Data Loading...

WEEK 12 Rendah Atas 26 Mac Flipbook PDF

WEEK 12 Rendah Atas 26 Mac


162 Views
45 Downloads
FLIP PDF 960KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

PENDIDIKAN JASMANI RENDAH ATAS TAHUN 4, 5 & 6

TAJUK : NUTRIEN DALAM MAKANAN Sabtu, 26hb Mac 2022 10:00 – 11:00 pagi Disediakan Oleh: Cikgu Amal Naqibah Ahmad Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Keriam Tutong, Kluster 5

OBJEKTIF PEMBELAJARAN  Murid dapat mengenal jenis-jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.  Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis makanan yang mengandungi nutrien.

 Membuat piramid makanan berdasarkan nutrien makanan

PENGENALAN  Nutrien ialah zat makanan yang diperlukan tubuh kita untuk tumbesaran.

 Pengambilan nutrien yang mencukupi daripada pelbagai jenis makanan akan membuatkan kita:    

Badan sihat. Dapat menjalankan aktiviti harian Tidak mudah berasa letih. Pertumbuhan tubuh tidak terganggu.

PENGENALAN  Setiap makanan yang kita makan mengandungi nutrien.

 Terdapat pelbagai nutrien di dalam makanan kita dan setiap nutrien mempunyai zat dan fungsi yang berbeza terhadap tubuh badan kita.  Antara nutrien yang ada dalam makanan adalah: Karbohidrat Protein Vitamin dan Mineral Lemak

MARI MENGENAL KEPENTINGAN NUTRIEN DI DALAM MAKANAN

KARBOHIDRAT ■ Membekalkan keperluan tenaga seharian. ■ Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. ■ Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.

CONTOH KARBOHIDRAT

PROTEIN ■ Kepentingan:  Untuk pertumbuhan dan perkembangan otot.  Meningkatkan metabolisme.

 Metabolisme ialah proses kecepatan tubuh dalam mencerna dan menyerap makanan untuk diubah menjadi tenaga. ■ Sumber protein lain seperti kekacang, tempe, biji-bijian dan sayur hijau.

CONTOH PROTEIN

VITAMIN DAN MINERAL ■ Menyihatkan mata, kulit, rambut dan kuku. ■ Melancarkan penghadaman.

CONTOH VITAMIN DAN MINERAL

LEMAK ■ Membekalkan tenaga ■ Penebat haba (Lemak menjaga suhu badan kita supaya normal) ■ Melindungi organ dalaman

Ada lemak baik dan ada lemak tidak baik

CONTOH LEMAK TIDAK BAIK

CONTOH LEMAK BAIK

AIR KOSONG

■ Tiada kalori ■ Tiada bahan pengawet ■ Tiada perisa tambahan ■ Tiada pewarna

KEBAIKAN AIR KOSONG  Melambatkan proses penuaan.  Meningkatkan daya tahan tubuh.

 Membakar lemak tubuh.

APA AKAN TERJADI JIKA KITA TIDAK MENDAPAT NUTRIEN YANG CUKUP?

PROJEK MURID MINGGU INI  Hasilkan piramid makanan menggunakan manila kad mengikut kreativiti masing-masing.  Kumpul maklumat mengenai piramid makanan melalui pelbagai sumber (internet, buku dan lain-lain) ataupun melalui slaid ini.  Murid-murid bolehlah meminta pertolongan daripada ibubapa/penjaga.

PANDUAN PROJEK  Hendaklah mengandungi 4 aras piramid makanan (karbohidrat, protein, vitamin & mineral dan lemak).  Mesti ada gambar makanan serta nama makanan tersebut.  Sertakan nama & kelas/Tahun semasa menghantar projek. Tarikh menghantar: Khamis 31hb Mac 2022 (semasa penghantaran HLP)