Data Loading...
UNSUR UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM Flipbook PDF
UNSUR UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
102 Views
53 Downloads
FLIP PDF 1.33MB
JABATAN PERDAGANGAN DUA 6022 KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH: PN SHARIFAH NUR BINTI ABU
JSJSJS
TEMA: UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM (E-MAJALAH)
NAMA PELAJAR
NO MATRIKS
MUHAMMAD YUSZAMRI BIN MOHD YASIN
14DAT17F1803
MUHAMMAD HAFIEZ BIN ZULKIFLI
14DAT17F2039
MUHAMMAD SAUFI AMEER BIN MOHD FUZI
14DAT17F2027
MUHAMMAD SHAZWAN ASHRAF BIN MOHD SHAZALI
14DAT17F2035
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
KATA-KATA EDITOR
PENGENALAN
BENTUK BENTUK AMALAN KHURAFAT
ISU
AKIBAT DARIPADA FILEM BERUNSURKAN KHURAFAT
CARA PENYELESAIAN
KESIMPULAN
UMMAH UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
ISU FILEM BERUNSURKAN KHURAFAT
KHURAFAT
Memakai baju ada tanda salib death note ke masjid
(Qs. al-Maidah: 35)
Bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
KATAKATA EDITOR
SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA TERHASILLAH E-MAJALAH INI KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU. SETINGGITINGGI PENGHARGAAN KEPADA PUAN SHARIFAH NUR BINTI ABU SEBAGAI PENSYARAH KURSUS KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM YANG BANYAK MEMBANTU DALAM MENGHASILKAN EMAJALAH INI. TIDAK LUPA JUGA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG SEDAYA UPAYA MEMBANTU DALAM PENGHASILAN E-MAJALAH YANG BERMANFAAT INI. EMAJALAH INI ADALAH UNTUK MELENGKAPKAN TUGASAN 2 BAGI SUBJEK INI. SEGALA INFO DAN MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM NASKAH INI TELAH DI SEMAK AKAN KESAHIHANNYA AKAN TETAPI TERDAPAT JUGA KARAKTER ATAU ADENGAN YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI. SEKIAN TERIMA KASIH, SELAMAT MEMBACA.
PERNAHKAH ANDA?
Anda pernah mendengar perkataan khurafat?
Anda pernah menonton filem-filem yang berunsurkan khurafat?
Khurafat dari segi bahasa membawa maksud dongeng, lagenda, cerita bohong, kepercayaan dan cerita yang tidak masuk akal atau akidah yang tidak benar.
Dari segi istilah pula, khurafat menunjukkan sesuatu kepercayaan, keyakinan, pandangan dan ajaran yang tidak melebihi dasar agama atau boleh diperkatakan terkeluar daripada kepercayaan yang sebenar iaitu Tuhan yang Esa.
MAKSUD KHURAFAT
• Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, • Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersembah dan membuat ancak.
'' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).“
Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah S.A.W kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam
• Memuja objek-objek tertentu seperti roh nenek moyang, kubur yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh. • Kepercayaan kepada bertambah atau berkurang rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau ,makhluk tertentu.
BENTUK – BENTUK AMALAN KHURAFAT
• Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar. • Kepercayaan kepada petanda dan pantang larang contohnya tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial dan bala. • Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok, kayu dan haiwan tertentu. • Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini petanda akan terjadi penggulingan pimpinan Negara. • Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki. • Mendapat barakah dengan mencucup tangan para ulama. Demikian itu dikerjakan dengan kepercayaan bahawa berkah Allah kepada ulama itu akan berlimpah kepadanya.
ISU • Filem “Hantu Bonceng” yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonnya Ziza Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “ Ashaduanna Muhammadar Syaitan”, ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan merasuk.
• Selain itu terdapat juga babak dalam filem “Maut” ya ng memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang akan berlaku adalah benarbenar seperti yang digambarkan.
MANTRA • Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. • Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayatayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syaratsyarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi. • Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
(Qs. al-Maidah: 35)
ْ ل ْ َة ِإلَي ِْه َوابت َُغ َّ َْْ وا الّل َ ال َو ِسي ات ُق ْوا آ َم ُن ْوا ا َّل ِذي َْن َ أ ي َها َيا “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya….”
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
AKIBAT DARIPADA PENGHASILAN FILEM YANG BERUNSURKA N KHURAFAT
• Akibat daripada penghasilan filem tersebut ialah boleh menyebabkan akidah seseorang itu rosak . sudah menjadi lumrah, kita sebagai manusia pasti akan mudah terpengaruh dengan perkaraperkara negatif jika tidak dikawal dengan akal dan iman. Perkara ini sangat membimbangkan lagi kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa,remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya.
Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakukan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu nyang direka sematamata menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantuhantu rekaan tersebut melebihi Allah SWT. Oleh yang demikian, ibu bapa sememangnya perlu mengawal dan memantau anakanak daripada menonton filemfilem yang boleh merosakkan akidah dan sekaligus terpengaruh dengan filem tersebut.
Dalam pada itu, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawabawa ke dalam kehidupan seharian. Contohnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, anak-anak pula takut ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara sebegini tidak seharusnya dibiarkan dan perlu ditangani segera.
CARA PENYELESAIAN DAN PENGAWASAN FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT • Tindakan pertama sekali perlulah diberikan kepada pihak yang berkuasa iaitu Suruhanjaya Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam membuat pemantauan dan pengawalan terhadap filem-filem yang berunsurkan khurafat dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Mereka perlu memastikan filem-filem yang dikeluarkan di Malaysia menepati piawaian yang ditetapkan dalam akta yang telah disabitkan. Filem yang dihasilkan juga perlulah ditapis dan dikaji selidik terlebih dahulu secara jelas oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS).
Seterusnya, penerbit dan pengarah filem itu sendiri perlu sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa dalam penghasilan filem. Penerbit perlulah meletakkan syarat-syarat bagi kanak-kanak di bawah umur perlu mendapat pengawasan ibu bapa bagi menonton filem tersebut.
Para pendakwah juga mempunyai peranan untuk memberi penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang.
Akhir sekali, masyarakat juga perlu prihatin dan bersifat tegas serta memandang serius terhadap penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini. Jika terdapat unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak yang berkuasa.
KESIMPULAN
Kita sebagai umat Islam perlulah mengambil serius terhadap perkara sebegini supaya kita tidak jatuh syirik kepada Allah SWT. Mempercayai sesuatu yang tahyul boleh jatuh syirik kepada Allah kerana kita menduakan Tuhan yang Esa. Syirik merupakan satu dosa besar kerana kita lebih mempercayai perkara karut melebihi Allah iaitu Sang Pencipta sekelian alam ini. Jadi, kita perlu mencegah perbuatan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika tidak mampu mencegah, kita boleh membencinya dengan sesungguhnya ia selemahlemah iman.
RUJUKAN
• https://nenasintelli gent06.wordpress. com/unsur-unsurkhurafat-dalamfilem/ • http://teen96liner.b logspot.com/2017/0 3/unsur-unsurkhurafat-dalamfilem.html • Buku komunikasi dan penyiaran dalam islam.
SEKIAN,
Terima Kasih kerana membaca!