Data Loading...

Unit 4 - Elemen Kontrak (Balasan) Flipbook PDF

Unit 4 - Elemen Kontrak (Balasan)


112 Views
98 Downloads
FLIP PDF 694.43KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK BALASAN

DEFINISI BALASAN S.2(d) Akta Kontrak 1950: ”Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.

BALASAN Maksud Balasan • Balasan ialah sesuatu yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai

BALASAN Contoh 1: A berjanji untuk menjual keretanya kepada B dengan harga RM40,000.00 dan B bersetuju membayar RM 40,000.00 • Janji B untuk membayar RM40,000 adalah merupakan balasan B kepada janji A untuk menjual keretanya. • Janji A untuk menjual keretanya dengan harga RM40,000 merupakan balasan A kepada janji B untuk membayar RM40,000.

BALASAN Contoh 2: Ali menjual baju dengan harga RM30.00 kepada Alia. Alia membayar RM30.00 kepada Ali dan Ali menyerahkan baju tersebut kepada Alia. Wang RM30.00 daripada Alia dan baju daripada Ali merupakan balasan dalam kontrak ini

BALASAN • Apa terjadi jika tiada balasan dalam kontrak? • S.26 AK 1950 “Perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah”

BALASAN Jenis-Jenis Balasan 1. Balasan Belum Dilaksanakan (Executory Consideration) 2. Balasan Dilaksanakan (Executed Consideration) 3. Balasan Lampau (Past Consideration)

BALASAN Balasan Belum Dilaksanakan • Merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan. • Janji berbalas janji • Contoh: Rumi bersetuju untuk menjualkan motosikalnya kepada Juli dan Juli berjanji akan membayar RM3,000 apabila Rumi menghantar motosikal tersebut kepadanya.

BALASAN Kes Mahkamah (Balasan Belum Dilaksanakan) Murugesu Lwn Nadarajah (1980) 2 MLJ 82 M bersetuju menjual rumahnya kepada N. Perjanjian itu ditulis di atas sekeping kertas dan berbunyi: “Saya bersetuju menjual rumah saya bernombor (alamat rumah) kepada En. N, penyewa rumah ini sekarang pada harga RM26,000.00 dalam masa tiga bulan daripada tarikh ini”. M kemudian enggan menjual rumah tersebut. N kemudian mengambil tindakan mahkamah terhadap M kerana beliau mendakwa M telah memungkiri kontrak yang telah dipersetujui

BALASAN Murugesu Lwn Nadarajah (1980) 2 MLJ 82 Isu Perundangan: Adakah wujud kontrak yang sah di antara M dan N?

Keputusan Mahkamah: Wujud kontrak kerana ada elemen sah kontrak – tawaran, penerimaan dan balasan. Balasan ini merupakan balasan belum dilaksanakan (Executory Consideration)

BALASAN Balasan Dilaksanakan (Executed Consideration) • Janji / balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji / balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan. • Contoh: Umi berjanji akan memberikan hadiah RM200 kepada sesiapa yang memulangkan dompetnya yang hilang. Didi menjumpai dompet tersebut dan memulangkannya kepada Umi. Tindakan Didi memulangkan dompet itu adalah satu balasan tersempurna di pihak Didi dan Umi perlu mengotakan janjinya untuk membayar RM200.

BALASAN • Balasan Lampau (Past Consideration) Balasan / perbuatan yang sudahpun dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. • Contoh: Vee telah menyelamatkan Jee daripada dilanggar oleh sebuah kereta. Jee kemudiannya berjanji akan memberikan Vee sebuah televisyen sebagai ganjaran. Perbuatan Vee menyelamatkan Jee adalah balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum Jee membuat janji.

BALASAN Balasan Lampau S.2(d) AK 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. S.2(d) merujuk kepada perbuatan yang telah dilakukan atas kehendak pembuat janji sebelum sesuatu janji itu dibuat.

BALASAN Balasan Lampau (Kes Mahkamah) Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schmidt & Majorie Schmidt Schmidt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ltd dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana syarikat bersetuju membayar Schmidt, 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah diberikan oleh Schmidt bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi khidmatkhidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan Schmidt membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.

BALASAN Balasan Lampau (Kes Mahkamah) Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schmidt & Majorie Schmidt Keputusan Mahkamah Tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum ditubuhkan dan syarikat tidak terikat untuk membayar khidmat yang diberi sebelum tarikh penubuhannya. Namun begitu, bagi khidmat yang dilakukan selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum perjanjian dibuatboleh menjadi balasan yang sah walaupun hal itu adalah perbuatan yang telah lepas.

BALASAN Kes Lain Balasan Lampau Lampleigh lwn Brathwait (1615) Defendan yang telah dijatuhi hukuman mati, meminta bantuan plaintif untuk mendapatkan pengampunan daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan. Plaintif berusaha sedaya upayanya, berulang alik dari New Market ke London dengan belanjanya sendiri dan akhirnya berjaya memperoleh pengampunan bagi defendan. Defendan kemudiannya berjanji akan membayar £100 kepada plaintif, tetapi gagal membayar. Plaintif menyaman defendan.

BALASAN Keputusan Mahkamah Walaupun janji itu dibuat berdasarkan kepada balasan lampau daripada plaintif, tetapi kerana perbuatan itu dilakukan atas kehendak defendan, maka wujud kontrak yang sah. Defendan terikat untuk menunaikan janjinya itu.

BALASAN Peraturan Berkenaan Balasan 1. Balasan mesti mempunyai nilai tidak perlu mencukupi (consideration must be sufficient but need not be adequate) 2. Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji 3. Balasan mesti balasan yang sah 4. Balasan tidak boleh samar-samar / kabur 5. Balasan mesti boleh dilaksanakan

BALASAN 1.

Kecukupan Balasan Balasan tidak semestinya mencukupi atau berpadanan. Ini bermakna sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga atau mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji. (S.26 AK 1950)

BALASAN Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah) Phang Swee Kim Lwn Beh I Hock (1964) MLJ 383 Fakta Kes: Responden telah bersetuju secara lisan untuk memindah hak milik tanah kepada perayu dengan harga RM500. Walau bagaimanapun, responden kemudiannya enggan memindah hak milik tanah tersebut atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak boleh dikuatkuasakan sebagai satu kontrak yang sah disebabkan ketakberpadaan balasan

BALASAN Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah) Phang Swee Kim Lwn Beh I Hock (1964) Keputusan Mahkamah: Kegagalan responden membuktikan bahawa kerelaannya tidak diberi secara bebas menjadikan kontrak tersebut sah walaupun balasan yang diberikan tidak berpadanan.

BALASAN Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah) Kes Lain: Chappell & Co. Lwn Nestle (1960) Isu: Sama ada pembalut coklat merupakan satu balasan yang sah Keputusan Mahkamah: Ianya merupakan satu balasan yang sah

BALASAN Balasan dari Pihak Ketiga S.2 (d) AK 1950: “Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”

BALASAN • Balasan dari Pihak Ketiga • “Sesiapa sahaja” bermaksud balasan boleh datang dari pihak ketiga • Ini berbeza dengan undang-undang Inggeris yang mengatakan balasan perlu datang dari penerima janji (promisee)

BALASAN Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah) Venkata Chinnaya lwn Verikatara Ma’ya A mempunyai seorang anak perempuan, B dan seorang adik perempuan, C. A membuat tawaran kepada B di mana A akan memindahkan hartanya kepada B dan B perlu memberikan C sejumlah wang setiap tahun. B bersetuju untuk memberikan C sejumlah wang setiap tahun. B kemudian enggan memberikan wang tersebut dengan alasan beliau (B) tidak mendapat apa-apa balasan daripada C

BALASAN Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah) Venkata Chinnaya lwn Ramayya (1882) Keputusan Mahkamah: Balasan diperolehi daripada A kepada B. Maka B perlu membayar wang tersebut kepada C

BALASAN Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah) Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966) Fakta Kes: Defendan berhutang dengan plaintif sebanyak RM8,869.94. Untuk melangsaikan hutang ayah nya, anak defendan telah menawarkan cek berjumlah RM4000.00 sebagai bayaran penuh hutang ayahnya. Plaintif telah bertindak menunaikan cek tersebut

BALASAN Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah) Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966) Keputusan Mahkamah: Tindakan plaintif menunaikan cek tersebut dianggap persetujuan daripada pihak plaintif.

BALASAN Balasan mestilah balasan yang sah • Balasan yang tidak sah menyebabkan kontrak itu batal • S.24 AK 1950: Balasan / tujuan sesuatu perjanjian itu tidak sah jika: i. Dilarang oleh undang-undang ii. Bersifat mengecewakan peruntukan undangundang iii. Merupakan fraud iv. Mendatangkan bencana kepada diri atau orang lain v. Tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam

BALASAN Balasan tidak boleh kabur / samar-samar • Kes: Scammel & Nephew Lwn Ouston (1941) • Fakta Kes: Ouston memesan sebuah van daripada S dan menganggap baki harga belian van itu boleh dibayar secara sewa beli untuk tempoh 2 tahun. • Keputusan Mahkamah: “dibayar secara sewa beli” adalah bentuk balasan yang tidak jelas

BALASAN Balasan mestilah sesuatu yang boleh dilaksanakan • Suatu janji untuk melakukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, tidak mewujudkan balasan.

BALASAN Perjanjian Tanpa Balasan Perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah (S.26 AK 1950) kecuali untuk keadaan: 1. Perjanjian dibuat atas dasar kasih sayang 2. Perjanjian untuk memberi pampasan untuk kerja yang dibuat secara sukarela 3. Perjanjian memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi undang-undang 4. Perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas oleh statut

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK NIAT UNTUK BERKONTRAK

NIAT UNTUK BERKONTRAK • Perjanjian akan menjadi kontrak jika wujud niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang • S.2(a) dan S.2(d): Frasa “dengan maksud” • Maksud Niat: Kesediaan setiap pihak untuk menerima kesan dari segi undang-undang sekiranya mana-mana pihak gagal untuk melaksanakan kontraknya

NIAT UNTUK BERKONTRAK Penentuan niat untuk berkontrak 1. perjanjian dibentuk dengan niat untuk mengadakan hubungan perniagaan atau perdagangan yang mengikat disisi undangundang. 2. Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial yang mana pihak terlibat tiada niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Edwards lwn Skyways Ltd (1964) 1 WLR 349 Fakta Kes Defendan telah memberhentikan plaintif, salah seorang juruterbang mereka dan berjanji untuk membayar kesemua juruterbang yang diberhentikan satu jumlah ex gratia. Defendan kemudiannya enggan membuat bayaran disebabkan jumlah juruterbang yang diberhentikan begitu tinggi. Plaintif membuat tuntutan ganti rugi kerana pecah kontrak terhadap defendan. Defendan mengatakan bahawa perkataan ex gratia menunjukkan tidak adanya niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undangundang.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Edwards lwn Skyways Ltd (1964) 1 WLR 349 Keputusan Mahkamah Janji defendan boleh dikuatkuasakan. Penggunaan perkataan ex gratia dalam perjanjian tidak semestinya bermakna perjanjian itu tidak diniatkan untuk mempunyai hubungan undang-undang. Memandangkan perjanjian ini merupakan perjanjian perniagaan, beban untuk menyangkal andaian bahawa wujudnya niat adalah terletak di bahu defendan. Defendan gagal untuk melangsaikan beban ini.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Balfour lwn Balfour (1919) 2 KB 571 Fakta Kes: Si suami bekerja di Ceylon. Semasa cuti, si suami dan isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya kembali ke Ceylon tetapi isterinya terpaksa tinggal di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi kepada isterinya £30 sebulan sebagai saraan sehingga dia kembali semula ke England. Si suami gagal memenuhi janjinya dan isterinya menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Balfour lwn Balfour (1919) 2 KB 571 Keputusan Mahkamah: Tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian di antara kedua-dua pihak adalah berbentuk kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang-undang

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760 Fakta Kes: Suami isteri berselisih faham dan si suami meninggalkan rumah yang dibeli bersama-sama isterinya untuk tinggal bersama wanita lain. Rumah itu masih dalam gadaian kepada syarikat gadaian harta. Si isteri telah bertemu suaminya dan hasil perbincangan, si suami bersetuju membayar £40 sebulan kepada isteri. Sebahagian wang itu hendaklah digunakan untuk menjelaskan baki bayaran ansuran gadaian.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760 Fakta Kes: Si suami bersetuju untuk menyerahkan rumah tersebut kepada isterinya sebagai pemilik tunggal sebaik sahaja semua ansuran gadaian diselesaikan. Janji suami ini telah ditulis di atas sekeping kertas. Walau bagaimanapun, setelah semua ansuran diselesaikan, si suami enggan menepati janji.

NIAT UNTUK BERKONTRAK Kes Mahkamah (berkenaan niat) Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760 Keputusan Mahkamah: Perjanjian yang dimasuki di antara suami isteri boleh dikuatkuasakan memandangkan semasa perjanjian itu dibuat, kedua-duanya sudah tidak sehaluan dan tinggal berasingan dan perjanjian tersebut telah dibuat secara bertulis.

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK KENTENTUAN (CERTAINTY)

KETENTUAN Maksud Ketentuan: Kontrak yang dimasuki perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak samarsamar) Seksyen 30 AK 1950: Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal.

KETENTUAN Ketentuan dari sudut: 1. Bahasa yang samar-samar / tidak jelas 2. Perjanjian tidak tepat merujuk kepada perkara yang ingin diurusniagakan / tidak mencapai persetujuan tentang perkara pokok dalam perjanjian

KETENTUAN Kes Mahkamah: Karuppan Chetty Lwn Suah Thian (1916) 1 FMSLR 300 • Satu perjanjian dibuat berkenaan dengan sewaan rumah dengan kadar sewaan RM35.00 sebulan untuk tempoh ‘selama mana yang dia suka’. - Tiada ketentuan dalam perjanjian tersebut. Tidak wujud kontrak

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK)

KEUPAYAAN BERKONTRAK • Keupayaan merujuk kepada kebolehan mengetahui dan memahami implikasi atau kesan kontrak ke atas mereka. Undang-undang mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak mestilah berupaya untuk memasuki kontrak. Menurut seksyen 11 AK1950, seseorang yang layak membuat kontrak mestilah seorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak. (S. 11 AK 1950)

KEUPAYAAN BERKONTRAK Dewasa Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang dikatakan sebagai dewasa apabila mencapai umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki kontrak seseorang itu perlu berusia 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, Akta Umur Dewasa tidak merangkumi perkara-perkara berikut:-

KEUPAYAAN BERKONTRAK 1. Perkahwinan, pembahagian harta dan pengambilan anak angkat 2. Agama dan upacara keagamaan 3. Keperluan hidup 4. Sebarang undang-undang bertulis yang menentukan had umur dewasa

KEUPAYAAN BERKONTRAK Dewasa (Kes Mahkamah) Mohari Bibee lwn Dharmodas Ghose (1903) 30 Cal. 539 FaktaKes: (Rujuk nota) Kes: Tan Hee Juan lwn The Boon Keat (1934) MLJ 96 Plaintif merupakan remaja bawah umur yang telah menukar tanah hak miliknya kepada defendan. Plaintif kemudian, melalui wakilnya memohon kepada mahkamah untuk membatalkan transaksi tersebut.

KEUPAYAAN BERKONTRAK Dewasa (Kes Mahkamah) Kes Lain: 1. Rajeswari & Anor lwn Balakrisnan – kontrak perkahwinan melibatkan minor (remaja bawah umur) 2. Government of Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors (Kontrak keperluan hidup)

KEUPAYAAN BERKONTRAK Berakal Sempurna Seksyen 12(1) AK 1950 Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk membuat kontrak, jika pada masa membuat kontrak itu, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya & berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya

KEUPAYAAN BERKONTRAK Berakal Sempurna Seksyen 12(2) AK 1950 Seseorang yang lazim tidak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila dia berakal sempurna

KEUPAYAAN BERKONTRAK Berakal Sempurna Seksyen 12(3) AK 1950 Seseorang yang lazim berakal sempurna, tetapi sekali sekala tidak berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak bila dia tidak berakal sempurna

KEUPAYAAN BERKONTRAK Berakal Sempurna (Kes Mahkamah) Mathews lwn Baxter (1873) LR 8 Exch 132 Fakta Kes: Defendan memenangi bidaan untuk membeli tanah dan rumah ketika dalam keadaan mabuk tetapi kemudiannya menandatangani bidaan tersebut ketika dalam keadaan tidak mabuk. Dia kemudiannya enggan meneruskan transaksi tersebut

KEUPAYAAN BERKONTRAK Berakal Sempurna (Kes Mahkamah) Mathews lwn Baxter (1873) LR 8 Exch 132 Keputusan Mahkamah: Dia terikat untuk meneruskan transaksi tersebut kerana pada masa dia menandatangani transaksi tersebut, dia berada dalam keadaan waras

KEUPAYAAN BERKONTRAK Tidak Hilang Kelayakan untuk Berkontrak Hilang kelayakan bermaksud dihalang oleh mana-mana undang-undang untuk berkontrak: Contoh: Bankrap / dipenjara

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK KERELAAN BEBAS)

KERELAAN BEBAS S.10 (1) AK 1950: Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.

KERELAAN BEBAS S.13 AK 1950: Dua orang atau lebih boleh dikatakan berkerelaan apabila mereka bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama.

KERELAAN BEBAS S.14 AK 1950: Kerelaan adalah dikatakan bebas apabila tidak disebabkan oleh: 1. Paksaan 2. Pengaruh tidak berpatutan 3. Tipuan 4. Salahnyataan 5. khilaf

KERELAAN BEBAS Paksaan S.15 AK 1950: Paksaan ialah melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat suatu perjanjian.

KERELAAN BEBAS Paksaan (Kes Mahkamah) Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa Chetiar (1954) MLJ 119. Fakta Kes Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu, satu pindah milik harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan dengan kehadiran dua tentera jepun. Perintah Sultan itu dilakukan atas paksaan dua orang pegawai tentera Jepun. Keputusan Mahkamah: Kontrak batal kerana ketiadaan kerelaan bebas

KERELAAN BEBAS Paksaan (Kes Mahkamah) Kes-kes lain: 1. Chin Nam Bee Development Sdn. Bhd lwn Tai Kim Choo & 4 ors 2. Kaufman lwn Gerson

KERELAAN BEBAS Pengaruh Tidak Berpatutan / Tidak Wajar Seksyen 16(1) AK 1950: • Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan

• Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil

KERELAAN BEBAS Bagaimana Membuktikan Kewujudan Unsur Pengaruh Tidak Berpatutan? • 2 komponen dalam S. 16(1) perlu dipenuhi: 1. “Dalam kedudukan menguasai” 2. “Menggunakan kedudukan itu” • Sila rujuk huraian dalam S. 16(2) AK 1950

KERELAAN BEBAS • Kes: Inche Noriah lwn Shaik Alice Omar (1929) AC 127 Fakta Kes: Seorang wanita tua dan uzur telah dijaga dan diuruskan oleh anak saudaranya. Segala urusan harta, perbelanjaan dan kewangan diuruskan oleh oleh anak saudaranya itu. Wanita itu telah membuat satu kontrak penjualan tanah kepada anak saudaranya dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Namun, pewaris wanita itu telah mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan kontrak tersebut.

KERELAAN BEBAS • Kes: Inche Noriah lwn Shaik Alice Omar (1929) AC 127 Keputusan Mahkamah: Mahkamah menganggap fakta-fakta kes itu menunjukkan wanita itu telah dipengaruhi secara tidak wajar, maka kontrak tersebut adalah boleh batal atas pilihan pewaris wanita itu.

KERELAAN BEBAS Pengaruh Tidak Berpatutan / Tidak Wajar Kes-Kes lain: 1. Chait Singh lwn Budin Bin Abdullah 2. Datuk Jaginder Singh & Ors lwn Tara Rajaratnam 3. Tate lwn Williamson

KERELAAN BEBAS Tipuan (Fraud) Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya. • Menyarankan sesuatu fakta / • Menyembunyikan sesuatu fakta / • Membuat janji tanpa niat untuk menepati janji / • Melakukan mana-mana perbuatan memperdaya atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai penipuan

KERELAAN BEBAS Tipuan (Fraud) (Kes Mahkamah) Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering Sdn. Bhd & Anor Perayu telah mendakwa bahawa satu salah nyataan tipu muslihat telah dikenakan terhadapnya semasa dia memasuki perjanjian sewa beli dan dia berhasrat untuk membatalkan perjanjian tersebut. Keputusan Mahkamah KM: Tidak timbul apa-apa kewajipan di pihak responden pertama (peniaga) untuk memaklumkan kepada perayu tahun mesin tersebut dibuat dan hakikat bahawa mesin tersebut telah terbabit dalam kemalangan kecil sebelum ini. Tindakan responden pertama tidak memberitahu perayu tidak dianggap sebagai cuba menipu perayu ataupun mengakibatkan perayu memasuki perjanjian sewa beli tersebut.

KERELAAN BEBAS Salahnyataan Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyata adalah satu ketegasan positif, dengan cara yang tidak dibenarkan tentang sesuatu perkara yang tidak benar. Penyataan yang dibuat telah menyebabkan pihak lain membuat kesilapan. Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

KERELAAN BEBAS Salahnyataan (Kes Mahkamah) With lwn O’Flanagan Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima bulan kemudian, pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli firma tersebut.

KERELAAN BEBAS Salahnyataan (Kes Mahkamah) Keputusan Mahkamah: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan kontrak tersebut disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya yang sebenar.

KERELAAN BEBAS Salahnyataan (Kes Mahkamah) Bisset lwn Wilkinson Bisset yang berhasrat untuk menjual ladangnya kepada Wilkinson, telah menyatakan bahawa ladangnya itu mampu menampung biri-biri sehingga 2,000 ekor. Kedua-duanya tahu bahawa ladang itu tidak pernah digunakan untuk menternak kambing biri-biri. Wilkinson membeli ladang tersebut tetapi kemudiannya mendapati ladang itu tidak boleh menampung sebanyak 2,000 ekor biri-biri seperti yang telah dinyatakan oleh Bisset.

KERELAAN BEBAS Salahnyataan (Kes Mahkamah) Keputusan Mahkamah • Kenyataan Bisset itu hanyalah pendapat beliau sahaja dan ia tidak boleh menjadi salah nyata walaupun pendapat yang diberikan itu adalah salah. • Bisset bukannya seorang penternak biri-biri

KERELAAN BEBAS Khilaf Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian adalah batal. Kesilapan-kesilapan tersebut adalah: • Silap fakta tentang pengenalan perkara pokok dalam kontrak • Silap fakta tentang kewujudan perkara pokok dalam kontrak • Silap fakta tentang pengenalan pihak yang satu lagi • Silap fakta tentang perkara pokok • Silap fakta tentang bentuk dokumen

KERELAAN BEBAS Khilaf (Kes Mahkamah) Raffles lwn Wichelhaus Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut akan dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’ yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember.

KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal berkenaan.

OBJEK YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG Kontrak itu tidak dibenarkan oleh undang-undang jika kontrak itu: • Dilarang oleh undang-undang • Akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang • Merupakan fraud • Mendatangkan bencana kepada diri atau harta orang lain • Tidak bermoral atau bertentangan dengan polisi awam

FORMALITI • Cara bagaimana kontrak itu dipersetujui oleh pihak yang berkontrak. • Jika ada peruntukan undang-undang yang mengkehendaki sesuatu kontrak dilakukan secara bertulis, maka ianya mestilah diwujudkan dalam bentuk tulisan untuk menjadikan ianya kontrak yang sah. • Contohnya kontrak sewa beli, kontrak pembinaan dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh undangundang.

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN KONTRAK BOLEH BATAL, BATAL DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Maksud Kontrak Boleh Batal • Kontrak yang pada asasnya sah tetapi boleh dibatalkan oleh pihak yang berkontrak jika pihak tersebut dapat membuktikan ketiadaan kerelaan bebas ketika pihak itu memberi persetujuan dalam kontrak tersebut.

Faktor yang boleh membatalkan kontrak Sesuatu kontrak yang sah boleh dibatalkan oleh pihak yang terlibat jika dia dapat membuktikan kepada mahkamah terdapat unsur-unsur berikut semasa kontrak dilakukan: 1. Paksaan 2. Pengaruh tidak berpatutan 3. Tipuan (Fraud) 4. Salahnyataan (Misrepresentation) 5. Khilaf (Mistakes)

Maksud Kontrak Batal • Kontrak batal ditakrifkan sebagai kontrak yang tidak sah mengikut undang-undang . Kontrak ini tidak boleh diteruskan dan mesti dibatalkan. Seksyen 2(g) AK 1950 menyebut bahawa satu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah terbatal. • Sebab batal – tidak cukup elemen kontrak / menyalahi undang-undang / tidak bermoral

DBF 2143 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN KANDUNGAN DAN TERMA KONTRAK

L’Estrange lwn Graucob Ltd (1934) L’Estrange, berkontrak untuk membeli mesin slot rokok daripada defendan, Graucob, dan dalam perjanjian itu terdapat klausa yang menyatakan ‘Saya bersetuju membeli mesin slot yang dinyatakan di atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan. Mana-mana syarat dan waranti tersirat atau peraturan yang tidak dinyatakan di sini adalah tidak termasuk dalam perjanjian ini’. Mesin slot tersebut tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dan plaintif mendakwa defendan telah melanggar Akta Jualan Barang dengan menjual barang yang tidak mempunyai kualiti boleh niaga. Defendan berhujah yang statut tersebut tidak lagi relevan kerana ianya telah dinyatakan dalam kontrak. Plaintif mendakwa yang dia telah terlepas pandang klausa tersebut kerana tidak membaca syarat tersebut dengan berhati-hati •

Isu Perundangan: • Adakah klausa yang memansuhkan syarat dan waranti tersirat yang ditetapkan oleh undangundang (statut) sah dan mengikat? • Adakah defendan telah melanggar AJB? Keputusan Mahkamah Klausa tersebut sah dan mengikat dan defendan tidak dianggap melanggar syarat tersirat dalam Akta Jualan Barang

Soalan Ali telah menawarkan kepada Abu untuk menjual rumahnya dengan harga RM 100,000. Abu meminta supaya harga tersebut dikurangkan kepada RM 85,000. Ali tidak memberi apa-apa jawapan. Pada keesokan harinya, Abu menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut pada harga yang diminta oleh Ali iaitu RM 100,000 tetapi dia mendapati Ali telah menjual rumah tersebut kepada Aki. Abu kemudiannya mengambil tindakan mahkamah terhadap Ali kerana beliau mendakwa Ali telah memungkiri kontrak yang telah dipersetujui. Nasihati Ali

Kandungan Jawapan 1. Mengenal pasti isu perundangan 2. Menyatakan & menghuraikan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan kes 3. Menyatakan & menghuraikan kes mahkamah yang berkaitan dengan kes yang diberi 4. Menghuraikan penyelesaian kes yang diberi

Jawapan Isu Perundangan 1. Adakah wujud kontrak yang sah di antara Ali dan Abu? 2. Adakah berlaku perlanggaran kontrak oleh Ali dalam kes ini? 3. Adakah penerimaan yang dibuat oleh Abu merupakan penerimaan yang sah?

Jawapan Huraian Statut (Peruntukan Perundangan) 1. Penamatan tawaran – S.6(c) AK 1950 “Sesuatu cadangan adalah dibatalkan atas kemungkiran penerima untuk memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan” 2. Syarat penerimaan – S.7(a) AK 1950 “Untuk menjadikan suatu cadangan itu suatu janji, maka penerimaan itu mesti mutlak dan tidak bersyarat”

Jawapan Kes Mahkamah: Hyde Lwn Wrench (1940) Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual tanahnya dengan harga £1,000. Pada 27 Jun, plaintif bersetuju membeli tetapi dengan harga £950. Defendan telah menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu £1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif. Plaintif bertindak mengambil tindakan mahkamah terhadap defendan atas dasar pelanggaran kontrak Keputusan Mahkamah Tiada kontrak yang sah wujud di antara plaintif dan defendan kerana plaintif telah membuat tawaran balas yang menamatkan tawaran asal.

Jawapan Huraian jawapan kepada kes 1. Tiada kontrak wujud antara Ali dan Abu 2. Tawaran Ali tamat apabila Abu membuat tawaran balas dengan mengemukakan harga lain iaitu RM 85,000 3. Tindakan Ali berdiam diri bukan penerimaan yang sah kepada tawaran 4. Penerimaan Abu tidak sah kerana telah melanggar syarat tawaran