Data Loading...
resepi pencuci mulut Flipbook PDF
resepi+pencuci+mulut.compressed
119 Views
29 Downloads
FLIP PDF 1.31MB
P e ncuci Mulu t
esepi R
p encuci mulut
editor: SITI ADAWIYAH BT JAAFAR
published by: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Isi Kandungan jeli kelapa
puding tauhu laici
1
puding triffle
agar-agar santan pandan 7
5 talam ubi
9
3
JeliKelapa
1
Bahan-bahan 1 paket agar-agar serbuk ( 10 gm ) 2.6 liter air kelapa @ 3 biji kelapa Isi kelapa muda 11 sudu besar gula 3 helai daun pandan
Cara membuat 1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk 2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda 3. Padamkan api 4. Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yang disukai 5. Sejukkan dalam peti ais dan kemudian makan bila sudah sejuk
2
puding Tauhu Laici
3
Bahan-bahan Untuk puding: 1 paket agar-agar serbuk @ 10gm sepaket 6 ½ cawan air 11/2 sudu besar gula ½ cawan santan ½ cawan susu pekat ½ cawan susu cair Sebucit garam 1 helai daun pandan Untuk kuah: 1 tin laici 1 tin air ( gunakan tin laici sebagai penyukat ) 3-4 sudu besar gula
Cara membuat Untuk puding: 1. Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula serta daun pandan sehingga mendidih. 2. Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam. 3. Masak lagi hingga hampir mendidih ( keluar wap yang banyak ) dan padamkan api. Biarkan hingga suam. 4. Tapiskan ke dalam sebuah bekas yang lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yang disukai. 5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais sehinggan tiba masa hendak dihidangkan. Untuk kuah: 1. 2. 3. 4.
Asingkan laici ke dalam bekas yang berasingan dan siat-siatkan sedikit. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.
Cara menghidang: 1. Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yang disiat tadi. 2. Tuangkan kuah dan puding yang sedia untuk dimakan.
4
Puding
Triffl E
5
Bahan-bahan 1. Kek Swiss Roll 2. Fruit Cocktail 3. Nata de Coco 4. Serbuk agar-agar Untuk sos kastard: 1. 2. 3. 4. 5.
Serbuk kastard ( 35 gm ) Susu penuh krim (375 ml ) Gula castor ( 50 gm ) Esen vanila ( 1 tsp ) Susu penuh krim (50 ml )
Cara membuat 1. Sebatikan serbuk kastard dengan susu terlebih dahulu agar tidak berketul. Campurkan dengan gula castor serta esen vanila. 2. Kemudian, masak dengan api yang sederhana sehingga kastard masak dan pekat. Masukkan 50 ml susu penuh krim untuk mencairkan sedikit sos kastard. 3. Tutup api dan biarkan kastard sejuk sedikit. Untuk menyediakan lapisan bawah triffle: 4. Potong kek Swiss Roll dengan ketebalan yang diiginkan dan susun di dalam bekas. 5. Masukkan campuran buah-buahan serta Nata de Coco supaya sekata dan tuangkan sedikit air gula dari campuran buah-buahan dan Nata de Coco tadi untuk melembapkan sedikit kek. 6. Tuangkan sos kastard tadi dan ratakan sehingga menutupi seluruh lapisan kek dan campuran buah-buahan bersama Nada de Coco. 7. Masak agar-agar sehingga mendidih. 8. Kemudian tuangkan perlahan-lahan di atas lapisan kastard agar kastard tidak pecah atau merekah. 9. Apabila agar-agar mulai sejuk dan keras, masukkan ke dalam peti ais selama 2 jam. Setelah itu, bolehlah di hidang tau dimakan ketika sejuk.
6
aga -aga r r Santan Pandan
7
Bahan-bahan 10-12 gram agar-agar @ agar-agar bertali 1 cawan santan pekat 1 cawan santan air 1 biji telur 3 ½ cawan air 1 ¼ cawan gula ½ sudu gram kecil 2-3 helai daun pandan Beberapa titik pewarna hijau Beberapa titik perasa pandan ( esen pandan )
Cara membuat 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar serbuk, terus tuangkan saja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan cair. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila memasak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
8
alam T 9
Bahan-bahan Lapisan ubi: •
600 g parutan ubi kayu
•
160 ml santan cair
•
200 gram gula pasir
•
50 gram gula Melaka
•
Sedikit pewarna coklat
•
1 helai daun pandan
Lapisan santan: •
600 ml santan
•
40 g tepung gandum
•
70 gram tepung beras
•
Garam secukup rasa
Cara membuat Lapisan ubi: 1. Satukan santan, gula pasir, gula Melaka dan daun pandan. 2. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. 3. Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 2 inci dengan plastik bersih. Sapukan sedikit minyak pada plastik tadi. 4. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang disejukkan tadi bersama ubi parut, kacau rata-rata dan tuangkan ke dalam tin tadi. 5. Ratakan dan kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Lapisan santan: 1. Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam. Kacau sehingga rata dan tambah garam secukup rasa. 2. Tapis bancuhan tadi. Kemudian, masak atas api sederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. 3. Tuang perlahan-lahan atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit. Tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. 4. Biar kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
10