Data Loading...

Sejarah Dunia/Tema 4/sejarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Flipbook PDF

sejarah PBB


107 Views
17 Downloads
FLIP PDF 648.4KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DAN PERKEMBANGANNYA

Disediakan Oleh : Nurul Izzah bt Mohd Sukri Kelas : 6 Ekonom 2 Semester 1 sesi 2021/2022 PTE SMK Tun Syed Zahiruddin Merlimau Melaka

PERTUBUHAN BANGSABANGSA BERSATU (PBB) NAMA:Nurul izzah binti mohd.sukri KELAS: 6 Ekonomi 2 (2021/2022)

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB) Pihak Berikat yang memenangi Perang Dunia Kedua merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa baru demi memelihara keamanan dan keselamatan dunia.

Pada oktober 1945, PBB ditubuhkan. PBB ditubuhkan selepas tamat Perang Dunia Kedua. PBB mempunyai struktur organisasi, prinsip dan matlamat serta susunan keahlian yang lebih mantap berbanding dengan Liga Bangsa.

Ibu pejabat asal PBB terletak di San Fracisco, Amerika Syarikat. PBB kini beroperasi di New York sejak tahun 1946. Ibu pejabat PBB di New York

ASAL USUL PBB  PBB dikenali sebagai Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disertai oleh 26 buah negara.  Pada 1 Januari 1942, Deklarasi Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu ditandatangani di Washington.  Deklarasi tersebut, menerima Piagam Atlantik yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat dan Britain pada 14 Ogos 1941.

 Mengikut Piagam Atlantik, tujuan utama negara-negara yang menentang kuasa-kuasa Paksi adalah untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia dan menjalinkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi.

 Pertemuan pertama diadakan di Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat pada 21 Ogos hingga 7 Oktober 1944.

 Dihadiri oleh pakar-pakar diplomasi dari Rusia, China, Amerika Syarikat dan Britain.  Cadangan-cadangan yang dikemukakan dijadikan asas bagi penggubalan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Cadangan pembentukan PBB disahkan oleh Amerika Syarikat, Britain dan Rusia dalam Persidangan Yalta pada Februari 1945.

Draf piagam PBB telah dibincang dan dipersetujui oleh wakil 51 buah negara dalam Persidangan di San Francisco pada 25 April hingga 25 Jun 1945.

Persidangan ini merupakan persidangan antarabangsa yang pertama tidak didominasi oleh kuasa-kuasa Eropah yang disertai oleh sembilan kuasa Eropah selain Soviet Union.

Turut disertai oleh negara Itali, Jerman, Hungary, Jepun, Romania, Austria, Bulgaria, Finland dan Thailand. Lapan buah negara yang dianggap negara berkecuali turut menyertai persidangan ini, iaitu Sepanyol, Switzerland, Ireland, Portugal, Yemen, Sweden, Afghanistan dan Iceland. 51 buah negara telah menandatangani Piagam PBB di San Francisco pada 26 Jun 1945. PBB mula beroperasi secara formal pada 24 Oktober 1945. Ahli baru diterima masuk dengan sokongan daripada Majlis Keselamatan dan persetujuan dua pertiga ahli Majlis Perhimpunan Agung. Sehingga Oktober 1991, PBB mempunyai 166 anggota.

URUTAN KRONOLOGI PERISTIWA PEMBENTUKAN PBB 14 OGOS 1941 •Piagam atlantik diistiharkan oleh Amerika Syarikat dan Britain. 1 JANUARI 1942 •Deklarasi Perikatan PBB ditandatangani di Washington.

OKTOBER 1944 •Cadangan pembentukan PBB dibuat oleh Amerika Syarikat, Rusia, dan Britain. FEBRUARI 1945 •Pengesahan cadangan pembentukan PBB oleh Amerika Syarikat, Rusia, dan Britain persidangan Yalta.

25 APRIL- 25 JUN 1945 •Piagam PBB yang muktamad disediakan oleh wakil 51 buah negara di San Francisco. 26 JUN 1945 •Piagam PBB ditandatangani di San Francisco.

24 OKTOBER 1945 • PBB wujud secara formal.

MATLAMAT ASAS PBB 1. 2. 3. 4. 5.

Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan antarabangsa. Mencegah peperangan. Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa. Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa. 6. Membaiki taraf hidup penduduk diseluruh dunia. 7. Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama. 8. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan.

PRINSIP-PRINSIP PBB 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)

Prinsip kerjasama antarabangsa. Prinsip persamaan hak. Prinsip menentukan nasib sendiri. Prinsip kedaulatan sama rata. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam artikel2, piagam PBB PBB juga diasaskan berteraskan prinsip kedaulatan sama rata dalam kalangan anggotanya. PBB tidak akan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara kecuali tujuan untuk melaksanaakan keputusan PBB. Sebarang konflik antarabangsa harus diselesaikan secara aman tanpa pengunaan kekerasan yang bertentangan dengan matlamat PBB.

BADAN-BADAN UTAMA PBB

1)MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG. • Merupakan badan terbesar PBB yang diwakili oleh semua negara anggota PBB. • Setiap ahli dalam majlis ini mempunyai satu undi. • Majlis ini berperanan sebagal parlimen yang mendebatkan hal ehwal dunia. • Persidangan majlis ini akan diadakan setahun sekali. • Majlis ini membuat keputusan mengenal Isu prosedur dengan undi majoriti. • Manakala isu dasar ditentukan dengan undi dua pertiga ahli termasuk undi lima ahli tetap Majlis Keselamatan. • Antara isu-isu dasar yang dibicarakan termasuklah tindakan menyiasa sebarang konflik antarabangsa yang mengancam keselamatan dunia dan tindakan mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik, • Fungsi utama Majlis Perhimpunan Agung adalah melaksanakan matlamat dan prinsip PBB. • Majlis ini juga berfungsi sebagai badan penyelaras, perunding, pemilih dan pengawas kewangan PBB. • Majlis ini membicarakan dan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan sebarang persoalan dalam skop Plagam PBB. • Majlis ini juga membincangkan isu berhubung dengan kuasa dan fungsi agensi PBB. • Majlis ini mempunyai kuasa untuk melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli blasa Majlis Keselamatan, ahil Majlis Amanah dan hakim bagi Mahkamah Antarabangsa.

2)MAJLIS KESELAMATAN. • Badan terpenting dalam PBB yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dunia. • Sebelum tahun 1965, Majlis ini mempunyai 11 ahli. (5 ahli tetap dan 6 ahli biasa). • Lima ahli tetap terdiri dari Rusia, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China (diwakili oleh Taiwan hingga tahun 1971). • Enam ahli biasa dilantik dua tahun sekali. Wilayah. • Bagi memastikan majlis ini berjalan lancar, ahli-ahlinya mempunyai wakil tetap di ibu pejabat PBB di New York. WILAYAH

BIL. AHLI BIASA

ASIA DAN AFIKA

5

AMERIKA LATIN

2

EROPAH BARAT

2

EROPAH TIMUR

1

• Anggota tetap majlis ini mempunyai kuasa veto iaitu kuasa pembatal.

• Anggota tetap boleh menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan keputusan yang dibuatoleh Majlis ini tentang sesuatu perkara. • Sebarang keputusan Majlis ini harus mendapat persetujuan daripada kelima-lima anggota tetap. • Ahli-ahli majlis ini boleh mengundi berkecuali tetapi tidak akan menjejaskan keputusan PBB.

3)SEKRETARIAT. • Diketuai oleh Setiausaha Agung PBB. Setiausaha Agung

• Setiausaha Agung dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan. • Tugas utama sekretariat adalah menjalankan kerja-kerja pentadbiran seperti yang diarahkan oleh

Perhimpunan Agung. • Sekretariat menjalankan tugas pentadbiran PBB. • Tempoh perkhidmatan Setiausaha Agung ialah lima tahun dan tempoh tersebut boleh diperbaharui. • Tugas utama Setiausaha Agung adalah: (a) memantau masalah ekonomi dan sosial dunia. (b) membawa Isu antarabangsa yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia kepada perhatian PBB. (c) menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa (d) mentadbir misi pengaman. (e) mengendalikan persidangan antarabangsa berhubung dengan isu-isu dunia

4)MAHKAMAH ANTARABANGSA. • Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia. • Mahkamah ini didirikan untuk menyelesaikan pertikaian antara negara. • Mahkamah Antarabangsa (International Court of Justice) terletak di Hague, Belanda. • Mahkamah ini mempunyai 15 orang hakim yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. • Hakim-hakim tersebut dipilih melalui pengundian yang berasingan. • Kriteria pemilihan hakim-hakim ini adalah: (a) terdiri daripada warganegara yang berlainan (b) mewakili aliran kehakiman yang dominan di peringkat antarabangsa • Hakim yang dipilih bertugas selama sembilan tahun dan berhak untuk dilantik semula dan Mahkamah ini berkuasa untuk memberi nasihat atas permintaan daripada Majlis Keselamatan dan Majlis Perhimpunan Agung PBB. • Fungsi utama Mahkamah Antarabangsa adalah: (a) menyelesaikan masalah pertindihan sempadan (b) mengadili kesalahan melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia (c) mengendalikan tuntutan ganti rugi antara negara (d) menyelesaikan tuntutan negara ke atas wilayah (e) mengadili kes-kes jenayah seperti pencerobohan ketenteraan, pembunuhan kaum beramai-ramai serta penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan.

5)MAJLIS AMANAH.

• Majlis Amanah bertanggungjawab menyelia wilayah-wilayah antarabangsa yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB. • Majlis ini mewarisi tugas yang diberikan kepada Liga Bangsa menerusi sistem mandat. • Anggota Majlis Amanah ini terdiri daripada: (a) anggota-anggota yang dipilih oleh Perhimpunan Agung. (b) negara yang mentadbir wilayah amanah (c) anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan yang mentadbir wilayah amanah . • Fungsi utama majlis ini adalah menyediakan negara-negara yang belum merdeka yang diamanahkan untuk membentuk kerajaan sendiri dan Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat 11 buah wilayah amanah yang diambil alih dari Jerman, Jepun dan Itali. Akhir sekali, Wilayah-wilayah ini diberi kemerdekaan.

6)MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL

•Majlis Ekonomi dan Sosial terdiri daripada 54 ahli yang dilantik bagi tempoh tiga tahun. • Majlis ini bertindak menguruskan hal ehwal ekonomi dan sosial negara anggota. • Mailis ini berperanan menyelaraskan kegiatan PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan. • Majlis ini bersidang dua kali setahun. • Pusat kegiatan majlis ini terletak di Eropah, Asia dan Asia Timur, Amerika Latin dan Afrika • Beberapa buah agensi ditubuhkan untuk membantu kegiatan majlis ini. Antaranya: (a) Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) -Agensi pertama yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua. -Pada tahun 1945. perlembagaan FAO ditandatangani di Quebec City -Pada tahun 1951, ibu pejabat FAO dipindahkan dari Washington D.C. ke Rom -Institut ini ditubuhkan untuk mengawal pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian mengatasi masalah kejatuhan harga. -Agensi ini meneruskan kegiatan Liga Bangsa yang menitikberatkan hal pemakanan dan kesihatan -Matlamat utama FAO adalah meningkatkan pengeluaran makanan, membaiki sistem agihan Makanan dan mengatasi kebuluran.

b) Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) -Ditubuhkan pada tahun 1964. -Mengendalikan hal-hal berhubung dengan perdagangan dan pembangunan. -Antara matlamat utama UNCTAD adalah menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan antarabangsa mengintegrasikan negara-negara membangun ke dalam ekonomi dunia, menggalakkan kerjasama antarabangsa yang memberi kemudahan kepada keluaran eksport negara-negara membangun dan menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan kewangan, teknologi dan pelaburan.

(c) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) -Ditubuhkan pada bulan Mac 1946 yang merupakan organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 184 buah negara. -Untuk menstabilkan pertukaran wang asing dan memelihara peraturan tukaran wang asing yang teratur dalam kalangan negara anggotanya. -Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa dengan menyediakan badan perundingan bagi masalah kewangan antarabangsa. -Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengalami krisis kewangan.

(d) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) -Ditubuhkan pada tahun 1945. Ibu pejabatnya terletak di Paris. -Untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. -Berperanan mengukuhkan organisasi profesional dalam bidang pendidikan, kebudayaan, sains dan pertukaran maklumat. -UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal dalam pelbagai bidang kepakaran. (e) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) -Pada tahun 1919, Suruhanjaya Penggubalan Undang-undang Perburuhan Antarabangsa ditubuhkan dalam Persidangan Damai Paris untuk mengelakkan sebarang revolusi sosial. -ILO ditubuhkan melalui Perjanjian Versailles. -Pada peringkat awal, ILO memainkan peranan dalam peningkatan undang-undang buruh. -Menielang tahun 1930-an, ILO memainkan peranan dalam usaha mengatasi masalah 1998 pengangguran dan kemelesetan ekonomi dunia. -Selepas tahun 1945, ILO memberi tumpuan terhadap masalah yang dihadapi oleh negara-negara membangun seperti hak kemanusiaan, bantuan teknikal dan kepentingan sosial dan ekonomi.

(f) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -Berperanan dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk dunia. -Ibu pejabat agensi ini terletak di Geneva, Switzerland. -Antara kempen-kempen yang dilancarkan oleh WHO adalah kempen membasmi demam kepialu (1955-1964), kempen imunisasi penyakit Rubella dan kempen membasmi AIDS (1998).

(g) Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) -Ditubuhkan pada tahun 1950. -Antara tanggungjawab UNHCR adalah menyelaraskan tindakan bagi memberi perlindungan kepada orang pelarian, menyelesaikan masalah orang pelarian, melindungi hak dan kebajikan orang pelarian, melindung hak dan kebajikan orang pelarian, memastikan orang pelarian mendapat suaka (perlindungan) di negara lain dan membantu orang pelarian kembali ke negara asal mereka atau menetap di negara lain. (h) Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) -Ditubuhkan untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak. -Berperanan dalam mengatasi masalah kemiskinan, keganasan, penyakit dan diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak. -Menggalakkan kanak-kanak perempuan menerima pendidikan dan memastikan kanak-kanak menerima imunisasi daripada penyakit-penyakit biasa. -Juga mengambil langkah-langkah bagi menyekat penyebaran penyakit berjangkit seperti AIDS dalam kalangan kanak-kanak dan bertindak untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat makanan.

PENCAPAIAN&KEJAYAAN PBB 

Kemerdekaan Wilayah Jajahan : -PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan kemerdekaan wilayah. -Piagam PBB, negara-negara anggota PBB yang diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan harus memastikan perkara berikut : a)penduduk wilayah mendapat layanan saksama b) mendapat perlindungan daripada keganasan c) mengalakkan pemerintahan sendiri. -Tahun 1961, jawatankuasa khusus yang dikenali sebagai Special Committee on Decolonization ditubuhkan. - Tahun 1960, Majlis Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisytiharan tentang pemberian kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk yang terjajah.

Masalah Pelarian: -PBB juga berperanan dalam menyelesaikan masalah pelarian. -International Refugee Organizatlion (IRO) ditubuh pada peringkat awal bagi menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1000,000 pelarian. -PBB juga adakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu -1952, UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) ditubuhkan untuk menangani masalah pelarian dengan lebih berkesan. -Tahun 1952, UN High Commisioner for Refugees (UNHCR) ditubukan untuk menangani masalah pelarian lebih berkesan. - Tahun 1992 Mac, PBB telah melancarkan program penempatan semula 375000 pelarian Kemboja melalui penubuhan United Nations Transitional Authority in Combodia (UNTAC). Dasar Aparteid -1962, Majlis Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah aparteid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam dripada kaum kulit putih. -PBB menyarankan semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. - 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmiaan Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

Hak Asasi Sejagat: -1948, PBB mengubbal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat. -1966, Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian : a) Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik. b) Perjanjian Antarabangsa tantang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.

Menangani Konflik Antarabangsa: -Majlis Keselamatan PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. -1946, Majlis Keselamatan berjaya megundurkan tentera Soviet Union (SU) dari utara Iran. -1956, Majlis Keselamatan berjaya selesaikan krisis Terusan Suez. -1960 - 1962, PBB hantar pasukan pendamai ke wilayah Congo yang sedang huru-hara. -1964 - 1979, PBB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.

Bantuan Kewangan dan Ekonomi -PBB bagi sumbangan untuk membantu negara-negara mangsa perang selepas Perang Dunia ke-2. -PBB melalui agensinya, "Program Bantuan & Pembangunan Semula PBB (UN Relief & Rehabilitation Administration)" telah membantu negara-negara ini. -Peringkat awal, PBB tertumpu pada negara-negara sekutu blok Barat. -PBB juga bantu negara-negara mangsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika Latin & Afrika. -PBB bagi bantuan perkhidmatan & kebajikan untuk memastikan kualiti kehidupan Masyarakat terpelihara. -Agensi PBB yang memainkan peranan dalam memberi bantuan kepada mangsa perang: a) Pertubuhan Makanan & Pertanian (FAO) b) Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) c) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)  Perebutan Pulau -PBB juga berusaha menangani perebutan pulau agar ketegangan antara negara yang terlibat dapat dikurangkan. -Isu tuntutan Kepulauan Spratly yang berlaku antara China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei & Malaysia. -PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan Undang-undang Laut yang diluluskan Majlis Perhimpunan Agung PBB pada November 1994.

Perlumbaan Senjata -PBB berusaha mengawal perkembangan senjata moden yang mampu mengancam keselamatan dunia. -PPP menyekat penggunaan senjata nuklear & senjata kimia yang boleh meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. -Antara kerjaya yang dicapai oleh PBB : a) PBB berjaya mempengaruhi Soviet Union & United State untuk mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba b) PBB berjaya mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iraq Sehingga mencapai gencatan senjata. c) Mengenakan sekatan ekonomi & menghentikan bantuan kewangan kepada Pakistan Kerana menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India - Pakistan untuk merebut Wilayah Kashmir

Kesimpulannya Peranan PBB ialah untuk menyatukan pemikiran, pendapat dan tindakan negara-negara anggotanya terhadap sesuatu masalah yang membabitkan kepentingan sejagat. PBB juga merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.