Data Loading...

SYARAT-DAN-PANDUAN-MEMOHON-ZAKAT Flipbook PDF

SYARAT-DAN-PANDUAN-MEMOHON-ZAKAT


128 Views
15 Downloads
FLIP PDF 36.11KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN ZAKAT 1. Beragama Islam; 2. Pelajar UiTM sepenuh masa yang mengikuti pengajian di peringkat pra, diploma, dan

ijazah sarjana muda; 3. Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti; 4. Pelajar hanya layak membuat sekali permohonan bagi setiap semester; 5. Pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan yatim piatu digalakkan untuk

memohon dan dikategorikan sebagai asnaf. 6. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan seperti PTPTN, yayasan negeri dan sebagainya. 7. Memenuhi syarat had kifayah dan kategori asnaf uitm yang ditetapkan. PANDUAN MEMOHON 1. Permohonan zakat hendaklah diisi secara online google form di https://forms.gle/jtEiPQQnvmDJ8CAn7 2. Pemohon hendaklah melengkapkan segala maklumat di dalam sistem permohonan online.

3. Pemohon hendaklah menjalani proses temuduga dengan panel yang ditetapkan dan membawa dokumen-dokumen berikut semasa temuduga diadakan.

O O O O O O O O O O

Salinan kad pengenalan Salinan kad pelajar / salinan surat tawaran Salinan penyata gaji / surat pengesahan pendapatan / penyata pencen ibu/bapa/penjaga Salinan slip bank bayaran yuran atau bil yuran pengajian Salinan muka hadapan buku atau penyata akaun simpanan (Bank Islam sahaja) Salinan keputusan peperiksaaan terkini Salinan surat perakuan kematian (jika berkaitan) Salinan slip pendaftaran subjek (bagi pelajar semester 7 dan ke atas). Salinan surat tawaran pinjaman PTPTN. (jika berkaitan) Salinan surat penolakan pinjaman PTPTN (jika berkaitan) (dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan benar) 4. Pemohon hendaklah menghadiri temuduga pada tarikh yang ditetapkan (tertakluk kepada iklan) 5. Untuk keadaan PKP/PKPB, temuduga akan dijalankan secara atas talian seperti whatsapp atau medium lain yang bersesuaian.

6. Untuk keadaan PKP/PKPB, dokumen di atas hanya perlu diberi dalam bentuk soft copy dan dimuatkan dalam google form yang akan diberikan kemudian.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi: Razizi bin Tarmuji Koordinator Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Sabah E-Mail: [email protected] No Tel: 017-2544108