Data Loading...
WEEK 12 Rendah Atas 26 Mac Flipbook PDF
WEEK 12 Rendah Atas 26 Mac
163 Views
45 Downloads
FLIP PDF 960KB
PENDIDIKAN JASMANI RENDAH ATAS TAHUN 4, 5 & 6
TAJUK : NUTRIEN DALAM MAKANAN Sabtu, 26hb Mac 2022 10:00 – 11:00 pagi Disediakan Oleh: Cikgu Amal Naqibah Ahmad Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Keriam Tutong, Kluster 5
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid dapat mengenal jenis-jenis khasiat yang diperlukan oleh badan. Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis makanan yang mengandungi nutrien.
Membuat piramid makanan berdasarkan nutrien makanan
PENGENALAN Nutrien ialah zat makanan yang diperlukan tubuh kita untuk tumbesaran.
Pengambilan nutrien yang mencukupi daripada pelbagai jenis makanan akan membuatkan kita:
Badan sihat. Dapat menjalankan aktiviti harian Tidak mudah berasa letih. Pertumbuhan tubuh tidak terganggu.
PENGENALAN Setiap makanan yang kita makan mengandungi nutrien.
Terdapat pelbagai nutrien di dalam makanan kita dan setiap nutrien mempunyai zat dan fungsi yang berbeza terhadap tubuh badan kita. Antara nutrien yang ada dalam makanan adalah: Karbohidrat Protein Vitamin dan Mineral Lemak
MARI MENGENAL KEPENTINGAN NUTRIEN DI DALAM MAKANAN
KARBOHIDRAT ■ Membekalkan keperluan tenaga seharian. ■ Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. ■ Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.
CONTOH KARBOHIDRAT
PROTEIN ■ Kepentingan: Untuk pertumbuhan dan perkembangan otot. Meningkatkan metabolisme.
Metabolisme ialah proses kecepatan tubuh dalam mencerna dan menyerap makanan untuk diubah menjadi tenaga. ■ Sumber protein lain seperti kekacang, tempe, biji-bijian dan sayur hijau.
CONTOH PROTEIN
VITAMIN DAN MINERAL ■ Menyihatkan mata, kulit, rambut dan kuku. ■ Melancarkan penghadaman.
CONTOH VITAMIN DAN MINERAL
LEMAK ■ Membekalkan tenaga ■ Penebat haba (Lemak menjaga suhu badan kita supaya normal) ■ Melindungi organ dalaman
Ada lemak baik dan ada lemak tidak baik
CONTOH LEMAK TIDAK BAIK
CONTOH LEMAK BAIK
AIR KOSONG
■ Tiada kalori ■ Tiada bahan pengawet ■ Tiada perisa tambahan ■ Tiada pewarna
KEBAIKAN AIR KOSONG Melambatkan proses penuaan. Meningkatkan daya tahan tubuh.
Membakar lemak tubuh.
APA AKAN TERJADI JIKA KITA TIDAK MENDAPAT NUTRIEN YANG CUKUP?
PROJEK MURID MINGGU INI Hasilkan piramid makanan menggunakan manila kad mengikut kreativiti masing-masing. Kumpul maklumat mengenai piramid makanan melalui pelbagai sumber (internet, buku dan lain-lain) ataupun melalui slaid ini. Murid-murid bolehlah meminta pertolongan daripada ibubapa/penjaga.
PANDUAN PROJEK Hendaklah mengandungi 4 aras piramid makanan (karbohidrat, protein, vitamin & mineral dan lemak). Mesti ada gambar makanan serta nama makanan tersebut. Sertakan nama & kelas/Tahun semasa menghantar projek. Tarikh menghantar: Khamis 31hb Mac 2022 (semasa penghantaran HLP)