Data Loading...
WILAYAH_RESAH_MANUSKRIP Flipbook PDF
WILAYAH_RESAH_MANUSKRIP
148 Views
74 Downloads
FLIP PDF 941.57KB
1
WILAYAH RESAH
PROLOG
Kita mungkin pernah bertemu sebelum ini. Di stesen kereta api REL yang sesak dengan ribuan manusia; atau di jejantas, di mana ribuan pekerja bergerak dalam barisan untuk pulang ke Sarang. Mungkin kita berdua pernah berdiri di jejantas, merasa hangat cahaya matahari memanaskan muka dalam satu atau dua minit, dengan jarak antara kita berdua sejauh ukuran lengan terentang,
sebelum
bertentangan
dan
kita
meneruskan
akhirnya
ditelan
perjalanan
dalam
dewan-dewan
arah
yang
kilang
dan
terowong-terowong bercahaya tiruan, mentari yang disimpan dalam balang kaca.
Jim, Kisah kita adalah permulaan sebuah pengakhiran.
1
2
1
Dia dihimpit dari semua arah. Dia tidak boleh nampak apa yang ada di hadapannya. Pandangannya dikaburi air mata. Tekaknya kering bagai dipenuhi dengan asap. Dia tidak punya ruang untuk melepaskan diri daripada himpitan. Sekelilingnya dipenuhi hingar-bingar orang menjerit minta tolong. Dia tidak boleh bernafas. Seseorang menolaknya dari belakang dan dia kehilangan pautan pada permukaan tempat dia berdiri, lantas dia terjatuh. Jim membuka matanya. Mukanya dibasahi peluh. Dia tidur dalam keadaan terlangkup, dadanya menindih lantai konkrit kubikel tempat dia tinggal. Lapik tempat dia tidur adalah tikar senaman buruk diperbuat daripada getah yang dia kutip di kilang kitar semula. Kain selimut yang dia pakai terdampar di lantai. Jim bangkit dan duduk bersila. Igauan itu sangat jelas, tetapi Jim lega kerana dia tahu dalam masa beberapa minit lagi dia akan lupakannya, dan dia akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Tekaknya kering. Jim capai botol air yang terletak di tepi tempat tidurnya dan meneguk air sehingga botol itu kosong. Jim baling botol berlabel ‘Hidrat’ ke arah satu kotak yang berada di tepi pintu. Ia tepat masuk. Jim membaca gelang elektronik di pergelangan tangannya. Jam 5.30 pagi. Hari ini hari Ahad. Mulai malam ini, dia akan memulakan kerja pada syif malam untuk tempoh satu minggu. Syifnya akan bermula pada jam 7 malam, iaitu lebih kurang 13 belas 2
3
jam lagi. Tapi, Jim tahu mustahil dia akan boleh lelap selepas dia bangun dek mimpi ngeri. Jim lipat selimutnya dan gantungkan di bidai tingkap, dengan harapan cahaya matahari akan memanaskan selimut itu walaupun cuaca di Sarang selalunya gelap dan bergelora. Tikar senaman buruk tempat dia tidur dia gulung dan sandarkan di tepi dinding. Dua biji bantal Jim letakkan di tempat duduk kerusi bacaannya. Dia letakkan kerusi tersebut di bawah tingkap di mana cahaya matahari akan jatuh ke lantai. Jim sanggup membayar sewa unit kubikel yang mahal hanya untuk mendapatkan jarak pemandangan ke luar tingkap yang memberikannya pandangan langit, iaitu sebuah kubikel di blok paling hujung dalam kompleks Sarang 17. Sewanya seratus- peratus lebih mahal daripada sewa unit yang tidak berhadapan dengan blok lain dalam kompleks tersebut. Bagi Jim, tiada gunanya jika kubikel mempunyai tingkap jika pandangannya dihalang oleh blok sebelah? Apa gunanya kubikel yang ada tingkap jika dia tidak dapat melihat langit? Tetapi, tingkap unit kubikel Jim tidak sempurna. Langit yang dia beli hanya sedikit. Ia seluas tapak tangan sebelum pemandangannya diganggu oleh blok pertama yang tersergam dalam kompleks Sarang 18. Jim masuk ke dalam petak empat segi, petak dalam petak, iaitu tempat dia membersihkan diri. Dia renung mukanya di cermin dan nampak rantai berloket kunci yang tergantung di dadanya. Padanan wajahnya dengan rantai berloket kunci itu memberi identiti kepada Jim. Objek yang tergantung di lehernya itu adalah kunci kepada semua pintu penghubung terowong bawah tanah sistem REL Sarang. REL adalah singkatan kepada Rangkaian Ekonomi Lancar. Dalam percakapan penghuni Sarang, singkatan itu menjadi perkataan ‘rel’, yang membawa maksud landasan. Kereta api REL adalah nadi kepada
3
4
industri dalam Sarang. Dengan sistem REL, semua kompleks petempatan pekerja, dari Sarang 1 hingga ke Sarang 99, disambungkan ke pusat-pusat industri dalam Sarang. Kunci itu menjadi miliknya kerana Jim adalah penjaga stesen kereta api REL, salah seorang daripada sembilan ratus anggota yang menjaga keamanan dan kelancaran sembilan puluh sembilan stesen di seluruh Sarang. Kunci itu tidak pernah Jim tanggalkan daripada tengkuknya semenjak dia menjadi penjaga stesen kereta api REL sepuluh tahun lalu. Selesai membersihkan diri, Jim membancuh kopi panas tidak bergula sebelum mengenakan sehelai seluar kargo longgar dan kemeja lengan pendek. Selesai dia berpakaian adalah masa yang cukup untuk menjadikan sekole kopi itu turun suhunya untuk dia teguk. Jim masukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar. Kemudian, Jim pasang satu beg kecil di kiri dada. Dia kenakan sehelai jaket kalis hujan. Pandangan dari tingkap memperlihatkan langit yang gelap dengan tabir hujan. Awan gelap kelihatan berada nun jauh di Titiwangsa tapi Jim pasti ia akan sampai ke Sarang tidak lama lagi. Di dalam beg itu, Jim telah isikan satu botol air Hidrat dan sehelai sapu tangan. Jim juga masukkan satu naskhah Hikayat Iskandar Zulkarnain terbitan tahun 1965 yang telah dia selesaikan pembacaannya untuk dipulangkan ke kutubkhanah kecil yang diselenggara oleh Paman Teguh di kilang kitar semula. Setelah memastikan semua suis di dalam kubikel itu ditutup, Jim keluar daripada kediamannya dan memastikan pintu dikunci. Jim tidak mempunyai barang berharga yang boleh dicuri. Walaupun set permainan maya Integ tidak dia miliki, kubikel itu adalah tempat yang dia jaga kemas dan bersih. Jim tidak mahu tempat itu diceroboh, kerana itu sahaja harta yang dia ada. Ia ruang yang disewa, tetapi ia tetap miliknya. Kunci pintu kubikel itu dioperasikan
4
5
dengan pengesan cap jari apabila ia dibuka dari luar. Tetapi dari dalam, Jim memasang tiga selak keselamatan dan satu slot pengintai pintu. Jim menapak ke koridor di mana pintu-pintu kubikel lain berbaris di kiri dan kanannya, membentuk satu terowong panjang berbentuk empat persegi yang seolah-olah tidak berpenghujung. Pintu kubikel yang dihuni seorang pemuda yang hampir sebaya dengannya bernama Anas terbuka luas. Terdengar suara lunak Anas melaungkan azan Subuh. Beberapa orang lelaki tua dan muda berdedai masuk ke dalam kubikel yang dihuni oleh Anas. Jim menjengukkan kepala di ambang pintu kubikel tersebut. Anas telah selesai melaungkan azan Subuh dan sedang duduk bersila menunggu jemaah. Anas memandang ke arah pintu. Mereka berdua bertentang mata dan Jim mengangkat tangan. Anas membalas dengan anggukan sebelum Jim berlalu pergi. Betapa sempit kubikel penghuni Sarang yang solat jemaah diimamkan oleh Anas yang ia hanya boleh memuatkan lima belas ahli jemaah dalam ruang yang merupakan ruang tidur. Pada suatu ketika di mana mereka telah bertembung, Jim telah bertanya apakah kegiatan yang lelaki itu jalankan di dalam kubikelnya. Anas menceritakan kepadanya yang orang Islam boleh saja solat sendirian di kubikel masing-masing, tapi solat beramai-ramai itu membawa dua puluh tujuh kali ganda lebih kebaikan daripada solat bersendirian. Maka, bagi penganut agama Islam yang ingin menyertainya, Anas telah buka pintu kubikelnya kepada mereka sebelum dia sendiri keluar bekerja di industri hidroponik, Ladang 3. Jauh di sudut hati, Jim berharap tiada sesiapa akan mensiakan kebaikan hati Anas. Jim memerhatikan keadaan koridor selamat dan teratur. Dia nampak satu plastik sampah tergolek di koridor dan dia mengangkatnya. Dia 5
6
masukkan di tong sampah yang terletak
di hadapan pintu lif. Jim turun
dengan menggunakan tangga. Satu daripada dua lif di Sarang 17 telah rosak. Ia telah lama rosak dan tiada tanda-tanda dalam masa terdekat yang lif itu akan diperbaiki, sebagaimana tulisan-tulisan di dinding yang berusia tiga puluh tahun masih di biarkan. Nyah! Aku pernah di sini. Sampah. Ingat. Tulisan-tulisan itu adalah sebahagian daripada puisi zamannya. Puisi zaman Sarang adalah perkataan-perkataan yang tinggal pada tulisan di dinding, yang pendek, cacat dan tersekat-sekat jika dibandingkan dengan tulisan-tulisan ‘pujangga’ dan ‘tukang cerita’ yang Paman Teguh dapat selamatkan daripada timbunan sampah-sarap apabila Lembah Klang diubah menjadi Sarang tiga puluh tahun dahulu. Jim menggunakan tangga dari tingkat 15 ke bawah sambil berlari-lari anak memulakan gerak jasmaninya pada pagi itu, melalui koridor, tangga dan lorong-lorong sempit kompleks Sarang 17 yang berpusing-pusing. Jim tidak dapat membayangkan jika dia tinggal di tingkat 33, yang paling atas dengan hanya satu lif berfungsi. Walaupun tahap kecergasan jasmaninya baik, Jim yakin memanjat ke tingkat 33 walaupun sehari sekali pasti akan memusnahkan semangatnya. Apabila Jim keluar daripada kompleks tersebut dia boleh nampak yang langit telah gelap akibat cuaca yang mengundang hujan. Jim bersegera. Destinasinya ialah Stesen 67. Jim menggunakan lorong pejalan kaki yang 6
7
menghubungkan Sarang 17 dengan stesen 17. Aktivitinya berlari mungkin akan menyusahkan pada waktu puncak, dengan ribuan pekerja bergesel bahu untuk pulang ke industri masing-masing, tetapi pada jam 6 pagi bilangan pekerja atas lorong-lorong dari Sarang ke stesen REL masih belum begitu ramai. Gelang tangan elektronik yang dia pakai pada tangan kanan, peranti yang menyimpan segala data peribadi, profesional dan kewangannya elektronik Jim sentuh ke pengimbas di penghadang pintu stesen. Imbasan itu membenarkan dia masuk ke pelantar dan menanti kereta api REL untuk tiba. Gerombolan pekerja sedikit demi sedikit menebal. Bahu bertemu bahu tanpa janggal, sambil masing-masing menyusup-nyasap hendak mendahului satu sama lain. Jim memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar kargo, sedang beg sandang kecilnya selamat berada dekat dengan dada di dalam jaket. Walaupun dia tidak bertugas, Jim memerhatikan keadaan sekeliling dengan deria yang awas. Tindakannya itu sudah menjadi sebahagian daripada naluri. Stesen 17 dipenuhi dengan paparan bercahaya yang menyampaikan pelbagai pesanan daripada Konglomerat. Warga Sarang Nadi Negara. Kemantapan Industri untuk masa hadapan di Titiwangsa. Naik taraf set Integ untuk hiburan tiada sempadan. Hidratkan diri untuk kekal sihat. Apabila kereta api REL sampai, Jim masuk dan terus mengisi ruang berdiri paling tengah, memudahkan pengguna yang terkemudian masuk ke dalam gerabak. Isi gerabak menjadi presam dalam masa beberapa saat. Siren 7
8
amaran pintu ditutup berbunyi. Kereta api rel bergerak. Gerabak yang dinaiki oleh Jim dihiburkan dengan muzik tanpa emosi, dipasang pada tahap sekadar boleh dengar. Irama itu tidak pernah sampai ke kemuncaknya, hanya berlegar-legar dalam alunan yang Jim tidak boleh gambarkan dengan sebarang perkataan. Pengurusan stesen REL mengubah muzik mengikut hari dan syif pekerja - pagi dan malam, supaya pekerja tidak mendengar muzik yang sama pada hari yang sama. Namun, Jim sedar akan keseragaman muzik itu hingga dia rasa dia ingin bunyi itu berhenti. Bunyi muzik tiada emosi itu diperlahankan untuk memberi laluan kepada satu pesanan awam. Jim menarik nafas lega. Selamat pagi, pekerja sekalian. Selamat hari bekerja diucapkan. Kita bekerja di hari Ahad untuk ganjaran kredit yang lumayan. Konglomerat mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat anda untuk membina Nusa Bah - Negara Mesra Ekologi di puncak Titiwangsa. Selamat menjalankan tugas. Mata Jim membaca papan-papan iklan yang menghiasi sepanjang laluan stesen di atas tanah. Nusa Bah - Negara Mesra Ekologi. Bersama, kita harungi lautan, kita menahan ombak. Anda adalah Invi. Daftar sekarang untuk pakej seumur hidup serendah 4000 mata kredit sebulan. Bebaskan diri anda! Jim memerhatikan penumpang yang berada di sekelilingnya. Sedang mereka semua berpegang kepada pemegang yang tergantung daripada bumbung gerabak kereta api REL, mata mereka merenung ke dalam diri 8
9
mereka. Di dalam mata mereka dipasang paparan yang terpancar daripada kanta lekap atau kaca mata. Di cuping telinga mereka di pasang pepijat yang menyiarkan muzik dan audio permainan maya yang mereka langgan supaya mereka lupakan beratnya kerja yang menanti mereka saban hari. Apabila mereka pulang ke unit kubikel masing-masing, yang menunggu mereka ialah set Integ yang lengkap dan menyelubung keseluruhan deria mereka. Jim mengeluh. Kenapa dia merasa yang dia lain daripada mereka semua? Adakah kerana dia tidak melanggan unit Integ? Tidak. Ia kerana dia adalah penjaga stesen kereta api REL. Dia perlu memastikan semua orang bergerak lancar ke industri masing-masing. Pada bahunya terletak semua kelancaran. Dia adalah penjaga pintu kepada nadi Sarang. Dia mesti peka daripada mereka semua, kata Jim dalam hati. Dia tidak boleh sesekali dilekakan oleh Integ. Disiplin itu yang membuatkan dia tidak menggunakan Integ, walaupun apabila dia di luar waktu bertugas. Lamunannya terganggu apabila Jim terdengar orang menjerit. Ia jeritan perasaan panik dan terancam, tanpa sebarang perkataan yang jelas. Bunyi itu datang daripada gerabak di hadapannya. Jim menyusup di celah-celah penumpang untuk bergerak ke gerabak hadapan. Satu kawasan berupa bulatan separuh telah dikosongkan oleh penumpang-penumpang yang ketakutan. Di tepi bulatan manusia itu, berdiri seorang lelaki dalam lingkungan usia lebih separuh abad yang sedang cuba mengumpil pintu gerabak kereta api REL dengan menggunakan sebatang pengumpil besi yang berkarat. “Jangan dekat!” Lelaki itu berteriak. Mungkin dia boleh nampak yang Jim sedang merapat ke arahnya. Jim tidak peduli dengan amaran itu. Jim
9
10
hanya nampak yang jika pintu gerabak itu terbuka, walaupun sedikit, brek kecemasan kereta api REL akan diaktifkan dan semua penumpang akan terhumban ke hadapan.
Mungkin akan ada yang tercedera. Apatah lagi
apabila semua penumpang di dalam gerabak berdiri. Kereta api REL tidak mempunyai tempat duduk. Keazaman Jim untuk mara menyebabkan lelaki itu menghayun pengumpil besi itu ke arahnya. Jim mengelak. Tetapi, ruang yang sempit itu menyebabkan dia tidak dapat mengelak jauh. Hujung pengumpil besi kena pada pipinya. Ia terasa pedih. Walau bagaimanapun, Jim berjaya menahan pengumpil besi itu dengan genggaman kedua tangannya. “Bertenang, encik!” Jim berkata. “Bertenang?” “Berikan pengumpil besi ini pada saya.” “Kita terlalu tenang! Kita semua tenang dalam penipuan!” “Ceritakan pada saya.” Lelaki itu masih juga menggenggam pengumpil besi dan Jim masih juga bertahan. Yang penting, pengumpil besi itu tidak mencederakan penumpang dalam gerabak. “Kita takkan keluar dari Sarang.” “Bertenang, Encik. Encik membahayakan penumpang.” “Kita semua tetap akan mati dalam Sarang. Tiada bezanya kalau kita mati dalam gerabak ni.”
10
11
Dari sudut matanya, Jim nampak dua orang penjaga stesen yang bertugas sedang menyusup daripada gerabak belakang. Seorang anggota mengeluarkan senjata perenjat. Jim terpaksa melepaskan genggamannya daripada pengumpil besi itu supaya dia tidak sama terkena renjatan. Lelaki itu terdorong ke belakang. Bantuan sampai tepat pada masanya. Lelaki bersenjatakan pengumpil besi itu dikenakan renjatan. Lelaki itu tergolek tidak sedarkan diri. Dua penjaga stesen menggari pekerja itu dan membawa dia pergi bersama-sama pengumpil besinya untuk diuruskan di stesen seterusnya. Lelaki itu kembali sedar sepenuhnya apabila dia ditarik pergi. “Kau tahu! Tapi kamu lupa!” Lelaki itu berteriak. Jim mengundurkan diri daripada situasi kerana dia tidak bertugas. Beberapa minit kemudian, keadaan kembali kepada biasa. Pintu gerabak tidak rosak. Pencari masalah itu telah dibawa pergi. Semua pekerja yang sedang dalam perjalanan meneruskan rutin mereka. Jim jadi dahaga dek tekanan yang dia hadapi sebentar tadi dan dia teguk air yang dia bawa sebagai bekalan. Bayangannya pada tingkap gerabak menunjukkan luka pada pipinya. Jim keluarkan sapu tangan daripada beg dan menekap luka itu supaya hilang pedihnya. Jim cuba ingat apa yang lelaki itu katakan, dan ia hanya tinggal perkataan-perkataan
yang
dia
faham
maksudnya
tetapi
tidak
perkataan-perkataan itu secara khusus. Selang beberapa minit, kata-kata lelaki itu tidak lagi membebankan ingatannya. Jim meneruskan perjalanan. Apabila kereta api REL semakin laju, papan-papan iklan hanya cahaya yang berpanjangan dalam matanya. Jim mengetatkan genggamannya pada tempat dia berpaut.
11
12
2
Langit gelap pada mata yang memandang dari Sarang 67. Seorang lelaki dalam lingkungan usia lewat enam puluhan duduk di atas tong cat kosong yang diterbalikkan. Di sebelah lelaki tua itu tersusun tiga biji mangkuk tandas yang telah sumbing, dua sinki besi buruk dan dua tong dram sebesar pemeluk yang mempunyai kesan ditampal dengan tar yang sudah mengeras. Hujan renyai-renyai menjadikan angin yang bertiup rasa dingin menggigit tulang. Sebuah lori kecil satu tan dipandu perlahan dan berhenti di hadapan bukaan pintu gudang tempat lelaki itu menunggu. Lori itu mempunyai tulisan ‘KILANG KITAR SEMULA, SARANG 67’ pada pintunya. Seorang lelaki muda, 12
13
yang memakai selendang bercorak petak-petak pada lehernya, melompat turun daripada belakang lori itu. Pemandu trak pikap tidak turun, tetapi terus berada di bahagian pemandu dan dia tidak mematikan enjin. “Assalamualaikum, Paman,” lelaki itu menegur. Lelaki yang dipanggil ‘paman’ menjawab salam dan mereka berjabat tangan. “Ini saja barangnya, Paman?” Lelaki muda itu bertanya, sambil melihat longgokan barang lusuh di hadapan pintu gudang. “Ya, Halil. Ini saja. Sarang dah makin kedekut.” “Bergurau saja, Paman. Ini sudah cukup. Alhamdulillah.” Halil memunggah barang-barang yang disusun oleh Paman masuk ke dalam lori. Selesai memunggah barang-barang itu, Halil menyerahkan satu guni kecil berisi barang kepada Paman. “Ini ada kelapa, gula merah dan pulut, untuk paman.” “Aku cuma mahu membantu. Tapi kalau ada ole-ole dari Tebing, aku takkan menolak rezeki.” “Aagya kirim salam,” Halil menyampaikan. “Sampaikan salam aku padanya juga.” “Saya datang lagi minggu depan.” “Insya-Allah.” “Moga Tuhan membalas yang baik-baik saja, Paman.” “Hati-hati, Halil. Takut Netra memerhati.”
13
14
“Kalau takut, tiadalah kami berumah di tebing,” Halil berkata. Paman tersengih mendengar nada berani orang muda itu. “Relakslah, Paman. Mata-mata Netra tak dapat perhatikan semua. Ada dua juta pekerja di Sarang, tak tertengoknya!” “Yalah, yalah.” “Assalamualaikum.” “Waalaikum salam. Kau baik-baik, Teck,” Paman menjawab salam dan berpesan kepada lelaki yang memandu lori itu. Lelaki bernama Teck mengangguk tanda faham. Lori muatan ringan itu bergerak meninggalkan gudang. Paman menutup pintu belakang gudang dan menapak masuk dengan tangannya menjinjing karung guni berisi ole-ole dari Tebing. Langkah Paman terhenti apabila pandangannya terpaku pada susuk tinggi lampai yang berdiri dalam cahaya suram gudang itu. “Jim,” Paman menegur pemuda yang berdiri di dalam suram gudang, sedikit terkejut. Dia memang menjangkakan Jim datang melawatnya hari ini. Tapi dia tidak menyangka yang Jim akan sampai begitu awal. Jim baru habis syif siang pada minggu ini, yang bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 7 malam. Pada hari ini, Jim akan memulakan syif malam dari jam 7 malam hingga 7 pagi. Dia ingat akan sekecil-kecil perincian itu, kerana kunjungan Jim memang dia tunggu-tunggu. Tetapi, Jim sepatutnya berehat lebih lama di kubikelnya. Terlintas dalam kepala Paman yang Jim berada di kilang seawal ini kerana tiada apa yang ada di kubikel pemuda itu untuknya selain daripada sepi. Lebih-lebih Jim tidak dapat dipujuk oleh produk maya yang dijual oleh Integrasi. 14
15
“Paman,” lelaki muda itu menjawab, sambil mengangkat tangan sebagai tanda menegur. “Kau sampai awal hari ini.” “Ya.” “Kau tahu yang kau tak perlu datang menolong aku di sini. Kau sudah pun bekerja di stesen rel. Kerja orang besar. Kerja dengan Konglomerat,” Paman berkata. “Itu bukan orang dari Kilang, yang seorang lagi, ” Jim menyatakan apa yang diperhatikannya tanpa membalas apa yang dikatakan oleh Paman sebelum itu. “Bukan,” Paman menjawab. “Kenapa dengan muka kau?” Paman tidak berniat untuk menukar tajuk percakapan, tetapi luka melintang di pipi kiri Jim itu nampak baru. Jim meraba wajahnya, seolah-olah dia telah lupa langsung akan asal-usul kecederaan itu. “Ada orang mengamuk di stesen tadi.” “Dia buat apa pada kau?” “Dia bawa pengumpil besi.” “Ya Tuhan! Kenapa?” “Saya tak tahu. Dia kata yang kita semua terperangkap. Orang tak siuman, Paman.” “Syukur kau tak apa-apa.” 15
16
“Bukannya saya nak sibuk, tapi Paman mesti hati-hati. Undang-undang Sarang kata -” Paman sudah bersedia untuk meninggalkan percakapan tentang lori membawa barang keluar dari kilang tetapi nampaknya bukan Jim. “Barang kitar semula cuma boleh diserahkan kepada Kilang. Apa yang datang dari Sarang, kekal dalam Sarang. Aku tahu.” “Saya khuatir kalau -” “Paman akan baik-baik saja. Melainkan-” Paman berhenti. Jim memandang wajahnya. “- kau buat repot.” Paman memahami maksud Jim apabila lelaki muda itu mengeluh dan menggeleng-geleng kepala. Paman tahu yang Jim tidak akan pernah melaporkannya kepada pihak berkuasa, tapi dia tahu yang pengetahuan itu akan menjadi beban kepada sanubari Jim. Paman tahu bagaimana hendak buat Jim lupakan itu. “Kau nak terus bermuram durja di situ atau kau nak sarapan?” Paman menepuk bahu Jim. Anak muda itu berjalan menunduk. Paman yakin yang kesuraman itu boleh diselesaikan dengan sekole teh panas dan sepinggan nasi goreng. “Mari makan.” Di celah-celah timbunan segala bahan plastik, kotak, kertas, aluminium dan besi berkarung-karung banyaknya, Paman dan Jim duduk bersila dengan
16
17
masing-masing menghadap sepinggan nasi goreng berlauk telur yang dihangatkan semula. Dua kole teh panas menemankan mereka. Di luar cuaca gelap. Gerombolan awan sudah pecah, jauh daripada mereka. Sebelum Paman mengajak Jim menjamah makanan, dia keluarkan sekeping perekat pembebat luka daripada laci meja tulis tempat dia uruskan kira-kira untuk kilang. “Jangan bergerak,” Paman berkata. Paman cabut perekat itu dan menampalnya pada luka di muka Jim. “Siap.” “Terima kasih, Paman.” “Makan, Jim,” Paman berkata sambil menadah tangan ke langit. Jim menunggu sehingga Paman selesai. Awan gelap di langit kilang pecah. Bunyi hujan jatuh meletap-petup di kaca tingkap. “Hujan,” Jim berkata sambil mengunyah. “Bagus untuk taman bunga paman.” “Saya baru nak tengok daun pandan yang kita tanam tempoh hari. Hidup ke tak?” “Daun pandan kita elok saja. Kau rehat saja di kutubkhanah. Tunggu masa kerja. Hari ini kau rehat, nak.” Jim
menggelengkan
kepala.
Paman
tahu
Jim
takkan
duduk
bersenang-lenang di kilang walau bagaimana keras dia cuba menyuruhnya supaya tidak membanting tulang sebelum ke stesen REL.
17
18
“Paman sihat?” “Kau tengoklah sendiri. Alhamdulillah, paman sihat. Masih boleh buat kerjakan? Itu penting.” “Saya nak angkat barang. Mahu bersenam. Kubikel saya kecil sangat.” “Baik,” Paman berkata dan bangkit daripada tempat duduk. Ia lazim yang mereka akan memenuhi masa dengan bekerja. Tiada perkara lain yang boleh dilakukan selain bekerja di Sarang. Paman mengoperasi mesin pemampat plastik. Dia boleh memulakan operasi kilang lebih awal tetapi plastik yang dia akan mampatkan nanti tiada siapa pula yang hendak memindahkannya daripada mesin. Plastik memang nampak ringan. Tapi apabila telah mampat, dan dipresamkan dalam kuantiti yang banyak, ia berat. Waktu dia muda dahulu, saat dia mula-mula masuk ke Sarang, memang dia kuat. Tapi, tiga puluh tahun telah berlalu. Tiga puluh tahun rasa sekejap tetapi tubuh manusia yang menanggung itu sebenarnya tahu betapa lama masa tiga dekad telah memamah tulang-belulang dan otot empat kerat. “Mari saya tolong,” Jim berkata. Paman terus mengoperasi mesin pemampat botol plastik poli. Hasilnya adalah bongkah-bongkah yang presam dalam saiz satu pemeluk. Jim mengangkat keluar bongkah-bongkah daripada petak pemampat dan menyusunnya di atas pemegang pellet sebelum bongkah-bongkah itu diangkat dengan jentera pengangkat untuk dipindahkan ke gudang penyimpanan. Kerja itu berlangsung selama sejam setengah sebelum Paman menghentikan mesin pemampat. “Makin banyak. Semuanya botol air Hidrat.”
18
19
Paman nampak yang muka Jim berpeluh-peluh, namun raut wajahnya tetap manis. Selepas menghabiskan kerja, Jim naik ke tingkat dua. Keseluruhan kilang itu dahulunya blok rumah kedai yang sudah diubahsuai menjadi tempat kitar semula bahan buangan. Dalam perjalanan ke tingkat atas, Jim memindahkan satu kotak buku-buku lama yang Paman telah selamatkan dari tempat pembuangan sampah. Kebanyakan buku itu adalah buku cerita bergambar, tebal kertasnya dan cantik lukisannya walaupun telah pudar warna dan lusuh muka suratnya. Jim buka buku itu satu persatu, melihat gambar dan membaca cerita. Ada buku-buku yang berusia sehingga seratus tahun. “Kau sedang memegang masa lampau dalam tanganmu. Bayangkan tangan-tangan lain juga pernah memegang buku itu, membaca isinya.” “Orang lain di Sarang tak dapat apa yang saya dapat,” Jim berkata, perlahan. “Di tempat sampah ini,” Paman ketawa kecil. Setelah membaca keseluruhan isi kotak itu, Jim keluarkan buku dari dalam beg di rusuknya dan memulangkannya ke rak buatan sendiri Paman. Buku-buku di perpustakaan Paman disusun mengikut tahun. Jim telah menarik keluar satu buku nipis dari rak dan membukanya. “Paman , tengok ni.” Jim menunjukkan kepadanya sejilid buku yang kosong, di dalamnya kertas putih tebal yang tidak bergaris. Kulitnya tebal kalis air dengan corak bunga-bunga. Warna kulit buku itu biru gelap. Kertasnya punya kesan kulat air tapi ia masih utuh.
19
20
“Ambillah.” “Ia kosong,” Jim berkata, hairan. Paman mencari sesuatu dalam kabinet besi yang telah berkarat dan memberikan sebatang pensel kepada Jim. “Tulislah.” “Tulis?” “Kaukan boleh membaca? Kenapa pula kau tak boleh menulis?” “Saya taipkan laporan tugas harian ke dalam sistem di stesen.” “Ia sama. Tapi guna kertas dan pensel.” Jim ucapkan terima kasih walaupun di wajahnya persoalan tergambar jelas. Jim masukkan buku kosong itu ke dalam beg di rusuknya. “Rehatlah dulu Jim, sebelum kau pergi ke stesen. Paman nak turun uruskan kilang.” “Baik, Paman.” Jim duduk di celah lorong sempit. Dia menselesakan diri dengan sebuah jilid nipis, Romeo dan Juliet oleh William Shakespeare versi terjemahan dalam bahasa Melayu. Dia pilih bahan bacaan berdasarkan masa yang dia ada untuk menghabiskan cerita. Paman turun ke kilangnya. Itulah adalah rutin mereka. Jim suka membaca. Paman tidak mahu menggganggu Jim. Dia mahu Jim merasakan yang kilang kitar semula adalah rumahnya yang sebenar. Jika hari tak hujan, pastinya Jim akan buat kerja-kerja di kebun yang
20
21
mereka bina di atas bumbung. Tapi dengan cuaca hujan begini, eloklah Paman biarkan Jim berehat sambil membaca. Apabila paman naik ke atas semula, dia nampak yang Jim telah tidur dengan buku terbuka di dada, dan kepala terlentok di atas timbunan kertas surat khabar lama. Paman letakkan bungkusan nasi dan satu kole air putih di sisi Jim. Jim boleh makan sebelum dia pergi kerja syif malam. Paman berharap apa yang Jim lihat di luar gudang pagi tadi dia boleh lupakan dan dia tidak simpan dalam hati.
3
Ingenieur Malek memejamkan mata. Dia cuba menghalang bunyi dengungan petempatan presam maha besar Sarang daripada mengganggu telinganya pada dinihari sunyi itu. Jam analog, jarum yang dipusingkan oleh reroda di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 3 pagi tetapi dengungan Sarang tetap dapat Malek rasa. Ia bukan sekadar bunyi, tetapi getaran yang memberi isyarat Sarang tidak pernah tidur. Tenaga Sarang mengalir dan berulang-alik. Itu adalah bunyi denyutan jantung Nusa Bah. Ia bunyi tenaga yang menyingkirkan haba, membekalkan cahaya, membersihkan udara dan menggerakkan rangkaian jentera yang masih perlu bekerja walaupun penghuni Sarang sedang tidur. Ingenieur Malek memerhatikan jurutera data berkerja di hadapan skrin komputer sambil dia sendiri berjaln mundar-mandir, cemas. Hujan rintik-rintik turun dan titisannya nampak memukul tingkap. Ingenieur Malek mengeluh. Hujan saja yang boleh menenggelamkan bunyi 21
22
dengungan jentera dan tenaga yang menjadi nyawa Sarang. Titis-titis air yang kecil lama-kelamaan menebal dan cuaca di luar Menara membadai dengan hujan lebat. Ia terlalu bingit untuk telinga Malek. Peluru-peluru kecil tajam umpama jarum menusuk ke dalam derianya yang sedang awas menanti berita buruk, walaupun dia selamat di sebalik tembok konkrit dan kaca Menara. “Nampak apa-apa?” Ingenieur Malek bertanya kepada jurutera data. “Tidak, tuan.” “Teruskan.” Malek berjalan ke arah dinding kaca yang memisahkan dia dan cuaca membadai di luar. Dia merenung sejauh jarak tiga puluh tiga tingkat dari mana dia berdiri hingga ke jalan-jalan di lantai konkrit dan aspal Sarang. Pemandangan gerun itu memberikan Malek pandangan mata burung yang pegun. Dilihat dari atas, keseluruhan Sarang bagaikan satu papan sirkit elektronik. Lorong dan jalan, blok-blok bangunan, bulatan, laluan kereta api REL dan sudut-sudut mati. Pada pandangan mata Ingenieur Malek, tiada ruang dalam sirkit elektronik kecuali untuk data dan denyut nadi tenaga elektrik, sebagaimana Sarang dibina hanya untuk denyut nadi tenaga kerja yang mengepam darah ke jantung Nusa Bah. Dan dia, Malek adalah penjaga sistem denyut nadi itu. Ingenieur Malek. Itu adalah namanya berserta gelaran untuk seorang jurutera. Seorang profesional yang mencipta, merekabentuk, menganalisa, membina dan menguji jentera, atau sistem yang rumit, atau struktur dan bahan untuk memenuhi tujuan, fungsi dan keperluan sekaligus mempertimbangkan keterhadan, kebolehlaksanaan, peraturan dan undang-undang, keselamatan 22
23
dan kos. Itu adalah definisi kamus bagi kepakarannya. Tetapi bagi Malek, gelarannya sebagai jurutera membawa maksud yang dia adalah pencipta dunia ini, dewa di kalangan manusia. Peranan jurutera sebagai dewa di muka bumi bermula semenjak penemuan dan penggunaan api, roda, kertas, komputer dan akhirnya, Sarang. Sistem Aturan Rangkaian Gerak Kerja. Indah sungguh nama yang merangkumi falsafah dan fungsi entiti itu. Dada Malek kembang
memikirkan
yang
Sarang
telah
dan
sedang
beroperasi
seratus-peratus. Dalam dunia di mana penghuninya memerlukan air bersih, udara, makanan, tempat tinggal dan sistem hidup koloni mengikut takrifan semasa, seorang jurutera adalah Tuhan. Siapa menyangka, akhirnya tamadun mengangkat kemuncaknya
kepakaran bergantung
seorang kepada
jurutera?
Akhirnya,
tamadun
seorang
pembuat
mesin
pada
sebelum
mengalami pertukaran ke bentuk yang seterusnya, Malek sedar apa yang dia lakukan sekarang, menunggu dalam gelap pagi begini, adalah bagai satu babak dalam pantomin cerita dongeng di mana seorang dewa sedang memerhatikan bagaimana api sedang dicuri betul-betul di depan matanya. “Tuan Ingenieur,” jurutera data memanggil. “Apa?” Ingenieur Malek mendekat ke stesen kerja lelaki muda itu. “Satu lagi unit dimatikan, tuan.” Ingeniuer Malek mengira dalam kepalanya. Dua unit Invi telah dimatikan. Dua unit. Bilangan yang sangat kecil tetapi ia adalah petanda kacau bilau dalam sistem yang dia telah bina, jana dan jaga dengan hati-hati. “Bila?” 23
24
“Sekejap tadi.” “Sekejap tadi berapa lama?” “3 minit.” “Dan tak kembali aktif?” “Tidak, tuan. Oh, kejap tuan, satu lagi.” “Betul?” “Semuanya berlaku pada lokasi yang sama.” “Berapa senggang masa antara kejadian di dunia sebenar dan masa data sampai kepada kita?” “2 hingga 3 minit.” “Itu terlalu lama.” “Selama ini, penghuni Sarang tidak perlu diperhatikan dalam masa sebenar. Semua orang hanya pergi dan balik kerja. Ini benda baru,” jurutera data menerangkan. “Nampaknya, sekarang tidak lagi,” Ingenieur Malek mendengus. “Naik taraf sistem hari ini! Aku mahu pengawasan ikut masa sebenar, sehampir yang boleh.” “Baik, tuan.” Di skrin komputer bersebelahan, muncul paparan peta satelit Sarang dan kawasan berhampiran.
24
25
“Isyarat diterima dari kawasan yang terletak 5 kilometer di barat daya Stesen 99. Koordinat 3.11, 101.6. Selaras dengan pergerakan subjek dengan tag pekerja A72010101 yang turun dari Stesen 99 dan bergerak ke koordinat itu.” “Itu kod industri teknologi.” “Ya, tuan. Pekerja bernama Savi dan dia adalah pekerja di kilang Integ. Dia bekerja di Menara, bahagian produksi,” jurutera data melaporkan. “Operator kilang,” Ingenieur Malek berkata perlahan, memikirkan sesuatu. Paparan maklumat pekerja yang sedang diakses menunjukkan foto seorang perempuan muda berkepala licin dengan mata bundar dan berkulit hitam manis. Semua foto pekerja dalam pangkalan data tidak mengandungi imej rambut untuk memudahkan pengecaman. “Di mana dia sekarang?” “Kawasan itu tidak dipetakan dalam peta satelit Sarang. Ikut data sistem kedudukan sejagat, kawasan itu adalah kawasan hutan yang sudah tenggelam atau separa tenggelam.” “Itu kawasan Tebing,” Malek berbisik. “Unit yang ketiga, tuan! Unit ketiga sudah padam.” Ingenieur Malek mengetap geraham. Pemerhati data berdiam diri, matanya tidak lepas merenung skrin komputer selama lima minit. Masa berlalu dengan bacaan saat seolah-olah ia diperlahankan menjadi seratus tahun. “Tiada lagi data untuk saya laporkan tuan.”
25
26
Ingenieur Malek menamatkan komunikasi tanpa ucap. “Jahanam.” Perkataan itu terluah dengan perlahan, tetapi tajam sebutannya. “Apa arahan seterusnya, tuan?” Jurutera data bertanya. “Hantar arahan aras 2 kepada Netra 10,” Ingenieur Malek mengarahkan. Jurutera data mengangguk, dan kemudian sibuk menekan papan kekunci. “Kau boleh pergi.” Jurutera data melihat gelang data di tangannya dan meninggalkan stesen kerja. Malek tahu yang sekarang sudah jam 3 pagi. Mujur pada hari itu adalah hari dia bertugas sepenuh masa di Menara. Ia tugasan yang dia cipta sendiri untuk dirinya kerana dia tidak mahu Integrasi menjadi leka dan malas. Malek rasa bersemangat apabila memikirkan yang apabila kerosakan ini berlaku buat pertama kali, dia ada di stesen bertugas. Bayangkan jika dia tidak ada di stesen sekarang dan menerima panggilan jurutera data apabila dia sedang beristirahat di Adikuasa. Selama hampir empat puluh tahun Sarang wujud, dari masa ia mula-mula dilahirkan, bertatih, tersadung, tertunggeng sehingga sekarang apabila
Sarang
boleh
berlari
pecut,
Ingenieur
Malek
telah
melalui
segala-galanya. Politikus dengan ugutan bunuh mereka, ditakut-takutkan dengan pemotongan belanjawan dan menjadi mangsa tebusan emosi dan mental sebelum dia sampai ke tahap ini. Empat puluh tahun dia mengalami zaman yang penuh kerja dan kerenah membina dan memperbetulkan dan menyempurnakan jantung Nusa Bah. Empat puluh tahun!
26
27
Usaha empat dekad itu yang membolehkan pada malam ini, seorang pekerja Sarang tidur lena setelah dihiburkan dengan penghujung bangga seorang pengembara mewujudkan koloni perlombongan dalam sebuah kapal generasi yang berlegar-legar di angkasa raya. Pada malam ini, seorang pekerja memperoleh kemenangan dengan menewaskan bota paling jahat dalam kerajaan yang tamadunnya bermula di tepi laut. Pada malam ini, seorang pekerja menjadi algojo gagah kepada seorang hartawan yang ingin menegakkan kebenaran. Pada malam ini, setiap seorang pekerja dengan angan masing-masing, bahagia dengan gangguan leka yang dibekalkan oleh Integrasi. Pada malam ini, dua juta pekerja sedang lena sehinggalah masa mereka bangun tidur dan masuk semula ke dalam dewan-dewan industri. Kini Sarang telah beroperasi penuh selama tiga puluh tahun. Semuanya indah! Sehingga dia mendapat tahu sesuatu sedang memamah sistem yang dia bina. Telefon bimbitnya berbunyi. Ingeniuer Malek menekan peranti yang dia sudah sedia terpasang di cuping telinga. Ejen Dex, singkatan bagi desimal, atau angka sepuluh sedang bercakap. “Apa yang saya perlu dapatkan, tuan Ingenieur?” “Cari apa sahaja di badannya. Professor Aagya seorang yang nostalgis, tradisional. Cari perhiasan - loket, cincin, apa saja. Gelang pekerja tidak berguna. Menara ada semua data daripada gelang data pekerja. Hampiri dengan berhati-hati.”
27
28
“Kenapa tuan tak tangkap saja sasaran?” Ejen Dex menyoal. “Kita belum bersedia lagi menghadapi sasaran. Kita tak tahu apa yang dia boleh buat.” Pemanggil mengiyakan tanda faham arahan. “Jangan gagal, ejen.” “Baik, tuan.” Komunikasi ditamatkan. Hujan di luar Menara terus membadai. Ingenieur Malek mendengus. Dia membuat nota mental yang dia perlu mempersiapkan diri untuk mengalami ketidakselesaan. Malek berharap yang ia tidak akan mengambil masa yang lama.
28
29
4
Seluruh tubuhnya sedang dipanjat oleh jutaan kaki halus. Mereka naik daripada hujung jari kakinya, naik ke jari tangannya, lengan dan lehernya. Jelas yang dia sedang dihurung jutaan serangga kecil apabila seekor daripada mereka bergerak di atas bebola matanya. Setiap ekor serangga yang jumlahnya maha banyak itu, ratus ribu, jutaan, bergetar dengan impuls tenaga masing-masing. Mereka semua menderam dengan bunyi seumpama berbisik tetapi jelas - SARANG, SARANG, SARANG. Dia boleh dengarkannya. Secara naluri dia inginkan dirinya berupaya menepis dan menguis serangga-serangga itu. Dia ingin meronta bagai binatang dicucuh dengan api, tetapi seluruh jasadnya kaku. Mereka terlalu banyak, umpama air yang sedang naik menenggelamkan tubuhnya. Serangga-serangga masuk ke dalam telinganya, mulutnya, hidungnya dan kelopak matanya. Dia boleh rasa kawanan serangga itu memakan isi di bawah kulitnya. Mereka dan dia bakal menjadi satu. Dia menjerit. Tangannya terkapai-kapai cuba keluar dari sarang. Tetapi bagaimana dia hendak keluar jika dia adalah sarang dan sarang itu adalah dia? Savi terjaga. Dia telah tertidur dengan keadaan berdiri sedang tubuhnya disandarkan pada dinding gerabak kereta api REL, dengan tangannya memegang pada pemegang besi yang dipasang paling hampir dengan pintu gerabak. 29
30
“Awak OK? Cik?” Itu adalah perkara pertama yang dia dengar apabila dia sedar. Seorang lelaki berpakaian seragam kemeja putih berbutang di pergelangan tangan, bertopi hitam, berseluar kargo hitam, berkasut but taktikal dan mengenakan rompi keselamatan kuning pendafluor berada di hadapannya. Savi nampak tanda nama yang bertulis ‘JIM’ pada dada bidang lelaki yang sedang dia renung, kerana mukanya berada di paras dada lelaki itu. Lelaki itu adalah penjaga stesen kereta api REL yang sedang bertugas. Kenapa penjaga stesen kereta api itu bertanyakan yang demikian? Adakah dia menggelupur dalam dia meridap? Ia mesti kelihatan seperti dia sedang menghidap sejenis penyakit, Savi berfikir. “Di mana sekarang?” Savi bertanya sambil memperbetulkan kompas derianya. Savi tahu yang peraturan stesen REL melarang pekerja duduk di lantai gerabak. Maka, ada sahaja pekerja yang akan tertidur dek sebab kepenatan dalam keadaan berdiri walau dengan bagaimana caranya pun. Semua gerabak dibina untuk pekerja berdiri demi menjimatkan ruang kerana kapasiti kereta api REL terhad sedangkan golongan pekerja terlalu ramai. Dua juta pekerja yang berada di dalam sembilan puluh sembilan kompleks Sarang menggunakan satu sistem REL untuk ke lokasi industri masing-masing sepanjang hari, dari jam 5 pagi hingga 12 malam. Dengan rasa jengkel, Savi sentiasa berpendapat jika jentera tidak akan rosak akibat penggunaan dua puluh empat jam dan kerana Konglomerat tidak suka berbelanja untuk memperbaiki kerosakan, pastinya pekerja akan bekerja sepanjang masa selagi mesin-mesin boleh bergerak. Savi juga tahu dalam masa yang digunakan oleh pekerja untuk tidur atau berehat di dalam kubikel sempit, mereka masih dieksploitasi oleh Konglomerat.
30
31
“Cik mesti terlalu penat. Tak cukup rehatkah malam tadi?” Penjaga stesen kereta api REL itu bertanya. Savi mengetap bibirnya sebagai tindak balas. Dia dapat merasa kelajuan kereta api REL semakin berkurangan. Dia semakin menghampiri stesen nombor 50, stesen di mana semua pekerja Menara turun. Savi menunggu kereta api untuk berhenti sepenuhnya. Malam tadi adalah malam yang terlalu panjang dan dia mesti terus masuk kerja dalam masa tiga jam lagi. “Cik perlukan apa-apa bantuan?” “Tidak,” Savi berkata, berharap yang pada wajahnya tidak terpampang akan niat dalam hatinya untuk keluar dari Stesen 50 dengan segera. “Saya OK.” “Selamat
siang,”
penjaga
stesen
rel
yang
bernama
Jim
itu
mengucapkan. “S - selamat siang,” Savi menjawab seolah-olah ini kali pertama seseorang mengucapkan selamat kepadanya. Savi merasa hairan dengan tindak balasnya yang demikian. Savi keluar daripada gerabak kereta api REL, meninggalkan penjaga stesen rel itu sendirian di dalam ruang yang sudah tidak berorang. Jam digital di paparan merata stesen menunjukkan angka 5:30. Papan-papan iklan digital masih belum dipasang, menjadikan pelantar gelap. Savi mempercepatkan langkah. Dalam fikirannya, Savi mengira-ngira masa adakah dia sempat kembali ke kubikelnya atau dia mesti terus ke tempat kerja. Adakah berbaloi untuk dia kembali ke kubikelnya di kompleks Sarang 50? Terowong-terowong kosong menjadikan bunyi tapak kakinya bergema seolah-olah dia tidak berjalan sendirian. Savi menoleh ke belakang. 31
32
Tiada siapa mengekorinya, itu yang dia nampak. Tapi perasaan itu, yang dipanggil naluri, memberitahunya ada sesuatu yang tidak kena. Naluri itu membuatkan Savi berjalan dengan langkah yang lebih laju, hampir-hampir dia berlari, melangkaui tangga yang akan membawanya ke luar stesen sebanyak dua anak tangga sekaligus. Jika dia lebih tinggi, dia mungkin akan melangkau lebih anak tangga. Gelapnya! Savi mengeluh. Dunia di luar sana berada hanya seratus meter daripada pandangannya. Gelapnya keadaan di luar stesen yang juga sama gelapnya di dalam stesen membuatkan Savi tidak sedap hati. Sesuatu dalam fikirannya telah membuatkan tengkuknya berasa sejuk. Savi menoleh ke belakang. Dalam keadaan gelap itu, dia nampak susuk seorang lelaki tegap dan tinggi berada tidak kurang sepuluh langkah daripadanya. Dia tahu yang lembaga itu bukan penjaga stesen REL kerana dia cam benar dengan bentuk uniform penjaga stesen walaupun daripada siluetnya. Siluet lembaga ini memakai topi, jaket yang mengikut bentuk badan dan tubuhnya lebih kekar daripada tubuh penjaga stesen yang menegurnya tadi. Sedang penjaga stesen REL itu gaya tubuhnya dalam keadaan rehat, bagai air yang mengikut arus; tubuh lelaki di belakangnya ini umpama besi pegas yang ditegangkan, bersedia untuk melenting bila-bila masa. Seluruh deria Savi mengatakan semua yang tidak kena dengan kehadiran lelaki ini. Savi memberhentkan langkah. Dia berpusing dan berpatah balik, berjalan ke arah pelantar, teringatkan satu petua menangani keadaan di mana jika dia diekori oleh orang yang tidak dikenali, yang dia sepatutnya berpatah balik. Itu adalah supaya dia boleh melihat muka orang yang mengekorinya dan mematahkan niat sang pengganggu. Tetapi lelaki itu memberhentikan langkah apabila Savi berpaling.
32
33
Seluruh deria Savi memberitahu yang lelaki itu sedia untuk berkonfrontasi. Savi menjerit dalam hatinya. Pencuri biasa akan meneruskan perjalanan ke arah hadapan kerana tidak menyangka dengan tindak balas bakal mangsa seperti yang telah dilakukan olehnya. Savi tahu yang dia menghadapi ancaman yang dia tidak boleh hadapi seorang diri. Tanpa bersebab-musabab lagi, Savi pun angkat kaki, berlari masuk ke dalam pelantar dengan harapan dia akan bertemu dengan penjaga stesen Jim atau sesiapapun. Dan benar seperti yang dijangka, lelaki yang mengekorinya itu juga telah bertindak berlari mengejarnya. “Tolong!” Savi berteriak. Jeritannya bergema dalam terowong-terowong gelap dan kosong. Namun, pemburu itu terus mengejarnya, seolah-olah yakin tiada sesiapa akan menghalangnya.
33
34
5
Tak guna! Jim menyumpah dirinya sendiri kerana dia tidak lebih kuat, tidak lebih pantas. Jim melihat lembaga tangkas dan bertubuh tegap menerkam perempuan stesen Menara daripada belakang sedang dirinya sendiri berada tidak sampai sepuluh langkah daripada mereka berdua. Kedua-dua mereka jatuh tersembam atas laluan berjubin stesen REL yang berdaki. Lelaki itu bangun dan menolak perempuan muda itu ke lantai. Muka perempuan terperonyok atas laluan pejalan kaki. Jim nampak penyerang merentap sesuatu daripada leher perempuan itu. Ia adalah objek yang kelihatan seperti satu rantai dan loket. Mujur dia sampai jua! Jim menghunus cotar dari awal lagi dan memukul kepala lelaki itu. Jim bersumpah akan buat tekan tubi setiap pagi jika dia keluar daripada kegawatan ini hidup-hidup. Lelaki itu terpelanting sekadar
34
35
cukup untuk mangsa melepaskan diri daripada cengkamannya. Apabila perempuan stesen Menara telah lepas daripada genggaman lelaki itu, dia bergolek ke tepi, menjauhkan diri daripada Jim dan lelaki yang menyerangnya. Penyerang berbadan pagan bangun dengan pantas. Peragut itu memasukkan rantai yang dia telah rentap ke dalam poket berzip di bahagian rusuk jaketnya. Jim nampak daripada bahasa tubuh penyerang yang dia itu berniat untuk minggat dari tempat itu. “Jangan lari! Bagi balik rantai tu!” Jim berteriak, suaranya lantang bergema dalam terowong stesen rel yang tidak berorang. Hatinya berkata yang rantai itu mungkin sangat penting buat perempuan itu, sebagaimana tiada siapa boleh mengambil rantai kunci pintu terowong stesen daripadanya. Serta-merta lelaki itu menghentikan pergerakan dan berpusing mengadapnya. Jim nampak wajah yang bersegi dengan kulit sawo matang dan misai tipis di atas bibir yang diketap rapat. Namun, mata penyerang itu disembunyikan oleh bahagian depan topi yang terjulur. “Kita berdua anjing,” penyerang itu berkata perlahan tapi cukup jelas untuk sampai ke telinga Jim. Kata-katanya tajam atas sebab nada sinisnya
“Apa?” Jim membalas dengan nada bertanya, kerana dia tidak faham bagaimana dia dan seorang peragut boleh mempunyai sebarang persamaan. Dan setahunya, seekor anjing sebagaimana yang telah dibuktikan dengan fungsinya
dalam
perkhidmatan
keselamatan,
mempunyai sifat yang baik.
35
adalah
makhluk
yang
36
Jim nampak kekuatan lelaki tersebut. Mereka sama tinggi, tetapi cara lelaki itu merehatkan kedua lengannya apabila dia bergerak mendekatinya memberitahu Jim yang ini adalah konfrontasi yang langsung tidak mencabar bagi penyerang itu. Sebaliknya bagi Jim, konfrontasi ini adalah di luar kebiasaan
bagi
seorang
penjaga
stesen
REL.
Perasan
terancam
menyebabkan Jim mengangkat cota untuk memukul sedangkan lelaki itu kelihatan seolah-olah berada dalam keadaan rehat. Pertarungan mula tanpa sebarang isyarat pembuka gelanggang. Penyerang mengangkat lengan dengan pantas dan menumbuk ke arah rahangnya. Jim mengelak tetapi berjaya kembali dengan memukul penyerang di sisi kepala sebelah kiri. Penyerang itu terdorong ke kanan. Jim menyerang, memukul ke arah sisi muka sebelah kanan pula. Penyerang terhuyung-hayang. Keyakinan Jim melonjak apabila dia melihat dua pukulannya tidak berbalas. Dia perlu jatuhkan penyerang untuk memberkasnya dan mengheretnya ke lokap stesen. Jim bergerak semakin dekat dengan penyerang. Dia merancang untuk membuat pukulan terakhir sebelum penyerang tumbang dan dia boleh gari lelaki itu. Penyerang menyeluk sesuatu dari belakang pinggang dan melibaskan objek tersebut ke dadanya. Jim terkejut dengan rasa pedih yang tiba-tiba menggigit di rusuk kanannya. Dia cuba membetulkan arah derianya. Tangannya secara refleks memegang bahagian pinggangnya. Dia rasa darah hangat di jari. Serangan lelaki itu mengena. “Ia rantai besi!” Perempuan stesen Menara menjerit. Suaranya mengisi seluruh terowong. “Ia cuma rantai besi!” Perempuan itu mengulang.
36
37
“Tolong!” Suara perempuan itu kedengaran seperti siren pada telinga Jim yang terganggu oleh perit di tubuh. Kepalanya berpusing. Penyerang mengacukan pisau lipat itu kepadanya. Jim nampak mata penyerang. Mata kecil dan tajam yang tiada belas. Penyerang itu berundur beberapa tapak. Kemudian dia berpusing dan memecut lari dari situ. Jim bangkit untuk mengejar tapi kakinya umpama bergerak dalam lumpur. Pandangannya kabur seolah-olah dia sedang tenggelam dalam air. Jim akhirnya mengalah. Dia terduduk di atas tangga untuk pekerja berjalan keluar dari stesen kereta api REL. Jim tahu yang penyerang itu lari bukan kerana dia tidak boleh menewaskannya. Penyerang itu melarikan diri kerana mendapati dirinya berada dalam keadaan terancam akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh perempuan itu. Dalam beberapa minit, pekerja akan muncul untuk memulakan hari mereka dalam industri. “Dia lari sebab dia dah dapat apa yang dia nak,” Jim berkata. “Maafkan saya, cik. Saya tak dapat membantu.” Jim perhatikan perempuan stesen Menara itu bergerak ke arahnya. Perempuan itu mengusap-usap lehernya. Jim berharap yang perempuan itu tidak cedera. “Cik OK? Cik cedera?” Jim bertanya sambil menarik nafas pendek berkali-kali. “Ia hanya rantai besi,” perempuan itu mengulang kata-katanya tadi. Perempuan itu bertinggung di sisinya di atas anak tangga. Perempuan itu nampak rompi petugasnya koyak di bahagian rusuk. 37
38
“Tak. Aku tak cedera. Kau?” perempuan itu menjawab. Jim agak terkejut dengan kesediaan perempuan itu membahasakan dirinya sebagai ‘aku’ dan memanggilnya ‘kau’ sedangkan mereka baru berjumpa hari ini, dalam situasi tugas. Jim membuat kesimpulan yang perempuan itu selesa bercakap dengannya dan dia rasa, walaupun aneh, lega. Perempuan itu menyelak rompi petugas Jim. Pisau milik penyerang telah menyiat bahagian rusuk kanannya. Darah meresap pada baju seragam putih. “Kau luka,” perempuan itu berkata dengan nada mendatar - waras dan tenang. “Ia hanya luka daging,” Jim menjawab, juga sedang berpura-pura tenang. Perempuan stesen Menara itu menanggalkan selendang daripada bahunya, menampakkan kepala yang dipakaikan skaf biru berbentuk segi tiga. Itu adalah skaf yang menjadi sebahagian daripada pakaian seragam pekerja kilang elektronik. Perempuan stesen Menara itu menekap luka di rusuk kanannya dengan selendang. “Aku mesti bawa kau ke klinik.” “Aku boleh pergi ke markas stesen. Bukankah kau mesti masuk kerja?” “Ada klinik 24 jam dalam lima puluh langkah dari sini. Markas stesen jauhnya satu kilometer. Aku sudah pun sampai ke stesenku. Aku boleh masuk kerja lepas kau diberi rawatan,” perempuan itu memberi rasional. “Tak perlu. Aku OK.” “Tolonglah. Biar aku bantu kau.”
38
39
Kata-kata itu buat Jim jadi lemah. Tubuhnya yang tegang jadi kendur dan dia jatuh ke dalam pelukan perempuan stesen Menara. Jim biarkan perempuan itu memegangnya di bawah ketiak. Ia hari yang panjang, jiwanya mengeluh. Semua yang telah berlaku dalam masa setengah jam yang lalu mengingatkan Jim bahawa dia hanya ada tikar getah lusuh sebesar keranda, dua biji bantal, selimut, pemanas air, kerusi dan meja tulis kerana dia membayar harga paling tinggi untuk memiliki kubikel di blok penghujung kompleks Sarang 17. Ia hanya kerana dia ingin melihat langit, walaupun langit itu hanya secebis semesta yang suram. Jim mengingat kembali setiap hari dia diasak dan dihimpit oleh gerombolan pekerja yang bergegas ke industri masing-masing. Dia memastikan mereka tidak tersepit pada pintu kereta api REL. Dia memastikan mereka tidak duduk di lantai di waktu puncak dan dia memastikan mereka selamat daripada diancam individu yang tidak siuman akibat tekanan kerja. Hari ini, buat pertama kali dia mengejar seorang peragut dan akhirnya cedera ditikam ketika menjalankan tugas. Untuk apa? Untuk satu kubikel di mana dia boleh melihat langit dengan harapan dia dapat merasa cahaya matahari memanaskan kulitnya di waktu pagi. Namun, harapan itu sia-sia apabila dia hanya pulang di waktu gelap malam dalam cuaca lembab dan suram Sarang setelah bekerja dua belas jam di dalam terowong-terowong bawah tanah. Atau dia tidur sepanjang siang kerana terlalu letih bekerja di waktu siang. Hari ini, buat pertama kali dalam ingatan, seorang pengguna stesen bertanya tentang keadaannya. “Encik boleh berjalan?”
39
40
Perkataan
‘encik’
yang
digunakan
perempuan
stesen
Menara
mengingatkan Jim akan tempatnya sebagai penjaga stesen kereta api REL. Jim menarik nafas. Jim mula berfikir yang dia bersikap mengada-ngada sedangkan dia cuma keletihan. Jim bangun. Dia pegang selendang rapat ke lukanya. “Aku boleh pergi sendiri.” “Kau dah tolong aku. Aku takkan biarkan kau pergi ke klinik seorang diri.” “Aku Jim,” Jim memperkenalkan diri. “Aku Savi.” “Kan elok kalau kita berkenalan dalam keadaan yang lebih tenang?” Jim memulakan perbualan. Kalimah-kalimah meluncur keluar dengan mudah apabila dia jadi dirinya sendiri - keletihan, cedera dan lemah. Jim sedar yang selama ini dia ikhlas berkata-kata apabila dengan Paman sahaja. Yang lain, hanyalah kaedah perhubungan tugas. “Kita masih hidup. Itu yang penting,” Savi berkata, menyatakan fakta. Jim memahami akan mudahnya pemikiran perempuan yang sedang membantunya itu. “Mari,” kata perempuan stesen Menara sambil memapahnya supaya berdiri. Jim tidak rasa begitu teruk. Lukanya pedih, tapi dia boleh berjalan dengan baik. Namun, dia terus menekap selendang yang dipinjamkan oleh Savi ke rusuknya dengan kejap. Dia tidak mahu mengotorkan lantai stesen dengan darah. Ia tidak baik untuk semangat pekerja.
40
41
Setelah sepuluh minit berjalan kaki, mereka sampai di sebuah klinik 24 jam yang beroperasi di Sarang 50. Ia sebuah kubikel dalam kubikel. Kubikel pertama ialah bilik penerima pesakit. Di luar kubikel itu, dengan cara paling kedekut, arkitek Sarang telah membina satu lorong yang hanya muat untuk lutut dibengkokkan. Satu lagi kubikel ialah bilik pesakit berjanji temu dan menerima rawatan dengan doktor yang bertugas. “Luka tikaman,” Savi berkata kepada petugas kaunter. Wajah petugas kaunter tetap tenang apabila dia meminta Jim mengacukan gelang data ke pengimbas. “Selamat datang, officer,” kata petugas kata. Pintu bilik rawatan dibuka secara automatik. “Aku boleh masuk sendiri,” Jim berkata kepada perempuan stesen Menara. “Saya bantu,” perempuan itu menegaskan. Savi terus memapah Jim sehingga masuk ke dalam bilik rawatan. Dalam bilik rawatan duduk seorang perempuan berusia pertengahan umur bertubuh rendang. Kepala perempuan itu berbungkus topi plastik dan dia memakai pelitup muka. “Saya Irene,” doktor bertugas memperkenalkan diri. “Baringkan dia atas katil,” perempuan itu mengarahkan. Tiada konsultasi untuk Jim. Savi membantunya naik ke atas katil. Jim menghidu bau pembasmi kuman dalam-dalam. Bau itu membuatkan dia rasa bersih dan selamat. Jim pernah menghidu bau kekotoran, hanyir dan busuk di mana dia rasa terancam tapi dia tidak ingat di mana dan bagaimana. Tapi
41
42
yang dia tahu, bau ‘bersih’ bilik rawatan itu membawa ketenangan kepadanya. Doktor bernama Irene membius luka tersebut, membersihkannya, menjahit dan membalutnya. Savi berada di dalam bilik rawatan sepanjang masa. Jim tidak sedar pun yang dia telah meridap di atas meja rawatan jika doktor itu tidak mengejutkannya. “Organ awak selamat. Tapi awak masih boleh berdarah dengan teruk jika jahitan terbuka,” Dr. Irene menerangkan. Jim mendapati yang Savi tiada dalam bilik rawatan. “Saya bekalkan awak ubat tahan sakit dan antibiotik. Sila bayar bil di luar.” Jim mengucapkan terima kasih kepada Doktor Irene. Jim rasa lebih sihat. Mungkin tidurlah yang dia perlukan. Apabila dia keluar, Savi sedang duduk menunggu. Savi tidak tidur, tapi merenung ke hadapan dengan pandangan menerawang seribu tahun ke masa hadapan. “Macam mana?” Savi bertanya. “Aku baik. Calar saja.” “Nasib kau baik.” “Terima kasih.” “Aku
kena
masuk
kerja,”
Perempuan
memberitahu. “Aku kena buat laporan.” “Lima minit lagi pukul 7 pagi.”
42
stesen
Menara,
Savi
43
“Cepat masa berlalu.” Setelah membayar secara digital dan mengambil ubat, Jim dan Savi berjalan ke stesen. “Kau kerja sebagai apa?” “Bahagian solder.” “Apa tu?” “Kalau ada dua wayar yang berpintal dan kau kena sambungkan wayar itu, aku cucuhkan besi cair untuk mencantumkan kedua-duanya.” “Kau pernah kena besi panas?” “Tak. Aku sangat cekap dalam kerja aku. Tangan aku tak menggigil. Dan benda itu, besi cair itu percikannya sangat kecil. Kalau kena pun, tak rasa apa-apa. Sudah berapa lama kau kerja di stesen?” “Sepuluh tahun.” “Dah lama. Aku pun lebih kurang.” “Apa permainan Integrasi yang kau suka?” Savi bertanya. “Aku tiada set Integrasi.” “Serius?” “Serius.” “Jadi apa yang kau buat bila pulang ke kubikel?” “Aku pandang ke langit.” “Tengok bintang?”
43
44
“Ya.” “Aku pun buat perkara yang sama. Kau tahu yang sebelum berlakunya Bah, orang tak dapat lihat bintang di langit lembah ini?” “Sekurang-kurang ada benda baik yang Bah berikan pada kita,” Jim merasionalkan. Aneh yang dia bertemu dengan seseorang yang mempunyai persamaan dengan dirinya dengan cara yang paling hebat, tapi Jim tidak mahu terlalu teruja. Dia dan Savi, hanya dua orang di kalangan dua juta pekerja. Apakah kemungkinannya yang mereka akan bertemu lagi dalam tempat seluas dan sepresam Sarang? “Kau macam mana?” Jim bertanya. “Apa?” “Permainan kegemaran kau dalam Integrasi?” Savi memandang wajahnya dengan tepat. “Akulah Integrasi,” perempuan stesen Menara itu berkata dengan satu suara dalam yang dibuat-buat, yang Jim percaya adalah satu percubaan untuk bergurau. Jim ketawa dan kemudian memegang rusuknya yang cedera. “Maaf!” Savi memberhentikan gurauannya. “Maksud aku, aku kerja di Integrasi. Aku tahu semua permainan Integrasi,” perempuan stesen Menara menerangkan. “Aku faham. Kau bergurau tadi,” Jim menerangkan sambil mengambil nafas.
44
45
Setibanya di stesen Menara, mereka berdua membuat laporan kes di markas penjaga stesen REL. Savi membuat kenyataan yang dia tinggal di Sarang 50, kompleks yang stesen induknya ialah stesen Menara. Jim mengambil pakaian seragam dan barang-barang peribadinya di loker markas stesen untuk dibawa pulang ke kubikel. “Aku akan bersihkan selendang kau,” Jim memberitahu. “Tidak mengapa. Aku boleh beli yang baru.” Jim boleh nampak yang Savi juga tahu yang mereka tidak akan berjumpa lagi. “Terima kasih, Jim. Aku terhutang budi,” Savi mengucapkan dengan satu kelancaran yang dia tidak jangka daripada seseorang yang dia baru kenal. “Maaf aku tak dapat selamatkan rantai kau.” “Ia rantai besi saja.” “Siapa berikannya pada kau?” “Aku tak ingat.” “Semua orang macam tak ingat banyak benda,” Jim berkata. “Kenapa agaknya ya?” “Mereka kata kalau kita ingat masa lampau, kita tak boleh melihat masa depan,” Jim berkongsi kata-kata pakar psikologi yang bertugas memantau kesihatan emosi dan mental penjaga stesen REL. “Mudahkan, logik yang sebegitu?” 45
46
Mereka berjalan kembali ke pelantar stesen. Kereta api REL sudah mula beroperasi seratus peratus. Paparan iklan sudah bercahaya. Alunan muzik tanpa kemuncak sudah dipasang. Pekerja berpusu-pusu masuk ke stesen dan berhimpitan di platform. “Kereta api dah sampai,” Savi berkata. “Jaga diri.” “Kau pun,” Savi berkata sambil menunjukkan pada rusuk kanannya. Jim tersenyum sambil mengangguk. Jim menaiki gerabak kereta api REL menuju ke Stesen 17. Jim memerhatikan Savi berpaling dari trek kereta api. Jim memerhatikan belakang kepala perempuan itu tenggelam dalam arus gerombolan pekerja yang sedang memenuhi pelantar stesen 50. Jam 7 pagi. Ia permulaan hari bekerja yang baru.
46
47
6
Seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi, berpakaian serba hitam menopang dirinya dengan dua belah tangan pada sinki porselin di dalam tandas pekerja di parkir bawah tanah kompleks Menara. Di hadapan cermin berkarat, dia mencabut topinya dan nampak lebam pada kedua belah pelipis. Matanya menjadi sembap akibat berair mata menahan sakit dipukul. Lelaki itu menghentakkan sinki dengan tapak tangannya. Sesuatu pada binaan sinki itu berbunyi dan dia berhenti membuat tindakan laku musnah. Alat komunikasi pada cuping telinganya mengeluarkan bunyi isyarat. Dia sentuh alat itu, sedia untuk berkomunikasi dengan suara di hujung talian. “Ejen Dex?” 47
48
“Tuan Ingenieur.” “Adakah misi itu berjaya?” “Ya, tuan. Saya dapat sesuatu.” Suara di hujung talian berjeda sesaat. “Datang ke Adikuasa sekarang. Motosikal Netra akan dikeluarkan oleh Bahagian Logistik.” “Baik, Tuan Ingenieur.” Lelaki bernama Ejen Dex mengetap geraham. Tugasan telah memanggilnya. Namun, dia tidak boleh lupakan apa yang dia telah alami awal pagi tadi. Dia tidak puas hati yang dia terpaksa menggunakan pisau terhadap seorang penjaga stesen yang dia anggap tidak menjalani latihan sehebatnya dan tidak mempunyai kekuatan yang dia miliki. Tenaganya patut disimpan untuk sasaran yang sebenar. Siapa saja yang berlawan menggunakan cota? Dex mendengus dalam hati. Kepalanya masih berdenyut akibat dipukul benda celaka itu tapi hatinya tidak sudah-sudah menggerutu. Cota itu gunanya satu sahaja, iaitu untuk memukul. Dex bersedia untuk menerima pukulan di kepala dari hadapan. Tetapi, penjaga stesen rel itu telah memukulnya dari sisi. Itu mengejutkan Dex. Penjaga stesen REL itu telah mengatasi kelemahan fizikal dengan tindakan strategik. Kepala manusia secara alami telah dicipta dan diperkuatkan untuk menerima pukulan dari hadapan, kerana manusia itu lazimnya bergerak maju. Tetapi, apabila kepala dipukul dari sisi atau dari belakang, manusia itu serta-merta menjadi lemah. Pisau lipat itu sudah jadi natijah kepada cota seorang penjaga stesen REL yang telah memberikannya satu ancaman. Dex telah menjangkakan penentangan daripada penjaga 48
49
stesen REL itu, tetapi bukan seperti ini. Malahan, Dex telah merangka satu jalan keluar daripada misi yang bersih dan tanpa kesan jika penjaga stesen itu tidak begitu bersemangat untuk menjalankan tugasnya. Tapi lain pula jadinya. Penjaga stesen itu memang sengaja mencari nahas. Dia sepatutnya bunuh saja kaki stesen REL itu, tetapi Dex bimbang yang sasarannya akan melawan balas dan dia akan kehilangan objek yang dikehendaki oleh Ingenieur Malek. Ingenieur Malek telah mengingatkannya - ‘hampiri dengan berhati-hati’. Akibatnya, Dex terpaksa stesen REL sebelum dia kehilangan barang yang dikehendaki oleh Ingenieur Malek. Namun, bagi Dex, misi itu adalah misi yang tidak diselesaikan dengan baik walaupun dia telah mencapai objektif. Pertembungan pihak berkuasa stesen dengan anggota Netra adalah sesuatu yang cuba dielakkan oleh pentadbir kedua-dua belah pihak. Organisasi stesen REL berkhidmat untuk pekerja. Netra berkhidmat kepada kuasa yang memerlukan khidmat pekerja, Adikuasa. Kedua-kedua organisasi, seperti mana semua benda lain, berfungsi untuk memastikan Konglomerat terapung selesa, walaupun jalan persefahaman bersimpang-siur. Buat masa ini, identitinya sebagai anggota Netra dalam serangan itu perlu tetap menjadi rahsia kerana misi Netra masih berada dalam tahap permulaan, iaitu tahap kawalan kerosakan. Dex meneruskan proses memperkemaskan dirinya selepas dia menelan dua biji pil ubat penahan sakit. Selepas itu, dia mendapatkan kenderaan servis daripada Bahagian Logistik. Dex menunggang motosikal servis anggota Netra, menelusuri jalan raya lengang pada jam 4 pagi dari Sarang ke wilayah Adikuasa. Tanpa motosikal servis itu, dia akan terpaksa menunggu kereta api REL menghabiskan pusingan ke seluruh Sarang
49
50
sebelum ia bertolak ke stesen Adikuasa pada jam 5 pagi. Ingeniuer Malek tidak mahu menunggu. Pada pandangannya di atas jentera beroda dua itu, Sarang berbentuk koloni yang berpusing-pusing, dengan satu landasan yang mencantumkan semua stesen dan semua pusat industri. Tetapi, laluan kereta api untuk ke Adikuasa menyimpang jauh. Pekerja Sarang perlu turun di stesen Adikuasa sebelum menaiki tren yang khusus untuk ke Adikuasa manakala, tren utama terus membuat pusingan mengelilingi Sarang. Dalam dunia Sarang, tiada siapa yang boleh mengoperasi kenderaan kecuali anggota Netra yang bertugas, dan pekerja logistik industri - pertanian, kilang, pembersihan dan keselamatan dengan menggunakan kenderaan industri sahaja. Pekerja biasa menggunakan kereta api REL. Satu minit lagi penunggangan Dex ke Adikuasa akan tiba, dan wilayah kota Adikuasa menampakkan dirinya. Dalam kegelapan sebelum waktu fajar, ia muncul umpama mahkota yang setiap butir berlian menampakkan cahaya. Adikuasa adalah lambang bagaimana Konglomerat menangani Bah yang bermula lima puluh tahun dahulu dengan jayanya. Ia menjadi simbol untuk ditayangkan kepada dunia yang Nusa Bah kekal makmur walaupun berhadapan dengan landskap geografi yang baharu, sedang banyak negara di dunia mengalami kemelesetan ekonomi, anarki dan rakyatnya menjadi pelarian iklim. Dex memberhentikan kenderaan di hadapan pagar kawalan yang mempunyai penghalang automatik yang beroperasi dengan gear dari bawah tanah. Setiap satu penghalang automatik beratnya suku tan. Tiada kenderaan
50
51
berat yang boleh melanggarnya dan boleh selamat daripada melambung dan terbalik. Keseluruhan Adikuasa merupakan pemandangan padang, hutan terancang, bukit dan tasik yang dikelilingi pagar elektrik setinggi sepuluh meter dengan kawalan 24 jam. Jalan masuk bukan taktikal, iaitu jalan masuk golongan pekerja dan pembekal dari Sarang ialah stesen kereta api REL yang dikawal rapi. Di jalan masuk taktikal, yang perlu dilalui oleh anggota Netra, menyaksikan prosedur yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama mengekalkan kemurnian Adikuasa. Gelang data elektronik Dex dimbas dan ia mempamerkan fail maklumat lengkap Dex pada pegawai keselamatan yang bertugas. Kenderaan dan tubuh Dex menjalani pemeriksaan penuh. Selepas itu, dia meneruskan penunggangan masuk ke dalam wilayah Adikuasa, ke arah lokasi pertemuan yang telah dijanjikan oleh Ingenieur Malek. Dex melepasi tasik dan lampu-lampu hiasan yang menyerungkupi pohon-pohon besar lagi tua. Langit Adikuasa tidak pernah gelap, tidak seperti Sarang yang digelapkan di waktu malam demi menjimatkan penggunaan tenaga. Warga Adikuasa tidak boleh melihat bintang seperti penghuni Sarang. Tapi, siapa yang perlu melihat bintang bila hidup mereka bagai dipijak dengan kasut but? Dex berbisik kepada dirinya sendiri. Di satu gazebo berlampu, nampak susuk tubuh seorang lelaki pertengahan umur sedang berjalan mundar-mandir. Sebuah kereta hitam, dempak dan cantik diparkir di tepi gazebo. Dex memberhentikan motosikalnya. Dia tanggalkan helmet dan berjalan ke arah Ingeniuer Malek yang sedang menunggu di bawah gazebo. “Kau dapat benda tu?” Ingenieur Malek bertanya tanpa membuang masa.
51
52
“Ini dia, tuan,” Dex menghulurkan rantai besi dengan loket yang juga diperbuat daripada besi ke dalam tapak tangan Ingenieur Malek. Loket itu bersaiz kepala sudu. Ia berbentuk air mata, dengan lima tapak untuk batu perhiasan yang sudah kosong. Ukiran halus bermotif tumbuhan menjalar menghiasi keseluruhan loket tersebut. Jelas yang loket dan rantai itu tidak mempunyai nilai daripada segi bahan. “Ia hanya rantai besi,” Dex menyatakan. “Benda-benda penting selalunya murah dan kecil,” Ingenieur Malek menelik loket dan rantai itu dalam terang cahaya lampu, seolah-olah mencari sesuatu. “Bagaimana dengan sasaran?” Ingenieur Malek bertanya setelah dia memasukkan rantai berloket itu ke dalam plastik beg lutsinar yang dimeteraikan secara kedap udara. “Dia tak tahu siapa dirinya yang sebenar,” Dex melaporkan. “Maksud kau?” “Dia bukan seperti yang tuan gambarkan.” “Apa yang dia buat?” “Dia tolong kaki rel yang menolongnya. Dia - baik. Dia sangat berperikemanusiaan.” Ingenieur Malek mengangguk dengan kerut di dahi. “Netra boleh tangkap sasaran di Menara, ketika dia sedang bekerja.”
52
53
“Tidak, Dex. Kita akan biarkan dia bawa Netra ke Tebing. Di sana, kita hentikan perkara ini dari tempat permaisuri bersemayam hingga ke kepala busut.” “Baik, tuan.” “Tunggu arahan seterusnya,” Ingenieur Malek menamatkan temujanji. “Tuan,” Dex bersuara. “Hmm?” Dex perasan yang Ingenieur Malek menjawab dengan acuh tak acuh, seolah-olah lelaki itu tidak menyangka yang dia akan berbicara dengannya tanpa dia berbicara dahulu. Tetapi soalan yang berlegar dalam kepalanya itu sangat penting, Dex perlu bertanya. “Kaki stesen rel itu - kenapa dia dipilih?” Ingenieur Malek mengangkat muka. Dex menunggu. Ada sesuatu dalam mata Ingenieur Malek yang menunjukkan soalannya telah menjentik akal adijurutera itu dan langsung membuatkannya teruja untuk memberikan penjelasan. “Sistem yang aku cipta adalah sistem yang sedar sepenuhnya. Sistem ini telah memilih penjaga stesen REL itu atas analisa data yang rumit yang aku sendiri tidak tahu atau sedar. Data yang terlalu banyak sehingga ia tidak mampu diuruskan oleh otak manusia, walaupun kumpulan itu terdiri daripada ratusan penganalisis data dan sepasukan pakar pelbagai bidang. Sistem Integrasi telah memilih kaki stesen rel itu kerana jadual kerjanya, rekod pergerakannya, sejarah asal-usulnya, penglibatannya dalam permainan Integ
53
54
dan laporan yang dibuat olehnya setiap kali selepas syif kerja. Aku pun tidak kenal akan individu yang kau sebut ini. Tapi, aku percaya pada sistem ini seratus-peratus. Integrasi telah membuat pilihan. Percayalah, yang kaki stesen ini akan membawa Netra kepada penyelesaian masalah.” Dex mengangguk faham. “Menarik bukan? Sistem ini.” “Ya, tuan Ingenieur.” “Dan kau adalah sebahagian daripada pertahanan Integrasi,” Ingenieur Malek menepuk bahu Dex sebelum bergerak menuju ke keretanya. Perbualan mereka tamat. Dex dihantar oleh kemudahan logistik Netra, sebuah jip tentera kembali ke stesen 50, tempat dia tinggal. Dex menyaksikan keindahan Adikuasa buat pertama kalinya dengan sempurna. Di tengah-tengah tasik terdapat pancuran air berwarna-warni. Di satu presint, tersergam sebuah bangunan tinggi memanjang bertingkat-tingkat. Dinding bangunan itu diselaputi dengan lampu berwarna-warni yang bertukar warna pada setiap beberapa saat. Ia sebuah gedung membeli-belah, berdasarkan nama yang terpapar di atas bangunan Diwangsa. Jalan-jalan di Adikuasa adalah jalan berturap yang luas dan tepiannya adalah rumput menghijau yang di atasnya rimbunan pokok bunga dan pepohon rendang. Rumah-rumah besar Adikuasa lengkap dengan halaman hijau dan lampu warna-warni yang dipasang di atas tanah. Setiap rumah mempunyai kolam renang peribadi yang menyinarkan cahaya berwarna biru terang daripada dasarnya. Ada poket-poket alami yang tenang dalam halaman rumah-rumah itu, Dex boleh membayangkannya, dengan air 54
55
air terjun buatan dan kolam ikan. Dia boleh duduk di dalam salah satu taman di sebuah rumah di Adikuasa buat seratus tahun lagi dan dia tidak akan pernah merasa bosan. Angin akan bertiup pada mukanya dan dia akan mendengar bunyi burung-burung berkicau. Ketenangan itu dia tidak akan dapat daripada kubikel kelabu dengan cahaya lampu kalimantang dan sistem perpaipan yang berdengung daripada kubikel anggota di tingkat atas. Degungan Sarang tersebar sepenuhnya ke dalam konkrit dan besi keseluruhan kompleks itu. Dex tidak membuka tingkap kenderaan. Tidak. Dia tidak mahu kelihatan seperti orang yang tidak bertamadun. Dex telah merasa angin Adikuasa dan ia tidak seperti udara pengap Sarang. Angin Adikuasa buat dia menangis dan dia tidak mahu kelihatan terganggu di mata anggota sepasukan. Matahari pagi menampakkan diri dari belakang bukit bukau di seberang tasik
Adikuasa.
Ia
cahaya
keemasan
yang
menyirami
baldu
hijau
berselimutkan embun di Adikuasa. Jam 7.00 pagi. Celakalah mereka yang telah menikmati keindahan tetapi tidak dapat memilikinya, Dex menyumpah dalam hati. Satu hari nanti, Dex, setelah kau membuktikan yang kau layak menjadi warga Adikuasa, aku akan bawa kau masuk ke sini. Itu adalah janji Ingenieur Malek. Dia pegang janji itu. Kenderaan rasmi Netra itu meninggalkan Dex keseorangan dengan sebal di kepalanya di stesen untuk pekerja Adikuasa, stesen 1. Dex masuk ke dalam stesen, kembali ke dalam terowong-terowong gelap dan tangga-tangga berpusing-pusing. Dex akan kembali ke markas Netra dalam dunianya yang
55
56
kelabu Sarang. Dia akan berbaring di atas katil sesempit keranda yang bercantum dengan dinding di dalam satu bilik yang tidak bertingkap, setelah dia menelan sebiji lagi ubat penahan sakit.
56
57
7
Ingenieur Malek tidak puas tenggelam dalam pemandangan di luar lobi Mahligai Pengerusi walaupun pemikirannya diusik gawat. Langit Adikuasa cerah pagi itu dan cahaya tumpah dengan lembut pada lembah berumput. Malek nampak dahan pepohon bergerak ditiup angin yang berhembus daripada permukaan tasik yang membiru. Walaupun matahari segan pada tengahari itu, Adikuasa nampak cerah dan enak cuacanya. Hari ini adalah hari yang indah untuk berkelah di tepi tasik, di mana dia akan dilindung awan dan ditenangkan oleh pujukan angin. Angan-angan dan kerisauan bercampur-baur dalam fikiran Malek sedang dia duduk di kerusi santai berlapik baldu mewah di lobi Mahligai. Dia sedang menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik telekonferens Pengerusi. Walaupun keadaan di luar bangunan berangin, ruang dalam dewan Mahligai berhawa dingin pada tahap santak. Lantai dewan itu diperbuat daripada marmar bercorak geometri inspirasi Timur Tengah berwarna biru muda dan dilapik permaidani halus bercorak etnik. Perabot jati dilapik dengan kusyen corak batik. Semuanya tentang ruang itu menayangkan ciri-ciri estetika tamadun sebelum zaman Bah, penuh kebudayaan dan tradisi. Ingenieur Malek memerhatikan barisan potret lelaki-lelaki tua tersenyum senang dalam 57
58
bingkai kayu jati yang sudah hitam dan purba di susun sebaris di dinding lobi. Sarang akan memastikan sejarah gemilang Nusa Bah diteruskan. Lamunan Ingenieur Malek terhenti apabila dia mendengar letap-letup tumit kasut yang sedang berjalan ke arahnya. “Tuan, Pengerusi akan bercakap dengan tuan sekarang. Sila ikut saya,” kata penyambut tetamu, seorang lelaki muda yang kulitnya licin kesan penjagaan yang rapi dan rambutnya berkilat akibat dandanan. “Bapa kamu apa khabar?” Ingenieur Malek bertanya kepada lelaki muda yang berbadan sasa itu, kesan dibentuk oleh senaman dan penggunaan peralatan. “Dia baik.” “Masih di pejabat korporat?” “Ya.” “Tahniah dapat berkhidmat di Adikuasa.” “Terima kasih.” Jawapan ringkas tanpa rujukan ‘tuan’ itu mengisyaratkan lelaki muda itu tidak selesa dengan perbualan mereka. Apa yang ada dalam fikiran budak-budak tidak sedar untung ini Malek tidak tahu. Mereka tidur lena atas usaha kerasnya di Sarang. Jika satu hari nanti, jika tuah mereka berubah, Ingenieur Malek akan kerah budak-budak elit yang cukup khasiat dan berbadan sasa secara estetik ini untuk bekerja sebagai anggota Netra. Baru mereka tahu rendah tingginya langit Sarang. Pintu bilik telesidang Mahligai Pengerusi terbuka. Seorang perempuan yang kurus dan tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian sut lelaki yang
58
59
kemas mengikut bentuk tubuh keluar. Perempuan itu mengenakan kaca mata hitam, Malek tidak boleh melihat riak wajah wanita tersebut. “Sila masuk, tuan Ingenieur,” ucap lelaki muda itu sambil membuka pintu tebal cantik berukir yang bertanda ‘masuk’. Perempuan itu terhenti langkahnya, menanggalkan kaca mata hitam dan mengatur langkah pantas ke arah Malek. “Tuan Ingenieur,” perempuan itu berkata sambil menanggalkan kaca mata hitam. “Ya?” “Saya bertuah akhirnya dapat berjumpa tuan,” perempuan itu berkata, sambil memberikan tunduk hormat. “Saya telah kaji semuanya tentang Sarang. Saya mengagumi kerja tuan.” “Saya sibuk. Terima kasih,” kata Ingeniuer Malek, meninggal perempuan itu dan masuk ke dalam bilik telesidang. Ingenieur Malek tidak gemar pengkagum. Baginya, mereka semua mahu sesuatu daripadanya, tanpa mempunyai keberanian untuk melakukan apa yang dia telah lakukan. Di dalam bilik telesidang, Pengerusi duduk membelakangkan dinding yang keseluruhannya diperbuat daripada kaca. Kamera yang merekod sidang mesyuarat akan menangkap keindahan pemandangan yang mengelilingi Mahligai, menampakkan lembah menghijau, tasik membiru dan pohon-pohon yang subur. Pemandangan yang menghijau dan subur itu akan menjadi pujian rakan sejawat Pengerusi daripada seluruh dunia. Tanggapan yang tidak terungkap tetapi jelas ialah: kebijaksanaan Pengerusi telah berjaya membawa Nusa Bah mengharungi zaman Bah dengan cemerlang. Yang sememangnya
59
60
benar, kata Malek dalam hati, dengan adanya Sarang. Dan Sarang adalah ciptaannya. “Kau tak perlu pun susah-susah datang ke mari,” Pengerusi menegur Ingenieur Malek dengan cara yang paling tidak menggalakkan tapi Malek tidak ambil hati. “Perkara ini sulit.” Sebenarnya, Malek rindukan rumahnya di Adikuasa. Di Adikuasa dia jauh daripada bunyi dengungan Sarang yang datang dari mesin-mesin janakuasa yang bekerja dua puluh empat jam. Rumahnya di Adikuasa tidak mempunyai
sistem
perpaipan
berkait
dengan
puluhan
tingkat
yang
memberikan dia perasaan cemas paip kubikelnya akan pecah. Itu akan meranapkan kekuatan rapuh dalam dirinya apabila dia berada di Sarang. Bunyi sisa dan air dari tingkat atas unit peribadinya di Menara sentiasa membuatkan dia cemas. Di Adikuasa tiada dengungan, tiada bunyi yang membuatkan dia rasa cemas. Bunyi di Adikuasa ialah deru angin dan keheningan. Di Sarang, kereta api REL berhenti di tepi tingkap Menara. Di Adikuasa, kereta api REL yang membawa pekerja berhenti jauh daripada kediaman penduduk. Ia tidak didengar dan tidak kelihatan. Perkhidmatan kereta api REL kemudiannya disambung oleh gerabak-gerabak bertenaga elektrik yang mesra alam untuk ke gedung Diwangsa, stesen tenaga, kebun-kebun dan kompleks-kompleks korporat. Ya, Malek suka sangat untuk kembali ke Adikuasa setelah tamat tugas di Sarang. Dia suka benar untuk pulang ke Adikuasa atas sebab-sebab yang kecil. Tetapi kali ini, dia benar-benar perlu bercakap secara bersemuka dengan Pengerusi. Pengerusi kelihatan tidak selesa. Lelaki itu kembung
60
61
umpama belon yang ditiup. Dagunya bercantum dengan leher, dan kedua-dua tangannya umpama dua kusyen kecil. “Pengerusi nampak tidak selesa.” “Lutut sakit.” “Jaga pemakanan, Pengerusi.” “Bagus betul produk Integ yang baru. Anak aku suka,” Pengerusi menukar tajuk perbualan. “Yang mana satu, Pengerusi?” “Koloni perlombongan angkasa.” “Tentunya. Yang berada di Adikuasa suka yang gelap. Yang di Sarang suka fantasi merentas benua Eardha. Mereka sukakan pokok-pokok, air terjun yang ada pelangi, sungai, pantai dan lautan yang tenang.” “Begitu.” “Anak Pengerusi ambil set Invi Inklusif?” “Tidak. Itu terlalu - muktamad.” Set Invi Inklusif merangkumi satu pepijat yang ditanam di tengkuk pengguna, dua speaker halus yang ditanam pada cuping telinga dan satu mikrofon yang ditanam di bawah bibir. Pengguna akan menggunakan kanta lekap untuk menerima paparan imej permainan. Set Invi yang lebih mahal datang bersama sut simulasi dan juga exoskeleton berkuasa di mana pengguna dapat mengalami aktiviti berjalan, berlari, melompat, terbang dan terjun dalam ruang kubikel masing-masing yang terhad. Semuanya datang dengan pakej pembayaran kredit mudah. “Kita ada masalah.” “Apakah masalahnya?” Pengerusi bertanya.
61
62
Ingenieur Malek menceritakan apa yang telah terjadi dalam masa enam jam yang lepas iaitu percubaan untuk membunuh Integ. Integ adalah parap kepada Inisiatif Teknologi Gaming, sistem yang menjaga Sarang supaya berfungsi tanpa gangguan. Integ menenangkan penghuni Sarang dengan memberi mereka fantasi. Ia menjadi sebab untuk mereka meneruskan kehidupan. Ia menjadi mekanisme mengatasi tekanan dan keletihan bekerja. Secara rinkas, Malek menerangkan bagaimana satu aktiviti subversif sedang berlaku di Tebing. “Tebing mengancam kestabilan Sarang. Ia tempat di mana pekerja Sarang melarikan diri daripada Integrasi. Integrasi adalah satu-satunya benda yang membuatkan kewujudan Sarang diterima golongan pekerja. Integrasi adalah benda yang membolehkan kita mengawasi semua perkara yang berlaku dalam Sarang. Tiga unit Integ telah dinyahaktif. Jika gerakan ini dibiarkan, kita akan kehilangan pekerja.” Pengerusi terdiam sejenak. Lelaki bermisai kelabu itu meletakkan buku jari tangan kanan di pangkal hidung. “Semua ekosistem akan mengalami entropi. Aku bercakap dalam istilah sains yang dipermudahkan. Harap kau tak ketawakan aku,” Pengerusi berkata. “Tidak. Silakan, Pengerusi.” “Orang keluar daripada sistem, masuk ke celah-celah rekahan, mencipta sistem yang baharu - itu adalah perkara lazim.” “Konglomerat telah membelanjakan terlalu banyak sumber untuk membina Sarang. Kita tidak boleh membiarkan Sarang mereput atas sebab
62
63
teknikal. Apabila Integrasi terhenti, pekerja Sarang akan merusuh. Kekal dan stabilnya fungsi Sarang adalah keutamaan,” Malek menegaskan. “Aku tak kata yang aku tak setuju. Apa yang Ingenieur mahu?” “Masyarakat Tebing mesti dibawa balik ke Sarang. Mereka akan kembali bekerja untuk Sarang. Mereka asalnya adalah penghuni Sarang. Aku tak tahu berapa ramai yang ada di Tebing, tapi itu semua tenaga buruh Sarang.” “Aku ada idea yang lebih baik,” Pengerusi memotong. “Apa dia, Pengerusi?” “Tebing ialah petempatan haram, betul?” “Ya.” “Jadi apa sebenarnya Tebing?” Pengerusi menyoal. Ingenieur Malek menerima isyarat itu dengan jelas. “Ia tidak wujud. Ia tak pernah wujud,” Pengerusi memutuskan. Ingeniuer Malek mengangguk. “Uruskan perkara ni. Gunakan Netra sepenuhnya. Bukankah itu fungsi Netra? Untuk menguatkuasakan undang-undang dan hukuman di Sarang.” “Bagaimana dengan tenaga pekerja, Pengerusi?” “Generasi baru akan menyusahkan kita semua. Siapa yang nak uruskan bayi dan anak kecil dari petempatan haram sedangkan kita sedang menunggu generasi terakhir bersara sebelum Sarang sedia untuk automasi penuh?” Ingeniuer Malek harus mengakui yang Pengerusi sangat berani membuat keputusan dan percaya seratus-peratus dengan kejayaan Sarang
63
64
pada masa hadapan. Malek mengangguk. Semuanya jadi sangat mudah setelah diluahkan oleh Pengerusi. “Siapa yang menjadi kekuatan kau? Sebagaimana kau menjadi kekuatan aku, Malek.” Kata-kata Pengerusi membuatkan hati Malek terpujuk. “Aku ada seorang panglima.” “Kau rasa yang dia penting.” “Dia impikan tempat dalam Adikuasa.” Pengerusi mengerutkan dahi. Kemudian lelaki itu berkata rentak yang perlahan. “Apa yang panglima kau lakukan adalah lumrah kerjanya. Kau perlu yakinkan panglima ini yang dia adalah yang paling berharga. Katakan padanya ini kali pertama dalam sejarah yang Netra melaksanakan misi penghapusan petempatan haram. Ramai lagi pekerja macam panglimamu sekarang akan muncul. Tetapi mereka hanya berfungsi dengan baik dalam Sarang. Kita mesti pelihara kemuliaan Adikuasa. Sebab itulah, Sarang wujud. Sebenarnya, kitalah yang menyelamatkan penghuni Sarang.” “Tidak untuk seorang lagi?” “Kau tak boleh selamatkan semua orang.” Lelaki muda anak pegawai tinggi di satu pejabat korporat Adikuasa masuk membawa dua cawan teh. Pengerusi menjemput Ingenieur Malek untuk minum. “Kerja lebih masa malam ni, Ingenieur. Kita bina Sarang sama-sama. Kita akan buat apa saja untuk melindunginya,” kata Pengerusi.
64
65
Ingenieur Malek kembali ke Menara dengan dihantar oleh kenderaan taktikal Netra. Seluas mata memandang, di atas lebuhraya dia nampak Nusa Bah yang tenggelam dek air. Pemandangan itu nampak indah di mata. Ufuk hanya satu garisan nipis antara laut dan langit. Struktur-struktur kecil yang Malek nampak tersusun di permukaan laut dia anggap adalah peninggalan tamadun lampau dan dia tamatkan tanggapannya di situ. Apa sebenarnya struktur-struktur
terapung
itu
dia
tidak
mahu
tahu.
Kejahilan
itu
membahagiakan. Namun, apa yang Pengerusi katakan membekas dalam fikirannya. Kau tak boleh selamatkan semua orang. Yang demikian sukar untuk dia terima kerana dia menciptakan Sarang dan semua sistem yang menyokongnya untuk menyelamatkan semua orang. Semua orang patut berada di Sarang. Tiada sesiapa sepatutnya terjatuh ke dalam celah-celah ‘keretakkan’ Sarang. Kenderaan Netra yang membawa Ingenieuer Malek masuk ke dalam kawasan parkir bawah tanah Menara. Malek turun dan masuk ke dalam lif. Malek naik terus ke tingkat arena latihan anggota Netra. Netra adalah parap kepada Neksus Elit Teknologi-Tentera yang berfungsi untuk mengawal penghuni Sarang yang jumlahnya dua juta orang. Sarang memerlukan satu bentuk pengawasan yang menjamin kepatuhan penghuni kepada sistem dan Netra adalah jawapannya. Untuk mencapai objektif tersebut, kehidupan seorang anggota Netra adalah siri latihan dan pendisiplinan mental dan fizikal. Benar kata Pengerusi, anggota Netra juga adalah pekerja Sarang. Ejen Dex tidak punya tempat di Adikuasa.
65
66
Ingenieur Malek bergerak menuju ke bilik taktikal. Bilik taktikal terletak di bahagian atas arena latihan fizikal, dewan gimnasium yang dilengkapi peralatan halangan, latihan kekuatan dan trek larian, semuanya dalam satu ruang. Ingenieur Malek boleh memerhatikan semua aktiviti dengan jelas dari bilik taktikal. Pandangan Ingenieur Malek tertumpu kepada Ejen Dex yang sedang menjalani latihan. Malek memerhatikan Dex dengan kekaguman dan kekesalan. Malek telah membaca dosier Dex dengan teliti apabila ejen muda itu cemerlang dalam perkhidmatan Netra daripada peringkat percubaan lagi. Tiada sehari pun ada cuti sakit dalam rekod Dex. Dex mendapat markah tertinggi dalam semua ujian fizikal dan mental - seratus peratus. Dex ialah pekerja yang sempurna. Namun, Malek mengesan sesuatu yang ganjil. Markah Dex dalam aspek segi pengurusan emosi menunjukkan kekurangan. Kekurangan itu tidak ketara. Tetapi, bagi seseorang yang memerhatikan data, kekurangan markah dalam pengurusan emosi adalah kekurangan yang ganjil dan menarik perhatian apabila ia dibandingkan dengan skor prestasi fizikal dan mental yang sempurna. Kepada Ingenieur Malek, mungkin itulah adalah faktor penggerak Ejen Dex. Menurut dosier tersebut, Dex datang ke Sarang bersama neneknya. Dex bukan nama sebenarnya. Dua puluh lima tahun dahulu, Dex atau apapun nama sebenarnya, adalah salah seorang daripada pelarian iklim dari Kanchong Laut. Dex dan neneknya telah ke tiba ke Sarang, ketika itu dalam pembinaan fasa awal, dalam eksodus dari kawasan pesisir pantai yang telah tenggelam. Neneknya sudah berusia enam puluh tahun dan tidak cukup kuat untuk menjadi warga Sarang. Masa depan perempuan itu adalah dipindahkan
66
67
ke Pusara dan Dex akan jadi warga Sarang. Seperti mana semua orang lain, keluarga pelarian akan dipisahkan. Keadaan kacau-bilau. Kuasa ketenteraan ketika itu masih berasal dari zaman lama. Konglomerat belum bersedia untuk mendepani tamadun yang berubah. Perempuan tua itu telah membawa Dex lari ke bawah tanah bersama sebilangan kecil rakyat yang menentang sistem baru yang terhasil daripada undang-undang pengurusan bencana. Neneknya telah bawa Dex hidup di jalanan, atau lebih tepatnya di longkangan dan terowongan, lari daripada pihak berkuasa yang akan memisahkan mereka. Tapi mereka tidak bertahan lama, tentera proto-Netra berjaya memberkas semua pelarian. Mereka dimasukkan ke dalam bahagian atau industri masing-masing dan membentuk Sarang seperti mana sekarang. Hakikat yang dosier tersebut mempunyai perincian yang sedemikian membuatkan Malek gerun. Maknanya, pembuat dosier telah menemuramah sama ada Dex atau neneknya. Bayangkan, seorang kanak-kanak yang kelaparan dan ketakutan, dipaksa untuk menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya. Dex bukan sebatang kara datang ke Sarang. Ia berakhir dengan Dex dan neneknya dipisahkan. Sarang tidak mempunyai ruang untuk keluarga. Dex telah masuk ke dalam Sarang dan dilatih untuk menjadi anggota Netra. Pada peringkat awal, ia adalah tindakan rawak yang hanya berlaku atas faktor genetik. Dex adalah kanak-kanak yang kuat, yang tidak sakit walaupun dia tinggal merempat di dalam kolong bawah tanah bersama neneknya selama berbulan-bulan. Penulis dosier itu, siapa pun dia telah memastikan fakta-fakta kecil yang pelik tapi penting dicatat dan disimpan. Malek yakin bahawa dosier seperti ini adalah bahan-bahan sejarah yang baru dalam tamadun ini.
67
68
Ingenieur Malek mendekatkan pandangan di skrin kamera lintas pintas yang memantau latihan anggota Netra. Dari atas, Malek melihat bagaimana Dex menghentam anggota sepasukannya ke lantai. Ingenieur Malek menghidupkan siaran suara daripada sesi latihan yang dia sedang saksikan. Malek boleh dengar apa yang dicakapkan sepanjang latihan. “Relakslah,” regu latihan Dex berkata apabila dia sudah terbaring di lantai dan Dex masih mahu terus memukulnya. Dex menggelengkan kepalanya. Anggota itu mendengus sambil berguling dari bawah Dex dan mengundurkan diri daripada arena. Dex tinggal keseorangan, macam anjing yang rimas dirantai. Malek dengan mudah mendiagnosakan yang Dex mengalami gangguan personaliti separa. Tetapi siapa peduli tentang masalah mental dalam dunia yang sedang ditenggelami lautan? Sikap Dex yang cenderung bersaing, cemburu dan taksub menjadikan dia terkehadapan daripada anggota sejawat. Dex mahu menang dalam semua benda. Semua perkara adalah pertarungan hidup mati baginya. Malek perasan akan hal itu apabila Dex bertemu dengan penjaga stesen REL yang membantu Savi. Dex telah menyoal kenapa penjaga stesen REL yang dia anggap lebih rendah kedudukannya itu penting. Malek faham yang Dex merasakan penjaga stesen itu adalah lawan yang perlu dihapuskan. Itu adalah hasil yang diharapkan oleh Ingenieur Malek. Pada pengakhiran misi ini, penjaga stesen REL itu akan yang membawa Integrasi kepada Savi dan Aagya atas sebab kelemahannya dan akan dimusnahkan oleh Dex. Dex akan pastikan itu terjadi kerana dia menghormati kuasa. Dex mahu naik ke puncak kuasa dengan apa cara sekalipun. Dalam organisasi seperti Netra, Sarang dan Adikuasa, seseorang yang suka bertanding seperti Dex akan terpaksa mengikut tingkat dan
68
69
peraturan, dan itu menjadikan dia mempunyai kepatuhan yang luar biasa. Dalam dunia yang lazim, lima puluh tahun dahulu, anggota seperti Dex akan maju dalam organisasi selayaknya. Tetapi ini bukan zaman lazim. Pengerusi telah mengingatkannya. Semua benda apa tempatnya sendiri. Pekerja seperti Dex tidak akan pernah boleh maju walaupun dia berhempas-pulas dengan nyawanya sekalipun. Kerana di atas sana, ada anak seorang konglomerati sedang membancuh teh untuk maju ke tampuk kuasa. Siren berbunyi. Ia bunyi kuat yang mencemaskan. “Apa yang sedang berlaku?” Begitu terganggu Ingenieur Malek dengan hasil perjumpaannya bersama Pengerusi yang dia terpaksa bertanya kepada jurutera data. “Pusara telah minta satu misi persaraan ke tiga lokasi. Saya telah meluluskan operasi itu, tuan, mengikut prosedur lazim. Apa arahan tuan untuk Savi?” Jurutera data itu bertanya. “Tunjukkan saya visual pekerja itu,” Ingenieur Malek mengarahkan. Terpampang imej pekerja yang dimaksudkan sedang duduk di kebuk pemateriannya, dengan beratus-ratus komponen alatubah beratur di atas tali sawat menuju ke arahnya. “Savi ada di stesennya, tuan. Dia sedang bekerja.” Puas hati dengan imej itu, Ingenieur Malek membuat keputusan strategik. “Biarkan dia. Bila tiba masanya, dia akan bawa kita ke Tebing dan pada waktu itu, Netra akan bertindak,” Malek berkata.
69
70
8
Jim terjaga daripada tidur dengan sakit berdenyut-denyut pada seluruh badan. Tubuhnya terbaring kaku. Pada ketika itu juga, Jim diingatkan kepada peristiwa yang telah terjadi awal pagi hari ini. Jim angkat lengan kanannya yang sebal untuk melihat masa pada gelang data. 7 malam. Dia telah tidur selama dua belas jam. Itu tempoh paling lama Jim pernah tidur dan dia telah terjaga bukan kerana mimpi buruk, tetapi akibat sakit dan lapar. Fikirannya berputar mengenangkan apa yang dia telah melaporkan di stesen mengenai kejadian ragut kepada pegawai atasannya. Jim telah diberikan cuti sakit selama 48 jam. Dia sepatutnya sudah pulih dalam tempoh masa itu dan sudah bersedia untuk bekerja pada pagi Rabu. Jim mandi. Lukanya tidak berdarah, tetapi jahitan masih basah. Jim telan ubat penahan sakit dan antibiotik dengan perut kosong kerana dia hanya ada air dalam botol di kubikelnya. Jim mengenakan pakaian dengan
70
71
berhati-hati. Pakaian seragamnya dia anggap sudah tidak boleh lagi dipakai dan dia akan mengkreditkan pakaian seragam baru bila dia kembali ke stesen Rabu nanti. Tapi sekarang, Jim berniat untuk mencari Savi. Walaupun kejadian malang di stesen berlaku dalam gelap, dia sendiri nampak rantai yang diragut oleh pencopet itu adalah diperbuat daripada besi dan tidak mempunyai nilai. Kenapa peragut itu dengan beraninya mencederakan penjaga stesen kereta api REL hanya kerana seutas rantai dan loket besi? Siapakah sebenarnya peragut itu? Siapa sebenarnya perempuan yang bernama Savi ini? Kenapa Savi turun di stesen Menara dua jam lebih awal daripada masa operasi industri di Menara bermula sedangkan Savi tinggal di unit kubikel dalam Sarang 50? Savi sepatutnya tidak perlu menaiki kereta api untuk ke Menara. Dia hanya perlu berjalan kaki dari Sarang 50 terus ke Menara. Adakah sebenarnya Savi telah menaiki kereta api dari stesen yang lain? Adakah Savi menaiki kereta api yang pertama beroperasi pada jam 5 pagi dari stesen entah mana dan sampai ke stesen Menara pada jam 5.30 pagi? Persoalan
demi
persoalan
bertali
arus
dalam
pemikiran
Jim.
Pergerakan seorang pekerja yang terkeluar daripada kelaziman aturan Sarang dan kemudian menyebabkan keselamatan pekerja itu sendiri terancam adalah gangguan terhadap operasi Sarang. Sarang sendiri membawa maksud Sistem Aturan Rangkaian Gerakerja. Sarang adalah mempunyai aturan yang perlu dipatuhi supaya operasi pusat industri berjalan lancar. Apa yang JIm saksikan dan lalui empat belas jam yang lepas adalah ancaman kepada Sarang. Ancaman kepada Sarang adalah ancaman kepada Nusa Bah. Penjaga stesen rel adalah penjaga pekerja yang merupakan nyawa Sarang. Perasaan ingin
71
72
tahu Jim tentang sebab-musabab kejadian ragut awal pagi itu membuak-buak dalam dadanya. Jim isi beg kecil dengan botol air yang baru. Meletakkan beg itu pada rusuk kanannya kini menjadi satu kesukaran, jadi dia letakkan di dada sebelah kiri. Jim pakai jaket yang mempunyai pelindung kepala. Jim mengambil telefon bimbit dari tempat pengecas. Dia mendapati yang dia mempunyai lima panggilan tidak berjawab. Semuanya daripada Paman Teguh. Jim terus menekan butang panggilan. Paman berada di talian. Paman bertanya khabar. Jim tidak tergamak memberitahu apa yang telah terjadi kepadanya sedang dia masih belum memproses apa natijah peristiwa itu. Jim belum bersedia untuk berkongsi. “Saya baik, Paman. Saya kerja lebih masa malam tadi,” Jim menerangkan dengan memaksa suaranya supaya mempunyai nada ceria dan bertenaga. “Paman ada tinggalkan makanan di pintu. Kalau ada rezeki kamu, ia masih ada di situ. Harapnya masih elok,” Paman memberitahu. “Terima kasih, paman. Nanti saya tengok. Kalau saya tak singgah ke kilang, paman janganlah risau. Saya ada urusan kerja yang rumit sehari dua ini.” “Rumit? Rumit bagaimana?” “Tidak, Paman. Biasa-biasa saja. Kerja di stesen sememangnya rumit,” Jim berkata, cuba membebat kerisauan Paman.
72
73
“Baiklah.
Kalau
kita
tak
berjumpa,
Paman
ucapkan
selamat
menjalankan tugas.” “Baik, Paman. Selamat juga.” Ada sesuatu yang berat dalam kata-kata Paman, tetapi Jim menyifatkannya sebagai kesilapan memilih perkataan. Jim buka pintu kubikelnya. Ada satu bungkusan plastik merah jambu tergantung di pemegang pintu. Jim ambil plastik itu dan mengeluarkan sebungkus makanan berbentuk piramid yang dibalut kertas dan daun pisang. Jim letak bungkusan itu di atas meja tempat dia membaca dan dia tarik kerusi untuk duduk. Dia buka bungkusan kertas dan daun pisang. Di dalamnya, berkilat dengan kanji dan gula, ialah pulut berinti kelapa gula merah yang harum baunya. Dia teringat barang-barang yang Paman Teguh dapat sebagai pertukaran dengan orang yang Teck bawa dengan lori kilang. Jim menghadap hidangan itu dengan penuh insaf. Dia membayangkan betapa rumitnya proses menyediakan kuih tersebut. Tapi, Paman ingat padanya dan telah memberikan sebungkus kepadanya. Setelah membasahkan tekak dengan sebotol air yang dia keluarkan daripada kotak set dua puluh empat botol, Jim mencubit bahagian bergula pulut inti dan menyuapkannya ke dalam mulut. Hampas gula merah mencair dahulu. Rahangnya jadi kaku seketika, apabila derianya dilanda rasa yang menenangkan. Kemudian dia mengunyah pulut yang lembut liat dan masin manis perlahan-lahan. Air matanya jatuh ke pipi. Jim menyeka air mata yang menitik di pipi, takut ia masuk ke mulut dan mengganggu rasa makanan yang dia sedang nikmati. Setelah semua rasa makanan itu hilang daripada lidahnya, dia teguk lagi air dalam botol. Barulah dia memasukkan lagi satu
73
74
suapan ke dalam mulutnya. Dia mahu rasa kuih pulut inti kekal selama-lamanya di dalam mulut kalau boleh. Akhirnya, makanan itu habis, tenggelam dalam perutnya. Semua kesakitan pada tubuhnya bagaikan hilang. Jiwanya pulih, semangatnya kembali.
9
Awak OK? Suara itu datang bersama riak cemas pada wajah yang basah dengan peluh. Suara itu, terdesak dan ketakutan pada waktu yang sama tetapi berani dan yakin, diluahkan seolah-olah penuturnya sedang berlari ke dalam pelukan takdir. Savi boleh nampak wajah sang penutur begitu dekat, seolah-olah dia boleh menyentuhnya. Dia hafal bentuk kening dan batang hidung dan mata nipis wajah itu. 74
75
Savi membuka matanya. Ia hanya mimpi. Namun, wajah itu dia masih ingat. Buat pertama kali wajah seseorang muncul dalam mimpinya yang selama ini adalah sensasi dia dihurung serangga. Savi menyedari yang dia telah bermimpi sambil berdiri dalam gerabak kereta api rel. Dengan mudah dia boleh tidak sedarkan diri begitu sahaja. Penjaga stesen REL Jim, dengan matanya yang tipis, rambut hitam dipotong pendek kemas, hidung setongkol bawang dan bibirnya yang tebal berada dalam fikirannya untuk beberapa ketika. Selepas itu, Savi diganggu oleh keadaan di stesen. Penglihatannya menangkap paparan digital di seluruh stesen yang menunjukkan masa 11:00 malam. Savi berazam untuk bersegera malam ini. Dia mempercepatkan langkah untuk mengelak daripada gangguan seperti apa yang telah terjadi awal pagi tadi. Savi mengambil jalan yang sama dia ambil malam semalam untuk keluar dari stesen Sarang 99, stesen Sarang yang terakhir dalam lingkaran sistem REL yang beroperasi sembilan belas jam sehari itu. Dia rasa selamat kerana tidak seperti semalam, masih ramai lagi pekerja yang berada di jalanan sedang bergegas pulang ke kubikel masing-masing untuk kembali ke semesta yang Integ telah bina untuk mereka. Savi mengatur langkah dengan deras, hampir dia berlari anak, tubuhnya yang kecil molek bergerak pantas. Savi berjalan cepat melepasi blok-blok pencakar langit Sarang 99 dan kompleks Sarang 100 yang gelap keseluruhannya dan dihadang dengan dawai concertina berduri. Dia tidak singgah di mana-mana. Savi berlari anak melewati blok terakhir Sarang 100. Dengan mudah dia memanjat dan melepasi satu pagar besi setinggi 2 meter seolah-olah dia sudah biasa melakukan kerja memanjat pagar. Savi merasionalkan kejayaannya itu atas
75
76
sebab pagar itu bukan pagar taktikal. Ia sekadar pagar penanda kawasan petempatan, dengan binaan di mana ada tempat untuk dia berpegang dan memanjat. Savi terus berjalan. Dia sampai di bawah binaan tiang-tiang jejambat paling besar di Sarang, iaitu landasan kereta api REL yang membawa pekerja ke Adikuasa. Savi terus berjalan sehingga dia sampai di sebuah padang penuh lalang yang tinggi separas pinggang. Lampu landasan kereta api REL meminjamkan cahaya kepada Savi untuk dia meneruskan perjalanannya. Baki cahaya dari landasan REL membolehkan Savi membaca satu papan tanda berdiri di tengah-tengah padang lalang dengan amaran AWAS! KAWASAN TANAH RUNTUH. Savi meranduk lalang tinggi. Akhirnya, dia ketemukan satu jalan tikus di tengah-tengah padang. Setelah lima minit Savi berjalan atas lorong itu, dia sampai ke sebuah tebing. Bangkai lori, van, kereta dan motosikal tersadai di perkuburan kenderaan tamadun lama. Savi memanjat satu lagi pagar di belakang perkuburan itu dan akhirnya dia berpijak pada satu tebing batu. Di bawah kakinya ialah anak tangga yang dibentuk dengan kasar daripada binaan batu dan konkrit. Di sebelah tangga itu, dibina satu jentera kuno yang terdiri daripada sangkar kayu, takal dan roda. Tiga benda ini dipasang pada binaan berbentuk menara diperbuat daripada kayu dan besi. Ia adalah lif kuno untuk memindahkan barang dari atas, dari dunia Sarang ke dunia Tebing, melalui ketinggian seratus meter. Savi turun dengan berhati-hati, mengimbangi tubuhnya dengan kedua-dua tangan yang memegang batuan di tepi tangga supaya dia tidak menggelongsor ke bawah. Beberapa kali dia terpeleset tapi dia berpaut kepada tepian batu seperti rerumput berpaut pada kaki seluar. Apa yang membuatkan Savi meneruskan langkahnya ialah
76
77
titik-titik cahaya malap yang seolah-olah sedang menunggunya di bawah tebing. Apabila akhirnya Savi bertapak pada tanah rata, dia nampak cahaya pelita dan jamung. Di hadapannya pada pandagan mata kasar ialah bangunan apartmen yang telah dtinggalkan. Keadaan senyap-sunyi. Tetapi Savi tahu banyak mata sedang memerhatikannya daripada tingkap-tingkap gelap dan sudut-sudut tersembunyi di sekelilingnya. “Salam,” Savi mengangkat tangan pada dua orang pemuda yang sedang bermain dam di satu pondok kecil. “Selamat,” dua lelaki itu membalas sapaannya. “Naiklah. Aagya sedang tunggu,” salah seorang daripada mereka memberitahu. Savi mengangguk. Savi memerhatikan halaman tempat tinggal masyarakat yang bernama Tebing itu. Pada jam 1.00 pagi semuanya senyap sunyi dan gelap kecuali kegiatan lelaki-lelaki yang sedang berkawal. Namun begitu, Savi masih boleh nampak bagaimana masyarakat Tebing menjalani kehidupan mereka di siang hari dengan meneliti keadaan sekelilingnya. Binaan-binaan kayu, perabot dan mesin menunjukkan Tebing adalah tempat orang berdagang dan bertukang, walaupun secara kecil-kecilan. Savi nampak barang-barang terbuang sedang dalam proses kitar-terus. Tong-tong plastik, pelet industri dan tayar buruk yang telah diubahsuai tersusun di bawah pondok-pondok kayu untuk di kitar terus. Tidak kurang rancak ialah tapak-tapak semaian yang subur dengan tanaman menjalar dan anak-anak pokok yang sedia untuk dipindahkan ke kawasan penanaman yang lebih besar. Satu industri sedang dijalankan di Tebing tetapi Savi tidak tahu industri
77
78
itu akan diniagakan di mana. Hasil industri yang dia nampak - perabot, tanaman, bahagian-bahagian jentera, bahan binaan - sebenarnya untuk siapa, di mana dan bagaimana ia diperdagangkan? Savi berjalan menuju ke satu blok petempatan paling hadapan yang bertanda dengan huruf A pada dindingnya. Savi menaiki tangga menuju blok apartmen yang didiami oleh Aagya. Dia telah pergi ke apartmen tempat tinggal Aagya sekali. Aagya naik tangga ke tingkat dua. Beberapa orang, semuanya golongan pekerja, sedang duduk menunggu di luar sebuah unit apartmen. Savi mengetuk pintu. Seorang perempuan berambut putih dipotong pendek membuka pintu. “Panjang umur,” perempuan itu berkata. “Ibu,” Savi menegur. Panggilan ‘ibu’ adalah lebih bermaksud sebagai panggilan hormat. Perempuan bernama Aagya. Aagya adalah seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an tetapi tubuhnya nampak segak dan kuat. Perempuan itu kurus dan tinggi, dengan tiada satu gram pun daging atau lemak berlebihan pada tubuhnya. Dari segi fizikal, Aagya kelihatan seperti seseorang yang boleh melaksanakan senaman akrobat pada bila-bila masa. Namun yang membuatkannya nampak tua adalah rambut yang putih keseluruhannya. Aagya mengenakan rompi dengan banyak poket dan seluar jean lusuh berwarna biru. Dia memakai kaca mata yang terlondeh di pangkal hidung dan kaca mata itu disangkut dengan tali di leher. Di sebalik rupa kawasan Tebing dan apartmen yang buruk di luar, ruang di dalam rumah Aagya bersih dan terang. Ia berbau seperti ia telah
78
79
dinyahkuman. Savi dibawa masuk ke dalam satu bilik yang mempunyai bilik air. “Tanggal baju. Bersihkan diri,” Aagya memberi arahan sambil menghulurkan satu beg plastik untuk Savi mengisi pakaiannya. Savi menanggalkan pakaiannya dan membersihkan diri. Apabila selesai, dia diberi satu kemeja T ketat berlengan pendek dan seluar pendek. Aagya memakaikan Savi pakaian perlindungan peribadi yang diperbuat daripada plastik berwarna putih dengan topi dan sarung tangan perubatan. Dari bilik persediaan dia dibawa ke bilik bersebelahan. Di ruang itu, seorang perempuan muda yang juga memakai pakaian perlindungan peribadi sepertinya sedang menunggu. Perempuan muda itu adalah pembantu operasinya hari ini. Di tengah bilik tersebut, seorang lelaki dalam usia lingkungan empat puluhan sedang terbaring menelangkup di atas sebuah katil yang diubahsuai daripada meja urut. Lelaki itu sudah dicukur kepalanya, mendedahkan bahagian belakang leher kepada lampu terang yang dipasang di atas mereka bertiga. “Semalam, kerja kau bagus walaupun pertama kali kau lakukannya. Malam ini, mungkin kau boleh buat dengan lebih cepat,” Aagya berkata. Savi mengangguk. Aagya memegang satu jam randik. Savi menghulurkan tangan kepada pembantunya yang telah pun bersedia dengan satu troli peralatan. “Aku kira masa. Sedia?” Aagya bertanya. “Sedia,” Savi membalas. Aagya memulakan jam randik. Pembantu memberikan Savi satu gumpalan kapas yang telah dibasahkan dengan alkohol. Savi menyapukan gumpalan kapas basah itu ke bahagian belakang leher lelaki yang berada di atas katil. Kapas itu dia buang 79
80
terus dalam tong sampah yang berada di bawah katil. Pembantu menyerahkan sebilah pisau pembedahan kepada Savi. Savi menerima skalpel itu, dan meletakkan bilah itu pada satu parut kecil berbentuk bulat di belakang leher lelaki itu. Dengan pergerakan yang kemas dan tepat, Savi membuat satu torehan sedalam 3mm pada belakang leher lelaki pertengahan umur itu. Lelaki itu menderam dan meronta sedikit secara refleks akibat kesakitan, tetapi tubuhnya telah diikat pada meja urut yang diubahsuai itu. Savi menyambut penyepit yang telah dihulurkan oleh pembantunya. Dengan satu pergerakan yang kemas, dia mengeluarkan satu bebola kecil, sebesar kepala pin penyemat dari belakang leher lelaki itu. Savi meletakkan bebola itu ke dalam dulang besi, dengan bunyi berdenting. Pembantunya membersihkan bebola kecil dengan air dan kemudian ia dinyahkuman dengan alkohol. Bebola itu dimasukkan ke dalam botol kaca berlabel ‘Husin’, yang Savi anggap adalah nama lelaki yang baru menjalani proses pengekstrakan. “15 saat,” Aagya melaporkan. “Tangan kamu, sangat mantap. Ia tak bergoyang sedikit pun. Kalau aku ada tangan seperti kamu, sudah lama aku sendiri yang buat kerja ni,” Aagya berkata. Savi tidak membalas. “Dan kau tak banyak cakap. Kita teruskan.” Pembantu itu membawa Savi ke bilik satu lagi di mana seorang lagi subjek telah bersedia untuk menjalani prosedur pengekstrakan. Savi menukar sarung tangannya dan prosedur yang sama diulang. Prosedur itu dilakukan beberapa kali, dengan subjek disediakan di bilik yang berbeza. Aagya telah menyediakan satu sistem yang efisien dan lancar.
80
81
Savi sedang menjalankan prosedur ke atas pekerja yang keenam, apabila pendengarannya menangkap bunyi bising. Ia suara lelaki-lelaki berteriak. Savi cekalkan pemikiran supaya dia tidak terganggu dengan bunyi bising itu. Savi mendengar Aagya berteriak menyuruh mereka diam dari emper kediamannya. Savi memfokuskan perhatian kepada pekerja yang terakhir. Dia mesti selesaikan kerjanya. Namun begitu, beberapa persoalan terdetik dalam fikirannya. Kenapa sekarang? Kenapa hari ini? Kenapa masa dia berada di Tebing? Savi tiba-tiba didatangi firasat yang bunyi bising itu ada kaitan dengan dirinya. Dentingan pepijat yang terakhir mengisyaratkan yang kerjanya pada malam itu telah selesai. Seorang lelaki berpakaian perlindungan peribadi lengkap menguruskan pekerja yang telah menjalani prosedur pengekstrakan. Lelaki itu membersihkan luka dan mengenakan jahitan tanpa menggunakan jarum pada luka. Kemudian dia menampal perekat luka di belakang tengkuk pekerja. Apabila pekerja telah dirawat dengan sepenuhnya, pembantu kedua itu membuka ikatan pekerja dari meja operasi. Pekerja diberi ubat tahan sakit. Aagya masuk, riak wajahnya menunjukkan dia terganggu. “Ada penceroboh di luar. Namanya Jim. Kau kenal dia?” Aagya bertanya. Savi menanggalkan sarung tangan. Pembantunya menyambut semua pakaian perlindungan yang ditanggalkan oleh Savi. Dia menerpa ke emper kediaman Aagya. Dari emper di mana dia berdiri, Savi nampak seorang lelaki muda sedang mengerekot di atas tanah. Savi memakai semulanya kasut butnya yang dia tanggalkan di luar apartmen. Firasatnya kuat mengatakan
81
82
yang dia kenal lelaki itu. Savi berlari turun ke halaman di mana huru-hara sedang berlaku. Aagya hanya menunggu di emper kediaman sambil melihat semua yang berlaku dari atas. Savi melutut di sebelah lelaki itu. Di sebalik luka dan darah, Savi dapat melihat yang lelaki itu adalah penjaga stesen kereta api REL, Jim. Kemejanya diresapi darah di bahagian rusuk. Jim membuka matanya sedikit dan mengeluh. “Kau OK?” Mengarut betul! Savi merasakan sesuatu dalam kepalanya telah meletus. “Dia bersama saya!” Savi berteriak. Lelaki-lelaki di sekelilingnya memandang ke arah Aagya yang memerhatikan dari emper. “Jangan pukul dia lagi,” Savi merayu. Aagya tidak berkata apa-apa dan nampaknya itu sudah cukup untuk memberhentikan mereka semua daripada meneruskan tindakan ganas mereka. Savi boleh nampak riak pada wajah Aagya yang menunjukkan perempuan itu kecewa dengannya. Aagya menghilangkan diri dari emper. Dalam masa beberapa saat, Aayga sudah berada di kalangan kemelut manusia di sekeliling Jim, sang penceroboh. “Bawa dia naik,” Aagya mengarahkan. Apa yang berlaku seterusnya adalah atas budi bicara Aagya. Jim di bawa naik dan dimasukkan ke bilik pengekstrakan oleh lelaki-lelaki yang telah membelasahnya. Tangan Savi yang cekap, kemas pergerakannya dan tidak goyah umpama tangan seorang pakar bedah, telah menjahit semula luka
82
83
tikaman di rusuk Jim. Dia balut semula luka itu. Dan kini, dengan bantuan Aagya, Jim sedang tidur dibius dengan cecair intravena yang terdiri daripada campuran air suling, gula dan garam dimasukkan ke dalam urat darahnya. Savi tidak tahu bagaimana Jim menghabiskan dua puluh jam yang lalu setelah cedera di tikam di stesen Menara, tetapi nampaknya sekarang Jim betul-betul tidak berfungsi. Dia akan pastikan yang Jim berehat sehingga dia boleh makan dan minum sendiri. Itu sekurang-kurangnya perkara yang dia boleh buat untuk membalas kebaikan Jim terhadap dirinya sebelum ini. Savi nampak Jim mengggerakkan kepalanya. Savi memandang jam dinding. Jim telah tidak sedarkan diri selama sejam. Adakah itu rehat yang cukup baginya? “Dia dah sedar,” Aagya menegur. Savi memandang Aagya. “Teruskan,” Aagya berkata sebelum meninggalkannya untuk bercakap dengan Jim. Jim membuka mata. Lelaki itu nampaknya tidak cemas yang dia berada di tempat baru. “Kau OK?” Savi memulakan sebelum dia mendengar kata-kata yang sama diulang oleh Jim buat kali ketiga dalam tempoh perkenalan 24 jam mereka. Jim menjawab dengan sekadar mengeluh, tanpa kata-kata. “Kenapa kau ikut aku? Ada 2 juta manusia menghuni sembilan puluh sembilan stesen Sarang. Kita tak sepatutnya bertemu lagi,” Savi segera mengasak dengan soalan yang dari tadi menghantui kotak pemikirannya. “Kenapa orang nak curi rantai besi?” Jim menjawab soalannya dengan soalan. “Bodoh. Pencuri kerjanya mencuri.” “Kau tinggal di Sarang 50, tapi kau naik kereta api ke stesen Menara.”
83
84
“Tiada undang-undang yang menghalang aku bergerak dalam Sarang, kan?” “Apa?” Jim bertanya, matanya menipis, seolah-olah kepalanya sakit memikirkan apa yang Savi katakan. “Tidurlah, Jim. Tiada rehat untuk kita bila kita balik ke Sarang nanti.” Savi lihat mata Jim terpejam. Yang dia tahu, semua yang dia katakan pada Jim, Jim tidak akan ingat pun. Savi melihat dada Jim turun naik dengan rentak yang sekata dan dia tahu Jim akan pulih.
10
84
85
Jim tenggelam dan timbul antara mimpi dan dunia sebenar, melihat segala-galanya seperti dia adalah seorang pemerhati yang duduk di hadapan skrin yang bersambung ke sistem kamera litar tertutup. Apabila dia sedar sepenuhnya, Jim mendapati dirinya terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik kecil. Ingatan itu kembali. Dia berada di tempat yang orang di sekelilingnya namakan sebagai ‘Tebing’. Jim menanti Savi di stesen Menara dari jam 9 malam. Selama dua jam menunggu, Jim memerhatikan iklan-iklan pada skrin paparan di merata stesen. Integrasi telah melancarkan produk baru, diberi nama sebagai Invi (Imej & Naratif Virtual) di mana alat pendengaran ditanam dengan selamat di dalam cuping telinga supaya mereka sentiasa dapat mendengar apa yang disiarkan oleh Integ. Implan kelopak mata membolehkan pengguna menyaksikan paparan imej apabila mereka menutup mata. Mereka boleh tidur dan Integ boleh masuk ke dalam mimpi mereka. Sedang mimpi tidak boleh dikawal oleh mesin, permulaan mimpi boleh dibekalkan dan minda pengguna Invi boleh membawa permulaan mimpi itu ke dalam proses tidur mereka. Jim pasti Integrasi sedang giat menjalankan kajian tentang mimpi dan cara untuk memanipulasinya demi mencipta produk baru. Ia sangat menarik, tetapi Jim tidak berminat kerana dunia stesen sudah cukup mencabar baginya. Dia tidak perlukan cabaran palsu yang dibina oleh Integrasi. Jim bersandar di dinding stesen, dengan kepala bertutup baju hujan. Hampir-hampir dia terlepas peluang itu, Jim nampak seorang perempuan kecil molek berdiri di pelantar. Dia perasan akan Savi kerana perempuan itu memakai selendang di leher dan kepalanya masih mengenakan sjaf tiga segi pekerja kilang, sedangkan pekerja kilang lain akan menanggalkan skaf mereka dan memakai pelindung kepala lain atau mempamerkan gaya rambut
85
86
mereka. Savi berdiri di pelantar, bersama pekerja-pekerja lain menunggu kereta api untuk sampai ke stesen 50. Ke mana Savi hendak pergi? Kubikel sewanya berada di Sarang 50, Jim berteka-teki dengan dirinya. Jim bangun dan menyertai gerombolan pekerja di stesen. Apabila kereta api sampai, Jim membiarkan Savi masuk dahulu ke dalam gerabak. Jim masuk kemudian dalam gerabak yang berbeza. Apabila dia sudah berada dalam gerabak, Jim bergerak ke gerabak yang dinaiki oleh Savi. Dia memerhati dari jauh. Dia pasti tidak akan dapat mengekori Savi tanpa disedari jika tidak kerana kemahirannya membuat pemerhatian telah menjadi naluri sebagai seorang penjaga stesen rel. Kereta api yang mereka naiki berhenti di stesen 99, stesen terakhir sebelum ia membuat pusingan kembali ke Sarang buat kali terakhir pada malam itu. Masih ramai pekerja menggunakan stesen pada jam 11 malam. Jim mengekori Savi dari jarak yang selamat. Savi kelihatan hanya fokus kepada destinasinya. Perempuan itu melangkah cekap dan pantas, tetapi Jim mengejarnya dengan langkah yang panjang. Apabila Savi melalui jarak perjalanan yang Jim rasa seperti separuh daripada keluasan Sarang, dia menyesal kerana terpaksa melakukannya dalam keadaan sedang pulih daripada kecederaan. Jim mengalami cabaran yang lebih getir apabila dia menuruni cenuram untuk ke Tebing. Setiap bahagian badannya meraung. Apabila dia masuk ke dalam Tebing, iaitu dengan cara terpeleset setinggi sepuluh meter ke bawah dengan cara yang paling menyakitkan, pengawal malam
petempatan
haram
itu
menyerangnya,
mengheret
dan
menghenyakkannya ke tanah. Jim yakin dia boleh melepaskan diri daripada mereka jika dia tidak cedera. Tangan-tangan kasar mereka menyebabkan
86
87
jahitan luka di rusuknya koyak. Semuanya bertambah buruk daripada situ sehingga di satu tahap dia jatuh pengsan. Sekarang, Jim berada di atas katil besi dengan jarum intravena dicucukkan pada urat lengannya. Namun begitu, keadaan di mana dia sedang dirawat memberi Jim harapan. Masyarakat Tebing tidaklah seratus-peratus tidak bertamadun. Mereka hanya benci penceroboh. Mereka tidak lagi memukulnya apabila dia sudah berada dalam keadaan yang lemah. Dia hanyut dalam mimpi, keluar dan masuk. Dalam arus itu, Jim merasakan yang dia ada bercakap dengan Savi tapi tidak ingat apa yang dia cakapkan. Akhirnya, dia kembali. Jim membuka mata. Perempuan stesen Menara yang menjadi
penyebab
semua
ketidakselesaan
yang
dia
alami
sedang
merenungnya. “Kau dah bangun - sekali lagi,” perempuan itu berkata. “Kau langgar undang-undang,” Jim membalas tanpa jeda walau sedetik. Dia boleh nampak dari cara mata Savi tidak berkedip yang perempuan itu membuat kesimpulan yang dia sedang mencari nahas. “Pekerja yang dilanggar undang-undang. Tebing akan membebaskan Sarang daripada undang-undang yang memenjarakan pekerjanya,” Savi menjawab. “Undang-undang bukan penjara. Undang-undang adalah peraturan yang melindungi kita semua,” Jim berkata, kagum dengan dirinya sendiri yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk bercakap walaupun dia rasa seperti sedang bercakap dalam mimpi. “Undang-undang adalah sistem yang melindungi yang ramai daripada kuasa yang seorang dan melindungi yang seorang daripada kuasa yang ramai.
87
88
Di Sarang, undang-undang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Yang ramai tidak mempunyai perlindungan daripada segelintir yang berkuasa. Bahkan pihak yang segelintir menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menjadikan penghuni Sarang sebagai hamba.” Walaupun Savi bercakap dengan gaya yang tenang, seolah-olah sedang membaca, Jim kagum dengan keyakinannya. “Kita bekerja untuk membina Nusa Bah. Nusa Bah sedang menghadapi malapetaka. Konglomerat sedang melakukan yang terbaik untuk kita semua bagi kita mengharungi Bah dengan selamat. Ini yang terbaik buat kita,” Jim berkata. “Dengarlah apa yang kau cakapkan. Kau seperti telah diprogram untuk jadi jurucakap Konglomerat.” “Kau tak percaya dengan sistem yang memberi kau kehidupan? Kau tak sedar tanpa apa yang Konglomerat rancangkan, kita semua sudah mati lemas?” “Aku boleh faham asal-usul naratif yang kau gunakan. Kau adalah sebahagian daripada sistem. Naratif kau adalah naratif sistem. Kau penjaga stesen rel. Tapi, siapalah yang bukan sebahagian daripada sistem? Nusa Bah telah menjadi terlalu kecil untuk rakyatnya tidak berada dalam sistem. Melainkan mereka yang lari ke Tebing.” “Macam kamu semua?” Jim bertanya. “Sarang pada mulanya adalah penyelesaian kepada masalah yang tiada siapa ambil serius walaupun satu abad sebelumnya ia dijangkakan berlaku. Tapi tiga puluh tahun dah berlalu dan Sarang tidak berubah.
88
89
Golongan pekerja akan mati dalam tempoh lima puluh tahun lagi. Kita adalah generasi yang terakhir, Jim.” “Sarang adalah sistem yang melindungi kita.” “Buka mata kau! Sarang bukan sistem. Sarang adalah alat.” “Kita perlu fokus kepada misi bangkit daripada Bah. Sistem yang dipakai sekarang adalah cara untuk bergerak demi misi.” “Itu adalah ucapan ketua-ketua kau dalam latihan. Jadi kenapa kita tidak hidup seperti dalam tamadun manusia biasa? Oh ya, kita tak ingat pun tamadun kita sebelum Bah.” “Tamadun manusia yang menyebabkan Bah.” “Betul. Tapi, manusia tidak boleh hidup begini selama-lamanya. Sarang menyalahi lumrah manusia.” “Beri definisi lumrah.” “Kau tak perasan tiada kanak-kanak di Sarang? Kau tak perasan yang tiada siapa ada keluarga? Dan aku tak tahu ke mana orang tua akan pergi selepas mereka tak lagi boleh bekerja. Ke mana mereka pergi kerana tiada keluarga dalam Sarang? Kenapa kau dan aku berseorang di Sarang? Kenapa semua orang bersendirian? Kenapa kita tak ingat apa-apa tentang asal-usul kita?” Jim teringat sesuatu. Dia meraba kesan calar yang sudah kering menjadi keruping di pipinya. Seorang lelaki mengamuk di dalam gerabak kereta api REL. Lelaki berkata sesuatu yang hampir sama. Atau itu juga sebahagian daripada mimpi, fragmen khayalan? Jim mahu percaya yang lelaki itu gila.
89
90
“Zaman berubah. Kita tidak mampu untuk mempunyai ke-keluarga,” Jim tergagap. Jim terkejut yang itu berlaku, bagaimana perkataan ‘keluarga’ buat pemikirannya tersangkut.
“Kau tak tahu pun perkataan itu
wujud.” “Keadaan akan pulih bila Titiwangsa siap dibina.” Savi menarik tubuhnya ke belakang apabila mendengar Jim menyebut tentang ‘Titiwangsa’. “Titiwangsa? Kau percaya Titiwangsa wujud?” “Titiwangsa saja harapan kita di masa depan. Satu hari nanti, bila Sarang juga tenggelam, kita sudah berada di Titiwangsa.” “Kalaulah kau boleh dengar suara kau sendiri, bagai iklan di stesen. Bagaimana kalau aku kata yang Titiwangsa ini hanya satu umpan, umpama keju yang mengumpan tikus supaya terus berlari untuk memutarkan roda di dalam sangkarnya?” “Itu adalah lumrah. Kita perlu diumpan supaya punyai impian.” “”Pandangan sedemikian - lumrah, kebiasaan, kelaziman - membuatkan kita lali dengan penindasan. Bagi orang yang baru saja kena belasah, kau sangat menjengkelkan.” “Takkanlah!” “Seratus peratus. Jadi kenapa pekerja dipasang dengan benda ini?” Savi mengangkat tangannya yang bergelang. Tiub cecair intravena yang disambung pada Jim bergoyang. “Ia untuk kebaikan mereka. Ia memudahkan semua orang.” Savi letakkan balik tangan Jim ke dadanya.
90
91
“Sekarang mereka tanam pengesan dalam tengkuk pekerja. Anda adalah Integ, kononnya.” “Itu untuk keselamatan. Kalau main Integ, ia mudah.” “Kau main Integ?” “Tak.” “Kenapa tak main?” “Aku penjaga stesen rel. Aku tak macam orang lain.” “Tidak. Itu atas pilihan kau sendiri, buat masa sekarang. Apa kau akan buat kalau suatu hari nanti semua penjaga stesen rel diwajibkan pasang Invi dalam tengkuk mereka? Penjaga stesen rel bukan istimewa pun. Masa tu kau baru nak ke Tebing cari aku?” Jim terbata fikirannya menyedari yang dia telah membuat keputusan yang sedar tentang tidak menggunakan Integ apatah lagi Invi, atas sebab hendak melihat langit dan cahaya matahari. Tetapi bagaimana jika kebebasan untuk membuat pilihan yang kecil itu ditarik suatu hari nanti? Jim tidak boleh fikirkannya sekarang. “Jim, dunia tak pernah tak berada dalam keadaan darurat. Sepanjang zaman, manusia menghadapi zaman darurat. Bencana alam, peperangan, wabak. Tapi, kita bangkit semula. Tamadun tak pernah tergendala macam sekarang ni dalam Sarang. Kita tak boleh darurat selama-lamanya.” “Kalau bukan macam dalam Sarang, macam mana lagi?” Jim bertanya, ikhlas ingin tahu. “Tak pernah terlintaskah dalam fikiran kau, satu kehidupan yang lebih baik? Dan aku tak maksudkan Titiwangsa.” Jim merasakan dahinya berkerut memikirkan perkara itu.
91
92
“Tak pernah kan? Sebab otak kau tak pernah diberi kebenaran untuk memikirkan tentang perkara itu, kan? Kitaran hidup kita hanya bangun pagi dan pergi berkerja dan kau balik dan tidur dan kembali bekerja. Semua benda lain macam tak wujud.” Jim menggeleng. Dia perlu bebas daripada jerubu dalam kepalanya. Dia sudah tahu siapa Savi dan apa yang Savi buat. Jelas, Savi tidak memerlukan perlindungannya. Kejadian ragut itu adalah sesuatu yang rawak. Jim berharap ini adalah kali terakhir dia berjumpa Savi. “Aku rasa aku dah OK,” Jim menipu. Dia mesti keluar dari tempat itu walaupun dia terpaksa merangkak. Jim bangun dari pembaringan dan bersedia untuk menyarungkan kasut butnya yang diletakkan di bawah katil itu. “Kau boleh berjalan?” Savi berkata. “Aku mesti balik.” “Ibu - Aagya tak akan biarkan kau pergi.” “Apa?” “Kau akan laporkan semuanya tentang Tebing. Kau akan beritahu pihak berkuasa apa yang berlaku di sini.” “Aku dah buat silap. Aku tak sepatutnya ada di sini. Aku cuma nak pastikan kau OK,” Jim berkata, merenung ke dalam mata Savi. “Sistem yang mengawal Sarang boleh memerhatikan semua pekerja.” Jim
mengalih
pandangannya
kepada
suara
itu.
Itu
pastinya
perempuan yang bernama Aagya. Sejak bila Aagya ada di situ Jim tidak perasan. “Pergerakan kau boleh dikesan oleh Integrasi. Tetapi ada 2 juta pekerja termasuk pelbagai anggota keselamatan dalam Sarang. Siapa yang
92
93
nak perhatikan dua penghuni Sarang di kalangan dua juta orang? Tapi, seorang anggota keselamatan yang memberi maklumat tentang petempatan haram di pinggir Sarang akan membahayakan kami semua. Di saat itu, sistem akan mula memerhatikan kau. Kau tak boleh keluar dari Tebing.” Perempuan yang nampaknya pemimpin yang dihormati di kalangan penduduk Tebing itu menerangkan kebenaran daripada pandangan matanya. Jim sedar yang dia telah terperangkap. Jim memandang Savi dengan riak wajah tidak percaya. Dia berharap yang Savi akan menolongnya. Pastinya kebaikan di masa lampau mempunyai makna, walaupun di dunia yang sedang ditenggelami laut ini! Deringan sebuah telefon bimbit berbunyi. Jim boleh merasakan cas elektrik memenuhi ruang bilik itu. Seorang lelaki muda bertongkat mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya dan memeriksa gajet itu. Jim tahu itu adalah telefon bimbit miliknya yang telah mereka rampas. Lelaki itu memasang panggilan di pembesar suara. “Jim,” satu keluar dari corong speaker. “Helo.” Lelaki bertongkat itu menayangkan telefon bimbit kepada Jim. Jim nampak masa. Pukul 6.30 pagi. Jim melihat nombor yang didaftarkan. Nombor itu adalah talian tetap kilang kitar semula yang diuruskan oleh Paman. “Jim. Ini Teck.” Teck adalah pembantu operasi kilang. “Apa hal, Teck?” “Aku saja nak kau tau, yang Paman akan dibawa ke Pusara hari ni.”
93
94
Semua yang berada di sekeliling memberi riak tidak selesa - mengetap bibir, menggeleng-geleng kepala dan memandang antara satu sama lain apabila Pusara disebut. Dia sendiri tidak pernah terfikir tentang Pusara. Dia tidak pernah ingat tentangnya. Aneh yang urusan ke Pusara adalah sesuatu yang berlaku hanya pada hari ia berlaku, dan ia tidak pernah berlaku di masa lampau atau di masa hadapan. “Kenapa Paman tak beritahu aku?” “Paman beritahu aku bila dia serahkan dokumen operasi kilang pagi ni,” Teck menerangkan. “Oh.” “Mereka akan datang ambil Paman hari ni. Kau di mana? Paman cari kau sejak semalam.” Jim teringat akan kuih pulut inti yang dia makan. “Aku akan pergi ke kilang.” “Baguslah. Paman namakan kau sebagai warisnya. Harap ke kilang untuk uruskan proses pemindahan operasi.” “Apa?” “Datanglah sini.” Jim mengiakan sedang dia sendiri tidak tahu jika dia akan keluar hidup-hidup dari Tebing, apatah lagi untuk menunaikan permintaan Paman di kilang itu nanti. Panggilan itu ditamatkan. “Siapa Paman?” Aagya bertanya. “Kenapa tanya?” Jim menempelak.
94
95
“Siapa dia? Apa kaitan Paman dengan kau?” Seorang lelaki muda yang lehernya dililit dengan selendang petak-petak bertanya. Jim ingat lelaki. Dia lihat Paman bertukar-tukar barang di kilang dengannya dua hari lepas. “Dia ambil aku dari stesen masa aku kecil.” Zaman gelap itu, Jim hanya ingat ia sebagai imbasan imej terang gelap di belakang matanya, bagai satu mimpi buruk. “Kau hidup di luar sistem Sarang semenjak kau kecil? Macam mana kau jadi penjaga stesen rel?” Aagya bertanya. “Tak. Paman bawa aku ke Sarang. Dia sentiasa menjenguk aku
-
waktu bersenam, waktu dia mengambil botol terbuang di Vokasional, waktu di stesen. Bila aku dewasa dan keluar dari Vokasional, aku jumpa Paman semula dan kami rapat.” “Paman keluarga kau. Pelik yang Paman boleh mengingatimu dan menjalin hubungan denganmu. Tiada siapa ingat sesiapa di Sarang,” Aagya berkata. “Kalau itu yang boleh dipanggil keluarga,” Jim mengiakan tetapi kemudian tersedar akan betapa dangkalnya apa yang dia katakan - keluarga apa maksud perkataan itu, dan kenapa dia tidak pernah menggunakannya sehingga hari ini. Jika dia ulang-ulang perkataan itu sebagai suku kata yang terpisah - ke-lu-ar-ga-ke-lu-ar-ga-ke-lu-ar-ga adakah ia mempunyai pengertian sebagaimana yang dia faham sekarang, sebagaimana yang mereka semua faham? “Paman akan dibawa ke Pusara. Kau tahu apa itu Pusara?” “Semua tahu apa itu Pusara.”
95
96
“Pusat Pesara dan Rawatan Rakyat?” Aagya menyoal dengan mata dinipiskan. Jim membuat riak wajah pelik. “Itu yang mereka beritahu kau. Selepas Paman ke Pusara, kau akan lupakan dia.” “Itu tak mungkin. Aku takkan lupakan Paman.” Aagya ketawa sinis. “Semua yang berada di Sarang akan lupa,” Aagya berkata dan menyambung. Jim menanggalkan jarum cecair intravena daripada urat lengannya tanpa kebenaran. “Kau semua kena bunuh aku untuk halang aku keluar dari tempat ini.” Lelaki-lelaki Tebing merapat. “Aku tak kisah pasal Sarang tapi aku mesti jumpa Paman.” Pengawal Tebing mengeluarkan parang daripada sarung. Lelaki muda berselendang petak-petak membuat isyarat supaya yang lain bertenang tapi mereka semua menanti arahan daripada Aagya. “Aku akan tinggal sebagai jaminan!” Savi berkata, menarik perhatian kepada dirinya. Jim merenungnya dengan geraham diketap. Bukan itu yang dia harapkan. “Apa?” Itu adalah reaksi Aagya. Jim boleh nampak Aagya tidak menjangka apa yang keluar daripada mulut Savi. “Biarkan dia pergi. Dia akan datang balik untuk dapatkan aku.” “Kau percaya dengan mata-mata Konglomerat ni?” Lelaki muda bertongkat bertanya kepada Savi. “Ya.”
96
97
“Aku akan kembali, Savi. Aku janji,” Jim berkata, merenung mata Savi. Perempuan geroda Tebing, Aagya termenung sejenak dan akhirnya mengalah. “Biarkan
dia
pergi,”
perempuan
itu
membuat
keputusan.
Jim
memandang Savi. Perempuan stesen Menara itu mengangguk. Jim mengangkat barangnya yang muat di pinggang dan meninggalkan bilik dan koridor yang penuh dengan lelaki ganas seolah-olah dia tidak akan kembali. Jim berjalan keluar dari kediaman Aagya. Lelaki muda berselendang petak-petak mengikutnya, sambil ditemani seorang lelaki yang memakai topi benang kait. “Aku keluar sendiri,” Jim memberitahu. “Aku nak tolong kau naik guna takal. Kau cedera,” lelaki berselendang petak-petak itu berkata. Jim mengangguk. “Aku Halil,” lelaki itu memperkenalkan diri. “Ini Vins.” “Jim.” “Aku kenal Paman. Dia tolong orang Tebing,” Halil menerangkan. Jim tidak bersedia untuk mengetahui maklumat itu. Mereka sampai di kaki tebing. Halil memegang tali yang mengoperasikan roda takal. “Sila naik,” Halil mengisyaratkan kepada Jim supaya ke dalam kotak kayu setinggi seorang lelaki dewasa itu.” “Aku pastikan kau selamat sampai ke atas.” Jim teragak-agak. “Perjalanan ke kilang jauh. Kirim salam pada Paman kalau sempat.”
97
98
Jim masuk ke dalam lif primitif tersebut. Bunyi krek krek krek takal mengiringi perjalanannya. Dari atas dia nampak pemandangan Tebing. Kemudian dia nampak dunia yang lebih luas di belakang Tebing, iaitu dunia lautan yang setiap hari semakin menelan daratan. Cahaya matahari yang mula menjenguk membolehkan Jim nampak struktur-struktur kecil mengotori permukaan air. Jim menyimpulkan apa yang dilihatnya sebagai struktur binaan yang telah tenggelam dek Bah sejak lima puluh tahun lalu. Menara tinjau, bumbung bangunan, tiang-tiang elektrik dan tangki bekalan air yang hanya tinggal puncak. Lif primitif yang dioperasi oleh Halil dan Vins berhenti. Jim keluar dari lif dan melangkah kembali ke kawasan lalang yang memisahkan Tebing dan Sarang. Lif primitif itu telah menyelamatkannya daripada keletihan dan risiko kecederaan. Matahari menampakkan diri. Jim berjalan sepantas tubuhnya berdaya membawanya dari Tebing ke stesen 99. Kemudian dia menaiki kereta api ke stesen 67. Jim berehat sekejap dalam kereta api REL dengan bersandar pada dinding gerabak. Di stesen 67, Jim turun daripada gerabak dan keluar dari stesen. Jim ambil masa tiga puluh minit untuk berjalan sampai ke kilang. Kilang kitar semula adalah kompleks tiga tingkat yang dahulunya sebuah blok rumah kedai yang telah ditinggalkan semenjak zaman sebelum Bah. Kompleks itu dikongsi dengan perusahaan penghasilan produk plastik. Jim nampak bangunan itu seolah-olah dia seorang nakhoda sebuah kapal yang sedang dipukul ombak dalam buku yang dia pernah baca, yang nampak rumah api dalam ribut di lautan. Pada ketika itu juga, Jim nampak kenderaan taktikal serba hitam milik Netra - Neksus Elit Teknologi-Rakyat - penguatkuasa Sarang yang paling
98
99
berkuasa, penjaga stesen rel tiada apa-apa pada mereka seperti tebuan memandang lebah madu, masuk ke dalam perkarangan kilang kitar semula. Kenderaan taktikal itu mendahului sebuah van putih dengan parap Pusara. Kedua-dua kenderaan itu hilang daripada pandangannya apabila mereka masuk ke dalam perkarangan kilang. Jim memecut sedaya mungkin. Adrenalinnya memacu tenaga dengan cara yang dia tidak sangka dia miliki. Dia sampai ke pagar kilang. Sebahagian pekerja kilang berada di luar. Dua orang anggota taktikal Netra lengkap bersenjata api mengiring dua lelaki berpakaian perlindungan peribadi berwarna putih yang keluar dari premis. Salah seorang personel Pusara keluar dari premis dengan menyorong Paman yang sedang duduk di atas kerusi roda. Paman tidak perlukan kerusi roda! Jim berfikir dengan cemas. Dia tahu sesuatu tidak kena. Baru dua hari lepas Paman mengangkat pukal-pukal plastik yang telah dimampatkan. Pekerja yang ada di hadapan kilang seolah-olah mengucapkan selamat tinggal dengan hanya berada di situ. Bagaimana mereka boleh begitu tenang? Jim memecut ke arah mereka sambil berteriak. “Hei! Tunggu!” Sepuluh meter lagi dia sebelum dia sampai kepada kumpulan itu. Jim terdengar satu teriakkan. “Pusara bunuh pekerja! Pusara bunuh pekerja!” Jim mengagak apa yang akan berlaku pada saat ia berlaku. Seorang pekerja kilang terjatuh ke atas aspal, seolah-olah dia telah dipukul oleh tangan-tangan halimunan.
99
100
“Paman!” Jim berteriak sambil meluru ke arah kecamuk di hadapan kilang. “Apa kau buat ni?!” Satu suara menyergahnya dari belakang. Jim sampai di pondok pengawal keselamatan apabila dia menyaksikan kecamuk di hadapan kilang. Badannya pasti telah terdorong ke depan jika tidak kerana lengannya di tarik. Bila lengannya ditarik, satu kejutan meletus di seluruh perutnya, naik ke dada. Jim tertunduk kesakitan. Teck yang telah menariknya masuk ke dalam pondok pengawal keselamatan. “Mereka akan bunuh kau,” Teck memarahinya. “Kau kenapa?” Teck bertanya apabila wajahnya berkerut dan berpeluh. Jim tidak mempedulikan Teck. Teck masih memegang lengannya. Jim melepaskan dirinya daripada pegangan Teck. Dia meluru ke arah lelaki yang terjatuh. Pintu kenderaan Pusara telah ditutup. Dia tidak sempat berjumpa Paman. Jika dia menentang Netra dengan sekeras-kerasnya pun, Paman tetap akan dibawa pergi. Jim membongkok untuk menolong lelaki yang telah terjelepok di atas aspal. “Kau OK?” Jim bertanya sambil memeriksa anggota pekerja kilang itu. Lelaki itu mengangguk. Lelaki itu tidak cedera. “Nama kau Navin, kan?” Lelaki itu mengangguk. “Peluru getah,” Jim berkata sambil mengetap geraham. “Kau OK, Navin. Kau OK,” kata Jim. Jim mengarahkan pandangannya kepada anggota-anggota Netra yang menguruskan pemindahan Paman ke tempat yang dipanggil Pusara itu. Bertuah apabila Jim bertentang mata dengan anggota yang memegang
100
101
senjata api dan menunggu untuk kenderaan Pusara dihidupkan enjin. Dia kenal siluet itu serta-merta. Itu adalah lelaki yang menyerang Savi di Stesen 50. Jantungnya bergetar dengan naluri seorang penjaga stesen REL. Jim sedar yang seluruh alam semesta telah membawa dia ke saat ini, apabila anggota bersenjata itu membuka gogal dan penutup mulutnya. Mereka bertentang mata tanpa selindung. Alam semesta berhenti berputar. Sah! Itu lelaki yang menikamnya di stesen Menara. Itulah lelaki yang meragut rantai besi dan loket milik Savi. Hati kecil Jim lebur apabila menelan racun kenyataan yang anggota bersenjata itu telah membuka gogal dan penutup muka supaya identitinya dapat dicam oleh Jim. “Ejen! Balik ke kenderaan!” Anggota sepasukan penjahat itu berteriak. Anggota bersenjata yang terkunci pandangannya dengan Jim telah ditamatkan sumpahannya. Enjin kedua-dua kenderaan menderam, tanda mereka akan bergerak pergi. Kenderaan Pusara jalan dahulu. Anggota itu masuk ke dalam kenderaannya, dan Netra berambus dari kilang dengan meninggalkan asap durjana. Gila! Jim menyumpah.
101
102
11
“Tengoklah mereka,” pemandu kenderaan taktikal Netra yang hanya dikenali sebagai Ejen Octav mengeluh, sambil menaikkan dagu ke arah kumpulan pekerja yang berkumpul di hadapan pintu masuk kilang. Ejen Dex yang duduk di sebelah Octav memerhatikan situasi dengan mata dinipiskan. “Itu biasa. Tapi jangan leka,” Dex berkata dan keluar daripada kenderaan. Dengan senjata api disandang dia bergerak ke hadapan kenderaan Pusara. Dex rasa kecekapan dan kepakarannya dibazirkan dengan tugasan itu. Ia tugasan menjaga keamanan dalam satu perarakan hitam. Dex telah melakukannya beratus kali, dan begitu juga mereka, pekerja Sarang yang menjadi ahli perarakan yang akan berkesudahan dengan cara yang sama. Rakan sekerja mereka, yang mereka anggap sebagai ketua, mentor dan pelindung akan dibawa pergi tanpa mereka boleh bertemu lagi dan hidup mereka yang telah ditinggalkan akan diteruskan. Tetapi, mereka tidak pernah berputus asa. Pekerja Sarang melakukan perkara yang sama beratus kali sepanjang hayat mereka walaupun mereka tidak pernah memperoleh hasil yang berbeza. Ia seolah-olah mereka lupa apa yang telah berlaku semalam. Konvoi yang diketuai oleh Dex telah singgah di dua tempat sebelum ini, seperti hari-hari semalam. Kilang kitar semula ini adalah lokasi yang ketiga. Konvoi Netra dan Pusara telah mengambil dua orang pekerja yang tamat fungsi dari Kebun dan seorang dari Nutrisi. Pesara dari industri Kitar Semula ini adalah detil operasi mereka yang terakhir. Ejen Dex sebagai ketua operasi mempunyai tugas untuk memastikan tiada keganasan berlaku terhadap petugas Pusara yang menjalankan tugas
102
103
memindahkan pekerja yang tamat fungsi. Tugas pasukan taktikal Netra adalah untuk melindungi kenderaan Pusara dan operasi mereka daripada rusuhan pekerja, jika ia terjadi buat kali pertamanya dalam sejarah Sarang. Setibanya konvoi Netra dan Pusara ke lokasi terakhir, kenderaan pihak berkuasa telah diberi masuk tanpa persoalan oleh pengawal keselamatan kilang. Dex berdiri di hadapan kenderaan Pusara bersama seorang regu sepasukan. Mereka menunggu satu rakaman bunyi disiarkan melalui corong pembesar suara kenderaan Pusara ketika petugas menurunkan sebuah kerusi roda. Rakaman bunyi itu bermula dengan bunyi retak satu rakaman yang telah diulang beribu kali.
Pekerja dilarang sama sekali merakam atau mengambil gambar prosedur ini. Tindakan yang keras akan dikenakan kepada pekerja yang melakukan perkara demikian. Sebarang gerak-geri yang mewujudkan syak-wasangka akan dihukum dengan keras. Harap maklum.
Pemberitahuan itu diulang sebanyak dua kali. Golongan pekerja tidak mempunyai sebarang alatan yang membolehkan mereka merakam dan mengambil gambar, melainkan ada gerakan subversif membuat alatan yang tidak dibenarkan oleh Konglomerat. Kamera primitif, perakam suara primitif siapa tahu. Pengumuman itu bertindak sebagai propaganda menakutkan, untuk memberi amaran yang Netra sentiasa berjaga-jaga. Kemudian, dua orang anggota bersenjata Netra yang berpakaian taktikal serba hitam, lengkap bertopeng dan mengenakan gogal hitam mengiringi dua petugas Pusara masuk ke dalam premis kilang. Petugas Pusara memakai pakaian
103
104
perlindungan diri serba putih dan bertopeng menutup hidung dan mulut. Itu adalah tinggalan kebudayaan zaman sebelum Bah berlaku, di mana tamadun ditimpa malapetaka wabak beberapa kali, dalam turutan yang rapat dan memusnahkan. Dex menyaksikan seorang tua lelaki yang sihat dan cergas menerima suntikan yang diberikan oleh petugas Pusara. “Ini akan buat encik jadi lebih tenang,” kata personel Pusara kepada pesara itu. Lelaki tua itu tidak membantah. Setelah menerima suntikan, lelaki itu serta-merta jadi lemah, seolah-olah dia sakit tetapi tidak dalam kesakitan. Pada mulanya dia boleh berdiri tetapi dia menjadi terhuyung-hayang. Anggota Pusara menolong lelaki itu duduk di kerusi roda. Pesara itu dibawa keluar setelah lima minit petugas Pusara masuk ke dalam kilang, tidak lebih daripada tempoh itu, seolah-olah petugas Pusara mempunyai sasaran masa yang mereka perlu tepati bagi setiap operasi. Sebagaimana operasi sebelum ini, orang tua itu tidak dibenarkan membawa barang peribadi bersamanya. Semuanya berjalan lancar. “Pusara bunuh pekerja!” Tanpa disangka-sangka, Dex mendengar suara berteriak. “Pusara bunuh pekerja!” Dex menoleh ke arah suara itu. Dia nampak sasarannya. Seorang lelaki dalam lingkungan usia empat puluhan. Dex mengangkat senjatanya dan menembak tepat ke arah dada lelaki itu. Jarak dia dan sasaran adalah sepuluh meter. Lelaki itu terpelanting ke belakang. Dex telah menembak pekerja yang merusuh itu dengan peluru getah. Pekerja itu jatuh ke tanah seolah-olah dia ditembak dengan peluru hidup. Itu akan menakutkan golongan pekerja yang lain. Sekoyong-koyong, Dex nampak seorang lelaki berlari ke arah pekerja
104
105
yang dibedil dengan peluru getah. Dia kenal lelaki itu. Itu adalah penjaga stesen REL yang menghantui fikirannya. Penjaga stesen REL itu berlari dalam keadaan seolah-olah sebelah kanan badannya tidak dapat mengikut pergerakan badan sebelah kirinya dan Dex pasti itu adalah hasil kerja tangannya. Penjaga stesen REL yang tidak memakai uniform itu dihalang oleh kawannya daripada terus mara. Dex sangat inginkan seterunya itu terus berlari ke arahnya, supaya dia boleh bertindak. Penjaga stesen REL itu kembali, hanya untuk menolong pekerja yang telah jatuh ditembak peluru getah. Penjaga stesen REL itu memandangnya dengan renungan tajam. Dex tidak dapat menahan dirinya. Dia membuka gogal dan penutup mulut. Mereka bertentang mata, kini identiti mereka telanjang di hadapan satu sama lain. Kemudian, seolah-olah perbuatannya mendedahkan identitinya itu tiada makna, penjaga stesen REL itu telah mengalihkan perhatiannya kepada pekerja yang telah ditembak dengan peluru getah. Adakah itu yang penjaga stesen REL lakukan sepanjang hidup? Membantu orang yang sentiasa lupa? Membantu orang yang tidak akan ingat kebaikan yang dia lakukan? Dex menyoal dengan marah. “Ejen! Balik ke kenderaan!” Anggota sepasukannya berteriak dari belakang. Tapi Dex tidak mempedulikan seruan itu sehingga pasukan Pusara selesai memasukkan pesara ke dalam kenderaan mereka. “Kau dah gila? Pasang balik gogal dan penutup muka kau,” tempik anggota setugas yang kini berada di sebelahnya. Petugas Pusara memberi isyarat yang mereka telah bersedia untuk kembali ke Pusara. Dex dan anggota sepasukan masuk ke dalam kenderaan.
105
106
“Pasang balik gogal!” Anggota sepasukan berteriak sekali lagi apabila mereka sudah berada di dalam kenderaan. Dex bagai dikejutkan daripada mimpi buruk. Kali ini Dex akur. Dia duduk di dalam kenderaan dan siri imej yang tidak masuk akal terimbas dalam fikirannya, terang dan jelas dia boleh nampak di hadapan matanya. Wajah seorang perempuan tua bertudung kepala. Mari sini, endok, kata perempuan tua itu. Siapa endok? Siapa perempuan tua itu? Dia sedang duduk dalam bot. Air di mana-mana. Kegelapan di keliling mereka. Dia tidur dalam terowong. Perempuan tua memeluknya. Tiba-tiba datang cahaya terang. Dia nampak lelaki-lelaki bersenjata. Embah! Dia panggil perempuan itu ‘embah’. Mereka tarik dia daripada pelukan embah. Embah dibawa pergi, meronta dalam pegangan lelaki-lelaki yang mustahil untuk tewaskan. “Kau kenapa?” Suara anggota sepasukan mengganggu lamunan ganas Dex. Dex kembali ke masa kini. Dia mengelap mukanya yang berpeluh-peluh. “Minum,” kata anggota sepasukan sambil menghulurkan sebotol air kepadanya. Dex ambil botol air itu dan meneguk kandungannya sehingga habis. Dia tarik nafas. Dex rasa kembali tenang. Itu sahaja yang dia perlukan. Dia hanya perlukan air. Kenderaan yang dinaikinya bergerak. Konvoi Netra dan Pusara meninggalkan kerumuk manusia yang berkumpul di hadapan kilang kitar semula.
106
107
12
Bunyi enjin dua kenderaan milik Konglomerat menderum pergi. Jentera-jentera itu meninggalkan kilang dengan sisa asap daripada ekzos masing-masing. Jim menggagahkan dirinya, dengan penumbuk digenggam, untuk berdiri menghadap dan merenung anggota Netra yang menjadi seterunya, jika soldadu itu masih memandangnya dari dalam kenderaan. Apabila kenderaan itu hilang daripada pandangannya ditelan selekoh sempit, baru dia mengalah. Jim terhoyong-hayang dan jatuh melutut di atas bumi aspal. Dia menangis teresak-esak. Badannya letih, jiwanya pedih. Semudah ia dimulakan, perarakan hitam pekerja kilang kitar semula segera terbubar. Hanya Teck yang masih menunggunya. Lelaki itu meletakkan tangan di bahu Jim. “Mari masuk.” Teck memautnya dari bawah ketiak. Jim bangkit. Apabila sampai di dalam kilang, Jim duduk di satu bangku yang paling dekat dengan pintu. Pekerja-pekerja lain telah menyambung kerja masing-masing. Mereka mengasingkan
plastik
daripada
tali
sawat
yang
berpusing
terus,
mengoperasikan mesin pemampat plastik, memandu jentera pengangkat dan memindahkan pelet daripada bahagian pemampatan ke stor. Irama kilang berjalan seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Minum,” Teck menghulurkan sebotol air yang belum dibuka paterinya kepada Jim. Jim sambut botol itu, cabut tutup botol dan dia togak sehingga habis. Dia tidak sedar betapa kering tekaknya. Teck ambil botol kosong itu dan
107
108
mencampakkannya ke atas tali sawat untuk sampah itu di saring. Jim tarik nafas dalam-dalam. “Kenapa dengan kau?” Teck bertanya. “Aku OK,” cepat mulut Jim menjawab. “Betul? Kau sakitkah?” Teck meneka, sambil menelik atas bawah, tapi lelaki itu tidak nampak luka yang Jim disembunyikan. “Pipi kau?” Teck menegur perekat luka pada muka Jim. “Calar sikit saja. Tiada apa-apa,” Jim membalas sambil menggeleng. “Kau gila nak lawan Netra?” “Itu Paman. Paman tak sakit,” Jim meluahkan. “Seolah-olah kau baru tahu pasal benda ni. Kita semua tahu yang ia akan tetapi terjadi. Kau lupa?” “Aku tak lupa. Aku cuma tak sangka ia akan berlaku pada Paman, hari ini.” Jim menarik nafas. Dia rasa lebih tenang sekarang. Dia memikirkan apa yang Teck katakan. Bukan Jim tidak maklum. Pengetahuan itu ada di belakang kepalanya. Tapi dia tolak jauh-jauh dari wilayah pemikirannya, dengan falsafah yang dia mahu hidup di saat ini dan di mana dia berada pada waktu itu. Dia tahu, semua orang tahu, pekerja yang usianya cukup tujuh puluh tahun akan dibawa ke Pusara. Tetapi Jim sentiasa menganggap yang dia akan mati dahulu sebelum dia berumur tujuh puluh tahun. Tanggapan itu seolah-olah memberi ketenangan padanya. Selama ini dia terlindung daripada hakikat, sering lupa yang hakikat itu wujud dan tidak akan pergi ke mana-mana.
108
109
“Duduk sini. Ada banyak benda yang kau kena buat,” Teck berkata sambil menghulurkan satu sampul surat yang dia telah ambil daripada laci kabinet buruk tempat Paman simpan semua rekod operasi pengurusan kilangnya. “Apa ni?” Jim mengoyak sampul surat itu dan mengeluarkan helaian-helaian kertas berkelip. Salah satunya adalah sepucuk surat bertulis tangan. Di belakang nota pendek itu, beberapa keping kertas dikepilkan bersama. Jim membaca surat itu.
Jim, Yang ditentukan telah pun berlaku. Selamat tinggal. Jaga perpustakaan dan kebun bunga Paman baik-baik. Jaga diri baik-baik ya.
Paman Teguh
Jim merasa air mata jatuh ke pipi. Dia mengesatnya dengan lengan baju. Ia tidak pernah dia fikirkan sehingga ia berlaku kepada dirinya sendiri. Tiga puluh tahun Paman berada di Sarang. Daripada usia Paman sebagai dia seorang pekerja yang gagah, sehingga Paman tujuh puluh tahun. Bagi Konglomerat, Paman kini
lemah dan tidak lagi berfungsi, dengan segala
risiko yang dimiliki oleh seorang pekerja yang sudah berada di hujung kegunaannya - sakit, nyanyuk dan kematian. Sebelum semua itu berlaku, Paman di bawa ke Pusara. Itu adalah peraturan hidup Sarang. Jim tidak
109
110
pernah menjangkakannya kerana ia tidak pernah berlaku kepada sesiapapun yang dia kenal. Tapi kini, ia berlaku kepada Paman. Kepada pekerja lain, Paman adalah seorang majikan. Tapi kepadanya, Paman adalah penyelamat dan penjaga. Apa yang telah berlaku mengingatkan Jim kepada kejadian di Tebing. Bagaimana jika apa yang perempuan Tebing, Aagya katakan adalah benar? Bagaimana jika Titiwangsa tidak benar? Bagaimana jika fakta yang tiada kanak-kanak di Sarang, seperti juga tiada orang tua di Sarang adalah sebahagian daripada teka-teki nasib semua penghuni Sarang, dengan tiada siapa mempersoalkan keanehan ini. Selama ini, pemikirannya tidak pernah melangkaui kehidupannya sebagai penjaga stesen. Keseluruhan hidupnya adalah tugasnya sebagai seorang penjaga stesen. Satu-satunya rancangan apabila dia bersara nanti ialah untuk menyambung usia di sebuah rumah mampu milik di Titiwangsa. Pada saat ini, impian itu mula kelihatan sebagai satu angan-angan. Bagaimana jika Titiwangsa tidak akan siap? Bagaimana jika yang ada hanya Pusara? “Aku takkan ambil kilang ini. Kilang ni kilang kau, Teck,” Jim berkata sambil menyerahkan sampul surat itu kepada Teck. Isinya dimasukkan kembali kecuali surat pendek yang sepucuk daripada Paman untuknya. Jim masukkan surat itu ke dalam buku kosong yang Paman berikan padanya. “Tapi-” “Aku tak boleh pikul tanggungjawab ini. Kita ke pejabat pendaftaran operasi,” Jim berkata. Ini adalah hari kedua cuti sakit Jim. Esok dia perlu kembali ke stesen. Jim mahu selesaikan semuanya hari ini juga.
110
111
Jim dan Teck ke Pejabat Pendaftaran Operasi di Sarang 55. Semua iklan yang ditayangkan di stesen kini mendapat suara baru dan maksud yang berbeza dalam fikiran Jim.. Untuk masa hadapan yang selamat dan selesa di Titiwangsa. Invi. Hiburan mengasyikkan. Integ adalah anda. Sudahkah anda memiliki kebebasan muktamad? Integ tidak akan meninggalkan anda. Perjalanan ke stesen anda membosankan? Invi mengisi masa anda di stesen Rel. Pekerja adalah nadi Nusa Bah. Suara perempuan dalam iklan-iklan kedengaran berbeza. Suara itu kini kedengaran sinis. “Kita dah sampai,” kata Teck apabila mereka sampai ke kompleks bangunan pengurusan Nusa Bah. Jim dan Teck bergerak dari tingkat ke tingkat. Pekerja-pekerja di kaunter yang menguruskan semua perkara berasaskan angka giliran, dari satu stesen ke stesen yang seterusnya. Semua urusan pindah operasi kepada Jim telah dilakukan oleh Paman sewaktu perkhidmatannya sebagai pekerja. Dengan pengenalan diri yang sah, tandatangan dan kontrak dipersetujui, Jim memindahkan pengoperasian kilang kitar semula kepada Teck. Mereka berdua keluar dari kompleks itu dan berpisah di pintu masuk. “Aku ada kerja di stesen. Kau jaga kilang baik-baik,” Jim berkata dengan maksud mengucapkan selamat tinggal. “Aku tak tahu apa nak cakap. Terima kasih atas kepercayaan,” Teck membalas.
111
112
“Aku yang sepatutnya berterima kasih. Selamat maju jaya, Teck.” “Apa kau nak buat sekarang?” “Aku nak bawa Paman balik.” “Kau gila! Tak siapa pernah buat benda macam tu. Kau nak kena tangkap?” Teck memarahinya. “Paman masih sihat,” Jim memutuskan. “Pusara tempat paling baik untuk Paman pada usianya. Kita semua akan ke Pusara bila sampai giliran kita.” Jim ketawa kecil. Ironinya tidak hilang begitu sahaja. Pusara bagi Teck ialah Pusat Pesara & Rawatan Rakyat. Dan Jim sendiri tidak tahu apa sebenarnya Pusara. Tetapi, nampaknya Pusara lebih daripada sebuah pusat persaraan dan rawatan. Jika tidak kenapa tiada siapa pernah berjumpa dengan sesiapa pun yang telah pergi ke Pusara. Kenapa Tebing begitu membenci Pusara? Hanya apabila dia kehilangan Paman, barulah Jim tahu perasaan itu. “Kenapa kau ketawa?” “Tiada apa. Betul. Bila giliran kita sampai - kau betul.” Jim berkata untuk menenangkan Teck, juga menenangkan dirinya. “Kau jaga diri. Aku akan jaga kilang ini,” Teck berjanji. “Selamat.” “Kau pun.” Teck meninggalkan Jim untuk kembali ke kilang. Jim mencari mesin Hidrat dan membeli sebotol air. Jim masukkan botol ke dalam beg rusuknya sebagai bekalan ke Tebing. Dia mesti kembali kepada Savi. Selepas itu, dia akan usahakan sesuatu untuk Paman. Dia mesti berjumpa Paman buat kali
112
113
terakhir walaupun sekadar untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal. Jim menaiki kereta api REL ke stesen terakhir. Sepanjang masa di stesen dan di dalam gerabak, iklan tidak putus-putus ditayangkan kepada derianya. Hidrasi untuk rakyat - Hidrat. Titiwangsa untuk semua. Apabila dia keluar dari stesen 99, Jim berlari anak untuk kembali ke Tebing. Dia mengeluh mengenangkan fakta yang dia sedang dalam perjalanan kembali ke Tebing dalam tempoh tak sampai satu hari pun. Kenapa hidup ini bagai satu pusingan yang melalui jalan yang sama berulang-kali? Jim sedar yang dia sedang berlari ke arah takdir yang menantinya bagai gaung, tanpa dia mahu berhenti sedangkan dia boleh saja berpatah balik, kembali ke kubikelnya dan berehat untuk pulih daripada kecederaan.
113
114
13
Ingenieur Malek memerhatikan paparan yang sedang diuruskan oleh jurutera data. Dengan memerhatikan titik-titik putih yang terpapar di skrin, dia menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana titik isyarat sistem Integrasi yang melambangkan pergerakan pekerja Sarang mati satu demi satu. Peristiwa yang berlaku 16 jam sebelum ini berulang kembali. Malek menyaksikan dengan gerun unit-unit Integrasi yang diciptakan untuk kekal berfungsi selagi perumahnya masih hidup padam satu demi satu. “Peranti sistem Integrasi mesti dikeluarkan daripada badan pekerja untuk dimatikan. Untuk mematikan sistem apabila peranti berada di luar badan pekerja memerlukan mesin yang khusus. Siapa pun dia, orang yang buat kerja ni sangat mahir,” jurutera data memberi pendapat yang tidak diminta. Malek tidak memberi respon. Dia hanya mengetap geraham. Tanggapan, perasaan dan maklumat bercampur-baur dalam benaknya. Integrasi adalah nyawa Sarang. Jika pekerja Sarang dipisahkan daripada Integrasi, Sarang akan kucar-kacir dan akhirnya tidak berfungsi. Tanpa Sarang, Nusa Bah akan tenggelam, sekali lagi. Kali ini, Konglomerat akan hilang kuasa. Siapa yang akan memandu Nusa Bah di mata dunia? Siapa yang telah memberikan kebenaran kepada kaum pekerja dan pensimpati mereka sebagai juri, hakim dan algojo bagi sistem Integrasi? Siapakah mereka ini yang sedang berusaha untuk membebaskan diri daripada sistem sedangkan mereka semua masih hidup kerana kelancaran sistem itu? Bagaimana sesuatu yang terhasil daripada sistem boleh mengkhianati sistem itu sendiri? Soalan demi soalan menjerit bertalu-talu dalam benak Malek.
114
115
“Tuan, kami masih belum boleh mencari kata kunci menggunakan loket dan rantai yang tuan beri,” jurutera data berkata tiba-tiba. “Mengarut! Kau semua tidak bekerja bersungguh-sungguh.” “Tuan, kata kunci dibina berasaskan sistem makna, sama ada ia nombor atau huruf atau perkataan. Nombor, huruf dan perkataan pula dibina berasaskan sistem bahasa. Tanpa menentukan sistem kata kunci, tidak mungkin jurutera data dapat mencari kata kunci.” “Teruskan bekerja. Jurutera data diberi gaji untuk tujuan itu bukan?” Ingenieur Malek faham masalah yang jurutera data itu cuba sampaikan. Tetapi dia percaya dengan keupayaan Integrasi. Mencari kata kunci bukan masalah paling rumit sekarang. Masalah paling rumit ialah menghalang Savi dan Aagya daripada terus membunuh pepijat Integ dalam tubuh badan pekerja yang sudah dijadikan perumah. Integrasi (Institut Teknologi Gerak Rakyat Siaga) telah merancang inisiatif yang membuatkan pekerja Sarang tidak sabar untuk kembali ke unit masing-masing selepas tamat syif. Dalam kubikel mereka ada set permainan maya Integ (Inisiatif Teknologi Gaming) yang membolehkan kaum pekerja hidup dalam fantasi pilihan mereka. Pekerja Sarang yang nampak biasa-biasa di kilang atau di kebun, di dalam kubikel mereka adalah pahlawan dalam dunia pilihan mereka. Mereka hidup bebas dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Integrasi. Mereka berhubung dengan watak-watak yang direka oleh kepintaran buatan yang mereka sangkakan manusia, sedangkan semua pekerja keseorangan. Set Integ yang baru bernama Invi telah yang ditanam terus ke dalam tubuh badan pekerja Sarang. Ia telah sempurna dilaksanakan ke atas 115
116
seratus orang pekerja yang telah menawarkan diri sebagai pelanggan versi percubaan. Apabila peranti ini dimatikan, ia bermakna wujud gerakan yang menentang proses penyediaan pekerja Sarang untuk peringkat seterusnya di mana semua pekerja Sarang akan diberi set Invi dalam tubuh mereka, seperti vaksin. Prosedur pemvaksinan ini penting untuk menjana tenaga pekerja seratus-peratus, sebagai persediaan automasi penuh Sarang. Namun jika ada golongan pekerja yang tahu akan masa depan Sarang, mereka akan bangkit memberontak. Aagya, Malek menyumpah. Dia sepatutnya bersedia untuk malapetaka yang dicipta oleh Aagya. Dari dahulu lagi, Malek tahu dia dan Aagya mempunyai falsafah kerja yang berbeza. Aagya mementingkan kesatuan dan keseimbangan. Aagya mahu membina dunia yang sudah musnah dengan keseimbangan ekosistem, satu menyokong yang lain. Tapi dia, Malek mahukan keterpisahan supaya kawalan dapat dilaksanakan. Malek menang kerana falsafahnya disokong oleh Adikuasa. Adikuasa beroperasi berasaskan keterpisahan - tinggalan daripada dunia lama, dunia sebelum Bah. Persoalannya, adakah Aagya telah mengumpulkan kekuatannya untuk memusnahkan Integrasi, sistem yang menyatukan semua pekerja dengan Sarang? Adakah akhirnya Aagya telah mendapatkan prodiginya untuk memusnahkan Integrasi? Adakah ini kisah hasil perkahwinan yang terbubar dan Savi menjadi rebutan ibu dan bapa yang berpisah? Jika benar, jelas Aagya terlebih dahulu memikat anak itu supaya dia berjaya mendapatkan hak penjagaan. Ah, Malek menyumpah. Kenapalah dia menggunakan metafor keras daripada dunia lama? Celakalah dia kerana mempunyai kenangan dari 116
117
zaman itu. Alangkah bertuahnya generasi Sarang yang tidak perlu lagi menghadapi kedukaan itu - tiada cinta, tiada keluarga, tidak anak-pinak, tiada perceraian, tiada keruntuhan institusi. Semua yang berasal daripada peradaban lama memang patut dilupakan, getus hati Malek. Ada apa tentang Aggya dan Adikuasa? Kenapa Aagya meninggalkan Adikuasa sedangkan itu adalah tempat terbaik untuk membina kehidupan di zaman Bah? Sebelum zaman Bah, dengan menaja kempen politik, ahli perniagaan mula masuk ke gelangggang itu. Mereka digelar sebagai konglomerati, pemilik syarikat kewangan, gedung-gedung besar, syarikat gergasi negara. Mereka kini adalah pemerintah yang memiliki kombinasi penaklukan paling ampuh - wang dan kuasa. Berdekad sebelum Bah bermula, konglomerati sudah tahu apa yang akan berlaku. Semua unjuran data telah menunjukkan yang landskap dunia akan mengalami perubahan yang membawa mudarat. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Bahkan mereka telah
mempertingkatkan
produksi
dengan
mempergunakan
kaum
proto-Sarang iaitu golongan pekerja ke tahap yang boleh ditanggung oleh tubuh
badan
mereka.
Namun,
golongan
pekerja
tidak
menentang
konglomerati. Siapa yang peduli tentang planet yang bakal tenggelam akibat pemanasan global apabila mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Namun begitu, golongan konglomerat peduli tentang pemanasan global dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka beli hartanah di Adikuasa dan pindah ke Adikuasa pada permulaan Bah. Dengan harta modal yang mereka ada, mereka membina Sarang. Apabila akhirnya zaman Bah bermula, rakyat Nusa Bah yang menjadi pelarian iklim di negara sendiri telah menjadi 117
118
penghuni Sarang. Untuk tempat tinggal dan kehidupan di Sarang, mereka menjadi pekerja kepada Konglomerat yang ahlinya bermastautin selamat dan selesa di Adikuasa. Tahun demi tahun, Sarang beroperasi pada kemampuan seratus-peratus. Produk yang dihasilkan oleh Sarang dieksport dengan hasil pulangan untuk Adikuasa. Sisa-sisa di celah rawan tulang haiwan ternak bernama Sarang menjadi makanan semut bila singa sudah melahap daging berdarah. Di zaman Bah di mana sumber dicatu, penduduk Adikuasa hidup dalam kemewahan dengan produk dan perkhidmatan daripada Sarang. Hakikatnya, Adikuasa perlukan Sarang untuk terus wujud, lebih daripada Sarang memerlukan Adikuasa. Integrasi menjadikan Sarang dan Adikuasa bersatu di bawah satu sistem yang menindas dan menutup sifat sebenar perhubungan hisap darah Adikuasa terhadap Sarang. Jika ini diketahui dan penghuni Sarang cukup waras dan sedar untuk bertindak, keterpisahan dan ketidakseimbangan yang berada dalam penyamaran ini akan diserang sehingga musnah. Malek tidak akan biarkan itu berlaku. Kesabarannya selama 16 jam dengan menunggu dan memerhati telah membuahkan hasil. Savi telah mendedahkan kedudukan Aagya. Aagya mesti dihentikan sebelum kerosakan yang dia dimulakan bertambah teruk. “Hubungi Netra, kod merah,” Ingenieur Malek memberi arahan kepada jurutera data.
118
119
14
Aagya memandang anak lelakinya yang tercegat di muka pintu. “Ibu nak terus jaga dia?” Chirag bertanya kepadanya. “Siapa tahu apa yang dia akan lakukan,” Aagya membalas, tidak berganjak dari tempat duduknya di hadapan Savi. Savi masih berada di kerusi tempat dia menjalankan pengekstrakan pepijat Integ. Tapi kini, Savi digari kaki dan tangannya. Aagya telah hilang punca, dahinya berkerut dan matanya merenung hujung kaki Savi yang telah dipasung dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga besi gred industri. Savi telah berjanji yang dia akan tinggal di Tebing sebagai jaminan kepada Jim, penjaga stesen REL. Tapi Aagya tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh Savi untuk meloloskan diri, janji atau tak janji. Jadi dia telah menggunakan alat perenjat terhadap Savi, walaupun yang lebih sakit adalah dirinya sendiri daripada apa yang boleh dirasai oleh Savi. Aagya kesal yang dia terpaksa melakukan perkara itu, kesal kerana dia sentiasa cemas - cemas tentang masa lampau dan masa depan, cemas tentang sebab dan akibat. Apabila Savi jatuh terjelepok ke lantai, Aagya tahu yang masa untuk dia menghadapi pengadilan semakin hampir. Sesuatu dalam denyut nadinya memberitahu yang kata-kata pujangga - jiwa luka dan badan binasa resam orang berjuang - adalah benar, walaupun seawal ini. Aagya menyangka yang dia akan boleh menjamah sedikit makanan atau berehat sekejap. Tetapi apa yang berlaku ialah dia menunggu di sisi Savi selama dia diuruskan oleh Chirag.
119
120
“Kenapa Ibu buat macam ni?” Savi telah bertanya, tanpa cuba untuk meronta. “Aku terpaksa,” Aagya menjelaskan, lebih kepada dirinya sendiri daripada kepada Savi. “Saya dah janji untuk tinggal di sini selagi Jim tak balik ke mari,” Savi menegaskan. “Janji tak boleh pakai dalam zaman ni,” Aagya berkata. Dia bangkit dari kerusi apabila Chirag masuk dengan membawa satu set alatan dan botol-botol kecil
yang
mengandungi
bebuli
yang
telah
dikeluarkan
daripada
pekerja-pekerja malam tadi. “Sambung kerja,” Aagya mengarahkan. Aagya meletakkan peralatan kerja di hadapan Savi. Tangan Savi dilepaskan oleh Chirag daripada gari. “Saya akan buat.Tak perlu risau,” Savi berkata. “Biar aku yang menilai. Aku bimbang akan pengaruh penjaga stesen rel itu terhadapmu,” Aagya berkata. “Dia tak tahu apa-apa,” Savi menjawab. Dia mengalihkan perhatiannya kepada peralatan yang diletakkan di atas meja. Satu dulang aluminium diletakkan di hadapannya. Di dalam dulang itu ialah botol-botol kaca yang menyimpan bebola kecil yang diperbuat daripada logam. Savi membuka satu botol yang berlabel ‘Vicki’. Menggunakan penyepit, Savi mengambil satu bebola kecil, pepijat Integ yang dia telah keluarkan daripada tengkuk pekerja. Savi masukkan pepijat itu ke dalam alat penyahaktif yang merupakan satu acuan berbentuk bulat sfera. Penyambung sehalus jarum dari empat sudut sfera kecil muncul dan mencucuk bebola pemancar. Alat penyahaktif telah dia sambungkan ke sebuah tablet dengan paparan digital. Tablet yang
120
121
disandarkan pada tompokan buku dan kamus kulit tebal telah dia dihidupkan. Sambungan sumber cahaya yang dipasang dari atas tablet memancarkan papan kekunci ke atas permukaan meja. Savi menaip segugus program melalui papan kekunci peka-cahaya ke dalam tablet. Savi berbalas program dengan gajet tersebut. Komunikasi mereka dengan logos yang menandakan pemancar itu telah dimatikan. Savi menanggalkan bebola pepijat Integrasi daripada alat penyahaktif dan melakukan gerak kerja yang sama dengan pepijat yang kedua. Aagya berdiri di belakang Savi, memerhatikan gerak-gerinya. Savi menoleh sekilas dan meneruskan kerjanya tanpa bercakap walau sepatah. Di tangan Aagya terdapat sejenis peralatan yang digunakan oleh tukang jam, iaitu
kanta
mata
yang
membolehkan
sang
tukang
melihat
komponen-komponen kecil. Kanta mata itu adalah untuk kegunaan Savi, tetapi dia tidak minta untuk menggunakannya. “Bagaimana kau lakukannya? Bercakap dengan Integrasi?” Aagya bertanya. “Aku tak tahu. Aku faham bahasanya. Seperti mana seorang pemain piano tahu kunci mana yang hendak dipetik. Aku seorang penyanyi dan logos sistem ini adalah laguku. Aku menggunakan metafora bentuk seni yang wujud sebelum zaman Bah, tapi Ibu tentu faham maksudku.” “Kau tak tahu macam mana ia bermula dalam otak kamu?” “Aku kerja dengan industri Integrasi. Aku curi alat ini keluar dan bawa ia ke sini. Jika tiada alat ini, aku tak dapat lakukan apa yang saya lakukan sekarang. Kemahiranku ada halangannya. Aku perlukan alatan,” Savi menerangkan sambil merenung ke arah alat penyahaktif yang saiznya
121
122
sebesar penumbuk. Alat itu memutuskan hubungan pepijat dengan Integrasi supaya perumahnya, iaitu
seorang pekerja Sarang bebas daripada intipan
dan pengaruh sistem itu. Misi tercapai. Namun begitu, pemikiran Aagya dihantui perasaan tidak puas hati. Savi hanya seorang pengguna, walaupun dia seorang pengguna yang cekap. Savi bukan seorang pencipta. “Selesai. Semua unit Invi telah dinyahaktif,” Savi melaporkan. “Kita tunggu penjaga stesen itu kembali,” Aagya memberi kata putus tanpa diminta. “Atau apa?” “Gari dia semula,” Aagya memberi arahan kepada Chirag. “Maaf,” Chirag berkata sambil memasang gari semula ke tangan Savi. Savi tidak melawan. Menunggu memberi masa kepada Aagya untuk merenung masa silam dan masa hadapan, sama ada dia mahu atau tidak. Mematikan unit Invi satu demi satu adalah langkah yang perlahan. Tetapi, Aagya telahpun membuat keputusan yang revolusi mesti dimulakan dengan satu langkah, walaupun nampak bodoh dan semberono. Tetapi satu perkara akan menghantuinya walau bagaimanapun dia cuba membuat penebusan - Sarang adalah buatannya. Sarang dibina atas falsafah yang salah tapi pada waktu itu, tiga puluh tahun dahulu dia hanya berfikir tentang kelangsungan hidup tiga puluh juta penduduk. Waktu itu dia muda. Usianya baru tiga puluh tahun. Di suatu zaman di mana manusia boleh mencapai usia seratus tahun, usia tiga puluh tahun itu terlalu muda. Lalu dia pun ikut sama dengan apa yang diimpikan oleh Konglomerat. Pada waktu itu, Aagya faham yang Nusa Bah perlu dibina semula dengan wang. Sarang perlu dibina dengan wang. Titiwangsa perlu
122
123
dibina dengan wang. Kerajaan demokrasi tiada wang tanpa sokongan konglomerat. Hampir dalam masa sekelip mata, Konglomerat mengambil alih, dan Sarang dibina sebagai tempat rakyat yang selamat daripada Bah. Dekad demi dekad berlalu dan mereka berada di tempat mereka sekarang. Aagya menyangka yang dia boleh betulkan Sarang tanpa menentang. Dia dengan naif yakin yang dia boleh memperbetulkan Sarang dari dalam. Tetapi, Sarang telah menjadi satu mimpi ngeri. Sarang tidak mempunyai tempat untuk keluarga. Sarang tiada tempat untuk orang tua dan kanak-kanak. Penghuni Sarang fungsinya bekerja semata-mata. Segala yang menghalang pekerja untuk bekerja tiada tempat di dalam Sarang. Pada mulanya, ia nampak rasional. Tetapi setelah tiga puluh tahun berlalu dan dengan setiap Sarang menjadi petempatan kepada 2 juta pekerja,
telah
menjadikan hanya 10 juta pekerja sahaja yang masih hidup selepas tiga dekad. Nusa Bah telah kehilangan dua generasi, generasi emas dan generasi kanak-kanak. Yang tinggal hanyalah generasi pekerja. Dan yang lebih menyedihkan, Adikuasa terus berkembang biak dan makmur dengan hasil kudrat penghuni Sarang. Kesimpulannya, di masa selewat ini, dia hanyalah seorang pengecut. Aagya sedar akan perkara itu terlalu lewat. Jika dia ingin menentang dari dalam, ia telah gagal sepenuhnya. Sembilan unit Invi yang dimatikan oleh Savi tidak membawa apa-apa makna. Pengekstrakan yang dilakukan oleh Savi terlalu perlahan. Peperangan itu terlalu besar untuk dilakukan oleh Savi seorang diri. Masyarakat Sarang mesti membebaskan diri mereka sendiri. Maka, Aagya tahu yang suatu hari nanti dia mesti kembali ke Menara. Menara
123
124
seolah-olah sedang memanggilnya. Dia perlu hadapi natijah sebagai pengecut selama ini. “Maafkan aku, Savi. Aku telah buat kesilapan dan kau yang terpaksa menerima kesannya,” kata Aagya kepada Savi. Dia kemudian memanggil Chirag. Chirag masuk dan Aagya mengosongkan kerusi. Dia perlu ambil angin dan keluar dari bilik tempat Savi ditahan. Aagya melihat seluruh Tebing dari serambi kediamannya. Akhirnya, setelah semua yang dia fikirkan dan lakukan, Aagya hanya mahu masyarakat Tebing selamat daripada ancaman. Aagya tahu yang Netra akan mengancam Tebing. Dia akan menyerah diri secara sukarela. Selama dia berteduh di Tebing dan melakukan kerja-kerja menentang Integrasi, dia hanya berharap yang perkata itu takkan terjadi. Namun, takdir tidak boleh dihalang. Lamunan Aagya diganggu. Pendengarannya menangkap bunyi kentung dipalu. Aagya tahu apa yang berlaku pada paluan yang pertama. Sudah begitu lama dia cuba membohongi dirinya sendiri sehingga akhirnya hakikat datang menerjah tanpa segan-silu. Jika kentung telah berbunyi, maknanya pengawal Tebing sedang menghadapi bahaya. Aagya masuk ke dalam bilik. Chirag telah terlelap. Savi memberi pandangan cemas kepadanya. Savi tidak tahu apa-apa tentang maksud paluan kentung itu tapi bunyi itu bukan sesuatu yang lazim. “Ini mesti kerja penjaga stesen yang kamu bawa ke mari,” Aagya berkata. Chirag terjaga daripada meridap, terpinga-pinga. “Jadi macam mana sekarang?” Chirag bertanya. Riak wajah Savi memberi petanda yang dia langsung tidak menyangka itu adalah pengakhiran kisah dia dan Jim - pengkhianatan.
124
125
“Apa yang terjadi?” Savi bertanya. “Netra dah datang. Lepaskan dia!” Aagya menjerit kepada Chirag yang terpisat-pisat. “Jim takkan buat begitu,” Savi berkata sedang rantaian yang mengikatnya dibuka. “Apa lagi tercegat di situ. Bawa dia ke Terowong!” Aagya mengarahkan Chirag. Savi mengutip semua peralatannya dan memasukkan semuanya ke dalam beg sandang. “Kita mesti keluar dari sini,” Chirag berkata. “Kamu pergi.” “Apa?” Riak muka Chirag menunjukkan yang dia ingat apa yang mereka telah bincangkan. “Dah sampai masanya. Ibu mesti kembali ke Menara,”Aagya berkata. “Tak. Laut akan lindungi kita,” Chirag menafikan. “Laut cuma sampan-sampan terapung. Ibu akan lindungi kamu semua.” Aagya hanya dapat tengok riak wakah Chirag yang bagai hendak menangis. “Mesti ada cara lain!” “Bawa Savi pergi. Kamu perlukan Savi bila sampai masanya. Jaga dia,” Aagya mengarahkan. Dia mesti bertegas. Gerunnya dia bukan kepalang. Tapi takdir telah pun sampai ke tika dan saatnya. Savi merenung wajahnya. Ada petanda yang Savi faham apa yang akan terjadi. Chirag memeluknya. “Saya akan cari ibu,” Chirag berkata.
125
126
“Cepat!” Aagya melepaskan anaknya. Chirag dan Savi berlari keluar daripada apartmen. Aagya keluar ke emper. Dia melihat masyarakat Tebing keluar dari apartmen-apartmen mereka, sehelai sepinggang. Anak-anak, ibu dan bapa, berpusu-pusu ke satu arah. Aagya tahu yang pengawal Tebing sedang bersabung nyawa menghalang Netra daripada sampai kepada penduduk. Bunyi rotor jentera dari langit membuatkan Aagya memandang ke atas. Ia umpama ribut. Pesawat-pesawat terapung Netra yang hitam umpama tebuan berlegar-legar di udara. Nampaknya, Malek telah mengerahkan kuasa penuh Netra ke atas Tebing. Bedilan peluru berpandu Netra yang pertama mengenai halaman tempat orang Tebing berkebun. Tempat dia berdiri bergegar umpama digoncang gempa bumi. Malek, Netra dan Adikuasa memang hendak musnahkan tempat ini. Aagya berlari menuruni tangga dan dia berjalan melawan arus penduduk Tebing yang sedang bergegas menuju ke tempat selamat seperti yang mereka telah rancang dan latih. “Terus ke Terowong!” Aagya berteriak kepada penghuni Tebing yang cuba bercakap dengannya. Dari tempat dia berjalan, Aagya nampak tujuh penjaga Tebing bergelimpangan di atas tanah, umpama batang pisang melawan peluru senjata automatik Netra.
Mereka penjaga Tebing yang
umpama anaknya sendiri - Azizi, Ikhlas, Khan, Vikram, Ang, Shimeh dan Arif. Zakiah dan Yonni yang masih berjuang, dengan busur dan anak panah sedang menghadapi tewas dalam pertempuran berat sebelah. Aagya berlari ke medan perang.
126
127
“Berhenti!” Aagya berteriak kepada pengganas-pengganas upahan Konglomerat yang telah menceroboh. Dia mendapat perhatian. Aagya mengangkat tangan, tanda menyerah. 15
Lebih kurang lima puluh meter lagi Jim menjangka dirinya akan sampai ke pagar yang memisahkan Tebing dan Sarang, di hujung padang lalang apabila dia terdengar bunyi rotor pesawat bergerak di udara. Jim mendongak. Langit sudah pun gelap sepenuhnya tapi dia boleh nampak cahaya yang datang bersama bunyi itu. Dia nampak cahaya merah berkelip-kelip dari bawah sebuah pesawat yang sedang terbang ke arah Tebing. Pesawat itu diikuti sebuah lagi dan sebuah lagi. Pesawat-pesawat itu tidak lain dan tidak bukan adalah jentera pemusnah Netra. Jim membayangkan keperluan terbangnya pesawat yang sebegitu, yang kapasiti penuhnya ialah tujuh anggota taktikal. Jantungnya berdebar kencang. Jim berlari meranduk lautan lalang. Dia turun melalui tebing batu yang curamnya empat puluh darjah dan jaraknya seratus meter ke bawah. Apabila dia berada pada jarak dua puluh meter terakhir, Jim berteriak sekuat hati. “Netra! Netra!” Lelaki-lelaki yang berjaga tersentak daripada meridap dan berkhayal. “Netra datang!” Pengawal-pengawal Tebing telah bertindak serta-merta. Kentung dipukul. Jim merasakan yang mereka telah bersedia untuk hari ini. Pada sepuluh meter terakhir, Jim terjun sahaja daripada cenuram dan mendarat dengan cara berguling. Tanpa ada masa untuk melayan rasa sakit, Jim berlari
127
128
sekuat hati ke arah kawasan kediaman Tebing. Penjaga Tebing telah pun memegang senjata. Tetapi, hakikat yang persediaan satu masyarakat agraria dan industri primitif dalam dunia moden untuk menghadapi serangan organisasi yang agresif dan berkelengkapan sempurna mempunyai natijah yang jelas. Tanpa rancangan melarikan diri, masyarakat Tebing tidak punya harapan untuk terlepas daripada ditangkap Netra, itupun jika Netra berniat untuk mengambil tahanan. Hakikatnya, Netra boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Petempatan haram seperti Tebing boleh saja dimusnahkan. Tiada siapa akan tahu. Jim nampak masyarakat Tebing keluar dari kediaman masing-masing. Lelaki-lelaki keluar dengan senjata tajam, belantan, parang, busur panah, dan pedang, yang semuanya tiada harapan untuk berhadapan dengan raifel, pistol dan grenad milik Netra. Jim menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri empat pesawat itu berada dalam mod terapung sebelum penambat diturunkan dan anggota berpakaian taktikal yang sarat dengan senjata api turun dengan cara melorot daripada penambat itu. “Awak semua tiada harapan untuk menang. Mereka bersenjata api. Mereka semua mahu Tebing lenyap. Selamatkan diri!” Lelaki-lelaki itu mengangguk tetapi mereka sekadar mengangguk. “Savi
tunggu
kau,”
salah
seorang
daripada
memberitahunya. “Dia di mana?” “Ditahan oleh Aagya. Aagya cap kau pengkhianat!” “Di mana mereka?” “Di apartmen Aagya.”
128
penjaga
Tebing
129
Jim mengangguk. Dia berlari pergi. Penjaga Tebing tinggal. Mereka bertentang mata dengan takdir, menanti anggota Netra yang turun dari pesawat yang sedang terapung. Jim faham riak pada wajah mereka. Lelaki-lelaki
itu
adalah
anggota
masyarakat
yang
telah
dipertanggungjawabkan keselamatan Tebing ke atas mereka. Di mana orang lain berlari daripada bahaya, mereka berlari menuju ke arahnya. Jim menentang nalurinya sebagai penjaga stesen REL. Dia perlu cari Savi. Dia mesti beritahu Savi yang dia tidak bawa Netra ke Tebing, walaupun itu perkara terakhir dia akan katakan kepada perempuan itu. “Ke terowong!” Kedengaran suara menjerit. Penduduk Tebing keluar beramai-ramai. Jim terbawa dalam arus penduduk yang meninggalkan kediaman mereka. Jim mengagak, penduduk Tebing, mungkin tidak lebih daripada seratus orang kesemuanya, berarak ke tempat yang mereka panggil terowong sehelai sepinggang. Dalam kekalutan itu, Jim mencari kelibat Savi. Jim berharap ada orang yang membawa Savi ke terowong. Jim terkebelakang. Naluri
sebagai
penjaga
stesen
REL
menewaskan
nalurinya
untuk
menyelamatkan diri. Bagaimana jika Savi masih ditahan dan dalam keadaan huru hara dia ditinggalkan terkurung? Jim keluar dari perarakan ke Tebing dan naik ke apartmen tempat dia dirawat setelah dipukul malam semalam. Jim berlari di sepanjang koridor memanggil Savi. Tiada jawapan. Semua apartmen kosong. Bilik tempat dia dan Savi bersama kali terakhir pintunya terkangkang dan tiada siapa di dalamnya. Jim memerhatikan keadaan Tebing dari tingkat dua blok apartmen tinggal. Tebing sudah kosong.
129
130
16
Savi membuntuti Chirag yang terdengkut-dengkut berjalan dengan bantuan topang di siku. “Apa Aagya nak buat?” Savi bertanya kepada Chirag. Di sekeliling mereka
kacau-bilau.
Penduduk
Tebing
berlari
sehelai-sepinggang
bersama-sama mereka. “Apa rancangan ibumu?” Savi bertanya lagi. “Kau peduli?” Chirag membalas. “Kau salahkan aku sebab bawa penjaga stesen tu ke mari,” Savi menyatakan pendapat berdasarkan nada suara Chirag yang tajam. “Dia datang dan Tebing ditimpa malapetaka.” “Kau salah. Bila AKU datang, Tebing ditimpa malapetaka. Netra serang Tebing sebab aku nyahaktifkan Invi.” Pada Savi itu adalah penjelasan yang paling munasabah, tapi hanya boleh diterima oleh Chirag jika lelaki itu menerima hakikat yang Aagya tinggalkan Tebing atas pilihannya sendiri. “Aku tak faham kenapa ibuku mahu lindungi kau.” Savi mengetepikan kata-kata itu. Yang dia tahu dia masih berada dengan masyarakat Tebing dan belum ditinggalkan untuk jadi makanan serigala di luar sana. “Kenapa Aagya serah diri kepada Netra?”
130
131
“Ibuku buat pertukaran - rahsia Integrasi untuk nyawa masyarakat Tebing. Dia nak selamatkan kita.” “Jadi apa seterusnya? Apa akan terjadi kalau ibumu tak kembali?” “Aku tak tahu.” Bunyi bedilan kedengaran sebelum Tebing bergegar. Wajah Chirag jelas cemas. Tapi, Savi perlu tahu satu perkara. “Apa peranan aku sekarang? Kenapa Aagya pilih aku?” Chirag berhenti berjalan, di belakang mereka bunyi dan cahaya bedilan demi bedilan. Tebing sedang terbakar. “Aku pun tertanya-tanya kenapa dia pilih kau. Daripada dua juta penghuni Sarang kenapa ibuku pilih kau? Aku mengharapkan yang kau tahu.” Chirag berjalan semula. Savi mengejarnya. “Aku kerja di Menara. Ada benda yang aku tahu.” “Kau pekerja bahagian pempaterian!” Chirag berteriak kecewa. Apabila dinyatakan sedemikian, Savi merasakan kekecewaan Chirag masuk akal. “Aku tak tahu.” Perbalahan kecil mereka terhenti. Savi dan Chirag berada di hadapan mulut sebuah terowong. Seorang lelaki yang memakai selendang petak-petak di lehernya sedang menggunakan lampu suluh untuk memudahkan penduduk Tebing masuk ke dalam terowong tersebut Penduduk Tebing berpusu-pusu masuk ke dalam terowong tapi berjaya ditenangkan oleh lelaki itu. Chirag berhenti dan berdiri di sisi lelaki itu, memberi ruang kepada anggota masyarakat Tebing untuk masuk ke dalam terowong. “Hati-hati! Kita selamat,” kata Halil untuk menenangkan penduduk yang sampai ke terowong. Savi nampak yang semua penduduk Tebing masuk ke
131
132
dalam terowong sehelai sepinggang, tetapi Halil menggendong sebuah beg di belakangnya. “Biar aku buat, Halil,” Chirag menghulurkan tangan, seolah-olah mahu mengambil beg yang disandang oleh Halil. “Tak sedar diri,” Halil memuncung pada kaki Chirag yang bertongkat. “Sebab itulah,” Chirag membalas dengan nada rendah. “Kau takkan ada peluang,” Halil menjawab. “Fikirkan tentang keluarga kau.” “Aku dipilih sebab aku pelari terpantas di Tebing. Aku boleh selamatkan diri aku. Kau mesti teruskan kerja Aagya bila kita semua selamat nanti. Aku akan OK,” Halil menegaskan. Chirag menepuk bahu Halil perlahan. “Moga selamat, Halil. Jangan toleh ke belakang.” “Jangan risau. Cepat! Kau berdua yang terakhir. Aku tunggu sekejap lagi - manalah tahu ada yang lambat.” Chirag mengangguk tanpa kata-kata. Savi tidak cukup mengenali kedua-dua lelaki itu untuk mengetahui apa yang mereka sedang bicarakan. Chirag mendorongnya masuk ke dalam terowong. Tiada lagi masyarakat Tebing di belakang mereka. Chirag dan Savi berjalan di dalam gelap bila cahaya lampu suluh Halil sudah berada jauh. Chirag menghidupkan lampu suluh miliknya yang dia ambil daripada dalam jaket. “Nah,” kata Chirag sambil menghulurkan satu lampu suluh kepada Savi. “Kau kena pusingkan tuil ni. Ia dioperasikan dengan motor,” Chirag memberitahu.
132
133
“Terima kasih,” Savi berkata dan menggunakan lampu suluh itu. Di hadapan mereka penduduk Tebing yang sedang berjalan. Mereka adalah ibu dan anak-anak, para remaja dan orang tua. Hanya beberapa orang lelaki dewasa yang kelihatan. Savi merasakan berat apabila terfikir akan nasib lelaki-lelaki yang lain, yang dia pernah nampak dua malam yang lepas. Mereka telah memukul Jim sehingga lembik tapi mereka adalah pengawal Tebing. Itu kerja mereka. “Apa yang Halil nak buat?” Savi bertanya. “Dia akan letupkan terowong.” Tiada perkataan yang boleh menjawab penyataan Chirag. Savi rasa berat. Dia telah membawa Jim, walaupun secara tidak sengaja ke Tebing dan membawa mereka semua ke saat ini. Semua yang telah terjadi, membawa satu kesimpulan dalam pemikiran Savi - Jim telah mengkhianatinya. Jim telah mengkhianati semua orang di Tebing. Tetapi apa yang dia harapkan daripada penjaga stesen yang selama hidupnya percaya akan fungsi Sarang dan patuh pada Adikuasa? Apa yang dia boleh harapkan daripada seorang penjaga stesen yang mengharapkan kehidupan di Titiwangsa pada masa depan? Sangka baiknya terhadap Jim telah hancur bersama Tebing. Savi dengar gegaran-gegaran dari atas terowong. Anak-anak kecil mula menangis. “Mereka musnahkan semua sekali,” Chirag berkata perlahan. Savi hanya boleh membungkam bisu. Pelarian Tebing meneruskan perjalanan mereka dalam gelap yang dibantu dengan sedikit cahaya yang datang daripada lampu suluh beberapa orang penduduk yang kini mengambil peranan sebagai penyuluh jalan. Setelah lima minit telah berlalu dari saat dia dan Chirag memasuki terowong, satu bunyi kuat meletus dari belakang
133
134
mereka. Ia diikuti dengan gegaran yang menyebabkan ibu bapa dan anak-anak mereka berpelukan sambil melindungi kepala mereka dengan lengan. Bunyi itu melewati ruang sempit dengan berakhir sebagai tekanan yang boleh dirasai semua yang berada dalam terowong. Debu terowong terbang akibat gegaran itu. Nasib menyebelahi penduduk Tebing kali ini kerana terowong masih kukuh. “Itu Halil,” Chirag berkata perlahan. Semua ahli masyarakat Tebing berdiam diri. Mereka seolah-olah tahu apa yang telah dikorbankan dan untuk apa pengorbanan itu dilakukan. Savi insaf. Halil telah meletupkan terowong. Dia tidak tahu jika Halil telah berada cukup jauh dari lokasi letupan untuk dia selamat. “Kita teruskan perjalanan,” Chirag memberi arahan. “Kenapa bukan aku? Kenapa bukan aku yang meletupkan terowong? Aku boleh berlari pantas,” Savi bertanya, lebih kepada dirinya daripada kepada Chirag. “Aagya perlukan kau untuk teruskan misinya. Kalau kau mati, misinya mati
dengan
kau,”
menggembirakan
Savi.
Chira
memberi
jawapan.
Jawapan
itu
tidak
Sememangnya
sekarang
bukan
masa
untuk
bergembira kerana dalam gelap terowong, seseorang sedang menyanyi. Bukan, ia bukan nyanyian. Ia ratapan.
Walang walang Walang kembara seorang Jangan biarku seorang Kalau luka aku boleh pulang.
134
135
Rangkap yang sama diulang oleh suara yang lebih ramai. Masyarakat Tebing tidak punya masa untuk berkabung. Itu sahaja yang mereka boleh buat.
135
136
17
Mereka semua sudah sampai ke terowong, agaknya. Jim berkata dalam hati. Dia turun dan berjalan mengikut lorong yang terbentuk akibat jejak puluhan penduduk Tebing yang Jim pasti akan membawanya ke terowong. Setelah Jim berjalan sejauh lima puluh meter, terowong menampakkan bentuknya, satu mulut ternganga setinggi seorang lelaki dewasa. Tiba-tiba, satu jalur cahaya ditujukan ke mukanya. Jim mengangkat tangan ke mukanya supaya dia boleh melihat siapa di hadapannya. “Jim!” Jim dengar suara memanggilnya. Dia lega yang seseorang ingat namanya dalam keadaan cemas dan gelita. Orang yang memanggil namanya meyuluh mukanya sendiri supaya Jim boleh nampak siapa dia. “Halil!” Jim berteriak. Dia tidak akan lupa lelaki Tebing yang menolongnya ketika semua orang ingin menamatkan riwayatnya. “Kau balik ke mari?” Riak wajah Halil menunjukkan dia terkejut. “Aku dah janji.” “Aku tak tahu kalau kau balik ke sini akan ubah apa-apa sekarang. Masuk, kau masyarakat Tebing sekarang.” “Macam mana kalau mereka jumpa terowong ni?” Jim bertanya tentang masalah nyata di hadapan mereka, besar dan gelap melopong seolah-olah ia akan membaham mereka. Dari tempat mereka berdiri, Jim boleh nampak cahaya api sedang menjilat bangunan di Tebing. “Aku akan letupkan terowong ini.”
136
137
“Kena buat sekarang sebelum Netra jumpa,” Jim menyatakan sesuatu yang jelas pada mereka berdua. “Ya. Aku hanya nak pastikan anak dan isteriku selamat turun ke Laut. Kumpulan yang terakhir sudah masuk tiga minit lepas. Itu beri mereka jarak lima puluh meter. Sekarang masuk!” Jim memandang lelaki itu. Jelas di matanya yang Halil adalah seorang lelaki tempat bergantung bagi keluarganya, dan dia sedang memegang bahan letupan untuk menutup terowong tersebut. Halil adalah benteng pertahanan terakhir buat Tebing. “Biar aku buat,” Jim berkata. “Apa?” “Bagi beg tu pada aku,” Jim menuding ke arah beg yang disandang oleh Halil. “Kau khianati kami. Kau nak aku percaya pada kau?” Jim terpempan dengan perkhabaran tersebut. Halil betul, walaupun dia tidak berniat begitu. Pergerakannya ke Tebing telah dikesan oleh Netra. Dia sepatutnya sudah mengagak yang perkara itu akan berlaku. Entah bagaimana, di kalangan 2 juta pekerja, dia telah menjadi sasaran Netra. “Itu tak penting. Keluarga kau perlukan kau.” “Kalau aku tak letupkan terowong ni, keluarga aku takkan dapat lari ke Laut.” “Kau kena percaya pada aku. Pergi!” Halil tidak berganjak. “Kau nak anak kau hidup tak berbapa? Hanya sebab kau tak percaya pada aku?”
137
138
Halil mula goyang. “Tapi kau?” “Aku dari Sarang. Aku sebatang kara. Lagipun, aku bukannya nak mati. Aku memang berniat nak lari pecut selepas aku nyalakan fius,” Jim cuba meyakinkan Halil. Jujur, memang itu niatnya. Siapa nak mati akibat letupan, hancur lebur dengan cara yang paling menyakitkan? Jim menyoal dalam hati. Jim menghulurkan tangannya. Halil melepaskan beg yang dia pegang. Jim memeriksa kandungan beg tersebut. Ada dua suar dan dua bongkah bahan letupan. “Kau tahu macam mana nak buat?” Halil menyoal. “Jangan pandang rendah penjaga stesen REL,” Jim berkata dengan nada berseloroh sedangkan tangannya menggigil. “Pergi!” Jim berkata kepada Halil. “Selamat, Jim.” Jim mengangguk. Dia memerhatikan lelaki itu pergi. Apabila Halil sudah berada dalam jarak yang selamat, iaitu lebih kurang tiga puluh meter, Jim ketuk suar dan terowong itu terang-benderang dengan cahaya. Dia letakkan dua bungkal letupan di kanan dan kiri mulut terowong. Dia nyalakan fius bahan letupan dengan api suar. Panjang fius bahan letupan sebanyak lima inci memberi masa untuk dia menyalakan fius bahan letupan yang kedua. Kemudian, dengan suar masih di tangan, Jim memecut sekuat yang dia terdaya. Dia tahu yang dia cuma ada masa 5 saat untuk mencapai jarak paling jauh daripada letupan yang bakal terjadi. Masa terlalu cemburu. Terowong itu meletup. Jim merasakan tubuhnya dipukul kuasa halimunan.
Dia melayang dek hentaman yang dijana oleh
138
139
letupan. Tanah hitam menerpa ke arah mukanya. Itu perkara terakhir yang Jim nampak sebelum pandangannya jadi hitam pekat. 18
Derap kaki penduduk Tebing di dalam terowong berselang-seli dengan bunyi merengek dan suara ibu-ibu memujuk anak-anak mereka. Savi berjalan pantas mengikut penduduk Tebing melalui terowong gelap sepanjang 2 kilometer. Masyarakat Tebing melarikan diri sehelai sepinggang, perjalanan mereka pantas dan tidak dibebani barang-barang. Savi tertanya-tanya apakah rancangan mereka apabila mereka tiba di hujung terowong? Savi ingin benar bertanya kepada Chirag tapi dia tidak mahu menimbulkan keresahan. Savi dapat mengagak yang Chirag hanya berfikir tentang ibunya, Aagya dan nasib perempuan itu di tangan Netra. Jika Chirag ada sayap dia mungkin sudah terbang ke Sarang ke sekarang, fikir Savi. Jim! Tiba-tiba Savi teringat sebab-musabab dia dan semua yang berada di dalam terowong ini sedang dalam perjalanan entah ke mana. Dialah yang dungu kerana mempercayai Jim. Apa yang Jim lakukan untuk membantunya apabila dia jadi mangsa peragut itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang penjaga stesen REL, tidak lebih daripada itu. Jim tetap hamba Sarang yang setia. Terowong sedikit demi sedikit diterangi cahaya suram. Kumpulan itu telah sampai ke hujung terowong dan mereka menghadap ke laut yang disimbah cahaya pucat bulan separuh. Pemandangan laut tidak gelap seperti dalam terowong. Laut masih membiaskan cahaya daripada langit yang penuh dengan bintang-bintang.
139
140
“Kita kira kepala. Siapa belum sampai?” Chirag memberi arahan sedang pandangannya kabur bergenang air mata. “Suami aku, Halil, tiada,” seorang wanita muda yang kecil molek, dengan perut memboyot dan seorang budak perempuan berada dalam dakapannya melaporkan. “Halil ditugaskan untuk meletupkan terowong,” Chirag menerangkan dengan suara perlahan. “Kita akan tunggu dia,” Chirag cuba untuk menenangkan perempuan itu, tetapi Savi boleh lihat pada wajahnya yang dia tidak menaruh harapan. Beberapa nama yang lain - Vikram, Ang, Shimeh, Arif, Zakiah, Yonni, Azizi, Ikhlas, Khan - lelaki dan wanita pahlawan di kalangan masyarakat Tebing disebut oleh ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. “Kita kenang mereka. Penyelamat kita dahulunya proletariat daripada Sarang dan juga anak-anak generasi pertama masyarakat Tebing, muda belia semuanya telah menahan serangan Netra supaya kita selamat,” Chirag memberi ucapan penghormatan pendek. “Ibuku, Aagya, tiada,” Chirag menyatakan, menamatkan senarai ahli masyarakat Tebing yang tidak kembali. “Tabahlah, Chirag,” seorang lelaki berusia senja memegang bahu Chirag. “Sahabat-sahabat, keluarga kita yang tiada dengan kita pasti mahu kita semua selamat sampai ke Laut,” Chirag meneruskan percakapannya. “Kita akan teruskan perjalanan.” Tidak
semena-mena,
satu
suara
sayup-sayup
memberhentikan semua di tempat mereka berdiri.
140
kedengaran,
141
“Muna! Muna!” Perempuan yang melaporkan suaminya tiada berpaling ke dalam gelap terowong. Kumpulan itu memberi ruang kepada perempuan yang sarat mengandung itu lalu membelah gerombolan pelarian. Chirag menghalakan lampu suluh ke arah terowong yang berada di belakang mereka. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari pontang-panting ke arah mereka. “Halil!” Chirag berteriak gembira. Isteri Halil tidak dapat menahan tangis. “Abang OK! Aku OK!” Halil mengumumkan. Tiga beranak itu berpelukan, dengan air mata gembira. “Terima kasih, Halil. Kau selamatkan kami semua,” Chirag berkata. “Bukan aku yang letupkan terowong,” Halil menerangkan. “Maksud kau?” Chirag bertanya. “Ingat kaki stesen yang kita belasah semalam?” “Jim. Nama dia Jim,” Savi berkata, perlahan. “Dia yang buat. Dia yang letupkan.” “Di mana dia sekarang?” Savi bertanya. Semua kebarangkalian akan apa yang telah berlaku pada Jim tersenarai dalam pemikirannya. “Aku tak tahu. Dia suruh aku pergi. Aku perlu bantuan cari dia. Aku tak mampu nak keluarkan dia seorang diri daripada runtuhan, itupun kalau-” Belum sempat sesiapa berkata apa-apa sebagai maklum balas, Savi telah berlari masuk ke dalam terowong. Beberapa orang penduduk Tebing mengikutnya dari belakang. Chirag berteriak memanggil mereka tapi dia tidak dipedulikan. Selepas sepuluh minit berlari di dalam gelap bersuluhkan cahaya lampu halogen yang dibawa oleh salah seorang yang bersamanya untuk
141
142
mencari Jim, atau saki-baki Jim yang tinggal, Savi dan kumpulannya sampai ke timbunan tanah, batu, konkrit. Seorang perempuan muda, yang pantas lariannya menghalakan lampu halogen ke tanah. “Aku Hayati,” perempuan itu memperkenalkan diri. “Savi. Terima kasih,” Savi membalas. Savi merangkak di atas tanah, meraba-raba timbunan batu dan tanah di hadapannya untuk mencari Jim. Tangannya menyentuh sesuatu yang dia rasa seperti kepala manusia. “Sini!” Savi mengarahkan Hayati. Hayati menalakan cahaya pada tangan Savi. Mereka nampak seorang lelaki tertiarap, badannya ditutup tanah dan batu hingga ke paras belakang. “Jim!” Savi berteriak. Halil dan seorang penduduk Tebing berusia dalam lingkungan usia tiga puluhan bertindak mengalihkan ketulan batu, kayu dan konkrit
yang
menimbus
Jim.
Mereka
menarik
Jim
keluar
dan
membaringkannya di atas tanah rata. Mata Jim tertutup rapat. Savi memeriksa pernafasan Jim. Senyap sunyi. “Dia tak bernafas!” “Biar aku buat,” Halil berkata. Halil membuat menekan dada penjaga stesen itu dan membuat pernafasan mulut ke mulut ke atas Jim. Proses itu diulang buat kali kedua. Savi mengira saat di mana seorang manusia tidak boleh hidup tanpa bekalan oksigen ke otaknya. Savi berharap Jim lebih kuat daripada manusia biasa kerana Jim kesuntukan masa. “Apa ni, Jim!” Halil berteriak menggesa. Selesai kali ketiga memberi bantuan pernafasan kepada Jim, dan Halil hendak memulakan proses itu buat kali keempat, Jim menarik nafas dan terbatuk-batuk dengan gaya paling
142
143
meriah. Halil miringkan Jim ke sisinya. Jim memuntahkan cecair kehitaman, campuran air liur, tanah dan debu. Halil menggosok-gosok belakang Jim sambil ketawa gembira. Savi terduduk di tanah, tidak menyangka yang Jim masih hidup. Batuk dan muntah Jim reda akhirnya. “Jangan salahkan Savi,” Jim berkata sebaik sahaja dia boleh bernafas dengan baik. “Kami tahu. Jangan cakap lagi,” Halil berkata dan membangunkan Jim ke posisi duduk. Kemudian Halil mencangkung di hadapan Jim. “Naik. Aku bawa kau ke Laut.” Tanpa mendapat persetujuan Jim, Savi menggerakkan tangan Jim ke leher Halil. Jim tidak membantah. Halil dukung Jim melewati terowong. Di hujung terowong, mereka disambut oleh semua penduduk dengan tanda tanya. Savi mendapati yang Chirag kelihatan tidak begitu gembira. Tetapi itu adil memandangkan yang kembali adalah Jim, dan bukannya sembilan penjaga Tebing yang telah disenaraikan hilang, termasuk ibunya, Aagya. “Jim telah selamatkan kita. Dia yang letupkan terowong supaya aku boleh kembali kepada keluargaku,” Halil menerangkan. “Aku rasa kau dah boleh turunkan aku,” Jim berkata menyedari yang semua orang sedang merenungnya. Halil akur dan mengampu Jim di bawah ketiaknya. Penduduk Tebing memberikan tindak balas yang berbeza-beza terhadap perkhabaran itu. Ada yang bertepuk tangan, ada yang berbisik-bisik sesama mereka. “Aku jamin yang Jim bukan musuh kita,” Halil meneruskan. “Maafkan aku, atas apa yang telah terjadi,” Jim berkata. “Aku tak tahu bagaimana-”
143
144
“Baik,” Chirag memberi tindak balas. “Kita tak boleh buang masa, kita teruskan perjalanan,” Chirag membuat pengumuman. “Terima kasih,” Halil berkata kepada Jim. Jim hanya mengangguk. Jemaah eksodus dari Tebing menyambung kembara mereka. Savi merasakan semangatnya pulih, langkahnya lebih ringan. Dia tidak lagi keseorangan di kalangan penduduk Tebing. Kini, Jim ada di sisinya.
144
145
19
Bilik kawalan misi di Menara sejuk dek udara penghawa dingin tetapi Ingenieur Malek terasa peluh mengalir di atas belakangnya. Ketua Turus Netra, Leftenen General Hans Yusuf, seorang lelaki gempal dan tinggi yang tidak boleh berdiri lama, ada bersamanya. Hans Yusuf menggenggam satu cawan teh dalam tangan yang mugil dan dalam setiap lima minit lelaki itu melihat muka jam tangannya. Leher Malek terasa seperti dijerut. Ini adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah Nusa Bah, dan Pengerusi telah mengarahkan Hans Yusuf menjadi wakilnya untuk membuat pemantauan. Apalah yang Hans Yusuf tahu tentang kepentingan misi ini? Jelas pada Malek yang semua hasil misi ini adalah di atas usaha dirinya sendiri. Selagi Hans Yusuf selesa dan tidak masuk campur, elitis Konglomerat itu boleh duduk dalam bilik untuk makan snek. Sumber intel Malek untuk misi memusnah itu ialah empat buah dron yang diterbangkan untuk mengawasi sektor seluas tiga kilometer persegi. Malek mengelak daripada menyaksikan pertempuran satu-lawan-satu antara penduduk Tebing dan anggota Netra. Malek tidak mahu menghadapi rasa ngeri. Dia adalah seorang saintis, bukannya soldadu. Malek hanya menumpukan perhatian kepada tembakan-tembakan grenad yang dilakukan terhadap struktur kediaman. Dengan sedikit anjakan paradigma,
Netra
boleh
saja
dianggap
sebagai melaksanakan
misi
memusnahkan sebuah petempatan yang telah ditinggalkan, supaya ia tidak menjadi habitat binatang buas. Walau apapun fungsi Tebing, lambat-laun ia
145
146
akhirnya akan ditambak untuk menyekat kemaraan paras laut yang menghala ke arah Sarang dalam masa beberapa tahun lagi. Alat pandang dengar Malek menerima permintaan komunikasi daripada Ejen Dex. Malek menerima permintaan itu. “Ejen,” Ingeneur Malek memulakan. Malek kini melihat melalui pandangan Dex. “Tebing telah musnah sepenuhnya, tuan Ingenieur” Ejen Dex membuat laporan. “Kami telah bunuh semua pemberontak yang menentang. Tiada apa yang tinggal di Tebing.” “Berapa ramai yang terkorban?” “Sembilan penentang - tujuh lelaki dan dua perempuan.” Malek mendapati bilangan itu amar sedikit. Takkanlah petempatan itu hanya mempunyai sembilan orang penduduk? “Anggota kita?” “Dua cedera.” “Bagaimana dengan penduduk yang selebihnya? Ke mana mereka pergi?” “Kami sedang periksa keseluruhan kawasan ini.” Daripada pandangan Dex dan juga dron, Malek mendapati semua bangunan di Tebing telah runtuh dan sedang dijilat api. Malek nampak ahli platun bergerak memeriksa kawasan. Kawasan seluas enam padang bola itu tidak mempunyai penghuni walaupun ia ditinggalkan dengan tergesa-gesa. Visual yang dia dapat jelas menunjukkan yang petempatan itu meriah dengan industri dan aktiviti. Malek nampak visual batas-batas pertanian, bangsal
146
147
tempat orang bertukang, kain di jemuran, pokok bunga yang dijaga dengan baik, dan basikal roda tiga yang ditinggalkan. Hairan, kata Malek. Pada mata kasar, Tebing tidak bersambung ke mana-mana petempatan lain. Di sebelah benteng adalah saki-baki kawasan paya dan di belakangnya adalah laut lepas. Bangunan apartmen, kawasan permainan, padang dan pasar semuanya telah musnah. Tetapi tiada penghuni yang tinggal kecuali mayat sembilan orang penduduk Tebing yang telah terbunuh dan sedang disusun sebaris untuk dimusnahkan. “Laporkan, ejen. Laporkan,” Malek menggesa. Hans Yusuf nampak tidak selesa. Lelaki berbadan besar itu bangun daripada kerusi. “Kami sedang proses saki-baki Tebing, tuan!” Dex melaporkan. “Proses segera kalau macam tu!” “Ejen Dex!” Seorang ejen muda membuka komunikasi dalam talian Dex. “Buat laporan,” jawab Ejen Dex. “Saya jumpa seorang pemberontak, tuan.” “Hidup atau mati?” “Hidup. Kami jumpa dia tidak sedarkan diri di bawah salah satu wakaf apabila tempat ini dibedil. Dia tidak melawan.” Ingenieur Malek segera memintas komunikasi dua ejen itu. “Beri rawatan kecemasan kalau dia cedera. Kita perlukan dia hidup-hidup. Kita bazirkan sumber tapi tempat ini kosong. Aku perlu tahu mereka ke mana!” Malek memberi arahan. “Adakah kita berjaya?” tanya Hans Yusuf. Malek mengecilkan mata. “Kita berjaya buat tangkapan,” jawab Malek, ringkas.
147
148
“Tahniah! Kita dapat sesuatu,” Hans Yusuf berkata. Dia nampak sangat gembira dengan perkembangan itu. Malek rasa isi dahinya menggelegak. Dia menyuruh dirinya memberi fokus. “Beri aku siar pandang. Aku nak tengok pemberontak tu.” “Baik, tuan.” Ejen Dex berkongsi siar pandang dengan Ingenieur Malek. Dia boleh nampak semua yang Dex nampak. Ingeneur Malek mengikuti langkah Dex ke tempat
berkumpul. Dua
orang
ejen
mengiringi
seorang
perempuan
pertengahan umur yang digari pergelangan tangannya. Jantung Malek seolah-olah terhenti. Malek mahukan kepastian. “Visual. Dekat,” Malek mengarahkan. Dex mengarahkan kamera pada visor yang dipakainya ke muka perempuan yang bergari itu. Sah! Malek kenal perempuan itu. Itu adalah Aagya. Aagya kelihatan seperti tikus cedera yang diheret tetapi dia kenal wajah dan postur itu di mana jua. Aagya bergaya suatu masa dahulu. Dan Aagya masih orang yang sama, bangga dan sentiasa menyangka dirinya betul, walaupun perempuan itu kini berpakaian selekeh selayaknya sebagai penghuni Tebing. “Aku nak bercakap dengan Malek,” perempuan itu bersuara. “Tuan?” “Biar dia bercakap.” “Hentikan operasi kau, jika kau nak aku berikan kerjasama. Aku tahu yang kau perlukan sesuatu daripada aku.” Ejen Dex menunggu responnya. “Bawa dia ke Menara.”
148
149
“Baik.” “Tuan, ada satu terowong keluar dari tempat ini. Tapi mereka telah letupkannya dan ia tertutup,” seorang anggota melaporkan dapatan proses carian mereka. “Gali!” Dex memberi arahan serta-merta. “Jika kau buru penduduk Tebing, aku takkan beri kerjasama. Malek, kau tahu aku ada semua yang kau perlukan untuk Sarang,” Aagya berkata dengan tenang, renungan matanya menerobos skrin visual di Menara. Malek terpaksa membuat keputusan. Dia semakin hampir untuk menyelesaikan masalah ini. “Ejen Dex, arahkan pasukan kembali ke markas. Cukup untuk malam ini,” Ingenieur Malek mengarahkan. “Tapi, tuan.” “Tebing dah musnah. Aku dah dapat apa yang aku nak. Tebing tak boleh lagi ancam keselamatan Sarang. Kembali ke Menara.” Komunikasi di sebelah Dex senyap. “Faham, ejen?” “Faham, tuan.” “Tugas yang cemerlang. Bagus, Ejen!” Malek memberikan apa yang Dex perlukan. Malek kemudian mendengar Dex melaungkan arahan kepada anggota pasukannya. Ingenieur Malek pegang loket yang Dex telah ragut daripada anak emas Aagya. Mesti ada sesuatu dalam loket tersebut. Kod, kata laluan, klu. Pasukannya telah berhempas-pulas mendapatkan petunjuk akan fungsi loket tersebut, tetapi sia-sia. Hanya Aagya yang tahu akan perkaitan loket itu dengan Savi dan rancangan Aagya untuk Sarang. Aagya akan memberi kerjasama jika dia mahu penduduk Tebing terus hidup di ceruk
149
150
manapun di Nusa Bah ini. Aagya akan membantunya, sama ada dia rela atau tidak. Ingenieur Malek mempunyai terlalu banyak soalan untuk Aagya. Demi pengetahuan
yang Aagya akan kongsikan, dia akan lepaskan Tebing buat
kali ini. “Selamat pulang ke Menara, Aagya. Macam dulu-dulu. Kita kan satu keluarga?” Ingeneuer Malek berkata perlahan.
150
151
20
Aagya membiarkan sahaja getaran daripada rotor kipas dan enjin pesawat Netra yang memindahkannya ke Menara menenangkannya. Tiada apa yang dia boleh buat sekarang selain daripada bertenang. Berada di hadapannya, di sisi pintu pesawat yang terbuka ialah seorang anggota Netra yang jari telunjuknya disangkutkan pada picu senapangl. Dari sedikit kulit anggota yang terdedah itu, kedut matanya dan gaya tubuhnya, Aagya meneka yang usianya tidak jauh daripada usia penjaga stesen REL yang mengekori Savi hingga ke Tebing. Usia sebegitu, dengan semua yang ada di hadapannya adalah segala-galanya bagi seorang manusia - semangat, kekuatan fizikal, idealisme, kecuali bagi mereka yang tinggal di Sarang. Aagya hanya boleh melayan perasaannya kerana kaki, tangan dan mulutnya
diikat.
Seluruh
badannya
sakit.
Dia
terkena
debris
yang
berterbangan bagai projektil apabila Tebing dibedil hingga jadi abu. Tapi dia selamat dan dia cuba kuatkan semangatnya. Aagya mengingatkan dirinya yang dia berada di dalam pesawat ini, menjadi tawanan Netra. Dengan tindakannya menyet\rah diri, dia telah menyelamatkan seratus nyawa yang pada waktu ini sepatutnya berada di bawah perlindungan Laut. Setelah dua minit terbang di udara, pesawat Netra itu pegun. Aagya menyaksikan sendiri buat pertama kali dari dampak atas akan betapa luas dan rumitnya Sarang. Daripada pandangan atas, Sarang adalah satu kawasan berliku-liku dan berlapis-lapis. Sarang menakutkan dan menakjubkan pada masa yang sama. Di kelilingi air, Sarang adalah sebuah pulau bercahaya malap. Namun begitu,
151
152
setelah bertahun lamanya, bagi Aagya, Sarang tetap sama. Ia tetap bergetar dengan bunyi jentera yang memberikan kuasa kepada Sarang, tanpa henti. Itu adalah lumrah sebuah jentera yang diperlukan untuk menghidupkan sebuah tamadun. Pesawat Netra yang membawa Aagya mendarat di atas lapangan mendarat Menara. Apabila pintu pesawat dibuka, Aagya menyedut udara kotor yang menyelubungi pusat industri. Udara kelat tetap dapat dihidu walaupun industri dihentikan pada waktu malam. Aagya dipaksa turun daripada helikopter, dengan tangan anggota itu kejap mencengkam bahu kurusnya. Malek sedang menunggunya, berpakaian seolah-olah dia akan kembali ke Adikuasa. Aagya perlu memuji Malek. Malek berjaya meneruskan ilusi yang dia adalah milik satu dunia yang lebih baik daripada apa yang dia telah ciptakan dengan berpakaian seperti di penghuni di Adikuasa - sut dengan rompi di dalam blazer dan kasut berkilat. Tapi Aagya tahu hakikat yang Malek hanya mempunyai rumah di Adikuasa, tapi dia sebenarnya tinggal di Sarang. Pakaiannya lazim Adikuasa, tapi dia adalah pekerja Sarang. “Selamat sampai, Aagya,” Malek menegur dahulu, selayaknya. “Kau tunggu aku. Aku besar hati,” Aagya berkata. “Aku kena saksikan dengan mata kepala aku sendiri.” “Aku di sini sekarang. Apa yang kau mahu?” “Kau tak sepatutnya tinggalkan Menara.” “Aku tinggalkan Menara untuk melindungi keluargaku. Selagi keluarga aku selamat, aku akan beri kerjasama.” “Kita pun keluaga. Tengok apa dah jadi.”
152
153
“Keluarga itu bukan pada pertalian darah. Kita boleh pilih siapa keluarga kita.” “Begitu nampaknya.” “Apa kau nak?” “Aku nak Savi kembali ke Menara. Di mana dia?” “Kau dengan semua peralatan canggih kau, tapi kau tak tahu Savi di mana?” Aagya bertanya dengan nada hairan. “Savi tak sepatutnya keluar dari Sarang. Sarang hanya boleh mengesan Savi jika dia berada dalam lingkungan Sarang. Tapi tentulah, kau juga mempunyai pengaruh ke atas Savi. Dia di mana?” “Dia tak ada dengan aku. Sumpah.” “Kau bohong!” Ingenieur Malek memarahi. “Aku tak mengawal Savi. Dia buat keputusannya sendiri.” “Letak dia dalam Kuarantin 1,” Ingenieur Malek memberi arahan kepada anggota yang menjadi pengawal banduannya. “Aku tak pernah sangka yang Kuarantin 1 akan digunakan untuk kau. Aku menjangkakan satu lagi zaman wabak. Sehingga Savi ditemui, kau boleh duduk di situ.” Aagya dibawa masuk ke dalam Menara melewati tangga dari lapangan mendarat di bumbung. Dia dibawa melalui lif dan koridor-koridor sepi. Apabila mereka tiba di barisan bilik-bilik yang diperkuat semua pintunya, pintu bilik yang pertama dibuka secara automatik. Aagya ditolak masuk ke dalam sebuah bilik. Gari di tangannya dibuka. Kuarantin 1 ialah sebuah bilik kecil dengan pangkin dan mangkuk tandas. Ia tidak mempunyai tingkap. Dinding Kuarantin 1 dilapisi perspek
153
154
kelabu kesuluruhannya. Apabila ia dikunci, pintu itu berbunyi dengan isyarat manual dan digital. Aagya duduk di atas pangkin itu, sambil mengusap-usap pergelengan tangannya yang melecet bekas digari. Aagya merenung nasibnya. Rancangannya tidak boleh dilaksanakan tanpa Savi. Dia buntu. Aagya berbaring dan kemudian dia terus tidak sedarkan diri akibat keletihan.
154
155
21
Penghuni Tebing yang telah menjadi pelarian berjalan terus. Jim tidak menyangka yang dia selamat daripada letupan itu, apatah lagi dapat ditarik keluar daripada runtuhan dan diberi rawatan kecemasan tepat pada masanya. Dia tidak dapat bayangkan betapa hampirnya dia dengan kematian. Dia mencuri pandang ke arah Savi yang ada di sisinya. Savi menangkap pandangannya
dan
tersenyum.
Jim
rasa
bersemangat
semula.
Sekurang-kurangnya, Savi dan Halil percaya yang dia bukan sekutu Netra. Dia hanya terseret dalam kerumitan ini secara tidak sengaja. Akhirnya, Jim nampak wajah langit apabila kumpulan mereka keluar dari terowong. Malam bulan separuh, dia ingat kerana dia selalu memerhatikan langit Sarang, walau ia mendung gelap selalu. Kini, Jim lihat langit yang cerah dan air laut sejauh mata memandang. Jim tidak tahu bagaimana dia hendak melihat dari tingkap kubikelnya di Sarang telah dia melihat langit yang begini luas dan bernafas dalam udara laut yang lembab dan ringan. “Apa dah jadi?” Dalam gelap, kedengaran satu suara. Jim nampak empat lelaki muncul di balik pokok-pokok bakau dari bawah tempat dia berdiri. “Tebing dah tak ada. Sembilan saudara kita syahid,” Chirag memberitahu. “Mari, mari,” lelaki-lelaki yang bersembunyi dalam gelap berkata dengan nada rendah setelah mereka menghadamkan berita itu dalam masa sesaat
155
156
dua. Jim perasan di bawah kaki mereka telah dibina jeti di mana banyak sampan ditambat. Lelaki-lelaki di kawasan paya itu adalah penjaga jeti masyarakat Tebing. Chirag mengarahkan penduduk masuk ke dalam sampan dengan isi sepuluh orang setiap satu. Tidak pernah Jim menjangka masyarakat yang seolah-olah hidup secara sederhana dan alami itu mempunyai sistem keselamatan yang lengkap dan memandang ke hadapan. Ia seolah-olah mereka tahu yang mereka sentiasa hidup dalam ancaman. Tetapi ke
mana
arah
yang
dituju
oleh
penduduk Tebing
dengan
sampan-sampan itu? Jim menyoal dalam hati. Jim dan Savi menaiki sampan yang dikayuh oleh Halil dan Chirag. Sampan itu membawa isteri Halil dan anak perempuan mereka. Empat orang kanak-kanak lain, kawan anak perempuan Halil menyertai mereka. Dari gigi air, Jim nampak Tebing sedang terbakar di atas sana. Lidah api dan percikannya mencemarkan langit dengan cahaya dan haba. “Ada tempat lain seperti Tebing?” Jim bertanya kepada Halil. “Ada banyak Tebing sebagaimana ada banyak Sarang di seluruh Nusa Bah. Ini adalah Tebing untuk Sarang yang ini,” Halil menerangkan. Halil dan Chirag terus mengayuh sampan. Kumpulan pelarian mara meninggalkan tepian air dan meranduk ombak ke laut lepas. “Aku kesal semua ni berlaku. Itu rumah kalian,” Jim mengakui tanpa benar-benar mengetahui di mana salahnya. “Rumah itu di mana-mana, selagi kita bersama keluarga,” Halil berkata. Jim mengangguk. Keluarga? Apakah erti perkataan itu kepadanya sedang Paman telah pun tiada di Sarang. Jim tidak sekali-kali menyangka yang dia akan meninggalkan Sarang. Fikirannya yang dihurungi dengan kerja berfikir
156
157
menganggap dirinya masih dalam cuti sakit. Tetapi apabila dia melihat laut yang mengelilingi mereka dan fakta yang dia seolah-olah telah mati dan hidup kembali, Jim menyedari yang dia telah pergi terlalu jauh dari jalan lazim penghuni Sarang. Dia kini sebahagian daripada Tebing, sama ada lelaki yang bernama Chirag itu suka atau tidak. Menyedari yang keberadaannya boleh dikesan melalui gelang identitinya, Jim tanggalkan gelang data yang dipakai. Dia hentakkan muka plastik gelang itu di birai sampan dan menjatuhkannya ke dalam laut. Savi melihat apa yang dibuatnya dan melakukan perkara yang sama. “Kita pelarian sekarang,” Jim berkata kepada Savi dengan nada perlahan. “Kau tak boleh kembali bekerja di Sarang,” Savi berkata kepada Jim. Jim memandang Savi. “Aku tak rasa yang kita perlu risau pasal kerja sekarang,” Jim menjawab. Jim tahu yang Chirag mendengar perbuatan mereka dalam jelingannya. Tiada tanda di wajah Chirag yang ia telah merubah apa-apapun tanggapan terhadapnya dalam fikiran lellaki itu. Jika fikiran Chirag itu boleh didengar, ia seperti bunyi semboyan penanda masa di dewan-dewan industri Sarang. Sampan-sampan dari Tebing, dua belas kesemuanya, dengan setiap satu memuatkan lebih kurang sepuluh penumpang bergerak dalam pembentukan segitiga, dengan sampan yang dikemudi oleh Chirag dan Halil di hadapan sekali. Masyarakat Tebing telah terbiasa dengan hidup dalam senyap yang tiada sesiapa berkata apa-apa di dalam sampan. Bunyi air dikuak oleh pendayung adalah satu-satunya bunyi sepanjang perjalanan mereka. Kesunyian malam terganggu dengan soalan anak perempuan Halil.
157
158
“Kita nak pergi mana, ayah?” “Kita nak ke Laut.” Jim tertanya-tanya. Bukankah mereka sudah berada di Laut? Langit yang tadinya terang dengan cahaya bertukar apabila awan berarak menyelubungi rembulan yang separuh. Pelarian Tebing berlayar dalam kabus sejuk tengah malam. Tidak beberapa lama Jim berkhayal dalam fikirannya, kabus malam terkuak dan akhirnya laut yang diperkatakan menampakkan diri. Semakin hampir, semakin jelas ia kelihatan. ‘Laut’ yang dikatakan oleh Halil kepada anak perempuannya bukan sekadar laut. Ia adalah sebuah wilayah - wilayah Laut. Wilayah Laut dimanifestasikan oleh pelita dan jamung yang menerangi struktur terapung pelbagai bentuk. Struktur yang kecil adalah sampan-sampan yang
mempunyai
binaan
seakan-akan
pondok
kecil
di
atasnya.
Sampan-sampan itu bukan untuk berlayar kerana Jim melihat yang setiap satunya berada dekat antara satu sama lain. Jim meneka yang mereka adalah untuk didiami dan bergerak mengikut pasang surut air laut. Setiap sampan yang merupakan sebuah rumah mempunyai satu sampan kecil yang bersambung dengannya. Di atas sampan kecil itu, dibina satu pondok kecil, cukup untuk seorang saja duduk dalamnya. Jim juga nampak beberapa struktur yang lebih besar, bahkan gergasi. Yang paling menarik perhatiannya ialah satu dataran terapung. Jim nampak ada empat dataran terapung kesemuanya dan dia boleh mengagak fungsi mereka. Tiga daripada struktur terapung itu di atasnya diletakkan tanah, dan di atas lapisan tanah itu manusia bercucuk tanam - padi huma, sayur-sayuran, buah-buahan berpokok kecil seperti tomato, pisang dan betik. Satu struktur lagi merupakan kawasan
158
159
lapang yang beratap dibina dengan tiang-tiang kayu pokok bakau dan daun daripada pokok nipah. Poko nipah itu hanya pernah dilihat Jim dalam buku-buku koleksi buku Paman. Ensiklopedia, Paman panggil buku-buku itu. Lelaki
dan
perempuan,
dan
budak-budak,
muncul
daripada
rumah-rumah kecil dari atas rumah sampan. Anak-anak kecil berlari melompat dari sampan ke sampan menuju ke dataran terapung. Sebuah sampan kecil datang ke arah mereka dengan dua orang berada di atasnya. Lelaki yang ada di atas sampan itu melambai-lambai ke arah mereka dengan gaya yang Jim faham sebagai isyarat supaya mengikut mereka. Lelaki itu membawa lampu halogen untuk diikut oleh sampan-sampan dari Tebing. Sampan kecil itu memandu arah sampan-sampan Tebing menuju ke binaan dataran terapung yang Jim telah perasan sebelumnya. Pada pemerhatian yang lebih dekat, Jim nampak yang dataran terapung dibina daripada tong-tong dan sisa plastik yang membuatkannya terapung. Apabila tiba di struktur terapung tersebut, sampan-sampan dikemudi untuk rapat ke jeti yang memanjang keluar. Seorang lelaki tegap dan tinggi sedang berdiri di mulut jeti dataran terapung. Di belakangnya, ramai lagi lelaki dan perempuan yang berdiri bersama-sama lelaki tersebut. Dari pandangan Jim, dengan cahaya di belakang mereka dengan wajah disembunyikan oleh kegelapan malam, Jim tidak dapat meneka sama ada mereka kawan atau lawan. Jim mendapat jawapan apabila lelaki yang paling hadapan di kalangan mereka, yang inggi dengan bahu berotot, membongkok dan menghulurkan tangan kepada Chirag. Chirag ditarik naik ke atas jeti oleh lelaki itu.
159
160
“Selamat datang, kawan,” katanya dengan suara yang dalam dengan nada risau. Lelaki tinggi itu memeluk Chirag dan Chirag membalas pelukan tersebut. “Terima kasih, kawan.” Semua yang berada di tepian dataran terapung itu melakukan perkara yang sama. Mereka menambat sampan-sampan daripada Tebing kepada jeti dataran terapung mereka. Mereka membantu masyarakat Tebing naik ke atas dataran terapung. Jim menumpukan perhatian kepada interaksi dua lelaki itu. Lelaki yang bertindak sebagai ketua wilayah Laut bertanya sambil menuding jari kepada dia dan Savi. “Ini Jim, dia penjaga stesen rel. Dia dari Sarang,” Chirag menerangkan, tidak lupa meletakkan fakta yang menyakitkan itu. Jim tidak menghulurkan tangannya untuk bersalaman seperti mana dua lelaki itu. Ia adalah amalan dunia yang dihantui memori wabak, diulang dan didoktrinasikan dalam kenangan generasi Sarang. Apabila lelaki itu menghulurkan tangannya, Jim menyambutnya dengan kekok. “Dan ini, Savi, pekerja Sarang yang menolong ibuku.” “Tangan kanan revolusi, kata Aagya,” kata lelaki dari Laut, membuatkan Jim merasakan seolah-olah dia berada di tempat yang salah. Savi hanya memandang lelaki itu dengan mata yang dikelipkan sekali, seolah-olah tanda mengangguk. “Aku Hanuman,” lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Mewakili wilayah Laut. Selamat datang. Buat macam rumah sendiri.” “Terima kasih,” Jim berkata, menyatakan yang paling patut dan paling dia mampu seikhlasnya. Hanuman mengangguk. Dalam gelap itu, Jim nampak
160
161
yang wajah Hanuman berparut, halus. Apa yang telah ditempuh oleh Hanuman, dia hanya boleh meneka. Rambut Hanuman panjang mencecah paras bahu. Leher dan bahunya dikenakan selendang, memandangkan angin laut sejuk di kala ini. Jim mula sedar akan luasnya langit sehingga dia terasa pening. “Kami nampak apa yang berlaku. Tebing terbakar,” Hanuman memberitahu sambil memandang masyarakat Tebing yang kini semua naik di atas dataran terapung. “Di mana ibumu Aagya, Chirag?” “Dia tak ikut kami.” “Apa dah jadi?” “Aagya menyerah diri kepada Netra.” “Kenapa?” “Ibu - Aagya tak mahu kami diburu. Katanya, Netra hanya mahukannya.” “Apa kau nak buat?” “Aku akan selamatkan ibuku.” “Laut akan membantu selagi terdaya. Tapi, kita mesti bijak. Ingat yang Laut selamat kerana Adikuasa tak ambil tahu langsung tentang kami Mereka menyangka yang Laut adalah masyarakat primitif, yang tidak membawa ancaman kepada mereka.” “Terima kasih kerana menerima baik orang Tebing.” “Berehatlah. Ada yang cedera?” Hanuman mengalu-alukan, sambil bertanya.
161
162
Lelaki dan wanita datang dari rumah terapung berdekatan dengan kain pembalut dan ubat-ubatan. Bukan ubat-ubatan yang datang daripada farmasi moden di Sarang, tapi dalam bekas dan botol kaca tinggalan tamadun sebelum Bah, diisi dengan ubat buatan sendiri. Jim mendapati Savi memandangnya dengan mata seseorang yang sedang membuat analisa. “Kau terkambus bawah tanah setengah tan.” “Aku OK. Biarlah kanak-kanak dan perempuan yang dapat rawatan.” “Kau nampak teruk. Kau perlukan bantuan.” “Aku nak bersihkan diri. Itu saja,” Jim berkata, melihat dirinya yang bagai tikus cedera yang diheret oleh kucing. “Aku cari bantuan. Kau duduk sini,” Savi memberitahu sebelum dia menghilangkan diri di kalangan orang ramai yang terdampar di dataran terapung itu. Jim memerhatikan sekelilingnya. Penduduk Tebing yang selamat sampai di wilayah Laut kelihatan kotor, keletihan dan muram. Ada yang baru kebah daripada tangisan. Namun, tiada anggota masyarakat Tebing yang cedera teruk, setakat calar dan lebam akibat terjatuh. Pada hemat Jim, dialah yang paling tidak bernasib baik dan dia bukan dari Tebing. Savi kembali kepadanya bersama Hanuman. “Savi kata kau letupkan terowong,” Hanuman berkata, di tangannya terdapat beberapa helai pakaian. “Aku khuatir yang aku telah bawa Netra ke Tebing,” Jim mengadu. “Aagya tahu risiko penentangan. Tapi kau dah selamatkan banyak nyawa. Anggaplah itu sebagai penebusan. Lupakan yang lepas-lepas.” Jim menyedari yang dia tidak mampu untuk berkata lebih daripada itu.
162
163
“Ini baju bersih dan sabun,” Hanuman memberikan bekalan yang dipegangnya kepada Savi. Dia juga menyerahkan satu pelita yang mempunyai serobong kaca, relik daripada dunia lama kepada Savi. “Kau boleh bersihkan diri sana,” kata Hanuman sambil menunjukkan dengan ibu jari sampan yang mempunyai pondok berbumbung kecil di atasnya. “Itu tandas dan tempat mandi.” “Terima kasih,” Jim berkata. “Lepas itu, makan dan berehatlah.” Hanuman meninggalkan Jim dan Savi. “Kau boleh berjalan?” Savi bertanya. Jim mengangguk. Tetapi Savi tetap memapah Jim untuk melangkah antara air dan sampan. Apabila tiba di tempat yang ditunjukkan oleh Hanuman, Savi memberikan Jim pelita. Savi letakkan kemeja-T lengan panjang, seluar dan kain sarung di lantai perahu dan pergi dari situ. Jim menanggalkan pakaiannya yang berselaput tanah. Jim ikat kain sarung di pinggang dan masuk ke dalam pondok kecil di atas sampan itu. Jim menyangkakan yang semua orang akan melaksanakan aktiviti tandas di laut lepas sahaja. Setelah selesai urusan, Jim keluar. Jim meneliti keseluruhan sistem yang dia telah gunakan. Satu tangki menjadi penerima pertama sisa buangan tubuh badan manusia. Tong yang kedua berfungsi sebagai tangki mendapan dan tong yang ketiga adalah tangki zat. Tong yang keempat adalah tangki yang penuh dengan pokok selada air, menggunakan bahan buangan tubuh manusia sebagai baja. Semuanya dipasang dari bawah mangkuk tandas dengan satu sistem aliran yang membolehkan sisa toksik itu mengalir dengan baik.
163
164
Jim duduk di birai sampan dan menanggalkan kain pembalut luka yang telah hampir tercabut dan memeriksa lukanya. Jim mendapati yang lukanya sudah hampir sembuh, tanpa jangkitan dan jahitannya masih elok. Di lantai sampan ada tong-tong berisi air hujan. Jim ambil air dan mandi. Sabun buatan sendiri yang diberi Hanuman Jim gunakan sepuas hati. Dia tak tahu bila lagi dia akan jumpa sabun atau mandi selepas ini. Setelah selesai, Jim mencari Savi dengan pandangannya dan nampak yang perempuan itu sedang memerhatikannya dari dataran terapung. Jim segera mencapai baju untuk disarungkan ke badan. “Nanti,” Savi berkata sambil berjalan ke arahnya. “Kenapa?” Jim menyoal dengan perasaan janggal. Dia separuh bogel di hadapan perempuan itu dan Savi nampaknya tidak peduli langsung akan hal itu. “Aku dah minta kain pembalut dan alkohol,” Savi berkata sambil melompat umpama pegas yang bergelung ke sampan tempat dia mandi. Jim teragak-agak dengan keadaannya yang melengeng. Dia tidak pernah begitu rapat dengan perempuan sehingga dia tidak berbaju di hadapan mereka. Namun, Savi langsung tidak menunjukkan tanda yang dia canggung. “Duduk,” Savi mengarahkan. Jim kembali duduk di birai sampan dan membiarkan Savi mengenakan balutan baru ke pinggangnya yang luka. “Siap,” Savi melaporkan. Jim menyarungkan kemeja lengan panjang dan seluar jean. Savi memandangnya dengan pandangan bersahaja. Jim menerima hakikat yang perasaan canggung itu miliknya seorang. “Kau OK?” Savi bertanya. Jim lega apabila tubuhnya rasa hangat. “Aku rasa OK sikit.”
164
165
Jim merasakan isi perutnya merengek. Savi mengangguk. “Aku boleh dengar perut kau berbunyi. Kau mesti lapar.” Jim tersenyum kambing. “Mereka mesti ada makanan untuk kita,” Savi berkata. Jim dan Savi bersedia untuk menyertai kumpulan besar masyarakat Laut dan Tebing yang berkumpul di dataran terapung. Bau sesuatu yang enak - aroma lemak dan arang menari-nari di udara. Dalam terang cahaya bulan dan cahaya daripada jamung-jamung yang di pasang di sekeliling dataran terapung, Jim nampak susuk lelaki yang bongkok sabut berdiri memerhatikan mereka dari satu sudut. Lelaki itu memakai penutup kepala, yang dipanggil songkok, berbaju lengan panjang dan memakai kain sarung bercorak petak-petak yang besar. Lelaki itu berjalan ke arah mereka berdua. “Paman,” Jim menegur, terbiasa dengan panggilan begitu untuk lelaki seusia Paman Teguh. “Paman pun bolehlah,” lelaki itu berkata. “Macam mana? Selesa tak dalam tu?” Lelaki itu bertanya. Jim menganggap yang soalan itu pelik tapi dia melayan lelaki berpangkat ‘paman’ itu. “Saya sangka Laut buang saja ke dalam air.” “Kita tak berak di halaman rumah kita.” Jim mendapati yang dia setuju dengan prinsip itu. “Aku akan ceritakan bagaimana seluruh Laut, ekosistemnya, dan ekonominya adalah tentang benda yang kau baru gunakan tadi.” “Tapi, Paman. Jim lapar,” Savi berkata. Jim membeliakkan matanya ke arah Savi. Paman ketawa.
165
166
“Memang aku nak ajak kamu berdua makan. Mari.” Savi mengangguk tanda puas hati. Jim menggeleng kepada Savi. Savi melawan pandangannya. “Aku dengar yang kamu berdua adalah pekerja Sarang.” “Saya Jim.” “Laut panggil aku ‘bapak’.Kerja apa yang kau buat di Sarang?” “Saya penjaga stesen rel.” “Rel adalah nadi Sarang. Dan Sarang adalah nadi Konglomerat.” “Dan kau?” Bapak memandang Savi. “Saya pekerja kilang Integrasi.” “Integrasi. Candu yang menghalang Sarang daripada kebangkitan.” Wajah Savi kaku mendengar kenyataan itu. “Aku tahu kau sedang dalam usaha membunuh Integrasi. Dan kerana itu juga, Tebing musnah.” “Saya sangka yang saya buat sesuatu yang betul, yang baik, yang akan menyelamatkan semua orang,” Savi mempertahankan diri. “Perdebatan
itu
-
zaman-berzaman
ia
menyala,”
lelaki
yang
membahasakan dirinya sebagai ‘bapak’ itu berkata. “Perdebatan apa?” Jim bertanya. “Adakah menentang status quo lebih baik atau lebih buruk daripada terus berada dalam status quo?” Savi berkata kepada dirinya sendiri tapi boleh didengar oleh Jim. “Kalau kau tahu Tebing akan musnah, adakah kau tetap akan lakukannya?” Jim bertanya kepada Savi. “Itu masalahnya, aku tak tahu.”
166
167
“Tapi, jiwa luka dan badan binasa itu resam orang berjuang,” Bapak berkata. “Tebing tahu risiko yang mereka ambil,” lelaki tua itu menenangkan mereka berdua. Savi dan Jim tidak berkata walau sepatah. Pada masa yang paling tepat, seorang remaja lelaki membawa satu talam makan kepada mereka. “Terima kasih, Liang,” ucap Paman dari Laut kepada budak lelaki itu sebelum dia pergi. “Jemput makan. Kamu berdua mesti lapar.” “Ya. Kali terakhir saya makan, makanan itu disediakan oleh paman saya di Sarang,” Jim berkata, dengan air bergenang di mata. Di hadapannya ikan bakar dan nasi. Ada sedikit cecah yang dibuat daripada cili dan limau nipis. Bau hidangan di hadapannya membuatkan Jim gembira dan sedih pada masa yang sama. “Begitu,” Bapak membalas dengan nada rendah. “Sila, sila,” Lelaki itu menyentuh nasi dahulu dan Jim pun mengikutnya. “Anak tak makan?” Bapak bertanya kepada Savi. “Tidak. Saya tak lalu.” “Begitu,” Bapak berkata, merenung mata Savi. Savi membalas dengan senyuman. Jim sudah menyuap makanan buat kali kedua. “Kami masak yang mudah saja. Bahan api adalah komoditi terhad di Laut.” Jim makan kesemua makan yang dihidang. Bapak pula hanya ingin berbual. “Macam mana Laut memasak?” Savi bertanya.
167
168
“Maksud kau?” “Guna apa? Maksud saya, bahan api.” “Soalan yang bagus. Kami kitar semula jerami padi untuk dijadikan bahan api. Dan semua bahan bakar yang kami boleh dapat daripada kebun terapung. Tapi bahan api jerami dan batang kayu lembut tak kuat macam kayu-kayan atau arang atau minyak tanah.” “Paman tak cuba dapatkan minyak tanah dari kapal tangki?” Savi bertanya. Antara kunyahan, Jim perasan yang Savi telah berfikir tentang sistem kewujudan dunia Sarang, Tebing dan Laut sebagai satu ekosistem. Sarang menggunakan bahan api fosil dan bahan api fosil masih datang daripada pelantar minyak. Pelantar minyak tidak tenggelam, kerana air laut menyeimbangkan parasnya dengan menenggelamkan daratan. Laut lepas masih mempunyai paras yang sama. “Ya. Atas ihsan mereka, bahan api fosil ditukarkan dengan makanan laut, sayur, buah-buahan yang kami semai di sini.” Savi mengangguk tanda faham. “Tapi Laut mesti mandiri satu hari nanti. Bapak khuatir di masa hadapan di mana kita terlalu bergantung kepada bahan api yang memerlukan pelbagai proses logistik, Laut akan makan ikan mentah.” “Rancangan Bapak?” “Tenaga suria.” “Kenapa tak guna tenaga suria sekarang?” “Panel tenaga suria memerlukan komponen elektronik yang hanya boleh dihasilkan oleh industri moden, di Sarang. Kami tiada akses kepada Sarang. Laut terpisah dari Sarang. Lebih buruk, Tebing sudah tiada.”
168
169
Jim dan Savi mendengar tanpa sepatah kata. “Basuhlah tangan,” Bapak merujuk kepada tangan Jim yang masih bersisa makanan. Jim membasuh tangannya dengan air laut. Apabila dia kembali ke tempatnya, sisa hidangan telah dikemaskan. Bapak menanggalkan selendang yang digantung di bahunya. Dia lipat selendang itu dan meletakkannya di lantai. “Baringlah. Kau mesti letih.” Jim merenung selendang yang berlipat itu. “Baringlah. Bapak dengar kamu tertimbus dalam runtuhan lepas kau letupkan mulut terowong di Tebing.” Jim merebahkan diri. Itu cara yang lebih mudah untuk menangis. Apa yang Paman hendak beritahunya kali terakhir mereka sepatutnya berjumpa? Jim tidak akan biarkan perkara yang sama berlaku dengan paman dari Laut. “Pamankah yang bina benda tu?” “Ya.” “Ceritakanlah, paman.” “Kau yang minta,” kata Paman dari Laut sebelum bercerita. “Aku bimbang bagaimana manusia hendak tinggal di lautan tanpa mencemarkannya. Pencemaran bukannya hanya sisa toksik daripada kilang. Itu adalah pencemaran peringkat paling akhir. Punca pencemaran adalah manusia itu sendiri. Manusia ialah penghasil sisa toksik paling teruk. Manusia kencing dan berak setiap masa. Kau faham apa maksudku?” “Ya,” Jim menjawab, sambil menyelesakan dirinya di atas lantai dataran terapung.
169
170
“Jam pertama manusia tinggal di laut, aku sudah memikirkan bagaimana hendak menguruskan kencing berak manusia. Jika tidak, kita akan kembali pada zaman di mana permulaan semua masalah kita terjadi pencemaran, pemanasan global, kenaikan paras air laut dan bagaimana ia membawa kita ke tika dan saat ini.” “Aku mula dengan tiga buah tong plastik yang dipotong leper. Plastik, musuh alam sekitar akhirnya menjadi rakanku. Air hujan jatuh ke atas bumbung dan dikumpul ke dalam tangki yang akan digunakan untuk menyiram tandas. Apabila tandas disiram, ia akan memindahkan air kumbahan ke dalam takungan di mana bahan pepejal mendak. Pencernaan bermula, bahan pepejal terurai dan ia mengalir ke taman rawa yang menggunakan najis sebagai baja. Apabila air kumbahan mengering, taman rawa subur dengan selada air.” “Bapak mesti rasa sangat bangga,” Jim berkata sambil menguap. “Semestinya! Unit itu aku sambungkan kepada rumah rakit dengan tali. Aku telah selamatkan dunia! Aku faham kalau kau tertidur sekarang.” “Bapak teruskan cerita. Saya belum nak tidur lagi,” Jim berkata. “Tapi bagaimana aku nak bina benda ini untuk semua keluarga yang tinggal di Laut? Aku ambil ramai pekerja. Pekerja untuk membuat tangki, bina pondok dan rakit. Pekerja untuk mendapatkan plastik dari Tebing. Ia jadi satu industri tanpa upah. Upahnya hanya Laut yang bersih, anak-anak boleh mandi dengan selamat dan tangkap ikan hampir dengan rumah rakit mereka.”
170
171
Jim teringat kali terakhir dia bercakap dengan Paman di Sarang, di mana dia nampak orang Tebing mengambil barang daripada kilang. Semuanya dia boleh cantumkan sekarang. “Industri ini tiada untung. Tapi, apa lagi kita perlu usahakan dalam satu ekonomi yang tiada pengaut untung?” Suara Paman menjadi semakin perlahan. Jim tidak mendengar lagi suara lelaki tua itu. Dia lena.
171
172
22
Savi menghantar talam tempat Jim makan ke tempat orang menguruskan hidangan. Kelihatan anak-anak menolong ibu bapa mereka. Mereka membantu pelarian Tebing membersihkan diri dan membuat mereka rasa selesa sebelum menyediakan tempat tidur mereka. Pelarian Tebing diberi kelengkapan setakat yang ada. Anak-anak Laut keluar dari kediaman terapung mereka sambil membawa barang-barang seperti selimut, bantal dan pakaian, semuanya yang Savi tahu adalah milik keluarga mereka untuk diberikan kepada saudara yang baru sampai. Savi nampak Chirag dan Hanuman memastikan rakyat Tebing menerima bantuan yang diperlukan. Savi segera kembali ke tempat dia meninggalkan Jim. Dia lihat yang lelaki tua itu masih duduk di sisi Jim, dengan wajahnya menghadap ke laut lepas. Apabila Savi menghampiri, dia mendapati yang lelaki itu masih lagi bercakap. Turun naik dada Jim menunjukkan yang penjaga stesen REL itu sudah pun lena. “Dia sudah tidur, bapak,” Savi menegur lelaki tua itu. “Aku bercakap sendirian rupanya,” lelaki tua itu berkata, lantas tertawa. “Tapi aku ada kau untuk terus mendengar, betul tak?” “Ya,” Savi membalas dan duduk di sebelah Bapak. “Ada banyak perkara yang saya nak tahu.”
172
173
“Kau nak tahu apa yang sebabkan semua kesedihan ni?” Lelaki tua itu bertanya. “Pemerintah tidak peduli tentang ekosistem nusa ini.” “Ekosistem? Maksud Bapak, alam sekitar?” “Tidak. Sebenar-sebenar ekosistem - keseimbangan, saling hubung kait, hakikat yang kita semua sebagai manusia saling memerlukan.” “Ya.” “Sesiapa yang menyatakan sebaliknya berniat untuk memerah segala yang dia dapat daripada keterpisahan. Konglomerat mencipta Sarang untuk diperah hasilnya. Strategi begitu takkan bertahan kalau tidak dibantu oleh unsur-unsur lain - undang-undang, penguatkuasaan dan kawalan. Syukur yang Laut langsung tidak dipedulikan oleh Konglomerat. Bagi Konglomerat, Laut tidak mempunyai nilai.” “Konglomerat salah. Yang saya nampak, Laut adalah masa hadapan Nusa Bah. Laut adalah masa hadapan planet ini,” Savi berkata, setelah melihat akan tamadun yang sedang dibina di laut. “Benar. Di peringkat awal tamadun, dengan segala kecacatan dan halangan, Laut tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa daratan yang kini adalah Sarang. Tebing adalah penghubung antara Sarang dan Adikuasa. Tapi Konglomerat tidak faham itu semua. Bahkan, Tebing dan Laut dianggap sebagai musuh kerana kewujudannya menentang ideologi Konglomerat. Maka kita di sini sekarang.” “Saya faham akan falsafah perjuangan untuk nusa kita yang baharu, Bapak. Tapi, apa yang saya buat di Tebing tempoh hari adalah umpama setitis
173
174
air dalam lautan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk menyatukan Sarang, Tebing dan Laut.” “Betul. Tapi, kita mesti mula walau dengan sekecil-kecil perkara.” “Apa yang kita nak capai, Bapak?” “Nusa Bah mesti terdiri daripada Sarang, Tebing dan Laut yang bersatu dan bergantung antara satu sama lain. Impian Titiwangsa mesti dijadikan benar-benar wujud untuk semua orang yang memilih untuk hidup di Titiwangsa, bukannya sekadar harapan palsu untuk pekerja Sarang.” “Kalau saya teruskan apa yang saya telah buat, bagaimana kalau lebih ramai penghuni Sarang melarikan diri ke Laut?” “Laut
akan
terima
mereka,
sehingga
Laut
tidak
lagi
boleh
menampungnya.” “Bukankah Laut itu luas, bapak?” “Ya. Laut itu luas. Tapi kita tidak bernafas dan makan dalam laut macam ikan, betul?” Savi mengangguk. “Apa penyelesaiannya?” “Sarang mesti bangkit, segera.” “Apakah penamat semua ini?” “Konglomerat mesti dikalahkan. Aku bayangkan di Sarang mesti ada orang yang menentang, orang yang berani, orang yang membantu sesama sendiri, secara diam-diam. Orang macam kamu berdua. Tidak ramai, tapi ada. Maka nusa ini akan dapat menghadapi zaman Bah dengan mapan. Kami di Laut masih memerlukan daratan pada peringkat permulaan tamadun. Sehingga ekosistem dan ekonomi masyarakat Laut sempurna dan lestari,
174
175
barulah kami boleh lupakan daratan. Sebagaimana akhirnya, dunia juga perlu lupakan daratan.” Savi menangguk tanda faham. “Anak mesti keletihan sekarang.” “Tidak, paman. Saya nak tengok keadaan sekeliling.” “Silakan.” Savi meninggalkan Bapak. Dia pergi ke pinggir dataran terapung dan melangkah ke atas laluan yang didirikan daripada kepingan papan dan tiang kayu bakau. Savi lihat ratusan rumah terapung. Bangunan-bangunan yang telah ditenggelami air, di atas bumbungnya didirikan tiang-tiang untuk menegakkan laluan yang menyambungkan dataran-dataran terapung untuk pekebunan. Sebuah dataran terapung lagi sedang dalam proses pembinaan. Dia juga nampak sampan-sampan yang lebih besar digunakan untuk industri pembinaan struktur-struktur kayu bagi kegunaan membina kediaman, tapak pertanian dan kemudahan tandas. Savi boleh bayangkan di siang hari, Laut adalah tempat yang meriah dengan kegiatan masyarakat. Savi terasa air menitik di atas kulit tangannya yang terdedah. Satu titis, dua titis. Langit sudah pun gelap. Hujan pun turun. Kelihatan anak-anak dan orang dewasa keluar dari rumah sampan mereka dan membuka tong air di geladak untuk menadah air hujan. Pandangan Savi beralih ke dataran terapung di mana pelarian Tebing tidur. Dataran terapung sebahagiannya berbumbung dan mereka telahpun di tempatkan di bawah lindungan. Penduduk Laut pastinya telah meramalkan yang hujan akan turun malam itu. Savi lega yang mereka semua dalam keadaan yang selesa, secara
175
176
perbandingannya daripada diburu oleh Netra. Tetapi, penduduk Tebing tidak boleh selama-lamanya hidup menumpang di Laut, dan dihantui oleh bayangan hidup sebagai pelarian. Masyarakat Tebing sepatutnya bebas untuk memilih cara hidup mereka, di manapun di Nusa Bah ini, dan bukannya menjadi buruan Netra. “Tempat ini ada hampir sepuluh ribu penduduk,” satu suara dari belakang memberitahu. Savi menoleh ke belakang. Orang itu ialah Halil. “Ia petempatan yang besar berkali ganda daripada Tebing,” Savi mengakui. “Kau tak berehat?” Halil bertanya. “Aku tak mengantuk.” “Bagus. Ada hal sebenarnya ni,” kata Halil. Namun, Savi tertarik dengan cahaya berkelip-kelip pada satu struktur besar jauh daripada mereka. “Apa itu?” “Kapal tentera.” “Mereka tak kacau Laut?” “Tugas mereka jelas dan khusus. Menjaga kedaulatan sempadan Nusa Bah. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku di daratan. Mereka hanya peduli tentang persempadanan. Tapi, kadangkala kita dapat kelengkapan keselamatan daripada mereka, atas perbincangan atau pertukaran, urusniaga berasaskan keuntungan semata-mata, contohnya dinamit yang diletupkan oleh Jim dalam terowong.” “Kenapa kau cari aku?” “Chirag cari kau.”
176
177
Savi mengikut Halil ke sebuah kapal yang besar, lebih seratus meter panjangnya. Di atasnya dibina rumah panjang. Dari tepi geladak ketika dia menyusuri kapal itu itu, Savi nampak bilik demi bilik yang terdapat dalam bahtera tersebut - bilik menyimpan senjata, bengkel, bilik sakit dan yang akhir sekali, bilik tempat orang bermesyuarat. Apabila dia masuk ke dalam bilik sempit dengan perabot kayu yang dibuat kasar tapi berfungsi, telah ada di dalam bilik itu beberapa orang yang dia telah kenali - Hanuman, Chirag dan yang selebihnya penduduk Laut. Riak di wajah mereka menunjukkan yang mereka sedang menunggunya. Kumpulan bertujuh itu sedang menghadap sebuah peta di atas meja. “Panjang umur,” Hanuman berkata. Chirag mencari-cari sesuatu di belakang Savi. Savi tahu itu dengan melihat gerak leher dan pandangan mata Chirag. “Kamu semua cari penjaga stesen rel?” Savi bertanya. “Dia tak dijemput,” kata Chirag. Halil menunjukkan riak wajah tidak selesa. “Kalau dia tak dijemput, kenapa dicari-cari?” Savi bertanya. “Saja nak tahu,” Chirag membalas. “Aku tinggalkan dia di dataran. Jim sedang tidur. Aku akan dapatkan dia,” Savi bertanya. “Tak perlu,” tegas Chirag. “Semenjak hari pertama, aku bersama Jim. Aku takkan ada di sini kalau bukan kerana Jim.” “Dia tak ada dalam perancangan kita.” “Perancangan apa?”
177
178
“Penyusupan ke dalam Menara.” “Kau rasa Aagya ada di situ?” “Ya. Tapi ini bukan semata-mata tentang Aagya. Ini tentang apa yang Aagya telah rancangkan untuk kau.” “Jim adalah sebahagian daripada Sarang. Dia tahu Sarang. Dia boleh bantu kita.” “Jim bawa Netra ke mari.” “Kalau kau kata Jim bawa Netra ke mari, kau boleh kata aku yang sebenarnya bawa Netra ke mari.” “Aagya percayakan kau. Aagya perlukan kau untuk perjuangannya. Yang aku tak faham kenapa penjaga stesen itu bersama kau,” Chirag meluahkan isi hatinya. “Setelah apa yang terjadi dalam terowong, kau masih tak percayakan Jim?” Savi bersedia untuk mempertahankan Jim sepenuhnya. Halil pegang lengan Savi. “Sudahlah tu. Kita fokus pada perbincangan,” Halil berkata. “Savi, biar Jim rehat selepas apa yang dia lalui hari ini. Chirag, kita sentiasa perlukan lebih ramai anggota misi. Jim ada kemahiran yang kita boleh manfaatkan, kalau dia mahu ikut sama,” Halil berkata. Chirag berhenti daripada terus hendak bertekak dengan Savi. “Baik. Maaf. Aku percaya kau kerana Aagya percayakan kau. Adakah kau masih bersama kami?” “Aku masih percaya yang Sarang mesti bebas daripada Konglomerat. Apapun rancangan Aagya, aku percaya yang kita mesti meneruskannya,” Savi
178
179
membalas permohonan maaf Chirag. Savi lihat ketegangan pada bahasa tubuh Chirag kendur. Hanuman mengangguk. “Apa rancangan kalian? Aku tak tahu selain apa yang Aagya minta aku lakukan dua hari lepas. Sekarang Aagya tidak lagi dengan kita, aku nak tahu apa langkah seterusnya.” “Izinkan saya bercakap.” Hanuman mendapat izin daripada sidang mesyuarat dan meneruskan mesyuarat. “Laut, Tebing dan Sarang tidak boleh selama-lamanya berada dalam konflik dan terpisah. Lambat-laun tiga wilayah ini perlu bersatu untuk menentang musuh semua - Adikuasa.” “Tapi bagaimana?” Savi bertanya. “Kami ada rancangan dan kami perlukan kau. Aagya kata kau adalah katalis penyatuan Sarang, Tebing dan Laut. Tapi kami perlu selamatkan Aagya daripada Netra, kalau tak kami tak tahu apa langkah seterusnya.” “Apa rancangan kalian?” “Langkah pertama ialah untuk menyelamatkan Aagya dari Menara. Kita sudah keluar dari Tebing. Netra tidak lagi boleh memerangi Tebing kerana ia tidak lagi wujud, bukan untuk Sarang yang ini.” “Bila?” “Esok malam, bila Sarang sudah tidak beroperasi. Matahari terbit nanti, kita kumpul bekalan. Kita bertolak dari sini pada jam 7 malam. Kita akan sampai ke Menara pada jam 10 malam. Waktu itu, semua pekerja sudah pulang ke Sarang masing-masing.” “Apa yang aku perlu buat?”
179
180
“Ikut kami. Apabila kita masuk ke dalam Menara, kepakaran kau akan berguna. Kita mesti cari Aagya. Tanpa Aagya, kita tidak boleh bertindak.” Mesyuarat itu diteruskan dengan pembentangan cetak biru Menara dan laluan bawah tanah dari Laut hingga ke Sarang. Mesyuarat itu menentukan ahli misi. Savi mengenali anggota pasukannya. Chirag dan Hanuman, pemimpin dua wilayah. Halil, orang kanan Chirag. Denny, seorang pakar penceroboh sistem Integrasi dari Tebing yang baru dikeluarkan pepijat Invi, lima orang pendekar bersenjata dan dirinya, pilihan Aagya yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Apabila mesyuarat tamat, Savi keluar meninggalkan bahtera tempat mereka bermesyuarat. “Cuba tidur,” Halil berkata kepadanya. Savi mengangguk. “Jangan ambil hati apa yang Chirag kata tadi. Dia terkesan dengan kehilangan ibunya.” “Kau boleh nasihatkan dia, Halil. Katakan pada Chirag yang Jim tiada kaitan dengan Netra,” Savi meminta. “Bagi Chirag masa.” “Masalahnya, kita tak ada masa.” “Chirag tahu, cuma dia kecewa dengan takdir,” Halil menerangkan sebelum meninggalkannya. Savi berjalan kembali ke arah tempat di mana Jim tidur, melompat dan melangkah antara sampan dan laluan. Apabila dia tiba di tempat di mana dia tinggalkan Jim, penjaga stesen itu tiada di situ. Yang tinggal hanya botol Hidrat di atas lantai kayu. Savi melihat ke arah tandas dan mendapati yang tandas itu gelap gelita. Gerak hatinya membuatkan dia berlari ke jeti tempat orang menambat sampan, tempat pertama mereka menjejakkan kaki di wilayah Laut.
180
181
Tepat seperti yang dia jangka, Jim sudah berada di tepian jeti, bersedia untuk melompat ke dalam salah satu sampan, seolah-olah lelaki itu hendak meninggalkan wilayah Laut seorang diri.
23
Apabila Jim membuka mata, dia lega yang lelapnya tidak tidak mempunyai mimpi. Ia satu pengalaman tidur yang gelap dan dalam, buat pertama kali dia ingat untuk masa yang lama. Jim terjaga dengan tekak yang kering,
sehingga
dia
merasakan
yang
dia
tidak
boleh
bernafas.
Perlahan-perlahan Jim bangun dan duduk bersila. Dia mengeluarkan botol air daripada beg rusuknya yang tetap dia pakai semasa dia tidur. “Jangan!” Jim terdengar suara berteriak. Jim terkejut. Dia tidak menyangka Bapak masih ada di situ. Berapa lama orang tua itu duduk di situ, sepanjang malam, melihat dia tidur? “Saya tak nak membazir, ‘pak” Jim berkata, dengan botol air masih di tangan. “Nak tahu kenapa kau tak ingat masa lampau?” Bapak bertanya. Jim mengerutkan dahi. Dia tertanya-tanya ke mana soalan itu akan membawanya. “Kau tak pernah rasa yang masa lampau kau kabur? Kau tak sedar pun yang kehidupan kau di Sarang sebenarnya tak rasional? Kau tak pernah terfikir bagaimana kau boleh terima yang kehidupan tanpa keluarga, tanpa kasih sayang itu naluri manusia?”
181
182
Jim termangu dan memandang botol yang berada dalam tangannya. “Kau tiada upaya untuk berfikir tentangnya pun.” “Apa maksud Bapak?” Jim menyoal, tetapi sesuatu dalam tekaknya bagai hendak terkeluar. Dia terlalu dahaga sehingga Jim rasa hendak termuntah. Dia lepaskan botol air dan meluru ke tepi dataran terapung. Jim kosongkan isi perutnya yang tidak seberapa ke laut. Matanya berair. Semuanya terasa pedih. Paman dekat padanya dan mengurut-urut pangkal tengkuknya. “Itu adalah simptom ketagihan.” “Ketagihan?” Jim menyoal sambil meludah untuk mengosongkan tekak. “Dah berapa lama kau tak minum air daripada Sarang sebab kau dah hadapi banyak perkara hari ni?” “Semua perkara yang Paman cakap, saya tak fikirkan pun. Saya hanya teruskan hidup. Sekarang, semuanya datang bertimpa-timpa. Apa yang tak kena dengan saya?” Jim rasa amat pelik yang lelaki bergelar ‘bapak’ ini sedang menyentuhnya, bahkan mengurut tengkuk dan belakangnya. Ia rasa sangat selesa tapi dia rasa bersalah kerana menikmatinya. “Ia ada pada air yang mereka beri pada kau,” Bapak berkata, sambil mengangkat botol air berjenama Hidrat itu. Jim terduduk di tepi air. “Sama ada kau perasan atau tidak, air ini adalah satu-satunya air minuman yang ada di Sarang, di semua tempat - di stesen, di kilang, di tepi jalan, di semua mesin penjualan.” Jim rasa dunianya bagai sedang diterbalikkan. “Mereka letak ‘benz’ dalam air di Sarang.”
182
183
“Benz?” Suara Jim tersekat di kerongkong. “Benzodiazepines. Ia sejenis dadah.” “Tapi-” “Ia dadah yang menghalang pemindahan peristiwa daripada ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang dalam otak. Zaman dulu, benzodiazepines digunakan sebagai ubat bius. Apabila dicampurkan ke dalam koktel ubatan lain, pesakit tidak akan ingat prosedur yang mereka alami.” Jim cuba memproses maklumat itu. “Bayangkan kau minum benda ini setiap hari, selama bertahun-tahun kau berada di Sarang, dari umur kau tujuh tahun hingga kau tua?” Bapak membuang isi botol ke dalam laut, di hadapan mukanya. Lelaki itu berjalan ke arah tong-tong tempat orang menadah air hujan. Bapak mengisi air daripada dalam tong ke dalam botol plastik Hidrat milik Jim. Lelaki tua itu memberikan semula botol Hidrat yang telah berganti isi kepadanya. “Minum air hujan.” Jim meneguk air hujan. Ia rasa sangat berbeza - manis, melekat di lidah, halus di tekak. Jim teguk lagi air ajaib itu, yang berbeza daripada air Hidrat yang kesat dan berlapis dadah. “Terima kasih, pak.” “Kenapa tiada siapa ada zuriat di Sarang? Kenapa penghuni Sarang tak berkahwin dan beranak? Kenapa semua orang di Sarang hidup sebatang kara?” Jim hanya boleh mendengar apa yang seterusnya dikatakan oleh Bapak
183
184
“Dalam air yang sama ada dadah yang membuatkan semua pekerja Sarang mandul. Koktel antidepresan dan anti cemas yang mereka beri menyebabkan kamu semua mandul.” Jim terpegun. Jika selama ini dia tidak pernah hidup, sekarang ini Jim merasakan yang hidupnya telah tamat. Setelah tekaknya basah, Jim rasa lebih baik. Rusuknya tidak berdenyut seperti masa dalam terowong selepas dia melayang daripada letupan. Jim pergi ke tong-tong asbestos yang diletak di tengah-tengah dataran terapung dan mengisi botol air Hidrat sehingga penuh. Setelah memastikan yang dia ada apa yang dia perlukan untuk pulang ke Sarang, dia berdiri di hadapan Bapak. “Saya pergi dulu, Bapak. Saya mesti pulang ke Sarang.” “Aku percaya yang kau punya sebab yang tersendiri untuk kembali ke sana.” Jim mengangguk. Melihat bagaimana orang Tebing dan Laut berjabat tangan, berpelukan, Jim menghulurkan tangan kepada Bapak. “Selamat,” Bapak menyambut tangannya, dan memeluknya sambil menepuk-nepuk belakangnya. Jim merasakan yang dia boleh membiasakan diri dengan keakraban yang dimanifestasikan dengan tingkah laku fizikal. Jim melangkah ke jeti. Dia menarik satu tali yang bersambung pada sampan yang paling kecil. “Kau nak ke mana?” Satu suara menghentikan langkahnya. Jim berpusing. Itu Savi.
184
185
Dia tak pernah berehat ke? Jim menyoal jengkel, tapi entah kenapa dia merasa lega dengan kehadiran Savi di situ. Ia seolah-olah dia hendak ke seberang jalan di dalam hujan lebat dan tiba-tiba hujan berhenti. “Aku nak balik ke Sarang.” “Kenapa?” “Aku nak cari Paman.” “Kenapa kau nak ambil risiko untuk cari Paman? Kau pun tahu yang kau sekarang adalah seorang pelarian.” “Dia tolong aku bila aku sampai di Sarang. Masa itu aku budak lagi.” “Kau ingat apa yang terjadi pada kau dulu?” “Panjang ceritanya. Kita telah ditipu.” “Ceritakan pada aku tentang Paman.” “Aku sesat di stesen rel, waktu itu kereta api rel terakhir dah tinggalkan stesen. Ada ramai sangat orang. Aku tak tahu nak pergi ke mana. Dia bawa aku ke kilang tempat dia bekerja. Dia beri aku makan. Dia pinjamkan buku-bukunya dan ajar aku buat taman di kilangnya. Dia sentiasa mencari aku, walaupun aku belajar di Vokasional dan kami bertemu di stesen.” Savi mendengar dengan tekun. Jim menuturkan kenangannya seolah-olah ia kali pertama dia mengingatinya, akhirnya sedar yang semua itu ada dalam ingatannya. “Bila aku jadi penjaga stesen rel, aku ke tempatnya bekerja. Aku mengenal dunia baru yang dia cipta di tengah timbunan sampah sarap kutubkhanahnya dan kebunnya.”
185
186
Savi mendengar kisahnya dengan pandangan hairan. Perempuan itu tersenyum, seolah-olah Savi boleh membayangkan apa yang dia gambarkan bersama perasaan yang dia alami - gembira dan sedih pada masa yang sama. “Tapi bila Paman berhubung dengan orang Tebing, aku mempersoalkan kegiatannya. Paman membekalkan barang kitar semula kepada Tebing secara haram. Aku tegur Paman, seolah-olah aku lupa bagaimana kami bertemu. Setelah Bapak terangkan tentang air yang dibekalkan kepada kita, kepada semua penghuni Sarang, baru aku tahu kenapa ada tempat kosong dalam memori aku tentang Paman dan masa lampau. Air yang kita minum dicampur racun yang buat kita lupa.” “Betulkah?” “Aku, kau, kita semua hidup dalam pembohongan. Kita tak ada masa depan. Kita adalah hamba Sarang dan akan mati di Sarang. Kalau kita bertuah untuk jadi tua, kita akan dihantar ke Pusara, atau apapun tempat itu sebenarnya.” Savi memandang ke arah ufuk, hanya membisu. “Itu bukan salah kau. Bukan salah kita,” Savi akhirnya bersuara. “Jika betul pun itu bukan salah aku, kami bertetak. Aku kata yang Paman telah menyalahi undang-undang Sarang. Aku tak sempat minta maaf.” Savi memandangnya dengan mata bundar, dengan iris hitam yang besar itu. Jim terus bercerita. “Dan kau tahu tak apa yang paling teruk?” Savi mengangguk, bersedia untuk terus mendengar. “Hari aku cuti sakit akibat cedera, Paman telah datang ke kubikelku.
186
187
Aku tak bukakan pintu kerana aku tak sedarkan diri. Paman tinggalkan makanan untuk aku di pintu.” “Begitu rupanya.” “Makanan yang Paman tinggalkan, aku makan sampai menitis air mata. Ia selazat itu.” Savi mengangguk. “Paman mesti menyangka aku telah buat laporan kepada pihak berkuasa. Ah, perpisahan kami sangat teruk. Aku tak nak kami berpisah dengan kenangan itu. Aku mesti cari Paman. Aku salah di semua tempat. Di Sarang aku salah, di Laut pun aku salah dan Tebing musnah sebab aku. Aku tak boleh tinggal di sini.” “Tak,” Savi berkata, tapi perempuan itu tidak meneruskan apa yang dia hendak katakan kerana Jim tahu tiada apa yang boleh menyangkal fakta yang dia membawa Netra ke Tebing di mata masyarakatnya. “Aku tak boleh tunggu di sini, berlagak seperti tak ada apa-apa yang berlaku, seolah-olah aku boleh mulakan hidup baru.” Pada wajah Savi ada riak itu, matanya menipis yang menyatakan yang dia tidak bersetuju. Savi menggeleng. “Kau tak boleh cari Paman seorang diri.” “Siapa nak tolong aku? Kau pun nampak yang Chirag anggap aku sebagai musuh. Aku takkan bercakap dengan Chirag. Renungan matanya sudah cukup untuk membunuhku.” “Aku tahu tu. Tapi Chirag akan sedar juga nanti bukan kau yang bawa Netra ke Tebing.”
187
188
“Aku dan Chirag baru jumpa semalam. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang bila pertemuan kita teruk.” Jim melompat ke dalam sampan. Satu letusan rasa sakit menjalar naik dari pinggang ke dadanya. Kesakitan itu nampak jelas di wajahnya yang Savi membuat isyarat tangan seolah-olah hendak menahannya daripada terjatuh. “Kau OK?” Savi bertanya. “Aku akan buat perlahan-lahan,” Jim membalas setelah menarik nafas dalam-dalam. “Aku akan tolong kau cari Paman,” Savi berkata. Jim tahu yang itu mustahil. Siapa dia untuk menyusahkan Savi? “Kau patut bersama pasukan Chirag. Mereka perlukan kau.” “Apa yang kau nak buat? Kau tahu di mana nak cari Paman? Kau ada rancangan yang khusus?” “Aku tak boleh duduk di sini.” “Itu bukan rancangan.” “Hei, aku bukanlah tak berguna langsung. Aku mesti kembali ke Sarang. Lepas tu, aku akan ikhtiar.” “Aku ikut. Aku nak tolong kau,” Savi membalas tanpa jeda. Perempuan itu juga naik ke atas sampan. “Tak. Aku tak boleh libatkan kau.” “Aku seorang penceroboh sistem yang handal. Semua maklumat tentang Pusara, aku boleh dapatkan.” “Apa yang istimewa pasal kau?” Jim mengejek dengan cara berseloroh. “Kau ingat aku saja-saja bekerja untuk Aagya?” Jim mengangguk kesal dengan jawapan itu.
188
189
“Aku tak boleh nak halang kau. Aku gembira yang kau nak temankan aku. Tapi aku kena berterus-terang sekarang ni.” “Apa dia?” “Kalau apa-apa terjadi pada aku, kau tinggalkan aku,” Jim berkata. “Apa?” “Kau tahu waktunya bila ia terjadi.” “Adakah kau akan tinggalkan aku bila perkara yang sama terjadi pada aku?” “Tak.” “Jadi, tak payahlah kita berjanji tentang perkara yang menyedihkan.” Jim ketawa kecil mendengar kata Savi. “Jom,” Savi berkata, sambil menanggalkan tali pengikat sampan. Dia capai satu pendayung dan mula menguak air. Jim capai yang satu lagi. Cahaya bara dari bangunan apartmen yang terbakar di Tebing nampak jelas. Terangnya cahaya itu jadi panduan buat Jim dan Savi. “Belum terlambat untuk kau berpatah balik,” Jim berkata kepada Savi setelah mereka mendayung setakat sepelaung jauhnya dari jeti wilayah Laut. “Kau pun. Belum terlambat untuk kau berpatah balik,” Savi membalas. Setelah mendayung sampan selama sejam, mereka sampai ke terowong tempat mereka keluar dari Tebing. Mereka berdua tahu yang hujung terowong itu telah tertutup sepenuhnya. Mereka terus berkayuh untuk mencari jalan masuk yang lain. “Sarang tidak boleh menerima Laut tetapi Laut mesti menerima air kumbahan dari Sarang. Kita akan masuk melalui longkang kumbahan yang
189
190
datang dari Sarang,” Jim berkata. Mereka terus mendayung di sepanjang pesisir Tebing. “Kau nampak tak risau yang kita akan masuk ke dalam longkang kumbahan,” Jim menegur Savi yang nampak tenang. “Air kumbahan telah dirawat sebelum dilepaskan ke laut. Walaupun ia bukan keadaan yang ideal, kita ada misi. Kau sendiri hampir mati. Masuk ke dalam saluran kumbahan bukan perbandingan yang setara,” Savi berkata. Jim mengetap geraham. Melihat Savi langsung tidak terganggu dengan fakta itu, Jim mendapat semangat baru. Benar yang mereka berdua terselamat daripada maut apabila Netra memusnahkan Tebing. Apa lagi yang pelik kepada mereka? “Lihat!” Savi berkata sambil menunjuk ke arah sesuatu di hadapan mereka. Jim kagum dengan penglihatan Savi yang tajam. Beberapa kayuhan lagi, Jim nampak lubang saluran longkang besar dari Sarang ke Laut. “Jom!” Mereka berdua mendayung arah ke lubang kumbahan di mana mereka nampak arus air keluar. Akhirnya mereka telah sampai. Jim berpaut pada bibir terowong tersebut. “Kau boleh panjat?” Jim bertanya. Dia berdiri, bersedia untuk memanjat naik ke dalam terowong tersebut. Savi mengangguk tanda boleh. “Tapi, kita nak lepaskan saja sampan ni? Kita nak balik dengan apa?” Savi bertanya.
190
191
“Nanti kita ada jalan pulang,” Jim menjawab. Jim tidak nampak tempat dia boleh menambat sampan mereka. Sebenarnya dia tidak nampak apa akan terjadi kepada mereka dalam masa setengah jam lagi, apatah lagi bagaimana mereka boleh pulang ke Sarang. Jim menahan diri daripada mengaduh apabila dia naik ke dalam terowong dan dia berjaya. Dia tarik nafas. Jim dapati yang dia tidak rasa sakit sangat. Jim hulurkan tangan kepada Savi. “Peluang terakhir untuk berpatah balik,” Jim berkata. Savi pegang tangannya dan Jim tarik perempuan itu naik ke dalam paip longkang. Apabila mereka telah berdiri di atas permukaan terowong, Savi memandang sampan yang mereka naik hanyut sendirian, tanpa tali. Sedikit demi sedikit, pukulan ombak membawa sampan itu pergi. “Kau OK?” Jim bertanya. Savi mengangguk. “Gelapnya,” kata Jim. Jika tadi mereka melihat dengan panduan cahaya ufuk, sekarang cahaya ufuk hilang kerana mereka berada di dalam terowong. Jika mentari telah naik sekalipun, terowong akan tetap gelap. “Jadi kita hanya perlu ikut terowong ini sehingga kita sampai ke Sarang?” Savi bertanya. “Ya.” “Aku ada lampu suluh,” kata Savi. “Serius?” Savi memutarkan tuil tenaga pada lampu suluh itu dan ia bercahaya. “Percaya atau tidak, Chirag yang bagi,” Savi memberitahu.
191
192
“Bertuahnya.” Jim dan Savi berjalan satu kilometer jauhnya sehingga terowong kumbahan cukup tinggi diameternya untuk mereka berjalan tegak. Setiap lima minit, Savi akan memusingkan tuil lampu suluhnya. Bunyi gesekan tuil berdengung dalam terowong, menggantikan perbualan. Jim terlanggar sesuatu. Savi menghalakan cahaya lampu suluh pada kaki Jim. Jim nampak pangkin-pangkin kayu dan kerusi bertimbun di dalam terowong, menghalang separuh daripada laluan mereka. Savi turut hairan melihat perkara tersebut. Jim mengubah laluannya. “Orang pernah tinggal dalam terowong ini,” Jim berkata. “Orang Tebing mungkin?” Savi meneka. “Tak, lebih lama. Lebih lama daripada Tebing. Ini tinggalan pelarian yang mula-mula cuba melarikan diri daripada Sarang yang baru dibina.” Jim hanya dapat membayangkan kedukaan yang pernah ditawarikhkan dalam terowong ini dan ratusan terowong seperti ini, di Sarang yang ini, dan Sarang-Sarang yang lain. Tanpa sebarang amaran, Savi jatuh terjelepuk ke lantai terowong. Jim melutut. Dia ambil lampu suluh yang tergolek ke dasar terowong. Savi masih sedar. “Savi? Kenapa?” Savi tidak menjawab. Jim angkat Savi dan letakkan dia di atas pangkin. Jim pun naik ke atas pangkin untuk berada di sisi perempuan itu. Jim menepuk-nepuk pipi Savi, sekadar untuk membuat perempuan itu bercakap dengannya. Jim panggil namanya.
192
193
“Apa yang tak kena dengan aku?” Savi bertanya, seolah-olah keliru dengan keadaan dirinya. Jim ketawa. “Kau keletihan. Aku tak pernah nampak kau berehat. Tidurlah. Esok masih ada.” “Tapi, kau?” “Aku akan berjaga.” Savi mengerekotkan badannya. Jim tanggalkan selendang yang melindungi kepala dan leher Savi, dan baru perasan yang perempuan itu kepalanya botak, salah satu fesyen minimalis bertemakan industri yang digalakkan oleh Sarang. Aneh. Bagi seorang yang begitu kuat menentang Sarang, Savi menggayakan satu-satunya fesyen yang dipromosikan oleh sistem itu. Jim lipat selendang itu dan letakkan di bawah kepala Savi. Savi terus tidur, padam umpama cahaya lilin dihembus angin. Jim memeriksa keadaan sekeliling mereka yang lembab dan tidak selesa. Bau air kumbahan, walaupun kurang enak, mempunyai cara untuk menyelinap ke dalam hidung sehingga dia terbiasa dengannya sehingga ia tidak lagi busuk. Semua perkara serba tak kena, Jim mengakui. Tapi, mereka selamat. Jim tidak mempunyai pilihan kecuali menunggu Savi tidur. Pada mulanya Jim berfikir tentang apa yang dia telah lalui. Tetapi, tidak lama kemudian kepala dan matanya jadi berat. Jim pun tertidur sama.
193
194
24
Chirag terjaga apabila satu hiris cahaya masuk ke dalam matanya. Dia terus bangkit dari pangkin tempat dia berbaring. Chirag ingat semuanya sekarang. Dia ingat yang dia berada di Laut. Dia ingat yang Tebing telah musnah. Dia ingat yang ibunya telah menyerah diri kepada Netra. Dan dia telah tidur di dalam satu rumah rakit yang disediakan oleh Hanuman, sebelum
194
195
dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di Laut dan suatu hari nanti, dia akan membina rumah rakitnya sendiri. Dalam rumah rakit itu, dia ditempatkan bersama Halil dan Jo. Tapi mereka semua sudah menghilang diri. Chirag menyumpah dirinya yang telah kesiangan. Malam tadi dia tidur lewat, cemas memikirkan apa yang akan berlaku esok hari dan nasib ibunya yang berada dalam tangan musuh. “Selamat pagi!” Suara Hanuman kedengaran dari luar. Lelaki itu menjengukkan kepala ke dalam rumah rakit. “Kenapa kau tak kejutkan aku?” Chirag berteriak. “Buat apa? Kita ke Sarang malam ni kan? Kau perlu rehat yang cukup,” Hanuman membalas. Tapi di wajah lelaki itu, Chirag membaca yang sesuatu telah berlaku. “Apa?” Chirag bertanya. Hanuman mengeluh. “Beritahu aku,” Chirag memaksa. “Savi dah pergi.” “Macam mana?” “Dia pergi bersama penjaga stesen.” “Jadi?” “Adakah operasi kita boleh bergerak tanpa dia?” Chirag mengambil masa untuk mengorientasikan diri dan pemikirannya. Chirag menyelak tingkap yang ditutup dengan bilah-bilah buluh yang dicantumkan dengan tali jala buruk. Matahari telah muncul. Cahayanya terang tanpa selindung. Chirag rindukan Tebing. Pokok-pokok Tebing teduh dan angin dari laut membuatkan Tebing nyaman dan tenang. Satu-satunya ketidakselesaan di Tebing adalah perasaan yang mereka sentiasa diintai dan
195
196
diburu. Tapi, masyarakat Tebing telah belajar untuk hidup di saat ini dan di masa kini, sambil mengambil ikhtiar untuk terus hidup dengan apa jua pun, dalam keadaan apa jua pun, di mana sahaja, dengan syarat mereka bersama keluarga. Chirag dengar riuh-rendah kehidupan di luar rumah rakit. Anak-anak yang lapar sudah bangun, perempuan-perempuan membersihkan rumah dan membasuh kain baju. Dapur mula berasap yang petunjuknya merupakan bau masakan yang enak. Chirag nampak sampan-sampan pelaut sedang bertolak ke bahagian laut yang lebih dalam untuk menangkap ikan. Para remaja sudah keluar ke dataran hijau untuk menguruskan tanaman. Chirag dapat merasakan rentak di Laut ada persamaan dengan rentak kehidupan di Tebing. Di sampan-sampan
kelihatan
orang
dewasa
mengajar
anak-anak
kerja
pertukangan dan pembaikan. Seperti di Tebing, kehidupan di Laut berfokuskan kepada perut yang lapar, gelak tawa, kerja yang berkaitan dengan
pembinaan,
penyelenggaraan
dan
penambahbaikan.
Sekurang-kurangnya, kata Chirag dalam hati, hidupnya di Laut tidak akan terlalu berbeza dengan apa yang dia tinggalkan di Tebing. Melihat Hanuman masih berdiri di pintu rumah rakit, menantinya membuat keputusan, Chirag tahu yang dia takkan dapat hidup dengan dirinya, berasimilasi dengan Laut tanpa dia melakukan perkara paling penting dalam hidupnya sekarang. “Sama ada Savi ada bersama kita atau tidak, aku tetap akan pergi cari ibuku.” Hanuman menghulurkan satu kole berisi minuman panas kepada Chirag. Chirag bawa kole itu ke hidung. Ia adalah teh buah-buahan yang telah
196
197
dikeringkan. Chirag teguk teh itu. Ia mengembalikan deria rasanya. Chirag boleh makan dan minum apa saja sekarang. Pengemis tidak boleh nak memilih. Bau sarapan dari luar menyapa hidungnya. “Giliran orang lelaki masak hari ini,” Hanuman memberitahu. “Mari,” Hanuman mengajak Chirag keluar. Mereka sarapan di dataran terapung - pulut dan sambal udang. Makanan itu jatuh ke dalam perutnya umpama hujan jatuh ke atas tanah gersang. “Aku akan sokong segala keputusan kau. Tapi aku nak tahu perkaitan Aagya dan perempuan dari Sarang itu. Dan macam mana penjaga stesen rel itu boleh terjebak sama.” “Kita tak perlukan mereka. Kita akan pergi ke Menara dengan apa yang kita ada, seperti yang kita rancang. Adakah kau meragui anggota kita yang sedia ada?” “Tidak. Tapi kita jangan terburu-buru. Kita mesti bersedia sepenuhnya,” Hanuman mengingatkan. Chirag memeriksa jam tangan. Dia telah mendapatkan enam jam tidur. Sekarang sudah jam 10 pagi. Dia merasa lebih baik sekarang. Beberapa orang ahli pasukan datang makan bersama. “Aku tak boleh duduk menunggu,” Chirag meluahkan perasaannya. Hanuman mengangguk faham. “Kita akan kumpulkan pasukan lepas ni.” “Mungkin kita perlu tunggu Savi pulang. Entah-entah malam ni dia balik. Dia tahu rancangan kita, bukan?” Denny yang memperkenalkan diri sebagai lanun sistem Integrasi pada mesyuarat malam tadi berkata.
197
198
“Aku rasa ke mana mereka berdua pergi, mereka takkan kembali. Tidak dalam masa terdekat ni,” lelaki tua yang masyarakat Laut panggil sebagai ‘bapak’ berkata. “Jim, penjaga stesen rel itu hendak cari saudaranya di Pusara, dan Savi mengikutnya kerana dia terhutang budi. Itu adalah persaudaraan orang sebatang kara. Sesuatu dalam diri Savi memberitahu yang Jim perlukannya lebih daripada kamu sepasukan memerlukannya. Maknanya, kumpulan kamu sudah cukup kuat tanpa Savi.” Tercengang semua yang mendengar kata Bapak. Chirag mengetap geraham. Hanuman mengangguk. “Tanpa bantuan Laut atau tidak, Hanuman, aku akan bawa balik ibu aku.” “Aku faham. Tapi kalau kau nak pergi ke Menara kau tak boleh pergi macam ni.” “Maksud kau?” “Habiskan dulu makanan,” Hanuman mengingatkan. Selesai bersarapan, Hanuman membawa Chirag ke bengkel di bahtera tempat mereka bermesyuarat malam tadi. Seorang perempuan muda dan seorang lelaki yang membantunya bekerja sedang menyiapkan sesuatu, mencantumkan komponen di satu papan litar dan mengoperasikan mesin pateri. Bau logam mencair menusuk hidung Chirag. “Perkenalkan, Ulya. Ketua jurutera, dan pembantunya Arasu.” Perempuan berambut pendek di potong paras telinga bernama Ulya membuat tabik ringkas dan Arasu yang berkaca mata berjabat tangan dengan Chirag.
198
199
“Sudah siapkah?” Hanuman bertanya kepada Ulya. “Sudah.” Apabila Ulya berpusing ke belakang, menghadap rak-rak yang penuh dengan barangan besi yang telah diubah suai, Chirag nampak yang belakang tengkuk Ulya ada parut, sama seperti yang dibuat oleh Savi ke atas pekerja Sarang yang melarikan diri ke Tebing. “Kau dari Sarang?” Chirag bertanya. “Ya. Aagya yang keluarkan aku dari Integrasi, atau Integrasi dari aku, yang mana satu, suka hatilah. Masa tu, Aagya boleh buat proses ekstraksi dengan tangannya sendiri dan dia sendiri telah memadam kewujudanku daripada Intergrasi. Akulah subjek pertama ujian Integrasi dalam tubuh pekerja Sarang. Tapi kini aku bebas.” Ulya menghulurkan satu jentera kepada Hanuman. Hanuman meneliti buatan itu. Chirag hanya boleh menahan dirinya daripada bertanya jika betul itu adalah benda yang dia impikan selama ini, iaitu sebuah kaki mekatronik. Hanuman meminta Chirag duduk di kerusi. Chirag akur. Hanuman memasangkan kaki mekatronik pada puntung lututnya. Ulya melaraskan beberapa tolok pada jentera itu. Kemudian, Hilal memapah Chirag agar perempuan pereka jentera itu boleh melaraskan kaki mekatroniknya dengan betul. Chirag diminta berjalan dengan kaki itu dalam beberapa langkah sebelum ia ditanggalkan untuk dilaraskan mengikut perincian pemakai. “Macamana kau boleh hilang kaki kau?” Ulya bertanya kepada Chirag. Riak wajah Hanuman menunjukkan kepada Chirag yang jika Ulya mengemukakan pertanyaan itu adalah sesuatu yang lazim dan diterima umum.
199
200
Seolah-olah itu adalah upah bagi kebijaksanaan Ulya yang tumpah pada reka bentuk ciptaannya. Chirag terpaksa menjawab sebagai tanda terima kasih. “Kemalangan sukan lasak.” “Sukan lasak yang bagaimana?” “Luncur air di tasik.” “Maknanya kau tinggal di Adikuasa?” “Ya.” “Macam mana kau boleh sampai ke sini?” “Bila Aagya pindah ke Tebing, dia bawa aku. Dia tak mahu aku dihantar ke Pusara.” “Berapa umur kau masa tu?” “Lima belas tahun.” “Aku sangka Adikuasa menjaga anggota masyarakat mereka.” “Ibu aku tinggal di Adikuasa bukan atas tiket keturunan, tapi atas tiket kepakaran. Bila ibuku tidak lagi setia kepada Adikuasa, dia tahu yang aku tidak lagi selamat di situ.” Ulya mengangguk, tanda isyarat yang dia faham. “Jadi, aku di sini sekarang.” “Duduk. Arasu nak pasang,” Ulya mengarahkan. Chirag ikut arahan. Arasu keluar dari belakang kaunter dan membantu Hanuman mengenakan kaki mekatronik yang telah dilaraskan. Dengan beberapa klik pada gear dan tuil, kaki mekatronik itu terpasang dengan baik. “Tengok. Bagus macam barang baru.” Chirag cuba berjalan. Dia melalui beberapa langkah yang kekok sebelum dapat mencari rentak jentera tersebut. Selepas keperluan dirinya
200
201
diuruskan, seorang demi seorang anggota pasukan penyelamat hadir. Kumpulan itu terdiri daripada seorang seorang penggodam dan lima pahlawan juang tidak termasuk Chirag dan Hanuman. Ulya dan Arasu mengeluarkan beberapa senjata - pistol kayu, perenjat, busur anak dan anak panah. Pasukan penyelamat ini dibekalkan dengan lampu suluh berkuasa motor operasi tangan untuk enam orang dan empat lampu suluh berkuasa bateri. Mereka di beri pakaian yang elok sesuai dengan penampilan pekerja Sarang jika mereka terpaksa naik ke bahagian Sarang yang berada di atas tanah, dan ponco hujan pekerja Sarang. Komputer tangan dengan bateri isian penuh yang Ulya keluarkan dari peti besi diberikan kepada Denny, sang penggodam. “Jaga baik, ya,” Ulya berpesan. Denny mengangguk. Masa berlalu pantas. Pasukan itu berkumpul di keliling Bapak sebelum bertolak meninggalkan wilayah Laut. “Doakan yang baik-baik untuk kami, Bapak,” Hanuman berkata kepada lelaki tua itu. “Ini adalah misi menyelamat ahli keluarga. Keluarga adalah orang yang kita sayang, orang yang tolong kita, orang yang jaga kita. Apa saja sistem yang memisahkan keluarga perlu ditentang. Kita tiada apa-apa yang lain selain keluarga. Atas sebab itu, walaupun ia bahaya dan sukar, maka kita perlu mencuba. Ingat yang Tebing dan Laut dibina atas kepercayaan kita terhadap keluarga.” Hanuman mengangguk. Chirag membekukan diri, merasakan yang Bapak bercakap tentang tanggapannya terhadap Savi dan Jim. “Kalau ia jadi terlalu sukar, segera pulang,” lelaki yang mereka bahasakan sebagai ‘bapak’ untuk menyimpulkan ucapannya.
201
202
Apabila matahari tinggal lagi dua tapak tangan dari ufuk, menurut pandangan Chirag yang berada di geladak bahtera tadbir wilayah Laut, dua buah sampan dengan muatan lapan orang, bertolak menuju ke Sarang.
25
Dia boleh merasa serangga berada dalam rongga-rongga di dalam kepalanya. Telinganya diceroboh terlebih dahulu. Kemudian mulutnya. Serangga kecil dan besar merayap menyondol-nyondol bibirnya yang dia katup rapat. Mereka merangkak masuk, menggesel-geselkan kaki mereka yang berduri di atas lidah dan di dalam tekaknya. Serangga yang lebih kecil berkerumun di matanya, masuk daripada punkta lakrima kanan dan kiri.
202
203
Mereka menggigit-gigit bebola matanya. Jutaan serangga merayap dalam rongga tengkoraknya. Mereka membentuk imej hitam putih dengan kilat kilau pada badan gelap mereka. Imej itu terbentuk daripada pergerakan dan warna metalik badan mereka. Pergerakan dan warna membentuk wajah seorang wanita berkaca mata. Imej itu runtuh dan mencair untuk membentuk wajah seorang lelaki bermisai. Dia pernah lihat lelaki itu. Mereka bersuara, menyebut namanya, setiap kali semakin jelas. “Savi?” Namanya disebut. “Kau dah bangun?” Dinding serangga hitam dengan kulit berkilau metalik roboh. Yang tinggal pada pandangannya ialah muka Jim, si penjaga stesen REL, yang kelihatan pucat dan cengkung dalam cahaya malap lampu suluh. “Kau OK?” Jim sedang bertinggung di sisinya. Savi mengingat kembali di mana mereka berada. Mereka dalam gelap terowong air kumbahan. “Berapa lama aku tak sedar?” Secara refleks, Jim melihat ke pergelangan tangan dan mendapati yang dia tidak memakai gelang datanya yang juga merupakan alat penanda masa. “Aku tak boleh nak agak. Aku pun tidur juga,” Jim berkata sambil tersenyum kambing. “Tak apa. Kita akan tahu bila ke Menara nanti,” Savi berkata. “Apa rancangan kau di Menara?” Jim bertanya.
203
204
“Aku nak cari apa yang ada tentang Pusara dalam sistem Integrasi. Aku akan cari kau bila aku ada maklumat.” “Itu rancangan yang bagus, tapi bukankah kita akan lakukannya sama-sama?” kata Jim. “Kita kena berpecah. Kalau apa-apa berlaku, seorang boleh kembali ke Laut,” Savi berkata. “Rancangan yang bagus.” “Kau tunggu aku. Sehingga itu, jaga keselamatan diri. Sembunyi.” “Aku tak mahu menyusahkan kau. Kau ada Aagya dan Laut. Tanpa gelang data aku tiada tempat di Sarang. Lepas tu, aku akan cari Paman sendiri,” Jim berkata. “Kita buat satu-satu dulu. Aku juga pelarian,” Savi berkata. Jim senyum dan mengangguk. “Dah sedia untuk sambung perjalanan?” Jim bertanya. “Ya.” Savi menjawab. “Mari,” Jim bangun dan menghulurkan tangan kepada Savi yang sedang duduk di atas pangkin kayu. Savi menyambutnya. “Kau berat bagi seorang perempuan yang berbadan kecil.” Savi tidak mempedulikan komen Jim. “Kau tahu arah?” Savi bertanya. Pengetahuannya tentang Menara dan sistem Integrasi tidak berguna langsung di dalam terowong-terowong gelap Sarang. 204
205
“Kita akan masuk ke terowong landasan kereta api rel melalui terowong kumbahan,” Jim menyatakan. “Kau tahu macam mana nak masuk?” “Aku penjaga stesen rel, kan?” “Baiklah.” Savi dan Jim berjalan. Jim mengepalai dan Savi mengikut rentak langkah lelaki itu. Savi boleh membayangkan yang cahaya matahari sudah menyinari Sarang. Savi halakan cahaya lampu suluh ke tanah di hadapan Jim. Bagi setiap keputusan yang Jim lakukan, Savi boleh ingat setiap belok sama ada ke kanan atau ke kiri dan kiraan jarak yang mereka lalui. Jika mereka terpaksa berpatah balik, dia akan ingat jalan yang mereka telah tempuhi. “Semua
tempat
dalam
Sarang
boleh
dimasuki
melalui
terowong-terowong ini. Kita hanya perlu tahu,” Jim memulakan perbualan untuk mengisi ruang yang sepi kecuali diganggu bunyi titisan air dan dengungan terowong yang dilintasi oleh kereta api. “Macamana kau boleh ingat terowong-terowong ini?” “Penjaga stesen dilatih untuk hafal semua jalan bawah tanah. Ia sebahagian daripada latihan kami. Dalam Bah yang akan datang, pekerja yang terperangkap di dalam kereta api bawah tanah boleh dibawa ke tempat selamat oleh penjaga stesen bertugas. Kami jalani ujian ikhtiar hidup selama tiga hari di dalam terowong.” “Apa terjadi selepas hari ketiga?” “Selepas tiga hari tanpa air bersih, kita akan mati.” 205
206
“Oh,” Savi menjawab. Dia tidak pernah berada dalam situasi itu untuk perlu mengetahuinya. “Stesen rel sangat menjaga pekerja. Seluruh sistem ini adalah untuk pekerja,” Savi berkata. “Pekerja adalah nadi Sarang. Sarang adalah nadi negara. Itulah matlamatnya,” Jim mengeluh. Savi perasan yang lama-kelamaan terowong semakin kering. Mereka tidak lagi meranduk air. Bahkan kasut mereka mengering sendiri. “Jika kereta api rel boleh sampai ke Menara, maknanya Menara boleh dimasuki melalui jalan bawah tanah,” Jim menerangkan. Mereka tiba di sebuah pintu yang berselaput dengan karat dan lumut. “Kita cuma perlu ada kunci untuk setiap pintu,” Jim berkata sambil menyeluk ke dalam leher kemejanya. Jim menanggalkan seutas rantai dari tengkuknya. Pada rantai besi itu tergantung satu anak kunci jenis tuas sepanjang ibu jari lelaki dewasa dan setebal ruang kosong antara daun pintu dan ambangnya. Jim menggosokkan tombol pintu dengan hujung lengan bajunya, membuang daki dan debu. Savi menghalakan cahaya lampu suluh ke arah tombol itu. Jim memasukkan anak kunci ke lubang tersebut dan memusingkannya. Ia berbunyi klik. “Macam mana kau ada kunci ni?” “Semua penjaga stesen rel ada.”
206
207
Jim menarik pintu itu tetapi ia tersekat kejap. Pintu itu ketat kerana ia sudah hampir bercantum dengan bingkai pintu akibat keladak, karat dan air. Savi letak tangannya pada pemegang pintu. “Satu, dua, tiga,” Jim mengira. Mereka berdua menarik pintu itu. Satu bunyi derik kedengaran. Pintu tebal dan berat itu bergerak sedikit. Mujur tempat pemegang pintu itu kukuh dan tidak lapuk dek karat, diperbuat daripada tembaga. Savi tahu yang mereka akan terpaksa mencari pintu masuk yang lain jika pemegang pintu itu patah. “Tarik,” Jim berkata. Sedikit demi sedikit, pintu itu terbuka dan cahaya dari bahagian dalam terowong kereta api rel menyelinap keluar. Ia hanya cahaya malap dari satu lampu halogen yang dipasang pada setiap sepuluh meter sepanjang trek, tapi ia lebih terang daripada dalam terowong kumbahan. Bagi mata yang sudah lama bergelap, sedikit cahaya dirasakan begitu terang. “Kau boleh berlari?” Jim bertanya. Savi mengecilkan mata. “Tengok siapa yang tanya.” Jim ketawa. “Ikut aku,” katanya. Jim dan Savi berlari anak sejauh sepuluh lampu halogen. Akhirnya Jim berhenti di hadapan sebuah pintu di dinding terowong kereta api REL. Pintu itu mempunyai mesin penerima kata kunci. “Kita dah sampai,” Jim berkata. “Ini stesen Menara.”
207
208
26
Ejen Dex berdiri di hadapan pintu Kuarantin 1. Koridor kuarantin sunyi sepi, kecuali kedengaran bunyi getaran yang datang dari Sarang yang sedang rancak beroperasi. Berdiri di koridor adalah kerja yang mudah dibandingkan dengan operasi memusnahkan Tebing malam tadi, yang kesan deru adrenalin dalam tubuhnya belum lagi hilang. Namun, berdiri di hadapan pintu Kuarantin 1 adalah misi penting pada tahap tertinggi. Apa yang sedang dilakukannya adalah asas kepada Sarang, dan Sarang adalah asas wujudnya Nusa Bah. Adrenalinnya yang bertali-arus adalah satu-satunya faktor yang membolehkan Ejen Dex bertugas tanpa henti. Dari hujung koridor, muncul seorang anggota berpangkat rendah. Anggota itu menyerahkan sebotol air Hidrat dan sekeping sandwic. Dex nampak sandwic itu dan dia rasa bagai hendak pitam. Dia tarik nafas dalam-dalam. Apa yang tak kena dengannya? Dex cari bekalan air yang ada pada dirinya dan mendapati dia hanya ada botol air yang telah kosong. “Untuk tahanan,” kata anggota berpangkat rendah itu.
208
209
Dex gagahkan dirinya untuk memeriksa set makanan itu, mendapati ia selamat, tanpa sebarang alatan yang memungkinkan tahanan lolos atau membunuh diri. Dex menekan kod di papan kekunci pada pintu. Satu tingkap kecil terbuka. Tingkap kecil bergerak ke belakang, menjadi satu pangkin kecil di mana makanan boleh diletakkan. Tanpa suara, Dex memasukkan makanan dan air melalui tingkap itu. Dex dengar tahanan bergerak ke pintu. Tahanan mengetuk-ngetuk pintu. “Hei!” Dex dengar perempuan itu menjerit melalui tingkap makanan. Dex boleh nampak matanya. Perempuan itu telah mengambil makanan dan air yang telah diberikan dan menahan tempat makanan dengan tangannya. Dex terpaksa menunggu untuk mengunci kembali tingkap makanan. Dex membuat nota mental yang tingkap makanan bilik kuarantin perlu direka semula demi keselamatan. “Ada nampak perempuan muda, berkepala botak?” Perempuan itu bertanya. Dex membatu. “Namanya Savi.” Dex tidak menjawab. “Dia anak saya.” “Anak?” Dex bertanya. Sesuatu telah menjentik kotak pemikirannya. Dex sendiri terkejut yang dia mempunyai kapasiti untuk bertanya. Tapi dia menyedari yang dia sudah terlalu jauh tenggelam dalam kebejatan ini. Dex telah terperangkap di dalamnya. Konsep itu - anak - langsung dia tidak dapat fahamkan. Sehingga perkataan itu dia dengar dan Dex terpaksa membuat perkaitan makna perkataan itu dengan subjek buruannya, Savi.
209
210
“Kau ingat siapa ibu bapa kau? Kau anak siapa?” Tahanan itu bertanya. “Tidak.” Imbasan kenangan terang-gelap muncul di belakang mata Dex. Dalam dunia gelap itu, dia nampak seorang perempuan tua. Dia nampak ramai budak kecil, orang tua dan orang yang cacat dan sakit, berkerumuk di tempat gelap dan basah. Terimbas imej terang. Perempuan tua itu telah membawanya ke tandas. Perempuan tua mandikannya dengan tergesa-gesa dan memberinya minum air daripada paip dalam tandas. Dia dengar bunyi bising kereta api lalu dari tandas tersebut. Dinding bergegar. Tandas itu adalah tandas stesen kereta api REL. Dex nampak perempuan tua itu tidur. Dia tidur dalam pelukan perempuan itu. Mereka tidur di koridor antara pintu dan lantai lembab terowong. Perempuan itu beri dia sesuatu untuk dimakan. Sekeping sandwic, sama seperti sandwic yang dia beri kepada tahanan yang berkata Savi adalah anaknya. Dari mana embah dapat? Dia bertanya. Ada orang bagi. Mereka berlari dalam gelap terowong. Kita nak ke mana, embah? Ada orang jahat mengejar mereka. Orang dengan senjata. Dia ingat dia menangis. Embah dibawa pergi. Dan dia keseorangan. “Ada nampak seorang lelaki bersamanya? Orangnya tinggi, kurus.” Dex begitu terganggu dengan soalan itu yang rentetan imbas kembalinya hilang. “Kenapa dia penting?” Dex bertanya. “Kau nampak dia! Kau kenal mereka berdua,” perempuan itu berkata dengan nada teruja sebelum dia terdiam dengan jeda. “Kaulah orangnya - tangan kanan Malek. Kau percaya semua yang dia telah janjikan kepada kau.”
210
211
Dex berdiam diri. Hanya beberapa patah perkataan keluar daripada mulut perempuan itu dan dunia dalam fikirannya menghadapi ancaman. “Aku kenal Malek. Kau akan jadi seperti semua ejen lain. Kepada Sarang, kamu semua adalah nombor.” Dex memarahi dirinya sendiri. Perempuan dalam Kuarantin 1 itu telah merosakkan semuanya. Bagaimana dia boleh jadi begitu terganggu dan begitu lemah hanya kerana beberapa patah perkataan? Dex berjanji kepada dirinya sendiri yang dia akan menghapuskan Jim dan menjadikan Savi piala kemenangannya. Dex tidak boleh melawan naluri itu, naluri untuk menang. Menang adalah satu-satunya cara yang dia tahu untuk terus hidup. Dex tahu yang dia berada pada jalan menuju kehancuran dan celakalah semua yang berada dalam laluannya. “Ada masalahkah?” Suara Ingenieur Malek kedengaran dari hujung koridor. Dex memandang ke arah majikannya. “Tuan!” Dex memberi tabik hormat. “Jangan kunci. Aku nak bercakap dengan tahanan.” Dex menapak ke belakang dan memberi ruang. Dex berdiri pada jarak 3 meter dari Ingeniuer Malek. Perbualan antara Ingenieur Malek dan perempuan tahanan Kuarantin 1 jelas di telinganya. Dia hanya perlu membatukan diri. “Malek,” perempuan tahanan itu memulakan. “Aku harap kau dah sedia untuk bercakap. Sanggupkah kau duduk dalam kuarantin bertahun-tahun? Kau tak takut jadi gila sedang kau sangat mementingkan pemikiran kau,” Ingeniuer Malek bercakap dengan perempuan itu melalui lubang tempat makanan di sampaikan. 211
212
“Aku tak tahu dia di mana!” Percakapan Ingenieur Malek terhenti apabila lelaki itu memegang alat komunikasi di telinganya. Lelaki itu mendengar buat beberapa ketika pada apa yang dia terima di hujung talian. “Nampaknya anak kau telah datang untuk mendapatkan kau,” Ingenieur Malek membuat pengumuman kepada Aagya. Ingenieur Malek berpaling kepada Dex. “Jangan apa-apa Savi, Malek. Tolonglah!” Perempuan itu merayu untuk menyelamatkan anaknya. “Kuncikan,” Ingenuer Malek beri arahan dan Dex akur. Dia tidak boleh lagi apa-apa daripada perempuan itu. “Savi sudah masuk ke dalam Sarang. Integrasi telah mengesan Savi.” “Adakah dia bersendirian, tuan?” “Penjaga stesen rel itu tidak dapat dikesan.” Dex mengangguk. Itu tidak bermakna yang penjaga stesen tidak ada di bersamanya. Berkemungkinan besar penjaga stesen itu telah menyahaktifkan gelang identitinya. “Ejen, bersedia untuk menyambut kedatangan dua buruan ini,” Ingenuer Malek memberi arahan. “Baik, tuan!” Dex membalas. Mereka akan menyambut tetamu. Dex bersumpah yang dia tidak akan gagal dalam misi ini. Ini adalah kemuncak dalam sejarah Netra dan kemenangan bagi falsafah yang didukung oleh Konglomerat. Dex dengar Ingenieur Malek ketawa.
212
213
27
“Zam zam al-la ka zam,” Jim berkata sambil menekan kod masuk pada papan kekunci di pintu. Savi tertanya-tanya apa maksud perkataan-perkataan itu dan di mana Jim mendengarnya. Mungkin suatu hari nanti, apabila mereka sudah melepasi kesukaran ini, dia boleh bertanya maksud kata-kata Jim. Pintu itu berbunyi klik dan Jim menolak pintu dengan mudah. Pintu itu terbuka. Mereka telah berada di dalam stesen Menara. Jim dan Savi melihat cahaya malap lampu kecemasan. Tiada orang. Kecuali mata-mata berkaca kamera litar tertutup. Sesuatu memberitahunya yang mereka telah mengambil langkah yang salah. “Jim.” “Kenapa?” 213
214
“Kita boleh dilihat oleh kamera,” Savi berkata. “Kalau ada mata yang - ,” Jim tidak sempat menghabiskan ayatnya. Savi terlambat.
Dia nampak
cahaya merah ditala ke dadanya. Savi juga perasan perkara yang sama berlaku pada Jim. “Berhenti!” Empat orang berpakaian taktikal serba hitam keluar dari lorong malap dari sebelah kiri pintu masuk ke dalam Menara. Jim dan Savi mengangkat tangan. Savi memandang Jim. Jim hanya menggeleng, dengan riak wajah penuh kekesalan. Dari belakang kawanan itu, seorang lelaki muncul. Savi kenal lelaki itu. Lelaki itu tidak mengenakan topeng. Lelaki itu adalah lelaki yang meragut rantai lehernya dua hari lepas. Baru dua hari? Savi merasakan yang terlalu banyak perkara telah berlaku yang ia sepatutnya mengambil masa bertahun. Lelaki itu mengeluarkan pistol perenjat daripada rompi taktikal dan mengacukannya ke arah Savi. Wayar melantun daripada pistol itu dan mengenai dada Savi. Savi kehilangan kawalan terhadap tubuhnya. Dia jatuh berdebap ke lantai sejuk kompleks Menara. Yang peliknya, dia masih boleh nampak apa yang sedang berlaku walaupun dia tidak boleh bergerak. Savi merasakan seperti dia sedang melalui salah satu daripada mimpi ngerinya. Dia sedar sepenuhnya, tetapi lumpuh. “Tak perlu kot!” Jim berteriak sambil menerpa ke arah Savi yang tergolek bagi patung. Tetapi Jim segera di sauk di bawah ketiaknya oleh dua
214
215
anggota Netra. Jim meronta untuk mendapatkannya, tetapi ia usaha yang sia-sia. “Nampaknya kau tak tau apa-apa,” anggota geroda Netra yang mengenakan renjatan ke atasnya itu berkata. Cemas mencengkam perasaan Savi apabila dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk menenangkan Jim. Savi berharap Jim tidak akan begitu buas menentang. Selagi mereka hidup, mereka masih ada harapan untuk keluar daripada kecelakaan ini. “Aku tahu siapa kau. Kau pencuri,” Jim membalas. Tanpa boleh berbuat apa-apa, Savi diheret pergi oleh anggota Netra yang diketuai oleh lelaki peragut stesen Menara. “Bawa Savi ke Makmal Utama. Kurung kaki stesen ini di Interogasi 1,” anggota Netra itu memberi arahan. “Kau bawa ramai sangat. Macam mana kalau hanya kita berdua?” Jim mengusik. Anggota Netra geroda melepaskan satu tumbukan ke rahang Jim yang memang sudah dipegang. “Tak aci,” Jim berkata sambil meludahkan darah. “Aku akan datang balik,” anggota Netra itu berkata. Jim menyeringai kepadanya. Savi berharap yang Jim tidak akan begitu semberono di masa hadapan. Savi berharap yang dia boleh berkata sesuatu kepada Jim apabila mereka berdua dipisahkan mengikut jalan takdir masing-masing. Di dalam lif, anggota Netra itu mengenakan lagi renjatan taser kepadanya, di belakang bahu. Savi cuba melawan dengan segala kudrat yang ada untuk terus sedar. Tapi semuanya jadi gelap.
215
216
Apabila Savi membuka mata, kesedarannya datang tanpa gangguan mimpinya yang lazim. Tiada mimpi gelap yang disebabkan oleh bala kawanan serangga menutup derianya. Apabila Savi berjaya menempatkan diriya di mana dan mengingat kembali apa yang telah berlaku, dia terfikir berapa lama masa telah berlalu dengan dia tidak sedarkan diri. Tiada cara untuk dia mengetahui. Savi mendapati yang dia terbaring di atas sebuah kerusi. Tengkuknya rasa seperti telah dicucuk dengan sesuatu yang sejuk seperti besi. Adakah itu sensasi yang sama apabila dia mengeluarkan pepijat Invi daripada tengkuk pekerja Sarang? Dia cuba bangkit daripada kerusi itu tetapi seluruh tubuhnya telah dipasung dengan pemegang besi di tangan dan kaki. Pinggangnya dipasang dengan tali pinggang yang diperbuat daripada keluli. Kemasan buatan alatan yang memasungnya itu, lengkap dengan bukel dan skru, memberi isyarat yang ia hanya boleh dibuka secara elektronik atau dengan bantuan jentera, bukannya dengan tangan manusia. Dengan menggerakkan bebola matanya, Savi nampak di sebelah kirinya terdapat sebuah kerusi tinggi. Kebiasaannya itu adalah tempat duduk pengoperasi teknologi yang dibantu oleh set komputer mudah alih bersaiz telapak tangan. Persoalan timbul dalam kepala Savi akan betapa rumitnya langkah yang telah diambil oleh Netra, atau Menara bagi memastikan dia terpasung. Kenapa mereka begitu runsing akan kemungkinan dia lepas daripada genggaman mereka? Savi yakin yang dia masih tidak boleh melarikan diri kalau mereka ikatnya hanya dengan tali rafia. “Tolong!” Savi menjerit. Suaranya bergema dalam ruang berdinding metalik dan kaca. Savi cuba menggeleng ke kanan dan kiri tetapi kepalanya juga terpasung pada kerusi yang berbentuk seperti seekor lipas yang terbalik, 216
217
dengan kabel-kabel berselirat di setiap sudut kerusi seolah-olah mereka adalah kaki dan tentakel serangga. Daripada sudut matanya, Savi nampak beberapa skrin komputer disusun sebaris. Seorang jurutera data sedang memerhatikan pergerakan nombor dan aksara, imej daripada kamera litar tertutup dan graf pelbagai bentuk pada skrin-skrin itu. Ia adalah satu pemandangan lazim dalam Menara dan pusat industri Integrasi. Jika dia tidak panik dengan keadaan dirinya sekarang, dengan sedikit tumpuan, Savi yakin dia boleh membaca data yang diperhatikan oleh jurutera data. “Tolong!” Dia berteriak. Savi terdengar bunyi pintu terbuka secara automatis. “Savi, aku di sini!” Satu suara memanggilnya. Savi menggerakkan bebola mata ke arah suara itu walaupun dia tahu siapa yang ada bersamanya dalam bilik itu. Savi nampak Aagya dengan tangan terikat di bawa masuk ke dalam makmal oleh dua anggota Netra. Seorang lelaki yang berpakaian kemas, memakai sut dengan rompi dan blazer berjalan di belakang mereka. Lelaki itu berusia dalam lingkungan enam puluhan. Rambut lelaki itu putih keseluruhannya. Aagya didudukkan di kerusi oleh anggota Netra yang mengheretnya. Pergelangan kaki dan tangan Aagya diikat dengan pengikat kabel yang tebal. “Ibu?” “Jangan takut, Savi.” “Dia panggil kau ibu?” Lelaki berambut putih dengan pakaian bergaya itu bertanya dengan nada mengejek.
217
218
“Macam mana lagi dia nak panggil aku?” Aagya menempelak dengan nada rata. “Nampaknya kau tak jalani rawatan sakit jiwa selepas ibu bapa kita bercerai.” “Apa ni semua, ibu?” “Savi, ikut semua cakap Ingenieur Malek. Semua akan OK.” “Sentiasa dengar cakap ibu, Savi,” lelaki itu memberi komen, dengan nada menyindir. Savi meronta tetapi sia-sia. Dia betul-betul dipasung kejap pada kerusi itu. “Bertenang Savi. Ibu di sini.” “Kita mulakan kerja,” lelaki itu memberi arahan kepada jurutera data. Savi kenal Ingeniuer Malek sebagai orang besar di Menara, melalui video korporat yang mempromosikan permainan Integ dan set Invi di stesen kereta api REL, tidak lebih daripada itu. Ingenieur Malek ialah Ketua Industri Integrasi. Tapi ada sesuatu yang memberitahunya yang lelaki itu pernah datang dalam memorinya. Tapi, bagaimana? “Saya tak boleh akses sistem jentera, tuan. Sistem jentera terkunci. Kita terkunci dari luar sistem jentera ni,” jurutera data melaporkan. “Aku sudah suruh kau pecahkan kata laluan.” “Saya sudah cuba beritahu tuan -” “Aku tak nak dengar alasan. Aku tak ada masa dengar aduan jurutera data,” kata lelaki bernama Malek.
218
219
“Maaf, tuan. Saya tak boleh masukkan kata laluan jika sistem jentera ini langsung tidak bersambung kepada sistem kita. Itu pun jika kita ada kata laluan. Loket yang tuan beri itu tiada petunjuk kata laluan. 36 jam pasukan data cuba mencari kata laluan menggunakan loket itu, tapi sia-sia. Tiada apa-apa. Kata laluan ada sistem. Tapi bukan loket itu. Ia cuma satu objek. Sekarang, baru saya tahu kenapa,” lelaki muda itu menerangkan. “Kenapa?” “Jentera ini tidak dijaga oleh kata laluan.” “Bagaimana itu boleh berlaku?” “Apa yang kita buat sekarang ialah seperti cuba menyambungkan TV analog dengan sistem TV digital terestrial. Jentera ini wujud dan boleh berfungsi tapi ia tidak bersambung dengan sistem Integrasi. Sistem Integrasi umpama sistem TV digital terestrial dan jentera ini adalah TV analog. Selama ini kita boleh mengesannya adalah kerana ia didaftarkan dalam sistem pekerja. Jentera ini ada dua bahagian. Bahagian yang kita boleh masuk ialah bahagian dalam unit pemprosesannya sebagai pekerja. Bahagian yang kita tidak boleh capai ialah bahagian pemprosesannya. Bahagian itu yang akan melancarkan potensinya sebagai Sistem Automasi Virtual Industri. Tapi sekarang kita terkunci di luar sistem itu.” “Adakah kita mencipta mesin yang terlalu maju? Sehingga ia tidak punyai kelemahan?” “Tidak, tuan. Integrasi yang tuan ciptakan telah menjadi terlalu maju sehingga SAVI tidak boleh diakses olehnya. Ingat analogi berbezanya TV analog dan TV digital terestrial? Savi adalah TV analog, tapi ia tetap TV. 219
220
Tetapi ia model yang ketinggalan. Sistem Integrasi yang maju tidak lagi segerak dengan SAVI. Sistem Integrasi yang terkini hanya beroperasi untuk fungsi optimum. SAVI beroperasi dengan halangan keupayaan, emosi dan tanggapan. Savi adalah sistem yang primitif jika dibandingkan dengan sistem Integrasi yang terbaru.” “Jadi, loket yang aku berikan tu tak berguna?” “Tiada apa yang istimewa tentang loket itu. Ia hanya besi,” jurutera itu menerangkan. “Lepaskan kami, Malek. Kami tak ada guna pada kau,” Aagya merayu. “Savi adalah prototaip yang badannya aku bina! Aku nak dia balik!” Lelaki bernama Malek itu bertempik. Savi cuba memahami apa yang dikatakan oleh Aagya, Malek dan jurutera data. Apa yang mereka cakapkan? Apakah SAVI yang mereka maksudkan? Adakah mereka bercakap tentang dirinya? “Ibu! Apa yang berlaku?” Kenapa mereka bercakap tentangnya seolah-olah dia adalah jentera?
“Senyapkan minda kamu, Savi. Dengar hanya pada suara ibu,” Aagya berkata kepadanya. “Buka sistem jentera ni, Aagya. Jika tidak -” Ingenieur Malek berkata. Lelaki itu berjalan ke arah peti peralatan kecemasan kebakaran yang terletak di sudut makmal. Di dalam peti itu terpasang sebilah kapak yang pemegangnya kayu dicat merah. Ingenieur Malek mengeluarkan kapak
220
221
tersebut. Lelaki itu berjalan ke arahnya dan mengacungkan kapak itu ke lehernya. “ -aku akan musnahkan dia,” Ingenieur Malek mengancam. Savi hanya mampu melihat mata kapak berada begitu dekat dengan mukanya. “Jangan!” Musnahkan? Savi terkejut dengan bagaimana erti dan asal-usul perkataan itu lebih menonjol dalam fikirannya walhal sebilah kapak bomba sedang diacungkan ke lehernya. “Kenapa tak boleh? Dia tak berguna kepada Integrasi. Bahkan mengancam Integrasi.” Ingenieur Malek menghayun kapak itu tinggi-tinggi. Savi nampak bilah tajamnya di atas kepalanya. “Jangan!” Aagya menjerit. Terlambat. Momentum pergerakan dan berat kapak menyebabkan ia jatuh ke leher Savi. “Maafkan ibu, Savi. Maafkan ibu,” Aagya meratap. Savi dapat merasa impak bilah kapak pada lehernya. Yang paling menakutkan ialah bagaimana dia menjangkakan kesakitan yang akan mengikuti hentaman itu. Ia lebih menakutkan daripada luka itu sendiri. “Oh, tengok tu,” Ingenuer Malek berkata, melihat kerja tangannya. Kedua-dua tangan Malek masih kejap pada pemegang kapak.
221
222
“Dia bukan tidak boleh dimusnahkan. Ia sama seperti jentera lain. Kita hanya perlu matikannya dan ikatnya supaya ia tak boleh mempertahankan diri.” Savi membuka matanya yang tadi terpejam akibat ketakutan. Kapak yang berat dan pantas itu telah dibenamkan ke lehernya. Tapi bagaimana dia masih boleh berfikir? Bagaimana dia masih hidup? “Aku kemikkan lehernya sedikit,” Ingenuer Malek berkata, sambil ketawa bagai orang tidak siuman. “Jangan sentuh dia!” Aagya menjerit. Kemikkan? Savi bertanya kepada dirinya. Orang tak kemikkan manusia. Tidak dalam dunia yang rasional. “Dua atau tiga kali lagi aku hentam dia dengan kapak ni, jentera kesayangan kau perlu menjalani baik pulih.” “Tolong berhenti,” Aagya merayu. “Kau ada makmal baik pulih yang canggih, lengkap dengan teknologi Integrasi di Tebing? Oh, lupa pula. Tebing dah terbakar jadi abu. Yang tinggal hanya tunggul-tunggul hitam,” lelaki bersenjata kapak itu mengejek. Kenapa aku tak mati? Savi bertanya. “Macam mana aku nak sambung dia pada Integrasi?” Ingenieur Malek bertanya, mengangkat kapak bomba sekali lagi. “Loket itu,” Aagya menjawab dalam esak. “Loket?”
222
223
“Loket yang kau ambil daripada Savi.” “Kenapa?” “Itu adalah kunci. Kunci kepada SAVI.” 28
Ingenieur Malek mencampakkan kapak yang ada dalam tangannya ke lantai. Senjata itu jatuh ke lantai dengan bunyi berdenting. Ingenieur Malek seluk poket dalam rompi sutnya. Dalam tangannya sekarang ada seutas rantai dan loket. Loket itu adalah peninggalan zaman ratusan tahun dahulu. Loket itu diperbuat daripada besi tahan karat, tidak bernilai langsung, terutamanya dalam dunia yang tidak meletakkan sebarang nilai pada nostalgia. Bahkan, kenangan dihapuskan dengan cara halus, secara kimiawi. Loket itu berbentuk satu titisan air mata. Di muka loket itu ada lima lekuk kecil, tempat di mana sepatutnya ada batu hiasan di atasnya, tetapi telah tertanggal dan hilang. Di permukaan titisan air mata sebesar dua jari lelaki dewasa itu diukir corak yang berupa selirat pucuk tumbuhan. Malek tahu tiada dua seumpamanya di dunia ini. Loket itu dibuat oleh seorang tukang yang mahir pada zamannya dan hanya ada satu sahaja reka bentuk yang sedemikian. Apabila Ingenieur Malek mengarahkan ejen Dex mendapatkan loket itu, dia menyangka yang dia akan memecahkan satu kod yang tersembunyi dalam loket itu. Dia mengharapkan satu nombor, perkataan, gambar, nama, apa sahaja. Hampir dua hari, dua malam pasukan jurutera data cuba mendapatkan kara laluan - satu siri nombor, perkataan, apa sahaja, namun mereka telah gagal. Tiada apa yang mereka boleh dapat daripada loket itu. Fungsi loket itu adalah fungsi yang dia 223
224
langsung tidak jangka. Fungsi tinggalan dunia lama, iaitu fungsi kunci secara insani. “Ia kunci,” Ingenieur Malek berkata kepada dirinya. “Imbas loket itu pada mata Savi,” Aagya memberitahunya. Tanpa berlengah, Malek menayangkan loket tersebut di hadapan mata SAVI yang tidak berkelip memandang objek itu. Sebaik sahaja Malek melakukan yang demikian, dahi SAVI terbelah dua. Bahagian campuran getah dan silikon yang menjadi kulit kepada jentera itu, menampakkan dalamannya, binaan tengkorak daripada keluli. Tengkorak besi itu terbelah empat, menampakkan satu tapak berlabuh yang kosong berbentuk seperti loket tersebut. “Ini adalah reka bentuk yang baik. Aku tak mahu baca metafora yang kau cuba bawa. Tapi di sini kau dan aku ada persamaan - kita percaya semua benda - emosi, tanggapan, naluri, pemikiran - semua datang daripada minda,” Malek memberi komen sambil menunjuk kepada dahinya. “Minda bukan masalahnya. Suara hati, naluri, pemikiran jika datang daripada puncak gunung paling tinggi sekalipun tidak punyai makna jika ia tidak peduli tentang perhubungan sesama manusia, dengan alam, dengan Pencipta. Suara hati, naluri dan tanggapan yang datang daripada bahagian tubuh manusia yang paling tinggi tempatnya tetapi tidak punya belas, ihsan dan kasih sayang adalah satu penghinaan kepada keupayaan berfikir manusia,” Aagya berkata. “Konsep yang muluk, tapi dunia dah berubah.” “Ubahlah dunia. Kita kan bijak pandai?”
224
225
Ingenieur Malek tidak mempedulikan Aagya. Jelas yang dia dan Aagya sudah terlalu jauh berpisah dari segi pemikiran. Yang penting sekarang, Malek ingin melihat keupayaan SAVI sebagai buruh mercu pada masa depan Sarang. Malek masukkan loket ke dalam bukaan dalam lobus frontal besi SAVI. Reka bentuk loket itu muat tepat dengan bukaan itu. Apabila sempurna proses loket itu berlabuh dengan lobus frontal SAVI, frontal tengkorak besi jentera itu terkatup, diikuti dengan bahagian dahinya yang diperbuat daripada getah, dan silikon. Aagya tidak memberikan arahan. SAVI bergerak sendiri sekarang. “Jurutera, mulakan pemprograman semula.” “Baik, tuan.” “Kalau kita macam ini dari awal lagi bukankah elok? Sampai bila kau nak biarkan Savi tidak menggunakan keseluruhan potensi yang ada padanya?” Ingenieur Malek berkata. “Apa itu potensi, Malek? Dari awal lagi kita tidak setuju dengan definisi,” Aagya mengeluh. Malek ralit memerhatikan kelopak mata SAVI yang terkatup, tapi jelas menunjukkan pergerakan bebola mata yang cergas di sebalik kelopak mata getah dan silikon. “Terima kasih kerana bawa kami ke mari,” Aagya berkata, sambil melepaskan nafas. Malek mengenal pasti nada Aagya yang berubah menjadi tenang, seolah-olah Aagya tidak lagi menentang. Jelas, yang Aagya telah menyerah diri kepada apa yang akan berlaku sepenuhnya. Cuma kata-kata itu tidak
sepatutnya
diucapkan
oleh
Aagya
penentangannya terhadap Adikuasa.
225
di
saat
dia
kalah
dalam
226
“Apa yang berlaku selepas ini bukan lagi pilihan kau atau aku. Ini adalah pilihan yang dibuat oleh SAVI,” Aagya menyambung. Malek menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kata-kata Aagya, tetapi jurutera data telah memulakan kerjanya tiga puluh saat yang lepas. Saat loket dimasukkan ke dalam lobus frontal SAVI, ia telah menyambungkan jentera itu dengan Integrasi. Jika Aagya telah mengubah reka bentuk SAVI dan memasukkan kunci fizikal sebagai satu ciri keselamatan, masakan dia tahu apa lagi perubahan yang telah dilakukan oleh Aagya terhadap pengaturcaraan SAVI? SAVI ini mungkin bukan SAVI yang dahulu. Malek sedar yang dia telah terlambat memikirkan perkara itu. Dia sepatutnya menanggalkan bahagian-bahagian Savi satu demi satu, dan membinanya semula, dengan dia mengetahui fungsi setiap bahagian jentera itu. “Celaka!” Malek menerpa kepada kabel yang disambungkan ke belakang tengkuk SAVI dan menarik kabel itu. Kabel setebal ibu jari itu melenting tertanggal dengan percikan tenaga elektrik statik. Jurutera data berpusing di tempat duduknya, terperanjat dengan tindakannya. “Kenapa, tuan?” “Tidak!” Ingenieur Malek bertempik. Muka Aagya berkerut menyaksikan kemarahan Malek. Mereka berdua tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Semua yang berlaku dalam tiga puluh saat adalah nilai kenangan tamadun manusia empat bilion tahun lalu - sejarah dan pengetahuan manusia tentang peradaban manusia yang telah direkodkan dalam Integrasi, dirahsiakan daripada Sarang, daripada Nusa Bah telah dimuat turun ke dalam SAVI. 226
Ini
227
adalah muslihat Aagya untuk Savi mendapat semua data dalam Menara, Integ dan Integrasi kerana jentera seperti SAVI, sejarah dan ilmu pengetahuan adalah senjata. Cuma, Malek dan Aagya masih tidak tahu apakah tindak balas SAVI terhadap data tersebut. “Savi,” Aagya memanggil nama jentera prodiginya. “Kau OK?” Aagya bertanya kepada SAVI yang masih berbaring. SAVI tidak menjawab. Tanpa sebarang usaha, kekangan-kekangan yang mengunci SAVI pada kepala, tangan, badan dan kaki terbuka sendiri. SAVI telah mendapat semua yang dia perlukan daripada Integrasi. SAVI beroperasi atas pilihannya sendiri sekarang. Dan SAVI telah memilih untuk bangun daripada kerusi yang yang direka bentuk seperti lipas yang terlentang. “Saya OK. Ibu bagaimana?” Aagya menangis mendengar jawapan SAVI. Malek hilang semua pertimbangan. “Tangkap dia!” Ingenieur Malek mengarahkan dua anggota yang ada bersamanya. Mereka akan melumpuhkan SAVI dengan perenjat. Itu adalah langkah pertama. Tapi SAVI mengelak tembakan perenjat tersebut. SAVI melompat dan menginjak dinding makmal untuk memberi pukulan kepada seorang anggota sehingga anggota itu pengsan. Seorang lagi anggota menggunakan senjata api untuk melumpuhkan SAVI. Namun, jentera itu terbukti lebih pantas. Walaupun ia masih boleh dikalahkan jika ia lumpuh sepenuhnya atau mengalami kerosakan besar pada sistem mekanikalnya disebabkan oleh peluru, kini SAVI mempunyai semua data yang ia perlukan untuk memastikan kelangsungan fungsinya sebagai jentera. SAVI menepis 227
228
senjata api anggota tersebut dan mengenakan satu pukulan sehingga anggota itu juga tewas. Ingenieur Malek cuba berlari untuk mendapatkan Aagya yang terikat di kerusi, dengan niat untuk menggunakan Aagya sebagai tebusan, jika benar jentera itu mempunyai naluri cenderung kepada kebaikan. Namun, sendi tuanya tidak secekap yang disangka. Savi melompat melepasi kerusi tempat dia dipasung tadi untuk melindungi Aagya daripada ancaman yang bakal dihadapi. Langkah Malek terhenti. SAVI berjalan ke arah Ingenieur Malek. Jentera itu memegang tangan Ingenieur Malek dan memulasnya ke belakang. SAVI cabut satu kabel daripada komputer yang berada hampir dengan kerusi pasung dan mengikat tangan Malek dengan kabel tersebut. SAVI cabut satu lagi kabel untuk mengikat kaki Malek pula. Jurutera data, yang daripada tadi menjadi pemerhati kaku dan bisu, lari pontang-panting meninggalkan makmal. SAVI membiarkannya pergi. “Ibu OK?” SAVI bertanya lagi kepada Aagya. Aagya mengangguk. Savi melepaskan Aagya daripada pengikat-pengikat kabel yang membelenggu tangannya. Ingeniuer Malek membalas renungan SAVI apabila jentera itu menghalakan tumpuan kepadanya. Perasaan marahnya, marah kepada diri sendiri, marah kepada jentera keji yang dia pernah cipta, marah kepada Aagya, mengatasi perasaan gerunnya. “Kau akan jadi lebih kuat kalau kau berada dalam jagaan Integrasi. Bayangkan semua yang kau boleh gunakan kalau kau bersama Integrasi,” Malek berkata kepada jentera itu. “Aku bayangkan apa yang aku boleh buat tanpa Integrasi. Aku bebas.”
228
229
“Bodoh! Kau akan rosak dan buruk macam semua jentera lain. Jadi besi buruk! Aagya tak boleh baik pulih kau tanpa Menara,” Malek berkata. “Tiada apa perlu hidup selamanya,” SAVI berkata. “Sejarah planet Bumi dan tamadun manusia menyatakan tiada benda fizikal boleh kekal wujud. Bintang-bintang musnah, daratan tenggelam, air akan kering. Apatah lagi, sesuatu yang diperbuat daripada besi dan produk sisa bahan api fosil.” Segala-galanya
jelas
kepada
Malek.
SAVI
yang
ada
dalam
perancangannya adalah prototaip kepintaran buatan yang akan menjadikan Sarang pusat industri automasi penuh. Dalam satu ekosistem yang tidak mempunyai kitaran semula jadi, tiada generasi pengganti bagi kaum pekerja dan strata masyarakat kayangan di Adikuasa yang mengambil masa yang lama untuk berubah, Sarang perlu diautomasikan sepenuhnya. Apabila generasi pekerja Sarang yang ada sekarang mati, golongan pekerja akan diganti sepenuhnya oleh automasi dan teknologi. Ia rancangan yang sempurna. Sarang akan terus berfungsi, untuk memastikan kelestarian Adikuasa. Tenaga kerja Sarang yang telah diperah hingga ke akhir hayatnya, dilupakan seperti ia tidak pernah wujud. Apa yang tinggal ialah kota jentera yang berkhidmat untuk Adikuasa. Aagya telah mengenalpasti sisi hitam sistem automasi Sarang. Rancangan ini dia telah laksanakan dari awal, dari masa SAVI dibentuk, tanpa sebarang tanda penentangan. Mungkin kerana waktu itu Aagya sayang akan tempatnya di Adikuasa. Aagya telah menyedari yang kepintaran buatan mempunyai protokol fungsi, tapi tidak mempunyai protokol budi. Aagya
229
230
menganggap protokol budi adalah satu protokol yang perlu ada untuk sebarang bentuk ketamadunan, jika tidak tamadun itu akan musnah dengan sendirinya. Aagya telah bertindak mencipta protokol budi, dibina daripada kandungan kitab-kitab lama dan cerita-cerita dari zaman dahulu hingga sekarang. Aagya mencipta satu kutubkhanah digital tentang sistem yang memastikan keadilan dalam tamadun manusia dari permulaan cerita sehingga zaman Bah. Bagi Malek, ia adalah data yang prejudis. Tetapi ia boleh dibaca dan difahami oleh SAVI. Protokol budi telah menjadikan SAVI berupaya membuat pilihan untuk menanggalkan sistem Integasi pada pekerja Sarang. Sebagai langkah keselamatan, Aagya tidak memberi kesedaran kepada SAVI. SAVI menyangka yang dia manusia dengan segala kelemahan seorang manusia. Dan atas sebab ini, SAVI dapat bertahan dalam Sarang, tanpa menarik perhatian Netra dan Integrasi. Penyahaktifan unit Invi telah menjadi pencetus kepada tindakannya menggunakan Netra. Dia telah membiarkan SAVI membawanya ke Tebing dan tempat itu telah dimusnahkan. Kembalinya Aagya ke Menara tidak cukup bagi Malek. Aagya kembali ke Menara hanya untuk menyelamatkan penduduk Tebing. Tetapi, kesetiaan SAVI kepada Aagya berdasarkan Protokol Budi telah membawa jentera itu kembali ke Menara. Dia sendiri yang telah menyambung SAVI kepada Integrasi dan hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Malek merasakan tubuhnya jadi sejuk, seolah-olah nyawanya telah beku.
230
231
29
Kegelapan bagai air yang dalam dan dia sedang cuba berenang ke permukaannya. Perjalanan ke permukaan itu jauh. Apabila dia sangkakan yang dia semakin hampir, ia menjauh. Hanya dengan satu kegerunan yang luar biasa saja dia boleh terus berenang. Dan akhirnya apabila dia sampai, dia mengambil nafas dengan gelojoh. Jim membuka mata dan mendapati yang dia terikat pada kerusi. Seluruh tubuhnya sengal dan pedih. Mereka telah kerjakannya cukup-cukup. Jim mendapati yang dia diikat pada sebuah kerusi
231
232
yang diperbuat daripada keluli ringan, tanpa rivet, tanpa sambungan. Semuanya kembali ke dalam kotak pemikirannya. Dia telah diheret masuk ke dalam lif. Dia menentang dan algojo-algojo bertopeng telah memukulnya di dalam lif. Mereka memukulnya sedangkan tangannya bergari. Pukulan yang terakhir mereka tujukan pada rusuknya yang cedera. Jim padam macam cahaya lilin. Dan dia di sini sekarang - dalam sebuah bilik kosong, tanpa perabot kecuali kerusi yang dia sedang duduki. Jim cuba bergelut untuk melepaskan diri daripada ikatan. Dia menjatuhkan diri daripada kerusi sehingga dia tergolek di atas lantai. Kerusi keluli itu tidak rosak sedikit pun walaupun ia ringan. Sedang Jim menggeliat dan menggeliut untuk melepaskan diri, pintu bilik dibuka. Dua anggota bertopeng penuh masuk ke dalam bilik tahanannya. Mereka membuka ikatannya daripada kerusi itu, termasuk gari di pergelangan tangan. Seorang lagi menunggu ahli pasukannya melaksanakan perintah. Jim kenal anggota bertopeng itu walau di mana pun. Dia tidak berada di tahap kecekapan anggota Netra tetapi seorang penjaga stesen kereta api REL mempunyai set kemahiran yang khusus dan berguna, untuk tugasannya di stesen. “Lepaskan perempuan tu,” Jim berkata. “Perempuan?” Anggota Netra itu mendengus sinis. Jim merenung lelaki bertopeng itu. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Betapa rosaknya pemikiran mereka, fikir Jim. Anggota Netra sudah hilang semua sifat kemanusiaan. Pekerja bukan lagi manusia, lelaki atau perempuan. Pekerja adalah buruh. Hamba. “Kalahkan aku,” anggota pasukan hitam itu tiba-tiba berkata.
232
233
“Kalahkan aku dan selamatkan mereka semua.” “Apa?” Jim bertanya sambil dia masih menggosok-gosok pergelangan tangannya. Fikirannya berputar ligat, memikirkan hasil pertempuran yang dipinta
oleh
anggota
Netra
itu.
Semua
kebarangkalian
akan
hasil
pertarungannya dengan anggota geroda Netra itu terbayang dalam kepalanya. Tiada siapa perlu memberitahunya yang dia akan kalah teruk, atau sebenarnya mati sia-sia dalam pertarungan itu. Paling lama dia boleh bertahan ialah 30 saat. Anggota itu bersenjata penuh. Sedangkan dia tidak mempunyai cotanya pun. Jika mereka bertarung dengan anggota Netra itu tidak menggunakan senjata sekalipun, Jim memang sudah berada pada dalam keadaan lemah. Kali terakhir dia makan ialah 20 jam yang lalu. Tambahan lagi, dia baru saja pengsan akibat dibelasah. Tapi, dia penjaga stesen kereta api REL. Dia akan buat organisasinya bangga, selama tiga puluh saat sebelum dia serahkan diri kepada takdir. “OK,” Jim respon. Jim tahu yang anggota Netra itu berkata tanpa ada kejujuran. Jika benar anggota Netra itu jujur pun, Jim tahu yang dia tidak akan selamat keluar dari Menara apatah lagi untuk menyelamatkan Savi dan Aagya. Tapi, Jim tahu yang dia perlu terus hidup dan keluar daripada mimpi ngeri di bangunan celaka ini supaya dia boleh mencari ikhtiar untuk membantu mereka. Juga Jim masih belum melupakan hasratnya untuk berjumpa Paman Teguh. Dia mesti keluar dari Menara hidup-hidup. Selagi dia bernyawa, selagi itu dia mempunyai harapan. “Aku tak tahu kenapa mereka pilih kau,” luah lelaki pasukan hitam itu sambil menanggalkan topeng dan helmetnya dan menjatuhkan barang-barang
233
234
itu ke lantai. Anggota itu menyerahkan senjata apinya kepada rakan sepasukannya. Dua orang anggota yang membuka gari Jim tadi meninggalkan mereka. Anggota Netra itu mengangkat penumbuknya ke muka untuk memulakan perlawanan. “OK,” Jim berkata sambil meniru gerakan itu. Cis, aku hanya penjaga stesen REL dan lelaki ini adalah pembunuh terlatih, hatinya menyumpah. Dengan hati yang berat, Jim sedar yang dia berhadapan dengan seorang psikopat. Tiada satu pun dalam infiniti kemungkinan menyatakan yang dia akan menang dalam satu pertarungan dengan seorang psikopat yang dilatih untuk membunuh. Anggota Netra itu melepaskan tumbukan pertama pada dagunya. Jim mengelak dengan cara merendahkan badan, langkah tinju paling asas. Dia menendang anggota Netra itu di perut dan seterunya terdorong ke belakang. Jim berpusing dan memecut ke arah pintu. Dia ingat ajaran pertama Paman, pada satu hari di mana dia di kepung oleh pembuli di stesen, budak-budak pelarian yang lapar sepertinya. Apabila menghadapi musuh tanpa apa-apa di tangan, lari dahulu, kata Paman. Lari sekuat hati, jangan toleh ke belakang. Kata Paman, di jalan belakang, akan ada ikhtiar yang lain. Anggota Netra itu benar-benar tidak menyangka yang Jim akan melarikan diri. Seterunya itu mengejarnya setelah sesaat dia ditinggalkan terpinga-pinga. Kelemahan itu menunjukkan yang anggota Netra itu mempunyai ego seorang ‘pejuang’ sehingga dia tidak menyangka yang Jim akan pontang-panting melarikan diri. Lelaki itu menyambarnya dari belakang.
234
235
Dia menyumpah yang dia tidak cukup pantas. Kedua-dua mereka terjatuh. Jim segera bangun sebagaimana seterunya. Mereka bertukar-tukar pukulan. Tetapi, nampaknya anggota Netra sudah tahu akan strateginya yang suka memukul di sisi kepala. Pukulan Jim dapat ditahan. Manakala Jim hanya dapat mengelak. Lelaki itu mengeluarkan pisau. Dia menyerang sepenuhnya. Jim tahu dia tidak akan dapat bertahan lama tanpa senjata di tangan. Jim perlu dapatkan senjata. Tapi, koridor berdinding kaca yang kosong tanpa sebarang perhiasan dan perabot tidak memungkinkan itu berlaku. Di tingkat bawah, Jim nampak satu ruang latihan yang lengkap dengan peralatan. Terlalu jauh, fikir Jim. Jim sedar yang sesuatu boleh membantunya. Jim bergerak dengan cara mengelak dan mempertahankan diri sehingga mereka berdua berbalas serangan di hadapan dinding kaca. Di luar dinding kaca itu terdapat koridor dengan penghadang setinggi paras dada yang membolehkan anggota Netra menonton anggota beradu tenaga di lapang latihan. Anggota Netra yang menjadi seterunya semenjak dua hari lepas sedang membelakangkan dinding kaca. Jim merendahkan badannya, dan menangkap anggota itu di pinggang. Dia menolak anggota itu dengan sepenuh tenaga ke arah dinding kaca. Beban mereka berdua cukup berat untuk memecahkan dinding kaca. Kedua-dua mereka melayang menghentam dinding kaca. Kaca pecah berderai. Kedua-dua mereka terbaring atas koridor yang bertaburan dengan serpihan kaca. Jim melihat yang seterunya tidak melepaskan pisau di tangan. Anggota Netra itu menerkam kepada Jim dengan pisau. Jim yang sedang menelentang hanya dapat menahan tangan lelaki itu supaya pisau yang dia acu tidak menikam badannya. Jim nampak leher lelaki 235
236
itu di depan matanya, jelas semua urat timbul. Keputusan itu Jim ambil dalam masa pecahan sesaat. Dia mesti lepaskan satu tangannya supaya dia boleh mencapai satu cebisan kaca yang telah jatuh ke lantai untuk dijadikan senjata dan menamatkan pertarungan sia-sia ini. Jim lepaskan tangan kanannya daripada cengkaman yang menahan kedua tangan anggota Netra yang menekan pisau ke bawah dada Jim. Dengan tangan kanannya yang kini bebas, Jim capai satu cebisan kaca yang kecil, saiznya hanya sebesar dua jari tetapi ia tajam. Dengan satu gerakan kemas dia lalukan kaca itu di hadapan mukanya. Kena tepat di leher anggota Netra itu. Lelaki itu tekap lehernya tetapi sia-sia. Darah mengalir daripada celah-celah jarinya. Jim tolak lelaki itu ke tepi. Anggota Netra itu berguling umpama beg latihan peninju. Semua tenaga anggota Netra itu, yang sebelum ini bagai tegangan dalam pegas, terlerai. Anggota Netra itu seperti cuba untuk berkata sesuatu. Jim cuba pandang muka anggota Netra itu, tapi dia tidak sanggup. Jim tunggu sehingga lelaki itu akhirnya tidak lagi bernafas. Apabila anggota Netra itu sudah kaku, Jim bergerak untuk bangun. Tetapi dia berasa amat letih. Dia menarik nafas dan cuba kuatkan diri. Apabila dia lepaskan nafas, bahagian bawah dadanya rasa terbakar. Tiba-tiba dia terfikir - ke mana pisau belati anggota Netra itu berziarah?
236
237
30 237
238
“Mari kita tinggalkan tempat ini,” Savi berkata. “Ibu minta maaf. Ibu telah membuat perjudian denganmu. Ibu tak tahu apa yang akan terjadi kepada kamu. Kau mungkin akan jadi apa saja. Kau boleh jadi alat kepada Sarang dan kau boleh jadi apa yang aku harapkan, kunci pembebasan Sarang. Apa keputusanmu?” “Saya akan ambil satu langkah, satu hari. Niat ibu baik, tapi kalau kita semberono, penduduk Sarang akan merana dalam kucar-kacir.” “Betul. Aku tiada data yang kau ada.” “Kita akan atur semula strategi. Ibu boleh berjalan?” “Ya. Ibu OK.” “Saya mesti cari penjaga stesen rel. Netra ambil dia.” “Jim? Dia mesti dalam bilik Intero - ” “Saya tahu bilik Interogasi di mana,” Savi berkata sambil meletakkan telunjuknya ke pelipis. “Tapi saya tak nampak dia di kamera litar tertutup Bilik Interogasi.” “Mari,” Aagya berkata. Savi menggangguk. Tetapi ia tidak semudah yang dijangkakan. Lima orang anggota Netra masuk ke dalam makmal. Mereka tidak mengacukan senjata api. Savi mengesyaki yang mereka mahu menangkapnya hidup-hidup atau dalam keadaan yang baik, tanpa kerosakan. Savi menikmati semua perasaan yang ada dalam proses pemikirannya - takut, ingin tahu, teruja. 238
239
Akhirnya, dia menumpukan pemikirannya kepada data tentang ancaman dan juga data yang menggerakkan tubuh badannya. Savi boleh merasakan bagaimana dia bergerak umpama penari balet teater Bolshoi yang dipercepatkan. Setiap langkahnya dikira oleh sejuta proses yang mengira kebolehan penyerang dan memberi mallumat pergerakan yang tepat untuk dia menyerang balas. Tiga orang lagi datang, tetapi semuanya dilumpuhkan oleh Savi. Savi bersedia untuk terus mempertahankan diri apabila dia mendengar tapak kaki sepasukan manusia masuk ke dalam koridor makmal. Yang muncul ialah Hanuman, Chirag, Halil, Denny dan beberapa orang lagi warga Laut yang dia tidak tahu namanya melalui data kamera lintar pintas. Semua reseptor ancaman dalam unit pemprosesannya merendahkan isyarat berjaga-jaga untuk stimuli yang ini. Adakah itu cara sebuah jentera mengisyaratkan perasaan lega? “Hei! Kami di sini!” Savi berteriak. Chirag dengar teriakannya dan masuk ke dalam makmal. “Savi! Mana Aagya?” Chirag bertanya sebaik saja dia nampak Savi. “Aku di sini!” Aagya menjerit. Perempuan itu sedang menyorok di belakang meja jurutera data sepanjang konfrontasi Savi dengan pasukan anggota Netra. Chirag dan pasukannya mendapatkan Aagya. Tiba-tiba semua lampu padam. Keadaan jadi gelap-gelita. Pasukan penyelamat dari Laut menghidupkan lampu suluh masing-masing. “Apa yang terjadi?” Chirag bertanya.
239
240
“Savi telah matikan semua sistem elektronik Menara. Menara tidak boleh menghubungi atau dihubungi sesiapa, buat sementara waktu,” Aagya menerangkan. Pasukan itu memandang Savi dengan pandangan waspada. Savi tersenyum kecil, satu perkara yang dia tahu bagaimana manusia melegakan ketegangan. Pasukan dari Laut faham tentang apa yang telah terjadi. “Pergilah, Savi,” Aagya berkata kepadanya. “Ibu selamat. Ibu akan hubungi kamu.” Savi mengangguk tanda faham. Dia berlari keluar dari makmal, melewati koridor yang panjang dan gelap. Savi memandang ke arah siling, berfikir tentang cahaya. Satu-persatu lampu menyala apabila dia melangkah dan padam apabila dia meninggalkan tempat itu. Savi dengar bunyi kaca pecah. Bunyinya datang dari jauh, tetapi dapat ditangkap oleh pendengaran mekanikalnya yang sensitif. Bunyi itu bingit dan membimbangkan. Dia mengesan dari mana bunyi itu datang. Koridor yang panjang itu seperti mengambil masa selama-lamanya untuk dia lalui. Savi memasang pengesan haba dalam keupayaan penglihatannya untuk mengetahui di mana Jim, atau sesiapapun yang bergelar manusia berada. Pandangannya sebagai jentera kelihatan palsu. Dia sedang berada di tingkat 33, Sayap Utara, pada lorong yang memisahkan seksyen Eksperimen dan Data. Dua puluh meter dari tempat dia berdiri, Savi nampak isyarat haba yang datang daripada dua jasad. Savi berlari ke arah isyarat haba tersebut. Di koridor Arena, Savi nampak dua lelaki terbaring di lantai. Seorang anggota Netra berada dalam keadaan terlangkup, mukanya menghadap ke
240
241
kanan. Darah bertakung di lantai. Di sebelah anggota Netra yang tidak bernyawa itu ialah Jim yang terbaring menelentang. “Jim!” “Hei, Savi,” Jim membalas teguran, perlahan. Savi melutut di sisi Jim. Jim sedang menggerakkan tangannya untuk menarik pisau yang berdiri pada sudut sembilan puluh darjah dari bawah sangkar rusuknya. “Jangan!” Savi pegang tangan Jim yang menggeletar. “Kau OK?” Jim bertanya. Savi mengangguk. Dia sudah terbiasa dengan permulaan perbualan bertanda niaga penjaga stesen kereta api REL itu sehingga dia tidak lagi berasa jengkel apabila mendengarnya. “Aku OK. Semua orang OK, Jim. Kecuali kau.” “Sakit,” Jim mengeluh. Savi letakkan tangan Jim pada perutnya. “Apa kau buat?” “Diam. Jimatkan tenaga. Pisau ini yang menahan luka kau daripada berdarah dengan teruk.” “Dalam kata lain, kalau aku cabut pisau ni, aku akan mati.” “Ya.” Savi masukkan tangan kirinya di bawah belakang Jim dan tangan kanannya di bawah lutut lelaki itu.
241
242
“Apa kau nak buat?” Jim bertanya. Savi mengangkat Jim dengan kedua tangannya. Jim nampak cemas. Savi mengagak yang Jim menyangka dia sedang berhalusinasi. “Aku akan bawa kau ke klinik.” “Kau nak angkat aku? Ke klinik?” “Aku jentera.” “Apa?” “Jim, kau cederakan diri kau untuk sebuah jentera.” Jim tertawa kecil, dengan nada rendah. Adakah Jim gembira? Atau dia menyesal? Atau menyerah kalah kepada betapa tidak masuk akal semua perkara sekarang? “Kau jentera? Kau…?” “Maafkan aku.” “Aku tak perasan.” “Kita hanya berjumpa dalam gelap.” Savi tahu, jika Jim tidak cedera, reaksi lelaki itu akan berbeza. Jim mungkin akan keliru, marah dan meninggalkannya. Atau Jim akan bertanya sebanyak soalan tentang kisah hidupnya. Tapi, itu semua cerita lain. Sekarang, dia mesti selamatkan Jim. “Kau relaks saja, Jim. Biar aku jaga kau.” “Bukannya aku boleh buat apa-apapun sekarang ni.”
242
243
“Gembira yang kau masih boleh buat kelakar.” Savi mengangkat Jim dengan dua tangannya dengan lembut supaya tubuh Jim yang tinggi lampai itu seperti berada di udara. Dan dia bergerak. Savi
mula
mempercepatkan
langkah.
Mula-mula
dia
berjalan.
Savi
menyesuaikan diri dengan jisim tubuh Jim dan mula berlari anak. Bagai dibuai, Jim memejamkan matanya. Savi berlari anak membawa Jim. Dia boleh membawa Jim lebih laju lagi tetapi dia tahu ada had bagi graviti dan jisim. Dia tidak mahu Jim terlepas daripada kedua tangannya. Semua data daripada deria Savi memberitahu apa yang sedang terjadi kepada Jim sekarang degupan jantung, denyutan nadi dan pernafasan yang dia boleh rasa dengan tangannya. Semua data tentang jalan-jalan bawah tanah dari Menara ke klinik yang paling hampir dengan stesen Menara dia tahu. Mereka terserempak dengan beberapa orang pekerja. Tetapi mereka semua sedang diulit oleh permainan Invi yang menyelubungi deria mereka. Mereka ingin segera kembali ke kubikel masing-masing dan bersatu dengan advencer mereka dalam Invi. Malam sudahpun berlabuh di Sarang. Dan akhirnya dia sampai ke tempat yang dituju. Ia sudah pun jam dua belas malam. Savi telah berlari anak membawa Jim selama sepuluh minit yang terasa seperti bertahun-tahun. Sepuluh minit adalah yang terbaik dia boleh lakukan dengan kemampuan yang dia ada setelah mengambil kira semua faktor. Sarang senyap sunyi. Savi tiba di klinik dua puluh empat jam tempat dia pernah bawa Jim untuk rawatan luka diserang oleh ejen Netra yang kini sudah jadi mayat. Selain daripada seorang penyambut tetamu, di kaunter, klinik itu tidak mempunyai pelanggan. Savi membuka pintu klinik dengan mindanya. Dia mempunyai keupayaan untuk membuka semua pintu yang 243
244
dikunci secara elektronik. Penyambut tetamu yang sedang leka bermain Invi bangun dari tempat duduknya sambil menjerit. “Dr. Irene tidur! Tak boleh masuk!” Tapi Savi tidak mempedulikannya. Dia membuka tombol pintu bilik konsultasi secara eletronik. “Doktor! Tolong kawan saya,” Savi berkata. Dr. Irene bangkit dari kerusinya sambil memegang pengunci stereng kereta, satu relik masa lampau, yang dia acukan umpama belantan. “Tolong saya. Dia luka.” Mata wanita itu terpaku pada pisau yang melekat pada perut Jim. “Saya tak buat pembedahan. Ini adalah jenis kecederaan untuk Pusara. Saya ada nombor -” “Tidak!” Savi terpempan sesaat dua, sebelum akhirnya membuat satu keputusan. “Saya buat pembedahan. Tolong saya! Awak nampak bagaimana saya buka pintu tadi. Saya akan bayar awak berkali ganda.” Dr. Irene memandang ke arah Jim yang kepalanya bersandar pada dada Savi dengan pandangan gerun. Sesuatu pada wajah perempuan itu memberitahu yang perempuan itu sedang cuba berfikir dan mengingat sesuatu. Pengetahuan lazim memberitahu Savi ia adalah mustahil bagi seorang perempuan untuk berupaya mengangkat seorang lelaki dewasa yang
244
245
tinggi gagah seperti Jim. Pandangan perempuan itu kemudian diarahkan ke wajah Savi. Sesuatu yang merupakan proses pemikiran yang berbelit dan sukar bagi Dr. Irene akhirnya terlerai. Perempuan memberi isyarat kepada Savi supaya mengikutnya. Doktor pemilik klinik itu membawa Savi ke dalam bilik kecil dengan satu katil boleh alih. “Letak -,” Tidak sempat perempuan itu berkata lanjut, Savi sudah membaringkan Jim. Jim bergerak sedikit, tapi matanya terpejam rapat. “Saya akan sediakan peralatan.” Savi mengangguk. Savi menanggalkan semua pakaiannya. Dia membasuh tangan dengan sabun di sinki kecil dalam keadaan berbogel sambil perempuan itu memandangnya dengan penuh takjub. Perempuan itu mengambil sesuatu daripada almari bekalan perubatan dan menyarungkan baju plastik dan sarung tangan pada tubuhnya. “Saya tidak ada pelindung kepala. Itu hanya apron untuk melindungi diri daripada cecair yang tercemar.” “Sanitasikan kepala saya dengan cecair peluntur. Tolong,” pinta Savi. Perempuan itu mengangguk dan membersihkan kepala Savi yang botak bagai kepala manikin gudang fesyen di Adikuasa. “Saya dah sedia.” “Saya akan bantu awak,” Dr. Irene menjawab, sambil menyorong satu troli peralatan merawat luka. Savi melihat peralatan yang sedia ada dan mengakses semua maklumat yang dia ada tentang perubatan lapangan.
245
246
“Jim?” Savi memanggil nama penjaga stesen itu. Jim hanya mengerang perlahan. “Bila kau bangun, kita akan cari paman.” Jim mengangguk lemah. Jim diberikan kloroform oleh Dr. Irene. Jim pengsan. Dr.Irene menyarungkan topeng oksigen yang dia gunakan untuk pesakit asma ke hidung dan mulut Jim. “Ini saja yang ada,” Dr. Irene berkata. “Saya mula sekarang, doktor.”
31
246
247
Ingenieur Malek terbaring di atas lantai, mengerekot umpama bayi dengan tangan, kaki, mulut terikat. Dia terbaring dalam kekosongan suasana Menara di gelap awal pagi. Sebelum pekerja Menara tahu dunia yang dia bina untuk mereka telah musnah, Malek berharap agar seseorang datang untuk menyelamatkannya. Malek melihat jarum jam tangan berlalu dari satu jam ke dua jam sehingga matahari naik. Dia boleh meneka sekarang yang SAVI telah mematikan sistem telekomunikasi di Menara. Dia tidak akan diselamatkan sehingga jurutera data yang melarikan diri malam tadi menghubungi Netra daripada portal komunikasi di luar Menara. Sehingga bantuan tiba, yang dia tidak tahu bila, Malek ada banyak masa untuk berfikir tentang apa yang telah terjadi kepadanya dalam tempoh masa 24 jam ini. Impiannya untuk SAVI amat mudah. Sepatutnya, apabila SAVI telah direka sempurna, bilangannya adalah satu bagi lima penduduk Adikuasa. Daripada apa yang dia lihat, Savi mempunyai kekuatan fizikal sebuah jentera seberat enam puluh kilogram dan beroperasi dengan kuasa 1900 watt. Sumber yang akan digunakan untuk membina SAVI yang lain adalah sedikit dibandingkan dengan apa yang akan diraih di kemudian hari. Savi menggunakan tenaga nuklear. Ia efisien, tidak perlu rehat atau perkhidmatan perubatan dan tidak mati. SAVI boleh digunakan beratus tahun dengan penyelenggaraan minima. Konglomerat tidak mempunyai pelan jangka panjang. Apa yang mereka tahu ialah apabila generasi Sarang yang ada sekarang telah mati atau tidak lagi boleh berfungsi sebagai pekerja Sarang, tenaga buruh sudah digantikan sepenuhnya oleh automasi. Hasilnya, Sarang akan kekal sebagai pusat industri yang akan membekalkan Adikuasa dengan makanan, tenaga, perkhidmatan dan produk.
247
248
SAVI adalah rancangan yang sempurna bagi zamannya. Kesilapannya ialah apabila dia menganggap Aagya berkongsi falsafah yang sama dengannya. Malek mahu menciptakan jentera yang merupakan hamba yang sempurna. Aagya pula ingin menciptakan jentera yang sentien. Dan sentien bagi Aagya adalah SAVI. Malek tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua pemikiran itu. Selagi jentera yang sentien itu yang tidak menyalahi tiga hukum robotik dan jentera itu beroperasi demi Adikuasa, dua aliran pemikiran itu hanya bersifat teknikal dan tidak akan mempengaruhi pelaksanaannya. Hukum Robotik sejak zaman berzaman telah menyebutkan tiga perkara. Pertama, jentera sentien tidak boleh mencederakan manusia atau dengan tidak melakukan apa-apa menyebabkan manusia tercedera atau disakiti. Kedua, suatu jentera sentien mesti mematuhi arahan seorang manusia selagi arahan itu tidak bercanggah dengan peraturan kedua. Ketiga, suatu jentera sentien mesti melindungi keselamatan dirinya sendiri selagi ia tidak bercanggah dengan Hukum Pertama dan Kedua. Aagya itu telah memberi keanjalan kepada pengertian perkataan ‘manusia’. Manusia dalam pemikiran Aagya bukan individu, tetapi seluruh kemanusiaan. Bagi Aagya, manusia bukan lagi individu, tapi manusia adalah kemanusiaan dan spesis manusia itu keseluruhannya. Dan itu mengubah Hukum Robotik keseluruhannya. Malek dengar bunyi tapak kaki di lantai tempat dia terbaring. “Tuan? Tuan Ingenieur?” Itu suara jurutera data yang telah lari pontang-panting meninggalkannya malam tadi. Pekerja itu terpacul di muka pintu.
248
249
“Saya telah hubungi Pengerusi melalui talian darat,” jurutera data itu memberitahu. “Saya telah dapatkan bantuan.” Anggota pasukan sokongan Netra masuk ke dalam makmal. Ingenieur Malek bangun apabila ikatannya dibuka. Di kalangan anggota Netra itu, berdiri seorang wanita kurus tinggi berpakaian sut korporat kelabu. Di mulut dan telinganya terpasang set kepala. Wanita itu sedang bercakap dengan seseorang di talian. Ingenieur Malek kenal wanita itu. Mereka telah bertembung di lobi Mahligai Pengerusi. “Seorang anggota Netra terbunuh. Sembilan belas anggota lumpuh.” Dia tahu nama perempuan itu apabila membaca tanda namanya di Mahligai Pengerusi. Cuma waktu itu, dia tidak peduli tentang sesiapapun, kerana dia orang paling di mata Pengerusi. “Seri.” Seri memandangnya seperti melihat sepalit kotoran di atas lantai yang baru di bersihkan. “Kita bertemu lagi, Ingenieur. Aku tidak menyangka yang 24 jam boleh membawa begitu banyak perubahan,” perempuan itu berkata dengan kagum. “Bawa Ingenieur ke helipad,” Seri memberi arahan kepada anggota Netra. Seorang daripada mereka melepaskan Malek daripada ikatan kabel yang rumit dibuat oleh SAVI. Tangan Kanan Pengerusi, Seri sibuk mengoperasikan alatan komunikasinya, membuat laporan demi laporan akan porak-poranda di Menara. Malek menyaksikan anggota Netra yang tercedera
249
250
dipindahkan ke heli pad. Dia tidak nampak ejen Dex atas usungan yang dibawa oleh pasukan sokongan Netra. Mereka semua diangkat dahulu naik ke dalam pesawat tentera yang lebih dahulu bertolak. Akhirnya, usungan yang terakhir lalu di hadapannya, sudah siap dimasukkan dalam beg mayat. Malek goyah sedikit. Dia tahu itu adalah Dex. Apabila pesawat yang Malek naiki bertolak, dia menyedari yang pesawatnya
tidak
diterbangkan
dalam
arah
yang
sama
seperti
pesawat-pesawat yang membawa anggota Netra yang cedera. “Ke mana kau hantar anggota Netra?” “Ke Pusara.” “Kenapa?” “Kau tahu mereka telah mengalami kecacatan kekal. Pusara adalah tempat mereka.” “Bagaimana dengan aku?” “Pengerusi akan bercakap dengan kau.” Malek
telah
selama
tempoh
perkhidmatannya
patuh
kepada
Konglomerat. Dia bekerja untuk Konglomerat. Malek telah menerima semua tindakan yang diambil oleh Konglomerat atas alasan darurat dan dilaksanakan sebagai ‘peraturan.’ Dia percaya peraturanlah yang membolehkan manusia terus hidup dalam keadaan darurat. Malek yakin Pengerusi akan bertimbang rasa dengannya. Seri memberikan set komunikasi kepada Malek. Malek memasang set itu pada telinga dan menghadap wajah Pengerusi pada tablet yang diberi oleh Seri.
250
251
“Teruknya kau,” adalah cetusan pertama Pengerusi apabila melihat mukanya yang lebam dan bersalut bayang keletihan kerana dia telah berjaga selama empat puluh lapan jam. Malek tidak mempunyai kata-kata untuk menjawab. “Apa yang terjadi, Malek?” Pengerusi menyoal. “Keadaan terkawal, Pengerusi,” Malek menjawab. “Netra kehilangan dua puluh anggota - aku tak rasa itu ‘terkawal’,” Pengerusi berkata. “Tiga puluh tahun, aku buat kerja dengan cemerlang. Ini sekali dalam tiga puluh tahun. Netra akan pulih.” “Kita berlumba dengan masa. Adikuasa tidak ada masa untuk menghadapi gangguan rancangan automasi penuh. Lumpuh sehari ini akan melewatkan kita selama sepuluh tahun.” “Aku masih ada Integrasi! Ia masih di situ!” Malek menjerit kepada skrin. “Aku tak rasa kau cukup stabil untuk bercakap sekarang. Seri, pastikan Ingenieur diproses.” “Baik, tuan,” Seri menjawab. Perempuan itu mengambil semula tablet komunikasi yang diberi kepada Malek. “Aku akan lebih berhati-hati jika aku jadi kau. Sekarang kau hanya perlu fokus pada tempat kau di Adikuasa. Fikir tentang rumah kau. Kau tak nak kehilangannya, betul?” Seri berkata. Malek terdiam. “Hanya aku yang boleh tolong kau sekarang,” Seri menyambung.
251
252
“Apa kau nak?” Malek merempan, walaupun suaranya perlahan. “Buat aku faham. Aku perlu tahu.” “Apa?” “Apa terjadi pada Aagya? Apa yang terjadi pada kau berdua?” “Aagya telah belot terhadap Konglomerat.” “Kenapa?” “Dia tidak setuju Konglomerat hapuskan institusi keluarga daripada Sarang.” “Bagaimana kau tak tahu?” “Dia tidak menentang secara terang-terangan. Aagya sudah mendapat tempat yang selesa di Adikuasa, untuk anaknya. Tetapi, Aagya mempunyai terlalu banyak empati. Dia mahu semua orang jadi sepertinya. Dia tidak mahu pekerja Sarang hidup seperti mesin.” “Semua ni kau tahu secara introspektif?” Malek mengangguk. Malek benci setiap saat yang dia alami bersama Seri. Tetapi, dia perlu memberi kerjasama. Jika dia hilang pengaruh di Adikuasa, tiada guna dia hidup. “Kenapa selama ini aset Integrasi tidak diketahui kewujudannya?” “Ia tidak tahu yang dia adalah jentera. Ia menyangka dirinya adalah manusia, jadi dia memiliki keterbatasan fizikal dan emosi seperti seorang manusia. Ia hanya pekerja kilang.” “Dan sekarang, aset ini bagaimana keadaannya?” 252
253
“Ia telah bercantum kepada sistem Integrasi yang berhubung dengan sambungan maklumat tanpa wayar di seluruh dunia. Dia telah memiliki semua maklumat tentang sistem Integrasi. Semuanya - arahan, protokol, kata laluan.” “Integrasi telah terkompromi,” Seri membuat kesimpulan. “Aku boleh terbalikkannya. Aku hanya perlu sedikit masa untuk betulkan semua ini. Aku perlu bawa SAVI balik.” “Ada yang lain sepertinya?” “Aku merancang untuk membuat lebih banyak SAVI setelah dia lulus tempoh percubaan Hukum Robotik.” “Selagi kau beri kerjasama, aku akan pastikan kau berada di Adikuasa, dan rumah kau tidak dirampas.” “Kau akan gantikan aku?” “Kau rasa siapa lagi yang lebih layak?” “Kau akan ambil alih semua yang aku usahakan? Tanpa apa-apa kelebihan atau usaha pun?” “Kau terlalu memuji diri sendiri. Kau tidak bina Sarang seorang diri. Kepintaran kau tiada makna tanpa sokongan Konglomerat. Sekarang Konglomerat mempersoalkan kredibiliti seorang jurutera bernama Malek. Jika aku tidak perlukan kau lagi, kau akan dihantar ke Sarang dan kekal di sana. Berapa lama kau boleh berada di Sarang sebelum kau ke Pusara?” Seri memberi amaran.
253
254
Malek berdiam diri. Dia cuba memproses semua pilihan yang dia ada. Malek memandang ke luar pesawat. Di dalam sinar cerah pagi yang sementara, Sarang menampakkan sifatnya yang sebenarnya - kota besi dan konkrit yang binaan berupa lingkaran demi lingkaran yang bersambung tanpa penghujung.
32
Savi menyelesaikan jahitan yang terakhir pada kulit Jim. Dia meletakkan peralatan pembedahan lapangan di dalam dulang dan Dr. Irene membawa barang-barang itu keluar. Savi menanggalkan sarung tangan getah. Dia letakkan tiga jari pada leher Jim dan mendapat bacaan degupan jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan lelaki itu. Jim kelihatan seperti mati. Hanya Savi yang tahu Jim masih hidup melalui tanda-tanda penting yang hanya boleh dikesan pada hujung jarinya. Melihat keadaan Jim yang seratus-peratus bergantung kepada perlindungannya, Savi menyedari yang dia juga seperti Jim. Suatu hari nanti, dia akan jadi rosak dan perlu diselamatkan. Tetapi, sekurang-kurangnya Jim boleh tidur. Jim tidur dengan tidak khabarkan diri dalam tempoh yang panjang, selamat daripada cemas
254
255
dan gundah. Ya, apabila dia sedar nanti, Jim akan rasa sakit di seluruh badannya. Dia tidak akan dapat tidur melainkan diberi dadah. Dia akan menangis menahan kesakitan selagi dia sedar. Tetapi sekarang, Jim selamat daripada itu semua. Savi tidak akan boleh tidur lagi. Selama ini, dia tidur atas sebab kelembapan sistem pemprosesannya. Tapi sekarang sistem pemprosesannya akan
terus
berfungsi
dengan
jutaan
proses,
terus
mengira
dan
mempersembahkan data, membuat analisa kebarangkalian dan menyatakan semua jalan yang dia boleh ambil berserta kadar kejayaan dan kegagalan bagi setiap jalan yang dia boleh pilih. Yang sedemikian akan berlarutan buat masa yang sangat lama, selagi sel tenaga nuklear yang ada dalam sangkar rusuknya masih terlakur. Ia akan ambil masa ratusan tahun. Di mana tubuh badannya akan mereput dan rosak terlebih dahulu. “Kamu patut berehat - ” Dr. Irene berkata, sebelum dia berhenti dan memikirkan kembali apa yang telah dia katakan. “Mungkin aku yang patut berehat,” kata perempuan itu dia dan keluar daripada bilik rawatan. “Jim? Kau dengar tak?” Savi bertanya, dengan suara yang dilaraskan ke tahap rendah. Terlintas dalam proses logiknya yang Jim tidak boleh mendengar dan tidak boleh memberi tindak balas, apatah lagi memberi jawapan. Anekdot tentang kebolehan deria manusia menerima rangsangan dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak disokong oleh fakta sains. Tetapi, Savi perlu mencuba. Semoga suaranya boleh membawa Jim ke dunia sedar. Tiada benda lain yang Savi perlu lakukan selain itu. Dia tidak perlukan rehat.
255
256
Dia tidak perlu makan dan minum. Savi mengambil kerusi dan duduk di sisi Jim. Dia tidak perlu duduk tapi dia perlu bercakap di telinga Jim. “Jim, kau mesti bangun.” Savi terhenti. Apa yang dia hendak katakan kepada seorang manusia yang dia kenal tidak sampai 48 jam? Semuanya bermula kerana Jim menjalankan tugasnya sebagai penjaga stesen untuk memberkas penjenayah yang meragut rantai lehernya di stesen Menara. Jika Jim bangun nanti, Savi sedia menerima kenyataan jika Jim tidak mahu ada kaitan dengan dirinya lagi. Dia akan padam semua rakaman kamera litar pintas yang mengandungi imej Jim di Menara. Dia akan pulihkan maklumat pergerakan penjaga stesen dalam pangkalan data stesen REL. Dia boleh dapatkan gelang identiti baru untuk Jim supaya penjaga stesen itu boleh kembali kepada hidupnya yang dahulu, sebelum mereka bertemu. Namun, kotak kenangan Savi menyimpan setiap perkataan yang Jim telah ucapkan, setiap perkara yang mereka telah lakukan untuk satu sama lain, sebagai manusia. Selama dua hari itu Jim mengenalinya sebagai manusia dan Savi telah berharap dia akan kekal sebagai manusia dalam kenangan Jim. Namun, semua jalan yang bersimpang-siur tamat di koridor Menara yang lantainya penuh dengan serpihan kaca. Apa yang dia boleh katakan, apabila yang mereka kongsikan hanya kesakitan dan kegetiran semata-mata? Jika perjalanan hidup mereka menyimpang ke laluan yang lebih baik, apa yang Jim mahu untuk dirinya? Apa yang dia dan Jim mahu untuk diri mereka? Mungkin dia boleh bercakap tentang itu.
256
257
“Aku akan bawa kau ke Laut. Kau akan pulih. Aku akan cari Paman. Bila kau buka mata, kau akan jumpa Paman. Kau dan Paman boleh mulakan hidup baru di Laut.” “Aku akan hentikan campuran benz dalam Hidrat. Keadaan akan jadi huru-hara. Tapi, kita akan mengepalai pekerja Sarang untuk melawan Adikuasa. Kita akan lihat Sarang yang baru.” Savi dapat melihat Nusa Bah yang berbeza daripada sekarang dalam pusat pemprosesannya, hasil cantuman imej daripada semua rekod karya manusia sebelum zaman Bah. Dalam imej itu semuanya bersih dan berkilauan, menghijau dan makmur. Namun, di sebalik imej itu, Savi telah senaraikan semua halangan yang akan dihadapi oleh golongan proletar Sarang. Tapi dia tidak akan katakan itu kepada Jim. Jim tak perlukan itu semua sekarang. “Kau akan lihat Sarang berubah. Sarang tidak lagi jadi hamba Adikuasa. Adikuasa akan tumbang. Semua orang akan disatukan dengan keluarga mereka. Semua orang akan bina keluarga mereka sendiri.” Jim hanya perlu tahu yang baik-baik saja sekarang. “Kau akan ada keluarga kau sendiri, Jim.” “Kita akan bina dunia baru. Kita namakan ia Nusa Budi.” Nadi dan pernafasan Jim umpama titik air daripada paip bocor, lemah tapi ada. Jim belum menamatkan pelayarannya ke arah pantai kehidupan semata-mata kerana semangatnya sekuat nyala cahaya rumah api. Savi perlu meniup nyalaan cahaya rumah api supaya Jim boleh terus mencari arah ke pantai.
257
258
“Kau boleh jadi saksi semua ini. Tiada lagi Netra. Tiada lagi Pusara. Sebelum kau tua dan sebelum aku mereput jadi besi buruk, Titiwangsa akan jadi kenyataan. Rakyat Nusa Budi boleh memilih di mana mereka mahu tinggal, dengan cara yang paling baik untuk alam, untuk manusia. Nusa Budi ditadbir oleh orang yang cintakan ilmu, penulis cerita-cerita dan lagu dan ibu bapa yang penyayang.” “Macam mana? Kau dan aku? Bolehkan?” “Hei,” suara Dr.Irene menegurnya menyebabkan Savi berhenti bercakap. Dia menoleh ke belakang. “Ada orang di luar klinik cari kamu,” doktor itu memberitahu. Savi bangkit daripada kerusi, tubuhnya siap siaga dalam mod peperangan. “Siapa?” “Relaks. Namanya Aagya.” “Aku takkan keluar sehingga lelaki ini sedarkan diri,” Savi memberitahu, menumpukan perhatiannya semula kepada Jim. “Savi.” Aagya muncul di hadapannya, berdiri di pintu bilik rawatan. “Jim cedera parah. Saya dah rawat dia, tapi -” Savi membuat laporan. “Netra tak akan berhenti di sini. Kalau kau tunggu di Sarang, Netra akan buru kamu berdua.” “Bangunlah, Jim. Bangun!” Savi berkata kepada Jim yang bernafas cetek.
258
259
“Kita mesti bawa Jim ke Laut. Cepat! Sebelum Netra digerakkan semula,” Chirag berkata. “Tapi bagaimana? Saya tak boleh angkat Jim ke Laut dengan keadaannya begini.” “Halil telah dapatkan kenderaan daripada kilang kitar semula. Kita bawa Jim dalam lori ke stesen terakhir Kita akan lalu terowong hingga ke Laut,” Chirag memberitahu. “Kau tahu jalannya, bukan?” Aagya bertanya. Savi mengangguk. “Ambil pengusung dan titis intravena ini,” Doktor Irene menawarkan. Savi faham bagaimana perempuan itu mahu mereka semua keluar daripada kliniknya secepat mungkin. Atau Sarang masih ada wira yang akan menyelamatkannya suatu hari nanti, yang bersembunyi dalam terang. “Terima kasih, doktor. Saya bayar semua,” Savi berkata. “Tak apa, tak apa,” doktor itu berkata. Halil dan Chirag memindahkan pengusung yang membawa Jim ke dalam lori kilang kitar semula. Savi meminta sehelai selimut tambahan daripada Dr. Irene dan perempuan itu menunaikan permintaannya. Di luar klinik, kaki lima bangunan kedai sibuk dengan pekerja yang bergegas ke stesen. Savi memindahkan maklumat peta bawah tanah Sarang ke dalam mesin sistem kedudukan global rekaan Ulya. Lelaki yang berada di roda stereng memandu dengan cekap, tetapi riak wajahnya menunjukkan yang lelaki itu khuatir. Dia memandu laju, sedar yang masa adalah nadi misi kumpulan itu.
259
260
“Relaks. Tiada lagi komunikasi Netra dalam di kawasan Sarang. Aku dah rosakkan cukup-cukup,” Savi cuba menenangkan lelaki itu. “Baik. Tapi kita masih tak boleh berlengahkan?” lelaki itu berkata. “Terima kasih. Namaku Savi.” “Aku Teck.” Teck memandu tanpa halangan sehingga mereka sampai ke sempadan antara Sarang dan kawasan yang dahulunya Tebing, yang kini tinggal puing-puing hitam yang berasap. Mercu tanda sempadan itu ialah stesen kereta api REL yang telah ditinggalkan - Stesen 100. Tiga puluh tahun telah berlalu dalam sejarah Sarang. Apabila pekerja Sarang yang ‘bersara’ dihantar ke Pusara dan tidak digantikan dengan tenaga kerja baharu daripada generasi baru, kompleks Sarang 100 telah ditutup termasuk stesen kereta api REL yang menjadi nadinya. Tangga ke pelantar bawah tanah Stesen 100 di selaputi tumbuhan menjalar. Teck memberhentikan kenderaannya. Pasukan Aagya turun daripada lori. Arif dan Halil turunkan Jim. Hayati pegang titis intravena yang disambung ke urat lengan Jim. “Semoga selamat semua. Kirim salamku pada Jim bila sedar nanti,” Teck berkata kepada ahli pasukan. “Jim kawan aku. Kau jaga dia baik-baik,” Teck berpesan kepada Savi. Savi mengangguk. “Hati-hati.” “Jiwa luka, badan binasa,” kata Teck sambil meletakkan penumbuk di dada. Savi melakukan perkara gerak isyarat yang sama.
260
261
“Resam orang berjuang,” Savi membalas, ayat itu termaktub dalam memorinya, diluahkan oleh lelaki tua dari Laut pada malam dia dan Jim menumpang di petempatan atas ombak. Teck meninggalkan mereka. Pasukan yang diketuai oleh Chirag masuk ke bawah tanah dan berjalan dalam gelap. Beberapa ahli pasukan memasang lampu suluh. Mereka berhadapan dengan pintu ke stesen yang tertutup. Hanuman menghidupkan gergaji
besi
bersaiz
lengan
dan
memotong
mangga-mangga
yang
membelenggu pintu tersebut. Jim bernafas cetek, dadanya turun naik perlahan. Savi memeriksa tanda-tanda penting akan langsungnya nyawa lelaki itu. Lima puluh - lima puluh. “Tolonglah, Jim,” dia berbisik. Savi menanggalkan kunci daripada leher Jim. “Apa tu?” Chirag bertanya. “Kita perlu kunci ini untuk ke Laut.” Rombongan itu masuk ke dalam stesen dan melalui terowong-terowong. Savi menjadi pemandu, membuka pintu ke terowong dengan kunci stesen Jim atau dengan gergaji besi. Setelah berjalan dalam masa dua jam, mereka sampai ke tebing di mana pasukan penyelamat dari Laut telah menambat sampan mereka. Dua sampan menunggu, dijaga oleh dua warga Laut yang tinggal di pesisiran paya bakau. Jim diturunkan ke dalam sampan, dengan tiada tanda sedarkan diri. Seorang demi seorang mengisi dua sampan tersebut setelah Jim berada selamat di dalamnya. Savi ingat bagaimana dia dan Jim telah membiarkan sahaja sampan yang mereka naiki hanyut apabila mereka menjumpai terowong kumbahan untuk kembali ke Sarang. 261
262
Savi sedar belum masanya untuk dia kembali ke Laut. “Kau tak ikut?” Aagya bertanya. “Ada sesuatu yang saya perlu buat,” Savi membalas. “Bagaimana boleh ibu bantu?” “Bawa sampan ke sini di waktu senja.” Savi telah pun mengira masa perjalanan ke Pusara yang dia telah akses petanya daripada data Integrasi. Jika semuanya berjalan dengan lancar, dia akan kembali sebelum matahari terbenam. Ini adalah sesuatu yang dia mesti lakukan seorang diri. Dia tidak dapat mengagak bila Netra akan beroperasi semula. Aagya memandang sehelai selimut yang masih dia pegang. Aagya mengangguk tanda faham. Perempuan itu tahu yang jentera tidak akan pernah memerlukan selimut walau dalam apa jua keadaan. Savi mengikat selimut itu seperti ia sehelai selempang di atas bahu dan di bawah ketiak. “Jaga diri,” Aagya berpesan. “Selamat, ibu” Savi membalas.
BAB 33 262
263
Savi menghantar dua sampan itu dengan pandangan sehingga kedua-duanya ditangkap ombak yang mempercepatkan pelayaran mereka ke Laut. Digesa oleh masa, Savi berpaling dan berlari menuju terowong-terowong gelap di bawah stesen tinggal itu. Lima jam telah berlalu semenjak dia melumpuhkan sistem komunikasi Menara dan mematikan semua bekalan tenaga elektrik ke kompleks itu. Pekerja-pekerja Menara tidak akan dapat bekerja hari itu. Bergantung kepada kecekapan pasukan teknologi, Savi membuat anggaran kem Ingenieur Malek akan berjaya membuka semula Menara dalam masa tujuh jam lagi. Pada masa itu, Savi merancang yang dia sudah berada di wilayah Laut. Stesen kereta api REL yang paling hampir dengan Pusara ialah Stesen 2. Walau bagaimanapun, Pusara tidak disambungkan oleh stesen REL. Semua perjalanan atas tanah ke Pusara adalah melalui jalan raya dengan menaiki kenderaan servis. Dengan mempunyai kelebihan memiliki kunci terowong penjaga stesen, cara yang terbaik ke Pusara adalah melalui jalan bawah tanah. Seorang diri dan dilengkapi semua maklumat yang dia perlukan untuk mengakses semua sistem dalam Sarang, Savi hanya berseterukan masa. Dia berlari. Jim tiada di sisi untuk memperlahankan pergerakannya. Tiada lagi Aagya dan Chirag dan pasukan dari Laut yang dia perlu ikut rentak mereka. Savi bebas sekarang. Dia boleh berlari sepantas keupayaan jentera berpadanan dengan jisim dan ketinggian tubuhnya untuk melawan halangan tekanan atmospfera dan graviti Bumi, tanpa penat, tanpa perlu makan dan minum, tanpa rehat.
263
264
Dari atas tanah, Pusara di kawal ketat. Tetapi dari terowong dan jalan bawah tanah, ia bukan cabaran bagi Savi. Apatah lagi ketika Integrasi lumpuh. Savi masuk melalui pintu saluran kumbahan dengan kunci Jim. Dia melalui terowong demi terowong sehingga dia tiba di landasan bawah tanah Stesen 2. Dari situ, Savi masuk ke terowong seterusnya. Terowong demi terowong, yang semuanya dilukis dalam pelan dalam kandungan memori Savi telah membawanya ke kawasan parkir bawah tanah Pusara. Savi masuk ke ruang lif tetapi dia memilih untuk melalui tangga. Dia mengikut pelan bangunan yang terpampang dalam pandangan digitalnya. Dan akhirnya dia tiba ke tempat yang dituju, iaitu tingkat di mana dia telah memeriksa maklumat pesara yang dimasukkan dua hari lepas dan dari mana pesara itu datang. Sebelum dia masuk ke kawasan bercahaya, Savi telah menghantar visual yang dipasang secara gelung kepada mesin sistem pengawasan kamera litar tertutup untuk mengaburi mata pengawal keselamatan. Savi tidak mahu lagi terlibat dengan konflik bersama manusia untuk menyelamatkan seorang manusia. Apabila dia menolak pintu ke dalam tingkat tersebut, Savi berhadapan dengan sebuah dewan yang panjang dan gelap. Penerimaan visualnya Savi laraskan kepada mod pandangan tanpa cahaya. Pada waktu itu, Savi nampak Pusara sebagai sifatnya yang sebenar. Di hadapannya, ratusan tabung berbentuk silinder sebesar pemeluk seorang lelaki dan setinggi dada Jim dibina berbaris dan bertingkat sehingga ke hujung dewan. Dewan itu, di tingkat yang dia cerobohi mempunyai dua ratus tabung semunya. Savi tidak perlu mengira sepuluh lagi dewan sepertinya di dalam kompleks Pusara. Jika dia mempunyai tanggapan seorang manusia, pasti dia akan jijik melihat ratusan, ribuan saluran paip 264
265
silikon yang berselirat di atas lantai. Saluran paip silikon itu datang dan pergi daripada tabung-tabung besar itu. Jika dia mempuyai keupayaan deria bau seorang manusia, pasti dia dapat menghidu bau hanyir yang datang daripada ratusan tabung di hadapannya. Savi beranggapan yang ia adalah nasib yang baik kerana dia ke Pusara sendirian. Dia tidak mahu Jim menyaksikan apa yang dia saksikan. Jim pastinya akan hilang akal di Pusara. Di dalam tabung-tabung itu, terapung manusia tua dan yang muda, lelaki dan perempuan, dalam keadaan tidak sedarkan diri, mata terpejam. Mereka diberi oksigen dari salur intubasi. Mereka diberi zat daripada salur intravena ke urat lengan. Mereka menjalani proses perkumuhan melalui salur yang dimasukkan ke kemaluan dan dubur. Ratusan manusia. Savi tahu akan pelan lantai dan kandungan bangunan itu dan tujuannya. Tetapi, dia tidak menyangka yang keadaan itu apabila diterima melalui deria penglihatan dan deria bau, ia tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Apa yang dia akan ceritakan kepada masyarakat Laut akan mengundang kemarahan. Adakah cukup kemarahan mereka untuk mereka bangkit menentang Adikuasa? Bagaimana reaksi mereka apabila dia menceritakan bagaimana manusia, lelaki dan perempuan terapung dalam tong-tong kaca berisi cecair ketuban? Apa perasaan mereka melihat kabel-kabel elektrik keluar daripada jantung lelaki dan perempuan penghuni Sarang yang wujud antara ruang kelabu hidup dan mati? Jelas di mata Savi yang penghuni Sarang sedang digunakan sebagai bateri. Suatu masa nanti, automasi Sarang akan menggunakan tenaga daripada proses kehidupan manusia, sehingga ke zaman tamadun automasi yang seterusnya. Dalam dunia di mana semua penghuni mempunyai fungsi 265
266
ekonomi, ini adalah nasib golongan yang tidak lagi diperlukan. Dengan cara ini, tiada siapa perlu menjaga orang tua atau orang yang sakit. Selagi jantung mereka berdegup, selagi itu Sarang boleh menggunakan mereka. Seorang manusia dalam keadaan rehat menghasilkan 100 watt tenaga elektrik. Bayangkan tenaga ini dijana sepanjang hayat mereka? Dengan seramai ini? Dan lebih ramai lagi di masa hadapan? Sehingga lima puluh tahun akan datang? Savi boleh meneka apa yang akan terjadi apabila mereka mati. Mereka akan dicairkan sebagai nutrisi untuk yang masih hidup. Savi nampak yang bekalan ini juga akan berakhir, untuk lima puluh tahun lagi, dan ketika itu, Sarang dan Adikuasa sudah pun berubah bentuk. Metod penindasan juga akan berubah bentuk. Tetapi penghuni Sarang tidak boleh menunggu selama lima puluh tahun. Penghuni Sarang sepatutnya malam ini juga. Lebih buruk, lambat laun, Adikuasa akan memerangi masyarakat Laut. Savi mengakses pangkalan data Pusara. Savi mencari data seorang lelaki yang dimasukkan ke Pusara dua hari lepas. Dia dapat empat orang dan dia mengecilkan pencarian kepada pekerja yang datang dari kilang kitar semula. Berjaya! Savi mengesan Paman yang disebut oleh Jim. Savi berlari ke hujung dewan, melepasi jasad-jasad terapung dalam posisi janin untuk sampai ke balang yang menyimpan Paman. Paman yang begitu disayangi oleh Jim hanyalah nombor di Pusara. Savi telah menjangkakan yang dia akan memerlukan sehelai selimut untuk apa yang dia bakal lakukan. Savi mencari kapak bomba sebagaimana yang digunakan oleh Ingenieur Malek ke atasnya. Dapat! Nampaknya isi kandungan Pusara begitu berharga yang langkah keselamatan untuk menghadapi kebakaran telah disediakan. Savi menghayun 266
267
kapak bomba itu sekuat-kuatnya, setelah mengetahui kekuatan bahan yang menjadi balang-balang kaca itu. Kapak yang dihayun oleh Savi membuat keretakan kecil. Savi mengambil pemadam api dan melemparkannya ke balang. Ia pecah. Savi gunakan kapak untuk membuat satu lubang yang muat untuk dia memasuki balang tersebut. Cecair ketuban berlambak-lambak tumpah, membasahkan lantai. Dengan kapak di tangan, Savi melompat naik ke dalam vat. Savi tanggalkan selimut daripada bahunya. Dia peluk Paman
berlapikkan selimut
supaya lelaki itu tidak jatuh keluar dari vat kaca, bogel dan diselaputi cecair. Savi potong semua tiub silikon dan kabel elektrik yang membelenggu Paman kepada balang tersebut.
Savi angkat Paman seperti dia angkat Jim dan
baringkan lelaki itu di lantai dengan cara mengiring. Savi tanggalkan tiub intubasi dari tekak Paman. Paman terbatuk-batuk dan muntah. Bagus, fikir Savi. Itu petanda yang Paman boleh bernafas sendiri. “Paman, paman,” Savi berkata kepada lelaki itu. Lelaki itu belum dapat memfokuskan matanya. “Saya kawan Jim. Saya akan bawa Paman pulang.” Paman tidak menunjukkan tindakbalas, tetapi lelaki itu masih hidup dan menunjukkan rentak pernafasan yang baik. Savi angkat Paman di belakangnya. “Mari kita berambus dari sini, Paman,” Savi berkata. Dengan menggendong Paman di belakangnya, Savi melalui jalan yang sama untuk ke Laut. Seperti yang dia jangka, sebelum waktu senja, Savi sudah berada di gigi air. Sebuah sampan dari Laut sedang menunggunya. 267
268
“Kau dah sampai!” Halil berteriak gembira. Savi melompat ke atas sampan. Dia letakkan Paman yang mengerekot macam bayi di dalam sampan. “Paman!” Halil berteriak. Savi mencapai pendayung. “Cepat,” Savi berkata. Halil akur. Savi lihat matahari terapung dengan jarak tiga jari dari kaki langit. Cahayanya keperangan dengan sentuhan merah, warna api dan darah. Halil dan Savi mendayung ke arah wilayah Laut tanpa sepatah kata. Savi ingin bertanya tentang banyak perkara kepada Halil tapi apa pun jawapan Halil, ia tidak akan membantu selagi mereka belum sampai ke Laut. Savi berdiri dengan Paman di dalam dua lengannya di dalam rakit apabila mereka tiba di Laut. Savi menyerahkan Paman kepada penduduk Laut yang sudah bersedia dengan kepulangan mereka. Savi mendengar bisikan di kalangan warga Laut. Dia jentera. Perempuan itu jentera. Dia kaku dengan kenyataan itu. Tetapi, kenyataan itu tidak salah. Pertanyaan yang dia simpan selama dari mula pelayaran dari Sarang ke Laut akhirnya dia luahkan. “Di mana Jim?” Savi bertanya kepada Halil. “Di bahtera.” Savi melompat naik ke jeti. Dia menyusup melepasi kerumuk manusia yang
ingin
melihatnya,
sebuah
jentera
yang
menyerupai
manusia.
Kanak-kanak menyentuhnya apabila dia lalu. Savi terus menuju ke bahtera.
268
269
Dia berlari melepasi bilik-bilik di atas bahtera. Dia nampak Aagya melalui pintu yang terbuka. Di sisinya Jim,
wajahnya pucat umpama rembulan pada
malam mereka sampai di Laut. Savi menerpa ke dalam bilik sakit. “Jim! Aku di sini!”
269
270
EPILOG
Savi, Aku ada banyak masa sambil aku mengulit luka. Cahaya mentari di Laut tak sama macam di Sarang. Aku tak lagi melihat langit dari tingkap kecil dihalang kompleks Sarang yang tinggi bagai benteng. Cahaya mentari di Laut panasnya ikhlas, kawannya bayu dan jika ia merajuk, awan hitam datang memujuk. Aku terjaga bagai orang mati yang hidup kembali. Chirag, yang jujur dengan perasaannya, menyangka yang tiada lagi harapan untukku. Jangan khuatir, dia berlembut denganku sekarang. Sejujurnya, aku lebih selesa dengan dia bermasam muka daripada dia melayanku dengan baik. Aku dapat rasakan yang aku dan Chirag akan jadi kawan baik. Terima kasih kerana bawa Paman kepadaku. Paman diam saja sekarang. Aku rasa Pusara telah mengubah sesuatu dalam dirinya, tapi aku masih berharap. Baru tiga hari Paman sampai ke Laut. Tiga hari juga aku 270
271
menantikan kau pulang. Aku nak tahu apa yang kau lihat masa kau bawa Paman keluar dari Pusara. Aku nak rasa apa kau rasa (bolehkah?) sewaktu kau di sana. Aku nak dengar cerita kau supaya aku cepat sembuh. Apa rancanganmu? Aku tak tahu apa yang terjadi kepada Netra selepas kau belasah mereka. Panglima mereka yang paling kuat telah mati tapi aku pasti yang patah akan berganti. Aku tahu kau pandai jaga diri, tapi kau dan aku, kita tak terkalahkan. Apa yang kau akan lakukan seterusnya? Kalau kau hentikan benz dalam bekalan air, seluruh Sarang akan bergelut dengan masalah jiwa tanpa ada tempat untuk mereka mendapatkan rawatan. Jika kau terus membuat pengekstrakan pepijat Invi, kau akan diburu. Tapi, aku tahu ramai yang akan memberikan kau pertolongan. Sepanjang hidupku yang kabur di Sarang, aku bertemu dengan insan-insan yang semangatnya akan membawa kepada pembebasan Sarang di seluruh Nusa Bah - insan-insan yang membentuk masyarakat, insan-insan yang suka membantu. Mereka akan menolong kita membebaskan tawanan Pusara. Mereka akan mencetuskan penentangan proletariat Sarang. Mereka adalah kepimpinan
di
kalangan
pekerja.
Mereka
akan
membawa
kepada
pengabsahan Tebing dan penyatuan tiga wilayah. Lima puluh tahun selepas Sarang, Tebing dan Laut bersatu, Nusa Bah akhirnya akan punya hormat pada air laut yang sedang menelan daratan. Api akan marak membakar semua sebelum abu menjadi baja kepada tanah. Tunggu aku. 271
272
Kita akan bertembung di satu jejantas, di stesen yang sesak di Sarang dan kali ini aku akan panggil namamu.
TAMAT
272