Data Loading...
WEEK 08 Rendah Atas 26 Februari Flipbook PDF
WEEK 08 Rendah Atas 26 Februari
128 Views
23 Downloads
FLIP PDF 959.68KB
Pendidikan Jasmani Rendah Atas Tajuk: Asas Lompatan Sabtu, 26hb Februari 2022 10:00 – 11:00 pagi Disediakan oleh: Cikgu Amal Naqibah Ahmad
Guru Pendidikan Jasmani SR Keriam Tutong
Objektif Pengajaran
Melakukan lompatan bergerak (ke hadapan) menggunakan kedua belah kaki serta mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki sebanyak 5 kali.
Apa itu Lompatan? Gerakan meloncat untuk mencapai jarak yang terjauh atau tertinggi.
Ia memberi peluang kepada murid untuk mencabar kebolehan diri sendiri melakukan kemahiran asas melompat pada jarak yang lebih jauh atau lebih tinggi.
Contoh – contoh Lompatan Lompat menggunakan satu kaki Lompat menggunakan dua kaki Lompat bintang …….? …….?
Dapatkah kamu berikan cikgu contoh lain untuk pergerakan lompatan?
Apakah Aktiviti Lompatan Yang Akan Kita Pelajari Hari Ini? 2. Melompat bergerak dua belah kaki serta mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki.
Pengalaman sedia ada: murid pernah melakukan aktiviti melompat sebelah kaki semasa bermain di rumah ataupun di sekolah.
Cara-caranya: 1. Murid berdiri dengan dua belah kaki dalam keadaan statik (tidak bergerak/tidak aktif)
2. Hayunkan tangan 3. Lakukan lompatan menggunakan dua belah kaki 4. Kemudian mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut dibengkokkan sedikit *sila lihat tayangan video yang dihantar oleh guru melalui aplikasi Whatsapp.
AKTIVITI HARI INI
Murid akan membuat aktiviti: Lompatan dua kaki dan mendarat menggunakan dua belah kaki sebanyak 5 kali.
HANTAR RAKAMAN PENDEK MELALUI WHATSAPP KEPADA GURU SECARA PERIBADI (+6738797929 Cikgu Amal)
PENGHANTARAN VIDEO TIDAK LEWAT 04 MAC 2022, JAM 8 MALAM.
PERSEDIAAN SEBELUM MELAKUKAN AKTIVITI 1. GUNA PAKAIAN SESUAI (DILARANG MENGGUNAKAN SELUAR PENDEK/BERBAJU SINGLET) 2. PASTIKAN KAWASAN SESUAI DAN SELAMAT
3. BADAN SIHAT DAN PANASKAN BADAN SEBELUM MELAKUKAN AKTIVITI
4. LAKUKAN AKTIVITI DENGAN PENGAWASAN IBUBAPA ATAU ORANG YANG LEBIH DEWASA.
SELAMAT MENCUBA MURID-MURID!