lana tergamam. Dia merenung wajah lelaki itu. Tampan. Bersih. Manis senyumannya. Lelaki itu berdeham. “Sorry, Encik Fuad ada resitnya?” Diulang soalan itu. Muka sudah memerah. Kalau dia ceritakan pada Rina, mesti Rina akan ketawakan dia. Dengar nama Fuad saja, semua perkara jadi biul. “Nah.” “Sekejap ya.” Lana membaca resit dan mengambil kebaya pengantin yang sudah siap di almari simpanan. “Okey Encik Fuad. Ini bajunya. Encik Fuad nak periksa dulu kebayanya?” “You tengok cantik tak?” soal Fuad. Dia mengerling jam tangan. Dia sudah lewat.

5

Random

“Cantik sangat. Kualiti jahitan mutiara kami antara khidmat yang kami banggakan.” Lana membalas dengan yakin. “Kalau macam tu, I percaya. Bayaran semua dah bayarkan?” “Alhamdulillah sudah.” “Thank you.” “Selamat jadi pengantin baru, Encik Fuad.” Lana mengucapkannya dengan ikhlas. Dia lihat bibir Fuad terbuka seperti mahu berkata sesuatu namun lelaki itu hanya melambai dan keluar dengan laju. Lana membalas lambaian. Untunglah bakal isteri Encik Fuad yang itu. Tak apa. Satu hari nanti, dia akan jadi Mrs Fuad juga. Insya-Allah. Beberapa pelanggan datang dan pergi. Kakinya terasa letih. Yalah, musim cuti sekolah hujung tahun akan datang tidak lama lagi. Memang musim orang kahwin jadinya. Lana mencapai botol airnya dan meneguk air perlahan. “Lana, you nak pergi makan, pergilah.” Amy, tuan punya butik itu menyuruh 6

Lynn Dayana

pembantunya rehat. Kasihan melihat Lana yang tidak berhenti melayan pelanggan. Mulut Lana memang ramah dan sentiasa tersenyum manis. Sebab itulah di antara pembantunya yang ada, Lana paling disukai. Jahitan Lana juga diakui kemas dan berkualiti, lagilah ramai yang suka. “Bos nak kirim apa-apa tak?” “i dah makan sebelum datang tadi. Lisa pun dah makan. You pergilah rehat sementara tak ada orang ni.” Amy membalas. “Okey bos.” Lana cepat-cepat mengambil beg duitnya. Mahu makan apa? Jam menunjukkan sudah menghampiri jam tiga. Memang lewat makan tengaharinya hari ini. Dia menyusuri jalan itu dengan berhatihati. Panas terik cuaca hari ini. Makan di Secret Recipe sajalah. Lana melangkah dengan senang hati. Wah, sudah pukul tiga pun masih ramai yang makan. Mungkin orang sudah minum petang agaknya. Matanya mencari meja yang kosong. Aha! Ada satu di hujung sana. Lana 7

Random

mengatur langkah dengan laju. Dia menarik kerusi dan melihat kerusi di hadapannya ditarik juga. Kepala diangkat. Mata saling berpandangan. “Sorry.” Mereka sama-sama meminta maaf. Sama-sama senyum. Lelaki itu melihat sekeliling namun tiada meja yang kosong. “Tak ada meja kosong lain.” Lana pula menoleh kiri dan kanan. Ya, memang penuh. Mahu tukar makan di tempat lainkah? “If you don’t mind, can we share this table? We can have our meal. Tak payah berbual pun tak apa.” Lelaki itu bersuara. Masa berjalan. Perut semakin lapar. Lana akhirnya mengangguk. Mudahkan urusan orang lain akan nanti memudahkan urusan kita bukan? Lana menyejukkan hati. Mereka duduk dan mencapai menu yang dihantar oleh pelayan. Sama-sama diam. Menelaah menu. “Ready?” 8

Lynn Dayana

“Hah?” “Ready to order? Kesian that girl kalau ulang alik ambil order banyak kali. Takut lambat juga.” Lelaki itu bersuara. “Apple juice. Vietnamese beef noodle.” Lana membuat pilihan. Sudah lama dia tidak menikmati sup yang sedap bersama sambal yang pedas. Lelaki itu melambai memanggil gadis pelayan lalu memberitahu pesanan Lana. Untuk dirinya dia memesan Fish and Chips dan Ice Lemon Tea. “Nak kongsi kek sementara tunggu makanan?” Lelaki itu bertanya. Lana menggeleng. Tadi kata tak bercakap pun tak apa. Sekarang mahu berkongsi kek? Terasa kekok pula. “Okey, okey. I dah terlebih bercakap.” Lana senyum. Ada deria ke enamkah? Lelaki itu mengambil telefonnya dan mula melihat skrin dengan khusyuk. Laju jemarinya melihat emel. Lana pun mencapai telefonnya dan melihat instagram. Hatinya sempat berdoa, cepatlah makanan sampai. 9

Random

Supaya mereka boleh meneruskan laluan hidup masing-masing. “Excuse me.” Gadis pelayan itu menghantar minuman. Air epal diberikan kepada lelaki itu. Ice lemon tea pula di hadapannya. Lana segera menukarkan gelas itu. “Thank you.” Lelaki itu mengucapkan dengan perlahan. Minuman dihirup perlahan. Lega. Dua mata saling berpandangan dan kemudian sama-sama ketawa kecil. “Hari ni panas. Haus.” Lana bersuara. “Cuaca sekarang tak menentu. Kena minum air lebih.” Lelaki itu membalas. Ketika itu juga makanan yang dipesan oleh Lana sampai. “You makanlah. Sejuk nanti tak sedap.” Lelaki itu menyuruh dengan sopan. Lana menghirup kuah. Allahuakbar. Mungkin dia memang kelaparan sebab itu terasa sangat sedap kuah sup.

10

Lynn Dayana

“Sorry, lambat sikit. Your fish and chip.” Gadis pelayan itu datang ke meja membawa hidangan. “It’s ok. Alhamdulillah.” Lelaki itu menadah tangan membaca doa. Menjemput Lana makan dan mula menikmati hidangan. Mereka makan dalam keadaan yang senyap. Tertib sahaja lelaki itu makan. Sepuluh minit selepas itu, pinggannya sudah licin. Lana pula masih ada separuh lagi isi mangkuknya. Mee hari ini kurang mahu memberi kerjasama. Degil pula ketika dia cuba mengambil dengan garpu. Mahu makan laju-laju takut diri diperhati. Lelaki itu menghabiskan minumannya. “I have to go. Enjoy your meal. Thank you for sharing the table.” Lana mengangguk. Lelaki itu bangun dan memberi salam sebelum berlalu pergi. Lana terus fokus kepada makanannya. Dia juga tidak boleh berlama-lama di situ. Habis minuman, Lana melambai tangan kepada gadis pelayan. Meminta bil. Gadis itu mendekati dengan senyuman. 11

Random

“Bil cik dah dbayar.” “Siapa bayar?” “Encik Fuad.” “Siapa?” “Lelaki yang makan sama dengan cik tadi. Nama dia Encik Fuad. Dia tuan punya kedai ni.” “Apa nama dia tadi?” “Encik Fuad.” Darah terasa berderau. Ya, betullah telinganya tidak pekak. Nama itu yang disebut. “Cik dah nak balik?” Dalam mamai, Lana mengangguk. “Encik Fuad suruh berikan cik kek. Kejap ya.” Gadis itu bergerak ke kaunter dan datang semula dengan kotak kek yang kecil. “Tapi…” “Encik Fuad kata jalan balik, baik-baik.” Gadis itu tersenyum manis. Serba salah Lana dibuatnya namun dia mengucapkan terima kasih. Keluar dari 12

Lynn Dayana

restoran itu dengan perasaan yang berkecamuk. Nama lelaki itu Fuad juga? Ini pelik atau ajaib? Dia segera mengatur langkah ke butik dengan laju. ◆

PULANG ke rumah menghampiri jam lapan malam. Lana berlari anak ke tandas mengambil wuduk dan menunaikan solat Maghrib. Tren lambat hari ini. Dengar khabarnya ada salah satu laluan tren yang ada masalah teknikal. Usai solat Maghrib dia keluar semula ke ruang tamu. Menghidupkan televisyen dan terpapar di skrin sedang berlangsung Buletin Utama. Lana mencapai remote control dan ketika itu telinganya menangkap apa yang pembaca berita itu katakan. “Pertandingan memancing itu disertai lebih 500 peserta dan pemenang tempat pertama diraih oleh Muhamad Fuad bin Salleh yang berjaya membawa pulang sebuah Myvi model terkini dan wang tunai bernilai lima ribu ringgit. Menurut Muhamad Fuad,

13

Random

ini adalah kali pertama dia menyertai pertandingan ini secara suka-suka.” Lana memandang skrin televisyen itu dengan mulut yang terlopong. Dia halusinasikah? Namun matanya membaca nama yang ada diletakkan di skrin. Ya benar. Muhamad Fuad. “Alalhuakbar. Ada rupanya manusia dalam rumah ni. Aku bagi salam, tak jawab.” Rina membebel. “Fuad.” televisyen.

Lana

menunjuk

ke

arah

“Hey, tak ada nama lain ke kau nak zikirkan?” Rina menyergah Lana. “Tapi…” “Sila sebut nama lain!” “Serius ni…” “Aku tak nak dengar.” Rina menutup kedua belah telinganya. Lana memandang dengan kecewa. Habis itu dia mahu ceritakan kepada siapa kisah hidupnya yang penuh dengan lelaki bernama Fuad ini? 14

Lynn Dayana

“Malam ni ada drama yang Fuad berlakon.” Lana membalas. Tanpa dapat menahan tawa, Rina sudah terhinggut-hinggut bahunya. Lana memang teruk. Tahap obses yang tidak boleh dikawal. Silap dia juga. Dia yang kenalkan Lana dengan pelakon baru yang tampan dan amat disenangi oleh masyarakat Malaysia. Semenjak itulah Lana suka sungguh dengan Fuad. Sebelum ini asyik mendewakan pelakon Korea. Sekarang mabuk pelakon Malaysia tapi kalau ya pun mabuk, sikit-sikit sudahlah. “Sampai hati kau ketawakan aku.” “Hujung minggu ni nak tak ikut aku?” soal Rina. “Ke mana?” “Taman Tun. Kata kawan aku, Fuad ada penggambaran kat sana.” “OMG!” “Nak tak? Kau belanja aku Starbucks.” Rina membuat permintaan.

15

Random

Satu senyuman menghiasi bibir Lana. Kerana Fuad, dia turutkan. ◆

USAI Subuh, Lana segera memasak nasi lemak. Dia sedang mengacau sambal tumis udang ketika Rina bangun dan masuk ke dalam dapur. “Kau masak apa?” Lana menyengih. Dia membuka penutup periuk nasi dan menyebarkan haruman daun pandan ke arah Rin. “Wow. Nasi lemak pandan.” “Yup. Dengan sambal tumis udang.” “Wow.” “Ada timun Jepun, kangkung celur, ikan bilis mata biru dah goreng.” “Kacang tanah?” “Fuad mana boleh makan kacang tanah. Dia alergik.” Lana membalas dengan penuh yakin. Maklumat itu dia tahu dari hasil siasatannya tentang apa yang Fuad suka atau tidak.

16

Lynn Dayana

Rina merenung teman serumahnya itu. Wajah Lana bercahaya. Macam dipinang putera raja. Lana benar-benar cinta pada Fuadkah? Kalau jawapannya tidak, tidak mungkin segala perkara tentang Fuad, Lana hafal. “Kau jangan tengok aku macam tu. Untuk kau pun ada aku masakkan. Kau suka telur goreng banyak rendakan? Ada ni aku gorengkan.” Lana menunjukkan telur goreng mata kerbau yang digoreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga memberikan efek seperti renda. Argh, sengetnya seorang Lana ada kalanya memang menuntut kesabaran yang tinggi. “Kau memang amazing.” Rina menyebut kenyataan tu dengan ikhlas. “Cantik tak mangkuk tingkat ni? Warna kesukaan Fuad.” Lana menyenduk nasi lemak dengan berhati-hati. Gembira melihat nasi lemak dari beras Basmathi itu elok deraiannya. Hidungnya menghidu aroma

17

Random

daun pandan yang wangi. Pasti Fuad akan suka. “Kau rasalah sambal udang aku tu. Aku suka sambal yang manis sikit bila makan dengan nasi lemak. Manis tapi pedas. Manis bukan dari gula tapi dari bawang merah. Aku letak banyak tadi.” “Wei, bukan bawang tengah mahal ke harganya sekarang ni?” Rina mengambil pinggan dan sudu. Mahu suruh dia rasa, biarlah rasa sepinggan. “Mahal lagi kasih sayang aku untuk Fuad.” Mahu terjeluak anak tekak Rina mendengar kata-kata yang diucapkan Lana. Mujurlah nasi lemak yang Lana masak ini sedap. Jika tidak, sudah lama dia lari keluar dari dapur ini. “Eh, kita nak bertolak pukul berapa? Penggambaran tu mula pagi ni kan? Cepatlah bersiap. ◆

TAMAN Tun. Sesak. Berpusing dua tiga kali mencari tempat parkir. Jauh sedikit 18

Lynn Dayana

kedudukannya dengan tapak penggambaran tapi mereka gigih berjalan kaki. “Aku tak pasti kau sorang aje yang gila atau aku pun terpengaruh sama.” Rina membebel. “Kitakan sahabat sampai akhirat.” Lana memujuk. Mereka berjalan laju. “Hai.” Langkah Lana terhenti. “Hai, Encik Fuad.” Rina sudah membulatkan matanya. Encik Fuad mana pula ini? “Laju you jalan.” “Haah. Nak jumpa kawan.” “Okey, see you when I see you. Tak payah berencik. Panggil I Fuad.” “Panggil I, Lana.” Mereka berbalas senyuman dan meneruskan perjalanan. Rina tidak sabar mahu mengorek rahsia. “Siapa tu? Nama dia Fuad?”

19

Random

“Ya. Aku kenal dia kat Secret Recipe. Tak ada meja kosong so kami kongsi meja.” Rina menoleh dan melihat lelaki yang sudah menjauh hilang itu. “Boleh tahan rupanya.” Lana ketawa. Hati dia masih setia pada Fuad yang satu. Bukan Fuad yang ini. Rasa teruja mahu berjumpa dengan hero idaman Malaya itu. “Ha tu dia.” Rina menunjukkan Fuad yang sedang berlakon. Mereka lihat dari kejauhan. Diam-diam memerhati dan menunggu. Apabila jeritan cut kedengaran, Rina segera melambai kepada kawannya Arisa yang menjaga pakaian. “Hey babe. Ni kawan aku Lana. Dia masakkan nasi lemak untuk Fuad. Kau bagikan boleh.” “Alamak, aku tak pastilah korang boleh jumpa dia ke tak.” Arisa memberitahu. “Kenapa?” soal Lana laju. Penat dia memasak. Jumpa lima minit tak bolehkah?

20

Lynn Dayana

“Dari malam tadi shooting. Fuad bad tempered. Rasanya gaduh dengan awek dia.” Lisa memberitahu. “Diakan single.” Arisa ketawa. “Single apanya. Berderet perempuan datang ke sini cari dia. Yang model, yang artis, yang sugar mummy…” Lana mengangguk. Perlahan-lahan impian jadi lebur. Hancur. Bukan main dalam temubual di HotFM, Fuad kata dia mahu serius dalam bidang lakonan. Dan dia jatuh cinta apabila mendengar bacaan surah Al Ikhlas yang Fuad lagukan. Rupa-rupanya palsu. “Jom kita balik.” Lana mengajak. “Nasi lemak ni?” soal Arisa. “Makanlah. Rezeki jangan dibazirkan.” Rina mengekori Lana yang sedang patah hati. Bagus juga Lana putus harap. Jatuh cinta dengan pelakon itu memang menempah sengsara. Tak tahu bila masa berlakon, bila masa tidak. ◆ 21

Random

LANA menyanyi kecil. Dia tersentak apabila lelaki itu muncul di hadapannya. “Hai.” “Hai.” Sama-sama senyum. “Ada masalah ke Encik dengan baju tempohari?” Lana bertanya dengan ramah. “Tak ada. Baju tu cantik.” “Wah, dah selesai ya majlis perkahwinan encik?” Lelaki itu menggeleng. “Majlis adik saya.” “Ohh, maaf. Ingatkan majlis encik.” “Panggil berencik.”

saya

Fuad.

Tak

payah

Lana senyum. “Ada apa yang saya boleh tolong?” Kelihatannya lelaki itu seperti teragak-agak sahaja. “Sudi tak pergi minum atau makan dengan saya?” “Hah?”

22

Lynn Dayana

Lebar bibir lelaki itu dengan senyuman. Matanya yang kecil menjadi sepet apabila tersenyum. “Kalau Lana tak keberatan, kita keluar minum?” Terkebil-kebil Lana memandang lelaki itu. Cuba menghadam maklumat. Benarkah apa yang dia dengar ini? “Tapi kalau Lana tak boleh, saya faham.” “Erk, boleh. Tapi sekarang tak boleh. Tak ada orang nak ganti. Kawan saya hantar tempahan. Bos pun belum datang.” Aduhai, panjang pula jawapan yang diberikan. Macam karangan. “Okey, kalau gitu, boleh beri saya nombor telefon?” Mereka bertukar nombor telefon sebelum lelaki itu meminta diri. Ahmad Fuad Solihin. Lana menyebut nama lelaki itu beberapa kali. Dia kemudiannya menyambung kerja. Menyanyi kecil sambil meneruskan jahitan. Dia terdengar bunyi pelanggan yang datang. 23

loceng.

Ada

Random

“Hei, kita jumpa lagi.” Lelaki itu senyum. “I lalu dan terdengar suara orang menyanyi. You have a nice voice.” Lana pun ketawa. “You have a deaf ear but I believe a kind heart.” Senyuman menghiasi bibir lelaki itu. “Hari ni lunch di Secret Recipe? Kongsi meja lagi, nak?” “Kedai tu you yang punya ke?” soal Lana. “Ya. Nah kad I.” Kad dihulurkan. Lana membaca sekilas. Muhammad Fuad Danial. Ohhh, another Fuad. Lana menyengih. “Kenapa? Sedap ya nama I?” Lana ketawa. “Kalau I cerita mesti you tak percaya.” “Tentang apa?” “Takdir.” “Oh, kita boleh cerita waktu makan nanti. I’ll see you later at 2.30?” 24

Lynn Dayana

“Tapi…” “Makan saja. You need to eat kan?” Lana terdiam. Dan Fuad pun melambai lalu melangkah pergi. ◆

DIA termenung merenung hujan yang turun. Kopi yang tadinya berasap kini sudah mula dingin. “Dua-dua nama Fuad?” “Ya.” “Dua-dua baik, tampan, ada kerjaya…” “Ya.” “Dadu.” “Hah?” “Baling dadu. Pilih aje salah satu. Kalau dua-dua baik, kau tak rugi apa-apa.” Rina memberikan penyelesaian. Lana menoleh. “Ini soal hati dan masa depan. Aku rasa teruk bila aku keluar dengan dua lelaki pada satu masa. Dahlah nama duadua sama.”

25

Random

Rina mengekeh ketawa. “Bagus wei. Tak adalah tersalah panggil.” “Aku bukan perempuan jahat.” “Dua-dua kata nak kenal kau lebih rapat.” “Ya… pada hari yang sama. Nak tercabut jantung aku ni.” Semakin kuat ketawa Rina. “Mungkin masa kau doa minta dijodohkan dengan Fuad, kau tak cukup spesifik. Sebab tu Allah datangkan dua Fuad yang lain untuk kau.” Lana mencebik. Rina ini memang tidak membantu. Asyik ketawakan dia saja. “Kau buatlah pertandingan. The Best Fuad Will Win.” “Kau dengan idea senget kau.” “Buatlah pertandingan Memanah. Berkuda.”

memasak.

“Okey, aku nak masuk tidur. Malas layan kau.” Lana melangkah masuk ke bilik tidur. Lebih lama melayan Rina, dia akan gila.

26

Lynn Dayana

“Wei, marilah cerita lagi. Apa kata kau buat senarai. Siapa yang lebih baik?” Rina menjerit kecil. Lana sudah mengunci pintu. Dia pening kepala. Satu yang dia tak beritahu pada Rina adalah tentang tarikh lahir dua lelaki itu. Keajaiban yang buat dia hampir pengsan. “Bila birthday you, Fuad?” Dia bertanya pada Ahmad Fuad Solihin. Lelaki itu menjawab. “29 Februari. I lahir tahun lompat. Jimat hadiahkan?” Waktu berbual dengan Muhammad Fuad Danial dia bertanya soalan yang sama. Jawapan lelaki itu membuatkan dia hampir pitam. “Tahun lompat. 29 Februari. Setiap empat tahun baru I celebrate my birthday. Kesiankan?” Ya, kasihan pada dirinya. Bagaimana dia boleh berkawan dengan dua lelaki yang namanya sama dan sama juga tarikh lahirnya? ◆

27

Random

DIA ikut saranan Rina. Berkawan dulu. Tak salah. Tak dosa. Bahagian tak dosa itu dia kurang pasti. Dia takut sangat jika malaikat yang kiri laju tulisannya berbanding dengan yang belah kanan. Jadual hidup bila ada dua lelaki bernama Fuad memang selalu terisi. Hilang lenyap segala masa yang dulu terluang dan terbuang. Bersama Ahmad Fuad, lelaki itu gemar aktiviti riadah. Maka selalulah mereka berjoging, hiking, jungle treking bersamasama. Muhammad Fuad pula suka berjalan ke sana ke sini. Tiba-tiba saja ajak ke Sungai Besar, makan di tengah sawah. Minggu lagi satu ajak ke Kajang mencari sate. Lelaki ini suka mencuba sesuatu yang baru. Dan ketika proses mencuba itu, mereka dapat kenal hati budi masing-masing dengan lebih rapat. “Kau dah buat keputusan?” “Dah.” “Kau istiharah?” Lana angguk. “Jawapan apa yang kau dapat?” 28

Lynn Dayana

“Kabur…” “Jadi kau balik semula pada baling dadu?” Lana pun ketawa. Tak habis-habis Rina dengan dadunya. Kecik-kecil dulu, mesti rajin main dam ular. Dia masih waras. Masa depannya mana mungkin didadukan sahaja. “Aku nak pergi bercuti. Lapangkan fikiran. Hujung cuti tu, insya-Allah aku buat pilihan.” “Pergi seorang?” “Tak jauh. Pergi Langkawi aje.” “Nak aku temankan?” Lana geleng kepala. Tidak. Dia perlukan masa untuk bersendirian dan membuat keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa. ◆

SIAP sahaja menghantar beg pantai. Deruan bertiup nyaman tenang juga.

urusan pendaftaran dan ke bilik, Lana berjalan ke ombak dan angin yang membuatkan dia ikut rasa

29

Random

Hari Selasa. Tiada ramai pengunjung. Suasana tidak riuh. Dia duduk di kerusi di bawah pokok. Waktu itu ada satu keluarga yang sedang berpiknik. Keluarga kecil sahaja. Dua kanak-kanak sekitar usia tiga atau empat tahun, seorang lelaki dewasa barangkali ayah mereka dan sepasang wanita serta lelaki yang berusia. Mungkin datuk dan nenek agaknya. Lana memerhatikan anak-anak itu bermain pasir. Sesekali terdengar bunyi suara mereka ketawa dan dia ikut senyum sama. Comel. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Kembarkah? Hisy, tiba-tiba dia menjadi seorang penyibuk. Lana pun mengatur langkah dan menyusuri pantai. Terasa seronok berjalan di atas pasir putih dan membiarkan kaki dibasahi ombak. Sesekali dia menunduk, mengambil kulit kerang yang terdampar di bawa ombak. Dia lihat jam. Dia perlu balik semula ke bilik. Maghrib akan datang tak lama lagi. Ketika dia berpusing balik itulah dia lihat kanak-kanak lelaki itu berlari ke arah laut mengejar bola. 30

Lynn Dayana

“Jangan!” Dia menjerit namun suaranya hilang dalam deburan ombak. Dia berpaling ke arah keluarga kanak-kanak itu. “Tolong!” Namun jarak mereka sedikit jauh, maka dia tidak ada pilihan lain. Selipar dibuka dan dia mengejar anak kecil yang sudah nampak tercungap-cungap dilambung ombak. Dia bukan perenang yang bagus. Cukup sekadar untuk berenang manja-manja sahaja di dalam kolam renang namun memikirkan tentang keselamatan anak itu dia berusaha berenang melawan deras ombak yang kuat. “Ya Allah… tolonglah selamat. Tolonglah.” Dia meminta pada Tuhan ketika membawa anak kecil itu naik ke pantai. “Astaghfirullah… cepat, keluarkan air. Cucu mak lahai…” “Anak okey ke?” Lelaki tua itu bertanya pada Lana. Lana mengangguk dan dia lihat kanak-kanak lelaki itu diberikan bantuan kecemasan. Air keluar dari mulutnya dan dia mula membuka mata lalu menangis. “Alhamdulillah.” 31

Random

“Terima kasih selamatkan anak saya.” Lana mahu menjawab tetapi kepalanya terasa pening dan tidak lama kemudian pandangan matanya gelap. ◆

DIA sedar dan melihat sekeliling. Di manakah dia? Ini bukan bilik di rumah dia. Eh, bukankah dia menginap di chalet? Lana melihat sekeliling. Biliknya tidak seluas ini. Dan tiba-tiba dia melihat dua pasang mata sedang memerhatikannya. Mereka senyum. Dia senyum sama. “Papa…” Mereka sama-sama menjerit. Comel. Seorang lelaki datang menghampiri. “Dah sedar?” Lana pun bangun untuk duduk. “Ok boy, what do you need to say to her?” “I am sorry. Thank you far saving me. Are you an angel?” Kanak-kanak lelaki itu bersuara. Lana ketawa kecil. Argh comelnya.

32

Lynn Dayana

“No, I’m not. Please don’t run into the sea. It’s dangerous.” “Promise.” Kanak-kanak lelaki itu menghulur tangan untuk bersalam. Lana sambut dan hati terasa sebak saat anak kecil itu mencium tangannya. Lana memandang lelaki itu. “Ok girl. How about you? You said you want to say something…” “Hi angel. Thank you for saving my brother.” Sekali lagi tangannya dicium dengan penuh hormat. Lana rasa hatinya begitu tersentuh dengan adab baik yang anak kecil ini ditunjukkan. “Terima kasih selamatkan anak I. Kembar ni jantung hati I. Tak tahu macam mana I nak hidup tanpa mereka ni.” “Oh kembar. Cantik dan handsome.” Lana memuji. Ikhlas. “Ini Fuad. Ini Fyda.” Lelaki itu memperkenalkan nama anak-anaknya itu. “Fuad?” 33

Random

“Ya. Dan saya Fendi. Papa mereka.” Lana memandang Fuad dan Fyda yang sudah mengalih perhatian mereka kepada mainan. Dia merasa kekok pula bersama mereka di sini. “I nak balik bilik I.” “My parents ada kat bilik sebelah. Apa kata I balas jasa you dengan makan malam?” “Mhmm…” “Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.” Fendi memujuk. ◆

KALAU dia tolak permintaan lelaki itu kan lebih mudah? Tidaklah dia rasa pening mahu memikirkan baju apa yang mahu dipakai. Eh, pakai sajalah apa yang ada. Bukan dia mahu pergi berdating pun. Ketika itu telefonnya berbunyi. Argh, Rina mahu menyiasat dia selamat ke tidak sendirian di sini. “Kau dah makan ke?” “Belum. Baru nak pergi ni.” “Makan dengan siapa?” 34

Lynn Dayana

Laju Lana menjawab. “Fuad.” “OMG.” Lana mengekeh ketawa. “Fuad datang sana?” “Aah.” “Fuad mana ni? Secret Recipe eh?” Rina meneka. “Bukan.” “Oh Fuad yang datang butik?” “Bukanlah. Ini Fuad yang panggil aku angel.” Lana membalas lalu meminta maaf kerana terpaksa beredar. Dia tak mahu buat orang tertunggu. Membebel Rina kerana rasa dia dipermainkan. Sampai di restoran, Lana mencari Fendi dan anak-anaknya. Dia lihat Fendi melambainya. Dia mendekati mereka. Fendi kenalkan dia dengan emak ayahnya. “Duduk Lana. Mesti kamu penat berenang selamatkan Fuad petang tadi.” “Saya okey pak cik. Tak fikir apa dah masa tu.” Lana membalas. 35

Random

“Datang sini seorang aje?” tanya Hajah Ida. “Ya.” “Makan. Pak cik mintak order nasi berlauk aje. Budak-budak kecik ni makan nasi dengan ayam goreng aje dah cukup. Dapat sup. Suka dah.” Haji Hadi memberitahu. Lana lihat Fendi sedang menyuapkan anak-anaknya. Mana ibu mereka agaknya? Tidak terbuka mulut mahu bertanya. Makan saja, Lana. Hati memujuk diri. Jangan sibuk hal orang. “Auntie, makan. Ayam ni sedap.” Fuad menegur. “Delicious.” Fyda pula menyambung. “Okey, okey. Auntie makan ya.” Lana membalas. “Auntie, cantik.” Fuad bersuara lagi. Semua orang saling berpandangan lalu ketawa.

36

Lynn Dayana

“Sorry Lana. My son ni kasanova.” Fendi memberitahu sambil mengelap bibir Fuad yang comot. “Lelaki nama Fuad memang menarik.” Lana membalas. “Eh, nama Fendi pun menarik jugak.” “Nama Hadi pun okey jugak.” “Amboi.” Hajah Ida mencubit suaminya. Sekali lagi mereka sama-sama ketawa. ◆

MALAM itu terasa panas. Lana keluar dari chalet yang dia sewa. Depan chalet itu laut terbentang luas. Cahaya lampu terang benderang. Dia pun mengambil selendang. Membalut tubuh lalu berjalan di tepi pantai. Angin laut membuat tubuhnya mula terasa dingin. “Cari angin?” Lana menoleh. Fendi sedang berjalan juga rupa-rupanya. “Anak-anak you dah tidur?”

37

Random

“Seharian bermain air. Penat dah. Tidur nyenyak lah sampai pagi.” Fendi memberitahu. “They are cute.” Fendi ketawa. “Cute ya. Tunggulah bila satu sakit perut, dua-dua sakit perut. Masa tu tak rasa cute langsung.” Lana pun ikut ketawa. “Mana mama dia orang?” “Meninggal masa lahirkan dia orang.” “Sorry.” Lelaki itu menggeleng. Buat seketika mereka berjalan sama-sama menyusur pantai tanpa bersuara. “You tak cari mama untuk your kids?” Tiba-tiba Lana bertanya. “You nak mohon ke?” Tersedak Lana hingga terbatuk-batuk. Fendi ketawa kecil. “Tak semua perempuan nak lelaki yang duda anak dua.” 38

Lynn Dayana

“Ada. Kena carilah.” Lana membalas. “Tak ada masa. Minggu ni sihat. Minggu depan sorang demam. Minggu depan sorang lagi tumbuh gigi. My life is all about them. The new women may get bored.” Lana mengangguk. Faham akan situasi yang lelaki itu gambarkan. “Apa pulak cerita tentang you? Bercuti seorang diri? Lari dari sesiapa ke?” Amboi, pandainya meneka. Lana geleng. Dia tak lari. Dia jalan elok-elok sahaja. “I kena pilih antara dua lelaki yang baik. Mana satu yang lebih sesuai dengan I.” “Wow. Betul-betul angel ni. Orang nak cari satu jodoh pun susah. You dapat dua.” Fendi mengusik. Dia menjeling melihat raut wajah Lana. Merajukkah dia bercakap lepas begitu. Namun gadis itu senyum sahaja. “Rezeki tapi I tak suka bila kena memilih.” “Okey, biar I tolong pilihkan. Tell me. Speak out.” “You doktor pskitiari eh?” 39

Random

“I’m a stranger that you can spill the beans without any hesitation. Come on, girl.” Mereka terus berjalan. Lana pun bercerita. Kisah Fuad vs Fuad. Kelebihan dan kekurangan dua lelaki itu. “Pilih lelaki yang sayang you. Yang elok agamanya. Yang buat hati you senang. Bila ada masalah, siapa yang you nak hubungi dulu.” “Senang macam tu aje?” Fendi ketawa. Kini mereka sudah berjalan balik sampai di hadapan chalet Lana. “Jangan rumitkan hidup. Atau mungkin you pilih Fuad yang ketiga. My son. Lupakan Fuad satu dan dua.” “Fuad nombor tiga tu bawah umur.” “Kalau you piiih yang nombor tiga tu, yang jaga you papa dia.” “Hah?” “Good night Lana. See you tomorrow.” Buat seketika Lana merasakan seperti dia jadi beku. Kaku. Benarkah apa yang dia 40

Lynn Dayana

dengar? Main-main pula lelaki ini. Malam itu dalam lenanya dia bermimpi. Ketiga-tiga Fuad memberinya bunga. Dia tidak tahu mahu ambil yang mana. Sampai dia tersedar dari mimpi, dia masih tidak memilih. Cis, petunjuk apakah ini? ◆

SARAPAN. Dia ke kafe dan suasana pagi itu begitu tenang. Walaupun tidurnya diganggu mimpi, dia bangun pagi ini dengan penuh semangat. Dia mencari Fendi dan keluarganya tapi mereka tidak kelihatan. Ketika dia sedang menyapu roti dengan mentega, dia didatangi seorang pekerja kafe. “Ini dari Encik Fendi. Dia suruh ucap selamat pagi.” “Oh, terima kasih.” Lana menerima sampul surat itu sambil menoleh sekeliling. Tiada pula lelaki itu kelihatan tapi menghantar surat. Dia membuka dan menarik keluar sekeping gambar yang diambil sewaktu mereka makan malam semalam.

41

Random

Waktu itu Fuad duduk di sebelahnya. Fyda manja di ribaannya. Fendi duduk di sebelah kanan. Mereka semua tersenyum gembira. Argh, memori yang indah. Ada nota kecil dikepilkan. Dear Lana. Sorry to leave without meeting you. Have urgent matters to settle in KL. This is my number. Do contact me. Kat KL tak ada pantai we can walk together. Tapi kita ada banyak taman, hutan, theme park. Love, Papa Fuad & Fyda xoxo Dan entah kenapa, bibir Lana merkah dengan senyuman. Dia habiskan pagi itu dengan berlari di tepian pantai. Beralih ke 42

Lynn Dayana

gim dan kemudiannya dapatkan rawatan urut di spa. Habis spa, lewat petang dia duduk di tepi laut. Melihat ombak. Memerhatikan senja datang. Malam itu dia melihat band menyanyi. Suara penyanyinya bagus. Hari itu dia terasa sangat tenang. Ketika dia meletakkan kepala di bantal, senyuman melingkar di bibir. Esok dia pulang. Bersama keputusan yang masih belum dirungkai. ◆

KEK keju itu dia yang pilih. Fuad yang menyuruhnya memilih. Mereka duduk menikmati kek itu sambil berbual perlahan. “Seronok cuti seorang diri?” “Best.” “Dah buat keputusan?” Lana angguk. “You tak bagitahu pun I macam dah tahu apa you nak cakap.” Fuad membuat kesimpulan. Lana mengangkat keningnya.

43

Random

“You nak kita jadi kawan saja sebab hati you ada pada orang lain.” “Macam mana you tahu ni?” “Sebab terasa macam jasad you di sini tapi bukan hati.” “You marah?” Fuad menggeleng. Dia memaksa. Itu bukan caranya.

tidak

akan



LANA bergerak keluar dari Secret Recipe itu dengan hati yang tenang. Dia perlu ke destinasi yang seterusnya. “Hey Lana.” Lelaki itu menegur dan menarikkan kerusi. “Sorry ganggu awak tengah kerja.” “Nope. Mana ada ganggu. Awak sihat?” Fuad bertanya khabar. “Alhamdulillah.” “So, awak dah buat keputusan?” Perlahan, Lana mengangguk. “It’s not me ya? Awak pilih orang lain.” “I’m sorry.” 44

Lynn Dayana

“Tak ada jodoh. Nak buat macam mana. Saya doakan awak bahagia.” “Terima kasih.” Lana menarik nafas lega. Berakhir sudah episod dua orang Fuad. ◆

TROLI ditolak dengan hati-hati. “Aiskrim?” “Nestle.” “Fruits?” “Apple, dragon fruit, grapes… mango for my mum.” “Vege?” “Fuad hate brocolli. They loves carrot, red spinach and eggplant.” Langkah terus diatur. Lana terasa seperti dia sedang menjalani kursus rumahtangga sahaja. Mengenali anak-anak Fendi dengan lebih rapat. “Papanya suka aiskrim apa?” “Aiskrim Malaysia. Perisa asam boi.” Fendi balas lalu ketawa. 45

Random

“Fruits?” “I suka buah hati I. Nama dia Lana.” “Mengada ya.” “Sayur tak nak tanya? I suka apa aje yang Lana masak.” Lana senyum. Lelaki ini memang pandai mengambil hati. Antara Fuad, Fyda dan Fendi… lelaki inilah yang paling manja. Kalah anak-anaknya. “I nak buat satu rang undang-undang.” Fendi bersuara. “Tentang apa?” “Jarak 20 kaki.” “Untuk apa?” “Mana-mana lelaki bernama Fuad, kalau you jumpa you mesti ada jarak 20 kaki social distancing. Dilarang mendekati, didekati atau acah-acah dekat.” Fendi mengusik. Lana mencebik. Dia malas nak beritahu Fendi, sekarang ni dia tak minat lelaki nama Fuad. Minat nama Fendi saja. Ketika itu mereka didatangi seorang lelaki. 46

Lynn Dayana

“Hai cik. Nama saya Fendi. Cik nak beli rumah? Kami ada promosi menarik.” “Siapa nama awak?” “Fendi.” “Oh, sedap nama.” Dan Lana terasa tangannya ditarik. Dia menoleh. Memandang wajah Fendi yang masam. “Kenapa ni?” “Nama dia Fendi.” “Aah. Sama macam you…” Ketika itu tiba-tiba ada banyak cahaya kamera yang berdenyar Dia dan Fendi memandang keliling. Ada belon yang jatuh dari siling. “Tahniah.” “Congratulations.” “Hah?” “Cik pelanggan kami yang ke sejuta. Tahniah. Cik pemenang hadiah utama. Sebiji kereta.”

47

Random

“Kereta?” Lana sudah bersinar-sinar matanya. Tidak mimpikan? “Ya cik. Kereta. Silakan ke pentas cik. Bos kami Encik Fendi akan sampaikan hadiah.” “Encik siapa?” Fendi bertanya. “Encik Fendi. Dia CEO untuk Aeon.” Lana melihat tangannya ditarik Fendi. “Kita balik. Tak payah menang.” “Sayang, kita menang kereta. Kereta.” Lana memujuk. Tak kiralah kalau kereta mainan pun. “Tapi nama dia Fendi. Tadi tu Fendi.” Lana sudah ketawa. Kan dah kata. Fendi yang ini paling mengada. “Tapi hati I pada Fendi yang ni. Tak bagi Fendi yang lain.” “Janji?” Lana mengangguk. Bahagia. Gila tak bahagia dapat kereta percuma. Eh…

48

Lynn Dayana

DUA-DUA duduk diam Tidak tahu mahu bicara apa. Beberapa kali mulut dibuka namun dikatup semula. Sudahnya mereka membuang pandang melihat sekeliling. Tengoklah apa saja asalkan bukan muka masing-masing. Rasa macam ada alergik. Mahu cerita tentang cuaca? Bosan. Mahu debat pasal dasar ekonomi negara? Lagilah bosan. Jam pun dikerling. Ada 45 minit lagi. Baru 15 minit berlalu. Macam dah setahun saja di sini. Dah hampir-hampir jadi batu.

49

Random

“Look. We can always go wherever we want and come back in 40 minutes.” Ila memberikan cadangan. “Hujan.” Pendek sahaja jawapan yang Dean berikan. Ila pun mendongak melihat langit. Ya, dah renyai. Langit pun tidak memihak pada mereka. Ila kembali diam. Betul juga. Takkan mahu meredah hujan. Tak pasalpasal demam. “Duduklah sekejap. Aku di ruang aku. Engkau di ruang engkau. Tanpa bertukar sepatah ayat pun aku tak kisah. Aku perlu sunyi. Penat dengar riuhnya mama aku menyanyi tentang kebaikan dan kelebihan engkau.” Berdesing telinga Ila mendengar bebelan Dean. “Aku pun hampir pekak mendengar segala puji-pujian tentang engkau dari mulut emak aku. Bezanya mama kau ambik korus. Mak aku pulak asyik ulang side A, side B. Kalah CD yang rosak.”

50

Lynn Dayana

Bibir Dean menguntum senyuman. Amboi, boleh tahan. Dulu sekolah, karangan dapat A agaknya. “Mereka ingat kita akan terpengaruh.” “Ya, mereka silap.” Ila mengiyakan. Dean memandang Ila. Cantik. Bukan tak cantik. Tapi tak semanis Raudhah yang dia cinta. Jauh gila beza manisnya. Yalah, bila orang tu kita suka. Memanglah dia ada di carta utama. Ila mengerling kepada Dean. Baik memanglah baik. Mohd Thaqiyudin. Kalau hatinya kosong, memang elok diisi. Masalahnya hati ini sudah penuh. Hanya untuk Thaqif. Cuma emak saja yang suruh kosongkan dan isi dengan yang baru. Manalah boleh walaupun nama itu ada sedikit keserupaan. Bunyi dehaman membuatkan mereka menoleh. Oh, dah sampai dua wanita yang mereka sayang tapi rasa nak lari jauh sahaja dari mereka. Terasa tekanan melihat kesungguhan mereka mahu menjodohkan anak-anak yang tak rela. 51

Random

“Eh, minum aje? Tak makan apa-apa?” soal Hayati mama Dean. “Aah, kenyang ke dengan berbalas pandangan mata?” usik Maya emak Ila. “Tak selera.” Ila dan Dean serentak sama-sama bersuara. Hayati dan Maya sama-sama ketawa. “Aku dah kata, anak-anak kita ni serasi bersama. Berbesanlah kita hujung tahun ni.” Dean menepuk dahi. Ila menjulingkan mata. “Mama, saya dah ada Raudhah.” “Ila dah ada Thaqif.” Dua-dua laju mendirikan tembok. Berlindung dari saranan ibu yang kemaruk mahu kahwinkan anak. Hayati dan Maya senyum mesra. “Jangan risau, nanti mama kenalkan Raudhah dengan Thaqif.” “Ha, setuju.” Maya membalas laju. “Mak.” “Mama.” Dean memandang bendera Malaysia yang berkibar megah. Merdeka, mana 52

Lynn Dayana

merdeka. Ila rasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Dia mencapai kopi dan menghirup perlahan. Aduhai pahit. Beginikah sahaja rasa yang berbaki ada di dalam hidupnya? ◆

PULANG ke rumah, Ila terus naik ke bilik. Rasa nak boikot emak. Tak mahu keluar dari bilik. Biar emak sedar yang tindakan emak itu salah. Mana boleh nak jodohkan dia dengan Dean. Dia tidak kenal Dean itu hati budinya bagaimana. Lagipun Dean dah ada Raudhah. Thaqif pulak dia nak letak kat mana? Dalam almari? Letak dalam laci paling bawah? Dia mencapai tuala. Dia perlu mandi. Sejukkan badan. Jauhi dari amukan syaitan yang berapi di dalam diri. Lebih setengah jam di bawah pancuran air, dia mula merasa tenang. Usai solat Asar dilaksanakan, hati mula kembali normal. Telefon di capai. Melihat mesej yang dihantar Thaqif.

53

Random

How’s ur day my dear. Terasa mahu menjawab, disaster. Namun dia tidak mahu memberitahu Thaqif apa-apa. Isu Dean ini akan diselesaikan sebaik mungkin. Amazing, how’s urs? Laju-laju Ila menekan butang menghantar pesanan itu lalu melipat telekung dan sejadah. I’m on my way… home. Raining. Call you later, love. Ila membaca dengan senyuman. Love. Argh, memang rasa di awangan. Tapi dia tidak boleh lama di sana. Perlu turun dan lihat apa yang perlu dibantu di dapur. Sampai di bawah dia lihat along ada menemankan emak memasak. 54

Lynn Dayana

“Bila sampai along?” “Hantar lauk ni. Baru je duduk.” Redza membalas. Ily segera membuka peti ais dan menuangkan air kordial untuk alongnya. “Nah minum.” “Baik adik along ni.” “Aah, baik adik along ni.” Maya mengusik. “Kak long masak apa? Malam ni kita tak payah masaklah ya?” Ila sudah membayangkan kesenangan hidup. “Nasi minyak. Dalca daging. Ayam merah.” “Argh sedapnya. Untung betul along dapat kak long tu ya.” Ila memuji. “Kalau Dean dapat Ila, untung tak?” Maya menyebut nama anak kawan baiknya itu. Sengaja. Dia lihat Ila mencebik. Hisy, protes dalam diamlah tu. “Aah, untung tak? Masak dah pandai belum ni?” Redza ikut mengusik.

55

Random

“Ala, sekarang ni semua di hujung jari. Grab. Go Eat. Food Panda. Eh macammacam ada.” Ila menyelamatkan diri. Bukanlah dia tidak pandai memasak tetapi di rumah ini emak memang yang paling pakar. Biarlah emak yang mahir itu menjadi pujian ayah. “Tak semua suami nak makan masakan orang luar. Biarlah goreng telur dadar aje atau masak sawi aje, dia lebih rela. Asal air tangan isteri,” Maya menegur. Memang silap dia. Memanjakan anak. Tapi Ily bukanlah tidak pandai memasak. Tapi skil kadangkadang memang sedikit ke laut. “Mak dengan aunty Yati tu kawan baikkan?” Ila bersuara. “Mhmm…” “Mak tak takut ke kalau kami bergaduh, berperang lepas tu mak dengan auntie pun ikut perang sama?” Ila melontarkan pendapatnya. Menyemai bibit-bibit keraguan. Redza sudah menyengih. Ila mahu menyelamatkan diri nampaknya. Strategi mahu larilah. 56

Lynn Dayana

“Eh kami dah kawan lama. Tak adanya terpengaruh dengan korang berdua. Yang korang nak berperang tu kenapa? Kami nak korang berkasih sayang.” Maya mempertahankan diri. Nak korang ramaikan waris kami. Bagi cucu dalam 12 orang. Namun itu hanya berlegar di dalam fikirannya. Takut Ila lari sampai putih tapak kaki nanti jika disuarakan. “Yalah, kalau perang jugak?” “Berbaiklah. Semua orang kahwin ada perangnya. Kan along?” Maya membalas selamba. Tahu Redza pasti menyebelahinya. “Along kena balik ni mak. Ila, kenalkenallah dengan Dean tu. Bagi peluang kat dia. Mana tahu, ada jodoh.” Redza menasihatkan. Dia mahu jadi orang tengah. Tak sokong, tak larang tapi tak mahu hati emak ayah terluka. “Orang dah ada Thaqif.” Namun along dan emaknya buat selamba seperti tidak mendengar. “Meh along. Mak hantar kamu ke kereta. Ni kerepek pisang aunty Yati buat. Sedap 57

Random

betul. Bagi kat Hana.” Maya menarik lengan anak lelakinya dengan selamba. Ila melihat dengan hati yang jengkel. Sampai hati. Sengaja mereka berdua abaikan percakapan dia. Boikot emak. Tapi bau nasi minyak hasil tangan kak long berbau harum. Okey, boikot lepas makan malam. ◆

SEWAKTU dia diam-diam berdiri di tepi balkoni itu tanpa sengaja dia mendengar perbualan mama dan papanya. Dia mahu melangkah naik ke atas semula tetapi dia perlu ambil fail yang tertinggal di dalam kereta. Sudahnya dia berdiri seketika di balik dinding. Menelinga. “Dean tu besar hasrat saya dia sukakan Ila.” Ahmad ketawa kecil. Isterinya sudah kemaruk mahu menantu. “Dean tu lelaki. Umur 30 tu masih muda. Kerjaya dia baru aje stabil. Bagilah peluang dia buat pilihan sendiri.” Ahmad menasihatkan. 58

Lynn Dayana

Dean yang mendengar terasa mahu berlari memeluk papa. Hidup papa! Ayuh kita bersatu tenaga kalahkan mama. “Kalau awak biarkan saya takut, putih mata kita pun Dean masih tak kahwinkahwin.” Hayati membalas. Aduhai mama. Dean kan masih muda? Mahu dia jerit begitu. Masih banyak yang dia mahu lakukan. “Awak nak ke kita ada cucu masa tulang kita dah berderai. Nak kejar cucu pun tak larat. Nak dukung pun tak kuat.” Dean tersenyum. Mama punya gambaran memang menakutkan. Berderai harapan! “Yalah, saya tegur Dean tu nanti.” Ahmad membalas. Eh, lajunya papa tukar fikiran. Ingatkan mahu ajak papa jadi gu untuk melawan mama. Sah, papa ada di bawah pengaruh mama. Terpaksalah dia perang sendiri. “Ila tu cantik budaknya.” Dean mencebik. Cantik lagi Raudhah. Dia mesti cari peluang untuk temukan mama 59

Random

dengan Raudhah. Mana tahu hati mama akan berubah. Doa. Dia kena lebih doa. Lebih tahajud. Lebihkan solat hajat. Demi masa depan yang indah. Dean perlahan-lahan memanjat tangga dan meloloskan diri. ◆

KEK dan roti sandwic dihidangkan. Dua-dua kurang selera mahu makan makanan yang berat. Sama-sama sedang mengatur strategi bagaimana mahu menangani Ila dan Dean. “Kita guna kuasa veto. Dia orang mesti luangkan masa bersama. Paling kurang 45 minit. Lama-lama mesti ada rasa terpikat.” Maya memberitahu idea yang pertama. “Boleh ke Ila dengar cakap you?” Hayati merasa ragu. “Dia hormatkan I. Mesti dia ikut jugak.” Maya senyum penuh yakin. “Ada majlis amal Ahad depan. Kita belikan mejalah untuk dia orang berdua pergi.” Hayati melancarkan serangan idea kedua. “Boleh. Kita mesti usaha.” 60

Lynn Dayana

Mereka sama-sama senyum dan mula menjamah roti sandwic. Berbual tentang halhal dunia dan rancangan hari tua mereka. “You ni pernah jumpa ke Raudhah tu?” soal Maya. Hayati menggeleng. “I jahat. I elak. Takutlah kalau terjumpa dan tersuka. Nanti kita tak dapat berbesan.” “Tapi macam mana kalau Raudhah tu lebih baik dari Ila? Tak menyesal?” soal Maya. Yalah, jodoh itukan misteri. Allah yang Maha Mengetahui. Mereka bolehlah usaha tapi kalau Dean berjodoh dengan Raudhah, mereka tak akan mampu menghalang. Senyuman menghiasi bibir Hayati. “Kita usaha. Selebihnya, Allah yang Maha Kuasa.” Dua-dua menyemai impian. Mahu berbesan. Mahu sama-sama menghabiskan hari tua bersama. Rapat dan bahagia. ◆

MELIHAT Dean tenang menonton televisyen, Hayati mendekati anaknya itu bersama sepiring buah-buahan. 61

Random

“Nah. Aunty Maya bagi buah ni tadi.” Dean memandang buah kiwi, epal dan limau Sunkist yang terhidang. Kena baca doa tolak bala dulukah? Dia kembali kepada kaca televisyen. Rancangan tentang kopi dan keistimewaannya. “Sedapnya latte.” Hayati bersuara. Kagum dengan skil yang ditunjukkan. “Siapa nak jadi isteri Dean, kena pandai buat kopi.” Tiba-tiba Dean bersuara. Hayati mencebik. banyak. Pergilah beli.”

“Eh,

kedai

kopi

“Nope. Dia mesti pandai buat kopi.” Dean tetap dengan tekadnya. Rugi bayar hantaran tapi tak pandai buat air kesukaannya. “Agaknya Ila pandai tak buat kopi?” Hayati ketawa kecil. Panas telinga Dean mendengar nama yang disebut. Tiada nama lainkah? Macam zikir dah. Ila. Ila. Hisy, panas. “Mama, kalau dia tak pandai buat kopi, tak payahlah nak suaipadankan dengan Dean. 62

Lynn Dayana

Hati ni bukan jigsaw puzzle.” membalas sambil senyum menyindir.

Dean

Hayati memandang anak lelakinya itu. Tajam. Eh, eh, eh… kecik besar, kecik besar sahaja dia nampak Dean. “Mama pun bukan dam ular. Boleh ditelan dan diketepikan.” Hayati bangun dan terus menuju ke bilik. Mahu lawan cakap dia ya. Dia segera menghubungi Maya. “Maya, kawan kita Celine tu ada francais Starbucks kan?” “Ada. Dah kenapa ni? You teringin minum kopi mahal ke?” soal Maya kehairanan. “Hantar Ila ke sana. Kursus. Belajar buat kopi. Sampai mahir. Jadi barista paling mafia kat sana. Biar tak ada perempuan lain boleh lawan skil dia buat kopi.” Penuh semangat Hayati mengeluarkan arahan. “Oh…” Maya mengangguk. Mesti Dean nak calon isteri pandai buat kopi. Esok pagi jugak dia akan cari Celine. Mesti! ◆ 63

Random

KETUKAN di pintu membuatkan Ily yang sudah mahu lena, bangun semula. “Ada apa mak?” “Nah. Ni alamatnya.” Dengan mata yang terpisat-pisat, Ila melihat kad yang disuakan ke mukanya. Ada cabutan bertuahkah? Dia memandang kad itu. “Apa ni mak?” “Auntie Celine. Ingat tak kawan mak tu? Dia ada buat kursus. Kesian tak ada orang join. Mak hantar nama kamu. Duit semua dah bayar. Hari tu Ila kata Ila bosankan? Nak belajar sesuatu yang baru. Ha, pergi. Kelas mula esok, jam sepuluh pagi.” Maya memberitahu lalu menutup semula pintu bilik Ila. Seperti dirasuk, Ila memandang kad perniagaan itu. Argh, dia mengantuk. Dia mahu tidur. Esok saja fikir. Tetapi fikiran mula merayau. Kelas esok? Sepuluh pagi? Allahuakbar. ◆

64

Lynn Dayana

BERPELUH-PELUH jadinya. Maraton yang tidak didaftarkan di mana-mana. Pagi tadi dia bangun dengan rasa mahu mengamuk namun selepas dua jam bersama Auntie Celine dia rasa gembira. Aroma harumnya biji kopi dibru buat dia terkhayal dan mula memaafkan emak yang suka-suka suruh dia ikut kelas ini. “Kopi ni macam skandal. Bila dah suka, susah nak putuskan kitarannya. Asyik nak aje.” Celine memberitahu dan dalam diam Ila mengaku setuju. Ada sesuatu yang mengkhayalkan dengan bau kopi. Rasa segar. “Jatuh cinta dengan penggemar kopi buat you rasa cemburu. Tapi percayalah, lelaki yang suka kopi ni setia.” Dia ketawa sahaja mendengar repekan auntie Celine yang fasih betul berbahasa Melayu. Comel dengan rambut kerintingnya yang panjang beralun. Kata emak, auntie Celine peminat filem P. Ramlee. Hafal skrip filem-filem itu semua kalah mereka yang Melayu. Obses. 65

Random

“Nak ke mana tu?” Ila pun menoleh. Siapa yang menegurnya? Argh, senyuman merkah dengan laju. “I nak jumpa youlah.” “Macam kereta lumba lajunya.” Thaqif menarik lengan Ila supaya jauh dari laluan di depan eskalator. “Takut lambat. Rindu lama tak jumpa.” Ila membalas selamba. “Rindu eh. Kalau macam tu, meh ikut I balik rumah.” Thaqif mengusik. “Mengada.” “Zaki balik kampung, tak ada orang kat rumah.” Thaqif masih lagi mengajak. Serta merta Ila memandang wajah lelaki yang dia sayang itu. Seriuskah? “You ni main-main ajak atau serius?” Thaqif pun ketawa. “Kalau serius?” Eh, main tarik tali pula. Ila meneruskan langkah tapi kali ini seiring dengan hayunan langkah Thaqif. Lelaki ini memang mahu menguji dirinyakah? 66

Lynn Dayana

“Okey, jom pergi rumah you.” Ila purapura setuju. “Kena janji.” memandang Ila.

Thaqif

senyum

“Janji apa pulak?” “Selagi I tak bagi balik, you tak boleh balik.” Berderau darah Ila mendengar kata-kata itu. Dia merenung mata Thaqif mencari kebenaran. Dia lihat Thaqif menunggu jawapan. “Eh, dahlah. Merepek aje. Jom, makan. I lapar. You nak makan apa hari ni?” Thaqif bersuara menghilangkan kekekokan keadaan. “Nak makan pasta.” “Okey, let’s go.” ◆

MEREKA sedang memilih tudung ketika mata Dean seperti terpandang Ila. Dia segera berkalih tempat. Ya, memang Ila. Oh, itukah Thaqif yang dibanggakan. Tinggi lampai. Wajahnya, bolehlah. Kalau nak

67

Random

dibandingkan dengan dia, memanglah dia yang menang. Dean sengih sendiri. “Sayang, tengok siapa?” “Burung merpati. Terbang-terbang.” Raudhah mengerutkan dahi. Merpati? Dalam kompleks membeli belah pun ada merpati. Dean berguraukah? “You nak tangkap ke?” soal Raudhah. Dean menggeleng. Sentuh pun tak nak. Bahaya. Dia senyum sendiri. “Dah dapat tak yang you nak? Perut I dah mula menyanyi ni. Macam-macam lagu.” “Kejap, I bayar.” “Okey, I tunggu kat luar.” Dean terus berdiri di luar. Mata mencari kembali. Ha, tu dia. Mesra nampaknya Ily dan Thaqif. Lamakah mereka sudah bersama? Kenapa keluarga Ila tak nak terima Thaqif? “Dah siap.” “Good. Jom makan.” Dean tersenyum riang. Apa kata kalau mereka makan tempat yang sama dengan Ila? ◆ 68

Lynn Dayana

PULANG ke rumah ketika jam menghampiri enam petang. Pulang rumah sendiri. Bukan rumah Thaqif. Biarlah Zaki teman serumah Thaqif hilangkan diri pun, dia tak akan ke sana. Dia masih ada iman. Ingat Tuhan. Ada pegangan agama. Tapi entah kenapa, di telinganya ini seperti terngiang-ngiang ajakan Thaqif. Macam mana kalau Thaqif serius sebenarnya? Macam mana kalau dia terpengaruh? Bukankah ini semua ajakan yang menjurus kepada keburukan? “Termenung apa tu?” Maya mendekati anak daranya yang baru pulang. “Mak, ni orang beli roti.” “Ila yang beli ke, lelaki tu?” “Kenapa kalau Thaqif yang beli? Jatuh haram eh?” Ila bertanya sambil mencubit lengan emaknya. Saja mahu menguji kesabarannya. Maya mencebik. “Dah pandai buat kopi tak?” Berita itu yang dia mahu dengar. Bukan pasal Thaqif. Tak penting dan tak menerujakan. 69

Random

“Malam nanti orang tunjuk skil. Auntie Celine kirim salam. Dia ada bagi serbuk kopi suruh orang cuba buat.” Ila membalas. “Alhamdulillah.” “Auntie tu peliklah.” “Kenapa?” “Ila nak bayar tapi dia kata dia tak nak terima. Dia suka sebab dapat pahala bina masjid.” Ila memberitahu apa yang dia dengar. Maya sudah ketawa. Celine memang. Sudah dipesan supaya berahsia. “Kawan mak tu memang senget sikit.” Ila menganguk. “Tapi dia baik hati.” “Macam emaklah kan?” Tubuh wanita yang dia hormat dan sayang itu dipeluk erat. Tak jadi nak marah atau boikot. Hari ini memang menyeronokkan. ◆

DEAN menadah telinga. Mama sedang tazkirah tentang bagaimana mendapat 70

Lynn Dayana

keluarga bahagia. Bukanlah dia menderhaka tapi dia dengar endah tak endah sahaja. “Dean dengar tak ni?” Hayati menegur. “Hisy, mestilah dengar mama ni.” Bibir menguntum senyum. Nampak sangat dia sedang membodek. “Sekarang, dah penat sangat. Nak tidur. Selamat malam mama. Ayah lewat balik dari masjid.” Dean mahu melarikan diri. Lebih baik melepak di dalam biliknya. Berbual dengan Raudhah. Ada juga faedah. “Ada mesyuarat. Sambutan apa entah.” Hayati membalas. Terasa sunyi. Anak yang kedua nun jauh di Kota Kinabalu. Orang suruh belajar di Kuala Lumpur saja, tak mahu. Mahu bebas. Mahu belajar hidup sendiri. Sudahlah ada dua orang saja anak. Lainlah kalau sudah ada cucu. “Dean naik dulu ya.” Dean terus melarikan diri. Hayati perhatikan saja dengan geram. Larilah selagi boleh. Dia pun masuk ke dapur dan mula melihat bahan apa yang ada. Buat kek. Biar tenang hati.

71

Random

Sewaktu dia masukkan bancuhan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven, barulah suaminya pulang. Dia hidangkan air. Mereka duduk bersama. Menunggu kek masak. “Tanggungjawab seorang ayah tu bukan setakat bagi duit nafkah aje.” Hayati mendung wajahnya. Ahmad memandang lalu meletakkan telefon. Sudah lewat malam dan isterinya menyebut tentang tanggungjawab? Ini sambungan kuliah Subuhkah? Pagi tadi Hayati ada membebel tentang Dean yang tidak mahu kenal-kenal dengan Ily. “Ada apa awak ni cik puan besar?” “Besar jangan sebut.” Eh. Ahmad pun tertawa kecil. “Dean kecilkan hati awak ke?” “Mhmm…” “Awak nak saya buat apa?” Hayati pun berpaling dan senyum. “Ini tiket jualan amal. Ada majlis makan malam.

72

Lynn Dayana

Abang suruh Dean wakilkan abang pergi. Wajib.” Tiket itu Ahmad ambil. “Satu aje ke?” Hayati senyum. “Satu lagi pada Ila?” Senyuman bertambah lebar. Ahmad geleng kepala. Memang hebat aturan agenda isterinya ini. Padu. “Ila nak pergi ke?” “Dia akan pergi.” Hayati tahu, itu Maya akan uruskan. “Macam mana kalau awak buat semua ni tapi dua-dua budak tu tetap tak jatuh cinta?” soal Ahmad mahu tahu. Hayati menyengih. “Saya ikat Dean. Saya gril. Panggang elok-elok. Tak pun rebus sampai empuk. Mesti jadi punya. Doa seorang ibu tak ada hijab bang.” Ahmad menelan air liur. Lebih baik dia ikut saja rancangan isterinya ini. Kalau tidak, dia pula yang menanggung bahana. Nasib kaulah Dean! Ayah doakan. Moga Allah selamatkan kamu. 73

Random ◆

DIA merenung dress yang emak suruh pakai. Dia lihat dan merasa pening. Bukan gaya dia. Tapi kata emak, sekali sekala apa salahnya bergaya begitu. Okeylah, malas nak lawan. Nanti jadi anak derhaka. Mulanya emak kata mereka pergi berdua tapi emak kata, dia kena pergi sendiri. Emak ada hal lain. Sudah. Dia mahu elak tapi malas nak buat emak kecil hati. Hari ini biar dia jadi anak yang baik. “Nak emak solekkan tak?” Cepat-cepat dia menolak. Nanti dia akan jadi patung Barbie emak. Cis, tak mahu. Dia mahu pergi, makan makanan yang enak, dengar lagu dan balik rumah. Itu sahaja. Tak ada jangkaan yang lebih. “Mak dan tempah Grab.” “La, kan boleh memandu sendiri.” “Kawasan tu susah parkir.” “Hotel besar susah nak parkir?” Ila merasa pelik.

74

Lynn Dayana

“Dah pakai gaun cantik, kasut tinggi takkan nak memandu. Anggaplah jadi Cinderella malam ni.” Maya memujuk. “Okey.” “Dah cepat bersiap.” Dan dia pun patuh arahan. Sekarang dia di dalam kereta Grab menuju ke hotel. Cantik juga gaun pilihan emak. Bukan main emak senyum lebar. Haih. Sebagai anak yang selalu mencabar kesabaran emak, dia merasa gembira juga kerana berjaya membuatkan emak senyum. Namun sebaik sahaja dia mendaftarkan diri dan menuju ke mejanya, senyumnya mati. Dia terpandang wajah Dean. Aduhai. Mereka saling berpandangan. “Aku tahu ada sesuatu yang pelik bila tiket hanya satu.” Dean membalas. “Tak ada orang lain ke yang aku boleh jumpa. Kecik benar ke planet bumi ni?” Ila membalas. Dean ketawa. “Mesti kau komplot dengan mama aku.” 75

Random

“Tolong sikit.” “Bersungguh pakai lawa macam ni. Kenapa tak ajak Thaqif?” Ila terasa panas. “Jangan sebut nama dia. Kau jangan buat aku marah.” Akhirnya mereka sama-sama diam. Menghormati majlis. Lagi pun tak elok pula mahu bergaduh di majlis amal. Malam itu berlalu dengan cepat. Walaupun bermula dengan suasana yang menjengkelkan, mereka dapati seronok juga menghadiri majlis amal itu. Tamat majlis, Dean mendekati Ila. “Jom aku hantar balik.” “Tak nak.” “Eh macam aku nak sangat hantar. Aku tunaikan arahan titah mama aku aje.” “Tak apa. Aku boleh balik sendiri.” Dean memandang Ila. Degil nak mati. Nak sangat balik, baliklah sendiri. Dia mengatur langkah laju. Ila perhatikan. Huh. Nampak sangat tak ikhlas. Dia segera mendail nombor Thaqif. Tadi semasa majlis 76

Lynn Dayana

dia dah hantar mesej dan Thaqif kata dia akan ambil Ila selepas majlis tamat. Ila menunggu di lobi. Ada beberapa majlis lain yang baru juga tamat. Dia lihat beberapa orang lelaki terhuyung hayang berjalan mahu pulang. Sah, mabuk. Melihat warna kulit macam anak bangsa dia juga. Haih. Kesesatan. Dia melihat jam di tangan. Mana Thaqif? Malam semakin lewat. “Hai.” Allah. Budak-budak lelaki yang mabuk itu mendekatinya. Ila bangun dan berdiri jauh sedikit. “Hai. Sombongnya.” Ila tetap senyap. “Jom ikut kita orang. Kita parti.” Tangan lelaki itu menarik Ila. Dan tidak sampai sesaat, lelaki itu sudah jatuh di atas lantai. Terperanjat Ila melihat Dean sudah berdiri di sampingnya. “Bro, jangan sibuk hal oranglah.”

77

Random

Mujurlah membantu dan itu bertenang menarik nafas Argh, malu.

staf hotel terus datang meminta mereka yang mabuk dan keluar dari lobi. Ila lega. Dia memandang Dean.

“Mana boyfriend kau tu? Berapa jauh rumah dia? Kat Perlis ke apa?” Dean membebel marah. “Dah kenapa nak marah?” “Dah kenapa kau tanya?” Dean semakin membara. Waktu itu telefon Ila pun berbunyi. “Ya Thaqif. You dah kat luar? Okey I gerak ke sana.” Ila menjawab panggilan lalu segera melangkah laju meninggalkan Dean. Dean memerhatikan dengan geram. Amboi bukan main laju berjalan. Langsung tidak berterima kasih. Apasallah dia mahu peduli tentang Ila? Kan bagus kalau dia balik saja terus. Hisy, memang menjengkelkan. Namun kerana rasa kemanusiaan, dia ekori juga Ila sampai ke luar. Lihat Ila masuk ke dalam kereta dan sempat perempuan itu mengerlingnya sekilas. Dean perhatikan Thaqif membawa Ila pergi. Kurang asam. 78

Lynn Dayana

Bukannya mahu berterima kasih. Dia pulang ke rumah dengan hati yang sebal. ◆

MAYA dan Hayati duduk termenung. Gagal. Malam tadi pulang dari majlis amal, Dean berpesan. Jangan cuba-cuba kaitkan dia dengan Ila lagi. Dia tidak suka. Pendek saja alasannya. Tidak suka. Puas Hayati mencari punca namun Dean hanya kata, antara mereka tidak serasi. Bila dia hubungi Maya, dia dapat tahu Ila pun mohon jangan cuba nak kenenkan dia dengan Dean. Nampaknya mereka berdua serasi tidak suka satu sama lain. “Kita kena lupakan hasrat untuk berbesan.” “Nampaknya membalas.

macam

tulah.”

Maya

“Betul ke ni dah tak ada cara lain?” Hayati merasa kecewa. “Dari dia orang salahkan kita, baik kita biarkan aje mereka pilih jodoh masingmasing.” Maya membalas. Dia juga rasa 79

Random

kecewa tetapi apakan daya. Soal hati memang tak boleh dipaksa. ◆

PULANG dari pertemuan itu, Hayati terus sahaja masuk ke dapur. Dia hidangkan beberapa roti dan pastri yang dibeli. Kemudiannya memanggil suami dan anak lelakinya untuk minum sekali. “Mama macam ada benda nak bincang aje.” Dean menegur. “Bawaklah Raudhah datang jumpa mama dengan ayah.” Hayati memberitahu. “Apa?” Ahmad memandang isterinya sambil mengangkat kening. Ada sesuatukah yang berlaku? Jarang isterinya gagal mencapai sesuatu yang dia inginkan. “Raudah. Yang Dean suka sangat tu. Bawaklah datang rumah. Kenal-kenal.” Hayati mengulang. “Mama serius?” soal Dean.

80

Lynn Dayana

Satu senyuman Hayati berikan pada Dean dan suaminya. Senyuman manis berlapik rasa kecewa. “Mama nak naik atas. Minumlah dengan ayah. Belajar sikit hal-hal rumahtangga. Dah nak kahwinkan?” Hayati bangun dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Dean memandang mama sakit ke?”

ayahnya.

“Ayah,

“Astaghfirullah, budak ni.” “Pelik.” “Jangan lepaskan peluang. Karang mama buat pusingan u. Pengsan.” Ahmad menasihatkan. Di benak fikiran dia sendiri meragui apa yang baru berlaku. Entah-entah ada agenda baru. ◆

PERUT terasa pedih. Dean laju saja melangkah ke kafe Secret Recipe. Dia malas mahu makan di tempat lain. Agendanya mahu makan dan pulang. Dia keluar untuk membeli hadiah harijadi mama.

81

Random

Ketika dia berdiri di depan pintu kafe itu, dia terserempak dengan Ila. Punyalah ramai manusia di dalam dunia ini, kenapa boleh terjumpa? “Nak lunch ke?” “Eh…” Ila membalas. Terkejut melihat Dean yang tiba-tiba menegurnya. “Sorry Cik, tengah penuh ni. Ada satu meja untuk dua orang saja. Cik dengan Encik datang sama-sama ke?” soal gadis yang menjaga pintu kafe. Ila memandang Dean. Dean pun memandang Ila. Dua-dua akhirnya mengangguk. Sama-sama berjalan masuk ke dalam kafe. Waktu begini, nampaknya perut lebih berkuasa melebihi emosi menyampah yang ada. “Okey, kita berdamai.” Ila bersuara. “Ya, setuju. Aku lapar.” Dean membalas. “Aku nak fish and chip.” Ila memberitahu tanpa melihat menu. Dia terus memandang telefonnya.

82

Lynn Dayana

Dean memesan spagheti. Sama-sama diam dengan urusan sendiri. Dia memandang ke arah luar dan matanya terpandang wajah yang seperti dikenali. “Kau tunggu Thaqif ke?” soal Dean. “Thaqif tak ada. Pergi JB.” “Kerja?” “Yalah. Takkan holiday.” “Wow.” Ily pun mengangkat muka. Dah kenapa Dean banyak soal? Macam interogasi pesalah sahaja. “Kau kenapa?” “Tu bukan Thaqif ke?” Dean menyuruh Ila memandang ke arah luar. Dan waktu itu gadis yang di samping Thaqif melompat sedikit lalu mengucup pipi lelaki itu. “Damn.” Dean bersuara perlahan. Ila memandang arah pandangan mata Dean dengan malas. Sebaik sahaja dia melihat tubuh lelaki yang dia kenali itu, tangannya menggigil. “Ila…” 83

Random

Tak sempat Dean mahu memujuk dan Ila sudah berlari keluar. “Adoi!” Dean mengeluh. Mahu masuk campur atau biarkan saja? Karang nanti kalau ada anak orang yang balik rumah mata lebam, rambut putus atau tangan patah? Dean pun bangun mengejar Ila. “Ila, sabar…” “Thaqif!” Tu dia. Kuatnya suara Ila. Dean terasa mahu ketawa. Kalau Thaqif tak dengar, memang sah pekak badak. Kelihatan lelaki itu terkejut. Gadis yang bersamanya terus berselindung di balik tubuh Thaqif. “Siapa ni?” tanya Ila. “You buat apa kat sini?” “Buat bodoh.” Ila mejawab laju. “You with your cute answer…” Thaqif membalas dengan sinis. Dia membuka cermin mata hitamnya. Memandang Ila dan Dean dengan jengkel. “You kata dia cute?” Gadis yang bersama Thaqif itu tiba-tiba mencelah. 84

Lynn Dayana

Waktu itu Ila tidak tahu mahu ketawa atau menangis. Kasihan. Perempuan bodoh manalah yang Thaqif suka ini. “So this is it ya…” Ila bersuara. Tidak jadi mahu marah. Curang dengannya kerana perempuan yang sebegini. Tak apalah. Memang sesuai sepadan. Dia pun berpaling. Baru mahu melangkah pergi terdengar Thaqif bersuara. “You keluar dengan jantan lain boleh pulakan?” Ketika itu, terasa menggelegak. Ila menoleh.

darah

mula

“Ini ke perempuan tu darling. Tak lawa pun. Tak payah nak setialah dengan orang yang tak setia.” Gadis itu memeluk lengan Thaqif dengan erat. Wajahnya penuh bangga. Ila membuka mulut namun kemudiannya mengubah fikiran. Bertegang urat dengan orang yang tidak berakal itu hanya akan menjadikan dia bodoh juga. Baik dia pergi makan.

85

Random

Sampai di meja, makanan pun dihidang. Ila duduk. Termenung. Dean ikut duduk. Dia suakan air pada Ila. “Minum.” “Kau rasa kelakar ke semua ni?” Dean geleng. Tuhan, maafkan dia kerana berbohong. Memanglah kelakar. Tapi dia tak sampai hati nak lukakan hati Ila. “Makanlah.” “Aku yang bodoh ke…” “Tak. Kau tak bodoh. Jangan kau nak tambah sedih. Dia yang bodoh. Perempuan tu lagilah bodoh. Kita pandai.” Dean membalas. Memberikan semangat dan tiba-tiba Ila ketawa. Mula-mula perlahan kemudiannya kuat. Hingga menarik perhatian pelanggan yang lain. Semua saling memandang. “Ila… ingat Allah.” Ila memandang Dean dengan mata yang berkaca. Dia kemudiannya ketawa. Macam mana lelaki yang dia menyampah ini pula yang berada di sampingnya dan sudi menenangkannya. 86

Lynn Dayana

“Fish and chip…” Ily menyebut. “Ya, baca bismillah. Makan. All will be well.” Dean menasihatkan. Dia bukakan botol sos tomato dan tuangkan berdekatan dengan kentang goreng. “Aku ikhlas kawan dengan dia. Kenapa dia curang?” “Susah nak cakap, Ila. Bagus juga kau tahu sekarang dari tahu kemudiankan?” Dean memberikan pendapat. Alahai, dia pun dah hilang selera. Padahal ususnya punyalah berdondang sayang kelaparan. Makanan di dalam pinggan sama-sama mereka pandang. Di dalam suasana yang riuh itu hati terasa sepi. ◆

PULANG semula ke pejabat, Dean merasakan hari berlalu dengan sangat laju. Ikutkan hati dia mahu terus pulang ke rumah tetapi ada dokumen yang dia perlu tanda tangan. Selepas membuat perbincangan pendek, dia terus pulang. Sampai ke rumah jam sudah menghampiri jam lapan. Tergocoh-gocoh dia 87

Random

mengejar Maghrib yang mahu menghilang. Siap membersihkan diri, dia turun dan lihat emaknya sedang menghidang makan malam. Perutnya pun berbunyi. “Dean jumpa Ila ke tadi?” tanya Hayati. “Aah.” Dean ambil gelas dan menuang air. Ya Allah, sungguh dia lapar dan haus. Hayati memandang Dean dengan dahi berkerut. Kenapa jumpa Ila? Bukan kata tak suka? “Bila nak bawak balik Raudhah?” soal Hayati. Dengan Ila tidak mahu. Dengan Raudhah pun bertangguh, bila dia nak merasa pegang cucu. “Dia tengah sibuk. Ada projek baru masuk tender.” Dean membalas. “Jumpa mama dengan ayah setengah jam pun tak boleh?” Dean menyengih. Dahulu, mama sebut nama Raudhah pun tak mahu. Sekarang bukan main tak sabar nak jadikan menantu. Sungguhlah, sabar itu membuahkan hasil. “Nanti Dean bawaklah balik.” 88

Lynn Dayana

“Perempuan kalau cita-citanya lebih tinggi dari cinta, lelaki nanti tak dipandangnya.” Hayati membalas. “Hisy mama ni. Kan bagus perempuan yang ada cita-cita tinggi. Bukan mama ke yang kata, jadi perempuan kena pandai berdikari. Kalau jadi apa-apa, tak adalah mengharapkan lelaki.” Dean mengulang apa yang mamanya selalu syarahkan. “Betul tapi setinggi mana perempuan, anak dan suami tetap nombor satu. Jangan lupa haikikat itu. Kalau kerjaya dia nombor satu, hari-hari kamu makan nasi bungkus. Tak balik rumah mak. Anak-anak kurang kasih sayang.” Dean menyengih. Jauh benar emak punya pemikiran. “Hari ni kamu senyum tapi fikirfikirkanlah ya.” “Apa tajuk syarahan hari ni Dean?” Ahmad yang baru turun, turut menarik kerusi dan duduk di meja makan. “Mama suruh bawa Raudhah datang rumah tapi dia tengah sibuk sekarang.” 89

Random

“Ohh.” “Kalau belum ada anak dah sibuk macam ni, kalau dah kahwin entah-entah raya pun tak muncul kat rumah kita ni ayahnya.” Hayati membebel lagi. Dia meletakkan mangkuk kari ayam di atas meja. Dean mencium sedapnya aroma kari ayam yang dihidangkan. Ya, masakan emak memang sedap. Bukan dia saja yang puji. Di kalangan saudara mara pun, emak memang juara. “Raudhah pandai masak?” soal Hayati. Dean geleng. Entah, tak pernah rasa. “Ila pandai masak ke?” soal Dean pula. Ahmad yang mendengar sudah ketawa. Perang psikologi betul anak dan isterinya ini. “Eh, yang kamu suka bukan Ila tapi Raudhah. Jadi, Raudhahlah yang patut mahir segala.” Hayati menyerang semula. Ahmad memberi isyarat menyuruh Dean diam. Satu, mereka sedang di depan makanan. Dua, tak akan menang berlawan cakap dengan isterinya. Dapat dosa dan geram sahaja. 90

Lynn Dayana

“Apa yang mama suka sangat kat Ila tu?” Dean masih mahu berbalah. “Dia jujur.” “Jadi kalau lla jujur kata tak pandai masak kari, tak apa. Tapi kalau Raudhah, tak boleh?” Hayati senyum. Menghulurkan sambal ikan tongkol kepada suaminya. Mangkuk kari ayam diberi pada Dean. “Kari ayam sama ke dengan sambal ikan?” Tersengih-sengih Ahmad memandang anak lelakinya. Dia tak tahu mahu ketawakan atau nasihatkan. Dah kata, angkat bendera putih sudahlah. Degil. “Nanti Dean bawak Raudhah datang Ahad depan.” Dean membuat keputusan. “Alhamdulillah.” Hayati pun menceduk lauk. ◆

MASUK ke dalam rumah, Maya lihat Ila ada berdiri di sinki. Tadi sewaktu dia keluar menjirus pokok, Ila masih di bilik lagi. “Buat apa tu Ila?” 91

Random

Sebaik sahaja Ila menoleh, Maya pun terus beristighfar. “Kenapa?” “Mata tu Menangis?”

kenapa?

Jadi

panda?

Ila geleng. “Cuba cerita…” “Ila dengan Thaqif dah tak ada apa-apa.” Maya pun menelan air liur. “Tak ada jodoh.” Laju Ila menambah fakta. Tak mahu bercerita panjang. Nanti jadi hikayat 1001 malam. Maya mahu bertanya lagi tapi dia faham apabila mendengar nada suara Ila yang sebegitu. Tak mahu ceritalah nampaknya. “Tu, ayam tu nak buat apa?” “Teringin nak makan kari ayam.” “Nak mak masakkan?” “Kari aje. Ini Ila pandailah mak.” Maya senyum. “Kira kita kendurilah tengahari ni ya?”

92

Lynn Dayana

Ila menjeling emaknya dan Maya ketawa. “Emak teringin buat sambal udang petai.” “Okey, nanti Ila kisarkan lada.” Menyengih Maya dibuatnya. Selamat tinggal Thaqif. Kan bagus kalau selamat datang Dean. Hai, berangan sajalah nampaknya. Kata Hayati, Dean serius dengan Raudhah. Sungguh mengecewakan. ◆

MEREKA duduk memerhatikan orang yang lalu lalang. Sudah sepotong kek habis dimakan. Cerita saja yang tak habis-habis dibualkan. Lama tak berjumpa. Sesekali ada peluang, macam tak nak balik rumah dah. “Serius sedaplah kopi yang kau buat ni.” Olin memuji. Terperanjat dia apabila Ila masuk ke belakang kaunter dan membuatkan kopi untuk dia. Rupa-rupanya francais ini milik kawan emak Ila. “Aku kursus weh.” “Kalau aku suruh lukis-lukis gini, mahu orang lukis awan aku lukis sawan.” Olin ketawa lagi. 93

Random

“Emak akulah. Suruh aku kursus. Aku pun ikut ajelah. Layankan aje.” “Mak kau tu best. Sporting. Kalau mak aku… Resipi masak pun kedekut.” Olin membalas. “Aku dulu tak suka masak. Sekarang ni aku suka pulak. Perati cara mak aku dan cuba. Rasa kau jangan ceritalah. Mula-mula tu memang hampeh. Mak aku layan je aku.” Ila bercerita. Syukur dengan sikap emaknya yang terbuka dan begitu menyokong apa juga yang dia ingin lakukan. Dulu dia gila masuk kursus fotografi, emak pun ikut sama. Masa emak dia gila mengait, dia ikut-ikut juga. Sekadar memberi sokongan. Kalau emak cuba resipi baru, dia suka jadi juri rasa. Tak rugi pun. Waktu itu mata Ila melihat dua gadis yang masuk ke dalam kafe itu. Membeli minuman dan kemudiannya duduk di belakang meja mereka. Cantik. Hatinya berdetik. “Odah… kau bukan kata lama tak keluar dengan boyfriend kau ke?” 94

Lynn Dayana

“Aah lama.” “Habis tu kenapa tak keluar dengan dia?” “Patut hari ni aku jumpa parents dia.” “La, habis tu kau buat apa keluar dengan aku ni?” Terdengar bunyi gadis yang bernama Odah itu ketawa. “Malas.” “Hoi! Raudhah Haji Kamal. Kau ni. Kesian dia. Kau tak serius ke dengan Dean tu?” Dan ketika itu Ila yang sedang menyedut air, terus tersedak. Kelam kabut Olin memberikan tisu. Waktu itu Ila terasa mahu cepat-cepat berpusing dan melihat wajah Odah atau Raudhah. Raudhah kekasih Deankah? Ya Allah, Ila terus menelinga. “Bukan tak serius tapi aku rasa macam terbeban. Aku masih mudalah. Kerjaya aku tengah happening. Kahwin tu macam akan buat semua cita-cita aku terhalang.”

95

Random

Oh, macam itu. Ila terbayang wajah Dean. Dean yang samakah. Tiba-tiba dia teringin menjadi nakal. Dia pun pura-pura swafoto. Pergh, memang skil fotografinya masih ada. Terpapar gambar gadis bernama Odah @ Raudhah dibelakangnya. “Kau kenapa?” soal Olin. Ila menyengih. “Nanti aku cerita.” Dia pun menghantar gambar itu kepada Dean. Biar lelaki itu yang mengiyakan atau menidakkan gambar itu. Selepas menekan butang hantar, Ila minum dengan hati yang lapang. Tidak berapa lama kemudian, terdengar bunyi mesej masuk.

dia

Ila, where are you? Ha, bunyi mesej Dean dingin. Ila terasa bersalah tiba-tiba. “Eh, jomlah balik. Lama dah ni. Marah pulak mak aku. Janji petang ni nak buat kek untuk nenek aku.” Olin mengajak balik. 96

Lynn Dayana

“Jom.” Cepat-cepat Ila mengangkat beg. Sempat dia berpaling dan melihat sekali imbas wajah Raudhah yang Dean banggakan. Cantik memang cantik. Kasihan kau Dean. ◆

IKUTKAN hati dia mahu teruskan larian. Tak mahu pulang ke rumah. Lari sampai di mana Ila berada dan lihat benarkah Raudhahnya ada di situ. Ila tidak membalas mesejnya semula namun gambar tidak akan menipu. Kata Raudhah, dia tidak boleh datang kerana pulang ke kampung. Tapi sah-sah gambar itu di Starbucks. Kampung di Starbuckskah? Pantang betul dia apabila orang menipu. Tapi dia masih lagi husnuzon. Mungkin Raudhah singgah Starbucks dalam perjalanan pulang ke kampung. Yalah, kopi kan boleh menghilangkan perasaan mengantuk. Dia hantar mesej pada Raudhah. Sudah sampai kampung? Ibu you sihat? Dan laju Raudhah menjawab sedang melayan ibunya makan. Sudah di kampung. Raudhah minta 97

Random

izin nak layan ibunya. Akan telefon semula malam nanti. Pergh, berasap rasa mata bila membaca balasan mesej Raudhah itu. Dari gambar yang Ila hantar, kawan Raudhah itu muda sahaja. Takkan itu ibunyakan? “Amboi, masamnya muka. Biasa lepas riadah, badan kita lebih segar, fikiran lapang…” Hayati menegur. Dean pun tersenyum pahit. “Sebab Raudhah tak jadi datang ke yang buat Dean stres?” Hayati merasa tidak sedap hati. Mungkin salah dia yang mendesak. “Tak adalah. Mama nak ke mana? Lawa betul.” Dean menegur. Ayahnya pagi-pagi dah keluar. Nak jengah kebun yang lama tak dijengah, katanya. “Nak pergi rumah Aunty Maya. Hari ni kami nak cuba buat resipi baru. Nak ikut?” Hayati saja-saja mengajak. “Nak mandi kejap boleh? Lepas tu Dean hantarkan. Nak masak apa mama?” tanya Dean. Mama ni dengan aunty Maya memang suka betul main masak-masak. 98

Lynn Dayana

“Ala nak cuba masak nasi guna tin kari kambing Adabi. Menu viral. Jomlah ikut. Boleh makan sama. Dean tak ada nak ke manakan?” Hayati membalas dengan gembira. “Okey, mandi kejap.” Sebaik sahaja Dean beredar, Hayati segera menghubungi Maya. Memberitahu dia akan datang dengan Dean. Bertanya sama ada Ila ada di rumah atau tidak. Argh kecewa. Ila keluar dengan kawannya. Kata Maya, Ila sudah putus hubungan dengan Thaqif. Hati tiba-tiba jadi berbunga semula. Ada harapankah? Tapi dia sudah setuju untuk Dean bawa Raudhah pulang ke rumah. Hayati melepaskan keluhan. ◆

DEAN duduk sambil menghirup air sirap selasih yang dihidangkan aunty Maya. “Okey, masukkan kentang, terung dengan lobak ni. Bawang pun masukkan jugak.” Maya memasukkan ke dalam periuk nasi.

99

Random

“Dua tin ni cukupla untuk kita makan. Dengan sayur tu.” Hayati menuang isi tin ke dalam periuk nasi yang sama. Dia masukkan juga daun bawang. “Ha, sekarang tunggu masak.” Maya menekan suis. Kalau tak tekan, tak jadi pulak. Sambil itu dia sediakan ulam-ulaman. Sambal belacan sudah dia sediakan. “Macam tu aje? Bau sedap.” Dean memuji. Entah macam mana, dengan dia sekali terjebak ikut duduk di dapur ini melihat sama dua wanita itu bereksperimen. “Tak ada kuah tak sedap.” Hayati memberikan komen. “Assalamualaikum. Sedapnya bau.” Tiga pasang mata menoleh. Ila masuk ke dapur dan terkejut melihat Dean dan emaknya ada di situ. Wah, berkhemah di dapur emaknyakah? “Apa khabar aunty? Lama tak jumpa.” “Aunty ingat Ila yang tak nak jumpa dah.” Hayati memeluk bahu gadis itu. Tak jadi menantu pun dia dari dulu memang jatuh sayang dengan Ila. 100

Lynn Dayana

“Apa pulak. Hai bro!” Ila menegur Dean. “Kita masak dalca sikitlah. I dah rendam kacang dal.” Maya bersuara. “Boleh jugak. Letak kacang panjang, terung, kentang…” Dua wanita itu sudah kembali kepada masakan. Dean memanggil Ila. Memberi isyarat agar mengikutnya keluar. “Kenapa?” soal Ila walhal hati dah meneka tahu apa yang Dean mahu tanya. Sanggup lelaki itu join masak-masak emak mereka. “Kenapa tak balas whatapps?” “Peninglah. Nak masuk bilik, tidur.” Ila mengusik. Terperanjat dia apabila Dean menarik lengannya. “Hey…” Dean menarik dia ke luar balkoni. “Itu Raudhah.” Pandangan mata Ila jadi kasihan. “Jom duduk dulu.” Dia mengajak Dean duduk. Lelaki itu nampak sedikit kusut.

101

Random

“Dia kata dia balik kampung. Tengah makan dengan mak dia.” Dean membalas. Memandang Ila dan melepaskan keluhan. “Dia ada hal kot nak bincang dengan kawan dia.” Ila cuba meredakan keadaan. “Tak payahlah nak menipukan?” Ila pun diam. Tak mahu memburukkan keadaan. Nanti dia pula yang dipersalahkan. Baik dia berdiam. Hati Dean pasti sedang dalam kekeliruan. “Tak ada orang suka-suka nak tipu. Mesti ada sebab.” Dean memandang Ila. “Dah dua kali aku ajak dia datang rumah. Dua-dua kali pun dia tolak.” “Bincanglah elok-elok. Mungkin dia tak bersedia lagi. Mungkin masih banyak benda dia nak capai.” Ila cuba merasionalkan keadaan. “Kau dengan Thaqif macam mana? Berdamai?” tanya Dean tiba-tiba. Laju Ila menggeleng. “Curang tu sesuatu yang susah untuk aku terima. Kalau nak, buat 102

Lynn Dayana

cara nak. Bukan berlagak nak tapi berperangai syaitan.” Ila kemudiannya ketawa kecil. Dean ikut ketawa sama. “Suka hati kau setankan dia.” “Betullah. Jujurkan senang. Suka, buat cara suka. Tak suka, buat cara tak suka.” Dean melepaskan keluhan. Kan bagus kalau Raudhah ada di sini. Dengar apa yang Ila katakan. Faham dan jadi dewasa. Hati manusia bukan untuk dihiris-hiris. Harapan itu bukan sesuatu yang percuma. Di dapur, Maya dan Hayati duduk saling berpandangan. Hairan melihat Dean dan Ila duduk bersama berbual. Tambah hairan apabila dengar anak mereka ketawa bersama. Ini sesuatu yang ajaib. Bukankah dahulu seperti kucing bercakaran. “Agaknya dah berbaik dia orang ni.” “Dah jadi kawan?” Dua-dua menguntum senyum. “Mungkin jadi kawan macam kita aje.” Sama-sama mengangguk. ◆ 103

Random

MAJLIS kenduri arwah berjalan dengan lancar. Hidangan bufet sedang dinikmati tetamu yang hadir. Dean sibuk menambah lauk yang berkurangan. Selepas setengah jam, ramai tetamu mula mengundurkan diri. Waktu itulah baru tuan rumah dapat duduk dan berbual dengan tetamu yang masih berbaki. “Aunty Maya, mana Ila ni?” “Dia ada hal kat pejabat tak selesai tadi. Kalau habis, dia datang katanya.” “Assalamualaikum.” “Ha tu budak bertuah dah sampai.” Dean menoleh. Kelihatan Ila datang mendekati dan meminta maaf kerana lewat sampai. “Aunty, mintak ampun. Ada hal tadi terpaksa uruskan dulu. Ni Ila bawakkan kek. Aunty boleh makan sarapan esoklah.” Dean perhatikan saja gadis itu yang begitu mesra dengan mama. Ila memang pandai mengambil hati. “Kek dah basi baru nak hantar.” 104

Lynn Dayana

“Hep. Tengok anak aunty ni. Fitnah eh.” “Datang lambat. Pergi masuk dapur, tolong cuci periuk.” Dean buat-buat marah. “Eh, nanti kasar tangan I.” “Meh nak tengok tangan yang lembut sangat tu.” Dean pura-pura mahu mencapai tangan Ila. Ila pun menepis. Merah mukanya menahan malu. “Dean, berani ya nak pegang tangan anak dara orang.” Ahmad menegur. Dia takut ibu ayah Ila tidak suka dengan tingkah anak terunanya itu. Dia tahu Dean hanya mainmain. “Kalau nak sentuh-sentuh, kena masuk meminang Dean.” Maya menyeloroh. Mengenyit mata ke arah Hayati. “Sudi ke aunty terima saya jadi menantu?” soal Dean. Dan keadaan tiba-tiba jadi sunyi sepi. Semua mata memandang ke arah Dean dan beralih ke Ila. Hayati pun berdeham. Dia mencubit lengan Dean. Ingat mereka ini di Amerika?

105

Random

“Hisy budak ni. Kita ni orang Melayu. Kena ada sirih junjung anak oi.” Hayati mengingatkan. “Kalau ada sirih junjung, boleh ke saya dengan Ila menikah?” Dean menyoal lagi. Kali ini semua mata memandang kepada Ila pula. Dan gadis itu memandang Dean tanpa mengelipkan mata. “Ila, kamu dengar ke soalan Dean tu?” soal Maya dengan jantung berdegup laju. Budak-budak ini sengaja berkomplot mahu membuat onarkah? Mahu mengusik ibu bapa mereka? “Dean tanya mak ayah. Bukan Ila.” Eh, semua pun saling berpandangan. “Kamu berdua ni main-main ya? Nanti mama ambik rotan sebat baru tahu.” Hayati sudah naik angin. “Aduh mama, kami dah besar ni. Nak kahwin pun, tak kan nak sebat.” Dean membalas. Dia menapak dan berdiri di samping Ila. Rapat tapi tak bersentuhan. “Ini serius ke ni?” 106

Lynn Dayana

“Betul ayah. Bukan main-main.” Ila mengiyakan soalan ayahnya. “Kamu berdua setuju nak berkahwin?” soal Hayati pula. Dia lihat dua-dua mengangguk. Ya Allah, mahu luruh jantungnya. Dia mendekati Maya dan mereka berdua saling berpelukan. Hajat mahu berbesan kesampaian. Betullah kata Maya, Ila ada keluar beberapa kali dengan Dean. Betullah kata Dean, dia dengan Raudhah dah tak ada apaapa. Allah perkenankan hajat mereka mahu berbesan. “Tak boleh undur langkah ya.” Ila bersuara perlahan. “Kita jalan terus…” Dean membalas. Dia menuangkan secawan kopi dan serahkan pada Ily. Pahit atau manis, sama-sama mereka nikmati.

107

Random

RUANG dapur kelihatan penuh dengan pelbagai bahan. Mahu masak untuk sekampung agaknya. Aku tak mahu masuk campur. Bukan apa. Nanti menambah masalah sahaja. “Hari ni aku masak nasi lemak hijau. Timun ada. Kacang dah goreng. Sambal tumis bilis siap. Tinggal ayam goreng bersalut daun pandan atas kuali. Panas-panas baru sedap.” Hilda membuat pengumuman. Aku tumpang senyum. “Aku dah sejukkan sirap laici.” Ya, itulah saja hasil 108

Lynn Dayana

usaha aku. Tak seberapa. Tapi kalau buka puasa tanpa air sejuk, mesti tak best walaupun menunya menu diraja. Hilda angkat jari tanda bagus. Dia kemudiannya menoleh. “Kau rasa Minah senget tu masak apa arini?” “Minah senget mana?” Aku malas nak melayan. Suka-suka Hilda sengetkan orang. Dahlah bulan puasa. Tak pasal-pasal puasa kurang pahala. Penat dapat lapar dan dahaga. “Fiza lah. Siapa lagi?” “Manalah aku tahu.” Aku jawab sambil lewa. Malas mahu berada di antara mereka. Persaingan yang tidak positif. Bukan dapat masuk syurga pun. “Mesti dia tak dapat lawan nasi lemak ijo aku.” Hilda membalas dengan yakin. Hijau warna nasinya sangat menarik. Hasil kisaran daun pandan sebanyak tujuh helai dan dikisar sambil berselawat. Mestilah sedap. “Okey.” Aku iyakan. Telefon aku berbunyi. Pergh. Panjang umur. Mesej dari Fiza. Mereka ini memang ada telepatik punya persaingan agaknya. 109

Random

Aku masak mee kari kuch kuch hota hai. Nanti aku bagi kau semangkuk. Minah kerek tu masak apa? Mereka dua inilah. Yang gemuk akhirnya aku. Terpaksa makan masakan mereka. Sedap memang sedap tapi kalau sampai macam nak perang, memang pening. Perut aku sebesar mana. Bunyi suara memberikan salam kedengaran. “Eh Nurul. Awal balik.” Hilda menegur. Biasa hampir Maghrib baru Nurul nampak muka. “Aku pergi beli karipap dengan apam balik. Hantar rumah Mak Yam.” “Apa?” sergah Hilda. “Bulan puasa. Berkongsi rezeki.” Nurul membalas mesra. “Siapa ambik kuih kau tu?” tanya Hilda penuh teruja.

110

Lynn Dayana

“Zainal. Tadi masa aku hantar tu dia baru lepas jirus pokok mak dia. Ya Allah. Tshirt dia basah. Handsome gila. Kalah Hyun Bin.” Aku dah menyengih. Perang akan meletus. Satu. Dua. Seperti kelajuan cahaya, Hilda buat plating nasi lemak. Laju kaki melangkah ke rumah Mak Yam yang ada anak teruna rebutan beberapa dara. Nurul memandang aku. “Mentangmentanglah sambal tumis dia sedap.” Aku ketawa. Aku jengah di beranda. Amboi. Fiza pun sudah berdiri di hadapan rumah Mak Yam. Mewahlah juadah berbuka Mak Yam. Penuh meja. Berkat ada anak teruna yang wajahnya macam Hyun Bin. Ikut kata Nurullah. Pada mata aku tak ada pun yang sama. Kecuali ketinggian. Memang tinggi lampai. Senanglah masa depan sesiapa yang menjadi isteri. Senang nak tolong capai barangbarang. “Hisy dua orang tu. Mesti sambil masak sambil mandrem.” Nurul membuat tuduhan. Masih tidak puas hati. Skil memasak dia 111

Random

kalau dibandingkan dengan Fiza dan Hilda memang jauhlah. Tapi dia ada kepakaran tahu dekat mana ada juadah atau hidangan yang sedap. Aku? Ketawa dan bergerak ke sinki. Mencuci saki baki bekas yang perlu dicuci. Pertandingan entah berapa penjuru itu memang aku tidak masuk campur walaupun setiap hari telinga ini dah berkoyan mendengar pujian untuk Zainal. “Zainal kalau senyum manisnya kalah segala kuih nona manis yang ada dekat Malaysia ni.” “Zainal tu ibarat tepung pelita yang menerangi hidup aku.” “Zainal tu calon sesuai untuk bayarkan zakat fitrah untuk aku.” Hilda, Fiza dan Nurul... sama kemaruk dan gila. Oh ya, itu peserta yang aku tahu. Yang aku tak tahu? Entah-entah setengah taman ini berangan mahu menjadi menantu Mak Yam. Gila. Sengsara jadinya. Sesiapa yang jadi isteri Zainal mahu susah tidur malam. Jenis tangan kena letak kat dahi. 112

Lynn Dayana

Fikir. Suami aku selamat atau tak nak sampai ke jannah dengan aku. Argh, aku ketawa lagi. Jangan senget sangat. Fikir hal orang tu dah kenapa. Baik susun meja untuk berbuka. Usaha mencari pahala semula. ◆ SEJADAH, ku lipat. Telekung ku gantung elok-elok. Aku keluar dan kembali ke meja makan. Aku capai sekeping kuih cara berlauk yang Mak Yam bagi sebagai balasan untuk juadah yang mereka berikan. Tak ada orang sentuh. Hilda tak makan daging. Nurul kata diet dan sudah kenyang. Jadinya akulah yang untung. Tak perlu berkongsi dengan sesiapa. Teringat mesej dari dia. Kuih cara tu mak yang bancuh. Tapi saya yang buat. Makan tau. Sambil ingat kat saya. Aku balas, insyaAllah. Aku usik dia...

113

Random

Untungkan ada nasi lemak ijo. Dia balas dengan emoji. Senyum. Wah, betul sukakah? Menjadi agaknya jampi cinta yang Hilda baca. Aku balas… Sedap tak mee kari? Dia balas lagi dengan emoji juga. Senyum lagi. Eh, mee kari pun suka. Aku hantar emoji semula pada dia. Dia ingat dia aje ada emoji. Nah amik. Aku hantar gambar syaitan warna ungu. Ha, padan muka. Aku tahu dia pasti sedang tersenyum. Tidak lama kemudian satu mesej diterima. Saya tunggu masakan awak. Aku ketawa kecil. Maaf. Dah aku katakan aku tak mahu berebut perhatian seorang lelaki. 114

Lynn Dayana

Saya tak pandai masak. Nanti saya hantar mee ramen awak tak makan. Laju aku lihat dia sudah mula menaip. Yang penting… mee ramen tu penuh kasih sayangnya. Satu suapan, teringat tiga hari tiga malam. Eleh. Sekarang bolehlah. Nanti kalau betul berjodoh, hari Ahad ku hidang Cintan, Isnin Indomee, Selasa Mee Ruski... Rabu Maggie, aku takut, Khamis aku dah kena halau. Telefon pun berdering. Eh. Tak cukup whatapps mahu dengar suara pula? Aku angkat dan beri salam. “Awak kena selamatkan saya. Kesian pada hati yang mengharap. Saya tak mampu nak terima hati mereka.” 115

Random

Aku pun ketawa. Amboi bunyi macam sedih benar. Entah-entah suka. Mana ada lelaki yang menolak ikan? Eh, salah. Mana ada kucing yang menolak wet food? “Sabarlah.” Aku memujuk. “Raya pertama kita nikah ya?” Zainal pula memujuk. Pergh, ajakan dia. Getar suaranya. Lembut sungguh memujuk. Tergoda aku. Aku pun ketawa kecil. Kalau raya pertama, menu Samyang masak rendang okey ke? “Ketawa tu maksudnya setuju?” Aku sambung ketawa. Tunggu PKP tamat dulu. Lepas tu, aku tak kisah nikah bila. Pagi raya boleh. Tengahari raya pun okey. Petang raya pun tak ada masalah. Yang penting saat Zainal menjadi suami aku, social distancing antara dia dengan Hilda, Nurul dan Fiza mesti berjarak melebihi 10 km. Tiada kompromi. ◆ AKU lihat Hilda termenung. Nurul pun ikut sama. Aku pandang. Ada berita burukkah? Aku letak kuih bakar yang aku beli ke atas 116

Lynn Dayana

meja. Jeling sedikit ke dapur. Hari ini tiada pertandingan memasakkah? “Kenapa muram aje ni?” “Mhmm…” “Kau tak tahu ke?” Nurul membalas. “Tahu apa?” “Pasal anak Mak Yam.” Aku memandang dua wajah yang macam ayam berak kapur. “Kenapa?” “Dengarnya dah ada kekasih.” Aku pun menelan air liur. Sudah pecahkah rahsia yang aku simpan? Aku tarik kerusi. Pura-pura jadi kak nam. Mahu tahu. “Macam mana korang tahu?” “Fiza yang tahu.” Hilda mula bersuara juga. “Eh, Fiza pulak yang tahu.” Berderau darah aku. Kisah ini meleret-leret nampaknya. “Dia kata nampak Zainal tengok phone dan senyum-senyum. Mesti dengan 117

Random

perempuan. Waktu tu antara kami bertiga, semua pun tak ada pegang phone. Jadi, adalah perempuan lain tu.” Nurul bercerita. “Oh.” Aku angguk-angguk sekejap. Ingatkan ada bukti lain yang lebih kuat dan boleh bawa masuk mahkamah. Mana tahu terjatuh bawah Akta Keseksaan. Akulah tu yang bakal kena rejam. “Aku rasa nak santau perempuan tu.” Hilda membalas. Suara penuh kemarahan. Aku pun menelan air liur. “Hey, tak baik. Kita kan puasa.” Hilda pun istighfar. “Okey, lepas puasa ni aku santau dia.” Cis, laju betul rancangan Hilda berubah. Tak sempat aku nak tarik nafas lega. Matilah aku kena santau nampaknya. “Kau santau… aku kalau jumpa, aku langgar je perempuan tu.” Nurul ketawa berdekah. Aduh. Mampus. Di antara kami semua, Nurul adalah pemandu yang paling ganas. Laju gila bawak kereta. Memang selalu dia yang sampai dulu. Mahu hancur tulang aku 118

Lynn Dayana

yang tak berapa kukuh. Dahlah malas minum susu. “Petang ni kita buka apa?” Cubaan mengalih tajuk. “Mak Yam ajak buka rumah dia.” “Hah?” “Ya, kita semua dia ajak. Aku nak mekap lawa-lawa. Mana tahu Mak Yam suka aku.” Hilda membalas. Tersedak aku dibuatnya. Seriuslah. Nak buka rumah Mak Yam? Tak sanggup aku. “Kalau Mak Yam suka tapi Zainal tak?” soal Nurul. Aku lihat wajah ceria Hilda jadi kelam semula. Kasihan. “Aku tak pergi. Korang pergilah.” Aku lebih rela makan kuih bakar untuk buka nanti. Cukuplah satu menu. Boleh kenyang setengah tahun. “Eh jangan mengada. Mak Yam kata dia masak nasi tomato. Zainal yang mintak.” Hilda berkata dengan tegas. Amboi, dengan mata-mata dia jegilkan. Dan aku pun terasa mahu menangis. Menyesal sungguh. Teringat 119

Random

perbualan malam tadi. Mulut aku ini juga yang cari pasal. “Teringin nak makan nasi tomato yang sedap. Ayam merah yang tak pedas tapi cukup rasa. Lagi best kalau ada acar nanas dengan timun yang sejuk.” “Semua tu mak saya boleh masakkan.” Zainal beriya membalas. “Wah untunglah anak dia.” “Untunglah menantu dia.” Ceh, malam tadi aku suka-suka ketawa tetapi hari ini aku rasa macam nak sembunyi. “Aku nak masuk bilik dululah.” Aku mahu melarikan diri. “Kau jangan tak bersiap. Kita ke rumah Mak Yam pukul 6.30 petang.” Nurul memberikan peringatan. “Apahal awal sangat ke sana?” “Eh kau ni. Tolonglah apa yang boleh. Peluang untuk memenangi hati Zainal sentiasa terbuka. Lagipun lelaki boleh kahwin empat.” Hilda membalas. Tenang

120

Lynn Dayana

dan penuh keyakinan. Aku? Rasa nak pengsan. ◆ MAHU pakai apa? Aku capai blaus dan seluar. Keluar ke ruang tamu dan terpegun. Mak ai. Ini jemputan berbuka puasa atau majlis raya pertama? “Kau pakai macam tu aje?” soal Hilda. Aku angguk. Hilda memakai kebaju berwarna hijau. Cantik. Dahlah badan macam kerengga. Memang tak berkelip mata aku memandang. “Aku doa, Zainal nampak aku dan teringat kesedapan nasi lemak pandan hijau yang aku masakkan khas untuk dia.” Hilda memanjatkan doa. “Beranganlah tu.” Nurul membalas. Namun Nurul juga tidak mahu kalah dengan baju kurung Pahangnya. Berkelip-kelip dengan taburan batu permata. Kalau ditakdirkan malam ini berlaku putus bekalan elektrik, rumah Mak Yam akan tetap bersinar terang. 121

Random

“Fiza pakai kurung moden. Fesyen terbaru. Dia pergi beli tengahari tadi. Mentang-mentang banyak duit.” Hilda memberitahu. Dan aku melihat diri aku. Blaus bungabunga kecil. Seluar palazo hitam. Tudung hitam juga. Aku memang di luar pertandingan ini. “Kau tak nak tukar baju?” soal Nurul. “Tak payahlah. Kurang sikit peserta.” Hilda ketawa. Dia mejengah rumah Fiza. Huh, kan dah kata. Fiza mesti lebih bersedia. Entah apa yang dibawa Fiza. Dia pun ada senjata rahsia. Kain batik dari Jawa. Lembut kainnya dan cantik corak batik yang premium. “Kau bawak apa tu?” Aku lihat di tangan Nurul ada beg. Di tangan Hilda juga. Serta merta aku pening kepala. Ya Allah, mereka ini dah kenapa? “Jom, cepat.” Rasa macam nak kena pergi perintah ke latihan ketenteraan saja aku rasa. Aku datang dengan tangan kosong. Mereka bertiga? 122

Lynn Dayana

Aduhai, macam-macam buah tangan untuk Mak Yam. Gigih betul mahu membeli hati anak Mak Yam. “Biar saya tolong. Nak bancuh air panas ke sejuk Mak Yam?” soal Hilda. “Nak buat air sirap laici.” Mak Yam mengeluarkan tin dan laju saja Hilda mengambil alih. “Biar saya tolong hidang lauk.” Fiza tidak mahu kalah. “Susahkan kamu pulak. Korang ni jemputan.” Mak Yam membalas. “Ala, nanti kami juga yang makan. Kuih ni nak potong ke Mak Yam. Lama tak makan agar-agar.” Nurul berdiri rapat dengan loyang berisi agar-agar. Waktu itu aku rasa betul-betul seperti seorang manusia yang tak berguna. Hilda sedang uruskan tin laici. Fiza menceduk lauk. Nurul memotong agar-agar. Semua ada wilayah masing-masing. Aku nak mendekat pun seram. Semua jenis beri isyarat mata, jangan kacau. Cari kerja lain. 123

Random

Pening kepala. Aku rasa, kalau makan Panadol sepapan pun belum tentu kebah sakit pening aku. Waktu itu terdengar orang memberi salam. “Pak Hasan dah baliklah tu. Cuba tengok Hajar.” Eh, nama aku ke yang disebut. Mak Yam tahu nama aku rupanya. Mak Yam suruh aku apa tadi? Allah. Amnesia pulak datang menyerang. “Wei Hajar. Bukak pintu untuk Pak Hasan,” sergah Hilda. Cis, bedebah betul. Aku pun terkedekkedek ke depan. Tapi inikan rumah Pak Hasan. Mestilah Pak Hasan lagi pandai masuk rumah dia sendiri kan? Tapi aku tetaplah menurut perintah. “Eh Hajar. Dah sampai ya.” Aku angguk. Malu. “Dah, pak cik.” “Nah ambik ni. Zainal pesan suruh belikan roti John. Tapi yang jual ni Daud. Jadi pak cik beli roti Daud. Kamu sukakan?” Pak Hasan berseloroh. 124

Lynn Dayana

Sekali lagi aku angguk. Subhanallah. Muka aku memerah. Pak Hasan mengusik akukah? Beberapa hari lepas aku mengidam roti John dan meminta Zainal belikan tapi lelaki itu asyik balik lewat. Sampai hari ini aku tak dapat makan. Ya Allah, malunya. Gigil tangan mencapai bungkusan. “Zainal tak sampai lagi?” tanya Pak Hasan. “Tak pasti pak cik. Kami baru sampai ni.” “Kereta tak ada. Balik lambat lagi agaknya. Dah pukul tujuh ni. Sesak jalan agaknya.” “Agaknyalah.” “Telefon dia, tanya kat mana.” Pak Hasan menyuruh. Dan aku jadi batu. Tibatiba tiga pasang mata memandang aku. Macam kena panah laser. “Maknya, dah telefon Zainal kat mana ke?” Pak Hasan membetulkan soalan.

125

Random

Serta merta aku lihat mata mereka tenang semula. Wow. Aku terasa serba salah. Waktu itu kedengaran suara memberi salam. “Assalamualaikum.” Suara Zainal. Aku lihat, mereka bertiga berhenti membuat kerja dan berpaling. Macam koir. Menjawab salam dalam idhram paling lunak, merdu dan paling sopan aku lihat. Tuhan, aku kagum. “Semua dah sampai?” Zainal menegur. “Aah.” “Baru balik kerja?” “Mesti penat ya.” Berderet yang memberikan respon. Pergh. Sakit pula hati aku. Aku buka bungkusan roti Daud dengan hati-hati. Aku kena ingatkan diri. Aku ini di rumah orang. Jangan nak buat tak senonoh. “Mak Yam, saya beli kuih.” Eh, suara siapa pula itu? Aku mendongak. Argh, Hisham. Sepupu Zainal. “Mak Yam, saya tak beli apa-apa. Bawak perut aje ni.” 126

Lynn Dayana

Aku menoleh lagi sekali. Suara siapa pula? Oh, Idham pun ada. Dua lelaki ini memang rapat dengan Zainal. Aku kerling wajah rakan-rakan aku. Bukan main mereka tersenyum manis. Pasti meriah dunia mereka. Kalau campur Pak Hasan, ada empat lelaki muda dan yang tidak muda sangat tetapi tetap menarik, ada di depan mata. “Dah nak buka ni. Jom kita duduk. Kerusi tu tarik. Macam-macam makanan. Mak Yam dah pesan jangan bawak makanan.” Semua pun berebut mengambil tempat duduk. Aku disuruh Mak Yam mengambil mangkuk berisi kurma dan letakkan di tiga tempat supaya boleh berkongsi sama. Eh, macam mana aku boleh berdekatan dengan Zainal. Ingatkan mereka dah cop awal. “Duduk Hajar. Lagi beberapa minit nak buka. Waktu afdal kita niat yang baik-baik. Doa.” Zainal bersuara. “Haah, jom doa. Kau nak doa apa Zainal?” soal Idham. 127

Random

“Nak kahwin pagi raya ni.” Meja pun jadi riuh dengan jawapan itu. “Amin. Mak suka dengar tu.” “Ayah pun suka.” Zainal senyum dan mengenyitkan mata. Aku rasa nak sepak sahaja lelaki ini. Saja mencari bala. Kalau boleh, memang aku nak korek mata dia. Buat juadah berbuka. “Calonnya ada kat meja ni ke?” soal Hisham. Selamba. Nada macam tak berdosa. Mereka ini komplot mahu kantoikan akukah? Azan pun kedengaran. “Alhamdulillah. Meh baca doa.” Pak Hasan menyelamatkan suasana. Kami sama-sama menikmati kurma dan minum air. Makan kuih. Bersetuju untuk jemaah Maghrib sebelum mula makan berat. Aku rasa macam nak pitam pun ada tapi entah macam mana, Allah beri kekuatan. Masa berlalu. Rasa beruntung dapat solat berimamkan dia. Syahdu pula rasa. Mana tahu, inilah kali pertama dan ini juga kali terakhir. Jodoh itukan rahsia Dia. 128

Lynn Dayana

Aku tak banyak bercakap. Ku akui, masakan nasi tomato Mak Yam memang sedap. Hampir-hampir aku menitiskan airmata. Macam masakan emak. Aku rasa rindu menggebu. Sejak mak meninggal dunia, aku memang rasa seperti tak ada orang sayang aku. Ayah dah berkahwin semula dan hubungan kami memang tidak mesra. Sekadar bertanya khabar sesekali. Mak tiri aku pun tak gemar ayah berhubung rapat dengan aku. Cemburu agaknya. Jadi biarlah aku sendiri. Dah besar. Tak payah nak susahkan sesiapa. Itu prinsip aku. “Dah tu Hajar. Dari tadi kamu cuci pinggan mangkuk.” Mak Yam menegur. “Tak apa mak cik. Saya ni tak pandai memasak. Dia orang tu pandai. Mencuci, mengemas ni saya pandailah.” Aku membalas jujur. Memang aku tak pandai memasak. Buat apa nak menipu. “Hajar dah khatam Quran ya Ramadhan ni.” Mak Yam merenung. Aku pun angguk.

129

Random

“Baguslah. Bulan puasa ni eloknya mengaji bukan memasak.” Aku senyum. “Mak Yam baru juz 20.” “Sempat lagi tu mak cik.” Mak Yam merenung aku lagi. Aku jadi serba salah. “Hajar masih buka kelas mengaji percuma ke hujung minggu untuk budakbudak?” Alamak, Zainal beritahu emaknyakah? “Eh kenapa nak malu. Bagus usaha kamu tu. Banyak pahala.” Aku ikut senyum. Yalah, nak sedekah wang ringgit, kerja aku ini cukup untuk bayar rumah, kereta dan belanja dapur sahaja. Aku sedekah ilmu sahajalah. “Mak Yam, kami nak balik dah.” Hilda muncul di dapur. “Tak nak terawih kat sini?” “Terawih kat rumahlah Mak Yam. Terima kasih jemput kami.” 130

Lynn Dayana

“Sedap masakan Mak Yam.” Nurul pula memuji. “Aah Mak Yam. Kenyang perut saya.” Fiza tersenyum mesra. “Kuih ada banyak tu. Ambik sikit bawak balik. Lepas terawih boleh makan.” Mak Yam memberikan arahan. Anak-anak dara yang menjadi jirannya ini memang baik-baik. Dia tahu mereka minatkan Zainal. Aku senyum dan hulurkan tangan untuk bersalam. Aku yang terakhir di situ. Mak Yam menarik aku dalam pelukan. Ya Allah, dapat aku rasa pelukan kasih sayangnya. “Mak Yam doakan jodoh kamu dengan Zainal, kuat.” Okey, aku nak pitam. Aku tunduk malu. Aku cepat-cepat mahu pulang. Di pagar, ada Idham dan Hisham bersama Zainal. Kawan-kawan yang lain sudah melangkah pulang. Aku yang ditinggalkan. “Eh ingat mengusik.

tak

nak

131

balik.”

Idham

Random

“Doa tadi dah terkabul kot.” Hisham mengekeh ketawa. Zainal ikut ketawa. “Sedap tak mak saya masak?” Aku angguk dan ucapkan terima kasih. Beri salam dan lari mengejar kawan-kawan. Serius, aku rasa macam tak cukup tanah. Poket seluar aku terasa bergetar. Argh sudah. Mesej dari siapa? Awak nampak manis sangat hari ni. Argh lelaki ini mengada. Aku abaikan mesej dia. Kawan-kawan masuk ke rumah. Duduk di ruang tamu. “Aku rasa aku nak ubah target.” Hilda bersuara. “Aku pun.” Nurul ikut sama. Argh sudah. Apa pula yang mereka maksudkan? “Target apa?” soal aku dengan naif. “Zainal dah nak kahwin. Aku rasa aku suka Idham.” 132

Lynn Dayana

“Aku suka Hisham.” Mereka dua-dua memandang aku. “Kau rasa Fiza macam mana?” Aku angkat bahu. Tuhan. Aku kena sujud syukurkah? Zainal sudah tidak menjadi idaman mereka. Dunia tiba-tiba rasa lebih indah. Ramadhan kali ini terasa lebih manis dari biasa. Tak sabar nak sambut Syawal. Terkejutkah kawan-kawan kalau tahu aku dengan Zainal? Aku menyulam senyum. Manis, hidup terasa lebih manis.

133

Random

AKU lihat dia berpusing keliling meja. Kemudiannya seperti berfikir. Aku lihat sahaja tingkah laku dia. Buat bancian kah? Selepas beberapa saat, dia masih lagi melihat-lihat. Aku semakin curiga. “Encik cari kuih apa?” Dia senyum. Amboi manis. Lebih manis dari kuih akok buatan mak lang yang aku tak boleh telan. Senyumannya seperti gula tertumpah. Eh bukan. Seperti madu jenama Manuka. Tiada perisa tambahan. Original manis penuh khasiat. 134

Lynn Dayana

“Bubur lambuk.” Oh, itu rupanya yang dicari. Aku senyum. “Maaf. Saya tak jual.” Dia pandang aku. Muka kecewa. Eh, eh, eh. Hati aku pun jadi berantakan. Rasa nak hulur bahu. Meh sini. Meh lah. Buangkan semua kesedihanmu di bahuku. Biar aku saja yang menanggung kelukaan itu. “Teringin.” Dia balas sepatah. Nada suara sedikit kecewa. “Bubur lambuk jenis yang macam mana?” Tanpa sengaja aku tertanya. Yalah, versi selatan tak sama dengan versi pantai timur. Nampak tak? Aku mula merepek. Macam aku pandai sangat. “Versi Johor. Ada daging tetel. Ada kacang-kacang sikit. Daun kesum. Letak lada hitam. Pekat. Tabur daun sup dengan bawang goreng.” Sesungguhnya aku berpuasa tapi aku senyum dan telan air liur. Aku pula yang teringin. Sungguh teringin mahu mengkabulkan keinginan dia. 135

Random

“Tahu resipi tu. Bolehlah masak sendiri. Kalau nak cepat, beras tu kisar dulu. Nanti jadi pekat macam encik nak.” Aku balas. Masih panggil dia encik. Aku takut dia terperanjat jika tiba-tiba dipanggil sayang. Astaghfirullah. Apa nak jadi? Aku segera melayan pelanggan lain yang datang. Aku lihat dia pilih kuih cara berlauk. Dari ekor mata aku pandang dan aku biarkan Haida melayan dia. Sebelum beredar dia senyum memandang aku. Hisy, aku cepat-cepat tunduk ke lantai. Bukan ada duit yang jatuh tapi hati aku.... hati aku ni yang degil tak mahu duduk diam. Degil ni. Haida pandang aku. Menggeleng. “Kenapa?” Nampakkah aku tergedik tadi? Aduh, malu. “Kau patut tawarkan diri. Biar saya masakkan. Ini alamat saya. Ini nombor telefon saya. Awak boleh ambil bubur tu malam nanti. Dan pulangkan hati saya yang awak curi.” Aku pandang Haida. Ketawa. Cis, Haida lebih teruk gediknya dari aku. Haida pandang 136

Lynn Dayana

aku. Berganda kami ketawa. Ingat ini drama Akasia? Maid in Manhattan? Atau mungkin The Proposal. Ada pelanggan lain datang dan dia kami lupakan. ◆ RAMADHAN itu maksudnya panas. Menguji kita hamba-Nya untuk menahan diri bukan saja dari lapar dan dahaga tetapi juga mengawal kesabaran. “Hari ni panasnya. Aku rasa macam nak pengsan.” Aku dah membayangkan air sirap selasih. Warna merah. Ya, aku orang yang mudah. Tak perlu Dolgano. Itu semua rumit. Hidup. Mudahkan sahaja. Dan dia datang lagi. Turun dari motornya. Terus berdiri di hadapan aku. Hati aku pun jadi macam biji selasih yang tumpah. Jatuh berguguran. Bibir aku ukir senyuman. “Hari ni cari apa?” “Bubur lambuk.” Dan aku terdiam. Argh, dia masih mencari menu yang sama. Benar-benar mengidamkah? 137

Random

“Maaf. Kami tak ada jual bubur lambuk yang ada bubur jagung dengan bubur som som.” Aku cuba mempengaruhi dia. Cubalah makan yang lain. Dia senyum. Argh, tidak terkesan. Aku lihat dia pilih karipap dua biji. Pulut panggang dua biji. Bayar dan berkata, “Teringin betul.” Cis, aku pula yang rasa kecewa. Aku tengok dia melangkah dengan penuh bergaya ke motosikalnya. Sempat melambai aku sebelum beredar. Wow. Dia, lambai aku. Dan aku tak buat apa-apa. Eh bodohnya. Aku tak cukup proaktif. Aku tak pandai ambil kesempatan. Aku patut hantar dia pulang dengan kenyitan mata biar dia tak boleh lena tiga hari tiga malam. Allahuakbar. Senget betul aku hari ini. Segera aku istighfar. Aku segera mengemas apa yang boleh. Bekas kuih yang sedikit aku satukan. Seperti hati aku dan hati dia. Eh jangan nak gila. Simpan sikit rasa gila itu. Termaktub dalam undang-undang Islam, orang gila tak payah berpuasa. Aku ni 138

Lynn Dayana

elok berpuasa dari pagi walaupun cuaca panas. ◆ JAM 5.30 petang. Aku tunggu motosikal itu atau tuannya? Mata menjengah-jengah. Tapi tiada. Murung pulak rasa. Mungkin dia dah jumpa dengan bubur lambuk yang dia idamkan. Di kedai lain. Aduh. Cis. Siapakah penjualnya? Aku doa. Sungguh-sungguh. Ustaz pernah kata, antara waktu doa itu Allah akan kabulkan adalah selepas asar, doa orang yang berpuasa dan menghampiri waktu berbuka. Okey aku doa ya. Orang yang jual tu lelaki. Haha. Tak pun mak cik tua. Huhu. Ya Tuhan. Aku dah lama tak tidur lepas Asar, jadi mana datangnya kegilaan ini? “Kau nampak tak keruan ni kenapa?” Haida menegur. “Mana ada?” Aku menafikan. Aduhai, kuranglah pahala puasa. “Macam zirafah. Jengah sana. Jengah sini. Kau tunggu dia eh?” 139

Random

Eh, Haida ini. Pakar menyibuk ruparupanya. Aku senyum saja. “Kau tunggu Mail eh?” Dan aku pun tersedak. Tiada nama lainkah mahu disebut. Nama lelaki itu juga yang berlegar di bibir Haida. “Memaafkan tu sifat yang mulia tau. Setiap orang buat kesilapan. Mana tahu, lepas dia insaf, dia jadi jodoh yang lebih baik untuk kau.” Haida terus membuat promosi. Maaf, hati ini pula jenis benda dah berlalu, biarlah berlalu. Tak ada pusingan U. Tak ada peluang kedua. Aku sejenis manusia yang memilih jalan terus ke hadapan. “Kesian dia.” Aku abaikan saja. Kalau kesian sangat, biar Haida yang ubat luka hati Mail. Aku? Maaf. Tak mahu. Siapa suruh Mail curang? Jadinya, dah curang tu sila terus curang. Jangan nak minta balik dengan aku. ◆ HARI ini aku mulakan dengan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh. Sebab ustaz ajar.. 140

Lynn Dayana

keberkatannya amazing. Aku laksanakan Dhuha juga. Aku mohon rezeki. Jumpa dia lagi. Parah eh? Taklah. Aku cuma positif. Positif tu bagus tau. Yang tak bagus kalau kita positif Covid19. Positif semangat itu bagus. Kita boleh. Macam PM kata, dia bukan PM pilihan tapi dia berusaha untuk jaga semua rakyat Malaysia. Dia nak jalankan tanggungjawab dia. PM sama macam aku. Nak jaga rakyat Malaysia (sila baca nak jaga dia) Dan motosikal itu berhenti. Lebih kurang sama dengan degupan jantung aku. Okey tipu. Kalau itu betul, aku dah mati. Aku lambai dia. Gila pura-pura berani. Wajah aku maniskan. Dia memberikan salam. Aku hulurkan satu bekas bubur lambuk. Aku asingkan daun sup dan bawang goreng di bekas lain. Supaya nanti bila dia makan, tekstur masih lagi rangup dan segar. Dah kenapa aku boleh fikir tentang tekstur sedangkan aku patut lihat isi hati dia? Ehh. 141

Random

“Alhamdulillah. Ada jual. Eh satu bekas aje?” Dan hati aku jadi habuk yang berterbangan. Mungkin dia perlu lima bekas. Satu untuk dia. Satu untuk isteri. Tiga untuk anak-anak. Anak yang pertama perempuan. Secantik isterinya. Yang dua lagi lelaki. Setampan dia. Habuk guys. Hati dah jadi habuk. “Saya memang tak jual. Tapi saya masakkan untuk encik. Maaf jika tak seperti yang encik bayangkan.” Tahap kecewa aku cuba sembunyikan. Allah ada. Untuk ubat luka. “Terima kasih. Baik betul hati awak ya.” Aku senyum. Nak jawab, Taklah. Tak baik pun. Hati kita dah jadi habuk wak.... dah berterbangan. “Nama saya Haqimi. Nama awak?” Sleeping Beauty. Eh mujur tak jawab gitu. “Saya Imanina. Panggil Iman.” Dia lemparkan senyuman. Aku sambut. 142

Lynn Dayana

“Terima kasih.” Kasih awak saya terima. Jangan minta balik. Nanti buruk siku. Hati aku makin merayau jauh. Ini kalau nak panggil balik, entah dengar entahkan tidak. Mahu kena pujuk 44 hari, pagi, petang, siang dan malam. Pulangkan, pulangkan. Eh… ◆ TIGA hari aku tunggu dia. Langsung tidak muncul. Ada tiga kemungkinan yang berlaku. Pertama, bubur lambuk yang aku beriya-iya google resipi itu tidak sedap. Kedua, dia tidak suka versi yang aku buat tapi tak sampai hati nak bagitahu. Ketiga? Dia dah jumpa gerai lain yang jual bubur lambuk lebih sedap. Keempat, isteri dia buang bubur lambuk aku ke dalam tong sampah. Dia langsung tak dapat merasa. Kelima… Eh, nak sampai 40 pun ruparupanya aku boleh repekkan. “Iman.” Aku pun laju menoleh. Haih, lain yang ditunggu lain pula yang datang. 143

Random

“Dah habis meniaga? Abang tolong kemas ya.” Mail datang dengan senyuman. “Tak perlu. Iman boleh buat sendiri.” Tapi Mail memang degil. Dia tolong juga. Haida bukan main senyum-senyum. Ada jugak aku lari balik. Biar Haida yang tutup gerai. “Marah nak sampai mana, Iman?” Mail bersuara. “Sampai Perlis.” Aku selamba menjawab. Aku lihat dia terpempan seketika. Yalah, itukan negeri kelahiran Julia. Perempuan yang dia curangkan aku. “Abang dah minta maafkan. Dah menyesal. Marilah kita kawan semula.” Mail merayu. Aku buat pekak telinga. Sungguh, bukan aku sombong cuma aku dah tak sudi. Hati ini dah tak boleh terima lagi. Pergilah kembali pada Julia. Jangan cari aku. “Assalamualaikum. Maaf mengganggu.” Laju kepala aku menoleh. Haqimi. Ya Allah, Haqimi muncul lagi. 144

Lynn Dayana

“Waalaikumusalam. Tak ganggu pun. Tapi kuih banyak dah habis.” Aku jengah kuih yang berbaki. Ada talam keladi dua keping. Kuih pulut panggang dua juga. “Saya nak tanya, Cik Iman ada ambik tempahan tak? Saya nak beli untuk 200 orang.” Haqimi bertanya. “Nak kuih apa tu Encik Haqimi? Untuk bila?” “Bukan kuih…” “Bubur lambuk ke?” Aku potong cakapnya dan terus meneka. Cis, aku memang gelojoh. Astaghfirullah. Malu seketika. “Pandai Cik Iman teka.” “Bubur lambuk untuk 200 orang?” Aku terpana. Untuk dia pun aku kena google. Aduh. Kena tanya pakar. Kena rujuk emak. Lihat apa kata emak. Kalau harapkan aku seorang, memang cari pasal. “Boleh tu Iman.” Haida pula bersuara. Aku jegil mata ke arahnya.

145

Random

“Untuk Sabtu ni Cik Iman. Apa kata Cik Iman ambik nombor telefon saya. Kalau okey, esok bagitahu saya. Nanti saya bagi duit deposit.” Haqimi menghulurkan penyelesaian. Aku mencapai kad perniagaan yang ada di atas meja. Aku berikan pada dia. “Nak tanya.” “Ya?” “200 ni untuk siapa?” Haqimi tersenyum. Jenis senyuman yang mencairkan apa sahaja jenis besi, kayu dan hati. Hati akulah dah tentunya. “Nak sedekah pada asnaf dan anak-anak tahfiz.” Aduhai, betullah. Hati aku semakin mencair. “Yang hari tu okey ke rasa?” Haqimi mengangguk. Aduh, berdebar rasa hati. Anggukan dia macam kata sah, sedap. “Okeylah, hubungi saya esoklah.” “Okey, saya balik dulu.” 146

Lynn Dayana

Wah, dia minta izinkah? “Nanti dulu.” Aku halang dia dari berlalu. Aku ambil kuih yang masih berbaki dan serahkan kepadanya. “Makanlah. Selamat berbuka. Semoga perjalanan balik, selamat.” Panjang gila pesanan aku berikan. Aku nampak Haida sudah menyengih. Mail? Sengaja aku buat tak nampak. Nasiblah. “Assalamualaikum.” Haqimi memberikan salam. Aku jawab sambil berdoa. Moga yang baik-baik untuk kami sahaja. Mail berdeham. Aku terus mengemas. Mengambil bekas-bekas kuih dan masukkan ke dalam bonet kereta. “Iman.” “Nak Maghrib dah ni. Jom Haida. Balik.” Aku memanggil Haida. “Kak Iman.” Siapa pula yang menjerit nama aku? Aku toleh dan lihat Khadijah berlari anak menghampiri aku. “Ada apa sayang?” 147

Random

“Abang bagi apam balik ni. Ada lebih.” “Oh terima kasih. Maaf, hari ni kuih akak semua habis.” “Tak apa. Abang kata kongsi rezeki. Dijah balik dulu. Bye kak Iman. Bye kak Haida.” Anak kecil itu berlari semula ke gerai milik keluarganya. Aku melambai dan menyuruhnya berhati-hati. “Haida, abang balik dululah. Orang sombong, ada ramai peminat.” Mail bersuara lalu menuju ke motornya. Aku abaikan sindirannya. Tak lut hati ini dah. Baik aku fikir, kalau 200 bungkus bubur lambuk, berapa banyakkah beras, daging dan kacangkacang yang diperlukan. ◆ HATI berdebar, Tuhan yang tahu. Bila Haqimi kata, dia mahu datang ke rumah menolong, aku tolak mulanya. Tapi dia bersungguh mahu menolong. Aku tanya ayah. Ayah kata, ajaklah ke rumah. Terdiam aku. Tapi dah ayah bagi kebenaran, aku pun beritahu Haqimi.

148

Lynn Dayana

Hari yang bersejarah. Haqimi muncul jam lapan pagi. Jadi pemandu aku dengan emak ke pasar. Mulanya emak acah-acah formal. Tapi masa habis merayap di pasar, emak bukan main mesra. Sudahnya aku yang diam. Kelu. “Baik budaknya.” Emak berbisik. Sampai di rumah, Haqimi bantu angkat barang-barang. Emak berganda-ganda suka. Ayah pula senyum bukan main lebar bila Haqimi mintak izin berhenti buat kerja dan mahu solat Dhuha. Menjelang jam tiga petang, bila 200 bungkus bubur lambuk siap, aku rasa Haqimi telah menang tanpa bertanding. “Terima kasih, pak cik, mak cik…” “Sama-sama. Kamu patutnya terima aje pesanan tapi kamu yang tolong.” Ayah memuji. “Bulan puasa ni pak cik, bila lagi nak gandakan pahala.” Haqimi membalas. Senyuman emak ayah aku nampak, paling manis pernah aku lihat. 149

Random

“Iman, terima kasih.” Aku senyum. Aku sedekahkan kuih karipap. Dia mahu bayar tapi aku beritahu, aku nak pahala juga. Ikutkan hati, duit bubur lambuk pun aku tak nak terima tapi aku meniaga. Perlu wang modal pusingan juga. Lagipun mana boleh aku dibutakan rasa. Semenjak hari itu, entah macam mana hubungan kami menjadi rapat. Dia rajin bertanya khabar. Selang dua, tiga hari, dia akan muncul di hadapan gerai. Dia minta izin. Nak berkawan dengan aku. Allah, lelaki sebaik itu. Aku rasa macam Allah berikan hadiah yang paling indah sepanjang hidup aku. Waktu Ramadhan masuk minggu ke tiga, Haqimi beritahu, bolehkah dia datang jumpa emak dan ayah. “Nak buat apa? Belum rayalah.” Bersungguh Haqimi ketawa. “Nak minta izin, kita nikah.” Hampir pengsan aku jadinya. Haida bukan main suka. Sibuk mahu jadi pengapit. Dia kata aku patut belikan dia hadiah. Katanya kerana dorongan dia, masjid akan 150

Lynn Dayana

terbina. Masjid warna ungu muda. Cis, pandai-pandai Haida warnakan pelamin aku. Emak menggeleng tak setuju. Ayah kata apa salahnya. Emak jeling ayah. Ayah ketawa. “Buat macam pencuci mulutlah. Lagi pun wedding Iman. Biarlah Iman yang pilih menu.” Ayah sokong aku. Ayah memang adiwira nombor satu dalam hidup aku. Adiwira nombor 1.1 adalah dia. Haqimi. Aku tetapkan menu majlis perkahwinan kami. Bubur lambuk. Akan aku pastikan ada daging tetel, kacang-kacang, daun-daun herba dan ulam. Nama menu ni Bubur Lambuk Cinta Sampai Akhir Nyawa. Edisi terhad. Tuhan, terima kasih untuk hadiah yang indah.

151

Random

SUASANA tenang sahaja di petang hari yang sederhana panas. Sesekali Gina menyeka peluh di dahi. Tidak sabar mahu siapkan tugas dan pulang ke rumah. Entah kenapa dia sudah membayangkan keenakan katil empuk dan pendingin hawa. “Hero kau dah datang.” Gina pun berpaling. Hari ini lelaki itu memakai baju berwarna biru muda. Tenang saja melihat dia. Seperti melihat awan yang menghiasi langit.

152

Lynn Dayana

“Dia mesra betul dengan Syella. Tengok tu. Belikan air kelapa. Cemburunya aku. Kau tak cemburu ke?” soal Niza. Gina pun senyum. Kalau membunuh itu halal, yang ku tetak ini bukannya kelapa tapi kepala mereka berdua. Ehh. “Macam tak makan je kau ni Gina. Meh aku tolong.” Helmi merampas parang di tangan Gina. Sekali hayunan, kelapa di tangannya sudah terkopak. “Yang gagahkan engkau. Yang handsome pun engkau. Yang baik hati pun engkau.” Gina membalas perlahan. Saja mahu mengusik lelaki itu. Helmi mana boleh diajak lawan cakap. Baik dipuji sahaja dan lelaki itu akan membantu tunaikan segala pertolongan yang dia mahu. Mengekeh Helmi ketawa. Dengan laju dia mengetuk lagi beberapa biji kelapa. “Nak buat kerabu ke ni? Buat sedapsedap tau. Kasi pedas.” Helmi berpesan. Memberitahu jenis kerabu yang dia suka makan. Kalau tak pedas mesti tidak sedap.

153

Random

“Suruhlah Syella kau masak. Kenapa nak suruh Gina?” Niza menempelak. Geram melihat lelaki ini yang endah tidak endah sahaja kelakuannya. Dan Helmi menyambung tawa. “Syella masak maggie pun tak pasti lulus ke tak.” Helmi berbisik. “Amboi amboi. Depan dia bukan main kau puji dia ya.” Niza menyergah Helmi. Helmi berpaling. Melihat Syella dari kejauhan. “Tapi dia memang cantik. Dari jauh pun lesung pipit dia, aku boleh nampak.” Jawapan itu menambah kemarahan Niza. Kalau dah lelaki jenis buaya memang kerjanya melibas sahaja agaknya. Menyampah betul. “Mengada kau ya. Tengok ni Gina. Lelaki macam ni kau tak payah layan baik sangat.” Niza mengambil peluang memerli. Gina angkat bahu. “Aku nak hantar kelapa ni kat Pak Man. Lambat parut, lambat siap nanti.” Dia tidak ambil peduli dengan pertelagahan antara Helmi dan Niza. Mereka 154

Lynn Dayana

berdua memang seperti kucing dan anjing. Bertekak saja kerjanya. Kalau dilayan, tak siap kerjanya. Laju Gina berlalu bersama besen berisi kelapa. Niza mendekati Helmi. “Kau ni kan...” “Apa?” Helmi membalas selamba. “Kau tahu ke kau buat-buat tak tahu?” Niza bertanya dengan jujur. Giliran Helmi pula mengangkat bahu. Niza pun beristighfar. Memang nipislah pahalanya hari ini kerana manusia bernama Helmi. ◆ GINA bersyukur. Majlis kenduri berjalan dengan lancar. Waktu dulang-dulang dibawa naik untuk tetamu, aroma juadah kampung yang dihidangkan membuatkan semua menelan air liur. Kerabu ulam raja dan tauge bersama kerang. Sambal goreng Jawa. Ayam ungkep berempah. 155

Random

Ikan kering bulu ayam. Sambal tumis udang. “Sedap betullah menu kita malam ni.” “Belum makan pun aku dah rasa nak tambah.” “Gina yang rancang menu ni mestilah sedap.” Bukan main banyak pujian diberikan. Pak Ali menjemput tetamu makan dengan penuh teruja. Ya, di kampung ini memang masakan Gina diakui kesedapannya. Autentik. Boleh dipercayai kualiti dan servis yang diberikan. “Gina... mehlah makan sama.” Helmi mengajak. “Eh kamu ni. Pergi makan dengan orang lelaki. Berani kamu ajak Gina. Pak Ali tebas leher kamu dengan sabit baru tahu.” Helmi mencebik. Mak Siah cemburulah tu dia ajak Gina bukan Mak Siah. “Ajaklah Syella kau tu.” Niza mengejek. “Kau dengki sangat kat Syella tu kenapa?” sergah Helmi. 156

Lynn Dayana

Niza menunjukkan penumbuk. Memanglah dengki. Suruh hiris bawang, Syella hiris jari. Kena sikit macam terpotong satu inci. Suruh cuci ayam, mengelak. Tak tahan bau hanyir. Suruh siang taugeh dikatanya bosan. Bila buat air, manis nak mati. Memang kategori menyakitkan hati. Tapi yang agungkan Syella, tetaplah Helmi. Kata lelaki itu, masakan tak sedap tak apa. Asalkan bila dibawa pergi ke manamana orang kagum dengan kecantikan kekasih hati. Gila agaknya Helmi tu. Sekarang bolehlah. Tunggu nanti Syella masak nasi hangit, sayur tawar, ayam hangus. Niza membebel di dalam hati. “Apa yang kau menungkan tu? Jom makan. Semua orang dah bismillah tu.” “Kau tak geram ke dengan Helmi tu?” Gina memandang lelaki yang menjadi punca Niza naik darah itu dari kejauhan. “Dahlah. Aku dah tak ada perasaan dengan dia. Biarlah dia dengan Syella.” Terpinga Niza mendengar kenyataan itu. “Serius?” 157

Random

Gina mengangguk. “Tak semua kobis boleh jadi kimchi. Ada yang sesuai buat masak lemak. Ada yang boleh jadi rencah mihun aje.” Kaku Niza merenung Gina. Kimchi tu Syella atau Helmi? Kenapa perumpamaan Gina kedengarannya pelik? ◆ MAJLIS tamat dan semua barang katering sudah dibersihkan. Niza dan Gina menunggu Pak Ali yang menghantar tetamu pulang ke kereta. “Gina... ada orang kirim salam.” Pak Ali memberitahu. “Waalaikumusalam.” “Dia mintak alamat rumah kamu.” “Nak buat apa Pak Ali.” “Nak bina jambatan emas katanya.” Pak Ali ketawa dengan kuat. “Wah jambatan emas!” Niza sudah ikut ketawa. Gina pula wajahnya selamba tidak kisah. Setakat berkirim salam, dia tidak peduli sangat. Bukan boleh jadi demam. 158

Lynn Dayana

“Saya balik dulu lah Pak Ali. Mintak maaf jika ada kekurangan ya.” “Terima kasih banyak-banyak. Semua orang suka masakan kamu. Puas hati pak cik tengok orang makan.” Pak Ali tersenyum lebar. Lauk pauk Gina walaupun menu kampung, kualitinya sama seperti kelas atasan. Bahan yang terpilih dan Gina uruskan perniagaan kateringnya dengan serius. Gina mengangguk. Menarik Niza untuk bergerak. Pelanggan puas hati dan rasa penatnya pun terasa hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Mereka perlu pulang dan lihat apa perlu dilakukan untuk esok hari pula. “Kejap. Ni nombor telefon orang yang nak buat jambatan emas tu. Dia kata kalau dia telefon, tolong angkat. Dia dah terpikat dengan masakan kamu.” Tangan Pak Ali tergawang di udara. “Ambiklah. Mana tahu dia nak bagi bisnes.” Niza segera mencapai kad perniagaan itu. Nama dibaca. “Mohd Amirudin Firdaus.” “Kami balik dulu Pak Ali.” Gina melangkah laju ke kereta. Dia melambai ke 159

Random

arah pembantunya yang sudah masuk ke dalam van dan mahu pulang. “Mohd Amirudin Firdaus.” Niza baca lagi nama itu beberapa kali. Seperti dia kenal. “Gina! Ini bukan ke nama lelaki yang sedekah duit untuk besarkan masjid kampung kita?” “Mana aku tahu.” “Ya lah. Dia yang beli beras dan agih pada golongan asnaf masa Maulud Nabi tu.” “Biarlah. Banyak pahala dia.” Niza menyengih. “Kenapa pulak tu?” “Dia belum kahwin tau. Aku dengar tengah cari calon isteri.” Niza pun mengangkat keningnya beberapa kali. Ada peluang uang cerahkah untuk Gina. Manalah tahu ada rezeki bersuamikan orang kaya. “Mengarut. Aku dah penat.” “Mana tahu kaulah cempedak di luar pagar yang dia nantikan!” Repekan Niza itu membuatkan Gina ketawa kecil. Kejap lagi Niza akan kata 160

Lynn Dayana

dialah pisang emas yang elok dibawa belayar. Dia pun berpaling dan tiba-tiba terasa tubuhnya melanggar sesuatu. “Cik Gina.” Gina pun cepat-cepat melangkah ke belakang beberapa tapak. “Saya Amir. Boleh saya hantar emak ayah saya ke rumah Cik Gina esok?” Lelaki itu Gina pandang dengan serius. Dia sudah penat dan lelaki ini mahu mainmain. “Nak buat apa?” “Merisik.” “Encik dah gila?” Laju Gina membalas. Ingat nikah kahwin ini macam main pondokpondok. Lelaki itu ketawa kecil dan mengangguk. “Saya waras. Cuma tak suka buang masa. Kita kahwin nak?” “Kenapa saya?” Dada terasa berdebar. Adakah lelaki yang waras ajak orang kahwin macam ajak pergi tengok wayang. “Kenapa tidak?” 161

Random

Tidak berapa jauh kelihatan Niza sedang melompat gembira. Yes! Yes! Tolong lah jawab ya, Gina! “Dah beberapa kali saya makan hasil masakan Cik Gina. Saya suka. Dapat rasa keikhlasan hati orang yang sediakannya.” Gina menoleh ke arah Niza yang menganggukkan kepala dengan laju. Dia berpaling semula melihat lelaki bernama Amir itu. Inikah dia lelaki yang akan menyantuni dirinya sampai ke syurga? “Apa beza embun dengan salji?” Tibatiba Gina bertanya. Amir pun senyum. Betullah apa yang dia dengar. Gina ini sedikit pelik orangnya. “Dua-dua pun molekul air. Tak ada beza. Kita saja yang taksub dengan salji dan tak menghargai embun.” Sama-sama diam. “Tahu tak beza jaga jodoh orang dengan yang betul-betul jodoh kita?” Giliran Amir pula bertanya.

162

Lynn Dayana

“Apa dia?” Gina bertanya jantung yang berdegup pantas.

dengan

“Yang betul-betul serius ada depan awak. Bukan dekat dengan orang lain.” Waktu itu Helmi dan Syella lalu di hadapan mereka. “Bye Gina.” Helmi melambai dari atas motor. Gina pun memandang Helmi yang mula sayup dari pandangan. “Bye, Helmi...” Tumpuan kembali fokus kepada Amir. “Macam mana Cik Gina?” “Buktikan awak ikhlas mahukan saya. Esok jam dua datang rumah. Bawak tiga jenis hadiah. Kalau saya puas hati, awak boleh dipertimbangkan untuk pusingan seterusnya.” Gina membalas lalu melangkah pergi. Amir memerhatikan. Niza mendekati lelaki itu dan memberikan senyuman yang paling manis. “Saya sokong Encik Amir.” “Tapi…”

163

Random

“Niza, jom balik.” Gina memanggil. Niza pun laju berlari anak ke kereta. ◆ SUBUH dilaksanakan dengan penuh khusyuk. Usai solat dia terus ke dapur. Membuat sarapan ringkas untuk emak dan ayah. Itu memang salah satu tanggungjawab yang dia tak abaikan. “Semalam Pak Ali suka benar dengan masakan kamu.” “Ya, mak. Alhamdulillah.” “Minggu ni ada katering mana lagi?” “Cikgu kat sekolah menengah tu ada order soto ayam 100 bungkus. Kuih dua jenis.” Gina membalas. “Semalam ada jumpa sesiapa tak?” soal Pak Hamid. “Jumpa siapa ayah?” “Mhmm…” Pak Hamid menghirup teh panas. Dia terus makan roti bakar. “Tengahari ni nak masak apa ya?” Mak Imah menukar topik perbualan. “Lama tak masak nasi ayam.” 164

Lynn Dayana

“Buat sambal kicap pedas.” Pak Hamid memberikan arahan. “Buat ayam seekor. Nasi masak lebih sikit.” Mak Imah pula menyuruh. Gina menoleh. “Ada tetamu nak datang ke?” “Masak ajelah. Nanti mak kutip ulam. Tomato pun banyak kat belakang. Lama tak makankan. Masaklah betul-betul sedap.” Mak Imah membalas lalu mengajak suaminya berbual. Bertanya hal tanah mereka di hujung kampung. Tidak mahu mengganggu perbualan emak dan ayahnya, Gina melakukan apa yang di suruh. Dia keluarkan ayam dan membuat perapan terlebih dahulu. Agaknya emak mahu sedekah kat jiran tetangga jika ada lebih. Biasanya emak memang begitu. Gina meneruskan mengemas rumah. Siap mengemas dia duduk rehat sebelum kembali ke dapur dan mula memasak. Teringat bekalan kaki ayam yang ada banyak, dia buat sup kaki ayam. Pasti ayah 165

Random

suka. Daun salad dan tomato yang emak kutip dari kebun dibersihkan dan direndam. Walaupun mereka ditanam secara organik, dia tetap merendam paling tidak selama setengah jam untuk merasa lebih selamat. Siap memasak, Gina sibuk memeriksa emel dan melihat pertanyaan dan tempahan yang diterima. Dia leka hinggalah terdengar laungan azan. Di rumah mereka, selalu makan tengahari selepas solat Zuhur. Dia pun keluar dari bilik. Rumah sunyi sepi. Ayah sudah ke surau nampaknya. Emak pasti sudah sedia untuk solat di bilik. Dia sahaja yang bercuti solat. Lebih baik dia siapkan hidangan makan tengahari. Jam dua petang, semuanya sudah tersedia. Air sirap longan. Nasi ayam. Ayam goreng berempah. Sup kaki ayam. Sambal kicap pedas berapi yang ayah minta. Ulam salad dan tomato serta timun pun tersedia. Telinga mendengar bunyi salam yang ayah berikan. “Ha, masuk, masuk…” 166

Lynn Dayana

Siapa pula yang ayah ajak masuk? Gina mencapai selendang dan menutup kepalanya. Emak muncul dari bilik dan turut menjemput tetamu masuk. Gina bergerak perlahan ke ruang tamu. Allahuakbar. Matanya terpandang kepada Amir. Sungguh dia lupa ajakannya semalam. Dia fikir lelaki itu tidak akan serius mahu datang ke rumahnya. Bibir jadi kelu. “Assalamualaikum.” Amir memberikan salam. “Waalaikumusalam.” “Ayah jumpa Amir kat surau.” Pak Hamid memberitahu. “Dia kata kamu ajak datang ke rumah.” Allah. Merah muka Gina. Malu. “Jemput duduk Amir. Apa yang kamu bawa tu?” soal Mak Imah. “Gina kata…” “Mak, nasi dah dihidang.” Gina memotong percakapan Amir. Matilah dia jika emak ayah tahu dia meminta hadiah. Hisy, Amir ini. Mati dia disesah. 167

Random

“Bolehlah kita makan sama.” Pak Hamid memecahkan kebuntuan. “Sebelum tu, saya nak serahkan tiga hadiah ni pada Gina.” Amir tetap mahu melakukan misi utama dia ke situ. “Hadiah?” Mak Imah memandang anak perempuannya itu. “Ya mak cik. Ini yang pertama.” Amir mengunjukkan kepada Gina. Gina tidak tahu di mana mahu diletakkan muka. Dengan tangan yang menggeletar, dia mencapai kotak yang Amir berikan. “Bukalah.” Rasa nak lari juga waktu itu. Tapi nanti kena balik rumah jugakan. Mahu tidak mahu dia buka kotak itu. Di dalamnya sebungkus garam bukit berwarna merah jambu. “Garam?” “Ya, garam. Untuk menyedapkan makanan. Mengimbangkan asid dan alkali dalam badan. Membantu perubahan hormon juga. Saya berhajat menjadi seperti garam

168

Lynn Dayana

pak cik. Menambah perisa dalam hidup Gina.” Amir membalas. “Macam cerita P.Ramlee dah ayah rasa.” Pak Hamid ketawa kecil. “Ini hadiah yang kedua.” Amir serahkan kotak yang kedua. Gina ambil dan kelihatan sebuah AlQuran yang berwarna warni. “Tak kira apa pandangan kita, tak ada yang lebih ulung dari apa yang tersurat dalam kalam Allah ini. Jadi tak ada saya betul, awak salah tapi yang betul tetap betul mengikut landas Al-Quran. Sejauh mana kita tersesat, kita kena balik semula pada hukum Allah yang nyata dan jelas di dalam kitab suci ni.” Pak Hamid dan Mak Imah turut sama mengangguk. Setuju dengan pandangan Amir. “Dah sedia dengan hadiah ke tiga?” tanya Amir. Gina mengangguk. Siapa lelaki ini sebenarnya? Dia rasa malu mengingatkan 169

Random

emak dan ayah yang masih memerhatikan apa yang berlaku.

terus

“Ini borang.” “Borang apa?” Pak Hamid yang sibuk mahu tahu. “Borang nikah pak cik. Maafkan saya tapi saya rasa tak wajar tunggu lebih lama. Saya dah sedia nak peristerikan Gina.” “Ayah…” Gina memanggil ayahnya. Risau dengan apa yang bermain di dalam fikiran ayah. Pak Hamid ketawa. Menepuk bahu Amir beberapa kali. Memandang isterinya. “Macam mana maknya? Nak menantu tak?” “Ayah…” Gina memanggil lagi. Amir berdiri dan merapati Gina. “Awak lupa ya? 12 tahun yang lalu, awak cabar saya. Awak kata kalau benar suka, pinang saya. Tapi pastikan ilmu penuh di dada. Poket pun penuh juga. Sedekah banyak-banyak kat masjid. Jadi lelaki mulia.”

170

Lynn Dayana

Dan muka Gina mula memerah. Dia berundur setapak ke belakang. “Ya, Gina. Sayalah tu. Lelaki tak tahu malu yang sibuk ajak awak keluar dulu masa umur tak cukup lagi.” Ya Allah. Kenangan menerpa. Seorang budak lelaki yang selekeh. Asyik tersengih memandangnya. Suka menjerit-jerit memanggil namanya. Pekak bingit telinga dia waktu itu. Rimas dan benci. Dia tumbuk budak lelaki itu. Dan jeritkan semua yang ada di dalam mindanya. Lelaki yang samakah ini? Senyuman yang sama. Wajah yang bertambah dewasa. Gina melarikan diri masuk ke dalam bilik. Malu. “Gina, nak ke tak nak ni?” soalan emak kedengaran di telinga. Berpadu bunyi tawa ayah dan Amir. Ya Allah, jodohkah yang Kau hantarkan? Bibir Gina tidak boleh berhenti mahu senyum.

171

Random

AIR yang dihirup itu seperti tidak mampu membasahkan tekak. Rimas cuaca satu hal. Rimas memikirkan urusan kertas kerja yang tidak selesai satu hal juga. “Aku nak baliklah.” Ika memberitahu kawan-kawannya. “Eh, kata nak makan sama.” Ika menggeleng. “Aku beli bawak balik ajelah.” Tergocoh-gocoh dia mengemas nota dan buku. Entah kenapa, dia terasa mahu cepat pulang rumah. Dia berlari ke kaunter kafe 172

Lynn Dayana

dan kemudiannya berpaling. Makan maggie saja nanti di rumah. Dia berlari anak menuju ke perhentian yang ditetapkan untuk menerima perkhidmatan Grab. Laju tangannya menempah. Mesti balik cepat-cepat. Tidak sampai lima minit, dia melihat kereta Axia yang bernombor plat seperti di dalam notifikasi Grab sampai. Dia masuk ke dalam kereta dan menyahut sapaan. Selepas lima belas minit, kereta itu berhenti di hadapan rumahnya. Ika segera keluar dan ketika dia membuka pintu pagar, dia terasa bahunya disentuh. Ika berpaling dan melompat sedikit. Seorang perempuan memandangnya. “Tolong...” Tidak sempat Ika menjawab perempuan itu sudah rebah ke lantai. Ika pun menjerit. Dia menyentuh tubuh perempuan itu namun tidak bergerak. Pengsankah? Ika melihat sekeliling. Ini modus operandi untuk merompakkah? Orang zaman sekarang bukan boleh dipercayai. Pengaruh 173

Random

syaitannya lebih banyak dari iman. Dia mencapai telefonnya. Mendail nombor telefon angah. “Angah!” “Pekak telinga ni wei.” “Ada perempuan pengsan depan rumah kita ni. Angah kat mana?” “Jangan merepek boleh tak?” “Betullah ni. Dia terbaring depan pintu pagar ni. Nak buat apa ni?” “Jangan-jangan nak merompak. Baik kau jauhkan diri kau dik oi.” Faiz yang tadinya mamai kini sudah duduk. “Tak ada orang lain pulak keliling ni.” Ika memberitahu sambil menjengah lagi ke arah sekeliling. Tidak ada manusia. Tidak ada apa-apa kenderaan mencurigakan. Kucing pun tidak ada melintas. “Jap, angah keluar.” “Angah ada kat dalam? Kurang asam.” Ika terasa mahu menyambung makian. Punyalah lama mereka berbual di talian dan angahnya ada di dalam. Tak guna punya 174

Lynn Dayana

abang. Kalau dia mahu dirompak, sudah lama dia menjadi mangsa. ◆ MEREKA merenung perempuan itu yang kini dibaringkan di sofa. Memakai seluar jeans hitam dan baju-T berwarna merah muda. Tiada luka kelihatan pada mata kasar. “Pergi ambik air.” Faiz mengarahkan Ika. “Air apa?” Faiz menoleh. “Air paiplah. Takkan air sirap!” Matanya dijegilkan. Ika menyengih dan laju berlari ke dapur. “Ika!” Faiz menjerit. “Sabarlah angah. Kalut betul.” Ika menyahut. Sampai semula ke ruang tamu, dia lihat perempuan itu sudah bangun dari baringan. “Angah buat apa kat dia?” “Eh, angah buat apa? Tiba-tiba dia sedar.” Faiz menjeling ke arah Ika dan kemudiannya kembali kepada perempuan itu. “Siapa nama?” tanya Faiz. Perempuan itu memandang sekeliling. 175

Random

“Kau dalam rumah kami. Aku, Faiz. Ni adik aku, Ika. Kau pengsan depan pagar tadi.” Faiz memberitahu. Perempuan itu mengalih kepada Ika. “Tolong...”

pandangan

“Ha, tadi pun dia cakap sepatah tu aje kat Ika.” Ika membalas lalu mendekati perempuan itu. “Akak nak kita orang tolong apa?” Dia melihat wajah perempuan itu yang nampak polos. Muncul tanpa ada pengenalan diri. Sehelai sepinggang. Lari dari tawanan sesiapakah? Perempuan itu tidak menjawab namun melihat lagi sekeliling. Ketika itu juga azan berkumandang. “Solat...” Faiz dan Ika saling berpandangan. Tidak ingat nama atau memilih berahsia? Tapi pandai pula mahu solat. Ika memberikan isyarat mata. Faiz mengangkat bahu. “Macam mana ni?”

176

Lynn Dayana

“Bagilah dia solat. Dosa besar tak bagi orang solat.” Faiz membalas. ◆ ELOK solat perempuan itu. Suaranya tidak didengari dengan jelas namun menurut Ika, bacaan Al Fatihahnya betul. Yalah, dia melihat dari jauh. Yang solat sekali dengan perempuan itu, Ika. Tapi dari permerhatiannya, solat perempuan itu menepati rukun. Tidak ada unsur-unsur ilmu sesat. “Kita hantar balai memberikan cadangan.

polis?”

Ika

“Kita hantar hospital?” Cadangan kedua diberikan oleh Ika. “Tak ada luka apa pun.” Faiz membalas. “Tapi dia tak ingat nama dia.Mungkin kepala terhentak ke. Amnesia?” Ika mula membuat telahan. Muka perempuan itu memanglah tidak nampak jahat tetapi siapalah tahu apa agendanya. Kenapa pengsan depan rumah mereka? Kan senang kalau pengsan depan rumah sebelah. “Tapi dia boleh solat.” 177

Random

Mereka kembali diam. Memerhatikan perempuan itu yang masih lagi berdoa. Panjang doanya. Minta apa? “Kita biarlah dia kat sini dulu.” Faiz memberikan cadangan. “Gila. Dia tu perempuan. Angah jangan nak mengada.” Ika menunjukkan penumbuknya. “Ika kan ada.” “Tapi...” “Hari ni aje. Esok kita bawak ke hospital.” Faiz membuat keputusan. “Macam mana kalau dia orang jahat?” Ika berbisik. Manalah tahu. Malam nanti, perempuan itu bukakan pintu untuk perompak lain masuk. Mati. “Macam mana kalau dia memang perlukan pertolongan kita dan Allah letak kita dalam laluan dia? Ha, macam mana?” soal Faiz semula. Termenung seketika Ika kerana tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Mungkin

178

Lynn Dayana

telahan angah itu betul. Lagipun mereka berdua. Apa yang nak ditakutkan? “Tak nak bagitahu along?” “Along sibuk. Kita bagitahu dia esok.” Sekali lagi Faiz membuat keputusan. Waktu itu perut Ika pun berkeriut. Kuat bunyinya hinggakan perempuan itu menoleh ke arah mereka. “Berapa hari kau tak makan?” sergah Faiz. “Tak sempat lunch tadi. Terus balik.” “Dah pukul lima ni. Nanti perut tu masuk angin.” Faiz membebel. Memanglah adiknya ini main lantakkan saja soal kesihatan. “Ingat nak makan Maggie.” Ketika itu perempuan yang tidak bernama itu muncul di sisi mereka. “Haus.” Faiz segera menepuk dahi. Memang mereka berdua ini tuan rumah jenis apa agaknya. Langsung tidak memberi tetamu minum. Segelas air sejuk, Ika berikan kepada perempuan itu.

179

Random

Gelas dicapai dan perempuan itu meminta izin untuk duduk sebelum minum. Faiz perhatikan sahaja gerak geri perempuan itu. Tahu adab. Cara minumnya juga menunjukkan dia perempuan yang ada kelas. “Tu merenung anak dara orang tu boleh kenyang ke?” sindir Ika. “Masaklah.” “Maggie boleh?” soal Ika tanpa merasa bersalah. Lagi pun along tak ada. Yang rajin memasak itu along. Angah pun sama saja skala malasnya dengan dia. “Ada sawi, tomato, udang dalam peti ais tu.” Faiz memberitahu. “Okey, Maggie mewah tiga bungkus siap!” Ika bergerak ke dapur. Perempuan itu bangun dan mengikut langkah Ika ke dapur. “Eh akak duduklah rehat. Ika nak masak Maggie aje. Akak makan Maggie tak?” tanya Ika bersahaja. Perempuan itu mengangguk. “Akak betul tak ingat nama akak ke?” 180

Lynn Dayana

Hanya gelengan menjadi jawapan. “Kita pilih nama barulah. Nak?” Faiz yang sedang bermain telefon namun mendengar perbualan mereka itu tersenyum. Ika memang senget. “Maira?” Kurang ajar punya Ika. Pergi sebut nama tu dah kenapa? Dan telinga Faiz menangkap bunyi tawa Ika. “Tu nama ex angah. Kita tukar nama lainlah. Nama apa ek. Suzy?” Sekali lagi Ika ketawa. Dia tahu angah menelinga. Kerana itu dia menyebut nama-nama bekas kekasih abangnya itu. “Suriya? Macam matahari. Nak?” soal Ika. Suasana senyap seketika. Tiada jawapan. Tapi Ika pun senyap sahaja. Faiz cuba mendengar lagi. Kenapa senyap? Dia segera bergerak ke dapur. Kelihatan Ika sedang memerhatikan perempuan itu yang sedang mencincang bawang.

181

Random

Cili dicapai dan dihiris nipis. Daun bawang pula dicapai dan dipotong dengan tangkas. Ika mengangkat kepala. “Akak chef?” Perempuan itu mengangkat bahu. “Ika nak panggil dia kak Ily.” “Ily?” “I love you. I, L, Y.” Faiz menggeleng. Pelik-pelik saja Ika ini. “Bolehkan kak?” Sepatah pun tidak dijawab namun tangan perempuan yang dipanggil Ily itu kini sedang menumis daun bawang di dalam minyak yang sedang panas. Harumannya sahaja sudah sungguh mempesona. ◆ KERTAS itu diletakkan di atas meja semula. Dia tidak ada isu dengan cover yang dicadangkan oleh pihak penerbit. Dia hanya meminta ubah sedikit skim warnanya agar bersesuaian dengan tema misteri yang dia tulis. 182

Lynn Dayana

“Hey, berangan apa?” tegur Taufiq. Jarang dia melihat Faiz larut sebegini. “Tak ada apa.” “Kau dah mula menulis yang baru?” Faiz menggeleng. Dia masih lagi di peringkat mengumpul bahan. Sudah menjadi habitnya untuk menyediakan semua fakta untuk melengkapkan plot tulisannya sebelum dia mula menaip. Dia sejenis manusia yang tidak suka gopoh gapah. Semua kerjanya tersusun. Dia juga tidak suka apa-apa yang bersifat random. Namun entah kenapa semenjak tadi fikirannya asyik menerawang kepada perempuan yang muncul semalam. Ily. “Kau dapat idea baik ke?” “Ada malaikat jatuh dari langit.” Taufiq berhenti menulis dan mengangkat kepala. “Kau terlebih tengok tv?” Faiz ketawa. Dia mencapai kontrak yang Taufiq berikan dan menurunkan tandatangan. Dia mahu cepat pulang. 183

Random

“Kita lunch sama?” “Aku ada date.” Taufiq pun ketawa. Dia salah dengarkah? Bukankah Faiz yang beriya mengatakan sudah taubat tidak mahu bercinta lagi paling tidak sampai tahun depan? “Ika ada kat rumah. Janji nak makan dengan dia.” “Ohh. Ika masak?” “Apa kau ingat adik aku tu pandai masak Maggie aje?” Taufiq menyambung tawanya. “Dia pandai Samyang...”

masak

Indomee,

Tawa mereka berpadu dan Faiz pun meminta diri. Urusan percetakan dan promosi, biar Taufiq yang uruskan. Dia hanya ikut sahaja. Faiz perlahan-lahan menuruni tangga. Mesej yang Ika hantar dibaca. Balik angah. Ada rendang ayam. Nasi panas. Ulam timun Jepun. Ily masak!

184

Lynn Dayana

Betul-betul chef agaknya Ily. Faiz cuba menghubungi along namun panggilannya terus masuk ke dalam mesej suara. Sibuk benar along nampaknya. Angah balik ke tak ni? Kirim air kelapa. Mana tahu kak Ily ingat balik nama dia lepas minum. Cepat balik! Amboi, Ika ini sudah jadi perawat alternatif! Faiz membalas mesej Ika menyuruhnya bersabar dahulu. Dia juga mengingatkan Ika yang dia mahu membawa Ily ke klinik kawannya untuk mendapatkan rawatan. ◆ MEREKA duduk sambil menonton televisyen. Ika sedang menyiapkan kertas kerja kolejnya manakala Faiz sedang melihat cadangan promosi yang Taufiq cadangkan. Ily? Ily sedang membaca Al-Quran. Merdu suara bacaannya. Sejujurnya, Faiz langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada jadual promosi itu. Telinganya yang sibuk mendengar suara Ily. Lembut sahaja.

185

Random

Petang tadi dia membawa Ily ke klinik. Kata Sofia, Ily tidak ada apa-apa hentakan di kepala yang boleh menyebabkan amnesia. Kata Sofia, mungkin Iy dilanda trauma yang menyebabkan dia tidak mahu berkongsi maklumat dirinya dengan orang lain. Sudahnya, dia membuat keputusan untuk membenarkan Ily tinggal semalam lagi di sini. “Angah, esok Ika ada kelas tau. Tak boleh tunggu kak Ily kat rumah.” “Mhmm...” “Kalau kak Ily ada dalam rumah, angah kena adakat luar rumah.” Ika mengingatkan. Soal dosa dan pahala mana boleh kompromi. Hajat mahu menolong orang itu memang baik tapi kalau dengan cara yang membabi buta, mana boleh. Sia-sia masuk neraka. “Eh, ni rumah angah tau.” Ika menggeleng. Ini rumah along. Angah jangan pura-pura tukar fakta. “Tak boleh.” “Angah duduk kat meja luar.” Faiz membalas selamba. 186

Lynn Dayana

“Lepas tu masuk sekejap kalau nak minum?” “Ha.” Bibir Faiz sudah merekah dengan senyuman. Saja mahu mengusik Ika yang tidak ubah seperti pembaris. “Lepas tu sekejap lagi bila nak ke tandas?” Faiz mengekeh ketawa. Ika kenal benar dengan dirinya. “Angah pergilah mana-mana Angah lama tak pergi shoppingkan?”

esok.

“Takkan dari pagi sampai pukul enam. Jangan risaulah, pandai-pandailah angah set halal gap.” Perbualan mereka terhenti apabila Ily muncul di ruang tamu itu. “Esok saya pergi...” “Ke mana?” Ily diam. “Ada duit?” “Angah...” Ika kurang senang dengan nada suara abangnya itu. 187

Random

“Kau ada ingat apa-apa tak?” Ily menggeleng. Faiz meletakkan sebuah buku nota di hadapan Ily. “Ambik. Tulis. Tulis apa aje yang datang dalam fikiran kau. Atau apa juga yang kau mimpikan.” “Apa-apa saja?” soal Ily. “Ya. Mana tahu ada maklumat yang boleh tolong.” “Aah kak. Mana tahu masa tidur, akak ada ingat apa-apa. Akak janganlah pergi mana-mana. Kami tak ada niat jahat dengan akak.” Ika memujuk. Dia tahu angah berniat baik juga. Angah itu cakapnya saja yang besar tapi pijak semut pun tak mati. Ily merenung dua beradik itu. Perlahanlahan dia mengangguk. “Pergilah rehat kak.” Ika menyuruh dengan lembut. Dia masih ada banyak lagi yang mahu ditelaah. ◆ TIDURNYA lena malam itu. Jam lima pagi dia dikejutkan dengan bacaan Al-Quran. Ika 188

Lynn Dayana

memasang radiokah? Kemudiannya Faiz teringat, itu suara Ily. Tidak tidurkah kau, Ily? Malam tadi juga Ily mengaji. Sayu bacaannya. Dia terlena dalam alunan bacaan Ily mengaji. Agaknya rumah mereka malam tadi bersinar terang dari angkasa kerana kunjungan malaikat yang merahmati rumah yang dialunkan dengan ayat-ayat suci itu. Faiz bangun dan membersihkan diri. Usai Subuh, dia bergerak masuk ke dapur dan mahu memasak air. Dia rindukan kopi yang pekat. Namun dia melihat di atas meja, sejug kopi yang masih berasap sudah tersedia. Dia membuka tudung saji dan melihat ada sandwic tersedia. Mhmm. Ika? Jangan mimpi. Pasti Ily. Ily membaca fikirannyakah? Malam tadi dia ada berangan mahu makan roti sandwic berintikan telur dan nah... Pagi ini tersedia. “Angah buat sarapan?” Ika menegur. “Mimpi.” “Kak Ily?” “Mhmm...” 189

Random

Ika senyum dan menuang kopi ke dalam mug. Haruman aroma kopi itu menyegarkan. “Angah kahwinlah dengan kak Ily.” Laju tangan Faiz menyekeh kepala Ily perlahan. Cadangan tak menahan.Matanya terpandang buku nota yang dia berikan kepada Ily semalam. Dia membuka muka surat yang pertama. Hujan lebat. Tayar pancit. Faiz membaca menelinga.

dengan

kuat.

Ika

“Dia kemalangan kot angah. Waktu hujan.” Ika meneka. Faiz buka pula muka surat yang kedua. Hujan lebat. Guruh. Kilat. “Mungkin ya. Something happened during the rain.” Faiz pula membuat rumusan. Ika yang sedang mengunyah sandwic turut mengangguk sama. Mereka berdua sama-sama keluar dari rumah setelah 190

Lynn Dayana

berpesan pada Ily untuk tidak keluar ke mana-mana. “Angah...” “Apa?” “Macam mana kalau kita balik rumah nanti, habuk pun tak ada? Rumah kita kosong.” Ika mula membayangkan kemungkinan itu. “Over imaginasi.” Ika mengekeh ketawa. “Suara dia mengaji sedapkan?” “Mhm...” “Rasa macam tertidur musabaqah.” Ika menyengih.

kat

dewan

“Kau ni dik.” Faiz tidak menyambung bicaranya. Kadang-kadang dia pun hairan, siapa yang profesionnya novelis? Dia atau Ika? Kalau pasal mengarut, Ika memang nombor satu. Kata along, Ika itu jatuh dalam dunia dongeng dan tak pernah jumpa jalan pulang. Ada satu masa dahulu, Ika kerap berbual sendirian dan apabila ditanya, dia kata ada 191

Random

kawan yang datang padahal tidak kelihatan. Jenuhlah along membawanya berubat dengan ustaz. “Bye, angah! Kelas Ika habis pukul empatpetang. Jangan balik selagi belum pukul lima.” “Sibuklah ustazah.” Ika menunjukkan penumbuk kepada abangnya itu sebelum berlarian ke dewan kuliah. ◆ TIDAK tahu mahu ketawa atau menangis ketika membaca mesej dari Ika sejurus dia memarkirkan keretanya. Ika ingat dia personal shopper? Belikan kak Ily baju, seluar. Eh, eh, eh. Takkanlah dia yang kena belikan. Ini bukan soal duit.Tapi dia membeli baju perempuan? Aniaya. Faiz meneruskan langkah masuk ke dalam IOI City Mall. Dia mahu duduk di Starbucks dan minum kopi 192

Lynn Dayana

sepanjang hari sahaja. Kalau mahu belikan baju untuk Ily, biar malam nanti. Siap membuat pesanan, Faiz duduk di sudut yang tersembunyi. Dia membuka komputer ribanya. Baru dia mahu menekan kekunci, kerusi di hadapannya ditarik. “Hai.” Faiz lihat gadis yang duduk itu. Oh, masalah binti masalah ganda dua. “Kenapa you tak balas whatapss I?” “Malas.” Selamba Faiz menjawab. “Sampai hati you jawab macam tu.” Gadis itu membentak. Faiz pun memandang wajah yang sedang masam itu. “You nak apa lagi Maira? Antara kita dah tak ada hubungan.” “I masih sayangkan you.” “Tapi you keluar dengan orang lain.” Faiz menyindir. Pelik betul mazhab yang dipegang oleh Maira ini. Bercinta dengan dia tetapi boleh pula bercanda di Krabi dengan lelaki lain. Ingat dia ini kayu?

193

Random

“You patut belajar lupakan kisah lalu. I dah berubah. I berhak diberi peluang kedua.” Maira membalas. Faiz mendengar acuh tidak acuh sahaja. Bosan. Episod cinta gila bersama Maira sudah lama tamat. Tiada kemampuan mahu meneruskan sesuatu yang tidak membawa keuntungan. Dia menutup semula komputernya dan bangun dari duduknya. “Nak ke mana?” “Kita ikut laluan sendirilah Maira. I dah ada orang lain.” “Jangan tipu I.” Maira ikut bangun sama dan menarik tangan Faiz. Beberapa pasang mata mula memandang. “Lepas...” Maira semakin kuat menarik tangan Faiz. “Maira... Lepaskan tangan I.” Mendengar nada suara Faiz yang sudah berubah, Maira melepaskan. “Faiz, maafkan I.” “I dah maafkan you. Tolong jangan ganggu I lagi.” 194

Lynn Dayana

Faiz melangkah keluar. Ikutkan hati dia mahu pulang sahaja tetapi jam baru menunjukkan pukul sebelas. Dia akhirnya masuk ke dalam Aeon. Laju menuju ke bahagian pakaian wanita dan mula memilih. Sehelai. Dua helai. Tiga helai. Dia kemudiannya menuju ke kaunter. Muka selamba ketika meletakkan beberapa helai seluar dalam dan baju dalam. Ya, kerja gila tetapi dia membuat muka penuh yakin. Bukannya berdosa. Tidak salah mengikut mana-mana Perlembagaan Negara. Dia terus ke parkir dan memandu keluar dari sana. Argh, hujan lebat rupa-rupanya. Dia tidak sedar tentang keadaan sekeliling kerana emosinya diganggu Maira. Kurang asam betul. Faiz memandu dengan berhati-hati di dalam hujan yang lebat itu. Ketika sampai di satu selekoh, dia terdengar bunyi yang kuat. Sterengnya hilang imbangan. Faiz memandu ke tepi jalan. Apa yang berlaku? Tayar pancitkah? Dalam hujan lebat begini? Allahuakbar. 195

Random

Dia tersekat nampaknya. Dalam keadaan hujan yang lebat, tidak selamat untuk dia keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku. Telefon dicapai dan dia menulis mesej kepada Ika untuk balik sendiri ke rumah. Dia mungkin lewat. ◆ MESEJ itu dibaca dan Ika mencebik. Cis, dia kena minta duit belanja lebih dari along dan angah. Asyik guna Grab sahaja. Sudahlah hari hujan lebat. Dia melihat jam di tangan. Sudah jam dua. “Kelas pukul tiga ni batal.” “Hah?” “Baguslah weh. Hujan-hujan ni. Boleh balik tidur.” Ika memandang langit. Tidak ada tandatanda hujan akan reda. “Aku nak baliklah.” “Kau ni kenapa? Asyik nak balik aje. Kau ada simpan mamat mana kat rumah?” Ika pun ketawa. Amboi mulut kawannya ini memang tidak ada insurans. 196

Lynn Dayana

“Hati-hati weh.” Ika berlari keluar dari kafe dan ketika itu juga guruh kuat kedengaran dan kilat laju menyambar. Sekelip mata sebatang pokok disambar dan dahannya jatuh. “Ika!” Tidak sempat mengelak, Ika kelihatan hilang di bawah timbunan dahan pokok yang jatuh. Pandangan menjadi gelap. ◆ KECOH suasana di hospital. Ada berlaku kemalangan kenderaan yang berganda kerana hujan lebat. Ada kereta yang tergelincir menyebabkan beberapa kenderaan yang hilang imbangan dan menambah jumlah kemalangan. “Nurse, saya cari Nooratika Ariffin.” Faiz memberitahu dengan pantas. “Nooratika Ariffin. Sekejap ya.” Petugas itu melihat senarai nama pesakit yang sudah didaftar. Faiz melihat sekeliling. Haru biru keadaan bahagian kecemasan itu. Riuh 197

Random

dengan hiruk pikuk manusia. Jantung jadi berdebar dengan kuat. “Dia dah dihantar ke wad enam, tingkat dua.” Ucapan terima kasih diberikan dan Faiz bergegas mendaki anak tangga. Kawasan lif terlalu ramai orang menunggu. Dia mengatur langkah dengan laju. Mata melihat senarai nama di papan putih. Katil 2A. Ketika pintu diketuk, dia melihat Ika sedang berbaring. “Angah...” “Allahuakbar. Okey tak ni?” melihat dahi adiknya yang berbalut.

Faiz

“Luka sikit.” “What happened?” “What happened is...along baru tak balik berapa hari, korang dah macam-macam hal.” Satu suara kuat kedengaran. Mereka sama-sama menoleh. Seorang lelaki mendekati mereka. Wajahnya kelihatan lesu dan letih. “Along...” ika merengek. 198

Lynn Dayana

“Pergh, terus mengada dia ni.” Faiz menegur. “Kalau jadi apa-apa kat Ika, macam mana angah?” Faiz menyengih. Bukan salah dia, pokok disambar kilat. Hujan lebatkan... Dan ketika itu dia teringat apa yang ditulis Ily semalam. Yang dia baca pagi tadi. “Ika ingat lagi apa yang Ily tulis dan kita baca pagi tadi?” Faiz bertanya. “Hujan mengulang.

lebat.

Tayar

pancit.”

Ika

“Tadi angah tak dapat ambik Ika sebab tayar angah pancit. Dalam hujan lebat pulak tu.” Faiz memberitahu lalu memandang Ika. “Hujan. Guruh. Kilat.” Ika membalas perlahan lalu bangkit dari baringan. “Ily boleh tengok masa depan?” soal Faiz. “Ke dia sumpah kita angah oiii.” Ika menebak. “Korang cakap pasal apa ni? Ily tu siapa?” sergah Hadi. 199

Random

Dua pasang mata memandang Hadi. Dua bibir seperti terkunci. “Faiz, siapa Ily?” “Ada perempuan pengsan depan rumah.” “Habis tu?” “Kami bawaklah masuk rumah.” Ika mencelah. Hadi memandang dua adiknya itu. Hisy, mereka berdua ini. Satu dah berbalut kepala. Satu lagi ini pun patut dihantukkan ke dinding. Itu memanglah rumah mereka duduk sekeluarga tetapi adik-adiknya tahu yang kuasa mutlak adalah di tangan dia. “Along sibuk sangat.” Hadi yang mahu marah tiba-tiba beristighfar. Ya memang betul dia sibuk. Sangat sibuk dengan kerjayanya hingga kadang-kadang mengabaikan hal adikadiknya. Dia berharap kepada Faiz untuk memantau hal Ika. “Along minggu ni on call jugakkan. Tu yang tak sempat balik. Lepas tu ada kes pulak.” 200

Lynn Dayana

“Tak apa along. Angah ada. Cuma duit elaun aje along up sikit.”Ika menyeringai. “Dasar materialistik.” Faiz menggeleng. “Back to Ily...” Hadi menyebut semula nama itu. ◆ ELOK sahaja kereta terparkir di hadapan rumah, Faiz bergegas membuka pintu pagar dan memberikan salam. Sepi tiada jawapan. “Ily tak jawab.” Faiz memberitahu Hadi yang kini sudah di sampingnya. Hadi cuba membuka pintu namun berkunci. “Pagi tadi angah kunci ke?” “Ily ada kat dalam. Kita orang pesan suruh kunci rumah.” “Dua hari aje along tak balik, korang dah senget ya.” Hadi mengeluarkan kunci dan membuka pintu rumah. “Along, mana tahu Ily tengah mandi.” Hadi memberikan salam lagi. Sunyi. Dia melangkah masuk. Ini rumah diakan? Apahal dia pula yang kena berjaga-jaga. 201

Random

“Ily!” Faiz memanggil. Sepi. Dia melangkah ke dapur. Tiada sesiapa di sana. Dia pergi pula ke bilik Ika. Pintu terbuka. Elok sahaja kemas. “Dia dah lari kot.” Hadi memberitahu lalu duduk. Penat. Dia sangat penat. Bekerja di hospital dan pada masa yang sama bekerja juga di klinik swasta, memang memenatkan. “Dia nak ke mana? Sesen pun tak ada duit.” Faiz memberitahu. Dia melihat sekeliling, tiada barang yang hilang. “Siapa nama dia? Ily?” Faiz mengangkat bahu. “Tu nama yang Ika bagi sebab dia tak ingat nama dia.” “Korangkan...” “Kejap.” Faiz berlari ke meja dapur. Dia mengambil buku nota yang ada di situ. “Semalam dia tulis...” menghabiskan ayatnya.

Faiz

“Kenapa?” “Tak ada apa-apa dalam buku ni.” “Pasti ke dia ada tulis?” 202

tidak

Lynn Dayana

Faiz mengangguk. Okey, kalau dia gila... Ika pun gila samalah kerana mereka samasama melihat nota itu. “Ada kesan koyak tak?” soal Hadi. Cepat-cepat Faiz meneliti. “Tak ada.” “Korang ni nak main-mainkan along ke?” Hadi mula naik angin. “Serius. Ada perempuan pengsan kat depan rumah. Dia mintak tolong. Kita orang tak sampai hati kalau tak tolong.” Baru Hadi mahu telefonnya berbunyi.

menyoal

lagi,

“Ya. Code red?” Hadi bingkas bangun. “Along kena balik ke hospital.” “Angah nak ikut. Tak nak duduk sini sorang.” Faiz segera bangun juga. “Baju untuk Ika?” “Dalam keta angah ada beli baju. Untuk Ily.” Faiz membalas.

203

Random

Hadi merenung adiknya. Ini bukan mainan. Ily memang wujudkah? Tapi mana orangnya? Argh, dia ada banyak perkara yang lebih penting mahu diuruskan. Ada pesakitnya yang perlu dipentingkan. ◆ AISKRIM itu dimakan Ika dengan penuh nikmat sambil mendengar bebelan Faiz. “Dia pergi kedai kot.” “Tulisan dalam buku tu tak ada.” “Angah tak tengok betul-betul kot.” Faiz menjeling Ika. Ada juga orang yang dia sekeh. Ingat dia main-main. “Okey, okey. Kak Ily dah hilang.” “Ke mana? Along tengok angah macam kita tipu dia.” Faiz meluahkan kegeramannya. “Kejap. Ika ada ajak kak Ily selfie.” Ika segera mengambil telefonnya. “Cis. Lain kali bagi tahu tahun depan. Cepat, mana gambarnya?” Faiz mendekati Ika dan duduk di atas katil juga. Tidak sabar mahu melihat gambar yang disebutkan Ika. 204

Lynn Dayana

Ika mencari gambar semalam. Skrol dan skrol...

yang

diambil

“Mana?” Ika mengangkat muka. “Kenapa?” Telefon dipusingkan. Ya, ada gambar Ika tetapi dia hanya sendirian. “Mana Ilynya?” Bahu diangkat. Mata mereka merenung satu sama lain. “Serius, Ika ada ambik gambar dengan kak Ily. Satu masa masak tu. Satu lagi masa dia nak solat. Cantik sangat nampak muka dia masa tu.” Ika membalas perlahan. Faiz mengambil telefon Ika dan dia skrol lagi koleksi gambar Ika itu satu persatu. Tiada. Yang hanya gambar Ily seorang. “Siapa dia?” Tiba-tiba mereka berdua rasa bulu roma meremang. ◆

205

Random

PAGI itu, Hadi muncul di katil adiknya dengan membawa sarapan. Faiz yang ada tidur menemankan Ika di sofa, digegarkan tubuhnya. “Pergi basuh muka. Kita sarapan.” “Along, Ika nak tidur. Malam tadi tak boleh lena.” Ika menarik selimut. “Bangunlah. Along nak cerita ni. Lepas ni entah bila kita nak jumpa lagi.” Hadi membalas. “Apa yang along repekkan ni?” soal Faiz. Dia menggosok matanya beberapa kali. Ika pun bangkit dari baringannya sambil menguap. “Cucilah muka. Along bawak makanan ni.” ◆ MEREKA sarapan dalam keadaan yang senyap. Tekak terasa tidak selera tetapi mereka semua sama-sama kelaparan. “Along langgar someone masa nak baik rumah?” soal Ika mahukan kepastian.

206

Lynn Dayana

“Ya. Along mengantuk sangat. Masa tu hujan. Tak nampak apa.” “Habis tu apa yang berlaku?” “Dia cedera. Along angkat bawak masuk kereta dan balik semula ke hospital.” Hadi menyambung cerita sambil menghirup kopi yang sudah mula sejuk. “Dia mati ke?” Ika bertanya dalam debar. Apa yang akan berlaku pada along jika itu terjadi? “Dia koma sekarang ni.” “Allahuakbar.” “Polis cakap apa?” soal Faiz. Hadi menghirup lagi kopinya. “Ada cctv dari salah satu kedai. Perempuan tu melintas tanpa pandang kiri kanan. Dalam cctv yang lainnya pulak, nampak dia jalan terhuyung hayang.” “Mabuk ke?” tanya Ika. “Tak. Tak ada kesan dadah. Tak ada alkohol.” Hadi membalas. “Dia tak sedar lagi ke along?” Hadi menggeleng. 207

Random

“Ya Allah, minta-minta dia sedar semula. Kesiannya. Polis tak dapat maklumat ke siapa dia?” Ika menyambung soalannya. “Tak ada apa-apa dokumen pada dia. Sehelai sepinggang,” balas Hadi. “Macam Ily.” Faiz tiba-tiba menyebut nama itu. “Aah, macam kak Ily. Dia pun sehelai sepinggang.” Ika membalas. Hadi merenung wajah kedua-dua adiknya. Bersungguh mereka mengatakan Ily itu wujud sedangkan batang hidungnya pun tidak kelihatan. Entah siapa yang berhalusinasi, dia pun tidak pasti. Satu ketukan menyebabkan tumpuan mereka berpaling ke arah itu. “Doktor Hadi?” Seorang pegawai polis mendekati mereka. “Ya, saya.” “Kami ada maklumat terkini tentang perempuan yang encik langgar tempohari.” “Ohh...apa yang saya boleh bantu?” “Kami dah tahu nama dia.” 208

Lynn Dayana

Hadi menunggu dengan tenang. “Ilyana Ahmad. panggil, Ily.”

Kawan-kawan

dia

Ketika itu cawan berisi kopi yang dipegang oleh Faiz jatuh ke lantai. Pegawai polis itu memandang. “Encik kenal dia?” Faiz menggeleng. Ika pun ikut sama. “Dia mangsa culik. Anak Datuk Ahmad, seminggu yang lepas dia hilang. Tak ada tuntuan tebusan dibuat. Kami percaya dia diculik bekas teman lelaki dia.” “Tuan ada gambar dia?” soal Faiz perlahan. Hati berdebar, Tuhan yang tahu. Pegawai itu mengambil telefonnya dan mengunjukkan kepada Hadi. Hadi mengangguk. Ya, itulah gadis yang dia langgar tanpa sengaja. Faiz menjengah. “Ily...” “Ily?” soal Ika. “Ya, inilah Ily yang datang ke rumah kami tiga hari lalu. Dia pengsan di depan rumah.” Faiz bercerita. 209

Random

“Tiga hari lepas?” soal pegawai polis itu sambil memandang ke arah Hadi. Hadi menggeleng. “Tak mungkin orang yang sama. Along langgar dia empat hari lepas. Dia koma semenjak dimasukkan ke sini.” “Tapi mereka perempuan yang sama?” soal pegawai itu sambil menunjukkan lagi gambar di skrin telefonnya. Tiga kepala mengangguk. ◆ SUASANA menjadi kekok. Datuk Ahmad memandang tiga anak muda yang duduk di hadapannya. Dia mengurut dada. Apa yang mereka ceritakan itu tidak logik. “Ily mengaji?” “Ya, sedap suara dia. Macam boleh bertanding.” Ika memberitahu. Datuk Ahmad mengangguk. “Ily anak yang liar. Dia tak kenal alif, ba, tha...” “Dia solat Datuk. Dia mengaji. Kami dengar bacaan dia. Rukun solatnya sempurna.” Faiz pula memberitahu. Tidak 210

Lynn Dayana

mungkin Ily tidak kenal huruf-huruf itu dan boleh mengaji. “Dua bulan yang lepas Ily berubah. Dia mula ambil kelas membaca Al-Quran. Dia belajar semula macam mana nak solat. Salah saya. Selepas ibunya meninggal, saya sibukkan diri dengan bisnes. Saya abaikan dia.” “Apa yang buatkan Ily berubah?” soal Hadi. Misteri sungguh gadis yang bernama Ilyana ini. “Dia kata dia bermimpi. Dilanggar kereta dan menghampiri mati. Tiap-tiap malam, dia mimpi yang sama.” “Astaghfirullah.” “Dia jadi stres. Saya suruh dia solat. Bila dia cuba berubah, teman lelaki dia tak suka.” “Sebab tu mereka putus hubungan?” teka Ika. Datuk Ahmad mengangguk. “Ily jadi anak yang baik. Setiap malam dia bertahajud, solat taubat dan solat hajat. Dia kata dia masih muda. Dia tak mahu mati lagi selagi dosa-dosa dia Allah belum ampunkan.” 211

Random

Ika, Faiz dan Hadi berpandangan. “Maafkan saya Datuk. Saya tak ada niat nak langgar dia.” Hadi memberitahu dengan jujur. Datuk Ahmad memandang wajah tiga beradik itu. Mereka tidak bersalah dan melalui apa yang mereka ceritakan, dia terhutang budi dengan mereka. Menjaga Ily dalam keadaan ada dan tiada. “Kita sama-sama doa, kak Ily pulih semula Datuk.” Ika membalas. “Jangan panggil saya Datuk. Panggil pak cik. Panggil uncle.” Datuk Ahmad menyuruh. Dia memandang Faiz yang sudah duduk di sofa berdekatan Ily dan sudah memulakan bacaan surah Yaasinnya. Wajah Ily dipandang. Tenang sahaja wajah itu. Tiada beban dunia. Kata doktor, Ily tiada luka. Cuma Ily masih tidak mahu bangun lagi. Hadi melihat mesin yang berbunyi. Nada rentak jantung Ily kelihatan okey. Apa yang berlaku sebenarnya, Ily? Kenapa kau hadir dalam mimpi aku sejak 212

Lynn Dayana

dua bulan yang lalu? Hadi tertanya sendiri. Ya, dia tidak bercerita pada mereka semua. Rahsia antara dia dengan Ily yang tidak diketahui sesiapa. ◆ Dua bulan yang lalu. JAM di dinding dikerling. Penat. Sangat penat namun matanya tidak boleh lena. “Kita jumpa tepat pukul dua.” Itu janji mereka semalam. Dan dia ketawa sahaja. Ini kerja gila. Sudah beberapa malam, setiap jam dua dia akan lena dan gadis itu muncul dalam mimpinya. Hadi menutup mata. Mendengar desah nafasnya sendiri dan menyulamnya dengan ungkapan istighfar. Perlahan-lahan pandangan menjadi gelap. “Hai...” Satu senyuman terukir di bibir. “Kau lambat.” Gadis itu menjegilkan mata. 213

Random

“Ampun tuanku.” Hadi merendahkan kepalanya sedikit. Dan gadis itu ketawa. “Hari ni kau nak bagitahu nama kau ya?” soal Hadi. Mereka beriringan berjalan di tepi sebuah tasik. Suasana nyaman dan tenang. Gadis itu ketawa kecil. Tudungnya beralun di tiup angin. Manis. “Apa ada pada nama jika gunanya setakat untuk memanggil jasad yang tidak berpaksi kepada hukum agama.” “Sebab yang paling senang adalah kerana setiap yang hidup pasti ada namanya.” Hadi membalas. “Macam mana kalau sebenarnya aku tidak hidup?” Ketika itu Hadi terdiam. Benar juga. Mereka bertemu di alam mimpi sahaja. “Aku tetap mahu tahu nama kau...” Satu senyuman mekar menghiasi bibir nama itu. “Panggil aku Yana.” “Yana...” “Kau tahu makna cinta?” soal Yana.

214

Lynn Dayana

Hadi menggeleng. Dia suka mendengar Yana bercakap tentang apa-apa sahaja. “Cinta itu gila. Kau suka tapi kau benci. Kau sayang tapi rasa nak perang. Kau nak berhenti tapi terus tergelincir laju.” “Cara kau cakap tentang cinta macam kau definisikan simptom pembunuh bersiri aje.” Hadi membalas lalu ketawa kecil. Yana ikut ketawa. “Ya, kadang-kadang cinta membunuh kita tanpa sedar.” Dan ketika itu mereka mendengar azan Subuh berkumandang. Mereka saling berpandangan. Yana berhenti melangkah. “Esok kita cerita tentang setia. Berapa harga setia, Hadi?” Mimpinya terhenti di situ. Esok malam mereka berjumpa lagi. Cuma selepas kemalangan itu dia tidak lagi berjumpa dengan Yana. Dia tidak sedar ily dan Yana orang yang sama. Kerana dia lelaki yang bodoh? Tidak. Bukan kerana itu. Kerana dalam mimpinya, wajah Yana berselindung dengan niqab.

215

Random

Kerana selama dia bermimpi itu, dia fikir itu hanya mainan tidur. Hadi melepaskan keluhan. Dia memandang lagi wajah gadis yang baring terbujur kaku itu. “Along... Kita orang nak pergi makan.” Faiz menegur. “Jom kita makan sama. Uncle pun lapar ni.” Datuk Ahmad bersuara. “Biar saya menawarkan diri.

yang

tunggu.”

Hadi

Apabila pintu tertutup, Hadi duduk di sofa. “Yana...” Nama itu diseru. Tiada reaksi. “Yana... Setia tu maksudnya aku tunggu kau. Di sini. Di sana. Di mana-mana medium yang kau mahu.” Tubuh Yana masih kaku di situ. “Yana... Bangunlah. Aku rindu.” Hadi melihat jam di tangan. Sudah sampai masa dia menyambung tugas. Dia memejamkan mata seketika. Berdoa agar 216

Lynn Dayana

Allah memberikan rahmat kasih sayang-Nya dan sedarkan semula ily atau Yana. Ketika mahu keluar dari bilik itu dia berpaling. Kelihatan Yana sedang memandangnya. “Yana?” “Betul ke kau rindu aku?” Hadi mengangguk. Sungguh dia tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Kisah mereka tidak logik. Dia memeriksa nadi Yana dan ya, gadis itu masih lagi bernyawa. “Hadi, aku mimpi...” “Mimpi apa?’ “Mimpi jumpa keluarga kau. Adik-adik yang selalu kau sebutkan tu.” “Lagi kau mimpi apa, Yana?” Gadis itu diam dan berfikir. “Syurga...aku mimpi aku jumpa kau depan syurga.” Hadi memandang Ilyana. Ilyana memandang Hadi. Mereka sama-sama bertentang mata. Benarkah kali ini mereka berada di alam nyata? 217

Random

◆ ZARUL duduk termenung. Dia sangat keliru. Dia yakin Ily telah diikat dengan kuat. Pintu rumah tempat dia sembunyikan Ily juga dikunci, dirantai dengan mangga. Siapa yang selamatkan Ily? Bagaimana Ily boleh sampai ke kawasan berhampiran hospital itu dan kemudiannya dilanggar oleh doktor keparat itu? “Zarul Mohd Ali, awak perlu dapatkan khidmat peguam atas pertuduhan menculik.” Dia memandang polis itu dan tidak menjawab. Kembali memikirkan Ily. Bagaimana seorang yang pernah meladeni kelab malam setiap malam boleh berubah seratus peratus menjadi sebegitu? Kerana hati manusia dipegang Tuhan. Zarul melihat sekeliling. Siapa yang bercakap begitu? Tidak ada sesiapa di kelilingnya. Dia menutup telinga. Suara Ilykah itu? ◆

218

Lynn Dayana

FAIZ dan Ika duduk di satu sudut. Samasama melihat pasangan mempelai di atas pelamin. Tersenyum riang kelihatan benarbenar bahagia. Ika menolak lengan angahnya. “Siapa yang datang rumah kita sebenarnya?” Ada elemen tidak puas hati yang menghantui fikirannya. “Roh dia?” jawab Faiz. “Ada ke benda macam tu?” “Sesetengah perkara kita tak boleh fikir lebih-lebih. Itu semua kuasa Dia.” Faiz menjawab lagi. Ika mengangguk. Kurang faham tapi buat-buat faham. Di atas pelamin, Ilyana memandang Hadi. “Kenapa? Tak percaya kita sedang meraikan perkahwinan kita di alam nyata.” Hadi bertanya. Ilyana membalas dengan senyuman. Dia hanya mahu memandang ke hadapan. Menjadi lebih baik dari semalam dan berjuang untuk mendapatkan syurga.

219

Ebook Random Lynn Dayana